jom jadi kawan saya

Monday 18 June 2012

Aku, Kau, Dia & Kpop

Kelas Puan Aida habis awal petang tu. Cepat-cepat Locoi kemas buku dan kertas yang bersepah atas meja. Niat di hati nak tunggu Anjie di kafe. Dah selalu sangat budak tu bising kata aku lambat. Dah lecturer habis kelas lambat, nak buat macam mana? Takkan aku nak marah pensyarah semata-mata nak lepak dengan satu-satunya kawan perempuan yang aku ada kat kolej tu.

Tergesa-gesa kaki melangkah sebab tak mahu dikatakan lembap lagi. Mulut perempuan seorang tu bukan boleh sabar sikit! Bisik Locoi perlahan dalam hati.

Tiba di kafe, Locoi urut dada tanda lega ya amat sebab langsung tak ada kelibat Anjie kat mana-mana meja yang tersusun kemas dalam kafe kolej. Cepat-cepat dia ambil tempat yang paling hujung dan membelek-belek nota kuliah tadi. Konon-konon dah lama sampai lagaknya.

Tak sampai sepuluh minit dia berlakon jadi tugu negara kat situ, tiba-tiba sebeban buku dihempas atas meja.

“Weh, aku ada video baru nak tunjuk ni. Best giler!” wah, bukan main bersinar-sinar lagi mata minah seorang ni. Dia ingat aku ni pengarah seni ke tiap kali ada muzik video artis korea terbaru dia nak tunjuk kat aku? Aku tak minat laa!

“Hmm, iye ke? Mana?” nak jaga hati kawan, terpaksa laa menadah mata aku yang suci tak bernoda ni tengok muka-muka ala cina yang kadang-kadang aku sendiri pun boleh keliru, lelaki ke perempuan terkinja-kinja meliuk lentok ikut irama lagu.

“Dah, jangan nak buat muka sayu macam anak terbuang kau tu! Tengok nih” sambil dia keluarkan Samsung Corby II. Aku rasa kan, telefon tu mesti hari-hari menangis asyik kena simpan lagu asing di bumi Melayu yang berdaulat ni.

“Wah, cun giler laa step diorang. Kau tengok, sama je kan diorang gerak. Takde silap pun!” mata perempuan ni tak beralih-alih dari tadi. KPop ni ada gam mata magik ke ha? Mulut tu asyik nak memuji aje. Bosan!

“Kau dengar tak apa aku cakap ni? Mengada-ngada laa kau. Kalau kau tak nak tengok, bagitau awal-awal! Aku boleh tunjuk kat orang lain” terus dia tekan-tekan dengan kasar telefon yang langsung tak disabit bersalah tu. Baik laa telefon tak mempunyai sebarang deria rasa emosi mahupun fizikal. Aku hanya mampu angkat kening, melihat Anjie berlalu pergi.

“Eh, si Anjie tu kenapa? Hangin semacam je” kata Ajay yang menyandang pangkat adik kembar kepada Anjie. Dia tanya kat aku mesti sebab takut nak menyakat kakak dia kat rumah karang. Aku dah faham sangat perangai budak dua orang ni.

“Alaa, benda biasa laa. Lorat sangat pasal KPop dia tu. Apa ke Wonder Junior entah dia sebut tadi. Terlompat-lompat je mamat jambu tu. Bagi laa aku tengok yang perempuan punya. Baru laa best tengok. Ye dak?” air teh ais kuhirup setengah gelas.

“Ahh, kau pedulikan je dia tu. Bukan betul sangat. Eh, petang ni futsal jom. Tempat biasa. Geng Labu tak cukup orang laa” dia ni pun lebih kurang sama jugak dengan kakak dia. Futsal tak habis-habis.

“Eh, kau ni ada kesedaran sivik tak? Minggu depan dah final. Kau rasa-rasa dalam paper tu ada dia tanya peraturan futsal tak?” malas pulak aku nak panjangkan bahas. Niat asal taknak bagi kawan marah, sekarang ni aku pulak yang rasa marah sendiri. Nasib.. nasib!!! Aku menghala kaki menuju ke rumah. Baring kat katil lagi baik!

“Locoi.. Locoi.. kejap weh” siapa pulak yang terjerit-jerit panggil aku ni? Serentak tu aku toleh ke belakang. Amid rupanya.

“Haa, ada apa?” macam serius sangat je gayanya. Bahu aku dipaut mesra.

“Aku nak ajak kau study sama-sama. Boleh tak? Nak mintak tolong kau ajar aku Statistik. Nanti aku datang rumah kau” dia ni selalu sangat cakap nak belajar sama-sama. Sudahnya, belajar setengah jam. Lebih satu jam, dia bantai ajak berborak benda lain.

“Alaa, boleh laa Coi. Kau sorang je yang boleh ajar aku cepat pick up” dengan muka dia yang menyengih tak sudah tu, aku angguk kepala walau tak sepenuh hati.
Malam tu rumah sewa aku, Hadi dan Wak Dol riuh rendah sebab bertambah sorang ahli yang sememangnya kaki kepoh. Wak Dol jeling aku semacam sebab dia memang tak suka kalau rumah terlalu bising. Si Amid ni pulak tak reti perlahankan volume suara yang dah habis maksimum tu agaknya. Penat aku jegilkan bijik mata. Haram dia buat tak reti.

Tapi memang kelakar belajar dengan dia ni. Asyik nak buat persamaan dengan apa yang ada kat keliling. Tiba-tiba Amid menyuarakan sesuatu yang aku langsung tak boleh agak.

“Weh, kenapa si Anjie tu sikit-sikit cari kau? Punya laa ramai gentleman kat sini, engkau jugak yang dia cari. Makwe ke?” senget kepala aku pandang budak ni. Soalan hyperaktif betul!

“Apa masalah kalau aku ada apa-apa pun dengan dia? Yang kau nak tau sangat ni kenapa?” saja aku berteka-teki. Muka Amid dah macam asam jeruk.

“Takde laa apa-apa. Aku tanya je. Takkan tak boleh?” aku cuba meneka raut wajah Amid sekarang tapi langsung tak ada klu. Dia suka kat Anjie ke? Aghhh, lantak kau laa.

“Haa, esok aku nak mintak tolong kau ajar aku LK pulak tau” ish dia ni. Dah macam tutor tak bergaji pulak aku ye.

“Esok aku ada hal kat town. Kalau malam boleh laa. Janji kau tak bising. Marah Wak Dol nanti” sambil aku memuncungkan bibir ke arah bilik Wak Dol. Aku tengok budak Amid ni terangguk-angguk. Konon faham laa sangat tapi tengok je laa esok. Mesti memekak jugak! Hmm.

“Ok laa bro. Aku gerak dulu. Thanks ajar aku for free ni. Kalau tak ada kau, mesti teruk result aku” nak tergelak aku dengar ayat memuji dia tu.

“Ye laa kau tu. Haa, dah alang-alang aku ajar kau free ni, esok nak datang tapaukan aku makanan. Nasi pataya ke, nasi kerabu ke. Dapat steak pun cantik jugak!” tergelak aku bila tengok Amid kepal penumbuk di muka pintu.

“Eh, nanti kirim salam kat Anjie eh” giliran aku pulak tunjuk penumbuk kat dia.
Tak faham. Ramai cakap Anjie tu awek aku. Mana ada! Lagipun kitorang dah kawan sejak kecik. Aku dah masak sangat dengan perangai tak cukup seringgit dia tu. Taknak aku ada bini macam tu.

Seorang isteri kena setia kat suami! Ini tak, bukan main lagi mulut dia puji artis Korea tu hensem laa, macho laa, putih laa. Naik bernanah telinga aku dengar! Malang seribu tahun siapa yang kahwin dengan dia nanti.

Tak dinafikan dia memang macam budak-budak. Lagipun dia seorang saja anak perempuan dalam keluarga. Lagi empat orang lelaki. Baik jugak dia tak jadi tomboy. Kan selalunya macam tu. Kalau sorang je perempuan, mesti kasar macam lelaki. Ini tak, dari hujung kasut ke hujung tudung, pink segala. Naik berpinar bijik mata!

Bukan dia tak pernah kena usik masa kat sekolah dulu. Nak nak si Mya anak Sidang Salim. Ada ke patut, dia ejek Anjie oink-oink! Dekat seminggu minah pink tu tak datang sekolah. Hari-hari jugak laa aku bertandang ke rumah dia hantar kerja sekolah yang dia kena buat. Orang otak cair, tak payah belajar beriya pun dah boleh buat semua soalan tutup sebelah mata.

Agaknya pasal tu kot si Mya tu dengki sangat kat Anjie. Tapikan, aku betul-betul tak faham orang perempuan ni. Dua tahun bergaduh sakan tapi bila dah habis SPM menangis sampai berpeluk-peluk macam esok nak mati je. Monsun angin barat daya kot? Plastik betul.

Masa hari pertama daftar kat kolej ni, dia asyik laa nak berhimpit dengan aku. Mengekor je mana aku pergi. Bukan tak ada si Ajay, adik dia tu. Dia selesa dengan aku kot. Lagipun adik dia macam sibuk sangat dengan aktiviti sukan aje. Aku ni rimas sebenarnya.

Nasib baik jadual aku dengan Anjie tak sama. Itupun, dah selalu sangat dia cari aku kat kelas sampaikan budak-budak perempuan kelas dah taknak bertegur lagi dengan aku. Tak nak kacau daun kata diorang. Hish, jatuh saham yang pakcik pertahankan selama ini!

“Locoi! Tunggu aku kejap” termengah-mengah si Ajay ni berlari. Aku dah terasa macam artis dikejar peminat aje. Sampai je dia kat sebelah aku, dipautnya beg galas aku yang dah memang sedia berat nih. Cepat-cepat aku tepis.

“Haa, kau nak apa pulak kali ni? Kakak kau tak ada laa dengan aku. Aku tak tau dia pergi mana” macam tau je apa yang dia nak tanya kat aku. Memang selalu sangat dah aku lepak kat kafe waktu tengahari sementara nak tunggu kelas petang. Dan kat situ jugak laa aku kena jadi rakan subahat Anjie, penyokong tegar artis bermata sepet, lelaki perempuan bermuka serupa walaupun hati aku tak sepenuh rela.

“Aku bukan nak cari perempuan tu laa. Aku just nak ingatkan kau aje yang majlis kitorang nanti buat weekend ni. Lepas maghrib. Kau jangan lupa pulak” Aiseh, macam mana boleh lupa birthday diorang dah dekat sangat. Nak taknak, kena cari hadiah dengan kadar yang paling segera.

Masak aku nak kena sediakan lima hadiah sekaligus. Rasanya tahun ni aku bagi kat Anjie je laa hadiah sebab si Ajay tu dah besar. Ajit, Ajak dengan Arip tu, aku belikan Saidina je cukup laa. Korang main laa sama-sama. Tapi yang sebenarnya aku takde bajet. Yang orang tua korang ni punya laa terror, boleh keluarkan korang lima beradik tarikh yang sama. Walaupun tahun lain-lain, tapi boleh buat poket kawan-kawan rabak tahu!

Petang tu, pusing-pusing plaza nak cari hadiah yang sesuai untuk Anjie. Aku pun dah 3, 4 hari tak jumpa dia. Merajuk laa kot pasal haritu. Dah memang ye aku tak boleh layan minat dia, nak buat macam mana? Kalau aku muntah kat situ, siapa nak bersihkan?
Apa laa yang syok sangat tengok orang Korea berjoget-joget? Orang Malaysia ni tak pandai joget macam tu ke? Eleh, kalau bagi aku masa sebulan, aku pun boleh menari macam tu laa. Err, dalam mimpi je kot!

Dah penat aku tawaf plaza ni. Satu barang pun aku tak berkenan. Majlisnya esok malam. Apa nak bagi ni??? Dalam keadaan minda tak berfungsi rapi, mata aku ni macam terlekat kat benda tu. Macam sesuai je kot. Boleh laa, harga pun still dalam bajet.
Balik rumah, aku balut elok-elok hadiah untuk Anjie. Bersungguh-sungguh aku hembus hadiah berbalut kertas pink tu dengan niat biar laa dia terima dengan senang hati, perut, limpa dan segala organ dalaman manusia yang ada. Sekeping kad l aku sertakan di atas hadiah. Moga hadiah yang tak seberapa ni diterima.

Lepas mandi malam, aku terdengar orang bagi salam kat pintu. Mesti si Amid laa tu.

“Waalaikumsalam. Kejap.. kejap” bergegas aku sarung T-shirt sebelum pecah pintu rumah ni diketuk budak Amid tu.

“Kau bertapa ke? Lama giler kat dalam” sambil tangan dia unjukkan sebungkus polisterin yang aku kira mesti makanan untuk aku. Banyak duit budak ni. Huluran bersambut.

“Untuk aku ke? Terima kasih” aku tersengih-sengih tengok dia angguk kepala. Semerbaknya bau nasi goreng kampung ni. Siap ada telur mata lagi. Macam kat kedai Pak Leman je. Aku memang suka makan kat situ sebab tukang masaknya goreng nasi memang sedap giler. Tak payah panggil pun dia dah tau apa yang aku nak makan.Nasi goreng telur mata, cili dan ikan bilis lebih. Sambal belacan dengan timun fresh tak pernah tinggal.

Sebab LK ni takde laa susah mana pun, aku kosongkan meja untuk Amid letak barang-barang. Sambil aku makan, si Amid pun mula keluarkan soalan tahap taji ayam beracun kat aku.

“Eh, esok kan harijadi awek kau si Anjie tu. Kau tak pergi ke?” dia ni, minah tu bukan awek aku! Aku letak pinggan kat tepi.

“Lagi sekali kau cakap macam tu, aku taknak ajar kau lagi. Pergi cari orang lain ajar kau!” tak faham bahasa punya orang. Potong selera betul laa dia nih! Nasib baik ada lintasan muka mak masa aku terasa nak sumbat je baki nasi tu dalam tong sampah. Sambung makan balik. Mak aku memang pantang orang makan tak habis ni.

“Aku tau birthday dia esok. Hadiah pun dah siap dah. Yang kau ni sibuk sangat pasal si Anjie tu nape? Kau suka dia ke???” aku cuba nak memulakan misi mengorek maklumat daripada si Amid merangkap anak murid aku. Dia tersengih-sengih. Iye laa tu!

“Ish, giler kau. Buatnya dia letak syarat, nak kawan dengan dia kena nyanyi lagu Kpop dulu. Haru!! Taknak aku suka kat perempuan macam tu. Esok-esok kalau aku balik rumah, lapar, dia suruh aku makan semua lagu Kpop dia tu. ” sambil menjuih-juihkan bibir. Aku gelakkan dia macam nak bergegar dinding rumah. Habis sisa ketawa, sempat aku berkata.

“Elehhh, macam laa kau hensem sangat nak memilih! Habis tu, apasal ko sibuk tanya pasal aku dengan Anjie tu? Apa kena mengena?” neuron saraf dalam otak masih lagi tak berhubung. Dah si Amid ni tak minat, nak buat apa dia asyik kenen pasal Anjie kat aku? Lantak kau laa Amid. Asal kau bahagia sudah.

“Err, macam mana pulak nak dapat garis DE ni?” tiba-tiba je dia tukar topik. Tapi memang niat dia datang nak belajar pun. Malam tu dekat pukul 11 malam baru Amid balik. Sebelum tidur, aku belek-belek hadiah yang aku nak bagi kat Anjie. Rasa-rasa dia suka tak? Hmm, tunggu je laa esok.

“Eh, kakak kau mana?” mata aku meliar ke merata tempat mencari tuan punya hadiah berbalut kertas pink. Tak nampak pun.

“Dia tengah bersiap kat atas. Biasa laa, perempuan. Kalau tak dua tiga jam bersolek, tak sah. Kau minum laa dulu. Self-service” pelawa Ajay ramah.
Sebaik saja birthday siblings berkumpul, doa selamat dibaca dan kek dipotong. Aku tengok semua orang dah letak hadiah kat atas sebuah meja yang dikhaskan. Masa tu aku serba salah pulak. Takut dia tak berkenan. Tapi aku memang ikhlas nak bagi.

“Err, Anjie. Aku nak bagi ni kat kau by hand. Aku harap kau suka” tersengih-sengih aku bagi hadiah yang bertemakan ‘Pink, kaulah pujaan hatiku’. Mana taknya, dari pembalut, reben, kad segalanya serba pink. Aku buat macam tu semata-mata nak pujuk dia.

