Sampai kat klinik Dr. Borhan, terus mamat tu melaung lagi. Kali ni taknak kena cucuk jarum pulak. Ish, mengada-ngada betul. Naik meluat pulak aku tengok. Agaknya anak orang kaya memang pe’el gini kot? Tadi suruh sangat hantar pergi klinik. Dah sampai, loktang pulak. Hish!!
Kalau aku laa yang jadi mak datin tu, aku tepukkan sekali bibir dia biar hilang bengkak tu. Yang gatal pergi kat tebuan tu buat apa? Maklong pun beriya pujuk suruh amik injection tu. Dah macam budak darjah satu je. Kalau macam ni punya tolak tarik, bila nak sampai rumah? Baik laa aku ni menumpang, kalau tak memang aku tinggalkan aje mamat mulut bengkak tu kat klinik ni. Dah sudah injek baru aku amik balik.
“Eh, ko ni memang tak malu ek nangis macam budak kecik? Injek je laa. Dah berlumut aku nak tunggu tahu?” syok betul dapat sound dia masa mak datin dengan maklong keluar dari bilik doctor tu.
“Hoi, yang ko sivuk ni nafe? Mulut ko ke? Jarum tu tajam tau tak? Kalo aku meninggal camne?” eh, pandai menjawab jugak rupanya. Ingatkan pandai menangis aje.
“Hoi, kalau ko meninggal, tu dah ajal ko. Bukan sebab jarum tu tajam ke tumpul. Sengal! Kau jangan nak mengada-ngada ek. Dah dekat dua jam kita kat sini. Kalau lepas ni ko taknak injek gak, memang aku bagi ko lagi sebijik. Biar mata ko pulak yang bengkak!” terus aku bukak pintu panggil doctor.
Bila aku perasan yang budak mengada-ngada ni nak bangun, cepat-cepat aku aku tahan bahu dia, tak bagi dia bangun dari kerusi. Ooo, kau nak lari ek? Jangan harap!
Pintu terbuka dan aku nampak mak datin, maklong serta Dr. Borhan masuk. Muka mak datin tu semacam je bila tengok aku pegang bahu anak dia.
“Err, datin. Tadi Darius kata bahu dia sengal. Tu yang saya panggil doktor. Dia cakap dah boleh injek dah.” Sambil pandang muka Darius, aku besarkan biji mata. Biar dia tahu yang aku tak main-main. Tak kira laa kau dah 25 tahun pun. Macam budak 5 tahun ada laa.
Aku tahu bengkak tu makin sakit sebab dalam masa 2 jam, dah tentu bisa tebuan tu makin merebak dan pasti takkan surut. Bila aku tengok Darius makin meronta-ronta, sempat aku cubit belakang dia. Ish dia ni, bukannya mati pun kena cucuk jarum tu.
Bila jarum yang dipegang Dr Borhan makin dekat, dengan segera aku tutup mata Darius. Kalau dia tak nampak, mesti dia tak tau bila jarum tu nak menikam kulit dia kan?
Terdengar ketawa mak datin dengan maklong. Gasak laa. Yang penting, aku nak sampai cepat sebab aku dah bosan kat klinik ni lama-lama.
“Arghhhhhhhhhhhhh…” akhirnya, selesai jugak kerja doktor tu. Yang pasti selepas aku masuk campur. Kalau tak, mesti sampai esok pun tak sudah.
“Haa, elok je ko bernyawa. Belum sampai lagi ajal ko kat hujung jarum tu” sempat jugak aku bahasakan dia. Tapi dia jeling macam laa aku ni ada buat dosa besar kat dia. Eleh, itu pun nak marah!
“Terima kasih ye Uci. Kalau takde Uci tadi, tak tahu laa berapa lama nak berkampung kat sini” lega suara mak datin singgah kat telinga aku.
“Alaa, takde apa-apa tu Datin. Saya tau, memang sakit kena sengat tebuan tu. Lagi lama tahan aje, lagi bengkak laa dia. Agaknya anak Datin dah tak tahan sangat kot. Tu yang dia mintak jugak injection tu” hmm, memandai je aku bagi alasan.
“Tapi saya pelik jugak sebab memang dia ni tak pernah macam ni. Buat laa apa pun. Takkan dia nak kena cucuk dengan jarum. Bagus laa, dah ada yang boleh pujuk dia lepas ni” aik, ye ke sampai macam tu sekali dia takut jarum?
Dengan orang lain, boleh laa kau nak mengada-ngada macam tu. Dengan aku, pun boleh jugak. Boleh jalan!
Dalam kereta, aku duduk belakang dengan Darius tersandar menahan sakit. Datin Darina pandu kereta dan maklong duduk di sebelah mak datin. Aku pun tak tahu laa sakit mulut ke, sakit kena cucuk jarum tadi. Pada aku, yang penting kitorang dalam perjalanan nak ke rumah mak datin tu.
Daripada cerita-cerita mak datin dan maklong, aku tahu yang Darius ada seorang abang, Darian dan ayah, Datuk Dahlan. Ikut kata mak datin, kerja aku cuma tolong dia menjahit manik je nanti tapi aku ni mana tahu dok diam-diam.
Lagipun baju-baju datin tu belum ada yang dah siap. Kena tunggu ada sehelai dua baru boleh jahit manik. Sementara ni, aku boleh tolong maklong dulu buat apa-apa yang patut. Sampai je kat rumah, aku pun keluarkan beg pakaian dari bonet kereta. Aku pandang keliling. Senyap sunyi. Agaknya yang lain belum balik kerja kot.
“Kak, bawak Uci ke bilik dia. Saya nak hantar Darius ke atas. Akak tolong buatkan bubur dia ye. Malam ni kita makan bertiga je laa. Tadi Datuk dah sms saya, dia makan kat luar dengan Yan” aku mengekor belakang maklong bila dengar Datin Darina cakap begitu.
Sempat jugak aku nampak muka Darius macam tak puas hati je kat aku. Lantak kaulah! Aku ni kesian je kat kau tahan sakit lama-lama kat klinik tadi. Kalau aku tak paksa, mahu kena lepak kat klinik tu 3 hari 2 malam. Baik laa aku kat sini tak lama, 3 bulan aje. Sengsara kalau dapat insan serumah macam ni.
Selesa jugak bilik ni kalau nak bandingkan dengan rumah aku kat kampung. Lepas selesai kemaskan kain baju, aku pun terus pergi dapur dengan niat nak tolong mak sedara aku tu buat kerja. Tapi tiba-tiba aku dengar Datin Darina panggil aku.
"Uci, nanti lepas makan, kita tengok lakaran baju-baju tu ye. Nanti kita bincang nak pilih design yang macam mana nak jahit kat baju-baju tu. Saya harap Uci selesa laa kat sini. Rumah biasa je Uci" hmm, berbasa-basi mak datin dengan aku. Rumah macam ni punya luas dia kata biasa-biasa aje?
"Tapi rumah Datin besar sangat kalau nak banding dengan rumah Uci tu" malu-malu je aku bersuara. Itu fakta, bukan auta. Memang ada yang tak betul laa kalau aku kata tak selesa tinggal kat sini.
"Err, macam mana anak Datin tu? Dah ok?" tiba-tiba teringat kat si mulut bengkak yang mengada-ngada tu
"Owh, maksud kamu Darius? Dah lelap pun. Lepas makan ubat tadi senyap aje dia atas katil tu. Kalau tak, groong grengg laa dia main gitar. Lemas Uci oii!" balas mak datin mesra. Aku hanya mampu gelak dengar susunan kata Datin Darina tentang putera bongsu dia tu. Putera bengkak yang bongkak!
Aku tersengih sendiri bila dengar kata hati bersuara. Tak baik aku kutuk dia macam tu. Tapi aku tak boleh tahan sangat perangai mengada-ngada dia tu laa. Agaknya, sebab tu laa aku tak ada adik. Sebab aku ni kurang dos kesabaran.
"Nanti kalau tak menyusahkan Uci, tolong laa maklong sekali ye apa yang patut. Lagipun kena ada baju baru boleh jahit manik kan?" berlapik je bahasa mak datin ni.
Mesti laa aku akan tolong maklong apa yang patut. Takkan nak duduk goyang kaki aje.
"Dah, jom kita makan dulu" aku pun apa lagi, macam orang kebulur dihulurkan sepinggan nasi beriyani gam laa.
jom jadi kawan saya
Thursday, 10 May 2012
Tuesday, 8 May 2012
SDG Part 9
Meeting tergempar dengan Pak Ayob, GM syarikat tadi sedikit sebanyak membuatkan aku terasa lelah sangat kerja kat sini. Letih tau tak bila semua kesalahan orang lain, kita pulak yang nak kena jawab! Ingat aku ni kaunter penerangan nak kena bagi jawapan itu ini. Bawak-bawak bersabar Adelin Syaurah!
Kadang-kadang pernah jugak terlintas, ini ke jawapan doa aku selama ni? Memang aku mintak keberkatan dalam rezeki tapi kalau hari-hari asyik 'berzikir' je sebab bengang dipersalahkan, siapa yang boleh tahan? Mungkin rezeki aku dengan syarikat Pak Ayob setakat ni aje. It's ok. Bumi Allah ni luas. Optimis kan aku?
Kehilangan barang kelengkapan di hospital membuatkan syarikat rugi hampir RM30 000. Ada ke Pak Ayob nak suruh aku ganti? Banyak cantik muka dia! Rugi RM30, 000 bising sangat tapi bila dapat untung RM300 ribu buat bodoh je, bonus pun tak nampak bayang!
Ini yang aku malas nak tempuh sebab segala cadangan aku untuk elakkan benda-benda macam ni awal-awal dapat tender dulu, semua ditongsampahkan. Sekarang ni, bila dah jadi hal baru terhegeh-hegeh nak salahkan orang itu, orang ini. Sorry laa, tak kuasa mak!
Atas persetujuan bersama, notis berhenti satu minggu dibenarkan. Kalau nak diikutkan, kena hantar notis dua bulan tapi aku bagi alasan baik punya. Iema tau semua kerja aku kat situ. Selesai!
Benda pertama yang aku harus buat, taip surat resign. Pagi-pagi esok aku nak hantar. Aku dah tak peduli apa kata yang lain. Yang pasti, lepas aku hantar surat tu baru laa aku nak inform Iema sebab aku tau mesti dia lorat nak ikut jejak langkah aku.
Lepas fax surat resign pagi tu, aku interkom Iema suruh dia tunggu nak makan tengahari sama-sama. Last day, apa salahnya kami makan besar sikit. Lagipun, dia antara staff aku yang terbaik setakat ni. Banyak yang dia belajar selama dia jadi PA aku.
Hampir tiga tahun kami kerja bersama, belum pernah lagi aku clash dengan mana-mana temujanji. Tak ada pelanggan yang dia tak kenal. Tak ada pembekal bermasalah yang berurusan dengan kami. Segalanya lancar. Harap-harap ketelitiannya tu diteruskan walau siapa pun bos dia nanti.
Becok mulut dia tanya, apa mimpi aku belanja dia makan tengah-tengah bulan. Memang aku selalu belanja dia kalau dapat gaji atau bonus. Kalau aku ada meeting dengan pelanggan lelaki pun memang aku angkut dia. Bila dah selesai semua hidangan, baru aku bukak mulut pasal berhenti kerja.
"Sampai hati akak. Aku pun nak ikut laa!" memang kalau kat luar, kitorang selalu beraku-engkau dan dia panggil aku 'akak' aje.
"Kau jangan nak ngengada ek! Aku bukan apa Iema, kalau aku berhenti, nak cari kerja lain senang sebab aku dah bertahun pengalaman. Senang-senang je aku nak dapat gaji macam sekarang. Tapi kau rasa kau boleh ke dapat basic sama macam kau dapat sekarang kalau kau mintak kerja lain?" Dia menung sambil straw tak lepas dari bibir.
