jom jadi kawan saya

Thursday 27 September 2012

Review: Biar Cinta Bertaburan (BCB)

Bismillahirrahmanirrahim...

baru 1st time ever nak review novel kandaku tersayang.. tssssk!




Mungkin ada kebenaran kata orang2 tua, jangan benci melampau takut-takut bertukar rasa cinta. Begitu jualah alkisahnya hubungan antara Emeer~Ayesha. Diam tak diam berlalu masa hingga tahun ketiga hubungan majikan pekerja hinggalah mereka terasa kemesraan yang terjalin rupa-rupanya melebihi had majikan~pekerja.

Banyak suka duka terpaksa dihadapi Ayesha terutama sekali konflik jiwa bila mengetahui sayangnya pada Emeer memekar saat dia tahu bosnya sudah bertunang hingga memaksa dia melarikan diri dengan harapan terputus segala perhatian Emeer kepadanya.

Emeer yang memiliki rasa yang serupa seakan tidak rela melepaskan Ayesha pergi lalu menjejaki hingga berlaku satu peristiwa hitam dalam hidup mereka.

Namun begitu, awan tak selamanya mendung. Peristiwa hitam itu jua telah menyatukan mereka walau menerima tentangan daripada Rashdan yang sejak dulu meminati Ayesha. Kehidupan Emeer~Ayesha juga sentiasa diulit rasa bahagia hingga menyemai benih cinta antara mereka.

Sungguhpun benar-benar cinta namun setiap rumahtangga pasti ada ujian. Terbukti Ayesha seorang yang tabah apabila menerima ujian tersebut dengan redha demi kebahagiaan semua.
(Part yang ni daku sedih okeh)


#nak tau apa peristiwa hitam tu? aplagi dugaan untuk mereka setelah berumahtangga?? sila cari jawapannya di dalam novel "BIAR CINTA BERTABURAN" karya hebat hasil nukilan Yusnida Tajudin...

Tuesday 11 September 2012

SDG Part 19

Bila masuk ke ruang pejabat yang dulunya milik Isfahan, buatkan aku sebak sekejap. Terasa bau harum tubuh dia yang dah macam melekat kat hidung aku ni. Aku pandang hiasan keliling dinding. Banyak sijil-sijil bergantungan dan yang paling menarik sekali ialah potret pertunangan aku dan dia dulu selain gambar Yaya keriangan. Dalam tertawa, aku menangis. Perlahan, gambar-gambar tu aku usap penuh rindu.

Minyak wangi yang biasa dia gunakan pun masih tersusun kemas di atas meja. Itu lagi membuatkan aku tak boleh nak singkirkan dia dari dalam ingatan saat ini. Tapi aku pasrah. Aku mesti kuat dalam mengharungi hidup yang tak seindah mimpi. Aku akan pastikan perniagaan arwah terus berkembang bagi memastikan perbelanjaan rumah anak yatim tak terjejas sedikit pun.

Pagi tu, mesyuarat ringkas diadakan bagi memperkenalkan aku dengan semua staf yang ada dan aku meminta jasa baik semua supaya bekerjasama sama seperti adanya arwah dulu. Selepas aku diberi taklimat ringkas oleh Lyana, setiausaha arwah dulu baru laa aku faham rupanya banyak lagi projek yang dirancang oleh arwah. Melihatkan kertas kerja yang lengkap, dapat aku pastikan yang arwah seorang yang kemas dan tersusun.

Pagi-pagi macam tu memang selalu aku sarapan ringkas. Cukup dengan roti sekeping dan Milo panas secawan tapi bila Lyana mengajak aku sarapan sekali, tak salah rasanya join diorang. Hari pertama, lebih baik kenal semua pekerja kat sini.

Perbincangan tak rasmi kami pagi tu jugak membuatkan aku tergamam dengan idea arwah yang nak melabur dalam hartanah. Cuma waktu tak berkesempatan. Beberapa lawatan ke tapak projek juga sudah dilakukan sebelum arwah meninggal dunia dan beberapa tempat sudah dikenalpasti untuk dibangunkan.

Patut laa arwah beriya-iya nak suruh aku cuti lama-lama. Mesti dia dah rancang nak pergi tengok projek dia yang terakhir tu. Bila membincangkan perkara yang membabitkan perancangan awal arwah, aku lihat pekerja semuanya macam takut-takut nak luahkan. Mungkin diorang anggap aku masih lagi tak dapat terima pemergian arwah.

“Kamu semua boleh cakap pasal apa jua cadangan. Saya tak apa-apa. Sama-sama kita usahakan impian arwah. Saya nak arwah tau yang kita semua dah cuba pastikan usaha dia tak sia-sia” kata-kata semangat aku tu disambut dengan tepukan oleh semua. Permulaan hari bekerja yang baik untuk aku, rasanya. Detik hati makin sayu.


Rasa penat giler bila kerja line korporat ni. Baru laa terasa dah lama sangat tak masuk pejabat, menulis segala surat formal dan meneliti dokumen yang mesti ditandatangan. Itu belum lagi urusan dengan bank, setiausaha syarikat, pelanggan, pembekal tentang pertukaran aku bagi menggantikan arwah Isfahan. Siapa kata senang jadi bos ni. Ingat dalam drama ke? Pakai sign je segala surat. Takde maknanya.

Nampaknya Isfahan dah menyediakan ruang terbaik untuk aku memulakan langkah dalam bidang ni bila semua pelanggan dan pembekal memberikan kerjasama. Memang Isfahan mempunyai track record yang baik dengan semua. Dan aku harus mengekalkannya begitu.

Malam tu terasa lega sebab aku dah mula nampak hikmahnya. Dengan keuntungan yang diperolehi syarikat, kebajikan anak-anak yatim terpelihara. Aku pun dah mula nampak ada dunia lain selain dunia kraf aku yang kat rumah tu. Dan yang penting, tak sia-sia apa yang aku belajar dulu.

Insyaallah esok akan jadi penerus misi untuk memajukan lagi empayar arwah tunangku, Isfahan.

Pagi tu, entah mana datang idea nak buat satu lagi bisnes. Bukan buat baru maksud aku, cuma mengembangkannya. Sebab pelanggan aku pun dah boleh dikatakan ramai selain yang tetap, jadi sayang laa kalau pelanggan tu dibiarkan saja kan? Sejak arwah takde, aku selalu tolak je pelanggan aku kat kawan-kawan yang sama bisnes. Takde hati nak buat selain takut rosakkan kepercayaan orang kat aku.

Tapi sejak aku tengok kat sini pun ok je dan tak kurang dengan staf-staf yang kreatif, baik aku buat benda ni. Lepas bincang dengan Lyana pasal bajet untuk projek kraf ni, aku pun terus call kawan-kawan lama untuk bincang harga iklan bisnes baru ni dibawah jenama baru. Aku betul-betul mengharapkan tuah nama arwah Isfahan.

Bila dah confirm dengan budak IT untuk buat satu blog syarikat, esoknya tu dah dekat 500 viewer. Satu perkembangan yang sangat baik untuk permulaan. Lepas adakan taklimat ringkas dengan pegawai pemasaran, aku buat perjumpaan pula dengan staf yang aku lantik sementara khas untuk projek ni. Bila diorang dah betul-betul faham dengan tugas masing-masing, semua bersurai dengan kerja yang menimbun menanti esok.

Isfahan, nampak tak yang aku akan bekerja keras untuk bisnes kau. Insyaallah aku takkan hampakan kau. Senyum menipis di bibir.

Hampir setahun arwah pergi. Semua perniagaan berjalan lancar tapi biasalah adat orang berniaga. Ada turun naik. Customer lambat buat payment, cancel order tiba-tiba, orang lain tiru bisnes kita. Ragam biasa.

Tapi semua tu tak jadi hal sebab aku bisnes bukan nak jadi kaya. Aku just nak teruskan usaha arwah Isfahan aje. Setakat ni takde masalah tak cukup untuk aku. Apa yang ada, aku bersyukur.

Pertemuan dengan peguam Isfahan semalam pun buat aku tak terkata. Arwah dah buat surat wasiat untuk letakkan aku sebagai penama atas semua hartanya kecuali rumah lama arwah yang telah diserahkan kepada Yaya tetapi memandangkan Yaya pun dah tak ada lagi, maka semua harta Isfahan menjadi milik aku tetapi dengan syarat.
Syaratnya iaitu hanya selepas usaha mencari ibu kandung Isfahan dilakukan dan setelah aku tandatangan penerimaan jawatan di syarikat miliknya.