“Aku harap sangat kau bagi aku DVD Super Junior ke, citer You’re Beautiful ke. Apa-apa pun, aku tau benda ni mesti best. Sebab kau kan kawan aku. BFF” leganya hati aku dengar. Lepas makan sikit lebih kurang, aku pun balik.

Sampai kat rumah, lepas solat Isyak aku terus lelap tak sedar. Alih-alih berbunyi jam loceng dah pukul 6. Dalam pada mamai baru sedar tu, aku perasan yang telefon aku menyala menandakan ada mesej masuk. Siapa pulak ni?! Cepat-cepat aku capai nak baca isi kandungan mesej tu.

“Locoi, Anjie menangis tak ingat dunia lepas bukak hadiah kau. Apa kau bagi?” mesej si Ajay rupanya. Baru pukul 6. Takkan nak reply macam ni punya awal. Karang je laa. Lagipun aku ada sebab tersendiri kenapa aku bagi dia barang tu.

“Anjie, kau marah ke aku bagi kau benda tu?” tegur aku perlahan masa dia ajak nak jumpa.

“Taklah. Terima kasih sebab ingatkan aku. Aku suka sangat. Lagipun, kan ke pink warna favourite aku” kelam aje senyum dia saat ni.

“Err, kau nak tak kawan dengan aku?” haaa, dia pinang aku ke apa nih? Perempuan pinang lelaki?? Biar betul…

“Aku tau masa aku bukak hadiah kau tu, lepas baca kad kau, aku rasa aku tak buat silap kalau aku pilih kau. Dan aku harap kau boleh terus guide aku macam ni selalu” saat tu aku bersyukur pemberian sehelai pashmina pink yang cuma berharga sepuluh ringgit dapat menukar pendirian seseorang. Mungkin dia tersentuh hati dengan isi kad berwarna pink striking tu.

“IF JANNAH IS YOUR DREAM, HOLD TIGHT TO YOUR DEEN.. moga dengan pemberian yang tak seberapa ni, kau akan gantikan Kpop dengan sesuatu yang lebih baik.
P/S: Kpop sekali sekala tak apa”

“Aku memang sukakan kau dah lama. Tapi sorry, tak lebih daripada seorang adik dan kawan yang rapat sangat-sangat. Lagipun aku takde kawan perempuan kat sini. Diorang semua takut dengan kau. Kau punya pasal laa ni. Aku dah tak boleh nak mengayat awek kat sini.Huh” muka dia macam tak percaya bila aku cakap macam tu.

“Habis, kau dah ada orang yang kau suka ke? Siapa?” soal dia laju bila aku angguk pada soalan yang pertama.

“Zana, anak Pak Leman tauke warung hujung jalan sana. Dah lama aku usha dia tau. Dia pun macam ada respond je bila aku senyum kat dia. Aku yakin, kau boleh dapat yang lagi baik daripada aku punya laa” keyakinan kata-kata aku tu dah setinggi tsunami yang melanda Thailand tak lama dulu. Anjie pun senyum.

“Kau kawan aku, mesti laa aku nakkan yang terbaik untuk kau. Anyway, goodluck!” dalam masa dua minit, aku keseorangan di bangku kaku.

Kedai Pak Leman kosong aje petang tu. Selalunya waktu-waktu macam ni, ada je Zana tengah ketang-ketung menggoreng kat belakang. Puas aku tertinjau-tinjau tapi hampa. Langsung tak nampak kelibat dia.

Aku tak kira, hari ni aku nak jugak cakap kat dia tentang perasaan aku yang ikhlas tiada galang ganti ni. Baru aku merangka-rangka apa yang aku nak cakap, Pak Leman datang tanyakan order.

“Err, saya nak sirap limau dengan nasi goreng kampung. Macam biasa ye Pak Leman” entah apa yang dia tulis bukan main lama lagi kat kertas tu entah laa. Mengeja agaknya. Tapi aku tak kisah, asalkan dapat luahkan rasa hati kat Zana hari ni jugak.

“Err, Pak Leman nak tanya sikit boleh? Zana mana?” cepat-cepat aku bersuara.

“Dia ada kat belakang tu” tunjuk Pak Leman. Tak berapa lama lepas tu, Zana keluar bawa hidangan yang aku pesan tadi dengan senyuman yang paling manis pernah aku tengok.

“Zana, saya ada benda nak cakap kat awak boleh?” tiba-tiba tangan aku rasa berpeluh. Dia angguk perlahan. Ya Rabbi, berdebarnya dada aku. Baru nak ajak kawan dah gabra macam ni. Kalau ajak kahwin, macam mana laa agaknya?

“Kalau saya nak kawan dengan awak boleh?” bulat mata dia pandang aku. Ada kesalahan tatabahasa ke ayat aku tadi?

“Boleh, tapi awak mesti nyanyikan lagu That Man. Alaaa, yang Hyun Bin nyanyi tu. Kalau betul sebutan dia semua, baru awak boleh kawan dengan saya” tersenyum sambil lenggang kangkung Zana masuk balik ke dapur.

Adoi, apa bala aku kenal perempuan semua minat Kpop nih??????








Sunday 17 June 2012

SDG Bab 15




Kau memang saja je nak menyakitkan hati aku kan Iskandar? Sepantas kilat aku kejar budak yang hantar benda-benda ni semua suruh dia pulangkan balik kat Iskandar tapi katanya Iskandar dah balik. Kenapa laa susah sangat aku nak rasa aman? Tiba-tiba telefon bilik pulak berdering.

“Aku tau kau tak suka tapi itu cara aku nak ucap terima kasih. Lain kali, pergi kat tempat yang orang tak boleh cari kau ok. Bye sayang” Klik. Hah? Semudah tu aje kau nak bagi penjelasan. Bengangnya aku kat dia ni. Rasa nak cekik-cekik aje!

Kenapa sekarang aku dah rasa yang Iskandar dah lain. Dah takde tolak ansur lagi. Takkan bila aku reject dia, dia dah bertukar 360 darjah. Betul-betul aku tak sangka yang aku akan ikut cakap dia suruh teman dia kat hospital semalam. Kalau aku tau dia ni keras hati semacam, memang aku tinggalkan aje dia kat hospital tu sengsorang. Padan muka!

(Cari kat tempat yang orang tak boleh jumpa?)

Tapi tak salah aku chalet ni punya rangkaian satu negara. Lagipun aku ada membership kat sini. Mana nak lari lagi? Kalau aku balik rumah pun, mesti ada muka Isfahan datang jengah kat rumah. Bila ada Isfahan, ada jugak laa muka Yaya. Bukan aku tak suka budak tu tapi aku cuma perlukan ruang untuk berdua dengan Isfahan sesekali.

Pantas langkah aku nak keluar daripada chalet ni. Masa pulangkan kunci bilik, sempat jugak aku tanya siapa Encik Iskandar Shafie kat receptionist tu. Dia CEO chalet ni! Patutlah dia ada contact number Isfahan.

Tengah minum kat kafe chalet tu, sempat aku belek paper hari tu. Nak balik sekarang, panas sangat laa pulak. Aku ni punya tabiat, kalau cuaca panas mesti aku terlelap bawak kereta. Tunggu redup, aku geraklah. Tak semena-mena aku dapat tangkap satu perbualan yang tak berapa nak best didengar.

“Yan, kau tau tak semalam big boss bergaduh dengan awek dia kat kedai Mak Munah. Kecoh satu kampung dah. Ganas betul awek dia, siap baling dengan kayu kepala boss yang hensem tu. Tu laa, cuba cari awek macam aku ni, mesti aku layan dia lemah lembut je. Tak tau menjaga tuah laa perempuan tu” wah, sedap je nak ngutuk aku ye korang.

Tapi bukan salah diorang pun. Orang kampung tak tau hal sebenar. Aku angkat paper tinggi biar orang tak nampak muka aku. Malunya!!




“Tak payah laa nak tutup muka tu. Kau bungkus dengan plastik hitam sekalipun, aku cam jugak laa” aik, bukan ke staf dia kata dia dah balik. Habis renyuk suratkhabar tu aku kerjakan. Bila masa dia duduk depan aku ni? Cepat-cepat aku bangun nak ke kereta. Panas pun panas laa. Janji tak tengok lagi muka dia ni.

“Kalau kau balik hari ni, aku akan pastikan Isfahan tau yang kita dating kat sini. Semua staf aku akan jadi saksi. Nak ke oii?!!” ini betul-betul dah melampau garis kesabaran aku ok. Ada ke patut dia jerit-jerit kat lobi macam tu punya kuat. Cakap perlahan-lahan kat aku tak boleh ke? Tengok, semua orang dah tau aku ni yang baling dia dengan kayu a.k.a awek gangster.

Aku ketap bibir, kecikkan mata bila tengok dia peluk tubuh berdiri dengan jarak 5 meter dari aku. Bila aku kaku berdiri kat situ, dia datang berdiri sebelah aku.

“Oleh kerana kau dah booked untuk 3 hari, jadi aku ada 2 hari nak comfortkan tuan puteri kat sini” walaupun kata-kata dia lembut tapi hati aku langsung tak cair. Lagi mendidih ada laa.

“Apsal pulak 2 hari. Lagi 1 hari je laa. Tak pass math ke?” penuh rasa marah aku tanya dia.

“Yang semalam tak dikira sebab aku masuk hospital. Atau kau nak start from zero?” kenapa laa aku rasa macam saat ni diejek sebegitu teruk sekali tengok senyuman dia. Baiklah, kau nak ajak aku bermain and I am ready. Let’s the game begin.

Dan aku berdoa moga 2 hari ni akan berlalu sepantas yang boleh supaya aku tak jumpa kau lagi Iskandar.

*****

Kalau nak ikut-ikutkan memang aku nak stay lagi sehari kat sini tapi takut Iskandar plan macam-macam, aku pack barang nak check-out petang tu jugak. Tapi baru aku teringat, belum tengok penyu lagi. Takpe laa. Maybe next time.

Tengah siap-siapkan barang tu, pintu bilik diketuk. Apa lagi??? Kalau Iskandar buat hal, confirm aku sesah dia dengan besi pulak lepas ni.

“Room service miss.” Bila pulak aku order room service ni? Siap ada sejambak bunga pulak. Cantik kad nota yang terlekat kat jambangan bunga tu.

Terima kasih sebab sudi baling aku dengan kayu, tidur dengan aku kat hospital.
P/S: Bil kau dah setel!
Iskandar.

Besar giler suite deluxe yang dia bagi kat aku ni. Mula-mula taknak tapi dia yang insist nak bagi, aku rembat je laa. Aku buat bodoh je bila staf dia yang asyik kutuk-kutuk aku pagi tadi dok jeling-jeling aku masa hantar barang kat pintu. Weh, bukan aku yang terhegeh-hegeh mintak kat boss kau laa ni semua.

“Is, aku tak selesa laa macam ni. Semua staf kau macam tak suka kat aku je dok sini” seboleh mungkin aku taknak bagi peluang langsung cerita pasal hal tunang atau kahwin aku kat dia.

“Apa susah, tunjuk kat aku. Esok aku pecat dia. Ok?” Ada ke patut macam tu. Sah laa dia ni otak dah mereng. Kuat sangat ke aku baling kayu tu?

“Tak..tak..jangan pecat. Takpe, biarkan aje ye. Err, kau tak mengajar ke esok?” cuba tukar topik lain laa pulak.

“Aku ni just ajar kelas tutor aje. Bukan hari-hari ada kelas pun. Ikut suka aku laa nak ajar ke tak. Kalau takde aku pun, ramai lagi orang lain boleh ajar, kan?” selambanya dia. Malang laa sape yang jadi anak murid dia ni.

“Hmm, bila lagi nak pergi check kepala kau tu? Kalau kau kena pergi klinik, aku takpe stay je kat sini. Lagipun aku nak tidur laa. Penat jaga kau semalam” bagi excuse baik punya. Hehehe.

“Rasanya aku yang tak tidur. Aku tengok kau ok je tidur kat kerusi sebelah aku. Siap krooh..krohhh lagi” yakin je bercakap sambil tangan dia seluk poket. Owh, amik telefon. Gembiranya aku ada orang call dia. Cepat laa pergi!

“Haa, sebab ni laa aku rekod kau tidur sebab aku tau kau mesti tak percaya kalau aku cakap. Ingat, kalau kau tak dengar cakap aku hari ni dengan esok, aku akan pastikan Isfahan dapat tengok video ni dalam youtube ok” dah menggigil tangan aku ni. Damn! Marah tau tak..Marah!!!

“Baiklah. Sampai pukul berapa aku kena jadi hamba tebusan kau ni?” tak boleh cakap baik-baik dia ni. Buat sakit hati. Biar sama-sama sakit hati dan aku nak dia rasa ini laa 2 hari yang dia akan menyesal seumur hidup dia. Mark my words!

“Sampai pukul 9 malam esok” whattttt??!! Habis, hari kelima baru aku boleh balik. Kenapa aku rasa teraniaya sangat ni. Tangisan dalam hati dah makin menggila.

“Kau jangan risau. Aku akan hantar kau balik selamat sampai depan rumah kau” aku benci tengok dia senyum macam tu. Kuku besi! Macam mana aku nak enjoy kalau macam ni dia control aku.

“Habis, kereta aku macam mana?”mana boleh tinggalkan JC aku kat sini sengsorang.

“Kau jangan risau. Nanti driver chalet akan bawak kereta aku. Kita naik kereta kau”

“Sekarang kau rehat dulu. Lepas aku siapkan kerja sikit, nanti aku datang balik. Bye sayang!” bila dia keluar dari bilik, aku rasa macam terlepas daripada malaikat maut. Phewww!

Saat-saat macam ni, memang aku menyesal tahap babun sebab gatal tinggalkan handphone. Bukan apa, aku ni memang jenis tak ingat nombor orang. Bila dah save dalam phone tu takdenya aku nak hafal lagi dah. Hwuaaaa!!!

Puas aku cuba ingatkan nombor telefon sape-sape tapi hampeh! Sudahnya aku tertidur kepenatan dalam bilik yang eksklusif tu.

Aku tersedar bila terbau aroma kopi pekat dekat dengan aku. Siapa pulak yang bancuh kopi ni? Rasa-rasanya pintu dah kunci. Aku pun tak ingat kalau ada room service hantar makanan kat bilik ni tadi.

“Hai. Dah bangun? Penat ye jaga aku semalam. Bangun laa siap. Kita keluar makan lepas tu jalan-jalan tengok penyu.” Haa? Dah berapa lama dia duduk kat situ. Bila aku tengok jam, ya Allah. Dah nak dekat pukul 6. Lamanya aku terlelap. Aku bangun sambil jeling benci kat Iskandar. Macam biasa, dia buat muka tak faham. Aku balik yang sakit hati. Takpe, banyak masa lagi.

Pelik aku. Dengan kepala yang bertampal plaster sebesar tapak tangan aku kat belakang tu dia still boleh fikir macam-macam.

“Lain kali jangan masuk kalau aku tak izinkan! Aku tak suka tengok kau hadap muka aku tengah tidur. Tak baik tahu” lepas ni wajib aku kunci pintu bilik aku since dia ada keycard suite ni. Cepat-cepat aku sarung kasut sambil berdiri kat pintu tapi dia still buat blur aje. Dia jugak yang kata nak keluar tadi.

“Minum ni dulu” ujar Iskandar muncungkan bibir tunjuk secawan air sambil tangan tak lepas lagi pegang paper tu.

“Taknak! Mesti kau dah letak apa-apa kat dalam tu” bukan boleh percaya dia ni!

“Orang yang suka berprasangka tu menunjukkan dia sendiri yang tak jujur” adusss, ayat kau nak kenakan aku tak boleh tahan.

“Bukan sebab aku tak jujur ke hape tapi sebab aku kena berjaga-jaga. Manatau kot kau ada buh ubat tidut pastu kang kau rog…” tapi belum sempat aku habiskan ayat tu dia dah naik angin.

“Kalau aku nak buat benda tak elok kat kau, masa hari pertama tu lagi aku dah buat. Jangan banyak cakap, minum kopi tu sekarang. Penat aku bancuh untuk kau tau tak!” Dia tengking aku??? Takkan cakap sikit je dia dah marah aku. Aku tak kira. Aku tetap taknak minum air entah apa-apa tu.

