jom jadi kawan saya

Friday 28 June 2013

Bab 8


Perjalanan menuju ke tempat makan yang dimaksudkan hanya sekadar berjalan kaki selama lima minit. Tingkat bawah pejabat Darian yang sebetulnya.

“Uci tak kisah bang kalau makan kat warung je. Lagi ok kot. Segan pulak kalau ada staf-staf abang nampak kita makan berdua. Apa pula kata diorang nanti?” pelbagai andaian yang keluar dari mulutku.

“Aik, kita yang bawak dia datang sini. Ikut je dah la. Lagipun, siapa yang nak komplen? Ke, takut jatuh saham sebab dah pakai baju lawa-lawa macam ni. Ye lah, manatau kot-kot nak test market ke?” Ish, ke situ pulak dia melalut.

“Serius ni. Uci takut nanti apa kata Datin tengok Uci dah salin kulit macam ni. Mesti dia tanya, mana Uci dapat duit? Haa, apa nak jawab? Uci taknak kena potong gaji sebab nak bayar hutang” tergelak Darian mendengar jawapan aku yang lagi lurus daripada pembaris itu.

“Dah, makan je cepat. Taulah abang nak cakap macam mana dengan ibu nanti. Lepas ni nak hantar Uci balik lagi. Kalau orang ramai sangat, habis pulak teksi dalam KL ni. Kenalah Uci balik jalan kaki” merepek sungguh alasan. Pinggan hidangan tengahari licin dikerjakan. Alhamdulillah.

Sesudah membayar bil, kami beredar menuju semula ke pejabat Darian. Moga-moga Datin Darina masih ada di sana. Tak perlulah aku mencari teksi untuk pulang. Bahaya tau perempuan comel macam aku ni naik teksi sorang-sorang. Kalau aku diapa-apakan, siapa yang nak bertanggungjawab?

“Kalau Uci ganggu abang Yan buat kerja, Uci boleh tunggu kat bawah je” aku berusaha untuk tidak mengalih tumpuan Darian menyiapkan kerjanya yang membukit.

“Ish, mana ada ganggu. Lagi buat kerja abang cepat siap, adalah” senyuman yang dilemparkan membuatkan hatiku lega sedikit. Takut oii kalau-kalau diri jadi penyebab kerja dia terbengkalai.

“Abang Yan, nak tanya sikit boleh ke?” tak dapat cover langsung perasaan nak tahu dalam hati.

“Hmm, apa dia?” automatik Darian meletakkan pen yang dipegang ke atas meja. Meletakkan kedua belah tangan di atas meja sambil jemari bertaup membuatkan aku makin cuak. Takut jika soalan-soalanku menyinggung rasa.

“Kenapa Darius tu kepala angin sangat? Kalau ikutkan hati Uci ni, nak je lari balik kampung. Baik laa dah janji nak siapkan baju tu, kalau tak” aku mengangguk-angguk kepala tanda merancang sesuatu.

“Hmmm. Dia tu memang daripada dulu lagi macam tu tapi makin lama makin teruk. Abang pun sebenarnya tak berapa minat interior ni tapi bila difikirkan siapa yang nak jaga bisnes abah, abang mengalah” luahan hati Darian aku dengar dengan penuh minat. Nafasnya ditarik panjang. Berat. Suasana sunyi seketika.

“Uci percaya tak kalau abang kata yang abang minat zoology. Pasal haiwan. Mesti tak percaya kan?” aku belum komen apa-apa lagi, Darian dah buat keputusan muktamad. Tak aci!

“Aik, kita tak kata apa pun lagi. Ish, jauh perginya tu. Interior designer ke zoologist. Datuk dan Datin tak kata apa-apa ke?” ujarku inginkan penjelasan lanjut.

“Nak kata apa? Dorang pun tak tahu apa yang abang suka sebab daripada sekolah menengah lagi dah dipesan suruh ambil course ni. Terpaksalah memendam minat sendirian berhad. Tapi abang tetap ada impian nak buat mini zoo. Amacam, gempak tak?” macam-macam kerenah manusia atas dunia. Aku cuma mampu doakan agar Darian dapat merealisasikan impiannya yang tak kesampaian.

Tok.. Tok.. Tok..