"Dah, tak payah nak pening-pening kepala. Kerja elok-elok. Ada apa-apa tak paham dengan bos baru, kau tanya aku. Silap hari bulan, kau pulak yang ganti tempat aku. Hahaha" ayat sekadar menyenangkan hati Iema.
"Tak mau laa kak. Nanti kang, kalau ada lagi barang-barang hilang, aku kena buang macam kau" bukan main pantas lagi mulut tak insuran budak ni menjawab eh!
"Aku sumpah kau jadi belalang karang! Bukan aku kena buang laa wehhh. Aku quit! Dah tak kuasa aku nak layan Pak Ayob tu. Biarkan dia rasa. Dulu, aku suruh buh cctv taknak. Suruh letak tempat kunci jam pun takmo. Ada ke tempat camtu punya besar, nak suruh ronda je? Ehmm, tu namanya bagi sedekah amal jariah kat pencopet je laa"
Dah dua hari aku lepak kat rumah. Tengah memikirkan sama ada nak terima offer daripada Zaki, adik Pak Ayob yang beriya-iya ajak aku kerja dengan dia atau teruskan rancangan asal bukak bisnes sendiri. Selama ni pun, bisnes doorgift online aku memang belum pernah putus.
Duit tu laa yang aku topup duit tabung untuk upah haji arwah Mak dan Ayah. Senang pun senang. Pelanggan order, masukkan duit dalam akaun aku, siapkan tempahan, hantar. Selesai. Tak payah aku nak dengar potpet-potpet Cik Kiah. Bagus kan pelanggan aku.
Lepas berbincang serius dengan Kak Arah pasal tempat kerja aku, dia pun galakkan aku buat bisnes doorgift tu fulltime. Lagipun, aku dah kenal ramai orang. Mungkin bila dah establish, boleh tambah lagi apa-apa yang patut. Lagipun, sampai bila nak jadi hamba orang. Besar mana pun jawatan dalam syarikat, selagi kita makan gaji selagi tu laa kita jadi pak angguk.
Aku setuju dan petang tu jugak aku pegi daftar bisnes kat SSM. Apa lagi mau tunggu kan? Aku harap langkah aku kali ni betul. Dengan sokongan semua, insyaAllah aku yakin aku boleh berjaya.Tak tau laa macam mana nak bagitau Kak Arah pasal projek baru aku ni.
Kak Aya tauke kedai kraf, salah satu regular customer aku. Sekarang dia nak buka satu lagi cawangan kat Melaka. Pagi tadi bukak emel, nampak 'permintaan' dia yang nak aku supply potpuri, 'wall hanging' dan sarung kotak tisu sebagai permulaan.
Boleh ke aku nak kejar tu semua. Macam tak larat je nak buat. Bila difikirkan balik, macam tak percaya je aku, Adelin Syaurah a.k.a Deng Gangster boleh buat semua ni..
"Eh, pandai kau jahit beg ni? Tangan kau bukan kayu ke?" Hawau betul mulut si Isketambola tu kan. Dah keluar bahasa sopan aku tapi tangan Isfahan ralit dok belek-belek beg sekolah aku.
"Tolong sikit ek. Tengok orang laa. Untung tau tak sape yang kawen dengan aku nanti. Semua tau beres aje" bukan nak riak, tapi betul laa kan?
"Kalau macam tu, aku book kau laa..Senang aku lepas ni. Tak payah susah-susah cari calon. Kau bagi aku masa 10 tahun, bila aku dah stabil nanti aku cari kau, kita kahwin!" Bukan main 100 peratus yakin lagi ayat dia. Kalau ikutkan hati, mau je aku debik dia sekali. Aku sengih aje laa.. Alaa, ayat budak sekolah. Bukan boleh pakai sangat!
Haaa!!!!! ( Kau bagi aku masa 10 tahun, nanti aku cari kau, kita kahwin!) E eh, nak ikut-ikutkan, sekarang ni dah 10 tahun laa. Dia muncul balik sebab nak tuntut janji ke ha? Pening..pening..
Lagu kumpulan Coco "Untuk Diriku" kat telefon betul-betul buat aku terkujat. Kacau betul laa..Nak berangan pun tak boleh. Nombor siapa ni? Belum pernah lagi aku bagi nombor peribadi aku kat orang yang aku tak kenal. Kalau nombor bisnes, siapa dan bila pun aku tetap angkat. Hmm, manatau kot-kot Kak Arah guna nombor baru ke, ada hal penting ke kan?
"Hello, assalamualaikum" mula-mula aku yakin yang memanggil tu Kak Arah atau Abang Aziz.
"Waalaikumsalam. Boleh saya bercakap dengan Deng?" Ni bukan suara Abang Aziz. Garau semacam je? Siapa pulak nih? Aku dah mula fikir yang bukan-bukan.
"Siapa ni? Saya tak kenal awak laa. Mana awak dapat nombor saya?" Garang tau aku ni..
"Allahuakbar. Deng, aku laa Iskandar. Kau yang bagi aku nombor ni kat rumah anak yatim hari tu. Kau ingat tak?" Ye ke aku ada bagi? Serius aku tak ingat langsung tapi takpe laa. Bukannya aku tak kenal dia kan.
"Owh, kau rupanya. Ada apa yang aku boleh tolong kau?" tak pernah-pernah aku tanya dia macam tu walau masa kat kolej dulu.
"Mesti laa ada yang kau boleh tolong dan benda ni pun kau sorang je yang boleh buat. Orang lain, aku tak percaya laa nak mintak tolong" macam berat je bunyinya. Menakutkan tahu..
"Kalau setakat nak belanja makan, aku on aje tapi nak mintak tolong lebih-lebih, tengok dulu laa. Aku tak berani nak janji. Hah, apa dia?" tak suka betul aku kalau cakap meleret-leret ni.
"Macam ni, aku nak mintak tolong kau teman aku jumpa kawan kejap. Pukul 9 aku ambik kau kat rumah. Kau bagi alamat rumah kau" hmm, apa salahnya tolong kawan. Setakat jumpa kawan lama dia. Err, kawan laki ke perempuan ek? Aiseh, dia dah letak pulak. Tak sempat nak tanya. Hmm, takpe lah.
Kenapa laa bila aku teringat kat Isketambola istimewa tu, mesti Is kuasa dua ni nak menyelit jugak! Haihhh..Aku kemas apa yang patut sambil fikiran ligat mengagak agenda malam karang.
Lepas sekian lama asyik menolak ajakan Iskandar nak keluar, kali ni memang aku tak kisah nak terima. Lagipun, sekarang dah kerja dan aku yakin dia ikhlas nak bersahabat dengan aku. Mesti ada hal penting laa nak jumpa kawan dia sampaikan nak mintak tolong aku tu.
Tolong kawan lama, apa salahnya.
Apa baju nak pakai nih? Hijau, biru, merah, coklat, hitam..semua rasa macam tak kena je. Alaa, sarung aje laa apa-apa baju pun. Bukan kau pergi dating pun dengan dia! Lagi mau hegeh-hegeh.
Pinn..Pinn! Erk, dah sampai? Pinn..Pinn..Ye la..ye la. Aku turun sekarang.
Tak menyempat-nyempat laa dia ni!Lepas kunci pintu pagar, cepat-cepat aku masuk dalam kereta. Lambat pergi, lambat pulak balik karang. Esok pagi-pagi aku ada hal. Order potpuri pun nak kena hantar sebelum pukul 10 pagi.
"Weh, aku tak boleh lama-lama tau. Esok aku banyak hal laa. Dah jumpa kawan kau tu, kita terus balik eh" macam aku pulak yang jadi bos, bagi arahan. Dah biasa. Hehehe.
"Hmm" dia sekadar angguk kepala aje. Apasal muka dia ni lain macam aje ek? Malas aku nak tanya orang yang tak mau kongsi masalah ni. Kang dia kata aku busybody pulak.
Perjalanan yang tak sampai 20minit tu rasa macam lama sangat pulak bila kongsi kereta dengan siamang yang hensem ni. Hai laa nasib..Terus aku teringat gelaran yang aku bagi kat dia dulu. Hahaha.
"Kau janji nak jumpa dia kat mana?" aku pandang keliling. Macam laa aku kenal kawan dia tu. Ceh!
"Kita masuk dalam dulu laa" sambil dia tunjuk Pizza Hut. Whoaaa, kesukaan aku!Oleh kerana aku ni kan sopan santun, biar dia aje laa yang order. Aku makan aje, lagipun dia yang belanja. Sampai laa dah nak habis semua pizza tu, tak muncul pun 'kawan' dia. Mana ni?
"Dah sejam lebih ni. Mana kawan kau? Kau tipu aku ye? Apa kes sebenarnya kau ni? Cuba bagitau aku betul-betul" Masalah besar sangat kot sampai dekat 1 jam tak datang-datang lagi. Pantang betul aku orang menipu ni.
"Bukan aku tipu, aku 'prank' kau je. Kalau aku cakap nak belanja kau makan, mesti kau taknak keluar dengan aku kan?" Eiii, selamba badak je muka dia. Kalau laa dia cakap macam tu 6 tahun lepas, sah-sah kena tikam dengan garfu ni.
Aku mengeluh kecil. Macam budak-budak la.
"Apasal pulak kau malu nak cakap terus, nak makan dengan aku? Hidung kau tercicir ke?" dengar macam lawak tapi aku tengah marah sebenarnya. Dengar dia ketawa. Daripada kolej lagi memang aku tak pernah terima pelawaan Is kuasa dua ni keluar sama-sama. Mesti ada je alasan yang aku bagi. Lantak laa kau nak kata apa. Aku sombong ke, jual mahal ke. Jangan tanya kenapa, sebab aku memang tak kuasa.
"Okey..okey. Aku mintak maaf. Lepas ni jangan pulak mengelak kalau aku nak ajak kau keluar makan lagi." Aik, ada lagi ke lepas ni? Kau dah tipu aku macam ni, ada hati nak keluar lagi dengan aku. Uwekkk! Is bingkas bangun...
"Dah? Jom. Aku belanja, kau bayar" ada jugak yang makan kertas menu ni karang! Terkekeh-kekeh dia ketawa. Sambil menunjukkan bil kat cashier, sempat lagi dia nak kenakan budak tu.
"Dik, hutang boleh tak? Abang tak bawak duit ni" terkebil-kebil budak tu. Kalau tak pikirkan orang yang ramai, nak je aku beduk mamat sengal ni. Haihhh..bila tengok muka budak cashier tu, aku dah boleh baca dalam kepala dia mesti kesian kat aku sebab keluar makan dengan orang tak betul. Eiii, geram sangat nih!

Monday, 7 May 2012
SDG Part 8
Tapi lagi lama aku tunggu, lagi aku tak sabar. Aku nak tau jugak yang dia terima aku ke tak? Last day kat rumah tu, aku dah tak boleh nak tunggu lagi. Dah berapa hari Deng ni mengelak tak nak jumpa aku langsung. Aku dah takde cara lain nak jumpa dia. Kena keluarkan jugak jurus terakhir ni.
“Perhatian kepada cik Adelin Syaurah yang kat tingkat dua tu. Sila turun bawah sekarang kalau taknak malu. Saya kira sampai 5. Kalau tak, awak tau kan apa yang boleh buat? Satu..dua..” haa, aku nampak dia bukak sliding door rumah dia dengan muka marah.
Sambil tunjuk penumbuk sebijik kat aku, dia turun. Kelam kabut aku turun sekali. Kalau dia nak tumbuk aku kali ni pun aku terima. Kalau itu laa cara dia aku dapat bercakap dengan dia, aku sanggup!