Mula-mula aku terfikir, nak buat apa rumah banyak-banyak? Yang satu tu pun aku jarang nak jaga, inikan pulak ada dua. Tapi yang jawatan tu memang aku dah buat dulu.
Mana aku nak cari mak kandung dia ni? Mak Long Tijah pun tak tau. Setakat maklumat umum, mak dia ada kat oversea. Kalau luar negara tu agak-agak macam sebesar kampung aku takpe laa jugak. Ini takde klu langsung. Pening dah aku ni nak memikirkan pelosok mana aku nak kena redah nak mencari mak dia. Allah!

Dalam pada aku rancang nak mencari ibu kandung Isfahan, kerja di pejabat makin bertambah. Semua ni sebab syarikat dah mula membekalkan hamper untuk jualan di pasaraya-pasaraya besar dan untuk jualan hari perayaan. Itu tak termasuk untuk jualan secara runcit.

Sekarang ni, orang semakin suka sesuatu yang lain daripada orang lain. Sambut harijadi anak yang berusia setahun pun nak hamper yang mengikut tema. Bagi kami orang yang berniaga ni, permintaan pelanggan harus diutamakan. Iye kan je apa yang diorang nak.

Aku pun terasa semakin stabil emosi bila memikirkan sebarang benda yang berkaitan dengan Isfahan. Kalau dulu, pantang sebut nama, free aje airmata menitik tapi sekarang dah ok. Aku siap boleh tersenyum lagi.

Alamak! Ibu kandung Isfahan. Belum mula sebarang usaha pun nak mencari. Kalau aku guna khidmat P.I ok kot? Mana ada masa nak travel satu dunia nak mencari orang yang sengaja hilangkan diri. Baru teringat, sejak aku masuk bekerja kat sini, aku belum ambik cuti walau sehari pun. Terasa otak aku lelah dengan beban di office.

“Lyana, masuk kejap” aku intercom setiausaha yang rajin tu.

“Ye Cik. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?” terus dia bukak buku nota dia sambil tunggu apa yang aku nak cakap.

“Duduklah. Saya nak ajak borak-borak je. Saya nak tanya ni, selama awak kat sini jadi setiausaha arwah, company pernah buat family day tak?” aku perlu bertanya sebelum mebuat sebarang keputusan.

“Arwah dulu tak buat hari keluarga Cik tapi belum pernah arwah miss sambut 1 Ramadhan dengan anak yatim, bagi sumbangan kat orang susah masa Hari Raya. Minggu last puasa tu memang selalu buat majlis berbuka kat rumah anak yatim. Lagi satu, arwah selalu buat bacaan Yasiin kat pejabat ni tiap-tiap hari Jumaat. Nanti dia suruh Makcik Yam yang tukang sapu tu buat makan-makan, dia bayar upah” lancar je dia terangkan tabiat arwah kat aku.

Banyak lagi yang aku tak tau pasal arwah tunang aku tu rupanya. Tapi aku akan usaha untuk meneruskan apa yang dia buat masa hayatnya dulu. Learn from the best and you will be great. Itu yang selalu Isfahan cakap kat aku. Lepas dia pergi baru aku nampak kebenaran kata-kata dia.

Bermula minggu tu jugak, rutin lama arwah aku mulakan semula. Aku pasti yang projek kraf aku tu berjaya. Mungkin dalam minggu ni aku kena mula teliti projek hartanah yang arwah nak invest dulu. Mesyuarat dengan pengurus projek ditetapkan lusa. Harap-harap takde masalah besar untuk mulakan projek ni secepat mungkin.

Tengahari tu, aku rasa nak makan sangat ayam penyet kat Air Keroh. Lama betul tak makan kat sana. Lagipun ada nak cari barang dapur sikit lepas tu. Hmm, orang tak laa ramai sangat. Apa taknya, dah dekat pukul 3. Dah nak masuk minum petang pun.

Tengah sedap-sedap makan tu, aku perasan yang kerusi kat depan aku ditarik. Aku tak pelawa pun orang duduk sini.

“Kau ok? Aku rindu kau sangat” aku angkat muka biarpun aku tau yang aku tak mimpi bila dengar suara siamang gatal yang dah dua kali buat aku benci giler kat dia. Iskandar ni takde kerja lain ke ha?

“Hmm, aku takde masa nak main-main lagi Iskandar. Kalau takde hal penting, aku pergi dulu” macam tak percaya je aku betul-betul dah berubah sejak Isfahan meninggal.

“Hey, kau tak boleh buat perangai macam ni. Aku yakin yang arwah pun nak ada seseorang yang boleh jaga kau bila dia takde. Dan aku pun tak boleh tengok kau lesu macam ni. Macam dah tak nak hidup je lagi. Kita tak boleh terus bernafas dalam angan-angan Deng. Kau dengar laa cakap aku ni” usaha bermati-matian dia ni. Aku hanya boleh tersenyum tawar.

“Memang betul aku dah tak nak pikir apa-apa lagi. Kau faham tak yang Isfahan dah takde, Yaya pun dah pergi. Dah tak ada sape lagi yang aku kena pikirkan” panjang nafas kuhela. Rasa payah sangat nak luahkan isi hati. Kenapa dia nak toreh balik luka yang begitu susah nak aku sembuhkan.

“Deng, kau tak boleh seksa diri kau macam ni. Kau still ada kakak yang risaukan kau. Kau ada pekerja yang usaha keras nak cari rezeki untuk anak bini diorang kat rumah. Kalau kau masih lagi kat takuk ni, buat bisnes pun slow, macam mana kau nak maju? Jangan tenggelam dengan khayalan Deng. Aku tau you are better than that” kenapa aku rasa macam terdengar ayat-ayat arwah Isfahan?

“Kau tak tahu masalah aku yang sebenarnya Is. Memang aku slow buat bisnes sebab hati aku bukan line ni. Aku pergi kerja semata-mata kerana wasiat arwah. Kenapa semua orang susah sangat nak paham?” kali pertama selepas hampir setahun arwah pergi, airmata aku bergenang semula bila teringatkan dia.

Ternyata aku sebenarnya belum kuat lagi. Terutamanya di depan Iskandar. Kenapa dia macam dah jadi baik depan aku sekarang? Apa lagi laa muslihat dia ni. Musykil.

“Eh, kau buat apa kat sini? Kau mengekor aku ek?” aku cuba bermati-matian nak jadi Deng yang normal. Deng yang dulu.

“Haa, macam tu laa Adelin Syaurah yang aku kenal. Aku ikut kau? Tak nak laa aku. Kang tak pasal-pasal kena baling kayu lagi. Dah laa ganas, brutal, tak lawa pulak tu” aku tergelak dengar ayat mengutuk dia yang ikhlas tu.

“Akhirnya aku berjaya jugak buat kau gelak. Ingat Deng, kakak kau risau kau asyik muram je. Memang aku ikut je kau sejak hari pertama arwah pergi. Just nak pastikan yang kau ok. Lagipun arwah memang ada jumpa aku untuk bincang pasal kita” bulat mata aku pandang dia. Buat apa Isfahan jumpa dia?

“ Masa tu, dia ada datang kat resort yang kita breakfast dulu. Nak survey tanah kat sana. Masa tu, aku ingat dia nak kacau bisnes aku tapi rupanya tak. Dia just nak tanya aku pasal kita. Dan aku dah explain kat dia yang kita takde apa-apa.” Baiknya hati kau Iskandar. Aku tersenyum dengar kata-kata tu.

“Masa tu sehari sebelum korang tunang. Dia ada cakap kat aku yang in case kat rumah Kak Arah, kau mengaku aku ni boyfriend kau dia memang tak kacau kau. Aku mengaku, time tu aku yang lambat. Tapi waktu tu pun macam-macam yang jadi. Dengan Anis buat hal, Yaya lagi. Apa-apapun aku tak salahkan kau. Ni semua takdir hidup.” Tersentap kejap aku dengar kata-kata yang keluar dari mulut dia. Bukan macam Iskandar siamang gatal dan kuku besi yang aku kenal.