Aku dengar Iskandar hela nafas panjang sambil bangun. Aku nampak dia capai cawan tu, kacau dengan sudu lepas tu dia hirup sikit. Perlahan dia datang kat aku. Berdiri rapat kat sebelah.

“Deng, tengok sini. Aku minum dulu. Kalau aku ada letak racun, biar aku yang mati dulu. Kalau ada ubat tidur, aku yang pengsan dulu. Tapi kalau dalam 2 minit aku ok, kau minum ye” kenapa kau buat aku macam ni Iskandar? Sayunya hati aku, Tuhan aje yang tahu.

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh minum air tu. Sebab dia tak pengsan pun lepas 5 minit berlalu kot. Belum pernah aku kongsi cawan dengan orang. Lepas habiskan air kopi tu, kitorang terus keluar. Aku ikut je mana dia melangkah sebab dia dah genggam tangan aku kuat. Agaknya dia takut aku rentap pastu cabut lari kot.

Rasa nak je aku jerit mintak tolong orang-orang yang ada kat sini tapi aku mesti bertenang. Iskandar orang terhormat kat sini. Aku cuma pelanggan yang datang menginap beberapa hari lepas tu meninggalkan chalet ni tanpa sebarang kesan kepada staf dan chaleti. Mesti laa diorang dengar dan percaya cakap bos dia kan.

Tapi aku rasa malu ya amat sebab staf dia pandang aku ni semacam je. Yang dia ni pulak sengih sampai nak koyak mulut! Agaknya perasaan dia tu dah baling ke laut kot?!
Sedar tak sedar, kitorang dah sampai kat tempat penetasan penyu tu.

Ikut kata pegawai yang ada, malam karang ada proses pelepasan penyu ke laut. Aku pandang muka Iskandar. Harap dia mengerti yang aku pun nak join sekali sebab belum pernah dapat peluang nak tengok live depan mata.

Tapi bila dia buat tak nampak, mula laa aku sakit hati. Sedaya upaya aku usaha nak leraikan tangan dia. Lagi kejap dia genggam ada laa. Aku perasan yang dia ada tersenyum sumbing bila aku macam dah putus asa. Serius aku nampak dia ada buat macam tu. Tiba-tiba dia tarik aku keluar dari tempat penyu tu. Nak tengok matahari terbenam katanya.

Dia tarik aku sampai kaki kitorang betul-betul kat gigi air. Bila dah nampak cahaya oren di kaki langit, dia lepaskan tangan aku perlahan. Sambil pandang muka aku, dia bersuara lembut.

“Mula-mula masa kau pilih Isfahan memang aku marah sangat. Ada masa aku rasa macam nak ambik nyawa aku sendiri. Tapi aku yakin kau ada reason sendiri dan akhirnya aku nampak Yaya. Dia jadi penyebab utama kenapa kau pilih Isfahan. Sebab aku yakin, kau dah bagi hati kau kat aku. Puas aku fikir, apa salah aku kat kau. Baru aku perasan yang selama ni aku macam budak-budak kan?” dalam-dalam dia menarik nafas. Aku biarkan dia luahkan apa yang terbuku dalam dada dia.

“Aku cuma mintak 2 hari ni je daripada kau. Supaya dapat aku simpan selama-lamanya buat kenangan. Apapun yang jadi lepas ni, aku puas. Puas dapat gaduh dengan kau, dapat manja dengan kau, dapat tengok kau tidur sebab lepas ni kau akan jadi hak orang lain. Aku harap kau faham Deng” aku dah tak tau nak cakap apa lagi untuk legakan dia. Aku tunduk je dengar dia bersuara.

“Tapi tak patut laa kau baling kayu tu kat aku. Tak pasal-pasal dapat hadiah. Tak nampak lak tu” sempat dia gosok kepala dia sambil tersengih.

“Sorry” tu je yang mampu aku cakap.

“Takpe laa. Sayang punya pasal, apa pun tak boleh!” kami beredar ke chalet sebaik dengar azan Maghrib dilaungkan.

Bunyi ketukan kat muka pintu sikit pun tak mengganggu khusyuk doa aku. Lama aku biarkan sampai dah takde bunyi bingit tu lagi. Hmm, baru laa aman nak solat. Tapi tak lama…

“Lama lagi ke? Aku dah Isyak. Kejap je pun. aku tunggu kat depan ye sayang” kecik je aku tengok dia ni laa. Boleh pulak dia perhatikan aje aku dari tadi. Tak tau ke bilik ni kawasan private. Senang-senang hati je nak keluar masuk. Cepat-cepat aku bersiap ala kadar. Bukan nak pergi mana pun. Dinner aje.

“Lain kali bagi salam dulu sebelum masuk boleh tak?” pelik aku tengok dia tak pasal-pasal senyum gatal sebelah aku.

“Haa, ada lain kali ke? Kau kasi can ke? Sebab esok kan dah nak balik” Ha ah laa.

Yes!!! Aku hampir-hampir nak terlepas daripada sumpahan si kuku besi ni esok. Cepat laa malam berlalu.

Aku makan pun macam tak selera je nasi goreng pataya tadi tapi sekarang aku lapar sangat. Macam mana ni. 7Eleven pulak jauh. Mana nak cari kedai 24jam kat sini? Ada ke? Haa tu laa. Jual mahal sangat. Padan muka aku. Tak boleh tidur aku kalau perut meragam mintak diisi.

Cepat-cepat aku bangkit, salin baju nak kena keluar jugak cari apa-apa makanan yang boleh dijamah. Aku tengok jam kat dinding dah pukul 2.30pagi. Ada lagi ke kedai yang bukak? Arghh, redah je laa. Kalau macam ni laa punya senak, memang esok aku kena gastrik laa jawabnya. Adoi, pedih!

Keluar je daripada bilik, berderau darah bila nampak macam ada orang tengah tersandar kat sofa depan. Memang tak berapa nampak tapi boleh agak sebab lampu meja terpasang. Cepat-cepat aku capai hanger kayu dalam almari. Boleh laa daripada takde langsung. Belum sempat aku nak ketuk, ‘lembaga’ tu cepat tangkap tangan aku. Ya Allah, Iskandar. Apa dia buat kat dalam ni??? Jantung aku punya laa berdegup laju, tak boleh nak kira lagi dah berapa km/j.

“Sorry Deng, aku masuk guna master keykad. Ingatkan nak bagi kau bunga tu tapi dah tidur pulak.” Sambil dia tunjuk bunga ros sejambak tu, sempat lagi menguap. Bila dia tengok aku tak bergerak pegang hanger kayu tu, baru dia tanya.

“Eh, kau ok tak? Kenapa ni?” kelam kabut dia cuba nak tahan aku dari jatuh. Tapi perut aku sakit sangat. Tak boleh tahan. Aku tekan perut kuat-kuat sampai menangis.
“Awak, jangan takutkan saya macam ni. Cakap laa kenapa? Saya bawak pergi klinik ye” cepat-cepat aku geleng. Taknak aku kena injek dengan jarum yang tajam tu.

“Lapar sangat. Nak makan. Gastrik” bila dah reda sakit tu, baru aku boleh cakap. Itu pun macam dengar tak dengar je. Tapi aku pasti yang dia dengar sebab lepas dia angkat aku baringkan kat atas katil dia terus keluar. Tak tau pergi mana. Lepas setengah jam aku dengar bunyi pinggan berlaga dengan sudu garfu. Tiba-tiba aku terbau makanan yang sedap sangat.

Iskandar masuk bilik bawak dulang. Apa laa makanan yang dia jumpa pagi-pagi buta ni. Bukan main sedap lagi bau koko panas tu. Cepat-cepat aku hirup. Haba koko yang panas yang mengalir dalam perut, buatkan gastrik tu hilang macam tu aje. Cepat-cepat aku makan mi goreng yang berasap lagi tu. Tapi baru 4 sudu aku dah tak lalu nak suap lagi. Cepat-cepat aku tolak pinggan ke tepi.

“Dah ke? Ok tak ni? Nak apa-apa lagi tak?” aku geleng perlahan. Rasa macam tak patut je aku kacau dia waktu macam ni tapi dia lagi tak patut. Jadi penunggu dalam bilik aku. Apa kata orang nanti.

“Is, terima kasih sangat. Nasib baik kau ada tadi.” Dia senyum lagi lebar.

“Aku sebenarnya bukan nak tolong kau sangat tadi tapi sebab kau kan ada lagi hutang dengan aku lagi 18 jam esok. So, jangan ngada-ngada nak sakit ok. Dah, tidur. Aku tunggu kat sini” dari birai katil, dia pindah duduk kat atas kerusi depan aku.

Takkan dia nak tidur duduk kot. Aku gelak dengar ayat cover line tak agak-agak dia tu. Dah sampai jadi pak guard depan katil aku pun taknak mengaku lagi.

“Tapi aku tak boleh tidur macam ni. Boleh tak kau tidur je kat bilik kau, please. Aku janji kalau ada apa-apa nanti aku call bilik kau. Tapi tak tau laa kalau kau nak balas dendam pasal semalam tu” saja je aku nak riverse phsycho dia ni.

“Dah, jangan nak mengada-ngada. Tidur cepat. Pejam je mata tu. Apa susah?” hish, benci betul bila kuku besi dia dah tumbuh. Aku selubung selimut tutup satu badan. Mana boleh tidur kalau dia dok hadap je muka aku.

Aku yang kat dalam selimut ni rasa sejuk jugak, macam mana laa dia yang pakai jaket nipis tu. Bila aku jengah dia dari celah-celah selimut tu, aku nampak dia dah tersembam kat katil. Mana pulak suis aircond ni? Penat aku cari. Bersusah payah aku menyelinap senyap-senyap tapi kantoi jugak.

“Lain kali kalau nak cari apa-apa, tanya pada yang pakar” dia ni memang handal cari gaduh kan.

“Aku ni kesian tengok kau tu dah macam dok dalam iglu tahu. Hei, bukan kau tidur lena ke tadi?” baru aku teringat, bukan main nyenyak lagi dia tadi. Alih-alih dah berdiri kat pintu.

“Tidur baik-baik sayang. Aku ada kat luar” dia terus keluar. Menonong aje. Selalu mulut macam mak nenek. Hmm, baru laa boleh lena. Dan aku tersedar dekat nak pukul 7!
Bila aku keluar bilik lepas bersiap-siap tu, pelik sebab takde tanda orang tidur kat situ langsung. Awalnya dia ni bangun. Ke dia tak tidur langsung. Baru aku nak angkat telefon, terdengar pintu dibuka. Ada salam diberi. Dah boleh dengar kata. Good!

“Deng, kita breakfast kat sini aje sebab tengahari nanti kita nak keluar jauh sikit” dia ni memang sukati je nak buat macam tu. Tak kira tempat, tak kira waktu. Malunya aku sebab time tu staf dia tengah tolak troli makanan masuk dalam bilik. Puas aku bagi isyarat taknak tapi dia cakap terima kasih pulak kat budak tu. Yang budak tu pun satu, tak tau ke bos dia ni gatal. Eiii, migrain aku kalau macam ni. Baik laa malam ni last aku dekat dengan dia ni.

“Untuk sayang. The clock is ticking dear” ucap Iskandar bila aku tak bagi sebarang reaksi. Ayat-ayat dia buatkan aku rimas. Cepat je aku sambar bunga tu. Aku ambik sebab nak jaga airmuka dia depan pekerja chalet situ je ok. Budak tu lagi boleh sengih. Tau tak aku tengah membara ni?

“Lepas makan nak pergi mana?” malas aku bersuara. Baru ingat nak buat baik sebab dia dah tolong aku tengah malam tadi tapi bila dia layan aku macam ni, terus tak jadi. Matang sangat laa tu konon!

“Aku nak bawak kau pergi honeymoon” berderau darah aku dengar ayat dia yang satu tu. Gila apa dia ni? Makin melampau pulak. Terus aku campak sudu kat tepi pinggan. Betul-betul tak lalu nak makan lagi roti dengan sup cendawan tu.

Aku perasan muka dia berubah tapi aku betul-betul tak suka ayat dia seolah-olah aku ni hak dia. Macam aku ni isteri dia. Dia buat aku betul-betul macam anak patung tak bernyawa. Hanya ikut semua arahan dia.

“Tolong Deng. Kita takde banyak waktu. Macam mana kau nak balik cepat, sama jugak dengan aku taknak hari ni berakhir so aku mintak sangat kerjasama kau. Anggap je ini pertemuan terakhir kita dalam hidup. Boleh kan?” tak suka betul bila orang psycho aku macam ni laa.

“Please make it fast” semoga cepat laa jam 9 malam menjelma.

*****

Terkejut sebenarnya bila Iskandar bawak aku kat tanah perkuburan ni. Takkan dia nak ajak aku mati sekali?

“Ni kubur orang tua aku” sambil dia duduk sedekah Al-Fatihah. Rupanya dia pun anak yatim macam aku jugak. Habis yang dia panggil mak tu siapa??!

“Dah lama diorang meninggal? Boleh aku tau kenapa? Tapi kau kata kau ada mak” tanya aku seusai bacaan Fatihah disedekahkan.

“Kubur kat sebelah yang berderet tiga tu pulak adik-adik aku. Dah lama benda ni. Masa tu aku Form 3. Duduk kat hostel. Kebetulan, arwah ayah aku cuti jadi diorang plan nak sambut birthday aku kat asrama. Tapi tak sangka pulak, kereta ayah aku kena langgar dengan lori. Sejak hari tu, aku dah tak sambut lagi harijadi aku sampai sekarang sebab itu laa hari keluarga aku dirampas daripada aku dan lepas tu aku hidup menumpang kasih keluarga angkat aku kat sini” perlahan dia usap batu nisan putih tu sambil cabut rumput yang malu-malu nak tumbuh. Nampak bersih terjaga.

“Aku mintak maaf. Aku tak tau” dia pandang muka aku sayu.

“Mungkin kalau kau tau pasal aku awal-awal, mesti kau tak tinggalkan aku kan. Tapi percaya laa Deng, aku yakin akan ada jodoh antara kita” aku kesian tengok dia, yakin benda yang tak mungkin sampai macam tu sekali.

Rasanya dah banyak kali jugak dia cakap dulu yang dia takkan jumpa aku lagi kalau aku pilih orang lain. Tapi sekarang ni dia kejar aku macam orang gila talak.

Lepas ziarah kubur keluarga Iskandar, dia bawak aku pergi satu tempat makan. Aku tak tau nama tempat tu tapi punya laa special. Macam dah plan awal-awal je dia ni. Siap ada reserve meja untuk 2 orang, lepas tu ada orang main biola lagi. Hidangan pun semua makanan kegemaran aku. Nasi lemak ayam dengan fresh orange. Pelik laa kenapa dia tak buat macam ni kat chalet dia aje. Kan jimat duit.

“Ni pun kau punya ke?” aku sebarkan pandangan mata keliling. Dia senyum tak menjawab bila aku tanya pasal resort tu kat dia.

“Kaya betul aku ni kan, semua pun aku punya” dia tergelak. Eleh, orang tanya je laa.

“Ye laa, aku tertanya-tanya jugak, kenapa kau tak buat je kat resort kau macam ni. Kan jimat” aku keluarkan pendapat dua puluh sen aku kat dia.

“Aku just nak enjoy makan dengan orang yang aku sayang. Aku tau kau tak selesa kat sana. Dah, makan cepat. Lepas ni kita pergi shopping ok” Hmm, ada lagi 10 jam aku kena habiskan hutang kat dia. Cepatlah masa pergi.

“Err, lawa sangat ke jam kau tu. Bak sini aku tengok kejap” dia hulur tangan nak tengok jam aku. Apa ke hal dia nak tengok jam aku pulak ni? Aku layankan aje. Dah tau pe’el dia kalau aku melawan. Aku tunjuk kat dia jam hadiah daripada Isfahan.

Memang pun dari tadi aku asyik tengok je jam tu. Kejap-kejap angkat tangan. Kejap-kejap belek jam. Tak sabar nak tunggu jarum pendek tu jejak pukul 9 malam.
Tiba-tiba dia bukak jam kat tangan aku. Apa yang dia minat sangat setakat jam Swatch tu je.