“Kita kena bagi peluang pada diri sendiri tengok dunia yang lagi luas. Jumpa lagi ramai orang. Aku taknak bila kau dah kawan dengan aku sekarang, kau cinta mati kat aku. Tapi bila kau dah kerja, kau jumpa orang lagi lawa, baik, cun daripada aku, nanti kau buang aku macam sampah. Itu sebenarnya yang aku nak elakkan. Aku harap sangat kau faham” masuk akal jugak ayat dia tu. Ok, deal! Kita KIV sampai kita dapat job.
“Tapi kalau dah tertulis jodoh aku dengan kau, aku terima. Kita doakan yang terbaik aje ye” aku rasa macam dah nak habis oksigen je dengar dia cakap macam tu. Bestnya! Alhamdulillah.
“Ok, aku faham. Terima kasih sebab sudi sediakan ruang untuk aku walau terlalu kecik ruang tu aku rasa. Asalkan kau tak lupakan aku dah laa. Aku pun nak mintak maaf atas semua yang aku dah buat kat kau. 0-0 eh” jujur tau kata-kata aku tu.
“Aku pun nak mintak maaf gak kat kau. Sebab dulu aku siku kau. Tapi serius aku nak kau tau yang aku suka apa yang kau cakap kat sebelah khemah aku dulu tu” dia senyum kat aku laa. Err, senyuman ikhlas ok.
Perbualan yang paling aku suka sepanjang aku minat kat dia. Dan aku pegang kata-kata tu. Memang aku kumpul duit secepat mungkin laa lepas ni.
Jalan-jalan kat Jusco Ayer Keroh memang bosan kalau takde apa-apa yang nak dibeli. Buang duit, buang masa! Tapi aku suka tengok orang lalu-lalang kat situ. Apa punya hobi laa kau ni Deng..Tepat pukul 3.15petang, cukup laa kot hobi aku nak membazirkan masa tu. Tiba waktu untuk berangkat pulang.
Aik, kenapa banyak pulak beg plastik aku nih? Rasanya tadi macam tak beli apa sangat..Berat weh! Owh, ini la jadinya kalau nak membeli tapi tak buat list. Capai aje apa yang berkenan. Kalau boleh hari ni jugak duit tu nak dihabiskan. Baik laa parking kereta dekat aje. Dah setengah troli aku borong barang hari ni.Dalam pada nak berkejar ke kereta tu, entah macam mana boleh pulak plastik barang tersangkut kat dahan pokok hiasan ni. Habis berterabur barang-barang aku. Hwuaaaaa..dah datang rasa nak saman Jusco ni. Aiseh, malu dowh! Cover Deng..cover..Ramai orang tengok tu!
Yang orang ramai lalu-lalang ni pun satu, bukan nak tolong aku angkat barang, gelakkan lagi ada laa. Eiiii, ikutkan hati, nak aje aku bertukar jadi Sang Kelembai.. Senang sikit aku nak sumpah orang yang dok gelakkan aku tu. Rasa serabut sampaikan aku pun tak tau aku marah kat siapa. Tiba-tiba ada orang hulur bungkusan biru kat aku.
"Awak punya ke ni?" aku confirm tu suara lelaki.
Weiii, pad aku laa!!! Mana nak sorok muka ni?! Aduhai..tiba-tiba aku mengharapkan kulit aku bertukar menjadi sesumpah. Senang sikit nak bertukar warna.
"Err, hehe..saya punya. Thanks ye. Tak perasan tercicir" Malu tak terkata apa dah. Segala macam warna ada kat muka sekarang. Kuning, hijau, biru, merah..Semua ada. Cepat-cepat aku sambar benda tu sambil lari-lari anak ke kereta. Pheww! Lega betul.
Harap-harap kejadian tu tak termasuk laa dalam rekod cctv Jusco ni. Moral cerita, lain kali nak beli pad..beli aje kat kedai nyonya pastu suruh dia balut elok-elok. Hmm.
Sampai rumah, angin aku bersisa lagi. Lepas makan, macam biasa, aku akan call Kak Arah. Penat aku potpet-potpet dengan dia. Paling tak tahan bila dia ketawa gegak-gempita macam gergasi bila aku bagitau pasal pad bertabur kat Jusco tadi. Bertepek-tepek bunyi benda kena tepuk.
Entah apa atau siapa yang jadi mangsa, tak tau laa aku. Nasib laa kau jauh kak. Kalau kau ada depan aku ni, memang aku tepuk aje mulut tu. Tiba-tiba, dia tanya aku pasal Isfahan. Terkejut, kelu, tergamam..semua ada. Rupanya, dia dah menetap kat sini. Kak Arah kata lagi yang muka dia pun dah lain benar. Masa diorang terserempak tu, Abang Aziz yang kenal. Ye laa, takkan cikgu pun si Isketambola tu tak kenal, kan? Abang Aziz jugak laa yang cerita pasal kitorang kat sekolah dulu.
Ishh, cikgu-cikgu pun tau gosip ye? Tapi apa laa yang nak digosipkan. Bukannya aku ada apa-apa pun dengan Istighfar tu.
Seronok jugak bila kenangkan balik semua gelaran yang aku bagi kat dia. Istighfar laa, Isketambola laa, Istimewa laa..nasib baik tak Istinjak. Sorry ye Encik Isfahan...Alaa, kalau ada rezeki mesti jumpa jugak kan. Bukan besar mana pun bandar ni. Tapi ada harapan yang besar untuk aku jumpa dengan dia secepat yang boleh. Biasalah, nak tau cerita kawan lama. Tak boleh ke?
Minggu ni giliran Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah pulak untuk kami buat kenduri tahlil. Dah jadi kewajipan untuk aku dan Kak Arah buat majlis tahlil di rumah anak yatim untuk arwah Mak dengan Ayah sejak aku bekerja. Lagipun, Kak Arah dah selesaikan upah haji untuk kedua-duanya. Dengan buat macam ni, aku rasa diberkati walaupun dah lama diorang takde.
"Assalamualaikum. Apa khabar semua?" suara yang macam biasa aku dengar. Is kuasa dua ke? Takkanlah...Suara adik-adik menjawab salam perlahan terdengar. Ya Allah, keciknya dunia. Tapi apa yang dia buat kat sini?
"Allahuakbar, Deng ke? Lainnya rupa" Aku senyum aje dengar ayat dia yang cliche tu. Memang laa lain. Dah tak jumpa dekat 6 tahun. Apadaa..
"Kau buat apa kat sini?" tu soalan berbasa-basi namanya. Nanti kau kata aku kedekut lagi. Kedekut budi bahasa.
"Hmm, aku mengajar tuisyen free kat sini. Tiap-tiap minggu aku datang, tak pernah nampak kau pun. Kau pulak, buat apa kat sini?" aneh sangat ke aku kat tempat macam ni ek..
"Aku nak beli tempat ni. Nak buat muzium" siap pandang-pandang aku buat muka tak percaya. Lantak kau lah. Tapi aku tak sampai hati nak kelentong dia lagi. Bila dia tahu apa tujuan aku sebenar, dia cuma tersenyum. Kurang percaya, mungkin.
"Sukati kau lah, nak percaya ke tak tapi ini je yang aku mampu buat untuk orang tua aku setakat ni, Lagipun aku kan anak yatim piatu. Sekurang-kurangnya, kat sini aku ada ramai lagi adik, kan?"
" Kau dah kahwin?" Adusss, ini laa yang aku tak berapa nak gemar nak jawab.
"Aku tunggu kau pinang aku laa. Dah bertahun tau tak. Senyap aje" Aku tengok muka dia dah lain. Suasana seakan sepi seperti masa terhenti. Dia tunggu aku lagi ke? Aku rasa macam dah salah pilih waktu untuk bergurau dengan Iskandar.
"Weh, takde laa. Aku gurau aje. Kita kan geng" Aku beredar bila Ustazah Akmar mengatakan yang majlis akan dimulakan. Tanpa aku sedar, ada satu hati terhiris...
Kalaulah kau tahu apa yang aku lalui Deng, mesti kau tak cakap macam tu kat aku.
Lepas habis study dulu, tak tunggu konvo pun aku terus masuk kerja kat resort arwah Papa dan Mama. Memang aku mula dari bawah. Betul-betul bawah. Angkat beg guest, simpan kereta, cuci pinggan pun pernah. Sikit-sikit aku belajar dan naik sampai laa aku tau nak handle A sampai Z. Sebab tu jugak laa aku berani nak bukak satu chalet tak jauh dari resort ni.
Dah berapa tahun tak mengejar Deng, dan kesibukan kerja dengan banyak tempat aku nak kena perhatikan buatkan aku lupa Deng sikit demi sikit.
Kehadiran seorang guest perempuan yang selalu datang resort ni buat function untuk ofis dia memulakan hubungan baik aku dengan Anis. Mulanya aku just nak bagi dia diskaun sebab dia rajin sangat datang sini. Tengok muka dia pun sweet je.
Tapi aku perasan tiap kali dia datang mesti riak muka dia redup aje. Bila dah banyak kali kitorang makan sama-sama, dia mula luahkan rasa hati ditinggalkan boyfriend. Kesian pulak aku tengok dia. Awek cun macam tu pun ada kena tinggal ek?
Mula-mula aku setakat mendengar kisah hati tapi lama-lama aku pulak yang tersangkutkan hati aku kat dia. Memandangkan Deng pun tak dengar khabar berita, aku pun mula rasa yang Anis adalah perempuan untuk aku. Lepas yakin dengan keputusan hati, aku pun lamar dia dan rupanya dia pun suka gak kat aku.
Lepas beberapa lama pertunangan kami berlangsung, aku dapat rasakan sesuatu yang lain, yang tak kena dengan Anis. Bila aku tanya, mesti dia marah-marah. Kata aku ni menyibuk hal peribadi dia. Salah ke kalau aku ambik berat orang yang aku sayang?
Kenapa laa perempuan ni selalu buat aku sakit kepala ha? Tak paham betul aku dengan dunia diorang ni. Tak layan sangat, dikatanya tak menghargai. Bila tanya, dikatanya penyibuk. Habis, nak macam mana lagi?
Aku pun tak tau mana silapnya hubungan ni. Aku ikhlas sayangkan dia sepenuh hati. Sampaikan pengasuh masa aku kecik yang aku panggil Mak tu pun tegur pasal perangai tunang aku tu. Dah tak nak jejak kaki kat rumah Mak lagi. Kalau datang pun, tak panas punggung dah nak balik. Malu aku!
Lama aku memendam perasaan, akhirnya satu hari dia datang kat resort nak jumpa aku. Ada hal penting. Dalam hati aku dah rasa tak sedap je. Macam nak terima berita tak baik. Aku gagahkan langkah jugak pergi jumpa dia. Betul sangkaan aku. Dengan selamba dia cakap yang boyfriend dia dah balik Malaysia.
Dan yang paling aku perit nak dengar rupanya diorang dah terlanjur! Aku ni cuma tempat pelepas sunyi dia je rupanya. Tak sangka aku sebegitu hina aku pada pandangan dia. Takpe laa. Aku bukan pak sanggup.
Bila aku dah timbang masak-masak, aku suruh dia pilih masa tu jugak. Sama ada aku ceritakan perkara sebenar penyebab putus tunang ni kat keluarga dia atau dia yang datang jumpa famili aku mintak putus. Dah aku jangka, mesti dia datang mintak putus.
Cuma aku terkilan bila dia datang tak beradab langsung. Takde kata maaf walau sepatah.
Lepas dia letak cincin atas meja depan Mak, dia keluar. Macam tu aje. Tapi aku bersyukur sebab dia mengaku. Takde laa aku rasa tertipu kalau dapat tau lepas kami nikah.
Nak bawak hati, aku cuba mohon jadi tenaga pengajar kat Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah. Alhamdulillah dapat. Setakat 2 hari je seminggu. Bukannya aku nak duit sangat. Dapat jugak aku release tension sebab lagi lama aku kat resort dan chalet tu, lagi aku sakit hati teringat kat Anis.