“Apa-apa pun aku tetap ingat janji aku kat kau yang takkan kacau kau lepas pertemuan kita dulu sebab tu aku ikut kau tanpa kau sedar. Tapi kau jangan salah faham. Ini semua sebab aku dah janji dengan arwah nak jaga kau.” Janji dengan arwah? Lagi aku tak paham ini kes.

“Macam ni, dia ada cakap kat aku, masa depan tak siapa yang tahu jadi dia berjanji depan aku untuk bahagiakan kau sampai habis nafas dia kat atas dunia ni dan dia paksa aku bersumpah untuk buat benda yang sama andai dia tak ada lagi. Sejak hari tu, kitorang selalu keep in touch” Ya Allah, ujian apakah yang Kau datangkan ini?

“Aku pun tau pasal mak kandung dia yang dah merata dia cari tu. Dia ada mintak bantuan aku tapi belum sempat aku nak bagi info kat dia, Allah dah jemput dia dulu” maknanya, ada laa berita pasal ibu kandung dia. Excited sekejap aku dengar.

“Banyak jugak contact kau ye? Senang je kau dapat cerita pasal mak dia”
tertanya-tanya jugak aku, sebegitu senang Isfahan percaya kat orang macam Iskandar ni.

“Orang berniaga, macam tu laa. Kena laa banyak contact. Aku dapat tau pasal arwah ibu Isfahan pun sebab ada kawan aku kerja kat imigresen. Untuk pengetahuan kau, ibu arwah dah lama meninggal. Kanser paru-paru. Memang ikut cerita, dia yang lari tapi sebenarnya dia nak berubat kat luar negara. Semua dokumen ada kat office aku. Esok aku hantar kat kau. Itu untuk kau buktikan pada lawyer ok.” Macam tak percaya yang di depan aku ni Iskandar yang matang dan ada pertimbangan wajar. Betul ke dia ni Iskandar?

“Aku tak tau nak kata apa Iskandar. Terima kasih. Terima kasih bagi pihak arwah. Aku yakin dia pun dah tenang kat sana bila tau semua ni settle cepat.” Dapat aku membayangkan Isfahan tersenyum lega.

“Ok, dah lega kan kepala kau tu. Sekarang ikut aku kejap” Haa??! Apa lagi laa dia ni. Berkerut dahi aku kejap. Risau bila mengenangkan apa lagi laa yang dia nak dajalkan aku lepas ni sebagai balasan atas maklumat tadi.

“Ish kau ni. Mesti pikir yang bukan-bukan. Nak mintak tolong kau temankan aku pergi hospital aje. Tengok baby” Err, dia dah kahwin ke? Ada anak pulak tu. Menakutkan aku je laa dia ni.

“Hello, kau dengar tak ni? Cepat laa. Nak beli hadiah lagi. Kang habis pulak waktu melawat” bila dia berdiri baru aku tergerak nak tanya.

“Anak sape weh? Kau ke?” bukan main kuat dia gelakkan aku. Malu aku bila ramai orang tengok.

“Kau ni, suka-suka je nak kata aku ada anak ek. Takde masa aku nak buat anak kalau asyik mengekor kau aje 24jam. Tak caya, pergi tanya kakak kau” Kak Arah pun tau dia ni selalu ikut aku? Siap laa kau kak!

Cepat-cepat dia tarik tangan aku ajak beredar bila tengok aku still lagi duduk tak bergerak.

“Jom kita tengok anak Anis” Ex tunang dia? Apa sengal laa dia ni. Kang tak pasal-pasal aku kena sembur lagi. Ishh, taknak laa. Cepat-cepat aku geleng kata tak nak ikut dia.

“Jom laa teman aku. Dia dah ok sekarang. Masa dia kawen last year pun dia ada jemput kau. Aku ingat nak culik kau tapi aku paham emosi kau tak betul lagi. Dia pun kata nak jumpa kau kalau kau dah sihat. Come on, please” aku pergi jugak dengan rasa terpaksa.

Bau hospital betul-betul buat aku rasa rimas dan tak berapa selesa sebab masih lagi dihantui dengan kenangan kat bilik mayat. Bila aku pegang lengan Iskandar kuat-kuat, dia senyum macam faham je apa yang aku rasa. Langkah aku rasa berat sangat.

Automatik terus teringat saat aku nak cam mayat arwah. Rasa macam jam berputar kembali ke masa tu. Tiba-tiba langkah aku terhenti. Iskandar toleh kat aku, tak faham.

“Kenapa?” aku tarik nafas dalam-dalam. Aku cuba ingatkan diri aku yang sekarang ni nak tengok baby, bukan nak cam mayat.

“It’s okey Deng” Iskandar angguk perlahan. Ya, aku boleh!

Pintu bilik diketuk dan dikuak perlahan. Aku tengok seorang lelaki tengah mengendong bayi yang berbalut selimut hijau. Seorang wanita yang pernah mengherdik aku dulu terbaring lemah di katil, tersenyum melihat aku datang.

“Dapat jugak Is pujuk awak datang ye. Terima kasih” Lelaki yang memegang bayi tadi, menghulurkan anak kecil tu ke tangan aku. Kekok. Risau, kalau laa jatuh anak orang! Insurans berjuta pun belum tentu cukup nak cover. Phewww!

Bila bayi sepanjang lengan dah ada dalam pelukan, aku rasa happy. Tak pernah rasa macam ni. Agaknya ini yang arwah Isfahan rasa saat dia menerima amanah untuk membesarkan arwah Yaya dulu.

“Aku keluar sekejap” bisik Iskandar perlahan meninggalkan aku dan Anis berdua.

“Adelin, saya nak mintak maaf pasal saya marah awak dulu tu” Marah? Kau serang aku ok. Tapi takpe laa. Dah lama sangat tu. Dah lupa pun.

“Asalkan awak menyesal, saya tak kisah pun” aku tersenyum dan perbualan kami berlanjutan tentang arwah Isfahan, hal Iskandar yang tak cari pengganti aku, tentang jemputan kahwin yang tak dapat aku penuhi dan paling mengejutkan yang Iskandar mengaku hanya tunggu aku. Tu pun Anis tau ke? Ish, bikin malu saja.

“Saya harap awak bagi diri awak peluang untuk kenal orang lain. Macam saya” Perbualan kami mati tiba-tiba bila dua lelaki, Iskandar dan suami Anis masuk. Bila tersedar yang Anis perlukan lebih rehat, aku ajak Iskandar balik.

“Aik, dah nak balik ke? Aku belum dapat pegang lagi baby tu. Daripada tadi asyik kau je. Aku yang beli hadiah dia tau. Mana aci macam ni” Ish, buat lawak pulak. Aku bagi dia jurus sepit ketam sedas. Takpe, bagi can dia rasa macam mana pegang baby kejap. Kelakar tengok betapa dia kekok nak handle budak yang masih lagi merah.

“Aku nak ada anak cepat Deng. Dengan kau semestinya. Kita kahwin jom” gatal betul laa dia ni dan sekarang hati aku rasa lapang. Takde lagi rasa bersalah kat Isfahan bila aku tersenyum kat Iskandar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku betul-betul bersyukur bila Kak Arah datang jumpa aku nak mintak tolong pasal Deng. Memang aku mengaku yang aku ikut semua perkembangan dia sejak arwah dikebumikan sampai laa saat ni.

Setiap masa aku jadi penghendap terhormat. Kalaupun aku tak boleh ikut, aku akan suruh Ijam dengan Locoi follow dan hantar report kat aku. Ye laa, bisnes aku pun kena jaga jugak. Kalau dah mengekor orang aje, hancur pulak chalet dengan resort aku tu nanti. Nak makan apa?

Sepanjang aku tengok dia pergi pejabat, aku mengharapkan dia memulakan cepat projek properties arwah tapi tak bergerak-gerak pun. Dia pergi bantai buat bisnes kraf tu pulak. Memang laa masyuk tapi berapa sen sangat yang dapat? Tak berbaloi.

Kalau tak salah aku, resort yang baru arwah take over tu dah separuh siap. Kalau laa tak dibayar duit maincon, macam mana nak siap. Kalau diorang cabut, dah satu kerja lagi nak cari kontraktor lain.