Tapi dia betul-betul buat aku terkejut bila dia lempar jam tu kat dalam kolam tepi meja kitorang. Kolam ikan koi ok. Kalau kolam renang dah memang aku terjun masuk dalam tu cari. Sakitnya hati bila tengok dia senyum macam takde apa-apa yang jadi. Jam tu Isfahan beli siap ukir nama aku lagi. Geram betul aku kat siamang otak senget ni laa!!!

“Aku taknak sakit hati bila pikir kau tak sabar-sabar nak pergi daripada aku. Boleh tak kau pun jangan tunjukkan sangat. Lepas ni aku belikan yang baru untuk kau. Ok sayang?” aku dah tak ada selera nak habiskan nasi dalam pinggan. Air pun ada separuh lagi. Marah dan sedih berbaur dalam hati.

Terus aku bangun, berdiri tengok pemandangan laut. Takde laa aku sakit hati sangat. Mamat biola tu pun dah beredar tengok aku bangkit.

Kenapa aku rasa macam orang bodoh yang tengah layan orang gila? Ikut je kehendak dia? Kenapa aku tak boleh cakap tak nak? Kenapa dia buang jam aku tu? Kenapa???

Sakit kepala aku fikir pasal ni sampaikan airmata yang jatuh pun aku tak rasa lagi dah. Aku rasa ada orang berdiri rapat belakang aku, sapu pipi aku. Aku tau dia takkan biarkan aku hidup aman selagi tempoh tahanan tebusan belum habis. Perlahan dia tarik tangan aku bila aku langsung tak ada respon dengan panggilan dia.

“Aku ganti balik jam tu dengan yang baru. Serupa dengan yang tadi tapi kali ni aku yang hadiahkan” Civic hitam laju meluncur. Apa-apa je laa. Aku dah tak heran. Tak sabar nak tunggu waktu seksaan berakhir.

Sepanjang perjalanan aku tak boleh nak tahan airmata dari jatuh. Tersenggut-senggut aku tahan esak. Sampaikan Iskandar berhentikan kereta. Ya Allah, baru aku tersedar yang kitorang dah masuk highway. R&R mana ni? Dia nak bawak aku pergi mana? Kelam kabut aku kat tempat duduk bila tengok dia dah keluar. Mengkakau aku keluar sama. Berlari aku kejar dia.

“Kau nak bawak aku pergi mana ha?” aku tarik lengan dia. Takut kena tinggal kat sini. Orang otak tak centre mana boleh percaya sangat.

“Sayang, saya nak beli keropok kejap. Buat bekal makan-makan. Kan saya dah kata, nak bawak awak pergi honeymoon. Tunggu kejap ok” baik aku ikut dia ni. Kang dia letak macam-macam dalam benda makan tu, mana aku tau.

“Kau ni sayang sangat kat aku ye?” sambil tunjuk tanda tandas lelaki kat aku. Malu sehhh! Aku tunggu je dia kat luar sambil pegang segala harta karun yang dia beli tadi. Ini dah macam nak buat parti je.

“Ok, jom. Cepat. Dah tak banyak masa ni” aku ikut je belakang dia. Cepat-cepat masuk dalam kereta sebelum dia tinggalkan aku kat situ.

“Laa, kenapa tak kunci kereta? Hilang barang-barang dalam ni kang, sape nak jawab?” kereta yang dirisaukannya. Habis aku ni dia tak risau laa.

“Barang hilang boleh ganti la. Kalau aku yang hilang, nak ganti kat mana?” aku capai keropok. Buka sebungkus. Hmm, ada air kotak. Milo lagi. Aku cucuk straw, sedut air sampai tak bersisa. Sedap!

“Hoi, kalau ye pun air tu sedap sangat, ingat-ingat laa kat orang yang tengah drive ni. Tak kesian ke?” aku kena kesian kat kau ke? Habis selama ni kau tak kesian kat aku pun. Tapi tak sampai hati pulak aku tengok dia kejap-kejap jeling keropok yang aku makan. Aku sua plastik keropok depan muka dia.

“Hey, macam mana nak makan, drive lagi. Suap laa saya ni. Please” nasib laa kau bawak nyawa aku tau tak, kalau tak memang aku dah tonyoh je plastic tu dalam mulut dia yang sah takde insurans. Kuat demand pulak tu. Kejap nak air manis laa, air mineral laa. Sekali sekala tengok, kelakar pulak. Nasib aku memang selalu bawak wet tissue dalam beg. Senang nak bersihkan tangan. Lepas bersihkan sisa keropok, tiba-tiba Iskandar ambik tangan aku, letak kat dada dia.

“Aku nak kau tau, yang aku buat ni semua semata-mata untuk kau sorang. Mungkin jugak kau tak dapat nak rasa semua ni sebab macam mana kau nak honeymoon dengan anak kan?” daripada signboard, aku tau kitorang menghala ke Cameron. Kerja gila apa yang aku buat ni. Perlahan aku menarik tangan. Dengar dia menghela nafas perlahan.

Perjalanan yang berliku-liku buatkan aku rasa mual. Bila sampai kat Tanah Rata, sakan betul dia ambik gambar aku. Buat kenangan ‘honeymoon’ katanya. Lepas beli cenderamata sikit dia usung aku cari strawberi nak makan.

“Buah kat sini pelik tau. Kalau makan sekarang, bukan main manis lagi tapi kalau dah bawak balik, hmm..masam” aku senyum hambar. Setakat mendengar aje dia bercerita. Apa-apa yang dia bebelkan, aku dah tak boleh masuk dalam telinga lagi dah.

Tiba-tiba dia bagi aku beberapa bungkusan plastik. Bila masa dia beli semua tu, aku pun tak perasan. Ada jagung, kaktus, ros, teh entah berapa kotak, baju T-shirt dengan bantal peluk.

“Ok, sekarang mungkin kau rasa tak suka tapi percaya laa cakap aku yang mulai malam esok, kau akan lebih rindu kat aku. Jom balik dan kau akan bebas daripada aku” laju langkah dia tinggalkan aku kat belakang.

Sampai je bilik dah pukul 10 lebih. Terus aku keluarkan beg nak simpan semua baju-baju. Aku nak balik malam tu jugak. Apa nak jadi, jadilah. Aku perasan yang ada orang tengah berdiri kat depan pintu masuk. Aku tau dia mesti menyibuk nak tau sebab lepas turun je dari kereta tadi terus aku berlari macam nampak hantu terus masuk bilik.

“Nah, barang-barang kau. Tertinggal dalam kereta aku tadi. Yang kau kelam kabut punggah barang ni kenapa? Aku dah settle kan sampai esok laa. Dah, balik esok aje. Kereta aku buat hal.” Maaf laa ye. Waktu penahanan tebusan dah berakhir satu jam yang lepas. Aku takkan dengar lagi cakap kau.

“Woi, aku jadi hamba tebusan kau sampai pukul 9 malam je laa. So, hutang dah selesai kan? Aku nak balik malam ni jugak” aku berkeras. Aku nak Iskandar tau yang aku pun boleh tak makan saman jugak.

“Kenapa laa kau ni degil sangat. Memang laa kita deal sampai pukul 9 tapi itu tempoh kau kena layan aku. Perjanjian kita last bila aku dah hantar kau sampai depan rumah kau. Selamat malam sayang” aku buat bodoh je dengar ayat bajet bagus dia tu yang aku rasa layak buang kat longkang je sekarang. Sambil mata aku tajam menjeling dia, baju-baju semua aku sumbat masuk dalam beg cepat-cepat. Benci aku tengok muka dia sekarang.

“Kalau kau degil jugak, aku standby call orang jabatan agama, tangkap kita malam ni. Esok kau rasmi jadi bini aku. Nak ke?” sekarang ni aku dah nampak tiga tanduk kat kepala dia dan gigi dia dah tumbuh taring sambil gelak kuat-kuat. Setan!!!

Satu-satu barang aku simpan balik dalam almari. Tak sangka betul sampai macam ni sekali dia ugut aku. Layan macam aku ni penjenayah aje. Saat ni aku betul-betul menyesal tak baling kayu kat dia kuat-kuat hari tu. Menyesal layan dia kat hospital. Menyesal datang sini. Tapi nasi dah jadi bubur. Harap lepas ni dia tak kacau hidup aku lagi.



Saturday 16 June 2012

SDG Part 14

Minum petang tu aku buat banana fritters aje. Amboi kau Deng, fritter konon, speaking laa sangat. Cucur pisang taknak cakap pulak ek. Alah, apa-apa je laa. Aku sorang je pun yang nak khatamkan sepinggan ni haa.

Lepas bancuh coklat panas secawan, aku pun capai novel Zuraidah Othman. Ikhlas Konon. Memang best laa cerita ni. Walaupun cerita lama tapi nostalgia sungguh. Baca pulak kat mini garden yang sememangnya aku buat untuk duduk saja-saja.

Dah lama jugak aku tak trim kau ye pokok. Bagi aku habiskan buku ni dulu, nanti aku make over kau ok. Baca punya laa syok, tiba-tiba ada kereta parking depan rumah. Aik, siapa lak ni?

“Assalamualaikum Deng. Haa, macam mana Leonardo akak? Hensem tak?” whoaaa…Kak Arah dah ada boyfriend baru laa. Bergaya nya Myvi Extreme 1.5 tu. Color kuning pisang tu kan warna favourite dia. Kalau macam ni, tak payah nak make up lagi. Perfect! Ni yang terasa nak tukar je GTi yang aku panggil JC sebab aku minat sangat JC Chasez group Nsync tu..Ish, mana boleh, kang dia merajuk, aku jugak yang patah kaki.

Nanti laa encik JC kusayang, ada rezeki, aku carikan kau girlfriend ok. Itu azam aku bila bisnes aku dah ok nanti. Satu kereta bawak pergi hantar barang, satu lagi untuk kegunaan persendirian. Besarnya angan-angan kan?

“Haa, apa mimpi nak mengeksyenkan diri dengan kereta kuda baru ni?” Kak Arah sengih bukan main lebar lagi bila aku puji pacuan baru dia tu.

“Saja je nak tayang boipren baru kita ni. Tak rindu kat kitorang ke? Dah lama Deng tak datang rumah tau. Kenduri minggu lepas pun tak datang. Si Isfahan tu siap datang dengan anak dia lagi. Comelnya!” saja nak menyakat aku laa tu. Hishh, tak suka!

“Kan dah bagitau, minggu lepas tak sihat sangat. Amik MC. Hahaha” tak sempat nak habis ketawa, dah dapat sepit ketam free lagi. Kakak aku ni, kalau ada anak mesti asyik kena sengat je agaknya. Nasib baiklah laki dia cool sikit. Ayo!

“Banyak laa kamu punya MC. Tak laku sesen pun MC tu kalau tunjuk kat akak, paham?” wah, kemain besar lagi mata dia yang buntang tu. Aku gelak dengan galak lagi tengok dia buat muka marah.

“Akak nak tanya ni. Kiranya, kita cerita adik beradik je laa. Si Isfahan tu ada tanyakan kamu. Katanya kamu ada janji dengan dia dulu. Ini cincin tanya. Kalau kamu setuju, dia uruskan rombongan meminang, bertunang terus. Apa kamu pikir?” luah Kak Arah.

Patutlah tak sempat tunggu hujung minggu. Ada hal berbangkit rupanya. Aku menghela nafas panjang, dalam-dalam. Berdoa agar pertimbangan aku tepat untuk keadaan aku waktu tu.

“Hmm, orang dah pikir tapi nak tanya jugak pendapat akak. Akak rasa dia ok tak?” sebagai kakak yang amat memahami aku, seharusnya aku perlukan pandangan dia. Semoga boleh aku jadikan panduan. Lagipun, kita mana boleh jadi cermin untuk diri sendiri kan?

“Pada akak dan Abang Aziz, Isfahan takde kurangnya. Bertuah sape yang jadi isteri dia. Walaupun akak tau ada banyak cerita gossip pasal dia tapi Allah Maha Mengetahui kan. Macam akak cakap dulu, istikharah laa. Akak doakan Deng ditunjukkan jalan yang betul” pujuk Kak Arah lagi. Setiap kata-kata dia meyakinkan aku yang keputusan aku ni betul.

“Ok kak. Deng terima. Terima kasih kak” terus aku peluk kakak aku yang sorang tu. Macam tak percaya, aku bakal berkahwin dengan pencuri meja…Senyum tak hilang dari bibir sampai Kak Arah balik.

Mengenangkan balik pertemuan aku dengan Isfahan, dah macam Tom N Jerry je. Sorang menyakat, sorang lari..Tapi bila tak bergaduh, mencari pulak. Aku gelak sorang-sorang. Lepas ni, bergaduh laa kita hari-hari ye Encik Isfahan.

Tapi boleh ke Yaya terima aku sebagai mama dia? Aku kena berusaha sampai dia terima aku. InsyaAllah.

Masa mula-mula aku reject Iskandar dulu, selalu jugak dia mencari aku. Dah macam stalker pun ada. Takut, cuak, risau semua ada. Tak cukup telefon, dia hantar sms. Tak balas sms, dia hantar bunga ke rumah. Aku tak pernah mintak ni semua. Aku pun bukan nak cari suami untuk diri aku semata. Aku nak cari ayah untuk anak-anak aku nanti.

Memang Iskandar seorang lelaki yang baik dan pandai ambil hati tapi aku lebih yakin dengan cara Isfahan handle masalah. Aku tak perlu sorang baby tua yang perlu aku belai setiap masa.

“Macam mana barang hantaran? Semua dah ada belum? Lagi 2 minggu je majlisnya. Minggu ni akak cuti. Boleh teman Deng kalau ada lagi barang yang tak cukup.” Baik kan hati kakak aku nan sorang ni. Kalau ada 10 kakak macam ni kan best. Lenggang kangkung aku.

“Ok je kak. Dah takde apa yang nak kena beli. Bertunang aje pun. Tak payah laa nak majlis yang grand sangat. Sarung cincin je nanti.” Memang aku dah plan nak buat seringkas mungkin. Penat tau tak nak buat majlis-majlis ni. Sarung cincinnya tak sampai setengah jam. Nak mengemasnya tu, adoi mak. Boleh menangis dibuatnya.

Aku dah terbayangkan pinggan mangkuk, periuk belanga yang tersenyum je disental aku nanti. Ngeri ok! Memang laa aku ni anak bongsu, manja tapi nanti aku jugak yang kena mencuci tu semua. Dah, tak payah nak buat majlis besar-besar. Noktah!

“Kak, kalau kita bagi guest makan burger dengan air kotak je tak boleh ke? Bukannya diorang makan sangat pun beriyani ke, nasi minyak ke semua tu. Lagipun kita kena bertanggungjawab kak, jaga pemakanan tetamu ni.” Buat lawak tak cerdik pulak aku ni. Hehehe.

“Nak kena cili agaknya mulut budak ni. Jangan nak malukan akak ye. Tak pernah dibuat dek orang, majlis bertunang jamu makan burger je!” wah, berapi betul kakak aku dengar lawak tu ye. Baik jugak aku nak bagi makan, tapi berani cakap dalam hati je laa.

“Ye laa, ye laa. Kita tumbangkan ayam sekandang..Agak-agak 100 ekor cukup tak?” tak habis lagi episod aku menyakat Kak Arah ni. Mencicit aku lari.

Bila aku toleh ke tepi, Nampak dia angkat besen setinggi bahu nak dibalingnya kat aku. Eleh, gurau sikit pun tak boleh. Dah jauh sikit daripada Kak Arah, barulah aku dapat melepaskan penat. Dah lama tak main kejar-kejar ni ok. Semput mak nak!

“Dah tua-tua pun nak main macam ni lagi” MasyaAllah, Si Isketambola tu ada kat sini ke? Malunya aku kalau dia nampak. Aku tengok Yaya pegang seluar papanya menyorok belakang Isfahan sambil bola mata dia bulat pandang aku. Mesti tengah rasa aneh tengok aku termengah-mengah tak tentu pasal.

Ye laa, mesti laa dia anak beranak pelik tengok aku tersandar kat dinding sambil mengintai bahagian dapur tapi mengah macam berlari 500meter. Buatnya Kak Arah tau aku menyorok kat sini, mati aku kena hempuk.

