jom jadi kawan saya

Monday 30 April 2012

SDG Part 7

Sampai kat sana lagi laa macam-macam insiden yang buat aku rasa macam-macam. Risau, bengang, sakit hati, menyampah, suka. Semua ada laa. Mula-mula sekali kena tolak dengan dia. Baik laa dia tu kecik. Rasa macam kena tepuk manja. Apa laa sangat dia tolak aku tu. Macam kena cuit je.

Setakat pasang khemah tu aku tak dengar pun takpe. Dah aku memang terror pun. Lepas siap pacak khemah, aku terus cari port baik nak perhatikan Deng. Aku takkan biar dia terlepas dari mata aku ni. Kalau dia sakit kang, sape yang susah. Aku jugak. Chewah!

Bukan apa, risau aku tengok muka dia lain macam tadi masa nak turun bas. Dia mabuk ke naik bas? Makan pun sikit je. Bila malam, aku tengok dia ok je. Baru aku nak blah balik khemah, aku nampak dia keluar macam cari something sambil picit-picit dahi. Mana Yus? Tidur kot.

Pelan-pelan aku ikut dia dari belakang. Baru aku nak tegur, aku nampak Shahid datang hulur dia biskut. Deng mintak ke? Tapi selama ni apa yang aku belikan dia kat kafe tak pernah pulak dia amik. Cepat-cepat aku pergi lagi dekat. Si Shahid ni offer Panadol pulak. Ooo, Deng sakit kepala laa. Biar aku je yang bagi. Orang lain jangan menyibuk.

Bila aku nampak Shahid pergi, terus aku hulur ubat tu depan muka dia. Lega aku tengok dia senyum tapi kelegaan tu bertukar jadi sakit hati bila nampak muka aku, dia letak je Panadol tu atas meja. Siap amik yang Shahid bagi lagi aku tak boleh tahan. Ish perempuan ni.

Dia ni betul-betul nak cabar aku agaknya. Macam mana laa perangai dia esok? Arghhh, baik aku tidur daripada aku pulak yang sakit kepala fikir kerenah dia.
Solat subuh pagi tu, aku nampak Deng kat jemaah perempuan. Leganya mata tengok dia kat depan sekali. Terus tak ingat dah marah aku kat dia pasal kes Panadol malam tadi. Alahai Iskandar. Sampai macam tu sekali kau lemah dengan budak ni.

Belum pukul 7 lagi tapi semua dah siap sarapan dan ready nak bergerak untuk ditinggalkan kat point yang dah ditetapkan. 7km nak kena jalan. Jauh tu tapi lagi jauh, lagi aku suka. Boleh lama-lama sikit dengan Deng. Aku perasan sekejap dia jalan dengan Yus, kejap dengan Farok. Alah, aku tak kisah pun, janji boleh nampak kelibat dia.

Jalan punya jalan, tup-tup aku tengok ada sorang budak perempuan ni rebah. Apa ke hal lak ni? Morning sickness ke? Eh, itu sakit orang mengandung laa. Sape punya idea bijak entah, nak buat pengusung untuk angkut budak tu. Baik laa kecik. Kalau besar, meh sini aku gulingkan aje dia sampai kat check point. Tapi kejap aje dia dah nak jalan sendiri. Bagus laa tu. Rugi tenaga aku. Kalau angkat Deng tu takpe laa kan. Jangan kata nak kena usung, tatang pun boleh!

Si Farok ni beriya kata tau baca peta zaman kuno tu. Malas aku nak bertekak dengan dia. Ikut je laa. Tapi aku betul-betul sakit hati, sakit telinga bila tengok Deng boleh bergelak ketawa dengan Farok kat depan. Rasa nak tumbuk orang pun ada ni. Tak sedar aku pergi tumbuk pokok apa entah masa nak turun lereng bukit tu sampaikan aku sekali tergolek. Alih-alih rasa kaki aku pedih je.

Hmm, teruk gak luka tu. Sampai basah kaki seluar aku dengan darah. Agaknya pokok tu marah aku kot. Tu pasal laa aku jatuh. Sorry laa pokok. Aku tengah geram tengok budak gangster tu taknak layan aku.

Bila Farok datang, Deng pun lorat datang sekali. Siap senyum konon. Nak ejek aku laa tu. Bukan nak tolong balut luka aku ke hape. Betul apa aku cakap yang aku lagi sakit hati tengok dia tinggalkan aku sebab nak jalan dengan Farok. Boleh pulak dia padankan muka aku! Nanti kau Deng. Aku akan buat kau perlukan aku dalam hidup kau. Tunggu laa!

Pandai dia balas balik suruh Nina amik gambar aku tengah luka-luka tu. Ada ke dia kata aku mangsa perang Jepun. Tapi ok laa sebab awal-awal tu aku ada suruh Nina amik gambar kandid Deng banyak-banyak sikit. Ada gak kenangan untuk aku nanti. Bagus Nina ni. Bertindak mengikut arahan!

Rasa lega bila nampak khemah urusetia. Kaki aku rasa dah berdenyut sangat ni. Farok bersemangat nak tolong aku apa yang patut tapi aku tau dia pun letih jugak. Aku lepak je kat khemah aku. Perut dah ber’shuffle’ tak ingat ni.

Adoi, sakit betul kaki ni sampaikan tak selera nak makan. Deng aku dah makan ke belum ek? Pergi tengok dia laa kejap. Joe geleng kepala tengok perangai gilakan Deng aku dah datang.

Betul kat sebelah khemah dia aku duduk. Dia tak perasan pun. Tiba-tiba aku dengar suara Yus cakap pasal aku. Dari celah-celah khemah tu aku nampak yang Deng terhenti suap nasi pastu buh tray kat tepi. Bila dia berdiri tu aku dah dapat agak mesti dia nak tengok aku ok ke tak. Perghhh, rasa menang besar aku time tu. Yezzaaa! Kan aku dah cakap, dia suka kat aku.

Tapi aku taknak menyusahkan dia. Dia concern kat aku pun dah cukup. Sebab tu cepat-cepat aku pergi kat dia. Tak payah nak berlakon depan aku laa Deng. Aku tau kau pun suka kat aku punya. Nak jumpa Shahid mintak ubat konon. Sakit hati aku ni tau tak dengar kau cakap macam tu. Haa, amik ni satu papan Panadol aku bagi. Hehe! Cepat-cepat aku blah. Hati sendiri kena jaga.

Persembahan malam tu, aku tak nampak pulak kelibat Deng kat mana-mana. Takkan demam lagi kot. Tanya Yus, dia pun tak tau. Aku confirm mesti ada kat khemah punya laa. Bila sampai sana, aku tengok ada kasut dia. Sah ada kat dalam. Takkan dah tidur kot. Baru pukul 10 lebih. Hmm, tidur pun takpe laa. Boleh aku buat sesi melepaskan perasaan.

Lega betul bila dah luahkan apa yang ada dalam kepala aku ni. Aku harap sangat dia dengar. Takde bunyi apa-apa pun makcik ni. Betul laa tu dah tidur. Aku toleh pandang khemah tu konon-konon macam Deng pun tengah pandang aku. Hmm, aku harap esok kau takkan lari lagi daripada aku. Jangan kau harap aku biarkan kau sorang-sorang atas bas tu. Kalau kau semput macam mana?

Masa nak bertolak balik tu, memang aku yakin sangat yang aku ada nampak Deng tadi dengan Yus. Tapi sekejapan dia dah hilang. Macam tau je aku nak ‘rantai’ dia duduk sebelah aku. Mana dia ni? Terror betul dia menjalankan projek M-I-A. Missing In Action. Alaa, tapi tak payah risau sebab mata aku ada je kat mana-mana.

“Bro, awek lu ada kat bas aku tu ha. Betul-betul dia tak nak kat kau ek? Aku tengok Shahid dah usha baik punya tu. Kalau lambat, putih mata lu bro. Weh, kalau kau dah surrender, kasi jalan kat aku pulak, boleh?” saja je si Azrai ni nak bakar aku pulak. Nak sangat merasa kena cepuk agaknya.

Memang aku ikat jugak perempuan ni karang. Kan aku dah pesan malam tadi jangan cuba-cuba nak lari daripada aku. Ish, nanti kau!

Takpe, aku ikut je rentak kau. Memang saja je aku nak suruh dia nampak yang aku naik bas group kitorang tapi slow-slow aku menyelinap naik lagi satu tu, duduk kat depan sekali. Memang dia tak nampak aku pun. Ooo, dia duduk kat belakang ek. Seat yang kosong tu memang untuk aku laa kan? Takpe..takpe. Sekejap lagi ini taiko Iskandar datang ok. Tunggu!

Bila aku toleh kat tempat Deng, aku tengok dia baik punya tengah lelap alas kepala dengan beg lagi. Apa yang penat sangat entah?! Slow and steady je aku pindah dok sebelah dia. Dia ni memang tidur mati ke? Tak bergerak langsung masa aku alihkan beg tu. Saje je biar dia kepala dia takde alas. Last-last nanti mesti tertidur kat lengan aku gak. Memang betul pun!

Naik sengal tangan aku nak tampung kepala dia tu. Ayo, itu kapla dalam, batu juga ada duduk! Aku cover muka dengan cap Nike hitam aku yang tak pernah tinggal. Buat bodoh je bila dia macam dah sedar. Siap nak raba-raba aku. Mesti dia pelik je sekarang ni. Nak tergelak pun ada tapi aku control macho tahap dewa. Kalau terlepas gelak kang, mau dia starlight aku pulak.

Walau aku cover setengah muka aku dengan topi tapi still boleh nampak lagi kalau aku senyum. Suka pulak aku rasa bila dia menjerit sebab terperanjat bila tau tidur kat lengan aku. Eleh, suka tu cakap je laa. Tapi, baik jugak laa kepala dia tu ringan sikit dari buah kelapa. Kalau tak, harus tangan aku ni jadi bengkak macam lengan Popeye!