Aku rasa cukup laa setahun ni dia leka. Aku kena buat sesuatu. Rasa macam payah betul nak jumpa dia ni sebab ada je yang escort dia ke hulu ke hilir.

Petang ni entah apa mimpi dia keluar sesorang. Saja nak bagi aku peluang laa tu. Hehehe. Rindunya aku kat dia ni. Dah kurus gila. Betul-betul makan hati agaknya pasal arwah meninggal. Ya Allah, Kau bagilah aku peluang untuk jadi penawar luka dihatinya.

Cerita punya cerita, aku bagitau dia pasal pertemuan antara aku dengan Isfahan dulu. Memang nampak dia tak yakin tapi itulah yang terjadi. Orang lelaki kalau jumpa face to face tak main laa jerit-jerit. Kita gentleman apa. Tapi aku tak sangka rupanya permintaan arwah untuk aku jaga Deng adalah permintaan terakhir dia. Kalau aku mati sok, sape pulak boleh jaga Deng untuk aku?

Kata Kak Arah lagi yang Deng dah ok sikit sekarang berbanding dulu. Dah boleh keluar jalan-jalan kat JJ. Nak jugak keluar makan kat kedai. Kalau nak dibandingkan dengan setahun yang lepas, nak keluar siram pokok depan rumah pun taknak.

Kesian, memang aku kesian tapi aku jugak yang dah janji dengan dia takkan kacau dia lagi lepas kes kat chalet aku dulu tu. Macam mana pun, aku tetap pegang janji aku kat arwah untuk jaga Deng dan itu yang aku buat sekarang. terlaksana semampunya aku.

Pasal plan arwah nak invest kat resort baru tu, rugi sangat laa kalau Deng tak ambik apa-apa tindakan sebab harga tanah tu naik mendadak dalam 5 bulan terakhir ni. Kalau nak, siapkan cepat jadi boleh promosikan resort tu dan aku yakin memang dapat sambutan punya laa. Kalau taknak pun takpe, sebab aku dah lama aim tapak tu untuk tambah resort tapi customer target aku untuk pelancong luar negara. Biar aku je yang beli. Bila dah lama takde khabar berita, tu yang aku sendiri kena push Deng untuk buat keputusan segera.

Kadang-kadang penat bila asyik fikirkan hal orang lain sedangkan hal aku tak habis fikir lagi. Mak dah bising, tanya bila nak kahwin. Aku tetap akan tunggu Deng. Walau sampai bila-bila pun. Entah-entah Mak dah ada lagi calon-calon yang sememangnya aku reject. Sabar laa Mak. Is gerenti, Mak mesti suka dengan Deng.

Bukan aku nak tunjuk pandai ke apa tapi ni soal hati dan perasaan. Nanti, aku jugak yang menghadap muka bini aku tu tiap-tiap malam. Bukannya Mak.

So, baik aku yang cari sendiri. Aku tau Mak dah banyak berjasa kat aku. Mengasuh aku dari kecik, jaga aku lepas jadi anak yatim piatu, dan sampai ke besar ni pun, rumah Mak jugak laa yang aku tuju tiap kali raya. Dan aku pun faham kerisauan hati seorang emak.

Nanti nak bawak Deng jumpa Mak laa. Hmm, ligat otak aku perah idea nak bawak Deng jumpa Mak. Tapi macam mana?

“Apa lagi yang kamu menungkan tu Pie oii? Makan cepat. Takkan nak suruh Mak ni suapkan kamu lagi?” sergahan orang tua ni sama je level dengan semburan api yang keluar daripada mulut Deng kalau marah kat aku. Lama aku tersengih. Mulut Mak yang laser tu pun aku boleh lagi kaitkan dengan Deng. Kronik betul penyakit "rindu-deng-nism". Aku sorang je yang dilanda penyakit tu dalam dunia! Korang ada?

“Mak ada benda nak cakap dengan kamu ni Pie. Ada anak imam kat ujung…” belum sempat ayat tu nak khatam, aku dah tau isi kandungan cerita yang Mak nak bagitau tu.

“Mak, Is ni dah tua dah mak. Mak jangan risau ok” aku nampak Mak tarik muka. Allah, kuat merajuk pun sama je macam Deng. Masak aku kalau nak layan perempuan asyik merajuk je nih. Haihhh!

“Ye laa, Mak ni dah tua. Kamu tu orang pandai. Tak payah dengar kata Mak ni lagi. Mak ni orang kampung aje. Tak sekolah tinggi. Tak pandai nak nasihat orang” Mak tenyeh-tenyeh nasi dalam pinggan. Dah tua-tua pun nak tunjuk perasaan ke? Alolo, comel!

“Ish, Mak ni. Sape tak kenal Mak Jenab, usahawan bahulu dan nasi lemak yang terkenal kat kampung ni? Sampaikan majlis untuk PM kita pun tempah bahulu kat Mak” nak beli jiwa kena laa harga tinggi sikit. Kasi kredit lebih-lebih! Bila tengok Mak dah senyum, baru aku buka cerita kat Mak.

“Mak, lepas dah terkena dengan Anis dulu, memang orang serik nak kahwin. Takut sangat kena tipu kali kedua tapi orang yakin Mak, perempuan yang orang suka kali ni tak buat perangai macam tu. Dan orang harap sangat, Mak doakan yang terbaik” aku tengok muka Mak macam lega tapi masih ada calit-calit risau pada wajah tuanya.

“Mak ni bukan apa Pie. Mak yang jaga kamu daripada kamu lepas pantang lagi. Mak jugak yang tengok kamu bagai nak gila putus tunang. Mak taknak kamu hidup sorang diri. Mak cuma nak pastikan kamu bahagia nak” tersentuh hati bila dengar tingginya harapan Mak, sedangkan dia bukan ibu yang melahirkan aku.

Insyaallah Mak. Is akan pilih yang terbaik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lepas jumpa dengan Iskandar haritu, rasa lega kepala ni bila dapat tengok dokumen pengesahan pasal ibu Isfahan. Dan sampai laa sekarang aku rasa dia je yang faham diri aku. Best friend forever!

Bab-bab hati tu, tolak tepi dulu laa kot. Aku tak ready lagi. Dalam masa sebulan ni macam-macam yang jadi. Dan terima kasih pada Iskandar sebab sudi nak ajar aku pasal bisnes resort ni. Mana aku tau pasal tu sume. Nak-nak pulak deal dengan jabatan kerajaan, documentation itu ini. Memang ada officer in charge tapi aku mesti kena tau jugak. Mana boleh lepas tangan macam tu aje kan?

Kelakar jugak bila kenangkan aku dengan dia boleh jadi kawan baik. Rasanya dulu, aku memang anti giler kat dia. Jadi baik mula-mula masa kitorang jumpa kat rumah anak yatim tu je. Lepas tu dah macam perang dunia ketiga. Peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam hidup aku sekarang ni buatkan aku percaya setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya.

Bila Isfahan dah takde, baru laa Iskandar buat baik kat aku. Dia pun dah tak nayakan aku lagi sekarang. Baru aku tau, yang aku ada bakat jadi bigboss. Kalau tak, jadi bos kat rumah aje laa. Kiranya skill mengarah aku tu belum berkarat lagi.

Minggu depan, resort Isfahan akan siap sepenuhnya dan akan rasmi dibuka. Mula-mula tengok, rasa macam bukan kat Malaysia je sebab bangunan tu bercirikan futuristic. Dalam hati dah terdetik, ada ke orang nak sewa tapi respon awal yang kami dapat, memang ramai yang berminat.

Masa mula-mula tengok plan asal, aku pun pelik sebab tak terfikir langsung nak buat bangunan bentuk camtu. Banglo dua tingkat yang ringkas tapi menarik. Ada satu unit je design tu. Satu apartment 4 tingkat dan 3 blok bilik untuk seorang atau berdua sebilik.

Dan macam tak percaya bila bahagian marketing hantar report yang tempahan dah ada sampai pertengahan tahun depan. Ramai jugak yang minat nak honeymoon dalam Malaysia ek? Aku ingat sekarang ni, semua orang nak bercuti atau bulan madu kat luar negara aje.

Kalau laa arwah dapat tengok apa yang dah dia usahakan, mesti dia bangga. Rasa sebak bila kenangkan kata-kata arkitek bangunan ni dulu masa pertama kali kami berjumpa masa nak hand over projek resort tu.