“Mana ada main? Kan saya tengah ukur dinding ni” opss, aku kena biasakan jugak saya-awak dengan Isfahan. Takkan laa dah kahwin sok nak ber’aku-engkau’ lagi kan? Tak baik tahu.

“Hmm, suka saya awak cakap dah tak kasar lagi. Macam ni laa bakal mama Yaya” kenapa kau rasa macam tak berapa nak suka dia cakap macam tu eh? Alaa, dengan budak kecik pun nak berkira ke Deng…

“Ye ke bakal mama Yaya? Sekarang ni pun saya boleh jadi mama Yaya sama macam awak jadi papa dia kan? Tak payah nak tunggu kita nikah pun” pantas berubah muka Isfahan. Alamak, dia terasa ke? Ish, mulut ni nak kena gam tau.

“Macam tak ikhlas je nak kahwin dengan saya” mendatar je suara dia. Aku rasa macam dalam kandang pesalah je sekarang. Tak baik laa dia ni. Suka sangat buat aku rasa semacam. Aku gurau pun tak boleh. Payah laa macam ni. Terus aku tarik muka.

“Eh awak, kita yang merajuk, dia pulak yang buat muka. Hai, teruk laa kita nanti Yaya. Asyik nak kena pujuk mama je nanti hari-hari” Wah, dah pandai nak merungut depan anak dia ye. Belum kahwin lagi tu. Kalau dah kahwin, macam mana laa dia layan aku ek?

“Mama, jangan merajuk ye. Nanti Yaya belanja coklat” pandai betul budak sekecil ni pujuk aku. Awal-awal dah ajar anak bodek aku eh. Aku mengalah tengok kecomelan Yaya. Berlari dia keluar lepas aku angguk, setuju nak bawak dia beli gula-gula lepas ni.

“Haa, ada apa kat sini? Barang-barang awak semua kan saya dah bagi. Tinggal kek dengan buah je lagi belum buat. Sehari sebelum, saya hantar ok” saja je tanya padahal, aku tau ada benda yang dia nak sampaikan kat aku. Nampak macam penting. Jangan kata tak jadi, harus aku kerat dia lapan belas!

“Macam ni, awak ada masalah dengan sesape ke? Iskandar ke?” aku dah mula pelik. Apa kena mengena Iskandar dengan majlis kami nanti? Mesti ada something ni.

“Saya tak paham. Boleh bagi klu sikit tak sebab untuk pengetahuan awak, saya takde problem dengan sesapa pun. Tapi kalau ada orang yang tak puas hati dengan saya, tak tahu laa” jujur jawapan aku bagi. Tapi senyuman Isfahan tak serasi dengan bahasa tubuh dia saat ni.

“Takpe, itu biar saya uruskan. Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima saya seadanya.”

“Isfahan, terima kasih jugak sebab setia tunggu saya” senyum menguntum di bibir.

Lagi dua hari je aku nak bertunang. Semua kawan-kawan terdekat, aku dah jemput termasuklah housemate masa belajar dan Azila. Macam tak percaya tapi kalau tanya apa yang aku rasa saat ni, takde apa-apa pun. Sama je macam aku nak siapkan tempahan pelanggan. Aik, boleh gitu?

Bila malam, aku selalu tanya diri sendiri, ikhlas ke aku terima Isfahan tu? Entah laa tapi aku yakin, ini yang dah Allah tetapkan untuk aku. Ni lebih kurang buy 1 free 1 laa kan. Aku kahwin dengan Isfahan, terus ada Yaya.

Dalam berangan memikirkan majlis tu lusa, aku hanyut.

Bunyi jam loceng jam 5.30 pagi buatkan aku rasa macam mengantuk sangat padahal tidur awal jugak malam tadi. Abis, dah kerah tenaga tu habis-habisan. Mau tak penat. Kalah orang kerja kontrak je.

Pagi ni rasa ceria memanjang. Ni mood orang nak bertunang kot. Aura yang positif. Sungguh aku tak sangka, orang yang aku benci dulu jadi tunang aku. Macam-macam aku panggil dia. Tapi dia tetap sabar dengan kerenah aku. Jadi jugak aku bertunang dengan kau ye ‘Isketambola’. Bertuahnya aku ni. Alhamdulillah.

“Awak, ni saya nak hantar barang kat rumah Kak Arah. Nanti awak amik kek dengan buah kat sana laa. Tak payah saya nak pusing jauh-jauh ok” lepas serahkan baki dua barang tu, siaplah semua hantaran.

Aku pilih tema biru-silver dan Isfahan pulak warna merah-hitam. Mula-mula aku macam tak berapa suka tapi dia kata tu cuma warna. Lagipun itu warna yang dia suka, aku mengalah.

Design kek red velvet bentuk bunga ros yang tempah kat kawan dia tu memang cantik giler laa. Rasa sayang oii nak potong.Lepas aku tengok hantaran yang dah siap digubah nampak menarik sangat. Ada telekung, sejadah, al-Quran, telefon, kek, buah dengan set perfume. Kata pun tokeh minyak wangi.




Malam tu aku tidur rumah Kak Arah sebab majlis tunang buat kat sana. InsyaAllah majlis nikah nanti buat kat rumah aku. Sambil aku asyik belek-belek hantaran yang aku nak bagi kat Isfahan esok, terdengar suara bagi salam. Macam ramai je.

“Deng, aku happy sangat untuk kau. Aku harap kau bahagia sampai anak cucu. Jaga diri baik-baik tau” Azila sekeluarga datang hari ni sebab dia kena balik kampung suami dia esok. Takpe, ingatan dan doa dia pun dah cukup buat aku. Lepas setengah jam berbual, dia mintak diri.

Bau wangi bunga rampai dah memenuhi ruang bilik. Rasa teruja sangat sampaikan aku lupa yang aku belum jamah apa-apa makanan lagi sejak pagi. Bunyi telefon berdering buatkan aku kelam kabut mencari. Mana pergi telefon bertuah ni? Haa, ni dia. Jumpa pun. Bawah bantal kau menyorok ye. Tengok nama Isfahan kat skrin, lagi laa aku tersengih panjang.

“Assalamualaikum awak. Sibuk ke kat sana? Dah makan?” memang laa sibuk kat sini. Takkan tengah senang lenang main dam haji pulak. Huh!

“Takde laa sibuk sangat. Belum makan lagi. Jom makan nak? Rasa macam nak makan McD laa. Boleh tak awak?” rasanya macam tak pernah dibuat dek orang je kan? Esok dah nak buat majlis bertunang, hari ni boleh lagi nak berdating.

Alaa, pergi makan je kot. Bukan aku nak lari pergi Perancis. Lepas bagitau Kak Arah, aku pun keluar dengan Isfahan yang tunggu kat luar aje. Apa pulak kata orang nanti. Aku tengok Yaya pun ada. Bukan main suka lagi anak dara kecil tu bila tau nak bawak dia pergi makan kat McDonald’s.

“Nanti Yaya nak mainan tau Pa. Nak dua sebab nak bagi Mama satu. No Coke, Milo only” Isfahan ketawa aje dengar mulut kecil tu tak henti-henti bercakap. Macam dah hafal segala jenis hidangan kat situ. Timbul rasa sayang tengok muka dia yang betul-betul ceria.

Penuh pulak parking kat situ. Jenuh dah kami berpusing-pusing nak cari tempat. Nasib baik ada satu kereta nak keluar. Cepat-cepat kami masuk. Bila dah masuk ke dalam, manusia punya laa padat. Dorang ni takde nak makan kat tempat lain ke ha? Buat apa kat sini ramai-ramai? Haa, tu ayat orang yang dengki macam aku.

Dengan pantas aku cari tempat duduk, Isfahan pergi beratur order makanan. Yaya pulak apalagi, berlari laa dia pergi kat tempat permainan kanak-kanak. Semua kaunter penuh, hmm, jenuh laa nak tunggu. Aku keluarkan telefon nak main game Angrybird. Syok woo! Tiba-tiba aku perasan ada kelibat manusia berdiri rapat sebelah aku.

“Patut laa beriya kau reject aku. Dah ada anak dengan dia rupanya. Kan senang kau cakap awal-awal. Rupanya kau pun sama je dengan Anis!” betul-betul aku tak sangka yang Iskandar pun ada kat sini. Belum sempat aku nak jelaskan apa-apa, aku tengok dia dah berlalu di balik pintu keluar.

Aku bukan perempuan macam tu! Jeritan yang hanya aku laungkan dalam hati. Tak sedar, mata aku dah berkaca.

“Awak, ok tak ni?” teguran Isfahan buatkan aku tersedar realiti aku kat mana dan dengan siapa sekarang. Cepat-cepat aku buat muka selamba. Aku tengok penuh dah dulang yang dia bawak. Amboi, banyaknya makanan! Cuba mempamer senyuman ikhlas amat sukar aku rasakan waktu itu.

“Perut ni nak berguling-guling lapar tau. Ingat awak pergi tolong masak kat dapur tu tadi. Lamanya” sambil aku tercari-cari mana si Yaya ni. Tak lapar ke dia? Dah nampak, aku gamit dia tunjukkan mainan yang dia pesan tadi.

“Saya ingat nak tolong kat dapur McD tu tapi tadi macam ada orang kat sebelah awak. Siapa tu? Dia nak apa?” sedikit cuak. Alamak, dia perasan ke Iskandar ada tadi?

“Ish, mana ada sape-sape. Orang tadi tu nak ambikkan saya paper yang jatuh ni.” Sambil tunjuk suratkhabar yang sempat aku capai sebelum duduk.

“Hmm, lepas makan ni nak pergi cari baju Yaya kejap. Kasut dengan tudung dia pun tak beli lagi. Nanti awak ikut sekali lepas tu saya hantar awak balik.” Aku mengangguk je. Sambil tengok Yaya asyik main kejar-kejar dengan ada lagi 2, 3 orang budak sebaya dia. Iskandar ni betul-betul kacau mood orang laa. Hilang terus rasa lapar aku.

“Lepas ni kena belajar panggil abang pulak. Takkan nak awak-saya depan anak, kan?” halamak, tak kasi can laa dia ni. Mau tergeliat lidah aku nak panggil dia ni abang.

“Ye laa abang. Tapi tunggu kita nikah dulu boleh? Tak reti laa nak panggil camtu” sedaya upaya aku tunjuk muka tak selesa. Galak lagi dia gelakkan aku.

“Tak paksa tapi kalau boleh, saya nak tunjuk contoh yang baik depan anak-anak” dia tersenyum comel. Tiba-tiba Yaya datang mintak air dengan muka yang berpeluh-peluh. Haa, tu laa. Kalau dapat geng, tak ingat dunia dia main.

Dalam pada dia minum cepat-cepat tu, dengan tak sengaja dia terlanggar orang meja sebelah. Habis tumpah kena hujung lengan akak tu. Cepat-cepat aku mintak maaf sambil hulurkan tisu. Yaya pandang muka orang tu sambil cakap mintak maaf. Pandainya kau didik dia Isfahan.

“Takpe..takpe..budak kecik memang laa gitu. Comel anak awak. Banyak rupa mak dia” Haaa? Yaya rupa aku. Kembang semangkuk dah aku ni bila orang cakap macam tu. Isfahan angkat-angkat kening pandang aku. Jeles laa tu.

“Hai, ada orang tu dapat kredit lebih, takmau share pun dengan kita. Dah cantik, dah cerdik, alih-alih orang lain kata anak dia. Haiii laa nasib” Isfahan terus sedut straw. Geram je aku dengar.

“Mesti laa. Yang comel anak, harus laa ikut mak yang cantik. Kalau ikut rupa ayah yang tak seberapa tu kang, apa pulak orang kata” sardin je aku kenakan dia balik.

“Hahaha, cakap lagi sekali macam tu. Balik naik bas ye” wah, dah berani nak ugut aku. Ok, fine!

“Takde hal, boleh aje nak naik bas tapi jangan datang umah esok tau. Majlis cancel” bulat mata dia macam nak telan tray tu. Aku gelak tak ingat dah.

“Dah..dah, jom. Nak cari baju Yaya lagi. Lewat balik nanti, kena marah dengan kakak awak pulak. Yaya, jom” arah Isfahan. Bila pimpin tangan comel Yaya, aku terus tak ingat lagi dengan kata-kata Iskandar tadi. Yang aku tahu, esok aku akan rasmi diikat oleh lelaki bernama Isfahan ini.

*****

Majlis yang dirancang akan bermula pukul 12.30. awal-awal pagi lagi dah riuh rendah. Sepicing pun aku tak boleh nak lelapkan mata. Mana taknya, lepas Isya’ terus tidur. Sedar-sedar pukul 2.30pagi. Puas aku bergolek kiri kanan, peluk bantal itu ini tapi mata ni degil tak mahu pejam jugak. Apa yang aku rasa ni? Pelik.

Aku bersyukur dapat bertemu jodoh dengan Isfahan tapi entah laa. Mungkin kekeliruan terjadi sebab ada lagi sisa rasa untuk Iskandar. Malam tu aku sujud memohon kepada Allah supaya aku diberi kekuatan untuk meneruskan hidup dengan aman.

Pagi tu aku rasa dah bersedia menjadi tunang Isfahan. Cepat betul masa berlalu bila dengar suara makcik-makcik riuh kat depan yang orang sebelah dah datang. Aku dress up sendiri je. Kalau ikutkan kakak aku tu, dia nak panggil mak andam. Alaa, bertunang aje pun.

Iema, Yus dengan Eda stay dengan aku dalam bilik. Berdebar laa jugak. Kalau bertunang dah macam ni punya kalut, kalau nikah sok tak dapat laa aku nak bayangkan. Macam nak kena hukuman pancung je aku rasa. Aduh!

Ketukan di pintu menandakan pihak lelaki nak masuk menyarungkan cincin tunang. Aku senyum je bila Mak Long Hawa, satu-satunya ibu saudara Isfahan yang masuk sambil unjukkan aku satu bekas kecil berwarna keemasan. Memang aku suka sangat cincin tu.

Cincin disarung tanda rasmi sudah berpunya. Janji diikat selama 3 bulan. Tak perlu tunggu lama-lama. Masa itu untuk memberitahu semua saudara-mara dan menyediakan persiapan seadanya.

Lepas majlis selesai, Isfahan call. Tak menyempat betul tunang aku ni.

“Awak, macam mana? Semua ok tak?” aku senyum aje laa. Nak kata apa lagi.

“Ok je. Tak nak datang sini ke, makan-makan?” bukan apa, malam karang semua waris berkumpul nak bincang pasal majlis kahwin aku nanti. Boleh laa diorang tengok Isfahan. Siang-siang aku dah bagitau Kak Arah yang diorang tak payah buat apa-apa sebab Isfahan tanggung semua majlis kenduri nanti. Tapi kata Kak Arah, ni ikut adat aje. Takpe laa. I follow!

“Memang nak datang tapi tunggu Yaya bangun dulu. Balik-balik je tadi terus pengsan. Penat sangat kot. Baik laa aircond kat sini best!” sebab taknak susah-susahkan wakil meminang, Isfahan sewa homestay yang dekat dengan rumah Kak Arah. Lagipun, diorang tak tahu jalan kat area sini.

Terus terbayang keletah Yaya tadi. Langsung tak nak berenggang dengan aku. Masa nak sarung cincin tadi pun still nak berkepit lagi. Nasib baik Abang Aziz tolong bawak dia tengok kartun Upin&Ipin. Leka sekejap.

Usikan Mak Long Tijah pun buat aku nak tersengih memanjang tadi.

Control..control..nanti rosak make up ok.

“Untung laa kamu Deng. Dapat bapak, dapat anak sekali. Tak payah susah-susah nak beranak. Lepas ni usaha dapat baby boy pulak. Dah sepasang ye” ayoo, baru tunang woo. Aku senyum je mendengar usikan Mak Long tu.

InsyaAllah kalau ada rezeki. Detik dalam hati. Kalau jawab live kang, takut kena cop gatal pulak.

Bila dah selesai semua pinggan mangkuk yang nak dibasuh dan dapur pun dah dikemas, aku lepak borak-borak dengan Kak Arah.

“Tak lama lagi, Deng dah jadi hak orang lain. Akak harap Deng tau tanggungjawab, nak pulak dah ada anak. Walau bukan darah daging sendiri tapi amanah tu sama je. Akak harap Deng paham semua tu” serius je bunyinya. Tapi ye laa, bab amanah ni mana boleh buat main. Tu semua akan ditanya kan?