“Encik Darian, lagi setengah jam ada meeting dengan Cik Taqwa tentang projek pejabat baru Istana Impian Holding. Dokumen semua saya dah sediakan di bilik mesyuarat” ucap seorang gadis, setiausahanya barangkali. Darian hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Uci tunggu sini. Abang jumpa client kejap je. Dah tak ada apa yang nak bincang sangat. Just need to finalize few things only. Tunggu sini. Jangan main jauh-jauh” buat lawak pulak dia kat aku. Ingat aku ni anak kucing?

Nasiblah banyak majalah mengenai hiasan dalam pejabat Darius ni. Iyalah, takkan pejabat designer bertimbun majalah pasal gunung-ganang pulak kan. Penat duduk di sofa, aku beralih pula di kerusi empuk milik Darian sambil berangankan jika pejabat seluas ini milik aku. Macam tak mungkin je.

Tiba-tiba mataku tertancap pada sesuatu. Sesuatu yang meletuskan perasaan ingin tahuku. Benarkah penglihatan mataku ini? Gambar Darian bersama seorang wanita yang cantik dan ayu. Sejuk mata memandang. Oh, sudah berpunya rupanya dia. Sangat secocok dan ini serta merta mewajibkan aku untuk menjauhkan diri dan menjaga batas-batas yang sepatutnya.

Bingkas aku bangkit. Takut-takut marah pula pemilik kerusi jika diketahui empayar jajahannya diceroboh. Berdiri merapikan baju yang disarung, membuatkan aku terfikir dan menetapkan dalam hati bahawa ini adalah pemberian pertama dan terakhir darinya.

Tak akan mungkin aku menerima apa-apa lagi pemberian walau setulus mana kata diucap. Tak perlu menjadi genius untuk mengetahui batas antara seorang perempuan dengan lelaki yang sudah berpunya. Dan umurku yang muda pun bukan alasan untuk aku tidak bertindak matang.

Tetapi akal pendekku tetap tertanya-tanya, siapakah wanita cantik itu? Tak pernah pula Darian buka mulut memberita sebarang penjelasan tentang wanita itu. Arghh, lantaklah. Bukan laki aku pun.

Dalam setengah jam kemudian, setelah selesai 4 naskhah majalah aku khatamkan baru terlihat kelibat Datin Darina. Leganya hati. Badan dah rasa tak selesa. Balik rumah lepas ini harus berendam macam badak.

Tak sempat menunggu Darian, kami pulang tanpa berpamitan. Bukan senang nak meloloskan diri daripada kesesakan jalanraya di ibukota rupanya. Kalau macam ini, aku lebih sanggup menghabiskan usia di kampung. Tak perlu menghabiskan masa berjam-jam di dalam kereta hanya untuk sampai ke rumah. Lagi bertambah stress adalah.

“Cantik baju?” teguran Datin Darina membuatkan aku teragak-agak mahu menjawap.

“Err.. Haa, yang ni Uci dapat sebab Abang Yan belikan. Datin marah ke? Kalau marah, saya pulangkan balik lepas basuh nanti” takutnya aku nak jawab. Sebab bimbang tersalah bagi jawapan. Aduh!

“Laa, saya nak kata yang baju ni cantik, kena dengan kulit Uci. Itu je. Yang gelabah sangat ni kenapa?” sengihan mak datin membuatkan aku mengurut dada. Lega oii!

“Tak laa. Uci ingatkan makcik tak suka. Lagipun mahal sangat baju ni. Tak mampu kalau Uci sendiri yang keluar duit” omelku perlahan sambil membelek-belek material kain.

“Kalau Uci rajin, nanti boleh manikkan baju ni. Boleh masuk dalam profail Uci. Senang customer nak pilih design mana yang diorang suka. Sekurang-kurangnya boleh jadi guideline” Ish, cakap macam laa aku nak bukak kedai kat sini. Tak laa kot. Dah laa sewa kedai mahal, nak cari pelanggan lagi, cari stok lagi. Silap haribulan, gaji sendiri tak terbayar. Takkan nak makan roti banjir dengan air kosong hari-hari?

“Uci tak fikir sampai situ lagi makcik. Lepas siap projek makcik tu Uci nak balik kampung terus. Risau sangat kat Mak tu. Bapak pun boleh tolong tengok-tengok je. Nasib ada Pak Chak tengokkan Mak hari-hari” ujarku tertunduk. Segan dengan pengakuan sendiri.

Biarlah orang nak kata aku tak ada cita-cita tetapi memang itu yang harus aku buat sebagai anak. Lainlah kalau aku ada adik beradik perempuan yang lain.