“Encik Isfahan kata nak hadiahkan resort ni untuk seseorang yang dia sayang. Sebab tu dia nak buat satu Taj Mahal kat sini. Biar pun tak berapa mahal” dalam hati rasa rindu menyerbu tiba-tiba.

Kalau aku perkenalkan diri sebagai tunang arwah, mesti arkitek tu tak cakap macam tu depan aku. Tapi atas urusan kerja, aku lagi selesa kami berkenalan sebagai wakil syarikat Isfahan.

Daripada tingkat atas yang hanya menggunakan kemasan cermin sehala sepenuhnya dalam masterbedroom, aku dapat lihat betapa cantiknya pemandangan matahari terbenam. Bunyi ombak seperti meredakan rasa rindu kat dia. Mesti couple yang holiday kat sini enjoy sebab apa lagi yang diperlukan selain ketenangan berdua.

Jalan nak masuk ke banglo ni cuma titi kayu tapi tak jauh dari tempat parking kereta. Pokok-pokok buluh yang ditanam sepanjang jalan nak masuk ke tempat menginap buatkan rasa betul-betul lain dari yang lain. Bunyi air terjun buatan kedengaran asli betul. Terima kasih Isfahan sebab selalu buat aku rasa istimewa.

Lepas habis check semua kemudahan dan berpuashati tentang tempat tu, aku singgah kat chalet Iskandar tapi dia takde pulak. Baru ingat nak ajak dia datang kat resort baru tu tapi takpe laa. Lain kali kot.

Balik dari resort, aku singgah rumah Kak Arah nak ceritakan progress terbaru pasal resort tu kat dia. Bukan main excited dia nak tengok tempat tu. Tapi belum apa-apa lagi dah mintak kupon free. Sabar aje laa.

“Ada macam dalam cerita Jepun ke, Korea ke? Best tak?” lebih-lebih pulak kakak aku yang sorang ni.

“Kalau tak best, takkan laa dah fully booked sampai tahun depan cik kak oii?” terbuntang mata dia dengar aku cakap macam tu.

“Iye ke? Entah-entah taknak kasi akak duduk sana free laa tu” pandai dia mencebik bibir.

“Kalau resort tu Deng punya, boleh laa kasi free. Ini kan company punya. Ajak laa abang Aziz pergi holiday kat sana. Gerenti tak menyesal laa” baik punya rekemen ni tau.

“Haa, kalau akak nak buat kursus apa-apa kat sana boleh tak?” hmm, ada jugak dapat request macam tu.

“Ada dewan kat situ tapi takde laa besar sangat. Awal lagi nak komen apa-apa sekarang ni. Minggu depan baru nak buat open interview” perlahan aku hirup koko panas. Kak Arah senyum.

“Akak suka tengok Deng dah tak sedih lagi. Akak bersyukur Deng dah ok balik” kalau laa Kak Arah tau berapa lama aku nak ubat hati yang luka ni. Tapi terima kasih wajib aku ucapkan kat dia sebab tak pernah nak tinggalkan aku masa aku down, masa aku sengsorang takde sapa nak mengadu.

“Akak jangan risau, selagi Deng ada akak insyaAllah Deng ok je” aku tengok dia angguk perlahan. Hampir setahun aku jadi macam robot bernyawa. Tak tahu mana pergi semangat hidup seorang Adelin Syaurah. Baru-baru ni je aku kuat semangat balik.

“So, macam mana dengan Iskandar?” aik, tiba-tiba je beralih topik. Kakak aku ni memang terror bab konar-konar isi penting.

“Biasa aje. Takde apa yang best pun pasal dia tu” selamba je muka aku jawab soalan jerangkap samar kakak aku tu.

“Iye ke biasa? Akak tengok, ada orang tu bertambah ceria, dah boleh sengih, dah jadi Deng yang gangster dulu tu balik” hah??? Kak Arah pun tau ke pasal nickname aku tu? Adusss, ni yang lemah ni.

“Alaaa, takmo cakap pasal dia laa. Deng macam ni sebab projek arwah tu dah orait. Dalam bulan depan dah boleh on bisnes. Lega sebenarnya ni” seboleh mungkin aku cover isi hati.

“Ikut suka Deng laa. Tapi tak baik lama sangat hidup sendiri. Tak ada salahnya cari pengganti” Kak Arah berlalu mencuci piring kat sinki. Aku hanya memandang sambil fikirkan saranan Kak Arah. Dalam hati, sememangnya aku takut. Takut membandingkan antara lama dengan yang baru.

Ada ke peluang untuk aku bina hidup yang baru?

Friday 7 September 2012

SDG Part 18

Terasa muka aku sejuk direnjis air. Bila tersedar, aku nampak muka Kak Arah. Terus aku peluk dia sambil bisik yang aku ada mimpi ngeri tadi. Aku mimpi yang Isfahan dengan Yaya dah meninggal.

Tapi bila aku perasan yang bahu kakak aku terhinggut-hinggut, aku tolak badan Kak Arah. Memang dia menangis!

“Deng tak mimpi dik. Memang diorang dah takde. Dah, bawak mengucap banyak-banyak. Siap, jom pergi hospital” aku macam orang bodoh ikut je kata Kak Arah.

Aku still genggam telefon dengan harapan Isfaha akan call aku kejap lagi nak bagitau yang dia ok. Dia jugak yang bagitau tadi suruh tunggu. Dalam kereta pun aku tak tau nak rasa apa sebab semuanya macam dalam mimpi buruk aku je situasi ni.

Tak mungkin dia! Aku cuba nak yakinkan diri.

Suasana kat hospital aku rasakan sunyi sangat. Padahal, depan bilik mayat tu penuh dengan orang. Maklumat awal yang kitorang dapat, kereta yang dipandu Isfahan nak elakkan kereta Waja yang hilang kawalan dari arah bertentangan. Mungkin pemandu Waja tu mabuk.

Tiba-tiba Kak Arah dan Abang Aziz datang kat aku. Ajak buat pengecaman mayat. Mula-mula aku menolak. Tak mahu hadapi realiti tapi Isfahan cuma ada aku. Begitu juga Yaya. Aku kuatkan hati walaupun langkah kaki dah rasa ketar yang makin tak terkawal.

Bila melangkah masuk ke ruangan yang disediakan oleh pihak hospital, tak tertahan airmata aku bila terlihat ada dua tubuh terkujur dilitupi kain putih. Satu jenazah dewasa dan lagi satu kanak-kanak. Kencang dalam hati tak terasa bila aliran darah tak menentu. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku ini.

Tak berdaya aku paut lengan Kak Arah. Perlahan-lahan pengurus jenazah membuka kain putih kedua-dua jenazah, aku longlai terjelepuk bila mata aku sendiri mengesahkan yang itu adalah Isfahan dan Yaya. Cepat-cepat Kak Arah paut aku untuk berdiri semula. Mimpikah aku saat ini?

Perlahan aku sentuh jenazah untuk memastikan sama ada ini mimpi atau realiti. Hancur rasa hati bila terpandangkan merahnya inai yang menyala di jari-jariku saat aku usap wajah Isfahan yang sejuk dan kaku. Tak ada respon langsung. Dalam hati, macam-macam suara terdengar.

Isfahan, kau tinggalkan aku sekarang? Tapi kau yang janji nak datang hantar Yaya kan? Kau dah janji. Kenapa mesti malam ni? Esok kita dah nak nikah Is. Kau nampak tak aku dah pakai inai untuk majlis kita esok? Cepat-cepat Kak Arah sedarkan aku yang ini semua takdir Tuhan semata untuk menguji iman manusia bila tengok bahu aku tersenggut laju menahan tangis.

Aku dipimpin keluar dari bilik tu oleh Kak Arah dan Abang Aziz. Kami menunggu diluar sementara jenazah disiapkan oleh pihak hospital. Keluarga Yaya sampai ketika jenazah hendak dibawa pulang ke rumah.

Atas permintaan aku, jenazah Yaya akan dikebumikan di sebelah kubur Isfahan. Dalam van jenazah, aku hanya mampu memandang sayu Isfahan yang pada pandangan aku sedang tidur lena.