Tak tau kenapa, sejak akhir-akhir ni aku selalu teringat kat Deng. Apa khabar dia sekarang? Kata orang, kalau kita ingat kat dia, dia pun ingat kat kita. Boleh caya ke?
Dan sememangnya aku percaya kerana kini dia berdiri di depan mata...
Monday, 30 April 2012
SDG Part 7
Sampai kat sana lagi laa macam-macam insiden yang buat aku rasa macam-macam. Risau, bengang, sakit hati, menyampah, suka. Semua ada laa. Mula-mula sekali kena tolak dengan dia. Baik laa dia tu kecik. Rasa macam kena tepuk manja. Apa laa sangat dia tolak aku tu. Macam kena cuit je.
Setakat pasang khemah tu aku tak dengar pun takpe. Dah aku memang terror pun. Lepas siap pacak khemah, aku terus cari port baik nak perhatikan Deng. Aku takkan biar dia terlepas dari mata aku ni. Kalau dia sakit kang, sape yang susah. Aku jugak. Chewah!
Bukan apa, risau aku tengok muka dia lain macam tadi masa nak turun bas. Dia mabuk ke naik bas? Makan pun sikit je. Bila malam, aku tengok dia ok je. Baru aku nak blah balik khemah, aku nampak dia keluar macam cari something sambil picit-picit dahi. Mana Yus? Tidur kot.
Pelan-pelan aku ikut dia dari belakang. Baru aku nak tegur, aku nampak Shahid datang hulur dia biskut. Deng mintak ke? Tapi selama ni apa yang aku belikan dia kat kafe tak pernah pulak dia amik. Cepat-cepat aku pergi lagi dekat. Si Shahid ni offer Panadol pulak. Ooo, Deng sakit kepala laa. Biar aku je yang bagi. Orang lain jangan menyibuk.
Bila aku nampak Shahid pergi, terus aku hulur ubat tu depan muka dia. Lega aku tengok dia senyum tapi kelegaan tu bertukar jadi sakit hati bila nampak muka aku, dia letak je Panadol tu atas meja. Siap amik yang Shahid bagi lagi aku tak boleh tahan. Ish perempuan ni.
Dia ni betul-betul nak cabar aku agaknya. Macam mana laa perangai dia esok? Arghhh, baik aku tidur daripada aku pulak yang sakit kepala fikir kerenah dia.
Solat subuh pagi tu, aku nampak Deng kat jemaah perempuan. Leganya mata tengok dia kat depan sekali. Terus tak ingat dah marah aku kat dia pasal kes Panadol malam tadi. Alahai Iskandar. Sampai macam tu sekali kau lemah dengan budak ni.
Belum pukul 7 lagi tapi semua dah siap sarapan dan ready nak bergerak untuk ditinggalkan kat point yang dah ditetapkan. 7km nak kena jalan. Jauh tu tapi lagi jauh, lagi aku suka. Boleh lama-lama sikit dengan Deng. Aku perasan sekejap dia jalan dengan Yus, kejap dengan Farok. Alah, aku tak kisah pun, janji boleh nampak kelibat dia.
Jalan punya jalan, tup-tup aku tengok ada sorang budak perempuan ni rebah. Apa ke hal lak ni? Morning sickness ke? Eh, itu sakit orang mengandung laa. Sape punya idea bijak entah, nak buat pengusung untuk angkut budak tu. Baik laa kecik. Kalau besar, meh sini aku gulingkan aje dia sampai kat check point. Tapi kejap aje dia dah nak jalan sendiri. Bagus laa tu. Rugi tenaga aku. Kalau angkat Deng tu takpe laa kan. Jangan kata nak kena usung, tatang pun boleh!
Si Farok ni beriya kata tau baca peta zaman kuno tu. Malas aku nak bertekak dengan dia. Ikut je laa. Tapi aku betul-betul sakit hati, sakit telinga bila tengok Deng boleh bergelak ketawa dengan Farok kat depan. Rasa nak tumbuk orang pun ada ni. Tak sedar aku pergi tumbuk pokok apa entah masa nak turun lereng bukit tu sampaikan aku sekali tergolek. Alih-alih rasa kaki aku pedih je.
Hmm, teruk gak luka tu. Sampai basah kaki seluar aku dengan darah. Agaknya pokok tu marah aku kot. Tu pasal laa aku jatuh. Sorry laa pokok. Aku tengah geram tengok budak gangster tu taknak layan aku.
Bila Farok datang, Deng pun lorat datang sekali. Siap senyum konon. Nak ejek aku laa tu. Bukan nak tolong balut luka aku ke hape. Betul apa aku cakap yang aku lagi sakit hati tengok dia tinggalkan aku sebab nak jalan dengan Farok. Boleh pulak dia padankan muka aku! Nanti kau Deng. Aku akan buat kau perlukan aku dalam hidup kau. Tunggu laa!
Pandai dia balas balik suruh Nina amik gambar aku tengah luka-luka tu. Ada ke dia kata aku mangsa perang Jepun. Tapi ok laa sebab awal-awal tu aku ada suruh Nina amik gambar kandid Deng banyak-banyak sikit. Ada gak kenangan untuk aku nanti. Bagus Nina ni. Bertindak mengikut arahan!
Rasa lega bila nampak khemah urusetia. Kaki aku rasa dah berdenyut sangat ni. Farok bersemangat nak tolong aku apa yang patut tapi aku tau dia pun letih jugak. Aku lepak je kat khemah aku. Perut dah ber’shuffle’ tak ingat ni.
Adoi, sakit betul kaki ni sampaikan tak selera nak makan. Deng aku dah makan ke belum ek? Pergi tengok dia laa kejap. Joe geleng kepala tengok perangai gilakan Deng aku dah datang.
Betul kat sebelah khemah dia aku duduk. Dia tak perasan pun. Tiba-tiba aku dengar suara Yus cakap pasal aku. Dari celah-celah khemah tu aku nampak yang Deng terhenti suap nasi pastu buh tray kat tepi. Bila dia berdiri tu aku dah dapat agak mesti dia nak tengok aku ok ke tak. Perghhh, rasa menang besar aku time tu. Yezzaaa! Kan aku dah cakap, dia suka kat aku.
Tapi aku taknak menyusahkan dia. Dia concern kat aku pun dah cukup. Sebab tu cepat-cepat aku pergi kat dia. Tak payah nak berlakon depan aku laa Deng. Aku tau kau pun suka kat aku punya. Nak jumpa Shahid mintak ubat konon. Sakit hati aku ni tau tak dengar kau cakap macam tu. Haa, amik ni satu papan Panadol aku bagi. Hehe! Cepat-cepat aku blah. Hati sendiri kena jaga.
Persembahan malam tu, aku tak nampak pulak kelibat Deng kat mana-mana. Takkan demam lagi kot. Tanya Yus, dia pun tak tau. Aku confirm mesti ada kat khemah punya laa. Bila sampai sana, aku tengok ada kasut dia. Sah ada kat dalam. Takkan dah tidur kot. Baru pukul 10 lebih. Hmm, tidur pun takpe laa. Boleh aku buat sesi melepaskan perasaan.
Lega betul bila dah luahkan apa yang ada dalam kepala aku ni. Aku harap sangat dia dengar. Takde bunyi apa-apa pun makcik ni. Betul laa tu dah tidur. Aku toleh pandang khemah tu konon-konon macam Deng pun tengah pandang aku. Hmm, aku harap esok kau takkan lari lagi daripada aku. Jangan kau harap aku biarkan kau sorang-sorang atas bas tu. Kalau kau semput macam mana?
Masa nak bertolak balik tu, memang aku yakin sangat yang aku ada nampak Deng tadi dengan Yus. Tapi sekejapan dia dah hilang. Macam tau je aku nak ‘rantai’ dia duduk sebelah aku. Mana dia ni? Terror betul dia menjalankan projek M-I-A. Missing In Action. Alaa, tapi tak payah risau sebab mata aku ada je kat mana-mana.
“Bro, awek lu ada kat bas aku tu ha. Betul-betul dia tak nak kat kau ek? Aku tengok Shahid dah usha baik punya tu. Kalau lambat, putih mata lu bro. Weh, kalau kau dah surrender, kasi jalan kat aku pulak, boleh?” saja je si Azrai ni nak bakar aku pulak. Nak sangat merasa kena cepuk agaknya.
Memang aku ikat jugak perempuan ni karang. Kan aku dah pesan malam tadi jangan cuba-cuba nak lari daripada aku. Ish, nanti kau!
Takpe, aku ikut je rentak kau. Memang saja je aku nak suruh dia nampak yang aku naik bas group kitorang tapi slow-slow aku menyelinap naik lagi satu tu, duduk kat depan sekali. Memang dia tak nampak aku pun. Ooo, dia duduk kat belakang ek. Seat yang kosong tu memang untuk aku laa kan? Takpe..takpe. Sekejap lagi ini taiko Iskandar datang ok. Tunggu!
Bila aku toleh kat tempat Deng, aku tengok dia baik punya tengah lelap alas kepala dengan beg lagi. Apa yang penat sangat entah?! Slow and steady je aku pindah dok sebelah dia. Dia ni memang tidur mati ke? Tak bergerak langsung masa aku alihkan beg tu. Saje je biar dia kepala dia takde alas. Last-last nanti mesti tertidur kat lengan aku gak. Memang betul pun!
Naik sengal tangan aku nak tampung kepala dia tu. Ayo, itu kapla dalam, batu juga ada duduk! Aku cover muka dengan cap Nike hitam aku yang tak pernah tinggal. Buat bodoh je bila dia macam dah sedar. Siap nak raba-raba aku. Mesti dia pelik je sekarang ni. Nak tergelak pun ada tapi aku control macho tahap dewa. Kalau terlepas gelak kang, mau dia starlight aku pulak.
Walau aku cover setengah muka aku dengan topi tapi still boleh nampak lagi kalau aku senyum. Suka pulak aku rasa bila dia menjerit sebab terperanjat bila tau tidur kat lengan aku. Eleh, suka tu cakap je laa. Tapi, baik jugak laa kepala dia tu ringan sikit dari buah kelapa. Kalau tak, harus tangan aku ni jadi bengkak macam lengan Popeye!
Baru aku nak menyakat dia lagi, tak pasal-pasal dia bangun pergi duduk kat lantai bas. Dia ni tak segan ke buat pe’el macam budak kecik tak dapat gula-gula? Mengada-ngada. Nak malukan aku laa tu. Puas aku gamit dia suruh duduk balik kat atas kerusi tapi dia ni memang degil laa. Entah berapa petala langit aku pun tak tau tahap degil dia tu.
Ye arr, ye arr..aku mengalah kali ni. Biar aku duduk tempat lain. Betul aku surrender dengan dia masa tu. Tapi bila aku jengah kat belakang, dia still lagi duduk atas lantai, aku bengang sangat.
Betul-betul aku naik darah tengok dia meragam macam tu. Baik laa kau tu orang. Kalau kereta ke, motor ke hak milik aku, dah sah aku jualkan aje. Huh!
Budak-budak perempuan lain sume dah bisik-bisik. Nak mengata aku laa tu. Bukan aku yang suruh dia mogok atas lantai bas. Dia yang volunteer nak buat perangai. Tak pasal-pasal pulak aku terbabit jadi mangsa jelingan korang!
Tengok dia tak beralih sikit pun, terus aku bangun tarik tangan dia suruh berdiri. Tegak je dia kat depan aku, terus aku tolak dia kat kerusi. Nak main-main dengan aku ye. Ini Iskandar Shafie, tahu? Duduk situ diam-diam. Terus aku pergi balik duduk kat depan. Yang tengah sedar tu, tengok je drama sebabak aku dengan Deng tadi. Lantak laa. Tapi baik juga lebih separuh isi bas tu yang tengah membuta.