“InsyaAlllah kak, Deng tau. Akak doakan Deng ok” aku genggam tangan Kak Arah kemas.
Hari-hari seterusnya aku rasa macam takde apa yang nak difikirkan sangat sebab semuanya Isfahan dah uruskan. Dalam hujung bulan nanti nak fitting baju. Tak tau laa kenapa tapi aku makin diburu rasa bersalah kat Iskandar. Nak-nak bila terngiang-ngiang kat telinga aku yang dia samakan aku dengan bekas tunang dia.

“Kenapa kau tak bagi aku peluang nak jelaskan hal sebenar?” aku tak salah..Aku tak salah. Banyak kali aku cakap benda tu pada diri aku sendiri. Dia yang taknak tau duduk letak aku masa ni. Tiba-tiba teringat kat soalan Isfahan hari tu. Aku ada masalah dengan siapa? Takkan Iskandar pergi serang Isfahan kot. Ishh, serabut!

*****




“Kenapa semua perempuan sama je?” betul-betul aku tak percaya yang Deng sanggup tipu aku macam ni. Dah ada anak, lagi nak berlagak suci depan aku. Tapi kenapa dulu dia layan aku? Apa laa yang aku ni buta sangat tak nampak tu semua lakonan dia semata. Hati, tolong laa jangan ingat lagi perempuan penipu tu. Cari aje orang lain.

“Tapi yang lain tu tak sama macam Deng. Habis, macam mana? Dia pun dah nak kahwin dah.” Perlahan-lahan Iskandar melurut rambut ikalnya. Tak perasan langsung yang dia diperhatikan dari jauh. Petang makin suram, sekelam hati Iskandar.

Sekeping hati yang lain rasa bersalah kerana menuntut janji yang mungkin dah berlapuk tapi aku perlukan dia untuk kepentingan Yaya yang aku tak rasa ada orang lain lagi layak daripada dia.

“Maafkan aku Iskandar. Ampunkan aku Deng.” Bisik Iskandar dalam hati. Aku akan cuba yang terbaik demi seorang anak yatim.

*****

Hari ni aku dah decide nak buat something yang aku selalu buat dulu. Manatau kalau dah kahwin nanti dah takde masa nak buat lagi. Aku tinggalkan telefon, tak bagitau siapapun yang aku nak pergi holiday kat chalet area Pengkalan Balak. Aku booked untuk 3 hari. Lepas siap-siapkan pakaian, aku terus bertolak. Gila laa. Tak plan apa-apa terus pergi holiday.

Bukan laa aku nak kata yang lepas kahwin nanti tak boleh pergi bercuti tapi aku nak enjoy holiday aku yang terakhir sebagai orang bujang. Takde gangguan suami dan anak. Aku sampai sana dah tegak matahari atas kepala. Lepas check-in, terus cari makan tengahari. Lepas makan, rehat kat bilik, petang tu baru pergi jalan-jalan tepi pantai.

Rasa aman, bebas dan lega dari segala masalah yang selama ni buat aku pening kepala. Rasanya 3 hari tu cukup laa kot aku nak kosongkan kepala aku ni. So, balik rumah dengan kepala yang fresh. Kan best kalau langsung takde masalah. Tapi kalau macam tu, bukan manusia namanya. Allah ciptakan masalah beserta dengan penyelesaiannya. Cuma manusia kena guna akal untuk tau cara yang sesuai.

Hari pertama berlalu dengan penuh kelegaan. Esok nak pergi tengok penyu pulak. Makan malam tu ringkas. Ikan pari bakar dengan nasi lemak. Beberapa bungkus keropok buat peneman kalau tengah-tengah malam kang rasa kebulur.

Lepas subuh, aku dah keluar berjalan tengok matahari terbit. Subhanallah. Tengok ciptaan Allah ni pun dah rasa tenang ya amat. Mesti orang-orang kat sini rileks je kan. Bila dah terang tanah, baru terasa perut lapar. Baik laa kat sini banyak aje kedai makan.

Aku pergi kat satu warung yang tak berapa ramai orang. Mesti cepat sikit servis. Tapi malas nak tapau, aku makan kat situ je. Tengah makan lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis tu, tiba-tiba aku dengar suara yang sangat-sangat familiar kat telinga aku dulu.

“Kalau ye pun nak lari, lari laa jauh sikit. Saja je nak suruh aku jumpa kau kan?” siap tarik kerusi duduk kat sebelah aku tak boleh tahan. Aku jeling je laa dengan hujung mata. Dia??!!

“Eh, kau buat apa kat sini Iskandar? Kau ikut aku eh? Kau jangan nak mengada-ngada ok. Isfahan tau kau pun ada kat sini nanti dia salah faham. Kau pergi laa tempat lain” marah aku separuh berbisik. Malu laa kalau orang lain dengar.

“Hoi, kau sewa satu Pengkalan Balak ni ke sampaikan aku tak boleh datang sini? Sukati aku laa nak pergi mana pun” owh, sombong kayu kau ye. Takpe!

“Makcik, ni duit saya. Baki makcik amik” terus aku berdiri angkat punggung. Panas betul aku tunggu sini lama-lama. Dah, aku nak pack barang nak balik. Bila aku pusing badan nak keluar daripada kedai, terus Iskandar berdiri, halang aku tak bagi keluar. Ish, kecik pulak pintu kedai makcik ni.

“Tepi laa. Penyibuk! Eh, kau tak paham bahasa ke hah? Aku taknak jumpa muka kau lagi. Aku dah bertunang, tau tak?! Dah bertunang!!”” bentak aku sambil angkat tangan tunjuk cincin tunang betul-betul depan muka dia. Semua orang kat dalam kedai tu terdiam tengok aku naik minyak pagi-pagi.

Aku pandang muka makcik kedai sambil cuba tahan tahap marah yang dah sampai lapan belas petala langit dah ni.

“Sorry makcik. Saya bukan nak buat kacau kat kedai makcik tapi mamat selenga ni tak reti bahasa!” sepantas tu aku tolak Iskandar dan ada ruang untuk aku menyusup keluar. Dah macam drama kat tv pulak aku rasa.

Baru nak cari tenang tapi ribut pulak yang datang mengejar aku. Laju aku berjalan selaju airmata yang gugur kat pipi. Aku tutup telinga kuat-kuat bila aku dengar Iskandar jerit nama aku sekuat-kuat tidak.

“Kenapa laa bila aku dah boleh lupakan kau, kau datang balik haaa?!! Kau pergi laa cari orang lain. Kau jugak yang cakap, aku ni jahat. Sama je macam ex engkau dulu. Aku dah ada anak dengan lelaki lain kan? Aku dah bertunang, aku dah nak kahwin. Aku ni jahat kau tau tak?!!” puas hati aku dapat jerit apa yang aku simpan lepas dia tuduh aku kat McD dulu.

Tiba-tiba dia tarik tangan aku. Lama dia genggam. Mata aku ditenung macam mencari jawapan yang aku sendiri tak tahu apa soalannya. Bila aku dah cool, dia lepaskan tangan aku. Terus dia pusing badan. Melangkah langsung tak toleh kat aku.

“Hei sengal. Kau yang cari gaduh dengan aku, lepas tu kau nak lari! Lelaki apa kau ni” dah macam perempuan tak waras je aku terjerit-jerit pagi buta. Kawasan kampung pulak tu. Dia terus jalan langsung tak hiraukan aku. Eiii, geramnya!!!

Tiba-tiba aku perasan ada sepotong kayu tergolek macam datang menyerah diri je kat aku. Ooo, kau buat bodoh ek Iskandar. Nanti kau!

ZUPZAPZUPZAP…KELEKUKKK!!!

Aku tengok Iskandar Shafie dah tekup belakang kepala dia dengan tangan kiri sambil terduduk. Kayu yang aku baling tadi kat tangan kanan. Bila dia toleh kat aku, dah boleh nampak belang tarung dia kat dahi. Marah giler kat aku ke? Baik aku cabut menyelamatkan diri! Lari!!!!

“Woi, mana kau nak lari hah?!” dah macam petir tunggal dia jerit. Aku dengar bunyi tapak kaki dia berlari pun aku tau memang aku kalah punya laa dengan dia. Perlahan aku hentikan larian. Termengah-mengah kepenatan. Budak-budak kat tepi pantai tu perhatikan je kitorang. Macam tengah shooting muzik video bisu pulak.

“Berani kau baling aku dengan benda ni ek? Kau ni pompuan ke jantan haa?! Kau ingat kau tu bagus sangat ke nak baling-baling aku. Eiii! Ikutkan hati aku, nak je aku balas balik kat kau. Nasib baik laa kau tu perempuan” kata dia sambil gosok-gosok belakang kepala. Kayu kat tangan dihempas sekuat hati. Lepas geram mungkin.

“Hahahahaha…” berdekah-dekah aku ketawa. Entah kenapa tapi aku rasa kelakar sangat tengok keadaan dia macam tu. Siap terduduk ada pakej keluar airmata lagi aku ketawakan dia kat situ.

“Kau gelakkan aku? Kau ni memang betul laa Deng Gengster. Takde hati perut langsung” gelihati aku tengok dia menceceh sambil gosok kepala dia. Bila aku dah penat ketawa, perlahan aku menapak ke arah dia yang tengah duduk tepi jalan. Aku duduk sebelah dia.

“Meh sini aku tengok laa. Sikit macam tu pun nak menjerit macam kena bom atom laa kau ni” sempat jugak aku tekan kepala dia. Hmm, ada luka sikit tapi tak padan langsung dengan jeritan dia yang macam kena sula je aku dengar. Lagi dia mendecit, lagi aku gosok kuat-kuat. Rasakan kau!

Tiba-tiba akal waras aku merasakan yang tak sepatutnya aku ada kat sini berdua dengan dia. Aku tunang orang. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Bingkas aku bangun mengibas punggung.

“Aku blah dulu laa. Kau ok kan?” aku tengok dia takde respon apa-apa. Mungkin still marah kat aku. Takpe laa, lama-lama nanti ok laa tu. Baru 3, 4 tapak aku melangkah, aku dengar dia sebut nama aku perlahan. Terhenti langkah aku sekejap. Tapi bila mengenangkan status aku sekarang, aku lajukan langkah. Tak peduli walau dia jerit nama aku sekuat mana sekalipun.

Alih-alih kat sebelah aku ada teman. Lajunya dia berjalan. Bukan tadi kepala dia dah keneneng ke?

“Chalet yang kau duduk tu, aku punya. Bukan aku yang cari kau. Kau yang datang kat aku. Tu maknanya, jodoh kita kuat. Malam kang aku datang tengok kau. Tapi siang ni, kau kena bawak aku pergi klinik sebab kau dah bocorkan kepala aku” sambil dia tunjuk darah bertakung kat tangan dia. Serentak tu jugak dia rebah. Berposak aku nak pangku dia. Kelam kabut aku jerit mintak tolong. Nasib baik laa ada budak-budak yang tengah main basikal kat situ. Orang kampung datang tolong angkat dia masuk dalam kereta nak hantar ke klinik.

Ni pengsan ke koma ni? Sampai dah lepas Asar pun tak sedar-sedar lagi. Haa tu laa. Buat dajal lagi dengan aku. Aku ni dulu atlet sekolah tau tak. Acara lontar peluru lagi. Apa laa sangat setakat baling ranting kayu tu. Baru aku nak bangun, aku nampak dia bergerak. Cepat-cepat aku pergi dekat dia. Manatau kot laa dia nak apa-apa. Lagipun salah aku jugak dia jadi macam ni.

“Hmm, nak air…” berkerut-kerut muka dia tahan sakit. Sakit sangat ke? Ye ye je dia ni laa. Baik tadi aku ada beli air dengan roti sikit. Aku hulur cawan kat depan dia.

“Macam mana aku nak minum. Kau ni tak reti nak kesian kat aku ke? Pasal kau laa aku jadi macam ni tau” dah sakit-sakit tu pun pandai nak mengungkit lagi. Nasib baik kau sakit, kalau tak memang aku sumbat je cawan ni dalam mulut kau!

Perlahan-lahan aku tinggikan kepala dia, suakan air ke mulut dia. Ya Allah, seksanya dia nak minum aku tengok. Serius aku kesian kat dia sekarang.

“Weh, aku mintak maaf ek. Tak sangka pulak aku baling tadi kuat sangat. Lagipun masa aku tengok tadi, luka dia sikit je. Yang kau pun satu, kenapa kau tak elak?” cuba jugak nak menegakkan benang yang basah.

“Kan kau baling kat belakang kepala aku. Mana laa aku nak nampak” dia mengerang perlahan masa nak alihkan kepala ke kedudukan selesa. Suara dia yang payah nak keluar tu buatkan aku lagi rasa bersalah.

“Err, kau ada nak apa-apa ke. Kau nak makan? Aku pergi belikan nasi kejap” baru teringat, last dia makan pun pagi tadi. Mesti kebulur tak ingat tu.

Pantas dia tarik tangan aku suruh duduk. Aduhai, ini baru aku baling dengan kayu. Kalau laa aku terbaling dengan batu tadi, agaknya mau aku tengah berlutut depan bilik jenazah sekarang ni.

“Kau temankan aku je dah. Makan tu, esok-esok pun boleh. Tapi kalau kau dah balik, tak tau bila lagi aku dapat duduk macam ni dengan kau.” Macam tak dapat terima kenyataan je dia ni.

“Aku mintak maaf ni. Kau dengar tak?” aku nak dengar dia maafkan aku, baru aku rasa lega. Bila dia senyum dan angguk perlahan, puas hati aku.

“Terima kasih Iskandar” macam tak terkeluar je ayat tu. Aku takut dia dendam kat aku sebab pilih Isfahan, bukan dia. Tapi aku ada alasan aku sendiri.

“Dulu lagi aku dah cakap, kasih kau sentiasa aku terima. Kasih aku pulak selalu untuk engkau” terus dia pejam mata. Penat sangat agaknya banyak bercakap.

Bila aku betul-betul pasti yang dia tidur, cepat-cepat aku cari surau. Selesai solat Asar, aku cari kedai makan nak bungkus nasi untuk aku dengan dia. Lepas hantar nasi ni, aku nak balik chalet, rehat. Penat betul jaga orang sakit ni.

Bila aku sampai kat katil dia, aku tengok dia tidur lagi. Timbul rasa kesian kat dia.

“Sabar ye Iskandar. Aku yakin kau akan dapat yang lebih baik daripada aku” seolah-olah cakap dengan diri sendiri. Taknak dia dengar. Bila masuk waktu Isyak pun dia tak bangun jugak. Aku dah rasa badan berlengas semacam. Takkan nak tinggalkan aje dia. Seharian tak makan. Aku pun tak mandi malam lagi. Perut pulak dah mendidih. Alahai, macam mana ni?

Dekat pukul 11 malam baru dia tersedar mintak nasi. Aku pun dah tersengguk-sengguk kat situ. Nasib baiklah katil sebelah ada jugak yang jadi peneman. Isteri mungkin tapi aku bukan sape-sape dengan mamat sengal ni. Apa laa dosa aku jumpa kau pagi tadi?

“Tak baik merungut jaga orang tengah sakit, kecik hati aku tau” Sibuk!! Bukannya aku cakap depan kau. Siang-siang taknak makan. Tidur je kerja kau.

“Kau tak cakap depan aku tapi mulut kau tu punya muncung, ikan todak pun nangis” Grr..tak boleh ke kau sakit waktu lain? Kena dengan orang lain. Time aku nak bercuti, time tu laa kau pun sama lorat ada. Mulut tak berhenti mengomel sampaikan dah nak hilang rasa kesian aku kat dia ni. Kalau aku tau kau ada kat situ, sumpah aku tak jejak kaki kat chalet kau tu faham.

“Kalau tak ikhlas, tak payah tunggu aku. Aku boleh jaga diri sendiri. Kau pergi laa balik. Biar aku mati kering kat sini tapi ingat, kalau aku jadi hantu aku kacau sampai kau pun mati. Boleh join aku jadi hantu lepas tu kita kacau orang lain pulak. Nak?” cuba kalau orang lain yang dengar macam tu, harus makan penampar mamat sorang ni.