Airmata yang mahu tumpah aku tahan sehabis daya. Tak akan aku biar setitik pun airmata ni mengalir pada hari Isfahan meninggalkan aku di dunia. Tidak di depan jenazah dia kerana aku tahu jika dia di tempat aku sekarang pun dia akan lakukan perkara yang sama.

Aku nak dia tahu bahawa aku cukup berbahagia dengannya biarpun hanya sempat bergelar tunang. Biarpun lagi beberapa jam sahaja aku akan menjadi isterinya yang sah tapi aku redha. Itu sudah menjadi bahagian aku kini.

Awak, saya nak awak tau yang saya tak menyesal dengan takdir ni. Saya doakan semoga awak akan dapat pengganti yang lebih baik daripada saya kat sana.

Yaya, Mama minta maaf tak sempat nak jaga Yaya tapi Mama tau Yaya dah selamat kat sana sayang, di tempat yang lebih baik dari dunia kita. Mama akan lebih rindukan Yaya lepas ni.

Malam yang sepatutnya aku habiskan dengan senyuman menanti hari esok sebagai hari terikatnya antara aku dan Isfahan sebagai suami isteri aku habiskan dengan bacaan Yasiin sebagai hadiah terakhir yang mampu aku berikan sebelum perpisahan duniawi esok pagi.

Pergilah kau dengan tenang Isfahan. Aku akan terus kuat dengan ingatan dan kenangan indah antara kita berdua.

Dalam jam 9 pagi, kedua-dua jenazah selamat dikebumikan. Sungguh aku tak sangka, hari yang aku rancang untuk disatukan dengan Isfahan menjadi hari yang penuh tragedi dalam hidup aku kerana hilang dua orang yang aku sayang sekelip mata.

Kalau mahu dicari salah siapa, memang boleh gila jadinya. Jalan keluar terbaik, percaya kepada qadha’ dan qadar Allah. Aku percaya ada hikmah disebalik semua yang terjadi ni.

Majlis perkahwinan bertukar menjadi kenduri tahlil buat arwah Isfahan dan Yaya. Mata terasa sembab dek tak tidur semalaman. Aku hanya mengalirkan airmata bila terpandangkan baju pengantin yang patutnya aku sarung sekarang dalam perjalanan menuju ke masjid tapi hakikatnya aku hanya mampu membayangkan saja pernikahan yang tak mungkin berlaku tu.

Ucapan takziah daripada tetamu buatkan aku rasa lagi tak tentu arah. Hanya barang-barang peribadi arwah saja yang dapat kurangkan rasa sedih aku. Kak Arah menyuruh aku berehat di bilik mengenangkan emosi yang tak stabil sekarang.

Tak lama aku di dalam bilik, aku keluar semula meminta tolong sepupu-sepupuku supaya menyimpan semua barang hantaran yang disusun dalam bilikku ke bilik lain. Aku tak boleh tengok. Dan kalau boleh aku tak nak sesiapa pun sentuh barang yang dihadiahkan Isfahan kepadaku. Lepas semua barang dikeluarkan, aku hanya termenung di tepi katil.

“Sudah-sudah laa tu. Dia yang dah pergi, dah selamat pun. Kita kat sini jangan menyeksa diri. Kalau arwah tau, mesti dia pun tak suka Deng macam ni. Jamah sikit apa-apa, alas perut tu. Dah nak habis Zohor ni” lama betul aku melayan perasaan.

Tapi aku tak rasa lapar langsung. Tak lama lepas tu Kak Arah datang balik bawak susu segelas. Lepas solat, aku rasa tenang sikit tapi tak berganjak dari sejadah membaca Yasiin untuk kedua-dua arwah.



Majlis tahlil yang berlangsung sedikit sebanyak menimbulkan kebingungan kepada tetamu kerana ramai yang tak tahu tragedi yang menimpa arwah malam tadi. Jadi ada sebahagian tetamu yang membawa hadiah majlis perkahwinan dan menyampaikan ucapan tahniah yang mampu aku balas dengan senyuman sayu dan airmata.

Alhamdulillah ada Kak Arah dan Abang Aziz yang menerangkan keadaan sebenar.
Bukan sedikit ucapan takziah yang aku terima selain pandangan simpati. Takpe laa. Orang boleh bercakap dan memandang tapi yang menanggungnya aku sendiri.

Petang tu jugak aku dah pergi ziarah kubur. Hilang sikit rasa rindu dalam dada. Padahal aku cuma bercakap dengan tanah yang masih merah. Kak Arah tak izinkan aku berlama-lama kat situ. Aku hanya ingin mengusap nisan kayu sebagai pelepas rindu. Lepas siram air mawar, aku melangkah pergi dengan janji akan datang lagi esok.

“Tak salah abang, dah dua minggu Deng tu macam tu. Asyik ulang alik aje kat kubur arwah si Isfahan tu. Kena tegur tu Arah. Mana boleh biar dia leka je. Sampai bila nak hanyut macam tu?” aku dengar suara Abang Aziz tegur kakak aku.

Kesian Kak Arah, tak pasal-pasal terbabit. Sorry kak, bukan niat Deng nak jadi macam ni tapi hati rasa tak kuat lagi.

“Takpe laa bang. Kita pun kena laa faham keadaan dia. Kira kuat jugak laa budak tu. Kalau orang lain, mau gila jadinya. Mana tak, dah nak nikah jadi macam tu. Kita doa je laa biar dia ok cepat” memang Kak Arah sayang dan paling memahami aku. Terima kasih kak. Airmata lesu seakan tak boleh diempang.

“Kena suruh dia buat benda lain sayang oii. Alihkan fokus dia tu. Orang yang dah pergi, tak kan ada balik. Suruh dia keluar dengan kawan-kawan dia. Pergi bercuti ke, reunion ke. Jangan terperap je macam tu. Dia tu bukannya janda berhias pun nak asingkan diri sampai macam tu sekali” macam mana aku nak bersosial bang kalau nak tengok keluar pun macam ternampak-nampak Isfahan dengan Yaya ada lagi.

“Orang perempuan ni bang, jiwa halus tau. Benda macam ni mana boleh kita plan nak buat macam mana. Sampai waktu nanti, dia ok laa. Tak payah kita nak paksa-paksa dia lagi. Saya tau adik saya macam mana. Just bagi dia masa, support jangan bagi dia rasa kosong sangat” dengar kata-kata Kak Arah buat aku rasa sebak.

Aku peluk lagi baju melayu arwah Isfahan yang kitorang tempah dulu. Hiasan dalam bilik pun aku tak ubah lagi. Aku nak biar kenangan kitorang kekal macam ni. Walau dah dua minggu arwah pergi tapi airmata aku sentiasa ada bila teringat dia dan Yaya.

Seketika waktu berlalu hinggakan aku mampu untuk singgah ke sini saban petang. Banyak juga yang aku suarakan walau hakikatnya aku cuma berbual dengan batu nisan.
Dah dua bulan jugak laa aku jadi pengunjung setia kubur diorang. Pokok puding dan kemboja yang aku tanam pun dah naik. Rasa lega lepas melawat tempat tu.

Sejak kebelakangan ni ada jugak pekerja Isfahan datang melawat kat rumah. Hmm, takde kena mengena dengan aku pun. Diorang nak cari abang Aziz kot sebab bisnes tu kan joint-venture diorang berdua. Aku tak peduli. Bukan hal aku.

“Kak Arah, kalau akak rasa tak selesa nak temankan Deng kat rumah ni takpe. Deng boleh duduk sendiri. Lagipun, order baru dah mula masuk. Takde laa Deng melongo je tak tentu hala macam dulu. Betul kata Abang Aziz, kena buat benda lain. Akak tak payah risau. Deng ok je” aku rasa bersalah pulak tengok Kak Arah dan Abang Aziz asyik berulang alik antara rumah diorang dengan rumah aku dalam dua bulan ni semata-mata nak temankan aku. Dia pun ada kehidupan sendiri suami isteri.

“Kenapa Deng cakap macam tu. Kita lepaskan dulu sampai arwah 100 hari ye. Lepas tu nanti baru akak balik rumah akak” aku menarik nafas lega tengok dia tersenyum ikhlas. Macam tak percaya je yang dunia aku kini hanya rumah dan tanah kubur. Aku takde hati nak ke mana-mana walau di ajak Kak Arah teman pergi beli barang kat pasaraya.