Tapi aku rasa bersalah pulak bila fikir balik apa yang aku buat tadi. Kalau macam ni, camne dia nak suka kat aku? Aku tepuk dahi berkali-kali. Bila yakin aku dah boleh cool, aku patah balik kat tempat dia. Lama aku berdiri kat situ ok. Dia langsung tak perasan. Ahh, dia tak kata apa-apa pun. Aku duduk je laa kat situ. Kuat mengelamun makcik ni.
Aku perasan dia dok bentak-bentak tunjuk protes bila sedar aku kat sebelah tapi aku tak amik port langsung. Bila dia tengok aku rileks je, tiba-tiba dia siku kat rusuk aku. Ya Allah, sakitnya! Ada ke patut? Siku dia ni besi ke hape? Ok, serius belum ada sorang perempuan pun dalam dunia ni pernah taji aku macam tu. Budak ni memang betul gangster laa! Geng mana haa?
Walau macam mana dia reject, aku tetap taknak putus asa. Dan sepanjang masa belajar tu jugak laa ada je aktiviti aku nak curi perhatian dia. Birthday dia belum pernah lagi aku miss nyanyi lagu khas untuk dia. Bayangkan aje laa, melalak melaung lagu ‘Happy Birthday’ pukul 12 tengah malam. Dia buat bodoh je. Langsung takde respon. Aku sabar jugak.
Baik laa Jason taukeh kedai bunga tu kenal aku. Berkuntum-kuntum aku beli bunga untuk dia bila Valentine dan harijadi dia. Putih je mata aku bila dia agih-agihkan bunga tu kat semua budak-budak kelas. Tak cukup tu, dia boleh pass pulak kat lecturer. Hadoi, koyak poket pakcik ni haa…
Aku senyum je bila dengar dia cakap nak panjangkan amal jariah aku kat dia. Itu boleh dikira sedekah jugak kan. Aku tak kisah berhabis asalkan dia dah tak layan aku macam alien lagi.
Nak tempah kek lagi laa senang sebab ada sorang housemate dia handal giler buat kek. Dah macam-macam bentuk dengan flavor aku order. Tapi Yus cakap kat aku yang satu rumah tolong kenduri sama kek harijadi tu. Sampai hati tak ajak aku ek. Kan ke aku yang beli tu? Mustahil Deng tak tau. Musykil aku kejap.
Teringat jugak masa first time aku mengekor dia kat tasik dulu. Kononnya laa selalu pergi padahal, tak pernah sekalipun aku jejak kaki kat situ pun. Terima kasih laa kat Yus sebab sudi jadi informer tak bergaji aku. Dah lama tak nampak dia pergi tasik. Takut terserempak dengan aku kot. Tapi aku lagi takut kalau dia terserempak dengan mamat lain. Perghh, simpang malaikat 44 wey!
Pasal hadiah pun aku memang nak dia tau yang aku sanggup buat apa je untuk dia. Kalau laa Mak tau aku buat kerja gila macam ni, mesti satu rumah dilanda rebut Katrina! Jangan risau Mak, kan Is dah janji, study nombor satu. Setakat ni, Alhamdulillah. Takde masalah. Pointer naik lagi ada laa. Hish, eksen laa pulak!
Walau apa pun yang aku buat, semua dia tolak. Walaupun dengan cara yang baik tapi takkan laa kawan pun tak boleh langsung? Sampaikan kalau dia Nampak aku kat hujung koridor, dia boleh pusing ambik jalan lain. Ishhh, geram betul laa makcik sorang ni. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
Masa tu, lagi seminggu birthday Deng. Sampai naik pening kepala aku fikirkan apa aku nak surprisekan dia. Kena buat betul-betul ni. Nak bagi teddybear, dah biasa sangat. Bunga pun dia dah tak heran. Aku rasa aku tau nak buat apa. Hehehe.
Esoknya, lepas habis kelas LK aku terus pergi restoran Kak Jah betul-betul kat medan selera dekat dengan kolej. Saja je sebab aku tau hari-hari Deng makan kat sini. Nanti kau Deng, taknak cakap dengan aku ye? Lepas ni mesti kau bukak mulut jugak dengan aku.
Sampai je kat meja kosong, dengan pantas aku order makanan. Cepat-cepat aku makan bila aku nampak Yus dengan Deng masuk. Bila aku nampak je dia nak bayar makanan dia, sepantas kilat aku beratur kat belakang dia. Nasib dia tak perasan! Yus dah tekup mulut tahan ketawa. Cepat-cepat aku bagi isyarat suruh diam.
“Semua sekali RM4.80” kata Kak Jah kat Deng.
“Kak, saya punya tu pun dia bayar sekali. Dia ada hutang kat saya. Dah lama sangat tak bayar!” dapat aku rasakan aura jelingan maut menusuk tepat kat dada aku saat tu. Tapi aku peduli apa. Selama ni aku layan kau baik-baik, kau buat tak reti je kan? Kita gurau kasar pulak.
“Wei, bila masa pulak aku hutang dengan kau ni ha? Takde kak, dia yang makan. Biar dia bayar sendiri” ish, dia ni tak tahu nak bayar hutang ke?
“Hoi, habis tu selama ni aku bagi kau macam-macam tu ingat free ke haa?! Kau pun dah reject aku kan, so bayar balik!” aku rasa dekat 10 minit dia tenung aku kat situ. Sampai aku rasa macam nak kalah je lawan tenung mata macam tu tapi takkan aku nak surrender pulak.
“Yang korang ni bertekak macam laki bini bergaduh ni kenapa? Bayar je laa. Akak taknak tau sape hutang sape. Sekarang bayar!” sama-sama kitorang terdiam bila Kak Jah bukak mulut.
“Berapa mamat ni punya kak?” Yessss, dia mengalah jugak! Good girl. Macam ni laa Deng yang comel.
“Dia punya $24.90” memang saja je aku amik set western. Tapi sayang pulak tak habis makan tadi.
Macam rasa bersalah sangat pulak aku rasa bila jeling isi dompet dia. Perlahan dia keluarkan not 50 sekeping dan aku yakin sangat itu ringgit terakhir dalam purse tu. Dalam hati aku berdoa sangat biar dia mintak balik duit makanan aku tadi. tapi macam biasa, dia pulak yang surprise kan aku bila dia terus pusing badan balik rumah. Yus pun terdiam, angkat bahu.
Rasa bersalah aku tak habis petang tu. Tak tunggu lama, malam tu lepas maghrib terus aku tapau nasi goreng pataya siap hantar depan pintu rumah lagi. Tapi dekat setengah jam aku tunggu, Yus aje yang keluar dengan sekeping nota pesanan.
“Kau listkan harga hadiah kau bagi kat aku. Nanti aku bayar sikit-sikit. Dah langsai, jangan kacau hidup aku lagi” tak puas hati betul aku masa tu. Tak cukup baik ke aku hantar makanan kat rumah dia ni?
“Deng! Aku tau kau ada kat dalam. Dengar sini baik-baik. Kau ingat kau sape nak buat aku macam ni? Terlintas walau sekali dalam hati kau taknak tengok aku, sepuluh kali aku akan buat kau jumpa aku, faham?!” puas hati aku dapat cakap macam tu. Opsss, silap. Bukan cakap tapi jerit. Aku tak kira laa Deng nak kata aku sewel ke, tak betul ke. Dah dia yang buat aku jadi macam ni.
Bila ada gap antara kelas, aku tau dia memang kat kafe kolej aje most of the time. Sebab tu aku dah siap sign kontrak dengan Abang Asan, kalau nampak Deng masuk je pintu kafe kolej ni terus siapkan Milo ais tabur. Memang dah itu aje yang dia minum. Lagi satu amaran keras, jangan amik duit dia. Cakap je dah ada orang yang bayarkan.
Bukan apa, sebab aku perasan sangat, dah berapa kali si Shahid ni cuba nak belanja Deng minum. Bukan laa aku ni jeles tapi kalau mamat tu ada jampi ke, buh ubat guna-guna ke, sapa nak jawab?! Aku jugak yang susah nanti.
Lagi beberapa hari nak harijadi Deng, aku suruh housemate dia buat kek special untuk Deng. Aku nak letak edible image gambar candid masa camping dulu. Mesti Deng suka punya. Aku tau laa. Tu kan Deng aku. Terbang jugak laa not biru kehijauan aku dua keping. Tapi untuk Deng, aku tak kisah. Apa lagi aku nak buat kat dia ni ek?
Payah betul nak tackle gangster kampung dusun ni laa. Tapi setakat ni belum muncul lagi rasa give up. Lagi aku bersemangat nak cuba ada laa. Takpe, sabar itu kan separuh dari iman.
Malam tu rasa ribut kelaparan melanda perut aku. Tak pernah aku rasa macam tu punya seksa. Nak masak, malas. Nak pergi kedai lagi aku tak kuasa. Aku keluarkan handphone. Kena guna jugak jurus pizza delivery tahap ke lapan belas.
Tak sampai dua puluh minit, dah muncul budak pizza tu. Budak-budak lain mana pergi entah, sorang pun takde kat rumah ni. Bila tengok kotak pizza yang kosong tu, tiba-tiba je dapat idea nak menyakat Deng malam ni. Dia pun ada kat rumah tu. Baru kejap tadi aku nampak dia.
Leps siapkan apa yang patut, aku jeritkan nama Yus suruh jumpa aku kat bawah. Sekejap aje Yus dah sampai. Dengan senyuman, aku hulurkan kotak pizza kat Yus minta kirimkan untuk Deng.
“Jangan bagi sape-sape pun tengok kecuali dia sorang tau!” Yus angguk buat muka mlaas nak layan aku. Alaa, nanti esok-esok, aku pulak tolong kau. Apa ada hal.
Belum sampai lagi aku kat tingkat dua, aku dengar suara Deng menjerit. Takkan marah kot? Aku bagi dia megi empat bungkus je. Buat bekal di saat kelaparan. Takkan salah? Hahaha. Mesti dia ingat pizza yang kat dalam kotak tu.
Hmm, seronok pulak menyakat dia ni. Takpe laa, ni last kot aku gurau macam tu. Lain kali aku belanja betul-betul ok. Patut tak aku masukkan sekali harga megi empat bungkus dan kotak pizza tu sekali ek?

Saturday, 28 April 2012
Manik Suci Part 1
Langkah kaki Datin Darina laju diatur. Takut
terlepas pertemuan penting dengan wakil butik pengantin De Leon. Sudah
berbulan-bulan lamanya temujanji tersebut diatur dan kini hanya dalam masa 30
minit, nasib usahanya akan ditentukan. Diterima atau ditolak.
Pintu bilik mesyuarat dikuak berhati-hati. Senyuman
diukir supaya tak nampak plastik. Bila ternampak sahaja 3 orang wakil De Leon,
terus debar hati jadi makin laju. Sehelai demi sehelai rekaan asal baju
pengantin yang telah di emelkan dulu dibentangkan dan lebih kurang 13 pasang
dipersetujui untuk dijadikan koleksi sebagai permulaan.
Lega sungguh bila hanya 2 lakaran sahaja yang
ditolak. Mungkin untuk musim akan datang. Tapi yang pasti, hampir separuh
rekaan yang diluluskan adalah bermanik dan labuci.
“Aduh, mana aku nak cari orang jahit manik ni? Mana
boleh harapkan Kak Eton je. Kalau aku bagi kat orang sebarang kang, habis
jahanam baju aku” getus hati kecil Datin Darina. Sudah kerap benar dia meminta
bantuan orang gajinya itu menjahit manik di rumah.
Usahanya belajar menjahit dan beroperasi dari rumah
kini makin menampakkan hasil. Memandangkan pakaian pengantin lebih lumayan dan
hanya perlu diubah mengikut bentuk badan pengantin, tidaklah rasa susah untuk
memenuhi permintaan pelanggan.