Baru aku nak menyakat dia lagi, tak pasal-pasal dia bangun pergi duduk kat lantai bas. Dia ni tak segan ke buat pe’el macam budak kecik tak dapat gula-gula? Mengada-ngada. Nak malukan aku laa tu. Puas aku gamit dia suruh duduk balik kat atas kerusi tapi dia ni memang degil laa. Entah berapa petala langit aku pun tak tau tahap degil dia tu.

Ye arr, ye arr..aku mengalah kali ni. Biar aku duduk tempat lain. Betul aku surrender dengan dia masa tu. Tapi bila aku jengah kat belakang, dia still lagi duduk atas lantai, aku bengang sangat.

Betul-betul aku naik darah tengok dia meragam macam tu. Baik laa kau tu orang. Kalau kereta ke, motor ke hak milik aku, dah sah aku jualkan aje. Huh!
Budak-budak perempuan lain sume dah bisik-bisik. Nak mengata aku laa tu. Bukan aku yang suruh dia mogok atas lantai bas. Dia yang volunteer nak buat perangai. Tak pasal-pasal pulak aku terbabit jadi mangsa jelingan korang!

Tengok dia tak beralih sikit pun, terus aku bangun tarik tangan dia suruh berdiri. Tegak je dia kat depan aku, terus aku tolak dia kat kerusi. Nak main-main dengan aku ye. Ini Iskandar Shafie, tahu? Duduk situ diam-diam. Terus aku pergi balik duduk kat depan. Yang tengah sedar tu, tengok je drama sebabak aku dengan Deng tadi. Lantak laa. Tapi baik juga lebih separuh isi bas tu yang tengah membuta.

Tapi aku rasa bersalah pulak bila fikir balik apa yang aku buat tadi. Kalau macam ni, camne dia nak suka kat aku? Aku tepuk dahi berkali-kali. Bila yakin aku dah boleh cool, aku patah balik kat tempat dia. Lama aku berdiri kat situ ok. Dia langsung tak perasan. Ahh, dia tak kata apa-apa pun. Aku duduk je laa kat situ. Kuat mengelamun makcik ni.

Aku perasan dia dok bentak-bentak tunjuk protes bila sedar aku kat sebelah tapi aku tak amik port langsung. Bila dia tengok aku rileks je, tiba-tiba dia siku kat rusuk aku. Ya Allah, sakitnya! Ada ke patut? Siku dia ni besi ke hape? Ok, serius belum ada sorang perempuan pun dalam dunia ni pernah taji aku macam tu. Budak ni memang betul gangster laa! Geng mana haa?

Walau macam mana dia reject, aku tetap taknak putus asa. Dan sepanjang masa belajar tu jugak laa ada je aktiviti aku nak curi perhatian dia. Birthday dia belum pernah lagi aku miss nyanyi lagu khas untuk dia. Bayangkan aje laa, melalak melaung lagu ‘Happy Birthday’ pukul 12 tengah malam. Dia buat bodoh je. Langsung takde respon. Aku sabar jugak.

Baik laa Jason taukeh kedai bunga tu kenal aku. Berkuntum-kuntum aku beli bunga untuk dia bila Valentine dan harijadi dia. Putih je mata aku bila dia agih-agihkan bunga tu kat semua budak-budak kelas. Tak cukup tu, dia boleh pass pulak kat lecturer. Hadoi, koyak poket pakcik ni haa…

Aku senyum je bila dengar dia cakap nak panjangkan amal jariah aku kat dia. Itu boleh dikira sedekah jugak kan. Aku tak kisah berhabis asalkan dia dah tak layan aku macam alien lagi.

Nak tempah kek lagi laa senang sebab ada sorang housemate dia handal giler buat kek. Dah macam-macam bentuk dengan flavor aku order. Tapi Yus cakap kat aku yang satu rumah tolong kenduri sama kek harijadi tu. Sampai hati tak ajak aku ek. Kan ke aku yang beli tu? Mustahil Deng tak tau. Musykil aku kejap.

Teringat jugak masa first time aku mengekor dia kat tasik dulu. Kononnya laa selalu pergi padahal, tak pernah sekalipun aku jejak kaki kat situ pun. Terima kasih laa kat Yus sebab sudi jadi informer tak bergaji aku. Dah lama tak nampak dia pergi tasik. Takut terserempak dengan aku kot. Tapi aku lagi takut kalau dia terserempak dengan mamat lain. Perghh, simpang malaikat 44 wey!

Pasal hadiah pun aku memang nak dia tau yang aku sanggup buat apa je untuk dia. Kalau laa Mak tau aku buat kerja gila macam ni, mesti satu rumah dilanda rebut Katrina! Jangan risau Mak, kan Is dah janji, study nombor satu. Setakat ni, Alhamdulillah. Takde masalah. Pointer naik lagi ada laa. Hish, eksen laa pulak!

Walau apa pun yang aku buat, semua dia tolak. Walaupun dengan cara yang baik tapi takkan laa kawan pun tak boleh langsung? Sampaikan kalau dia Nampak aku kat hujung koridor, dia boleh pusing ambik jalan lain. Ishhh, geram betul laa makcik sorang ni. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Masa tu, lagi seminggu birthday Deng. Sampai naik pening kepala aku fikirkan apa aku nak surprisekan dia. Kena buat betul-betul ni. Nak bagi teddybear, dah biasa sangat. Bunga pun dia dah tak heran. Aku rasa aku tau nak buat apa. Hehehe.

Esoknya, lepas habis kelas LK aku terus pergi restoran Kak Jah betul-betul kat medan selera dekat dengan kolej. Saja je sebab aku tau hari-hari Deng makan kat sini. Nanti kau Deng, taknak cakap dengan aku ye? Lepas ni mesti kau bukak mulut jugak dengan aku.

Sampai je kat meja kosong, dengan pantas aku order makanan. Cepat-cepat aku makan bila aku nampak Yus dengan Deng masuk. Bila aku nampak je dia nak bayar makanan dia, sepantas kilat aku beratur kat belakang dia. Nasib dia tak perasan! Yus dah tekup mulut tahan ketawa. Cepat-cepat aku bagi isyarat suruh diam.

“Semua sekali RM4.80” kata Kak Jah kat Deng.

“Kak, saya punya tu pun dia bayar sekali. Dia ada hutang kat saya. Dah lama sangat tak bayar!” dapat aku rasakan aura jelingan maut menusuk tepat kat dada aku saat tu. Tapi aku peduli apa. Selama ni aku layan kau baik-baik, kau buat tak reti je kan? Kita gurau kasar pulak.

“Wei, bila masa pulak aku hutang dengan kau ni ha? Takde kak, dia yang makan. Biar dia bayar sendiri” ish, dia ni tak tahu nak bayar hutang ke?

“Hoi, habis tu selama ni aku bagi kau macam-macam tu ingat free ke haa?! Kau pun dah reject aku kan, so bayar balik!” aku rasa dekat 10 minit dia tenung aku kat situ. Sampai aku rasa macam nak kalah je lawan tenung mata macam tu tapi takkan aku nak surrender pulak.

“Yang korang ni bertekak macam laki bini bergaduh ni kenapa? Bayar je laa. Akak taknak tau sape hutang sape. Sekarang bayar!” sama-sama kitorang terdiam bila Kak Jah bukak mulut.

“Berapa mamat ni punya kak?” Yessss, dia mengalah jugak! Good girl. Macam ni laa Deng yang comel.

“Dia punya $24.90” memang saja je aku amik set western. Tapi sayang pulak tak habis makan tadi.

Macam rasa bersalah sangat pulak aku rasa bila jeling isi dompet dia. Perlahan dia keluarkan not 50 sekeping dan aku yakin sangat itu ringgit terakhir dalam purse tu. Dalam hati aku berdoa sangat biar dia mintak balik duit makanan aku tadi. tapi macam biasa, dia pulak yang surprise kan aku bila dia terus pusing badan balik rumah. Yus pun terdiam, angkat bahu.

Rasa bersalah aku tak habis petang tu. Tak tunggu lama, malam tu lepas maghrib terus aku tapau nasi goreng pataya siap hantar depan pintu rumah lagi. Tapi dekat setengah jam aku tunggu, Yus aje yang keluar dengan sekeping nota pesanan.

“Kau listkan harga hadiah kau bagi kat aku. Nanti aku bayar sikit-sikit. Dah langsai, jangan kacau hidup aku lagi” tak puas hati betul aku masa tu. Tak cukup baik ke aku hantar makanan kat rumah dia ni?

“Deng! Aku tau kau ada kat dalam. Dengar sini baik-baik. Kau ingat kau sape nak buat aku macam ni? Terlintas walau sekali dalam hati kau taknak tengok aku, sepuluh kali aku akan buat kau jumpa aku, faham?!” puas hati aku dapat cakap macam tu. Opsss, silap. Bukan cakap tapi jerit. Aku tak kira laa Deng nak kata aku sewel ke, tak betul ke. Dah dia yang buat aku jadi macam ni.

Bila ada gap antara kelas, aku tau dia memang kat kafe kolej aje most of the time. Sebab tu aku dah siap sign kontrak dengan Abang Asan, kalau nampak Deng masuk je pintu kafe kolej ni terus siapkan Milo ais tabur. Memang dah itu aje yang dia minum. Lagi satu amaran keras, jangan amik duit dia. Cakap je dah ada orang yang bayarkan.

Bukan apa, sebab aku perasan sangat, dah berapa kali si Shahid ni cuba nak belanja Deng minum. Bukan laa aku ni jeles tapi kalau mamat tu ada jampi ke, buh ubat guna-guna ke, sapa nak jawab?! Aku jugak yang susah nanti.

Lagi beberapa hari nak harijadi Deng, aku suruh housemate dia buat kek special untuk Deng. Aku nak letak edible image gambar candid masa camping dulu. Mesti Deng suka punya. Aku tau laa. Tu kan Deng aku. Terbang jugak laa not biru kehijauan aku dua keping. Tapi untuk Deng, aku tak kisah. Apa lagi aku nak buat kat dia ni ek?