“Bukan maksud makcik nak memaksa tapi sekurang-kurangnya Uci ada perancangan masa depan. Kita pun tak tahu sampai bila keadaan Mak Uci macam tu kan? Mungkin akan sembuh sepenuhnya. Mungkin juga Tuhan lebih sayangkan dia. Jadi, ini persediaan untuk Uci sendiri” terang Datin Darina panjang lebar. Dan aku pula terangguk-angguk macam belatuk nak buat sarang.

“Tak apalah kalau Uci rasa belum bersedia Cuma jangan lupa ambil je gambar baju ni bila dah sudah letak manik nanti ok. Kalau Uci taknak, makcik nak” sambung Datin Darina sambil ketawa.

“Makcik jangan cakap macam tu. Uci ingatkan lepas siap jahit semua baju-baju yang nak kena manik tu, nak balik kampung terus. Duduk sana. Lagipun Mak dengan Bapak dah tak ada siapa-siapa nak jaga diorang” menegaskan niat aku yang asal. Dalam hati terasa sebak. Takkanlah aku nak tinggalkan mereka dalam keadaan yang macam tu. Orang lain mungkin ya tetapi bukan aku. Susah macam mana sekalipun, ibubapa tetap jadi keutamaan.

Perjalanan pulang mengambil masa hampir sejam membuatkan berbagai-bagai kisah dapat aku tahu. Paling seronok bila mendengar impian Datin Darina mengenai butik yang bakal dibuka. Orang ada duit, bolehlah berangan apa sahaja. Orang macam aku? Boleh jugak. Boleh tadah telinga je dengar cerita orang.

Tetapi timbul rasa kasihan bila Datin Darina meluahkan rasa hati mengenai Darius. Tak pasti sejak bila hubungan mereka menjauh. Sejuk sedingin salji. Kalau boleh diumpamakan barang yg terlihat, agaknya hati Darius tu dah beku macam ayam yang terletak dalam freezer lebih setahun. Hinggakan pagi raya pun dibuat biasa. Macam tak perlu nak meraikan apa-apa.

Setakat sarung baju raya selama dua jam, salam dengan penghuni rumah macam setakat jumpa kawan sekolah, pergi masjid lepas tu terbongkang tak ingat dunia sampai ke petang. Malam pula lepak kedai mamak. Nasib baik bukan adik beradik aku. Kalau iya, memang aku bagi pelempang lapan das sampai teleng kepala!

Aku tak pasti kenapa, melihat kelakuan Darius yang mengada-ngada sejak kena sengat tebuan di kampung dahulu hinggalah perangainya yang kuat menjawab dan kuat memberontak dalam rumah, membuatkan aku senang panas darah.

Kalau mamat macam tu, simpang malaikat empat puluh empat laa nak jadi laki aku. Haih! Woi, yang kau berangan sampai ke situ kenapa? Tak tahu ke lintasan dalam kepala pun boleh dikira doa. Ei.. eii.. eii.. marah betul sampai tertepuk mulut sendiri.

“Uci kenapa?” teguran Datin Darina membuatkan aku kembali ke alam realiti. Apa yang aku dah buat tadi? Aiseh, bikin malu saja.

“Err, tak ada apa-apa makcik. Teringatkan Mak dengan Bapak kat kampung. Makcik buat-buat tak nampaklah ye” aku tersengih-sengih macam kerang baru lepas kena rebus dengan suhu setinggi 800 darjah Celsius. Eh, ada ke panas setinggi tu? Dah macam kena rebus dengan glazier je bunyinya.

Kereta membelok masuk ke dalam garaj. Terjejaknya kaki ke dalam rumah bermakna kerja-kerja pengasingan manik akan bermula. Beberapa plastik hasil tangkapan iaitu belian di kedai manik tadi kuusung masuk ke dalam studio menjahit.
Terlihat batang tubuh maklong membuat kerja. Oh ya, maklong punya kerja mana pernah berhenti. Selagi mata terbuka, kerja.. kerja.. kerja! Agaknya itu motto kerja maklong kot?

Mengasingkan setiap jenis manik, labuci serta batu-batu yang bakal dijahit nanti ke dalam bekas yang berasingan memudahkan untuk aku menjahit. Kalau dah bercampur-campur nanti, tak ke seksa nak asingkan balik.

Seronok, gembira dan puas hati bila bekalan manik untuk projek baju pengantin nanti siap disusun mengikut warna. Siap aku labelkan mengikut kod yang ada di kedai. Kalau habis, senanglah nak order lagi.