Kalau dulu, semua jenis tempahan akan diambil. Baju
kurung, kebaya, kebarung, baju melayu. Namakan saja. Pasti akan dibuat. Tetapi
sejak kerap bermasalah dengan pelanggan, Datin Darina mengambil keputusan untuk
menjahit baju pengantin yang menurutnya tidak berisiko tinggi.
Selain itu,
tempahan menjahit manik jugak diambil bagi memenuhi citarasa pelanggan yang
rata-rata dari kalangan sahabat karibnya sendiri.
Dah nama pun Datin, takkan nak ikut suami pergi majlis sarung baju dan tudung yang
kosong je kan. Mestilah liplap-liplap. Pada mulanya, dia pun tak ambil kisah
sangat pasal taburan manik atau labuci di baju tapi bila asyik ditegur Datuk Dahlan,
naik rimas rasanya dan sejak itu, dia mula menjahit sendiri manik-manik di baju
dan tudung.
Bila mak datin lain tengok, mula laa diorang nak
ajak berlumba baju siapa lagi vogue. Ada jugak yang melampau, dah macam pokok
krismas je rupanya. Pada Datin Darina, less is more. Ikut kesesuaian si
pemakai.
Kelegaan rekaannya diterima butik ternama singgah
sekejap cuma. Sampai saja di rumah atau lebih tepat studio kerja yang
diubahsuai oleh Darian, anaknya sendiri membuatkan kepalanya ligat memikirkan
siapa yang boleh membantunya dalam menyiapkan 13 persalinan yang mesti dihantar
dalam masa 3 bulan sahaja lagi.
“Kalau nak ambik student kat mana-mana, takut pulak
dia bantainya jahit ikut suka. Nanti nama aku jugak yang rosak. Nak jahit
sendiri memang tak larat. Macam mana ni?” dalam pada dia berfikir jalan keluar,
ternampak kelibat anak bongsunya Darius melintas.
“Nak pergi mana tu Darius? Laju je” tegur Datin
Marina menyedari anaknya tak sedar langsung kehadiran dia dalam rumah tu.
Langkah Darius terhenti dan dia hanya mengangkat
muka. Wajah ibunya ditatap sejenak dan dia terus berlalu tanpa sebarang kata.
Budak ni memang suka sangat buat hal. Suruh bekerja, ada ke patut dia kata umur
muda lagi. Tak puas enjoy.
Kesudahannya, sekeping kertas bernilai ijazah hiasan
dalaman hanya dijadikan hiasan di dinding rumah saja. Bukannya tak ada tawaran
kerja yang datang tapi semuanya ditolak bulat-bulat dan dipandang sepi.
Syarikat Datuk Dahlan juga amat memerlukan interior designer tapi alasan yang
diterima amat menyakitkan hati, kontrak menerima arahan dah tamat!
Dah naik berbuih mulut Datin Darina keluarkan
nasihat tapi dah minat si bongsunya itu dalam bidang peragaan terlalu susah nak
dikikis olehnya. Bukan kata dia seorang, sampaikan nasihat si ayah dan abang
pun tak dihiraukan. Baik laa kau dah besar, kalau tak, aku cubit-cubitkan!
Risau takut-takut keluar cerita tak elok tentang si
anak dalam akhbar. Wartawan sekarang ni, asalkan ada cerita yang boleh dijual,
ditulis saja. Pembaca pun percaya setiap laporan yang dibuat. Yang menanggung
malu, keluarga juga.
Rasa-rasanya dulu, hanya penyanyi dan pelakon saja
yang jadi buruan orang media tapi sekarang ni, tak pilih bulu lagi dah. Asal
ada nama dan rupa je, mesti dijejak sampai tak ada kisah yang boleh disimpan
lagi.
Pening kepala nak menyiapkan baju satu hal, anak
yang seorang ni pun suka beratkan fikiran. Baik laa anak tak ramai. Kalau
berderet anak aku macam mana laa agaknya? Mau pengsan layan kerenah diorang.
“Datin, apa yang jauh sangat menung tu? Nah, air.
Minum dulu. Saya buat kuih ketayap tadi” suara Kak Eton yang dah lama
berkhidmat di rumah ni menghentikan lamunan yang berjela.
“Takde apalah kak. Saya ada berita baik dan tak
baik. Mana satu akak nak dengar dulu?” Kak Eton yang sudah dianggap seperti
keluarga sendiri segera menarik kerusi di bar.
“Yang mana pun tak kisah” Kak Eton ni memang senang
diajak berbual dan yang penting, dia ada 1001 macam jalan keluar dari masalah.
“Ok, pasal projek dengan butik pengantin dulu tu, Alhamdulillah rezeki kita. Dah dapat” senyum syukur berkongsi berita tu dengan
orang yang sama-sama bertungkus lumus menjahit manik hingga siap baju-baju tu
dalam waktu yang ditetapkan.
“Wah, alhamdulillah laa rezeki Datin tapi, apa pulak
yang tak baiknya tu?” mesti laa Kak Eton tak pasti apa yang tak baiknya sebab
dia hanya jahit manik dalam lima pasang saja sedangkan yang mesti dihantar
nanti lebih 10 pasang yang sarat dengan manik labuci dan tak mungkin boleh
disiapkan dalam masa tiga bulan seorang diri.
“Saya tak tau nak mintak tolong siapa boleh jahit manik-manik
tu kak. Akak kenal siapa yang saya boleh upah ke? Saya taknak lepaskan projek
ni kak. Kalau jadi, ini laa peluang saya nak bukak butik dan ada jenama
sendiri” seakan melepaskan apa yang berbuku dalam hati.
“Saya rasa saya boleh tanyakan anak buah saya,
itupun kalau dia tak buat apa-apa laa kat kampung. Dia memang cekap jugak
pasang manik ni. Nanti saya cakap dengan dia ye” leganya dengar Kak Eton
bersuara. Harap-harapnya boleh pakai laa budak tu nanti.
“Haa, tadi Darian kata dia balik lewat sikit sebab
renovate tempat kawan dia. Datuk pun sama. Nampaknya Datin makan dengan Darius
berdua saja laa” dah macam setiausaha je kak Eton ni hantar laporan.
“Mana ada berduanya kak. Budak Darius tu dah keluar
tadi. Tak bagitahu pulak dia kemana” lemah suara Datin Darina kedengaran.
“Ooo, Darius pergi ambik baju untuk shooting esok
katanya tadi. Dia cakap sebelum pukul 7 dia balik” Datin Darina angguk lesu.
Kenapa Darius lebih terbuka dengan orang gaji? Segala pergerakannya diketahui
Kak Eton tapi tidak dia.
Sedar tak sedar, senja hampir melabuhkan tirai.
Tersentak bila namanya dipanggil Kak Eton untuk makan malam. Darius sudah berada
di meja. Bila masa budak bertuah ni ada kat rumah?
Inilah jadinya kalau rumah sebesar-besar tidak tapi
penghuninya buat macam hotel saja. Kalau laa aku berpeluang beranak banyak,
taklah bosan macam ni. Getus hati Datin Darina.
“Esok Yus shooting kat mana?” percubaan untuk
bertanyakan aktiviti anak yang makin membesar ni terasa payah. Darius hanya
membatu sekejap.
“Dekat je. Tapi Yus balik petang. Nak lepak dengan
kawan. Ada gig” itu satu kelebihan yang ada pada anak bongsunya itu. Terlalu
minatkan muzik. Dan kerana muzik jugalah hubungan Darius dengan ibu dan ayah
jadi amat renggang.
Tali kekeluargaan mereka juga semakin terik. Nasib
baik ada pembantu rumah yang sedari kecil menjaga Darius, dihormati melebihi
ibu sendiri. Segala gerak geri anak itu akan diberitahu kepada Kak Eton,
seolah-olah pembantu rumah itu pula ibunya.Itu yang Datin Darina rasakan kini.
Teringatkan perbalahan antara ayah dan anak beberapa tahun dulu yang memulakan
keruhnya hubungan si bongsu dengan keluarga.
“Ayah taknak anak ayah hidup dengan sesuatu yang
sia-sia. Ini Malaysia, bukan New York! Apa yang kamu nak makan kalau setakat
belajar muzik?” Nampak menyinga Datuk Dahlan bila mendapat khabar yang Darius
ingin menyambung pelajaran dalam bidang muzik.
“Tapi ayah, sekarang muzik pun boleh cari makan. Ramai
kan komposer kat Malaysia ni. Yus tengok, ok je life dorang. Takde pun yang
merempat. Ayah jangan risau laa.”si anak cuba berhujah bermati-matian demi
muzik yang amat diminati. Datin Darina hanya mampu berdoa biar perdebatan itu
segera berakhir. Memang tak ke mana pun.
“Kamu jangan nak keras kepala. Kat office ayah tu,
tak cukup lagi designer. Kamu aje yang ayah harapkan. Kenapa laa kamu ni degil
sangat. Tak sama macam abang kamu? Cuba tengok, orang yang ada masa depan,
hidup senang dan terjamin. Untuk sekali ni Darius, tolonglah gunakan otak kamu
yang bijak tu” suara si ayah makin perlahan. Usaha untuk memujuk anak mengubah
fikiran.
Tapi Darius hanya melangkah masuk ke bilik sambil
menghempas pintu. Dapat dibayangkan betapa rasa kecewa yang mendalam dirasakan
sang suami bila anak yang dimanja, diletakkan harapan yang menggunung menunjuk
perasaan sebegitu. Datin Darina hanya mampu menyabarkan.
“Na, abang tak nak dia tersalah langkah. Bagitau
Darius kalau dia ambik jugak muzik, segala duit belanja dia abang sekat. Nak
duit, cari sendiri tapi kalau dia buat apa yang abang suruh, lepas grad, abang
takkan paksa dia lagi” tegas sekali arahan Datuk Dahlan pagi tu.
Berat betul bibir untuk berbicara dengan anak muda
18 tahun yang merasakan sudah cukup dewasa untuk membuat sebarang keputusan.
Datin Darina berasa seakan jantungnya hampir putus.
Tak diberitahu anak,
suaminya pasti akan menyalahkannya tidak tahu nak menangani anak. Tapi kalau
diberitahu, takut anak menuduh dia tak memahami jiwa remaja.
“Ibu rasa tak ada jalan lain Yus. Cuba laa ikut kata
ayah untuk sekali ni. Lepas grad, ayah mesti kotakan janjinya. Senangkan? Masa
tu nanti, Yus dah boleh buat apa je yang Yus nak” betul-betul mengharapkan
pengertian si anak.
Dan sesungguhnya Datin Darina bersyukur bila Darius
bersetuju untuk memenuhi impian ayahnya. Tetapi sungguh tak disangka Darius
betul-betul mengikut ‘kontrak lisan’ mereka.
Majlis konvo pun dia tak pergi. Katanya, kertas
sekeping dah cukup sebagai bukti. Mana ada orang minta kerja bawa gambar konvo?
Alasan yang membuatkan terpamer kemarahan Datuk Dahlan tapi itu juga yang
ditawarkan kepada anaknya dulu. Mujur juga ada Kak Eton. Sekurang-kurangnya
terlepas juga sedikit beban di bahu bila ada kawan yang boleh dibawa bercerita.
Oleh kerana tak mahu lama-lama diikat dalam kemelut
anak dan ayah itu, Datin Darina mula belajar menjahit pakaian di rumah. Pada
mulanya sekadar menjahit pakaian sendiri tetapi bila diketahui rakan-rakan
persatuannya, tempahan mula berani diterima.
Teringat bila kali pertama Darian memuji jubah
kotemporari yang dijahit sendiri setelah dilihat persalinan itu dipakai oleh
seorang model dalam majalah.