Payah betul nak tackle gangster kampung dusun ni laa. Tapi setakat ni belum muncul lagi rasa give up. Lagi aku bersemangat nak cuba ada laa. Takpe, sabar itu kan separuh dari iman.

Malam tu rasa ribut kelaparan melanda perut aku. Tak pernah aku rasa macam tu punya seksa. Nak masak, malas. Nak pergi kedai lagi aku tak kuasa. Aku keluarkan handphone. Kena guna jugak jurus pizza delivery tahap ke lapan belas.

Tak sampai dua puluh minit, dah muncul budak pizza tu. Budak-budak lain mana pergi entah, sorang pun takde kat rumah ni. Bila tengok kotak pizza yang kosong tu, tiba-tiba je dapat idea nak menyakat Deng malam ni. Dia pun ada kat rumah tu. Baru kejap tadi aku nampak dia.

Leps siapkan apa yang patut, aku jeritkan nama Yus suruh jumpa aku kat bawah. Sekejap aje Yus dah sampai. Dengan senyuman, aku hulurkan kotak pizza kat Yus minta kirimkan untuk Deng.

“Jangan bagi sape-sape pun tengok kecuali dia sorang tau!” Yus angguk buat muka mlaas nak layan aku. Alaa, nanti esok-esok, aku pulak tolong kau. Apa ada hal.
Belum sampai lagi aku kat tingkat dua, aku dengar suara Deng menjerit. Takkan marah kot? Aku bagi dia megi empat bungkus je. Buat bekal di saat kelaparan. Takkan salah? Hahaha. Mesti dia ingat pizza yang kat dalam kotak tu.

Hmm, seronok pulak menyakat dia ni. Takpe laa, ni last kot aku gurau macam tu. Lain kali aku belanja betul-betul ok. Patut tak aku masukkan sekali harga megi empat bungkus dan kotak pizza tu sekali ek?

Saturday 28 April 2012

Manik Suci Part 1


Langkah kaki Datin Darina laju diatur. Takut terlepas pertemuan penting dengan wakil butik pengantin De Leon. Sudah berbulan-bulan lamanya temujanji tersebut diatur dan kini hanya dalam masa 30 minit, nasib usahanya akan ditentukan. Diterima atau ditolak.

Pintu bilik mesyuarat dikuak berhati-hati. Senyuman diukir supaya tak nampak plastik. Bila ternampak sahaja 3 orang wakil De Leon, terus debar hati jadi makin laju. Sehelai demi sehelai rekaan asal baju pengantin yang telah di emelkan dulu dibentangkan dan lebih kurang 13 pasang dipersetujui untuk dijadikan koleksi sebagai permulaan.

Lega sungguh bila hanya 2 lakaran sahaja yang ditolak. Mungkin untuk musim akan datang. Tapi yang pasti, hampir separuh rekaan yang diluluskan adalah bermanik dan labuci.

“Aduh, mana aku nak cari orang jahit manik ni? Mana boleh harapkan Kak Eton je. Kalau aku bagi kat orang sebarang kang, habis jahanam baju aku” getus hati kecil Datin Darina. Sudah kerap benar dia meminta bantuan orang gajinya itu menjahit manik di rumah.

Usahanya belajar menjahit dan beroperasi dari rumah kini makin menampakkan hasil. Memandangkan pakaian pengantin lebih lumayan dan hanya perlu diubah mengikut bentuk badan pengantin, tidaklah rasa susah untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Kalau dulu, semua jenis tempahan akan diambil. Baju kurung, kebaya, kebarung, baju melayu. Namakan saja. Pasti akan dibuat. Tetapi sejak kerap bermasalah dengan pelanggan, Datin Darina mengambil keputusan untuk menjahit baju pengantin yang menurutnya tidak berisiko tinggi. 

Selain itu, tempahan menjahit manik jugak diambil bagi memenuhi citarasa pelanggan yang rata-rata dari kalangan sahabat karibnya sendiri. 

Dah nama pun Datin, takkan nak ikut suami  pergi majlis sarung baju dan tudung yang kosong je kan. Mestilah liplap-liplap. Pada mulanya, dia pun tak ambil kisah sangat pasal taburan manik atau labuci di baju tapi bila asyik ditegur Datuk Dahlan, naik rimas rasanya dan sejak itu, dia mula menjahit sendiri manik-manik di baju dan tudung.

Bila mak datin lain tengok, mula laa diorang nak ajak berlumba baju siapa lagi vogue. Ada jugak yang melampau, dah macam pokok krismas je rupanya. Pada Datin Darina, less is more. Ikut kesesuaian si pemakai.

Kelegaan rekaannya diterima butik ternama singgah sekejap cuma. Sampai saja di rumah atau lebih tepat studio kerja yang diubahsuai oleh Darian, anaknya sendiri membuatkan kepalanya ligat memikirkan siapa yang boleh membantunya dalam menyiapkan 13 persalinan yang mesti dihantar dalam masa 3 bulan sahaja lagi.

“Kalau nak ambik student kat mana-mana, takut pulak dia bantainya jahit ikut suka. Nanti nama aku jugak yang rosak. Nak jahit sendiri memang tak larat. Macam mana ni?” dalam pada dia berfikir jalan keluar, ternampak kelibat anak bongsunya Darius melintas.

“Nak pergi mana tu Darius? Laju je” tegur Datin Marina menyedari anaknya tak sedar langsung kehadiran dia dalam rumah tu.

Langkah Darius terhenti dan dia hanya mengangkat muka. Wajah ibunya ditatap sejenak dan dia terus berlalu tanpa sebarang kata. Budak ni memang suka sangat buat hal. Suruh bekerja, ada ke patut dia kata umur muda lagi. Tak puas enjoy. 

Kesudahannya, sekeping kertas bernilai ijazah hiasan dalaman hanya dijadikan hiasan di dinding rumah saja. Bukannya tak ada tawaran kerja yang datang tapi semuanya ditolak bulat-bulat dan dipandang sepi. Syarikat Datuk Dahlan juga amat memerlukan interior designer tapi alasan yang diterima amat menyakitkan hati, kontrak menerima arahan dah tamat!

Dah naik berbuih mulut Datin Darina keluarkan nasihat tapi dah minat si bongsunya itu dalam bidang peragaan terlalu susah nak dikikis olehnya. Bukan kata dia seorang, sampaikan nasihat si ayah dan abang pun tak dihiraukan. Baik laa kau dah besar, kalau tak, aku cubit-cubitkan!

Risau takut-takut keluar cerita tak elok tentang si anak dalam akhbar. Wartawan sekarang ni, asalkan ada cerita yang boleh dijual, ditulis saja. Pembaca pun percaya setiap laporan yang dibuat. Yang menanggung malu, keluarga juga.

Rasa-rasanya dulu, hanya penyanyi dan pelakon saja yang jadi buruan orang media tapi sekarang ni, tak pilih bulu lagi dah. Asal ada nama dan rupa je, mesti dijejak sampai tak ada kisah yang boleh disimpan lagi.

Pening kepala nak menyiapkan baju satu hal, anak yang seorang ni pun suka beratkan fikiran. Baik laa anak tak ramai. Kalau berderet anak aku macam mana laa agaknya? Mau pengsan layan kerenah diorang.

“Datin, apa yang jauh sangat menung tu? Nah, air. Minum dulu. Saya buat kuih ketayap tadi” suara Kak Eton yang dah lama berkhidmat di rumah ni menghentikan lamunan yang berjela.

“Takde apalah kak. Saya ada berita baik dan tak baik. Mana satu akak nak dengar dulu?” Kak Eton yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri segera menarik kerusi di bar.

“Yang mana pun tak kisah” Kak Eton ni memang senang diajak berbual dan yang penting, dia ada 1001 macam jalan keluar dari masalah.

“Ok, pasal projek dengan butik pengantin dulu tu, Alhamdulillah rezeki kita. Dah dapat” senyum syukur berkongsi berita tu dengan orang yang sama-sama bertungkus lumus menjahit manik hingga siap baju-baju tu dalam waktu yang ditetapkan.

“Wah, alhamdulillah laa rezeki Datin tapi, apa pulak yang tak baiknya tu?” mesti laa Kak Eton tak pasti apa yang tak baiknya sebab dia hanya jahit manik dalam lima pasang saja sedangkan yang mesti dihantar nanti lebih 10 pasang yang sarat dengan manik labuci dan tak mungkin boleh disiapkan dalam masa tiga bulan seorang diri.

“Saya tak tau nak mintak tolong siapa boleh jahit manik-manik tu kak. Akak kenal siapa yang saya boleh upah ke? Saya taknak lepaskan projek ni kak. Kalau jadi, ini laa peluang saya nak bukak butik dan ada jenama sendiri” seakan melepaskan apa yang berbuku dalam hati.

“Saya rasa saya boleh tanyakan anak buah saya, itupun kalau dia tak buat apa-apa laa kat kampung. Dia memang cekap jugak pasang manik ni. Nanti saya cakap dengan dia ye” leganya dengar Kak Eton bersuara. Harap-harapnya boleh pakai laa budak tu nanti.

“Haa, tadi Darian kata dia balik lewat sikit sebab renovate tempat kawan dia. Datuk pun sama. Nampaknya Datin makan dengan Darius berdua saja laa” dah macam setiausaha je kak Eton ni hantar laporan.

“Mana ada berduanya kak. Budak Darius tu dah keluar tadi. Tak bagitahu pulak dia kemana” lemah suara Datin Darina kedengaran.

“Ooo, Darius pergi ambik baju untuk shooting esok katanya tadi. Dia cakap sebelum pukul 7 dia balik” Datin Darina angguk lesu. Kenapa Darius lebih terbuka dengan orang gaji? Segala pergerakannya diketahui Kak Eton tapi tidak dia. 

Sedar tak sedar, senja hampir melabuhkan tirai. Tersentak bila namanya dipanggil Kak Eton untuk makan malam. Darius sudah berada di meja. Bila masa budak bertuah ni ada kat rumah?

Inilah jadinya kalau rumah sebesar-besar tidak tapi penghuninya buat macam hotel saja. Kalau laa aku berpeluang beranak banyak, taklah bosan macam ni. Getus hati Datin Darina.