“Wah, cantik!” puji Datin Darina dari belakang. Segera aku menoleh.

“Apa kata kalau esok Uci pergi belajar teknik yang betul jahit manik? Lagipun baju belum banyak yang siap” cadangan DatinDarina yang spontan membuatkan bola mataku membesar. Teruja semestinya.

Tetapi… Automatik wajahku muram tanpa selindung. Mana aku nak cekau duit? Kepala yang tak gatal digaru-garu.

“Dah, tak payah banyak fikir sangat. Nanti makcik daftarkan. Makcik harap Uci belajar elok-elok. Banyak kelebihannya bila kita tahu jahit dengan teknik yang betul. Selain daripada dapat ilmu baru, kita boleh cipta design yang lain. Boleh juga jimatkan masa. Tak adalah lagi kaedah cuba-cuba jaya, ye tak?” seloroh mak datin membuatkan aku lega. Lapang rasa hati.

“Terima kasih makcik. Budi makcik tak dapat Uci balas. Harap-harap Uci dapat mudahkan kerja makcik nanti” hanya itu yang mampu terluah. Ingat senang nak susun ayat ucapan terima kasih. Tapi rasanya dah ok laa ayat tu kan? Bukannya aku nak dapat anugerah apa-apa pun. Yang penting keikhlasan jauh dalam hati. Chewahhh!

Berpuas hati dengan kekemasan studio jahitan, bilik aku tinggalkan menuju ke dapur. Perlu ditolong maklong tu. Apa pula kata dia nanti? Balik berjalan-jalan, tak tahu nak menolong apa yang patut.

“Maklong, meh Uci tolong” tersengih berdiri di tepi tubuh yang tua itu membuatkan hatiku terasa sayu. Agaknya kalau maklong ada anak, mesti sudah ada yang sebaya dengan aku.

“Apa yang nak dibuat Uci? Dah siap semua. Tinggal nak kemas sikit ni je ha” tangan maklong ligat mengelap permukaan jubin yang basah.

“Takpe, biar Uci je yang buat. Maklong pergi laa rehat. Tercabut tangan tu nanti, Uci tak tahu nak pasang balik” aku cuba bergurau, berusaha menghentikan maklong daripada menyental bersungguh-sungguh.

“Alaa Uci oiii, dah berpuluh tahun maklong duduk sini. Tak ada pun nak tertanggalnya tangan ni. Lagi kuat otot ni ada laa. Kalau maklong masuk bertanding macam Malek Noor tu, mesti orang lain tak mahu ikut bertanding tahu?” gelihati aku mendengar ayat maklong yang satu itu. Ada ke nak masuk pertandingan yang macam tu?

“Maklong, Malek Noor pun dah tak buat kerja-kerja macam tu lagi. Dia buat bisnes lain sekarang” pelik muka maklong dengar jawapan aku.

“Mana Uci tau?” alahai maklong aku ni pun. Orang bergurau, dia ingatkan betul-betul. Terhambur ketawaku yang besar. Hampir sahaja aku dilibas dengan kain lap yang lembap.

“Tu laa maklong. Uci suruh rehat kejap je tak mahu. Kena laa dengar Uci merepek petang-petang macam ni. Maklong ada buat kuih tak? Uci rasa nak minum petang. Dah nak asar ni” ujarku sambil mengacau teko berisi kopi O. Memang kena sangatlah kalau diregukan dengan kuih-muih tradisional.

“Haa, pergi ambil karipap sardin dalam bekas ungu tu. Alang-alang kamu dah ajak ni, jomlah kita ajak datin sekali. Seronok minum ramai-ramai ni” sejurus itu aku menghilang. Muncul kembali dengan orang yang dimaksudkan.

“Amboi, sedapnya bau!” senyuman Datin Darina menguntum. Kerusi putih separas pinggang yang terletak di bar ditarik seraya melabuhkan punggung.

Aroma kopi menerawang ke seluruh bahagian dapur. Cerita-cerita orang yang berpengalaman memang seronok di dengar. Aku hanya menadah telinga. Sesekali tersenyum dan tersengih menandakan aku ikut melayan. Selesai dua keping karipap dan dua cawan kopi, aku meminta diri menunaikan Asar yang tiba dan berniat untuk berehat seketika menantikan waktu tibanya untuk menghidang makan malam.