“Iye ke ibu yang jahit ni? Takkan lah. Kalau macam
ni punya cantik, kalah laa semua fashion designer kat Malaysia ni” tergelak
Datin Darina mendengar pujian itu. Tahu anaknya ikhlas.
Memang dia minat menjahit dan berfesyen tapi tak
pernah berkesempatan. Masa mudanya dihabiskan dengan menemani suami memenuhi
undangan ke sana sini demi menegakkan perniagaan.
“Kalau ibu mula jahit masa ibu muda, mesti dah ramai
follower sekarang” giat anak sulung yang memang manja dan mendengar kata. Bagai
langit dengan bumi kalau nak dibandingkan karektor abang dengan adik. Tapi
keduanya anak yang dilahirkan dari rahim yang sama.
“Apa-apa laa Yan. Dah tua-tua macam ni baru ada
masa. Dulu jaga anak, jaga suami. Sekarang ni boleh laa sambung minat ibu dulu”
kenyataan yang dikeluarkan disambut dengan muka anak yang kehairanan.
“Ibu tua ke? Baru 45 kot. Mana ada tua. Kalau kita
keluar dua orang, mesti kawan-kawan kata Yan dating dengan girlfriend baru”
pantas dicubitnya paha si anak bujang bertuah.
Memang Datin Darina kahwin awal. Pada usia 18 dia
sudah menyandang gelaran isteri kepada Dahlan. Dua tahun kemudian lahir Darian
dan setahun sesudah itu dikurniakan pula Darius. Selang tiga tahun, mengandung
lagi buat kali ketiga tetapi entah di mana silapnya, kandungan yang berusia 5
bulan gugur. Begitu juga kandungan yang keempat dan kelima.
Atas nasihat doktor, dia tidak dibenarkan mengandung
lagi atas masalah-masalah kesihatan. Terlalu biasa mendengar cerita seperti itu
di dalam majalah tetapi bila terkena diri sendiri, hanya pada Tuhan saja dia
mengadu.
Airmata yang menitis tak perlu disukat lagi.
Sementelah pula suaminya sendiri tidak menganggap itu sebagai masalah. Cuma
Datin Darina yang merasa tertekan. Disebabkan itu jugalah, Datuk Dahlan
mengambil keputusan untuk menggaji Kak Eton bekerja dengan mereka. Macam tak
percaya yang sudah hampir 20 tahun Kak Eton tinggal bersama di rumah itu.
Tersentak bila namanya dipanggil Darian, Datin
Darina bangkit. Terlalu lama menyelusuri kisah kelmarin hingga tak perasan anak
di depan mata.
“Ibu ni kenapa? Yus buat hal lagi ke?” melingas mata
si abang mencari adiknya. Sejak kebelakangan ini terasa semuanya tak kena.
Darian terus meneka masalah ibunya ada kaitan dengan Darius. Siapa lagi dalam
rumah ni yang boleh buat macam tu kecuali Darius?
“Bukan adik kamu laa. Macam ni…” bila diceritakan
tentang projek dengan De Leon, terus Darian memeluk ibunya. Terlalu gembira.
“Ibu siap. Jom kita celebrate kat luar. Kita dua orang
aje, nak?” redup mata Datin Darina memandang si anak.
“Tak payah nak celebrate bagai. Masalah ibu ni kena
settle dulu. Dah lepas siap collection tu baru boleh raikan. Lagipun taknak laa
keluar dengan kamu aje. Nanti ibu kena kata pulak. Ibu nak tunggu ayah kamu
aje. Sorry, no heart feeling okay” sesungguhnya bertuah Datin Darina sebagai
ibu kerana memiliki anak sebaik Darian.
“It’s okay. Rugi laa ibu. Tak dapat keluar dengan
the hottest architect in this town ever. I’m not loosing anything. Tapi Yan nak
ibu tau, offer ni takde limit tau. For you, I’m available at anytime” Darian
berdiri sambil menjungkit bahu. Bertuah punya anak!
“Apa yang kecoh sangat ni? Kamu Darian, nak curi
girlfriend ayah ke?” dua beranak ni, kalau bergurau mesti orang luar salah
faham.
“Iye laa tapi makwe sorang tu jual mahal sangat.
Takut Yan nak beli. Yan pulang balik je laa kat ayah” Darian kenyit mata tapi
sempat ditumbuk mesra ayahnya di bahu. Kalau laa Darius boleh semesra ini
dengan ayahnya, pasti Datin Darinalah manusia paling bahagia di atas muka bumi
Ilahi.
“Dah..dah..korang berdua ni, tak habis-habis ke nak
bergurau. Masalah ibu ni siapa yang nak tolong selesaikan ni?” kalau tak
mencelah, memang tak habis laa gurauan anak beranak ni.
“Yang tu, Yan tak tau nak tolong macam mana. Takut
manik bertukar jadi mentol lak kang. Ibu tanya ayah je ok. Goodnight darling”
beredar Darian ke biliknya yang bertentangan dengan kamar Darius.
“Apa yang besar sangat masalah awak tu Na? tak cukup
duit ke?” mungkinkah dia boleh menolong? Lalu Datin Darina menceritakan
masalahnya kepada suami.
“Hmm, kalau macam tu esok Na pergi je jumpa budak tu
kat kampung. Mintak tengok hasil jahitan dia. Lepas tu suruh dia jahit sikit
depan Na. In case betul ke jahitan dia tu bagus. Kalau layak, Na janji laa
dengan dia. Mintak dia duduk dengan kita sampai projek Na tu siap. Bila dah
siap, terpulang laa dia nak balik kampung atau cari kerja kat sini” masuk juga
kata-kata suaminya di kepala.
“Terima kasih abang. Na dah terfikir macam tu tadi. Bukan apa, takut kalau-kalau budak tu taknak. Dah satu kerja nak kena cari
orang lain bang” luah rasa hati yang terbendung sejak siang.
“Itu laa abang cakap tadi. pergi jumpa face to face
dengan budak tu dulu. Kalau ok, selesai masalah. Kalau tak okey, cari je orang
lain. Jangan buang masa” memang itu satu sifat Datuk Dahlan yang dikagumi. Amat
mementingkan masa.
Esok pagi, satu misi penting harus dilaksana.
Sarapan pagi itu terlalu ringkas. Hanya roti bakar
dengan Milo panas. Darian dan Datuk Dahlan sudah keluar. Tinggal Darius yang
tak tahulah sudah bangun atau belum. Tengokkan kereta si anak masih di garaj,
dapat ditebak yang si bongsu belum keluar lagi.
“Kak, macam mana dengan anak sedara akak tu? Boleh
ye kita jumpa dia pagi ni?” lepas Subuh berjemaah tadi sudah dikhabarkan kepada
Kak Eton tentang cadangan suaminya. Kak Eton tersenyum seakan memberi isyarat
setuju.
“Akak tak kisah. Ikut Datin laa. Tapi kita balik
hari kan? Kesian pulak Yus duduk sorang-sorang kat sini. Tak makan pulak budak
tu kang” ya Allah, boleh pulak Kak Eton ni risaukan budak yang tahap tua bangka
tu.
“Ye kak, kita balik hari. Pasal si Yus tu, pandai
laa dia nak cari makan. Dah tua nak disuapkan makan minum dia. Bukan tak pernah
kena tinggal pun” cuba meredakan kerisauan yang melanda.
Dalam pukul 9 pagi, enjin kereta dihidupkan. Baru
nak ambil beg tangan, terdengar suara Darius memanggil.
“Ibu nak kemana lawa-lawa ni? Nak ikut” buang tabiat
apa budak ni. Tak pernah umur dia nak mengikut pergi ke mana-mana. Apa laa
mimpi dia malam tadi. Bukan ke kata ada shooting pagi ni.
“Kamu kata ada shooting? Tak pergi ke?” Darius tergaru-garu
kepala sambil buat muka.
“Shooting cancel last minute laa ibu. Yus tau mesti
ibu balik lambat. Boleh laa, nak ikut balik kampung Mak Eton. Dah lama tak
pergi” mungkin ini peluang untuk perbaiki hubungan kami. Kepala diangguk
perlahan. Melompat si anak gembira dapat menjejakkan kaki lagi ke kampung Kak
Eton.
“Nak ikut, kena drive kereta ibu. Selesa sikit. Hari
ni, Kak Eton jadi bos kat belakang” Datin Darina memang tak suka duduk di
belakang kalau perjalanan jauh. Mabuk.
“Takpe, hari ni biar Yus jadi supir aje. Janji balik
nanti ada upah ayam masak lemak cilipadi dengan kerabu mangga Mak Eton” pelik
betul bila anak yang bersikap dingin sesejuk ais kini ceria. Apapun alasannya
Datin Darina bersyukur.
Dalam perjalanan, Darius kembali ke sikap
pendiamnya. Hanya sesekali celoteh Kak Eton memecah sepi. Muka Darius yang
serius membuatkan hati tertanya apa sebenarnya dalam hati si anak.
“Yus, kita berhenti kejap kat kedai minum tu. Ibu
haus laa” sambil menunjukkan anak kedai kat tepi jalan yang dimaksudkan.
“Kak, tolong tanyakan si Yus tu. Apa hal sebenarnya
ni? Tak paham saya. Kejap sejuk, kejap panas” perlahan permintaan disuarakan
sewaktu Darius bangun mengambil kuih. Dari senyuman Kak Eton, dapat diagak dia
dah tahu hal Darius.
“Hmm, katanya tak berkenan dengan model perempuan
yang dipasangkan dengan dia untuk kerja dia hari ni. Tu yang tak mahu pergi
kerja tu. Apa dia kata? Control cun..haa, macam tu laa bunyinya dia cakap tadi.
Dia ikut kita ni sebab taknak orang cari dia kat rumah” bertuah punya budak.
Itu je masalahnya ke? Suruh posing ambik gambar je, bukan suruh kahwin pun
dengan model perempuan tu.
“Datin jangan tak tahu, budak pompuan tu dah banyak
kali kacau Yus. Dia tunjuk kat saya berapa kali budak tu telefon dia. Sampaikan
dengar bunyi telefon pun si Yus dah tak kuasa nak tengok” ish, sampai macam tu
sekali. Patut laa Darius lari.
Berani betul perempuan zaman sekarang ni. Tapi
terselit dalam hati, rasa bangga dikurniakan anak yang ada rupa dan berilmu.
Dan yang penting, tak mudah untuk menerima perempuan yang datang menyerah diri.
“Rasa-rasa ada lagi tak sungai kat belakang rumah
Mak Eton tu?” belum pun sampai Darius dah tanyakan sungai. Dulu masa
kecik-kecik memang dia rajin ikut Kak Eton balik ke kampung.
Lagipun kami sudah
tak punya kampung untuk dituju. Jadi, untuk memberikan anak-anak pengalaman
hidup di kampung, Datuk Dahlan akan mengizinkan anak-anak ikut Kak Eton pulang
ke kampungnya pada waktu cuti sekolah.
“Mana ada lagi Yus. Adik Mak Eton, Pak Chak usahakan
ternak kambing, bela keli. Nanti dah sampai haa, kamu tengok laa sendiri. Dah
lain benar keadaannya” sejak Kak Eton tinggal dengan kami, semua urusan
tanahnya diambil alih oleh adiknya di kampung.
“Alaa, baru nak terjun tiruk. Penat je bawak seluar
nak mandi sungai” butir kata yang jelas tak puas hati dengan perjalanan pulang
ke kampung kali ini.
“Tak puas ke kamu asyik berenang hari-hari kat rumah
tu?” tanya Datin Darina. Geram. Seperti tidak mensyukuri kemudahan yang
disediakan di rumah. Terdiam Darius dengan kata-kata ibunya.
“Lain ibu. Sejuknya tu pun lain. Terjunnya pun lain.