Dalam hati aku teragak, macam mana laa orang yang bercerai mati selepas berpuluh tahun kahwin tu. Dan selepas dua bulan jugak baru aku dapat rasa yang aku dah boleh tersenyum tanpa keluar airmata. Walau rindu tetap sarat dalam dada tapi aku yakin Tuhan takkan biarkan aku sakit selamanya.

Masih terhidu lagi harum bunga rampai yang dihiris malam sebelum akad nikah menjadi ganti isi lapik bantal untuk jenazah dan sebahagian lagi dibuat taburan di pusara. Sebab tu aku suka sangat ziarah ke kubur arwah. Ianya dapat mengingatkan aku betapa hampirnya waktu untuk menjadikan aku bidadari dunia kepada lelaki bernama Isfahan.

Tapi selepas rutin yang sama dilakukan selama dua bulan ni seakan-akan menyedarkan aku bahawa itu semua hanya mimpi yang tak akan mungkin jadi nyata. Dan yang pasti aku harus keluar dari mimpi tu.

Perlahan-lahan aku lurutkan cincin tunang pemberian Isfahan untuk aku simpan dan sebagai tanda aku nak mulakan langkah baru dalam hidup aku.

Maafkan aku Isfahan. Kerana sayangkan kaulah aku buat semua ni. Bukan aku sengaja nak lupakan kau tapi aku tak nak terus hanyut dalam mimpi yang tak sudah.
Demi Tuhan, kau selalu ada dalam doaku lima waktu sehari, insyaAllah.

Pesanan yang tak menentu sedikit sebanyak menjejaskan perbelanjaan bulananku. Baik juga ansuran rumah dan kereta dah dilangsaikan arwah Isfahan dulu. Kalau tak, mau pening juga kepala nak cekau duit untuk selesaikan semua tu.

Esok genap 100 hari Isfahan dan Yaya pergi dan kenduri tahlil malam nanti hanya dibuat di masjid saja. Aku tak ada hati nak buat kat rumah. Terlalu banyak kenangan dengan mereka kat sini. Tapi seiring masa berlalu, aku semakin kuat menerima kenyataan hidup. Yang pergi takkan kembali.

Petang tu, aku dapat panggilan daripada Azila. Suara dia amat terkejut dengan kejadian yang berlaku dan meminta maaf kerana lambat menghubungiku kerana berada di tanah suci. Aku bersyukur sekurang-kurangnya dia bertanya khabar. Tengah bersiap-siap nak ke masjid, Abang Aziz menyatakan sesuatu yang membuatkan aku agak terkejut.

“Deng, arwah ada membuat keputusan untuk menamakan kamu sebagai pemegang amanah jika sesuatu berlaku kepadanya dan akan menyerahkan sahamnya kepada kamu dan Yaya tetapi memandangkan Yaya pun dah tak ada, jadi semua saham arwah akan pergi kepada kamu. Esok, peguam akan memberikan surat perlantikan secara rasmi kepada kamu. Abang harap kamu akan terima kerana ini juga peluang kamu untuk meneruskan bakti arwah kepada anak yatim.” jelas Abang Aziz tentang rancangan jangka panjang arwah tentang perniagaannya.

Baru aku tau, yang perniagaan arwah bukan hanya tentang minyak wangi semata-mata. Banyak lagi cabang perniagaan yang lain tetapi di bawah seliaan pegawai yang bertanggungjawab. Kiranya tak laa aku terasa beban sangat. Cuma perlu memantau dari jauh dan menjaga aliran akaun syarikat saja.

Bila memikirkan tentang sumbangan bulanan yang dihulurkan kepada rumah-rumah anak yatim yang tidak lagi disalurkan selepas kematian arwah, membuatkan aku tak fikir panjang untuk menerima tawaran tu. Ada jugak benda lain aku nak buat. Selain elaun yang mencukupi, amal jariah arwah dapat diteruskan. Aku buat ni ikhlas kerana Allah, Isfahan.

Aku tersenyum kelegaan kini.

Friday 24 August 2012

SDG part 17


Kelakar tau tak bila ingat balik cara aku layan dia dalam dua hari ni. Hai laa Deng..Hmmm. kelam kabut dia tengok aku pengsan. Sayang jugak kau kat aku ek? Nasib baik laa Dr. Rahim yang check aku tu regular customer kat chalet aku. Boleh mintak admit sehari. Saje nak tengok, perempuan ni bertanggungjawab tak.

Dah koyakkan kepala aku, nak lepas tangan pulak. Tapi Deng yang aku kenal tetap jaga aku walau macam-macam kerenah aku masa tu. Sama je macam kat Gunung Dato’ dulu masa kaki aku luka teruk tu.

Bukan aku sengaja nak layan dia macam tu tapi aku tak boleh nak bayangkan dia dengan orang lain. Memang sedang elok laa dia buat aku macam tu kan. Ada je alasan aku nak kenakan dia. Comel betul laa muka dia tengah tidur. Kesian pulak aku tengok dia tidur atas kerusi je tapi sape suruh baling kayu kat aku. Tepat betul dia baling. Agaknya kalau jadi sniper, dah arwah aku sekarang. Ishhh, nauzubillah!

“Weh, bawak aku pergi toilet. Aku pening laa. Kang jatuh kang” saja je aku nak kacau dia tidur. Hehehe. Kuat dia merengus tapi aku tetap suka tengok. Kena buat-buat sakit teruk ni. Kalau tak, mesti dia tak percaya.

“Deng, belakang aku ni ada apa haa? Sakit laa. Tolong gosok jap. Cepat laa weh. Sakit kepala aku ni nak gerak tak boleh” berkerut-kerut muka aku kononnya sakit ya amat. Rasa nak tergelak je tengok tudung dia dah serabai macam apa je. Bila lagi nak kenakan kau kan? Tapi dia tetap sabar. Buat aje apa yang aku suruh.

Paling aku tak tahan bila dia mintak maaf. Nak ikutkan, memang tak besar mana pun salah dia tu kat aku tapi entah laa. Bila aku dah angguk tanda maafkan dia, dia cakap terima kasih dan untuk kali ke berapa, aku pun tak ingat ayat yang sama jugak aku cakap kat dia.

“Dulu lagi aku dah cakap, kasih kau sentiasa aku terima. Kasih aku pulak selalu untuk engkau” lepas tu aku dah tak sedar apa sampai laa tekak aku rasa perit sangat. Aku tengok dia dah terlangkupkan kepala kat tepi katil.

Tak dapat orang, dapat tengok gambar dalam telefon pun jadi laa. Hmm, dah rindu pulak kat dia. Baru pukul 11 lebih. Awal lagi kot nak tidur. Hantar bunga kat dia laa. Mesti dia suka surprise. Puas aku ketuk pintu tapi dia tak bukak pun. Dia pengsan ke kat dalam tu.

Cepat-cepat aku keluarkan kad, sentuh kat kotak tepi pintu tu. Dengan dia ni je aku buat macam tu. Pelanggan lain, takde gilanya aku nak bukak pintu sembarangan. Nak kena saman?!

Gelap je. Dah membuta laa tu. Bila dah puas hati takde apa-apa yang mencurigakan, aku duduk kat sofa tu, manatau kot-kot dia terbangun ke tapi punya laa penat sampaikan aku sekali lelap kat situ. Malu siot. Macam tak menyempat-nyempat. Padahal aku dah booked dia untuk dua hari full. Berani dia nak melawan aku. Daulat nanti, tahu laa.

Tapi bila aku perasan macam ada orang pegang kayu kat tangan, aku dah agak dia laa tu. Cepat-cepat aku tangkap lengan dia. Tapi bila dia kaku semacam je masa aku pegang tangan dia tu, aku dah agak ada yang tak kena.

Ya Allah, kenapa ni? Aku buat apa kat dia sampai macam ni sekali dia menangis. Tapi yang aku pasti aku dengar perkataan gastrik.

Terus aku berlari pergi dapur kat bilik aku. Tengok ada mi. Aku goreng lepas tu buat koko panas. Berkejari aku usung tray hantar kat bilik dia. Tengok dia makan air tangan aku buatkan aku rasa semacam. Bahagia tak terkata. Deng, kalau laa kau rasa apa yang aku rasa sekarang. Dalam hati mengeluh je yang aku mampu. Dia tetap hak orang lain.