“Esok Yus shooting kat mana?” percubaan untuk bertanyakan aktiviti anak yang makin membesar ni terasa payah. Darius hanya membatu sekejap.

“Dekat je. Tapi Yus balik petang. Nak lepak dengan kawan. Ada gig” itu satu kelebihan yang ada pada anak bongsunya itu. Terlalu minatkan muzik. Dan kerana muzik jugalah hubungan Darius dengan ibu dan ayah jadi amat renggang. 

Tali kekeluargaan mereka juga semakin terik. Nasib baik ada pembantu rumah yang sedari kecil menjaga Darius, dihormati melebihi ibu sendiri. Segala gerak geri anak itu akan diberitahu kepada Kak Eton, seolah-olah pembantu rumah itu pula ibunya.Itu yang Datin Darina rasakan kini. Teringatkan perbalahan antara ayah dan anak beberapa tahun dulu yang memulakan keruhnya hubungan si bongsu dengan keluarga.

“Ayah taknak anak ayah hidup dengan sesuatu yang sia-sia. Ini Malaysia, bukan New York! Apa yang kamu nak makan kalau setakat belajar muzik?” Nampak menyinga Datuk Dahlan bila mendapat khabar yang Darius ingin menyambung pelajaran dalam bidang muzik.

“Tapi ayah, sekarang muzik pun boleh cari makan. Ramai kan komposer kat Malaysia ni. Yus tengok, ok je life dorang. Takde pun yang merempat. Ayah jangan risau laa.”si anak cuba berhujah bermati-matian demi muzik yang amat diminati. Datin Darina hanya mampu berdoa biar perdebatan itu segera berakhir. Memang tak ke mana pun.

“Kamu jangan nak keras kepala. Kat office ayah tu, tak cukup lagi designer. Kamu aje yang ayah harapkan. Kenapa laa kamu ni degil sangat. Tak sama macam abang kamu? Cuba tengok, orang yang ada masa depan, hidup senang dan terjamin. Untuk sekali ni Darius, tolonglah gunakan otak kamu yang bijak tu” suara si ayah makin perlahan. Usaha untuk memujuk anak mengubah fikiran.

Tapi Darius hanya melangkah masuk ke bilik sambil menghempas pintu. Dapat dibayangkan betapa rasa kecewa yang mendalam dirasakan sang suami bila anak yang dimanja, diletakkan harapan yang menggunung menunjuk perasaan sebegitu. Datin Darina hanya mampu menyabarkan.

“Na, abang tak nak dia tersalah langkah. Bagitau Darius kalau dia ambik jugak muzik, segala duit belanja dia abang sekat. Nak duit, cari sendiri tapi kalau dia buat apa yang abang suruh, lepas grad, abang takkan paksa dia lagi” tegas sekali arahan Datuk Dahlan pagi tu. 

Berat betul bibir untuk berbicara dengan anak muda 18 tahun yang merasakan sudah cukup dewasa untuk membuat sebarang keputusan. Datin Darina berasa seakan jantungnya hampir putus.

Tak diberitahu anak, suaminya pasti akan menyalahkannya tidak tahu nak menangani anak. Tapi kalau diberitahu, takut anak menuduh dia tak memahami jiwa remaja. 

“Ibu rasa tak ada jalan lain Yus. Cuba laa ikut kata ayah untuk sekali ni. Lepas grad, ayah mesti kotakan janjinya. Senangkan? Masa tu nanti, Yus dah boleh buat apa je yang Yus nak” betul-betul mengharapkan pengertian si anak. 

Dan sesungguhnya Datin Darina bersyukur bila Darius bersetuju untuk memenuhi impian ayahnya. Tetapi sungguh tak disangka Darius betul-betul mengikut ‘kontrak lisan’ mereka.

Majlis konvo pun dia tak pergi. Katanya, kertas sekeping dah cukup sebagai bukti. Mana ada orang minta kerja bawa gambar konvo? Alasan yang membuatkan terpamer kemarahan Datuk Dahlan tapi itu juga yang ditawarkan kepada anaknya dulu. Mujur juga ada Kak Eton. Sekurang-kurangnya terlepas juga sedikit beban di bahu bila ada kawan yang boleh dibawa bercerita.

Oleh kerana tak mahu lama-lama diikat dalam kemelut anak dan ayah itu, Datin Darina mula belajar menjahit pakaian di rumah. Pada mulanya sekadar menjahit pakaian sendiri tetapi bila diketahui rakan-rakan persatuannya, tempahan mula berani diterima.

Teringat bila kali pertama Darian memuji jubah kotemporari yang dijahit sendiri setelah dilihat persalinan itu dipakai oleh seorang model dalam majalah.

“Iye ke ibu yang jahit ni? Takkan lah. Kalau macam ni punya cantik, kalah laa semua fashion designer kat Malaysia ni” tergelak Datin Darina mendengar pujian itu. Tahu anaknya ikhlas.

Memang dia minat menjahit dan berfesyen tapi tak pernah berkesempatan. Masa mudanya dihabiskan dengan menemani suami memenuhi undangan ke sana sini demi menegakkan perniagaan.

“Kalau ibu mula jahit masa ibu muda, mesti dah ramai follower sekarang” giat anak sulung yang memang manja dan mendengar kata. Bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan karektor abang dengan adik. Tapi keduanya anak yang dilahirkan dari rahim yang sama.

“Apa-apa laa Yan. Dah tua-tua macam ni baru ada masa. Dulu jaga anak, jaga suami. Sekarang ni boleh laa sambung minat ibu dulu” kenyataan yang dikeluarkan disambut dengan muka anak yang kehairanan.

“Ibu tua ke? Baru 45 kot. Mana ada tua. Kalau kita keluar dua orang, mesti kawan-kawan kata Yan dating dengan girlfriend baru” pantas dicubitnya paha si anak bujang bertuah. 

Memang Datin Darina kahwin awal. Pada usia 18 dia sudah menyandang gelaran isteri kepada Dahlan. Dua tahun kemudian lahir Darian dan setahun sesudah itu dikurniakan pula Darius. Selang tiga tahun, mengandung lagi buat kali ketiga tetapi entah di mana silapnya, kandungan yang berusia 5 bulan gugur. Begitu juga kandungan yang keempat dan kelima. 

Atas nasihat doktor, dia tidak dibenarkan mengandung lagi atas masalah-masalah kesihatan. Terlalu biasa mendengar cerita seperti itu di dalam majalah tetapi bila terkena diri sendiri, hanya pada Tuhan saja dia mengadu.

Airmata yang menitis tak perlu disukat lagi. Sementelah pula suaminya sendiri tidak menganggap itu sebagai masalah. Cuma Datin Darina yang merasa tertekan. Disebabkan itu jugalah, Datuk Dahlan mengambil keputusan untuk menggaji Kak Eton bekerja dengan mereka. Macam tak percaya yang sudah hampir 20 tahun Kak Eton tinggal bersama di rumah itu.

Tersentak bila namanya dipanggil Darian, Datin Darina bangkit. Terlalu lama menyelusuri kisah kelmarin hingga tak perasan anak di depan mata. 

“Ibu ni kenapa? Yus buat hal lagi ke?” melingas mata si abang mencari adiknya. Sejak kebelakangan ini terasa semuanya tak kena. Darian terus meneka masalah ibunya ada kaitan dengan Darius. Siapa lagi dalam rumah ni yang boleh buat macam tu kecuali Darius? 

“Bukan adik kamu laa. Macam ni…” bila diceritakan tentang projek dengan De Leon, terus Darian memeluk ibunya. Terlalu gembira. 

“Ibu siap. Jom kita celebrate kat luar. Kita dua orang aje, nak?” redup mata Datin Darina memandang si anak. 

“Tak payah nak celebrate bagai. Masalah ibu ni kena settle dulu. Dah lepas siap collection tu baru boleh raikan. Lagipun taknak laa keluar dengan kamu aje. Nanti ibu kena kata pulak. Ibu nak tunggu ayah kamu aje. Sorry, no heart feeling okay” sesungguhnya bertuah Datin Darina sebagai ibu kerana memiliki anak sebaik Darian.

“It’s okay. Rugi laa ibu. Tak dapat keluar dengan the hottest architect in this town ever. I’m not loosing anything. Tapi Yan nak ibu tau, offer ni takde limit tau. For you, I’m available at anytime” Darian berdiri sambil menjungkit bahu. Bertuah punya anak!

“Apa yang kecoh sangat ni? Kamu Darian, nak curi girlfriend ayah ke?” dua beranak ni, kalau bergurau mesti orang luar salah faham.

“Iye laa tapi makwe sorang tu jual mahal sangat. Takut Yan nak beli. Yan pulang balik je laa kat ayah” Darian kenyit mata tapi sempat ditumbuk mesra ayahnya di bahu. Kalau laa Darius boleh semesra ini dengan ayahnya, pasti Datin Darinalah manusia paling bahagia di atas muka bumi Ilahi.

“Dah..dah..korang berdua ni, tak habis-habis ke nak bergurau. Masalah ibu ni siapa yang nak tolong selesaikan ni?” kalau tak mencelah, memang tak habis laa gurauan anak beranak ni.

“Yang tu, Yan tak tau nak tolong macam mana. Takut manik bertukar jadi mentol lak kang. Ibu tanya ayah je ok. Goodnight darling” beredar Darian ke biliknya yang bertentangan dengan kamar Darius.

“Apa yang besar sangat masalah awak tu Na? tak cukup duit ke?” mungkinkah dia boleh menolong? Lalu Datin Darina menceritakan masalahnya kepada suami.

“Hmm, kalau macam tu esok Na pergi je jumpa budak tu kat kampung. Mintak tengok hasil jahitan dia. Lepas tu suruh dia jahit sikit depan Na. In case betul ke jahitan dia tu bagus. Kalau layak, Na janji laa dengan dia. Mintak dia duduk dengan kita sampai projek Na tu siap. Bila dah siap, terpulang laa dia nak balik kampung atau cari kerja kat sini” masuk juga kata-kata suaminya di kepala.