Mak Eton, nanti kita cari kampung lain yang ada sungai ye?” ayat Darius yang
tak menunjukkan dia seorang pemuda berusia 25 tahun. Macam budak-budak. Senang
betul nak pindah-pindah kampung ye. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia
sudah mahu bercakap. Tidak lagi membatu macam selalu. Mungkin dengan kehadiran
Kak Eton membuatkan dia ringan mulut. Agaknya.
“Tunggu laa kamu kahwin nanti. Cari laa kampung
sendiri” selamba je ayat Kak Eton membalas. Patut laa Darius senang bercerita
dengan Mak Etonnya, dia rasa diterima. Mungkin itu yang harus ayahnya lakukan.
----------------------------------------------------------------------------------
Suara garau Pak Leman membuatkan hati Uci rasa serba
salah. Selama ni bukan ke tugas menjaga Mak Leha adalah tugas dia? Kalau dia
ikut Mak Long Eton, siapa yang nak jaga makan minum emaknya yang terlantar tak
bergerak tu?
“Kamu tak usah laa risau. Bapak boleh jaga. Lagipun
maklong kamu mintak tolong dalam 3 bulan aje. Siap kerja tu, kamu baliklah
sini. Tak payah nak pikirkan sangat. Makan minum semua dengan maklong kamu tu.
Kamu nak tunggu orang hantar baju kat sini, berapa sangat yang kamu dapat?”
berkepul-kepul asap rokok orang tua tu keluar dari mulut bila dia bercakap.
Rasa kabut dalam hati buatkan akalnya tak dapat
berfungsi dengan baik. Lama jugak tu kalau duduk sana 3 bulan. Betul jugak
cakap ayahnya. Janji duit ubat mak cukup tiap-tiap bulan. Takpe laa, ikut kan
saja.
Matahari dah hampir tegak atas kepala. Rasanya, dah sampai kot Mak Long
kat rumah. Cepat-cepat dia mengumpulkan semua ikan bilis yang dijemur untuk
ditimbang dan dibungkus untuk dibawa pulang. Tauke Ah Chang pun dah kata
sementara dia takde, ayahnya boleh ganti. Ada juga duit kopi gula kat rumah
nanti.
“Tapi nanti apa pulak kata Tauke Chang? Buatnya
nanti, bila orang balik sini dah takde kerja lagi kat tempat dia” rengus gadis
itu lagi. Mengambil upah mengopek ikan bilis di rumah dengan upah cuma lima
ringgit seguni rasa sayang untuk dilepaskan. Dalam sebulan boleh laa dapat
dalam empat ratus ringgit.
Memang murah upah yang diterima. Terlalu murah
tetapi hanya itu yang mampu dibuat dengan keadaan ibunya yang memerlukan
pemerhatian 24jam sehari. Pak Leman pula bergantung harap dengan upah
kerja-kerja mengemas kebun orang kampung. Berapa sen sangat laa yang boleh
dapat.
Kalau dulu, masa hayat Abang Syakir masih ada,
merasa juga mereka makan ayam dan lauk-lauk yang sedap tapi setelah kematiannya
2 tahun lepas, semua yang sedap tu hanya terasa dalam mimpi. Marah mereka
sekeluarga sampai kini tidak hilang.
Arwah pergi setelah dilanggar lari sewaktu
dijemput ayah pulang dari kerja kilang. Motor yang dipandu ayah diseret jauh.
Ayah patah pinggang, arwah pula meninggal di situ. Rasa benci tengok
kereta-kereta mewah dipandu laju di jalanan.
Orang kaya semuanya berlagak. Tak berhati perut.
Benci betul. Masa kat sekolah dulu pun aku jadi bahan ejekan Tengku Hana, anak
tauke pasaraya kat pekan sana. Kalau kaya, pandai takpe laa jugak tapi aku
tengok biasa aje keputusan diorang.
Sejak hari tu, aku berazam akan belajar
pandai-pandai, biar dapat peluang untuk ubah nasib keluarga tapi dah tersurat.
Tak ada rezeki aku nak sambung belajar.
Lepas dapat keputusan SPM, tiba-tiba mak jatuh
sakit. Ulang alik ke hospital buatkan duit simpanan mak menjual kuih dulu makin
menyusut. Dengan tambang kereta sapu, makan minum kat hospital, ubat mak lagi.
Sampai laa satu hari, Pak Ngah Chak datang nak beli tanah bahagian bapak kat
baruh sana.
Mengenangkan nyawa mak takde galang ganti, aku paksa jugak ayah
jual tanah tu. Dan sekarang, sudah beberapa tahun berlalu, penyakit mak tiada
perubahan langsung. Cuma matanya saja yang mampu digerakkan.
Arghhh, payah betul kalau nak ditimbang semuanya.
Tetapi bila kenangkan Mak Long Eton banyak membantu perbelanjaannya masa
bersekolah dulu, malu juga kalau tak ditolong. Bukan lama sangat. Tiga bulan
aja. Lagipun ibu saudaranya dah berjanji, ada upah yang agak lumayan. Boleh
jugak hulurkan sikit untuk belanja mak dan bapak nanti.
“Kamu jangan takut. Sehelai upahnya dalam 400
ringgit. Ada dalam 10 pasang yang nak dijahit. Boleh laa buat beli ubat mak
kamu tu” aku termakan jugak kata-kata Mak Long bila dikaitkan dengan keperluan
mak.
Laju kayuhan basikal tua milik bapak aku kayuh. Dari jauh lagi aku nampak
sebiji kereta menjalar depan rumah. Perlahan basikal disandarkan di tepi dapur.
Terdengar suara orang bercakap-cakap di ruang tamu. Bungkusan ikan bilis
diletakkan di tepi tempayan beras. Hati-hati melangkah ke depan.
“Haa, dah sampai pun anak dara sorang ni. Penat
diorang tunggu Uci balik nak” suara bapak perlahan sambil memandangku. Aku lihat
maklong duduk di sisi seorang wanita yang agak bergaya. Masih terlalu muda
untuk title Datin. Awet muda kot? Bisik hatiku sendiri. Cepat-cepat aku
menghulurkan tangan bersalaman dengan tetamu.
“Maaf laa. Tadi Uci kena siapkan semua. Kalau tak,
nanti tak dapat gaji bulan ni. Maaf ye Mak Long, Datin. Uci buat air dulu”
sopan je aku mintak diri. Rasa pelik pulak bila ada orang datang berkunjung kat
rumah. Selalunya yang datang rumah pun bila hari raya je. Itu pun budak jiran
sebelah. Anak orang lain, lalu pun tak.
“Tak payah susah-susah nak. Apa namanya tadi? Uci?
Kami dah minum tadi” hmm, jimat gula aku.
“Macam ni Uci, Datin nak tengok manik yang kamu dah
jahit. Ada contoh baju?” kata mak long laju. Baju aku mana ada yang bermanik?
Semuanya kusam dan pudar. Kalau nak tengok baju yang aku jahit, kena pinjam kat
Kak Linda laa. Dia rajin menempah dengan aku.
“Hmm, Uci memang tak pakai baju manik-manik tu. Tapi
kalau nak tengok contoh, nanti Uci pergi pinjam kejap. Boleh tunggu?” lantas
berdiri berkira-kira untuk ke rumah Kak Linda di lorong sebelah. Aku tengok
Datin tu dah tersengih.
“Takpe laa Uci. Tapi sebelum tu boleh saya tau,
belajar menjahit kat mana?” Datin ni interview aku ke? Macam ni rupanya
temuduga kerja ye.
“Uci tak belajar kat mana-mana. Tapi minat sangat
menjahit. Uci guna kaedah cuba-cuba jaya je” kelakar kot jawapan aku tu sebab
aku tengok galak semacam je tetamu berdua tu ketawa.
“Haa Datin. Dah jumpa buku dengan ruas. Sama-sama
minat” kata maklong. Aku tak faham.
“Boleh tak Uci jahitkan sikit manik-manik ni untuk
saya tengok jahitan Uci. Kalau ok, petang ni jugak laa Uci ikut kami balik,
boleh?”
Aku pandang bapak, minta kepastian. Bapak angguk
lesu tanda mengizinkan. Pantas tanganku mencapai kotak yang dihulur Datin
Darina berisi bermacam warna dan bentuk manik untuk dijahit pada sehelai kain.
“Uci jahit satu line je cukup. Apa-apa design pun
boleh” kata Datin Darina.
Apa laa yang aku nak jahitkan ni? Akhirnya aku
jahitkan bunga lili sekuntum dan satu garis manik beriring. Tapi rasa macam tak
berapa menarik, jadi aku tambahkan manic halus-halus untuk direnjis di bahagian
tepi. Baru laa cantik. Dalam 15 minit, aku tunjukkan hasil jahitanku kepada
datin.
“Ya Allah, lajunya. Kemas pulak tu” kata Datin
Darina sambil membalik-balikkan kain sehelai yang dijahitkan manik contoh tadi.
“Saya kalau boleh memang nak siapkan cepat
manik-manik tu. Jadi, tak laa saya kena tinggal sana sampai 3 bulan kan Datin?”
dalam hati tetap merisaukan keadaan mak sepanjang aku tiada nak uruskan dia
nanti.
“Itu Uci jangan risau. Saya akan jahit cepat-cepat
baju dan Uci akan siapkan manik. Bila kita dah hantar kat butik tu nanti, saya
sendiri akan hantar Uci balik kat sini. insyaAllah, tak sampai pun 3 bulan”
senyum Datin Darina buatkan hati Suci Harnani lega.
“Kalau macam tu kata Datin, takpe laa. Uci pergi
kemaskan baju kejap.”
Dalam pada dia menyiapkan pakaian, tiba-tiba
terdengar suara orang melaung menjerit-jerit macam nampak puaka.
“Bu, tolonggggg…tolonggg..buuuuu…” apa hal yang
bising sangat tu? Tak pernah dengar pun suara tu kat kawasan rumah ni. Anak siapa
yang menjerit macam orang tengah menurun je bunyinya.
Cepat-cepat Uci ke depan
nak tahu cerita. Erk, siapa pulak mamat bibir bengkak ni? Hmm, tak lain mesti
dia nak curi rambutan aku laa tu. Kat pokok tu memang ada sarang tebuan.
“Ya Rabbi. Kamu kenapa ni Yus? Kenapa ni?” kelam
kabut mak datin terpa orang bujang tu.
“Vu, sakit vu. Tak namfak fun kat fokok ramvutan tu
ada tevuan. Vawak Yus gi klinik vu” aik, lelaki ke ni? Siap melalak pulak. Baru
kena sengat kat mulut dah menangis! Anak datin tu rupanya. Hahaha. Mamat lembik!
Bila aku tengok betul-betul, kesian pulak rasanya. Lain
kali asapkan dulu pokok tu, baru laa senang nak ambik buahnya. Kalau nak rembat
hak orang tak mintak izin, inilah padahnya.
Oleh kerana klinik terletak jauh di pecan dan agak
menyukarkan untuk kami berulang alik, Mak Long ambil keputusan untuk kami sekali
jalan. Mula-mula ke klinik dan kemudian terus pulang ke rumah Datin Darlina. Aku
tak kisah. Bukan mulut aku pun yang kena sengat.
Dalam perjalanan ke klinik, memang susah nak tahan
ketawa bila tengok mamat bibir tebal tu berairmata menahan sakit. Dah sah kena
injek laa tu kejap lagi. Anak mak betul! Datin Darlina pun tersengih-sengih
bila tengok aku tertawa perlahan.
“Sekarang ni, kamu ketawa laa sementara boleh. Nanti
mulut dia dah baik, takut-takut kamu pulak yang dia nayakan, Uci” Erk, apa
maksud mak datin cakap macam tu? Takpe, aku tau macam mana nak uruskan orang
banyak ragam ni. Prinsip aku senang aje. Aku tak kacau hidup kau, kau jangan
masuk campur hal aku.
Ok kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)