Baru hendak meletakkan kepala di bantal, terdengar pintu diketuk. Perlahan. Aduh, siapa pula ni? Badan rasa malas betul nak bangun. Tetapi adat menumpang, pandai-pandailah bawa diri. Kaki menuju ke pintu dengan longlai.

“Kau tidur ke? Petang-petang macam ni anak dara tak elok tidur tahu. Nanti bengap. Dah laa kau tu tak pandai” muka seorang pendengki tegar bernama Darius tercatuk depan pintu bilik. Membuatkan aku rasa macam nak bagi dia satu pelempang jurus tanpa bayang. Tapi sayang, jurus itu hanya mampu aku buat dalam khayalan sahaja. Kalaulah boleh buat betul-betul.

TIK! Bunyi petikan jari membuatkan khayalan indah ciptaanku hilang bak belon diletup jarum.

“Kau nak apa?” benci betul aku nak layan Darius berlagak ni. Padahal semua benda yang diminta boleh dan mampu dibuat sendiri.

“Aku nak minum petang. Hari ni kau jangan nak melawan cakap aku. Kalau tak, siap!” sekali lagi telunjuk kanannya lurus betul-betul di mukaku.

“Kau jugak yang kata aku tak pandai. Dah kau tu pandai sangat, pergilah buat sendiri. Curah 3 in 1, letak air panas. Kacau-kacau dengan sudu. Ambil kuih dalam bekas atas meja tu pastu masuk mulut. Khatam minum petang kau” sebal dalam hati bila dikutuk sebegitu rupa. Macam laa dia tu bagus sangat!

“Uci, kenapa tu? Bising sampai ke belakang boleh dengar” suara yang aku kenal. Lontaran vokal Datin Darina membuatkan aku tersentak. Isyarat yang dibuat Darius membuatkan aku yakin bahawa hidupku diancam bahaya yang bergelar Darius, Si Putera Bongkak. Geramnya! Tak payah buat isyarat aku diperhatikan pun aku dah boleh tahu dia memang selalu cari jalan nak gaduh dengan aku.

Cepatlah siap baju-baju mak datin tu supaya aku boleh jahit manik laju-laju. Dan akhirnya dengan aman aku boleh seret beg baju, balik kampung. Tak sabarnya nak keluar daripada rumah ni. Jauh daripada manusia yang bernama Darius sebenarnya.

Tak boleh tengok orang hidup senang, Putera Bongkak memuncungkan mulut ke arah dapur. Ye lah, tak payah bersuara pun aku dah tahu apa yang dia nak. Mangkuk betul!

Apa masalah sebenar mamat ni dengan aku pun tak tahulah. Ada je point dia nak kenakan aku. Apa, besar sangat ke dosa aku kat dia? Baiklah dia tak jadi hakim. Kalau tak, mesti naya je pesalah yang dapat bicara dengan dia ni. Tak payah bicara, terus jatuh hukuman pancung je. Tak pun, nasib banduan tu baik kenalah penjara seumur hidup.

Sambil mengacau air panas menggunakan sudu teh, membuak betul keinginan aku untuk korek mata dia keluar. Serius kalau aku dan Darius hidup pada zaman jahiliyah, memang aku dah buat. Boleh tak kalau aku merayu kepada Datin Darina supaya aku jahit je baju-baju dia tu kat kampung? Tak usah buat lawak Uci. Dah sah-sah jawapan yang kau terima ialah “tak boleh”. Noktah.

“Woi, cepatlah! Terhegeh-hegeh macam mak nenek!” tempik Darius macam orang sawan. Malas aku nak layan. Lagi lambat aku berjalan.

“Nak Tengku Putera Mahkota. Ada apa-apa lagi yang boleh patik tolong?” agak-agak dia faham tak yang aku tengah menyampah? Tolonglah tahu.

“Hmm, nanti ada apa-apa yang aku nak, aku panggil kau” perlahan suara seolah hilang modal.

Haa? Macam tu aje? Terima kasih pun tak ada? Bertuah punya manusia. Aku harap kau hidup aman damai bahagia selama-lamanya hingga akhir hayat kau. Tak adalah kau nak kacau keharmonian hidup aku lagi. Huh!

Berjalan sambil menghentak-hentakkan kaki sekuat hati membuatkan sekurang-kurangnya rasa benci aku mengalir ke lantai. Tak perlu bertakung dalam hati. Kenapalah kau dicipta sebagai manusia? Bukankah lebih baik kau diciptakan sebagai senduk kayu? Oh Darius!