“Terima kasih abang. Na dah terfikir macam tu tadi. Bukan apa, takut kalau-kalau budak tu taknak. Dah satu kerja nak kena cari orang lain bang” luah rasa hati yang terbendung sejak siang.

“Itu laa abang cakap tadi. pergi jumpa face to face dengan budak tu dulu. Kalau ok, selesai masalah. Kalau tak okey, cari je orang lain. Jangan buang masa” memang itu satu sifat Datuk Dahlan yang dikagumi. Amat mementingkan masa. 

Esok pagi, satu misi penting harus dilaksana. 


Sarapan pagi itu terlalu ringkas. Hanya roti bakar dengan Milo panas. Darian dan Datuk Dahlan sudah keluar. Tinggal Darius yang tak tahulah sudah bangun atau belum. Tengokkan kereta si anak masih di garaj, dapat ditebak yang si bongsu belum keluar lagi.

“Kak, macam mana dengan anak sedara akak tu? Boleh ye kita jumpa dia pagi ni?” lepas Subuh berjemaah tadi sudah dikhabarkan kepada Kak Eton tentang cadangan suaminya. Kak Eton tersenyum seakan memberi isyarat setuju.

“Akak tak kisah. Ikut Datin laa. Tapi kita balik hari kan? Kesian pulak Yus duduk sorang-sorang kat sini. Tak makan pulak budak tu kang” ya Allah, boleh pulak Kak Eton ni risaukan budak yang tahap tua bangka tu. 

“Ye kak, kita balik hari. Pasal si Yus tu, pandai laa dia nak cari makan. Dah tua nak disuapkan makan minum dia. Bukan tak pernah kena tinggal pun” cuba meredakan kerisauan yang melanda.
Dalam pukul 9 pagi, enjin kereta dihidupkan. Baru nak ambil beg tangan, terdengar suara Darius memanggil.

“Ibu nak kemana lawa-lawa ni? Nak ikut” buang tabiat apa budak ni. Tak pernah umur dia nak mengikut pergi ke mana-mana. Apa laa mimpi dia malam tadi. Bukan ke kata ada shooting pagi ni.

“Kamu kata ada shooting? Tak pergi ke?” Darius tergaru-garu kepala sambil buat muka.

“Shooting cancel last minute laa ibu. Yus tau mesti ibu balik lambat. Boleh laa, nak ikut balik kampung Mak Eton. Dah lama tak pergi” mungkin ini peluang untuk perbaiki hubungan kami. Kepala diangguk perlahan. Melompat si anak gembira dapat menjejakkan kaki lagi ke kampung Kak Eton.

“Nak ikut, kena drive kereta ibu. Selesa sikit. Hari ni, Kak Eton jadi bos kat belakang” Datin Darina memang tak suka duduk di belakang kalau perjalanan jauh. Mabuk.

“Takpe, hari ni biar Yus jadi supir aje. Janji balik nanti ada upah ayam masak lemak cilipadi dengan kerabu mangga Mak Eton” pelik betul bila anak yang bersikap dingin sesejuk ais kini ceria. Apapun alasannya Datin Darina bersyukur.

Dalam perjalanan, Darius kembali ke sikap pendiamnya. Hanya sesekali celoteh Kak Eton memecah sepi. Muka Darius yang serius membuatkan hati tertanya apa sebenarnya dalam hati si anak.

“Yus, kita berhenti kejap kat kedai minum tu. Ibu haus laa” sambil menunjukkan anak kedai kat tepi jalan yang dimaksudkan.

“Kak, tolong tanyakan si Yus tu. Apa hal sebenarnya ni? Tak paham saya. Kejap sejuk, kejap panas” perlahan permintaan disuarakan sewaktu Darius bangun mengambil kuih. Dari senyuman Kak Eton, dapat diagak dia dah tahu hal Darius. 

“Hmm, katanya tak berkenan dengan model perempuan yang dipasangkan dengan dia untuk kerja dia hari ni. Tu yang tak mahu pergi kerja tu. Apa dia kata? Control cun..haa, macam tu laa bunyinya dia cakap tadi. Dia ikut kita ni sebab taknak orang cari dia kat rumah” bertuah punya budak. Itu je masalahnya ke? Suruh posing ambik gambar je, bukan suruh kahwin pun dengan model perempuan tu.

“Datin jangan tak tahu, budak pompuan tu dah banyak kali kacau Yus. Dia tunjuk kat saya berapa kali budak tu telefon dia. Sampaikan dengar bunyi telefon pun si Yus dah tak kuasa nak tengok” ish, sampai macam tu sekali. Patut laa Darius lari. 

Berani betul perempuan zaman sekarang ni. Tapi terselit dalam hati, rasa bangga dikurniakan anak yang ada rupa dan berilmu. Dan yang penting, tak mudah untuk menerima perempuan yang datang menyerah diri.

“Rasa-rasa ada lagi tak sungai kat belakang rumah Mak Eton tu?” belum pun sampai Darius dah tanyakan sungai. Dulu masa kecik-kecik memang dia rajin ikut Kak Eton balik ke kampung. 

Lagipun kami sudah tak punya kampung untuk dituju. Jadi, untuk memberikan anak-anak pengalaman hidup di kampung, Datuk Dahlan akan mengizinkan anak-anak ikut Kak Eton pulang ke kampungnya pada waktu cuti sekolah.

“Mana ada lagi Yus. Adik Mak Eton, Pak Chak usahakan ternak kambing, bela keli. Nanti dah sampai haa, kamu tengok laa sendiri. Dah lain benar keadaannya” sejak Kak Eton tinggal dengan kami, semua urusan tanahnya diambil alih oleh adiknya di kampung.

“Alaa, baru nak terjun tiruk. Penat je bawak seluar nak mandi sungai” butir kata yang jelas tak puas hati dengan perjalanan pulang ke kampung kali ini.

“Tak puas ke kamu asyik berenang hari-hari kat rumah tu?” tanya Datin Darina. Geram. Seperti tidak mensyukuri kemudahan yang disediakan di rumah. Terdiam Darius dengan kata-kata ibunya.

“Lain ibu. Sejuknya tu pun lain. Terjunnya pun lain. Mak Eton, nanti kita cari kampung lain yang ada sungai ye?” ayat Darius yang tak menunjukkan dia seorang pemuda berusia 25 tahun. Macam budak-budak. Senang betul nak pindah-pindah kampung ye. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia sudah mahu bercakap. Tidak lagi membatu macam selalu. Mungkin dengan kehadiran Kak Eton membuatkan dia ringan mulut. Agaknya.

“Tunggu laa kamu kahwin nanti. Cari laa kampung sendiri” selamba je ayat Kak Eton membalas. Patut laa Darius senang bercerita dengan Mak Etonnya, dia rasa diterima. Mungkin itu yang harus ayahnya lakukan.

----------------------------------------------------------------------------------
Suara garau Pak Leman membuatkan hati Uci rasa serba salah. Selama ni bukan ke tugas menjaga Mak Leha adalah tugas dia? Kalau dia ikut Mak Long Eton, siapa yang nak jaga makan minum emaknya yang terlantar tak bergerak tu? 

“Kamu tak usah laa risau. Bapak boleh jaga. Lagipun maklong kamu mintak tolong dalam 3 bulan aje. Siap kerja tu, kamu baliklah sini. Tak payah nak pikirkan sangat. Makan minum semua dengan maklong kamu tu. Kamu nak tunggu orang hantar baju kat sini, berapa sangat yang kamu dapat?” berkepul-kepul asap rokok orang tua tu keluar dari mulut bila dia bercakap.

Rasa kabut dalam hati buatkan akalnya tak dapat berfungsi dengan baik. Lama jugak tu kalau duduk sana 3 bulan. Betul jugak cakap ayahnya. Janji duit ubat mak cukup tiap-tiap bulan. Takpe laa, ikut kan saja. 

Matahari dah hampir tegak atas kepala. Rasanya, dah sampai kot Mak Long kat rumah. Cepat-cepat dia mengumpulkan semua ikan bilis yang dijemur untuk ditimbang dan dibungkus untuk dibawa pulang. Tauke Ah Chang pun dah kata sementara dia takde, ayahnya boleh ganti. Ada juga duit kopi gula kat rumah nanti.

“Tapi nanti apa pulak kata Tauke Chang? Buatnya nanti, bila orang balik sini dah takde kerja lagi kat tempat dia” rengus gadis itu lagi. Mengambil upah mengopek ikan bilis di rumah dengan upah cuma lima ringgit seguni rasa sayang untuk dilepaskan. Dalam sebulan boleh laa dapat dalam empat ratus ringgit. 

Memang murah upah yang diterima. Terlalu murah tetapi hanya itu yang mampu dibuat dengan keadaan ibunya yang memerlukan pemerhatian 24jam sehari. Pak Leman pula bergantung harap dengan upah kerja-kerja mengemas kebun orang kampung. Berapa sen sangat laa yang boleh dapat.

Kalau dulu, masa hayat Abang Syakir masih ada, merasa juga mereka makan ayam dan lauk-lauk yang sedap tapi setelah kematiannya 2 tahun lepas, semua yang sedap tu hanya terasa dalam mimpi. Marah mereka sekeluarga sampai kini tidak hilang. 

Arwah pergi setelah dilanggar lari sewaktu dijemput ayah pulang dari kerja kilang. Motor yang dipandu ayah diseret jauh. Ayah patah pinggang, arwah pula meninggal di situ. Rasa benci tengok kereta-kereta mewah dipandu laju di jalanan.

Orang kaya semuanya berlagak. Tak berhati perut. Benci betul. Masa kat sekolah dulu pun aku jadi bahan ejekan Tengku Hana, anak tauke pasaraya kat pekan sana. Kalau kaya, pandai takpe laa jugak tapi aku tengok biasa aje keputusan diorang. 

Sejak hari tu, aku berazam akan belajar pandai-pandai, biar dapat peluang untuk ubah nasib keluarga tapi dah tersurat. Tak ada rezeki aku nak sambung belajar.