“Takpe laa. Aku tunggu. Dah salah aku. Kau nak makan ke tak ni?” malas aku nak bertekak panjang-panjang. Memang sah laa aku jugak yang kalah. Layan kan aje. Aku pun boring ni. Orang katil sebelah kiri kanan semua dah tidur. Ada yang celik pun, aci katil hujung tu jaga anak dia. Elok laa, si sengal ni pun dah bangun. Ada gak kawan nak bercakap.

“Sejak bila pulak kau ada chalet kat situ? Bukan kau mengajar ke?” sambil menyuap nasi, aku jadi wartawan tak bertauliah.

“Chalet tu dah lama aku buat. Mengajar pulak, minat aku. Terer jugak kau baling ek. Tepat aje. Kepala aku berpusing lagi ni” tu saja nak suruh aku rasa bersalah laa tu. Benci!

“Dah laa. Makan dulu. Karang baru cerita. Perut aku dah pedih giler ni” aku muncung tunjukkan nasi dia. Mulut dah pandai membebel kan, kau makan sendiri ye. Bukan main sedap lagi asam pedas ikan pari ni. Makan dengan telur masin dan kacang panjang goreng. Walaupun nasi dah sejuk tapi perut yang menyanyi kata tetap sedap.

Punya laa laju aku menyuap tu, baru aku tersedar yang dia ni bukan main payah lagi nak menyuap nasi tu sebab mungkin susah nak tertunduk-tunduk. Tak boleh blah dia buat muka kesian pulak tengok aku laju je menyumbat nasi dalam mulut. Haihhh!

“Meh sini laa aku suap. Mengada-ngada laa kau!” aku kecikkan mata, geram tengok dia tersenyum bila tahu aku nak suapkan dia. Macam sakit tipu je dia ni! Tapi aku tau dia tengah lapar. Bila dia habiskan semua makanan, baru laa lega sikit hati aku.

“Haa, kan aku dah kata pagi tadi. Malam ni aku tengok engkau. Sekarang mana kau nak pergi?” siap angkat-angkat kening pulak. Aku ni bertanggungjawab tau tak. Kalau ikutkan rasa, memang aku tinggalkan aje kau terbongkang kat tengah jalan pagi tadi tapi aku tak sampai hati.

“Berapa lama kau nak holiday kat hospital ni? Aku nak balik esok” malas aku nak layan dia lagi. Kau pun dah ok kan? Baik aku gerak balik tidur kat chalet. Selesa sikit. Kat sini, sakit-sakit satu badan.

“Esok aku discaj laa kot. Kau nak tinggalkan aku?! Kalau kau bergerak seinci dari kerusi tu, aku akan call tunang kau. Aku nak bagitau dia yang kau datang sini cari aku. Bila aku taknak jumpa kau, kau pukul aku sampai masuk hospital” dia ni dah gila agaknya. Takkan laa Isfahan nak percaya cerita macam tu. Daripada mulut Iskandar pulak tu.

Tapi kalau dia buat betul-betul, matilah aku. Sudu plastik betul laa dia ni!!!

“Dah laa Deng. Kau ingat aku tak berani buat macam tu. Aku ada semua contact number Iskandar tu. Ingat, malam ni aku nak kau teman aku sampai aku keluar hospital esok. Dah, aku nak tidur since kau pun taknak borak dengan aku kan. Good night dear. Muahh!” masa dia buat flying kiss tu, aku rasa nak baling dia sepuluh kali lagi dengan kayu pagi tadi. Biar koma terus!

Masa doktor round pagi tu, aku dah tanya boleh tak Iskandar keluar sebab aku dah cukup muak dengan perangai dia yang mengada-ngada malam tu. Nak ajak pergi toilet laa, nak mintak tolong lap badan laa, tinggikan bantal, turunkan katil. Eii!!! Aku bukan bini kau ek, sorry!

Bila doktor kata boleh discaj tengahari tu, aku laa manusia yang paling gembira atas muka bumi Malaysia ni aku rasa. Macam terlepas seksaan zaman Jepun tau. Aku ingatkan masa camping dulu tu je dia boleh torture aku. Dah habis belajar pun dia still lagi pakai uniform siamang gatal tu!

“Kau hantar aku kat chalet je. Aku pun dok kat sana jugak. Yang benarnya, masa kau mula-mula sampai lagi aku dah nampak kereta kau. Aku perhatikan aje masa hari pertama kau datang. Aku call tapi kau buat derk je. Hari kedua aku plan nak jumpa kau tapi tak sangka aku, sampai macam ni sekali kau benci kat aku” aku terasa sangat bila dia kata aku benci dia. Tu tak sengaja laa samdol. Sepanjang perjalanan jugak aku senyap tak berbunyi sepatah haram.

“Aku nak kau tahu yang masa kau nak bertunang, aku ada jumpa Iskandar. Dia kata kau cinta pertama dia. Betul ke? Kalau betul, baguslah. Dan aku nak kau tahu yang kau pun cinta pertama aku jugak. Aku cakap kat dia yang selagi kau belum nikah, selagi tu laa aku takkan give up” tak sengaja aku tertekan break. Terkejut sebenarnya bila aku dengar dia cakap macam tu.

“Eh, kau sedar tak berdosa tau kacau tunang orang? Ye ke aku ni first love kau? Habis, Anis tunang kau tu nombor berapa lak?” sengaja aku kuatkan suara aku bila tang tunang tu.

“Anis tu bekas tunang aje. Seteruk-teruk dia pun takde nak baling-baling aku ni ha. Dan memang kau pilih Isfahan tapi aku tau kau tak ikhlas nak kat dia. Kau kesiankan Yaya kan?” pandai-pandai je dia ni laa.

“Iskandar Shafie, aku nak kau dengar sini. Siapa pun aku pilih, aku ada alasan aku sendiri. Tolong cuba matang sikit boleh tak. Baik kau pergi cari perempuan lain yang available kat luar sana. Kau ada rupa, ada duit. Aku percaya ramai perempuan kat kampung ni sanggup beratur nak jadi bini kau so, tolong berhenti ingat dan berharap kat aku” dia langsung tak pandang aku. Pemandangan kat luar tingkap tu dah pukau dia agaknya.

“Tapi aku nak engkau Deng” walaupun dalam nada yang paling perlahan, aku tetap boleh dengar tiap patah perkataan tu. Hmm, susah nak cakap dengan orang tak faham bahasa ni.


















Friday 15 June 2012

SDG Part 13

Bila dia order fresh orange yang aku suka sangat tu, rasa sebak kejap sebab dia still ingat lagi apa air favourite aku walaupun dah bertahun kitorang tak jumpa. Dia just order teh tarik. Malam-malam ni, tak nak makan laa. Kang tak boleh tidur.

“Hmm, apa benda penting yang kau nak cerita sangat tu? Cepat laa cakap” straight to the point aku tanya. Tak nak berbasa-basi lagi. Lagi cepat dia cerita, lagi cepat aku boleh balik.

“Kau ni dari sekolah memang tak berubah kan? Cuba laa bawak-bawak bersabar sikit. Kita minum dulu” siap pulak kau nak tiru iklan tu ye. Aku stil buat muka sardin, malas nak layan.

“Aku ni bukannya tak penyabar. Dah lebih dari sabar dah ni tapi aku taknak orang cop aku ni perampas laki orang. Aku harap kau faham” memang takde trafik dah mulut aku ni. Biar dia tau yang aku bukan macam perempuan lain yang senang-senang je nak dengar kelentong dia tu. Isfahan tarik nafas panjang. Lama baru dia bersuara.

“Yaya bukan anak aku. Dia anak angkat aku” dia tenung air dalam cawan. Tersentak kejap aku dengar. Betul kea pa yang dia cakap? Susahnya aku nak percaya. Orang lelaki ni, kalau dia nakkan sesuatu, apa pun sanggup buat.

“Aku tau memang payah kau nak percaya. Cuma aku taknak peluang aku hilang sebab Yaya. Ini bukti dia bukan anak kandung aku” sambil dia bukak dompet. Sekeping kad plastic warna pink dihulurkan. Cepat-cepat aku capai.

“Adni Syaurah Lee binti Mohd. Zaki. Tarikh lahir 20.4.2007.” perlahan aku baca butir kad tu. Tapi kenapa dia panggil papa?

“Aku tak faham. Kan dia panggil kau papa?” berkerut muka aku. Betul-betul tak faham situasi sebenar.


“Dulu masa belajar, aku sebilik dengan budak kelas aku, Zaki. Dipendekkan cerita, dia kahwin dengan seorang mualaf, mama Yaya. Just aku dan 3 orang lagi housemate kitorang yang pergi masa dia kahwin sebab Zaki dibuang keluarga. Nak kawen dengan Iman Lee punya pasal. Tapi jodoh diorang panjang. Lepas grad, baru diorang bagitau family Iman yang diorang dah kawen dan dah mengandungkan Yaya 4 bulan masa tu” aku telan air liur dengar cerita dia yang panjang lebar tu.

“Kau bayangkanlah, anak yang dijaga selama ni dengan baik tiba-tiba buang keluarga pastu tukar agama sedangkan selama Iman masuk Islam, belum pernah dia abaikan keluarga. Weekend mesti balik tengok orang tua dia tapi ye laa, hati tengah sakit. Benda baik pun nampak buruk.” Hmm, makin panjang cerita ni nampaknya. Aku biarkan dia sambung.

“Masa Iman nak bersalin, Zaki baru balik kursus. Tak berapa sihat. Dia call aku bagitau yang diorang tengah on the way nak ke hospital. Aku pun tunggu je kat sana. Tapi, lepas 2 jam aku tunggu kat emergency hati aku dah rasa tak sedap. Tiba-tiba aku dapat dengar atenden situ kecoh-kecoh ada kes accident. Sorang perempuan mengandung nazak, sorang lelaki dah meninggal. Aku pun jengah. Masa tu aku rasa lantai macam dah lembik aje bila aku tengok muka Zaki dah teruk sangat. Darah tak usah cakap. Merata-rata. Berlari aku terpa badan dia tapi dia sejuk. Terus aku mengaku tu abang aku. Baru doktor update aku pasal Iman koma tapi baby dia survive.” Ya Allah, kesiannya nasib Yaya macam tu. Mata aku dah berkaca-kaca tahan sedih.

“Lepas 3 hari koma, Iman sedar sekejap. Dia amanahkan anak dia untuk aku jaga sebab dia tahu, just aku aje yang boleh didik anak dia sebaik mungkin. Petang tu jugak dia ikut arwah Zaki. Nasib baik Doktor Afifah tu kawan aku. Dia yang tolong aku settlekan documentation semua. Sampai sekarang, mak dan ayah Iman tak mengaku yang Yaya tu cucu. Alhamdulillah keluarga Zaki terima jugak Yaya tapi hak penjagaan masih pada aku sebab masa dia umur 2 tahun dulu, aku dah buat surat sumpah untuk ambik dia jadi anak angkat” perlahan aku sapu air mata yang mengalir.

“Sekarang ni, cerita pasal dia panggil kau mama pulak” ha ah laa, baru aku teringat nak tnya. Takpe, kasi dia explain dulu.

“Kan aku dah kata, lepas 10 tahun aku akan tuntut janji aku. Kau ingat lagi tak? Aku suka tengok kau senyum masa tu. Lepas study, macam-macam kerja aku buat, kumpul modal buat bisnes. Dan hasilnya, yang kau tau sekarang ni lah. Semuanya untuk kemudahan kau nanti bila kita kahwin.” Isfahan senyum. Yakin sangat yang aku akan tunggu dia.

“Siang aku akan upah pengasuh datang rumah untuk kemas, masak dan jaga Yaya. Kalau kau fikir aku ni rileks je tapi kalau kau nak tau, life aku sama je macam orang yang dah kawen. Pulak lagi, takde bini. Aku laa kena tukar lampin dia, bancuh susu dia malam-malam. Tapi alhamdulillah, dia tak meragam kecuali demam” senyum makin melebar bila dia bercerita pasal Yaya kesayangan dia. Cool! Boleh jadi calon Bapa Mithali tahun ni.

“Bila Yaya makin besar dia selalu tanya mana mama sebab bila petang-petang aku bawak dia pergi main kat taman permainan, dia tengok semua orang ada emak. Tapi dia asyik dengan aku je. So, aku letak gambar kau kat tepi katil dan aku bagitau dia yang kau mama dia. Mama tak balik lagi sebab pergi kerja. Bila kerja mama dah habis, nanti dia balik” sampai hati kau tipu anak kecil tu Isfahan.

“Aku harap kau tak marah dan tolong jangan salah faham. Hanya dengan tengok gambar kau aje laa yang membuatkan aku bertahan jaga dia sampai sekarang. Bila aku tengok dia peluk kau masa kau datang rumah hari tu, buatkan kau rasa yang memang kau ditakdirkan untuk jadi pelengkap kami” tinggi sungguh harapan kau tu Isfahan. Kelu lidah aku nak bersuara.

Tak tahu nak kata apa. Macam-macam yang aku fikirkan sekarang. Macam mana pulak dengan Iskandar? Takkan aku nak korbankan hidup aku just untuk gembirakan hati seorang anak yatim yang aku sendiri tak tau betul ke tak cerita Isfahan tu..

Ya Allah, kepadaMu aku berserah..

“Aku tak mintak kau kahwin dengan aku malam ni jugak tapi sekurang-kurangnya fikirkanlah jugak untuk Yaya. Kalau dulu, mungkin aku sorang je yang perlukan kau. Kali ni kekosongan satu jiwa lagi yang harus kau pertimbangkan. Aku harap kau fikir betul-betul” aku buntu.

Malam tu cerita aku dan Isfahan hanya pasal Yaya. Yaya semata. Sampai rumah pun aku masih lagi fikirkan pasal Yaya. Aku melihat diri aku dalam Yaya. Kehilangan orang tua dalam usia muda. Dapat menumpang kasih pada seorang yang amat bertanggungjawab tapi bezanya, Kak Arah sanggup ketepikan perkahwinan semata-mata memastikan aku belajar setinggi yang boleh tapi Isfahan pula memerlukan aku dalam perkahwinan untuk melengkapkan hidup Yaya.

Tapi aku? Hati kuat memilih Iskandar tapi akal memaksa aku pilih Isfahan dan Yaya. Sementalah lagi, solat istikharah belum lagi menunjukkan sebarang jawapan tapi sekurang-kurangnya aku makin tenang.

Macam biasa, aku meminta masa dengan Isfahan untuk fikirkan hal ini sedalam-dalamnya. Rasa berat dalam dada bila memikirkan lamaran dua lelaki yang pada aku takde kekurangan di mata kasar, cukup serba-serbi sampaikan aku terfikir apa lebihnya aku sedangkan ramai lagi perempuan lain kat luar sana.

Aku mohon petunjukMu ya Allah.


Sudah 2 malam aku bermimpikan benda yang sama. Majlis perkahwinan aku. Malam pertama aku memakai sepersalinan pakaian yang amat cantik seperti pakaian nikah layaknya menunggu seseorang di kamar. Suasana yang cukup hening, aman dan tenteram.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan dua lelaki menunggu aku di situ. Kedua-duanya berpakaian Melayu lengkap tetapi yang menghulurkan tangan ialah Isfahan. Sedangkan Iskandar tetap tersenyum seperti selalu. Cuma malam kedua bertukar pengantin lelaki dalam suasana yang sama.

Sudahnya, seharian aku tak buat apa-apa. Bila tak buat apa-apa tu, mula laa aku spring cleaning satu rumah. Penat memang penat tapi best sebab rumah dah bertukar rupa. Dah lama rupanya rumah aku ni tak buat makeover. Bila dah penat tu, harus laa makan kat luar kan? Mari kita menjamu perut di Kenny Roger’s. Lama pulak tak makan kat sana. Aku order macam nak makan 3 orang. Alaa, tak habis kang tapau laa. Apa susah?

Tengah aku syok-syok makan tu, alih-alih ada satu suara menegur aku.

“Awak ni Adelin ke?!!” Aik, salam takde, senyum takde alih-alih kau nak sound aku macam tu. Siapa minah ni?

“Ye saya. Awak sape, saya tak perasan laa. Kita pernah jumpa ke?” Blur betul aku dengan muka kerek minah ni. Customer online aku ke? Tapi macam pernah tengok.