Jeritan dalam hati hanya mampu aku eksperesikan dengan menggenggam penumbuk sendiri. Nak tumbuk sebarang benda takut cedera pula tangan nanti. Payah pulak aku nak memanik. Tangan nak cari makan ni. Tetap hati tak lega, aku tumbuk bantal berkali-kali. Guna bantal lembut sikit.

Baru aku nak membaringkan badan, terdengar lagi ketukan di pintu kali kedua.

“Memang aku bagi jugak budak Darius ni sebijik karang!” betul-betul nak rasa tamparan wanita agaknya dia ni. Bibir kuketap sekuat-kuat yang mungkin. Kaki menuju ke pintu dengan perasaan amarah yang amat. Daun pintu ditarik dengan kasar.

“Kau nak apa lagi haa?!” sedikit terjerit aku di muka pintu. Tetapi wajah yang muncul di pintu membuatkan aku terkedu. Mukaku pucat tak berdarah jika ditoreh. Datuk Dahlan!

“Err.. Mmm.. maafkan Uci pakcik. Uci.. Uci ingatkan tadi err.. “ ini bukan gagap.. dah disampuk Parkinson terus aku waktu itu. Takut tak usahlah cakap. Ngeri!

“Wah, betul marah ye kamu? Hmm, mesti budak bertuah tu yang usik kamu ye?” aik, mana dia tahu ni? Alahai, jangan jadi panjang laa drama ni nanti. Dalam hati terasa macam dah nak meletup. Berdegup selaju 240km/j.

“Err, pakcik nak apa-apa ke?” otakku kembali stabil dalam masa tiga minit setengah. Argh, pandai-pandai je aku kira masa tapi yang penting, kekakuan aku depan Datuk Dahlan tak lama.

“Hmm, tak ada apa yang penting. Saja nak check kamu ok ke tak? Kamu taknak dinner sekali ke? Semua orang dah ada, tunggu kamu je lagi” haaa.. mulut yang separa ternganga menunjukkan aku benar-benar tak tersedar betapa laju masa berlari. Ni semua sebab Darius yang suruh aku buat macam-macam sampai aku tak sedar dah berapa lama aku berehat dalam bilik.

“Err, ye ke pakcik. Saya datang sekarang” kataku sambil tersenyum membuatkan Datuk Dahlan beredar segera.
Tak perlu nak terhegeh-hegeh, aku capai tudung di hujung kepala katil. Bergegas ke meja makan. Terasa seperti seorang pesalah yang bakal menjalani hukuman kerana banyak mata yang memerhati

Thursday 2 May 2013

berlakon

assalamualaikum gengs sekelian..

semenjak dua menjak ni, byk betul cerita adaptasi drp novel.. aku xkisah pun.. suka jugak sebab selama ni dok reka sndri scene2 dlm nobel tu kan.. writer2 skrg pon suka buh hero & heroin so, kita pun follow je laa muka yg dorg tepek tu.. klo yg kena dgn jiwa kita, rasa real sgtlah.. gudjob uols writers sbb ingt senang ke nk cari wajah2 yg matching dgn jln crite.. tidak sama sekali hokeh.. *silalah percaya.. kdg2 kita suka tp bila dh publish, readers lak xsuka..

bila dh jd adaptasi kat layar perak, mesti ada perubahan sana sini yg tak menjejaskan jln cerita asal.. tp smpai skrg haku betul2 pelik laa dgn pengarah, produser drama dan filem ni.. kecuali almarhumah Yasmin Ahmad.. xtau samada kebetulan atau disengajakan.. apakah pada penglihatan, pengamatan dan pemerhatian anda semua bahawa penduduk kampung pergi ke kedai runcit membeli ikan dan sayur bermekap mcm nk g opis? ataupun student kolej pergi kelas berpakaian vogue?

aku mmg xde ilmu psl perfileman atau penggambaran drama tp rasanya mcm xde pulak aku tgk org perempuan nk masuk tidur pon bulu mata bertingkat2 tak tanggal2.. so okwad tahu..

rasa2nya lg hidup sesuatu cerita tu kalau para pelakon dibiarkan dgn wajah yg asli.. tp dikecualikanlah cite pasal donia korporat kan? xadil pulak kalau aku mintak seorang CEO muka pucat lesi masuk miting pasal tender 8juta.. *betul2 nk jimat kos ye korang!