Lepas dapat keputusan SPM, tiba-tiba mak jatuh sakit. Ulang alik ke hospital buatkan duit simpanan mak menjual kuih dulu makin menyusut. Dengan tambang kereta sapu, makan minum kat hospital, ubat mak lagi. Sampai laa satu hari, Pak Ngah Chak datang nak beli tanah bahagian bapak kat baruh sana. 

Mengenangkan nyawa mak takde galang ganti, aku paksa jugak ayah jual tanah tu. Dan sekarang, sudah beberapa tahun berlalu, penyakit mak tiada perubahan langsung. Cuma matanya saja yang mampu digerakkan.

Arghhh, payah betul kalau nak ditimbang semuanya. Tetapi bila kenangkan Mak Long Eton banyak membantu perbelanjaannya masa bersekolah dulu, malu juga kalau tak ditolong. Bukan lama sangat. Tiga bulan aja. Lagipun ibu saudaranya dah berjanji, ada upah yang agak lumayan. Boleh jugak hulurkan sikit untuk belanja mak dan bapak nanti.

“Kamu jangan takut. Sehelai upahnya dalam 400 ringgit. Ada dalam 10 pasang yang nak dijahit. Boleh laa buat beli ubat mak kamu tu” aku termakan jugak kata-kata Mak Long bila dikaitkan dengan keperluan mak. 

Laju kayuhan basikal tua milik bapak aku kayuh. Dari jauh lagi aku nampak sebiji kereta menjalar depan rumah. Perlahan basikal disandarkan di tepi dapur. Terdengar suara orang bercakap-cakap di ruang tamu. Bungkusan ikan bilis diletakkan di tepi tempayan beras. Hati-hati melangkah ke depan.

“Haa, dah sampai pun anak dara sorang ni. Penat diorang tunggu Uci balik nak” suara bapak perlahan sambil memandangku. Aku lihat maklong duduk di sisi seorang wanita yang agak bergaya. Masih terlalu muda untuk title Datin. Awet muda kot? Bisik hatiku sendiri. Cepat-cepat aku menghulurkan tangan bersalaman dengan tetamu.

“Maaf laa. Tadi Uci kena siapkan semua. Kalau tak, nanti tak dapat gaji bulan ni. Maaf ye Mak Long, Datin. Uci buat air dulu” sopan je aku mintak diri. Rasa pelik pulak bila ada orang datang berkunjung kat rumah. Selalunya yang datang rumah pun bila hari raya je. Itu pun budak jiran sebelah. Anak orang lain, lalu pun tak.

“Tak payah susah-susah nak. Apa namanya tadi? Uci? Kami dah minum tadi” hmm, jimat gula aku.

“Macam ni Uci, Datin nak tengok manik yang kamu dah jahit. Ada contoh baju?” kata mak long laju. Baju aku mana ada yang bermanik? Semuanya kusam dan pudar. Kalau nak tengok baju yang aku jahit, kena pinjam kat Kak Linda laa. Dia rajin menempah dengan aku.

“Hmm, Uci memang tak pakai baju manik-manik tu. Tapi kalau nak tengok contoh, nanti Uci pergi pinjam kejap. Boleh tunggu?” lantas berdiri berkira-kira untuk ke rumah Kak Linda di lorong sebelah. Aku tengok Datin tu dah tersengih.

“Takpe laa Uci. Tapi sebelum tu boleh saya tau, belajar menjahit kat mana?” Datin ni interview aku ke? Macam ni rupanya temuduga kerja ye.

“Uci tak belajar kat mana-mana. Tapi minat sangat menjahit. Uci guna kaedah cuba-cuba jaya je” kelakar kot jawapan aku tu sebab aku tengok galak semacam je tetamu berdua tu ketawa.

“Haa Datin. Dah jumpa buku dengan ruas. Sama-sama minat” kata maklong. Aku tak faham.

“Boleh tak Uci jahitkan sikit manik-manik ni untuk saya tengok jahitan Uci. Kalau ok, petang ni jugak laa Uci ikut kami balik, boleh?”

Aku pandang bapak, minta kepastian. Bapak angguk lesu tanda mengizinkan. Pantas tanganku mencapai kotak yang dihulur Datin Darina berisi bermacam warna dan bentuk manik untuk dijahit pada sehelai kain.

“Uci jahit satu line je cukup. Apa-apa design pun boleh” kata Datin Darina.

Apa laa yang aku nak jahitkan ni? Akhirnya aku jahitkan bunga lili sekuntum dan satu garis manik beriring. Tapi rasa macam tak berapa menarik, jadi aku tambahkan manic halus-halus untuk direnjis di bahagian tepi. Baru laa cantik. Dalam 15 minit, aku tunjukkan hasil jahitanku kepada datin.

“Ya Allah, lajunya. Kemas pulak tu” kata Datin Darina sambil membalik-balikkan kain sehelai yang dijahitkan manik contoh tadi.

“Saya kalau boleh memang nak siapkan cepat manik-manik tu. Jadi, tak laa saya kena tinggal sana sampai 3 bulan kan Datin?” dalam hati tetap merisaukan keadaan mak sepanjang aku tiada nak uruskan dia nanti.

“Itu Uci jangan risau. Saya akan jahit cepat-cepat baju dan Uci akan siapkan manik. Bila kita dah hantar kat butik tu nanti, saya sendiri akan hantar Uci balik kat sini. insyaAllah, tak sampai pun 3 bulan” senyum Datin Darina buatkan hati Suci Harnani lega.

“Kalau macam tu kata Datin, takpe laa. Uci pergi kemaskan baju kejap.” 


Dalam pada dia menyiapkan pakaian, tiba-tiba terdengar suara orang melaung menjerit-jerit macam nampak puaka. 

“Bu, tolonggggg…tolonggg..buuuuu…” apa hal yang bising sangat tu? Tak pernah dengar pun suara tu kat kawasan rumah ni. Anak siapa yang menjerit macam orang tengah menurun je bunyinya. 

Cepat-cepat Uci ke depan nak tahu cerita. Erk, siapa pulak mamat bibir bengkak ni? Hmm, tak lain mesti dia nak curi rambutan aku laa tu. Kat pokok tu memang ada sarang tebuan.

“Ya Rabbi. Kamu kenapa ni Yus? Kenapa ni?” kelam kabut mak datin terpa orang bujang tu. 

“Vu, sakit vu. Tak namfak fun kat fokok ramvutan tu ada tevuan. Vawak Yus gi klinik vu” aik, lelaki ke ni? Siap melalak pulak. Baru kena sengat kat mulut dah menangis! Anak datin tu rupanya. Hahaha. Mamat lembik!

Bila aku tengok betul-betul, kesian pulak rasanya. Lain kali asapkan dulu pokok tu, baru laa senang nak ambik buahnya. Kalau nak rembat hak orang tak mintak izin, inilah padahnya.

Oleh kerana klinik terletak jauh di pecan dan agak menyukarkan untuk kami berulang alik, Mak Long ambil keputusan untuk kami sekali jalan. Mula-mula ke klinik dan kemudian terus pulang ke rumah Datin Darlina. Aku tak kisah. Bukan mulut aku pun yang kena sengat.

Dalam perjalanan ke klinik, memang susah nak tahan ketawa bila tengok mamat bibir tebal tu berairmata menahan sakit. Dah sah kena injek laa tu kejap lagi. Anak mak betul! Datin Darlina pun tersengih-sengih bila tengok aku tertawa perlahan.

“Sekarang ni, kamu ketawa laa sementara boleh. Nanti mulut dia dah baik, takut-takut kamu pulak yang dia nayakan, Uci” Erk, apa maksud mak datin cakap macam tu? Takpe, aku tau macam mana nak uruskan orang banyak ragam ni. Prinsip aku senang aje. Aku tak kacau hidup kau, kau jangan masuk campur hal aku. 

Ok kan?






Tuesday 24 April 2012

SDG Part 6


Esoknya dalam pukul 2 lebih, kitorang dah bersiap nak balik kolej. Awal-awal aku dah bagitau dengan Yus yang aku nak jumpa Mastura, dengan Mastura pulak aku cakap nak jumpa Nani, dengan Nani aku cakap nak jumpa Farok. Aku terpaksa buat macam tu sebab aku tau yang Iskandar selalu dapat maklumat melalui diorang ni. Padahal aku menyorok kat kumpulan lain. Dapat laa aku naik bas lagi satu.

Bila dah selamat aku naik bas yang lagi satu tu, rasa nak bersorak je sebab dah selamat daripada makhluk gorgon yang paling kejam dalam dunia ni. Bas bergerak membuatkan aku rasa lega teramat. 

Terima kasih Ya Allah sebab jauhkan aku daripada siamang gatal tu. Sempat lagi berdoa tau aku ni. Kalau boleh, memang aku nak sujud syukur je dalam bas tu.

Nasib aku bertambah baik sebab takde orang dok sebelah aku. Siap boleh landing lagi bila aku letak beg jadi bantal. Kalau aku tau bas ni banyak kosong, masa datang dulu pun gerenti aku naik bas ni. Ni laa untung jadi orang yang comel macam aku. Penat punya pasal, aku lelap tak ingat dunia. 

Aku perasan macam aku bersandar kat tempat yang selesa sangat. Rasanya beg aku tadi takde laa seselesa ni. Bila masa pulak beg aku bertukar bau perfume lelaki nih? Dengan mata yang still terpejam lagi, aku ‘raba’ begpack aku. Apasal semacam je kain beg aku ni?
Yang ni macam rambut je? Terjerit aku kejap bila aku sedar beg aku bertukar menjadi Iskandar. Ya Allah, mana dia dapat tau yang aku ada dalam bas ni? 

Melingas mata aku tengok keliling. Aku ni dah teleport ke bas lain ke? Eh, tak! Betul laa ni bas yang aku naik tadi. Tapi bukan ke Iskandar dah naik bas lain tadi. Aku sendiri yang nampak. Ya Allah, malunya bila teringat tang tidur tu!