“Haiii, dah amik tunang orang boleh pulak buat-buat tanya ye. Ni laa perempuan tak tahu malu. Konon pakai tudung, bertutup berbungkus tapi perangai macam nangka busuk. Satu kedai ni boleh bau busuk kau tau tak?!” ini betul-betul dah lebih ni. Sape lak tunang dia. Setau aku kawan lelaki aku semuanya single mingle laa. Nak kena sembur dia ni. Baik laa kat public.

“Cik, saya betul-betul tak kenal awak dengan tunang awak. Awak lapar ye, meh makan dengan saya. Boleh kita borak panjang-panjang. Saya pun nak kenal jugak sape tunang awak yang saya dah rampas tu” sambil aku tepuk-tepuk kerusi sebelah aku. Perempuan ni punya muka dah macam mak singa pulak.

“Aku datang jumpa kau bukan nak makan dengan kau. Lebih daripada ni aku boleh beli laa. Ingat, jangan ganggu Iskandar lagi. Kami nak kawen tak lama lagi. Mark my word, kau takkan aman kalau kau tak berhenti kacau tunang aku. Faham!” Perghhh, semua mata dah tertumpu kat aku je.

Iskandar???




Rasa nak tercekik ada, perut pun dah mual giler. Aku panggil pelayan suruh bungkus semua makanan yang ada. Muka aku dah tebal 8 meter macam kena tar. Mesti jadi tajuk depan paper Metro esok. Pasal jantan, bergaduh dalam restoran.
Sampai hati kau buat aku macam ni Iskandar!

Dalam kepala aku ni dah macam perang dunia ketiga dah aku rasa. Tangan tak lepas telefon. Nak call tanya ke tak? Nak tanya ke tak? Betul laa tu perempuan yang Iskandar bawak aku pergi jumpa dulu. Yang aku tak keluar kereta tu. Tunang Iskandar? Iye ke?

Cantik, bergaya. Dressing kalah aku ni tapi perangai macam mak lampir. Aku rasa kalau mak lampir nampak tadi pun dia takut. Huh! Baik aku call tanya untuk kepastian.

Kenapa laa nasib aku selalu macam ni. Bila nampak macam nak settle rupanya ada lagi dugaan lain. Allah, Kau amat menyayangi aku rupanya. Baik jugak aku tahu sekarang. Buatnya semua persiapan tunang ke, kahwin ke dah siap baru dapat tau cerita ni, lagi naya!

“Hello, Is. Kau free tak sekarang? Aku nak jumpa kau laa. Ada hal sikit. Kita jumpa kat tempat biasa” sekejapan aku dah start kereta dan menuju ke tempat yang dijanjikan.

“Hmm, awal kau sampai. Mesti nak bagi aku berita gembira kan?” Ya Allah, selambanya muka dia. Aku pulak yang rasa serba salah tak tau nak tanya macam mana.

“So, bila aku boleh hantar rombongan meminang ni? Kalau tunang terus ok tak?” Tunang??? Dia ni sedar diri ke tak ni haa..

“Iskandar, mula-mula aku rasa kau memang pilihan aku tapi siang tadi tunang kau datang jumpa aku. Aku bukannya perampas dan tak mungkin aku nak rosakkan kebahagiaan orang. Aku rasa ini jawapan aku. Maaf, aku tak dapat nak terima kau. Baik kau jaga tunang kau tu elok-elok. Assalamualaikum” terus aku bangun angkat kaki.

Aku tak sedar berjurai airmata menitis tak boleh nak tahan-tahan. Aku terdengar dia laungkan nama aku tapi aku kena kuat semangat. Bukan jodoh kita Iskandar. Moga kau dapat yang terbaik.

Malam tu sunyi je aku rasa. Bukan taknak bagitau Kak Arah pasal ni tapi biarlah aku cool down dulu. Lagipun aku tak tau nak cerita kat dia macam mana.

Telefon pun aku silent kan. Bila tengok kat skrin bisu tu, dah 25 misscall daripada Iskandar. Tak payah laa kau pujuk aku lagi. Sikap dia yang tak jelaskan apa-apa bila aku sebut tunang dia tu dah menunjukkan kat aku yang dia memang tak jujur dari mula lagi. Hati, tak payah nak sedih lama-lama ok. Kau still ada Isfahan.

Tapi aku taknak terima Isfahan sebab frust dengan Iskandar. Takpe, cinta lepas berkahwin tu lagi best. Apasal laa airmata ni macam tak mahu berhenti. Degil betul laa. Macam tuan dia jugak. Takpe, nangis laa puas-puas malam ni sebab esok aku nak mulakan cerita baru. Malam tu aku terlelap dengan hati yang berderai.

Pagi-pagi lagi aku dah siap kemas rumah. Baru nak keluar cari sarapan, aku perasan ada orang tengah berdiri kat tepi pagar rumah aku. Ya Allah, apa yang dia buat kat sini pagi-pagi. Baju semalam pulak tu.

“Is, apa kau buat depan rumah aku ni? Kau tak balik ke semalam? Balik laa Is. Malu kat jiran. Nanti dikatanya aku macam-macam. Tolong laa. Aku taknak kena serang lagi dengan tunang kau tu” dia tetap berdiri kat situ tak bergerak. Dah kena sumpahan si Tanggang ke hape?

“Boleh tak kalau kau bagi aku last chance explain pasal ni kat kau. Please dan aku janji kalau kau tak boleh terima jugak aku takkan jumpa kau lagi” kenangkan malam tadi aku terus blah, tak bagi dia peluang nak bela diri aku turutkan jugak permintaan dia tapi aku dah nekad, takkan jumpa dia lagi lepas ni.

“Kita minum kat kedai depan tu je” kami bergerak pun asing-asing. Aku taknak ada lagi alasan nak bersama dengan dia. Aku fikir itu yang terbaik untuk kami. Dia menurut dari belakang. Sampai di kedai, kami duduk di meja luar kedai. Senang sikit aku nak blah.

“Ok, cakap cepat apa yang kau nak cakap” ujar aku menunggu dia bukak mulut. Entah apa laa alasan dia nak bagi. Tolong jangan cakap pertunangan kau diatur keluarga. Cliché sangat alasan tu.

“Sebenarnya.. sebenarnya macam ni. Si Anis tu memang bekas tunang aku. Kami putus 3 bulan lepas sebab boyfriend lama dia dah balik sini dari oversea. Bila diorang mengaku kat aku yang diorang dah terlanjur, memang aku tak boleh terima jadi aku bagi kata dua kat dia. Samada aku berterus terang kat family dia pasal hubungan dia dengan boyfriend dia tu atau dia sendiri mintak putus dan aku akan rahsiakan benda ni” Nampak dia tarik nafas dalam-dalam. Aku still rileks lagi dengar alasan dia. Tapi kesian jugak. Ye laa, sape yang boleh terima kalau buah yang diidamkan dah rompong!

“Tapi bila dia dapat tau yang pakwe dia tu ada perempuan lain, dia datang cari aku balik. Katanya menyesal dengan apa yang dia dah buat tapi kau fikir sendiri laa. Kalau kau, nak ke perempuan macam tu?” ketara riak marah di wajah Iskandar saat ni.

“Bila aku cuba lari daripada dia, tu yang aku terima offer daripada rumah anak yatim untuk mengajar dan aku terjumpa kau” Iskandar raup muka tanda lega. Aku hanya mampu memandang tanpa perasaan. Pada aku sekarang, dia tak berterus terang dari awal. Geram sangat!

“Aku yang benarnya kesian dengar cerita kau ni tapi aku harap kau pun faham keadaan aku. Sekarang ni aku rasa macam kau dah tipu aku. Kau tak berterus terang dengan aku dari mula. Kenapa kau nak sorok benda besar ni dari aku kalau kau ikhlas nak kan aku?” aku luahkan isi hati aku habis-habis. Biar dia tahu yang aku bukan barang mainan, senang-senang je nak buat sesuka hati.

“Aku tak sangka pulak Anis akan cari kau. Mungkin dia still tak puas hati kat aku tapi dia yang buat perangai. Bukan aku yang saja-saja nak tinggalkan dia” kata Iskandar membela diri.

“Aku tau kau tak salah Is tapi sampai bila aku boleh tahan? Kau nak satu hari nanti, bila kita dah kahwin, dia serang aku kat rumah pulak? Masa tu baru puas hati kau?” Aku cuba bagi dia gambaran yang lagi besar masalah yang kitorang hadap sekarang. Aku pun taknak serabut fikir masalah orang laa Iskandar. Problem aku pun tak habis fikir lagi.

“Tolong laa Deng. Jom kita pergi jumpa Anis. Bagitau pasal kita. Aku pun dah bagitau Mak kat kampung. Dia pun dah tanya bila boleh hantar rombongan merisik.” Segala apa yang dia cakap dah tak masuk otak aku lagi dah. Aku nak balik!

“Dah laa Iskandar. Cukup laa. Aku rasa baik kita stop kat sini. Mungkin ada yang lagi baik daripada aku untuk kau” Aku dah berdiri nak beredar.

“Ataupun kau dah memang dah ada orang lain. Isfahan?” ya Allah, apa yang dia merepek ni? Sampai hati kau cakap aku macam tu Iskandar Shafie.

“Apa yang terjadi sekarang ni, kata-kata yang keluar daripada mulut kau tu, buatkan aku lagi nak kat dia” sempat aku berpaling, mengatakan itu depan muka dia. Pantas lengan aku ditarik.

“Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku satu hari nanti. Percayalah” perlahan dia lepaskan cengkaman tangan sambil mengatur langkah laju. Meninggalkan aku terkedu.

Kejadian beberapa hari lepas buatkan otak aku rasa macam tak centre lagi. Jiwa kacau. Rasa aku seorang yang problematic. Nak kongsi masalah dengan Kak Arah, dia pergi umrah laa pulak. Kalau laa Azila ada, mesti macam-macam kata nasihat aku boleh dengar. Dan sesungguhnya itu yang aku perlukan.

Sepantas kilat aku capai telefon, menekan nombor dia. Untung ada FB ni. Walau jauh hujung dunia pun, still boleh contact lagi. Truuut..truuut..Alah, bosannya takde caller ringtone. Sabar laa hati. Kejap lagi dia angkat laa tu.

“Assalamualaikum.” Lembutnya suara dia. Tak berubah langsung.

“Waalaikumsalam Azila. Aku ni, Deng.” Macam tak percaya dah bertahun-tahun tak bersua muka. Rasa nak menitik airmata. Rindunya kat kau.

“Deng! Allahuakbar. Lamanya tak dengar khabar kau. Apa mimpi call aku malam-malam ni. Ada hal laa tu. Nak jemput aku makan nasi minyak ke? Hehehe” gelak dia di hujung pertanyaan buatkan aku rasa lagi sebak. Kalau laa dia tau, mesti dia pun tak sanggup nak cakap macam tu.

“Memang aku nak belanja kau makan pun tapi bukan nasi minyak laa. Lambat lagi rasanya” macam malas aje aku nak bukak topic ni.

“Alaa, aku gurau aje. Kau jangan laa marah ok. Ada apa-apa yang aku boleh tolong?” slow suara dia. Dia ni macam boleh tau je aku ada problem nak share dengan dia.

“Hmm, macam ni, aku nak jumpa kau. Nak belanja kau makan. Aku tak tau schedule kau macam mana. Janji bila kau senang, kau call aku. Kalau boleh, A.S.A.P please” suara aku separuh memujuk. Sejak dia bukak bisnes travel agency ni, asyik busy memanjang. Nak pulak time cuti sekolah. Berjalan saja laa dia. Bestnya.

“Aku free esok lusa. Kita jumpa kat kedai Lan Nasi Ayam nak. Boleh recall balik memori nakal kau dulu” eleh, kalau bab nakal tu, aku aje laa ye?

“Ok set. Lepas Zohor aku sampai. Bawak sekali anak-anak kau ye.” Talian dimatikan. Tak sabar nak jumpa Azila esok. Ya Allah, berikanlah aku peluang menyambung silaturrahim ini. Amin.


Dari jauh aku lihat seorang wanita bertudung labuh dengan 2 kanak-kanak yang comel sedang menanti. Sungguh cantik kau sahabat. Langkah dilajukan. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu.

“Assalamualaikum. Lama ke tunggu?” perlahan bahunya ku tepuk. Lantas berdiri menyambut tetamu lagaknya.

“Waalaikumsalam. MasyaAllah, rindunya kat kau Deng” pantas dipeluknya aku erat. Lama. Bila anaknya menarik-narik jubah, baru pelukan dilerai. Tangan kami masih lagi tergenggam kemas. Sambil menunggu pesanan sampai, banyak kisah silam kami borakkan sampaikan cerita aku kena denda pun keluar sekali. Kalau dulu mesti laa aku tak suka tapi sekarang ni rasa kelakar pulak.

“Kau laa Deng, yang pergi stapler rambut si Hashim tu buat apa? Kesian tau dia.

“Haa tu laa yang kau tak tahu. Atleast ada jugak kenangan yang aku boleh gelakkan sekarang. Kau ada?” ayat cover baik punya.

“Dah, jom kita makan dulu sebelum imam muda dua orang ni menjerit lapar. Aku pun nak tau gak apa cerita penting kau sampai tak menyempat-nyempat nak jumpa aku ni” sambil dia menyuap Umar dan Usman. Agaknya kalau aku dah jadi ibu pun macam ni kot. Dahulukan anak dalam semua hal. Eh, Isfahan pun macam tu jugak kan?

“Kau ingat lagi tak Isfahan? Si Isketambola tu laa” mesti dia ingat-ingat lupa kot sebab Isfahan kat sekolah tu setahun aje.

“Ooo, Isfahan tokeh perfume tu ke? Apa pulak tak kenal. Macam-macam bisnes dia sekarang ni. Kan nama dia tengah top sekarang tapi ada orang kata dia duda. Ada pulak cakap dia ada anak luar nikah. Tak tahu mana satu yang betul” Haaa???

Glemernya. Kenapa aku takde klu langsung pasal dia ek? Nampak sangat tak mengikuti perkembangan semasa.

“Hmm, dia ada kat sini. Baru-baru ni dia ada propose aku. Yang pasal anak tu, Yaya tu anak angkat dia laa. Tak sangka pulak aku dah bersepah gossip pasal dia tu. Yang aku tau dia tu bekas classmate kita dulu. Tu aje” perlahan aku menyuap nasi ayam yang memang cepat laku tu. Abang Lan sibuk dengan pelanggan yang makin ramai.

“Ooo, kiranya kau ni cinta lama berputik kembali laa ek?” sempat lagi makcik ni nak menyakat aku. Sabar aje laa.

“Itu bukan masalahnya. Yang buat aku pening sekarang macam ni..” aku pun menceritakan A sampai Z masalah aku, Iskandar, Anis, Isfahan dan Yaya. Segala pusingan cerita yang kalau tak betul-betul hadap, boleh mereng dibuatnya.

Lama Azila terdiam. Bagai menghadam masalah yang aku rasa sekarang ni. Dah macam muka kauselor tak bertauliah laa pulak.

“Macam ni, aku rasa apa yang kau patut buat ialah senyum.” Ish dia ni, aku tengah ada masalah besar, ada ke dia boleh suruh aku senyum aje?

“Deng, kita ni ada Pencipta dan Dia Maha Pengasih. Dia takkan sekali-kali biarkan kau dalam kesusahan. Dia cuma nak dengar suara kau. Dia nak kau tahu, takde sape dalam dunia ni yang boleh buat something tanpa izin Nya. Berapa kali kali kau dah mengadu kepada Allah?" satu pertanyaan yang aku sendiri malu nak jawab.

"Para Nabi ada yang sampai buta matanya, disumbat ke penjara, ditimpa penyakit yang bukan sikit tapi still lagi tak putus harap. Takkan laa kau yang baru ada masalah cinta ni dah macam hilang iman? Ingat Deng, Allah menguji kita kerana Allah sayang, so senyumlah! Kan ke dah diriwayatkan Ibnu Majah, ‘Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya" Khusyuk aku dengar penerangan Azila yang aku kira boleh menenangkan hati.

Betul kata Azila, senyum tu kan salah satu tanda kita redha dengan ujian Allah. Memang salah aku tak nampak apa yang aku hadapi selama ni adalah ujian kesabaran semata-mata. Ya Allah, ampunkan aku kerana kufur nikmat. Sibuk sangat fikirkan diri sendiri sampai lupa ada lagi orang lain yang kesusahan.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini Ya Rabb.