lagi satu, tolonglah pelbagaikan lagi wajah hero dan heroin.. unless dorg tu dh ikat jd lead cite korang selama 800 cerita =P yg tu aku xleh nk kata apa laa kan? rasanya byk kot muka2 yg fresh kt mesia ni even faktor geografi kita terlalu kecil.. *aiseh, dh jd ahli kajian tempatan pulak dah.. dan sila lah pilih pelakon ok, bukan kayu yg hensem.. sbb kalau dia boleh blakon, biar xhensem pun tetap akan dipandang suwit sbb kena dgn cerita.. *yakinilah ianya terjadi

lg satu nak mintak, aku sbg penonton perempuan islam yg dh kawen, sila2 laa jaga lakonan anda ye wahai pelakon wanita islam.. mmg laa hubby (bg yg dh kawen) & parents (utk yg bujang) korg izinkan tp tak bermakna laa matlamat korg nk dpt high rating tu menghalalkan apa jua aksi lakonan.. harap point yg ni dpt laa dipahamkan dgn cara yg bhemah.. mesti ada yg kata, kalau xsuka xyah laa tgk tp rasanya banyaaaaaaaaaaaaaaak cara utk menggambarkn situasi yg intim tu, kan?

pilih crook yg xnmpk sgt ke crook an nye tu boleh x? mmg laa dh dia tu jd crook tp cer laa imejin sket, crook yg xmenunjukkn sgt kejahatannya akan lebih mencabar tau.. encik2 crook sekelian, jgn jd badboy okeh.. sgt xcomel! paling lemau bila part berdarah2 tu.. nmpk benor sos tomato nyer.. takpun dicurahnya liquid ala2 ubat batuk sirap.. haiyaa, spoil mood aii..

kenapa aku buat note nih? sbb nk tgk cerita malaysia setanding cerita luar.. sekali lagi diingatkan, jgn sentap ye org2 industri perfileman, ini cuma harapan aku nk tgk drama yg lagi best di masa akan datang.. =)

Sunday 28 April 2013

sembang malam hari

assalamualaikum dan gudniye guys..

bila anak2 dah tidur, idea pun belum datang seperti mencurah air di dalam baldi ke tanah.. baiklah aku borak jap dgn korang ye tak?

dalam nak mencari jalan cerita yg smooth, aku memang takleh tahan dengan kepala aku sendiri.. apa taknye, mcm yo yo ooo jer dh plan nak wat itu ini tapi tup2 terasa mcm "apakah aku sedang membuat skema jawapan pmr, atau mungkin spm???"

aku tak buat cerita utk diterbitkan jadi buku.. bukan itu niat utama.. sekadar mahu mencipta drama dalam khayalan sendiri yg payah nk jumpa kat tv.. tu jer.. kalau lepas penilaian, Alhamdulillah..

sgt enjoy baca buku adik2 penulis yg fresh, sgt suka baca buku senior2 yg dh establish.. xlayak rasanya nk komen hasil karya mereka2 ini sedangkan kita sendiri belum punya waima satu naskhah.. xperlu nak mendabik dada kita siapa kerana apa yg penting adalah apa yg kita utarakan...

aku mmg kasar orgnya tetapi seboleh mungkin aku cuba utk menjaga batasan dlm hubungan sesama manusia.. apa yg aku selalu pesan kat ank2, jgn sesenang hati nak buat org, sbb Allah akan byr blk setiap apa yg kita buat kat orang.. buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas.... korang jawab laa sendiri =)

kadang2 memang xkena kat kita tapi siapa tahu akan terkena tempiasnya pada ibu kita, ayah kita, anak cucu kita akan datang.. Allah Maha Adil.. siapa kata xboleh mengkritik? boleh, dan amat dialu2kan tetapi biarlah kena dgn cara dan kekdahnya..

bila readers kata mereka makin bijak memilih bahan bacaan, bermakna mereka juga sudah bijak dlm melontar buah fikiran.. mungkin entry aku ni akan dibaca bertahun2 akan datang dan diharapkan ada pihak yg mendapat manfaat.. dan kpd sesiapa yg mahu jadikan ini sbg bahan berdebat juga dipersilakan tetapi mohonku, biarlah secara berilmu dan berhemah..