Benci tau tak bila aku tengok muka dia yang konon-konon tidur tu. Boleh senyum pulak! Ada ke orang dalam dunia ni tidur dengan senyum jahat macam tu? Si siamang gatal ni je yang tidur patern tu! Geram..geram..geram!!! Yang aku ni pun satu, kenapa laa tak hati-hati lebih sikit. Dah tau si gatal ni ada je cara nak kenakan aku. 

Nanti laa kau siamang. Ada ubi, ada batas. Kalau takde pun, aku buat jugak batas tu biar ada!

Sakit hati punya pasal, aku terus duduk atas lantai bas. Tergamam Iskandar tengok aku buat macam tu. Biar laa apa orang nak kata. Asalkan aku tak duduk sebelah dia. Puas Iskandar gamit aku suruh duduk balik sebelah dia tapi aku buat tak tau je. Biar dia rasa. Budak-budak lain pandang aku dengan muka tertanya-tanya. Sibuk je korang.

Aku keluarkan gameboy dalam beg. Tekan sungguh-sungguh. Sama je macam keinginan aku nak tenyeh muka Iskandar sekarang. Alih-alih aku nampak dia bangun, melintas depan aku sambil  angkat dua tangan tanda surrender. Dia beralih duduk kat depan sekali. 

Bila aku tak bergerak walau dah 10 minit Iskandar pindah tempat, aku nampak dengan ekor mata dia bangkit. Dengan muka marah dia datang kat aku, tarik lengan aku suruh bangun. 

Bila aku dah berdiri, senang aje dia tolak aku duduk balik kat kerusi tu. Dah terduduk aku dibuatnya, menonong je dia pergi duduk depan. Haa, boleh pun duduk jauh daripada aku. Tersenyum aku lega dapat duduk sesorang dalam bas tu. 

Tapi bila dah sampai kat tol, baru aku perasan dia ada balik kat sebelah aku. Betul-betul cari gaduh dia ni. Bila dia datang? Hadoiii, ni laa kalau dah leka pandang ke luar tingkap. Sebab hangin sangat, aku siku rusuk dia sekali. Rasakan! Kuat kot sebab menyeringai dia buat muka. Padankan muka dia. Orang kalau tak faham bahasa, itu je ubatnya.

Dia buat lagi macam-macam kat aku lepas ni, memang aku tajikan aje. Akukan gangster! Menyesal pulak tak siku dia awal-awal dulu. Kalau aku buat, mesti dia tak kacau aku punya tapi dah nak sampai kolej pun. Lepas ni aku taknak lagi tengok muka dia.


 Baik laa aktiviti ko-ku dikira kredit untuk satu semester je. Lepas aje camping hari tu, aku dah tak join lagi apa-apa aktiviti kelab sebab dah dapat markah pun. Dan yang pasti aku taknak tragedi macam tu jadi lagi. Serik!

Tapi episod kejar mengejar tu berlarutan sampai laa kitorang konvo. Tebal jugak muka siamang gatal ni ek. Aku rasa kalau lelaki lain dah sah cari lain. Buat apa nak tunggu orang yang tak sudi. 

Pernah jugak Yus tanya apa salah Iskandar sampai aku langsung tak boleh terima dia. Aku takde jawapan khusus tapi aku memang taknak terikat dengan sape-sape pun selagi aku tak kerja.

Aku rasa, setiap kali Valentine dan hari jadi, memang boleh bukak kedai bunga dah aku ni. Bayangkan aje laa betapa banyaknya bunga yang aku dapat. Selalunya aku sedekahkan aje kat semua perempuan yang ada dalam kelas aku pada hari tu. Pelik bila aku tengok dia ni macam tak segan langsung. Aku balik yang malu giler.

Kalau ada baki, aku pass jugak kat pensyarah perempuan. Iskandar senyum je bila tengok aku buat macam tu depan dia. Bila aku cakap nak panjangkan amal jariah dia, mesti dia angguk-angguk. Ok laa. Aku ni bukannya tamak sangat. Itu tak masuk lagi segala barang-barang yang sampai kat rumah. 

Dengan anak patung yang semuanya besar gedabak dan sama saiz dengan aku, tempahan kek kat Eda yang macam-macam design, kirim tuju lagu yang budak lelaki rumah depan ni terlalak-lalak tengah malam, buat aku rasa gerun jugak kadang-kadang. 

Gerun dipersalahkan kalau dia tak score dalam exam. Paling teruk sekali kalau sebab aku, pointer dia jatuh. Tapi setakat ni, aku dapat tau yang CGPA dia orait je. 3 pointer tu. Fuh, lega!

Aku harap yang dia terus kekalkan prestasi dia dalam study macam ni. Itu aku boleh janji, akan aku doakan yang terbaik untuk kau Iskandar.

Sampai laa hari terakhir kat kolej ni, dia masih lagi Iskandar yang aku kenal. Masih tak putus asa dengan aku. Masih lagi mencuba berbagai cara nak tarik perhatian aku. Dan macam tahun-tahun yang sudah, semua pelawaan dia aku tolak sebaik mungkin.


Tapi hari terakhir tu, dia betul-betul buat gila. Ada ke patut, dia on mikrofon, pastu jerit nama aku kuat-kuat suruh aku turun. Nasib baik laa semua penghuni sama ada keluar kerja atau pun dah balik kampung. Nak taknak, terpaksa jugak aku turun jumpa dia sebelum aku atau dia jadi lagi gila.

“Kau nak apa lagi haa? Paham tak aku cakap tak. No. Takde nego-nego lagi. Kan dulu lagi aku dah kata” aku dah malas nak layan sebab banyak lagi barang nak kena pack. Kak Arah sampai malam karang. Takut tak sempat nak kemas semua barang.

“Tu dulu. Manatau sekarang dah lain. Takkan takde sikit pun ruang untuk aku Deng? Dua tahun aku cuba kau tau tak? Kau sedar tak ni?” Hmm, memang aku sedar. Aku sedar yang makhluk gorgon spesis yang ni payah nak terima hakikat.

“Encik Iskandar Shafie, awak kawan saya yang terbaik, murah hati. Awal-awal dulu saya dah cakap, saya taknak terikat dengan sesape pun selagi saya tak kerja. Susah ke nak faham? Mungkin lepas ni kalau dah kerja, awak cari saya, saya boleh terima. Siapa tahu kan?” aku tengok dia diam tunduk ke lantai.

“Kita kena bagi peluang pada diri sendiri tengok dunia yang lagi luas. Jumpa lagi ramai orang. Aku taknak bila kau dah kawan dengan aku sekarang, kau cinta mati kat aku. Tapi bila kau dah kerja, kau jumpa orang lagi lawa, baik, cun daripada aku, nanti kau buang aku macam sampah. Itu sebenarnya yang aku nak elakkan. Aku harap sangat kau faham” satu persatu aku terangkan kat dia biar dia jelas kenapa aku taknak terima dia dulu.

“Tapi kalau dah tertulis jodoh aku dengan kau, aku ok je. Kita doakan yang terbaik” bila dia angkat muka, aku rasa dia dah faham apa yang aku nak sampaikan.

“Ok, got it. Terima kasih sebab sudi sediakan ruang untuk aku walau terlalu kecik ruang tu aku rasa. Asalkan kau tak lupakan aku dah laa. Aku pun nak mintak maaf atas semua yang aku dah buat kat kau. 0-0 eh” ikhlas suara dia mintak maaf.

“Aku pun. Sebab dulu aku siku kau. Tapi serius aku nak kau tau yang aku suka apa yang kau cakap kat sebelah khemah aku dulu tu” aku senyum sambil berpaling nak naik ke rumah.

“Yahooo!!!!” nak tergelak aku dengar dia jerit macam tu. Lantak kau laa Iskandar oiii. Lepas ni dah tak jumpa dah muka aku pun. Mesti aman sikit dunia aku dah takde sapa nak sakat aku 24jam sehari.

“Dah puas dapat jumpa buah hati? Untung laa orang tu, ada penyanyi sudi nak buat konsert khas untuk dia. Dapat bunga, dapat hadiah, kek lagi. Bila laa Joe sayang aku tu nak buat ek? Nak suruh dia pergi belajar dengan Iskandar laa. Boleh tak Deng?” ish, banyak mulut betul makcik Yus comel sorang ni. 

Hari-hari jumpa mesti dia tanya perkembangan si siamang gatal tu. Kalau ada apa-apa yang aku dapat, mesti housemates aku ni yang terlebih excited.

“Aku tak suruh dan kau pun tau yang aku tak suka dia buat camtu. Dia tu dah tak betul agaknya” malas aku nak fikir pasal mamat tu. Dalam kepala aku, nak balik rumah mak, nak rehat puas-puas.

“Aku rasa pen ko tu sebenarnya tongkat sakti yang ko dah jampi kot. Sebab tu dia takleh lupakan ko. Hahaha” Wah, sedap je mulut tu ye ngata aku macam-macam. Memang aku ada cerita kat Yus pasal Iskandar selalu nak pinjam pen aku sampaikan aku sengaja beli pen sebekas besar. Senang aku nak sedekah kat dia.

“Kalau aku ni ada tongkat sakti, aku sumpah je dia tu jadi emas ke, berlian ke. Ada gak hasil. Ni tak, tiap masa nak menyakitkan hati aku. Ish, simpang malaikat 44” dah macam fairy godmother pulak aku ni nak jampi-jampi orang.

“Ye laa Deng, kesian tau aku tengok dia selalu belek-belek pen kau yang dah takde dakwat tu pastu senyum sengsorang. Baik laa muka hensem, kalau tak mesti kena kutuk kaw-kaw punya” pandai je la kau Yus.

“Ooo, sebab dia ada rupa so tak kena kutuk laa ek. Kalau buruk rupa, camne laa agaknya kan?” lagi galak kitorang gelak.

“Tapi kan Deng, mak aku pesan jangan benci sangat kat orang. Nanti orang tu jugak laa yang kita sayang” penuh makna kata-kata Yus tu. Aku senyum menjungkit bahu sambil kemas barang masuk dalam beg.