Friday 26 April 2013

sakit mata.. hidup mesti terus

salam khamis readers...

sakit mata dh 2 hari tp kerja mesti setel, even aku menaip 2,3 rangkap.. *kau ingat pantun???

bila menaip tgh mlm lepas pipah tdo, adalah masa yg aku dpt merempit mengarang.. sbb lps kul 2pg jarang dia bgn balik.. ditemani dgn radio THR Gegar, xde laa aku takut sgt.. *okeh, serius betul, aku penakut! sila rahsiakan =)

geram.. geram.. geram.. nape? sebab dlm kepala dah kuar ayat smpai chapter 800 *adake?.. tp yg aku tekan2 kat kibod baru page 80.. kemon laa.. apa yg terhegeh2 sangat nih.. rasa terseksa ok.. last2, aku tutup semua sumber punca audio.. yang jd peneman aku mlm2 cuma bunyi kipas di siling.. sesekali bunyi cengkerik nak jugak masuk korum tp oleh kerana xde royalti utk dia, maka dia pun beredar membawa hati yg lara.. *homaigad, aku dh start merapu..

tapi aku hanya mampu bertahan selama 18minit.. iyer, ngam-ngam 18minit! aku kalah sbb dah dasar penakut, bunyi dedaun berguguran sbb angin kuat pon aku dah pikir yang bukan-bukan.. prfttt! aku rs masa ni, kalau berdiri jembalang depan aku, aku baca ayatul Kursi, harus dia gelakkan aku guling2 xhengat donia.. walaupun dlm imejinasi aku yg xseberapa ni, dia akan hangus terbakau dgn sekali petikan jari.. *nampak benau iman tak mantap kakton oiii!

apa yg aku nak gtau kat sini, kali ni adalah... buat kerja kena fokus sebab aku jenis mudah kelaut.. jadi, aku akan setkan target.. apajadi skalipun, kena taip sekian sekian pages.. melainkan kiamat berlaku.. amacam, fokus tak kakton???

Wednesday 24 April 2013

berubah... biarlah ke arah yg lebih baik

salam rabu uolzzz..

rasa2 nya most of d blogger lagi suka buh wordless wednesday kan.. tp aku dah decide nak bebel pjg2.. sukatilah kan, blog sendiri.. =)

kenapa lama xde Deng, Uci dgn Oyi? meh aku jwb.. sbb lps miscarriage beberapa bln yg lps mood jd xstabil memikirkan benda yg ntah apa2.. so, bila mood kelaut apapun xjadilah.. gtu kekdahnya..

tp disebabkan dpt mesej kat fb ngatakan nk Uci utk dinilai tetiba jd eksaited xtentu psl.. *eleh, mcm best sgt citer tu*

aku tau, sedar diri dan tau tahap bakul aku sendiri.. sbb tu aku byk mtk tunjuk ajar yg bpengalaman, tanya mcm2 smpaikn aku rasa macam nk menyampah dgn soklan sendiri.. kpd yg bkenaan, kakyus n mimi.. zillion thanks i should say to U..

kenapa berjaman nk siap??? okeh, kalau aku senaraikn segala tugas seharian, mat bangla pun boleh menangis.. *silalah percaya..

korang ingat jadi mak ni xfenat ke? *mohon jadi mak selama seminggu, tgk korang leh tahan ke x.. kerja tanpa gaji bulanan, no allowance, no MC at all, no PH, kerja oncall 24/7.. and dats y, never ever put just an 'A' in front of housewife okeh.. just dont! bkn calang2 org sanggup bertahan..

1 hari aku just leh henyak plg pjg pon 5pages... iyer, lima mukasurat sahaja.. yg writer lain boleh buat dlm masa beberapa jam, err.. minit kot?.. bkn nak komplen, dah anak2 pon bijaksana sumenye, bila kita mula nk menaip taim tu laa dia nak makan padehal baru lps seploh minit dia mencekik.. prfttt! taim tu laa nk dukung, nak minum, gatal blkg badan, skt perut dan segala yg seumpama dgnnya..

jgn xtau yg speselnya jadi mak ni ialah, segala jawatan dlm donia ni akan disandang tanpa perlu memohon.. hebat x kakton???

akulah cikgu, nurse, supir, chef, fashion designer, doctor, kauselor, ustazah, tukang dobi.. u name it.. jadi, utk mereleasekan tgn, mata dan jari sendiri.. aku pun bebel kat dlm ni.. even encik ayah pun xtahu aku ada blog.. *serius, dia mmg xtahu!*

my wish, dgn N3 yg merepek merapu meraban ni, aku dpt blk mood nk mengerjakan blog 5K ni smpai lunyai.. n hopefully dpt siapkan Uci asap.. korang, doakan aku ok =)

~syg readers sekelian~