Kata-kata Deng yang last tu buat aku rasa yang aku ada peluang. Takpe, lepas aku dapat kerja nanti, mesti aku cari dia punya. Tapi nak mencari kerja apanya. Orang kat resort tu pun dah tak sabar-sabar nak suruh aku masuk kerja. 

Takde nye nak rehat ke, enjoy ke. Macam ni laa nasib hidup sorang diri. Semua kena buat sendiri. Nasib..nasib.

Tapi betul ke dia nak bagi peluang kat aku? Arghhh, aku tak kira. Yang aku tau, aku nak start kerja kumpul duit. Aku nak Deng jugak. Kekadang nak ketawakan diri sendiri pun ada. Apa lebihnya perempuan tu ek? 

Takde laa lawa sangat. Sombong ya amat pulak tu. Dah laa ganas, jalan bersepah, kalau marah tu cakap takde tapis-tapis. Brutal pulak. Ada ke patut dia siku aku kat rusuk. Kalau laa patah rusuk aku ni, sape nak ganti? Dia jugak yang nak kena jadi rusuk aku nanti.

Takkan dia tak perasan yang aku suka dia dari semester satu lagi. Tapi masa tu pun dia ni macam duduk kat dalam hutan je. Tak bertegur langsung dengan orang lain. Aku pun tak tau nak korek cerita pasal dia kat sape. Tapi peluang betul-betul cerah bila dia duduk depan aku dalam kelas Statistik kot tak salah. Hehehe. Terima kasih nasib yang baik. Ada can!

Pen punya pasal laa aku boleh bertegur dengan dia. Kalau tak, aku ni standard halimunan je kot kat mata dia. Yang buat aku terkejut, dia boleh warning suruh pulangkan balik pen tu yang aku kelakar betul. Selalunya perempuan yang aku buat taktik tu mesti bagi je pen kat aku pastu sah sangkut. Tapi dia ni lain sangat. 

Sejak hari tu, macam-macam benda aku try nak buat dia pandang aku, tau yang aku ni ada depan mata dia. Pinjam barang laa, suruh ajar laa. Tapi dia tak layan. Eleh, entah-entah saja je jual mahal, tapi dalam hati bersorak. Manatau kan? 

Sampaikan pernah sekali aku hampir-hampir nak bertumbuk dengan Shahid pasal Deng. Ada ke patut Shahid kata Deng tu nak kat dia. Memang nak rasa penumbuk sulung aku agaknya mamat perasan ni.

“Kau jangan nak lebih-lebih. Dia aku punya!” aku rasa amaran tu dah cukup bila aku tengok yang Shahid sendiri takde cuba-cuba nak usha Deng. Dan aku pun macam biasa berusaha habis-habisan nak tackle Deng.

Tapi memang jatuh maruah aku bila dia reject aku takde cover-cover. Belum pernah lagi ada perempuan yang tolak aku sebelum ni. Tu yang aku lagi nak try dia. Kenapa dia buat camtu ha? Tak cukup hensem ke aku ni? Nak kata ada boyfriend, takde pulak aku tengok dia baik dengan sape-sape. 

Adusss, Deng! Aku benci dia sebab buat aku tak lelap tidur. Aku benci dia sebab dia laa manusia pertama atas bumi ni yang buat aku suka kat orang yang tak suka kat aku.

Bila keluar memo kena susun jadual sendiri, bersorak laa aku sebab aku tau memang perempuan ni datang lambat punya masa nak daftar semester baru. So, aku dengan jayanya dah masukkan sekali nama dia biar satu kelas dengan aku. Aku tak kira laa dia nak jeling ke hape ke. 

Mata dia, bukan mata aku. Biar dia tau, tak mungkin dia boleh lari daripada aku kat kolej ni. Lagipun aku suka kena jeling dengan dia tu. Kalau dia jeling aku lebih-lebih pun, bukannya tercabut tangan ke kaki aku ni. Jeling laa aku puas-puas. Aku tak takut pun!

Kadang-kadang rasa bersalah gak bila tengok dia bermati-matian kata takde apa-apa dengan aku waktu budak kelas usik dia. Aku tau, tu mesti kerja Niki punya. Dah selalu sangat perempuan tu ajak aku minum laa, makan laa, teman shopping laa. Ajak tengok wayang pun ada. Pegi daa!

Ish, takmo aku perempuan datang kat aku meleser tak tentu pasal. Tak adventure langsung! Lawa memang Niki tu lawa giler tapi takde thrill laa jenis kucing siam ni. Tak best! Lagipun aku tengok, semua lelaki kat sini dia nak try. Aku ni nombor berapa dalam list dia pun tak tau laa.

Mula-mula aku dengar alasan Deng reject aku pasal nak study tu macam tak berapa best je aku dengar. Ye ke ha? Aku pun takde laa study sangat tapi ok je pointer aku. Dia pun sama. Kawan pun takkan tak boleh? Ada lagi ek perempuan macam ni sekarang? Aku mati-mati ingat dah pupus.

Sebab taknak fikirkan pasal dia sangat laa aku join JPA. Petang-petang kena latihan kawad. Kalau tak tu, pantang ada masa lapang mesti aku ajak budak-budak rumah termasuk laa Joe jamming lagu khas ditujukan untuk Deng.

 Sekali dua boleh cover lagi lagu yang aku nyanyi tu untuk Deng tapi kalau dah tiap-tiap minggu melalak lagu yang sama, diorang pun bantai kondem aku. Peduli laa. Tekak aku, sukati aku laa nak nyanyi lagu apa.

“Bro, kalau orang dah tak sudi, cari je laa yang lain. Kau tu ada rupa.” Ish, aku tau laa Deng suka kat aku. Saja je taknak tunjuk.

“Joe, percaya laa cakap aku. Dia suka kat aku. Satu hari nanti kau tengok laa” aku senyum sambil petik gitar lagu Gadisku. Memang layan habis laa.

“Aku bukan apa Is. Aku taknak kau kecewa nanti. Awek aku pun cakap, dia memang mengamuk habis bila kau approach dia macam ni” Joe datang join aku dengan gitar dia. 

Aku terus renung pintu rumah Deng. Baik laa aku boleh tengok pintu rumah dia tu hari-hari. Ni laa untung duduk rumah depan-depan ni. Rumah aku kat tingkat 3. Rumah dia pulak tingkat 2. Tak dapat tengok orang, tengok pintu pun jadi laa buat pelepas rindu.

“Dah, jom layan Gadisku. 1, 2, 3..gadisku…” dah ramai pulak yang join aku buat mini konsert tu. Tu yang best kalau dapat geng serumah satu kepala. Aku harap biar lah Deng dengar lagu ni. Dia nak marah ke, nak hangin satu badan ke, aku tak kira. Aku akan buat macam ni sampai dia suka kat aku. Yang lain, belakang cerita.

Bila dapat tau yang budak JPA dapat pelepasan untuk join kelab lain semester ni, aku punya laa excited. Boleh laa aku menyempil kat Deng. Aku dah agak dah mesti dia join kelab kembara ni. 

Kenapa laa kau anti sangat kat aku ha? Aku tengok, dia borak dengan Farok dengan Joe macam biasa je tapi bila dia nampak aku terus mulut dia macam kena kunci. Teruk sangat ke aku ni?

Aku nampak dia tarik Yus ke tepi. Mesti nak tanya kenapa aku ada sekali laa tu. Terasa tau tak bila dia pegang dahi dia sambil jeling kat aku. Macam menyesal giler pulak bila nampak aku dalam kelab ni. Takpe, sabar Is. Sabar! Benda baik bukan senang nak dapat.

Cepat-cepat aku pergi jumpa Abang Airel, AJK urusetia sebab nak suruh dia masukkan aku satu group dengan Deng. Alasan terbaik yang aku boleh pikir, dia tu sepupu aku. Dia ada lelah teruk. Kalau sakit kat sana nanti, aku boleh tolong tengok-tengokkan dia. 

Baik jugak brader tu percaya cakap aku. Hehehe. Berjaya lagi plan aku. Terima kasih ya Allah. Kau permudahkan rancangan aku nak mengorat awek gangster sorang ni.


Bila tiba hari nak bertolak, memang aku saja je dok jauh-jauh sikit. Kalau aku ikut dekat-dekat kang, takut pulak aku kena flying kick dengan dia ni. Malam tadi lagi aku dah plan dengan Joe. Suruh Yus duduk dengan Deng dulu. Aku pulak duduk dengan Joe. Dah separuh jalan nanti tukar. 

Bestnya dapat duduk sebelah pujaan hati. Banyak benda aku nak cakap dengan dia nanti. Harap-harap laa plan ni menjadi.

Masa Yus bangun nak tukar tempat dengan aku tu, punya laa kelakar muka dia. Ada ke patut dia letak beg dia kat tempat kosong? Dah laa tu, nampak je muka aku nak duduk situ, terus dia letak kaki atas kerusi. Tak senonoh betul laa perempuan ni. 

Ooo, kau nak main kasar ye. Aku pun taknak buat baik dah dengan kau. Malas nak cakap, aku kuis je kaki dia. Amik kau!

Merajuk konon. Pandang laa kat luar tingkap tu sampai tembus. Takkan aku nak pindah punya dah dari sini. Dah dia yang tak nak cakap dengan aku, aku buat-buat laa tidur. Tapi ekor mata aku asyik perhatikan dia aje. 

Bila dia pikir aku dah hanyut ke laut, pandai pulak dia nak panggil Yus ek? Perlahan sangat laa tu konon dia bisik macam tu? Sakit hati aku tengok. Bila aku batuk, tau pulak dia duduk. Ingatkan dia berhenti, takdenya. Lagi dia berusaha keras ada laa. 

Geram punya pasal, aku ugut nak peluk dia sampai Gunung Dato’ kalau dia buat lagi. Tau takut! Nak tergelak pun ada aku tengok dia masa tu. Sumpah kelakar giler.

Jaga laa kau Deng. Aku ada macam-macam plan. Khas untuk kau sorang.