Seronok aku tengok dia ni melawan tak bagi aku jaga dia. Takut kena tangkap basah laa tu. Kau jangan risau. Aku pun takkan buat benda macam tu kat tempat aku cari rezeki. Esok aku akan buat kau happy. Baru aku nak terlayang, alih-alih aku dengar suara berbisik-bisik. Dah tu dok teraba-raba.

Mesti dia cari suis aircond sebab dia baru lepas selimutkan aku. Prihatin jugak dia kan. Slow-slow aku tunggu dia kat tepi pintu. Tunggu je bila waktu yang sesuai nak sergah dia. Hehehe.

“Lain kali kalau nak cari apa-apa, tanya pada yang pakar” punya laa terkejut muka dia masa tu. Putih! Tapi tak terkeluar kata maaf tu kat mulut. Aku suka tengok dia macam tu. Kalau laa kau pilih aku.

Malam tu jugak aku call resort hujung nak tempah untuk pakej breakfast for two. Siap ada special servis lagi. Entah mana si Adam, manager aku tu dapat orang main biola, aku pun tak tau. Yang aku tau, sayang aku rasa happy.

Tak tau laa mana datang idea nak bawak dia ziarah kubur Papa, Mama dengan adik-adik. Dia still lagi ikut. Tak pulak dia tunjuk rasa tak selesa. Owh, lupa pulak yang dia pun anak yatim. Dalam hati puas aku dapat mengadu kat arwah pasal dia.

(Pa, Ma..Is suka sangat kat dia tapi dia dah pilih orang lain. Tolong doakan Is yang terbaik ye Pa, Ma) kalau aku cakap macam tu kuat-kuat, confirm kena lempang. Mesti masuk wad lagi sekali. Taknak aku!

Tapi masa tengah makan, aku betul-betul sakit hati tengok dia kejap-kejap belek jam. Macam tak sabar-sabar nak lari daripada aku. Setahu aku, jam dia dulu lilit 2 kali, warna hitam. Tang ni merah pulak. Mesti tunang dia yang bagi. Siap laa kau jam!

Mesti dia tak terfikir yang aku nak buang jam tu. Terus dia tinggalkan aku lepas tu. Tak abiskan pun nasi dengan air padahal tu semua favourite dia. Haihhh!

Lepas aku suruh orang main biola tu pergi, berputar-putar kepala aku nak susun ayat nak mintak maaf. Aku memang tak pandai bab-bab mengaku salah ni.

Tak terkata aku bila dengar dia teresak-esak menangis. Bongok betul laa aku ni. Konon nak buat dia falling in love balik dengan aku tapi apa yang aku buat semuanya menambahkan lagi kebencian dia kat aku.

Ikutkan hati, nak je aku peluk dia tapi aku takut nanti lagi jauh dia lari. Perlahan aku menapak ke belakang dia, berdiri serapat yang mungkin. Sayu bila fikirkan, aku yang buat dia menangis. Hati-hati aku cuba lap airmata tu.

Pheww! Baik dia tak siku rusuk aku macam dulu. Terus aku tarik tangan dia. Mula-mula ingat nak bawak dia pergi PD je. Dekat sikit tapi apa yang ada kat PD tu sama je macam kat sini.

Dia ni pulak asyik tanya nak pergi mana. Berpuluh kali soalan yang sama. Naik jelak aku. Bila aku cakap nak pergi honeymoon terus dia senyap. Memang dah lama aku pikir nak pergi honeymoon dengan dia kat tempat sejuk tapi apa boleh buat. Dah takdir jodoh dia dengan orang lain.

Arghhhh! Aku malas nak fikir tu semua. Yang aku tau, aku nak habiskan masa dengan dia. Hanya aku dan dia je. Masa pun dah suntuk. Tak berhenti-henti lagi menangis. Aku ingat gangster hati batu tapi ni asyik meleleh je. Langsung taknak pandang aku.
Ye laa, salah aku. Singgah R&R kejap laa. Beli jajan.

Bila aku keluar kereta, tiba-tiba melompat pulak perempuan ni keluar sama. Tu baru sedar laa tu. Huh!

Boleh pulak main tarik-tarik tangan aku. Kalau sayang, cakap je laa. Buat laa alasan takut aku tinggalkan dia. Apa laa kuno punya excuse. Takkan laa aku nak tinggalkan dia kat sini. Kang ada jantan lain sebat kang, putih mata aku.

Kelakar pun ada, cute pun ada bila dia ikut je belakang aku. Ah haaa, jom kita test. Saja je aku nak tengok apa dia nak buat kalau aku masuk toilet. Ish, ada ke dia nak masuk sekali. Sah dia ni berangan lagi. Bila aku tunjuk signboard toilet lelaki baru dia duduk tunggu aku kat bangku panjang.

Seronok menyakat dia dalam kereta. Bukannya aku nak makan sangat jajan tu semua. Aku buat tu sebab taknak dia bersedih lagi. Ada ke nak pergi honeymoon tapi dalam kereta menangis bagai nak rak. Tapi aku tak puas hati selagi tak bagitau dia apa yang aku rasa.

Perlahan aku pegang tangan dia, aku tarik lembut ke dada. Biar dia rasa betapa aku perlukan dia selagi jantung aku berdenyut. Untuk kali pertama dalam hidup, aku terasa indah sangat bila ada orang yang tersayang dekat dengan kita.

Tapi perasaan tu tak lama bila dia tarik balik tangan dia lepas aku cakap apa yang aku nak bagitau kat dia. Sungguh aku faham kedudukan dia sebagai tunang orang tapi aku tak fikir itu keputusan yang terbaik untuk diri dia. Aku harap plan aku yang ni dapat bukak mata dia.

Sepanjang masa berjalan dengan dia, memang aku betul-betul rasa seronok. Walaupun dia buat muka takde perasaan tu tapi aku tak peduli. Puas aku dapat ambik gambar dia merata-rata. Segala macam makanan yang ada aku nak cuba.

Mula-mula ingat nak ajak dia pergi ladang teh tapi masa macam tak cukup pulak. Takpe laa. Yang ada ni pun dah cukup. Jangan main-main dengan aku ye cik Adelin Syaurah. Aku cakap, aku buat.

Tapi aku berharap yang dia takkan lupakan kenangan kitorang yang aku rasa takkan aku buat dengan orang lain. Dan aku yakin, orang lain pun tak sanggup buat sama macam apa yang aku buat!

Balik tu, aku singgah Jusco kejap nak ganti balik jam dia yang aku baling pagi tadi. Takde pulak yang sama. Special edition kata promoter tu. Takpe laa, beli aje yang lain. Dah dia kata ok, aku pun beli je laa yang lain. Tapi aku tau, dia suka kat jam yang aku pilih tu. Tak tunggu lama, dia terus pakai kat tangan. Senyum sampai ke chalet tengok jam pemberian aku kekal melekat kat tangan dia.

Sampai kat bilik dia, terus masuk bilik hempas pintu lagi. Aik, takde ucapan terima kasih ke? Dah jadi tabiat aku pulak sejak dia ada sini, pergi check dia kat bilik. Nak-nak pulak aku ada kad kunci. Senang laa aku nak masuk. Baru aku nak terkejutkan dia, aku tengok dia dah kemas barang-barang dia macam nak balik waktu tu jugak. Kan aku dah kata nak hantar dia sampai rumah. Nak kena laa dia ni. Kepala aku dah sakit balik.

“Nah, barang-barang kau. Tertinggal dalam kereta aku tadi. Yang kau kelam kabut punggah barang ni kenapa? Aku dah bayar sampai esok laa. Dah, balik esok aje. Kereta aku buat hal.”

Boleh pulak dia buat muka melantun depan aku. Eiii, geramnya aku tengok.

“Woi, aku jadi hamba tebusan kau sampai pukul 9 malam je laa. So, hutang dah selesai kan? Aku nak balik malam ni jugak” kuat melawan laa dia nih. Nasib laa kau tu tunang orang. Kalau tak, memang aku plaster mulut yang celupar tu. Biar dia rasa. Kuat menjawab. Melantun!

Tapi aku suka sangat bila dia mengalah masa aku sebut nak panggil orang jabatan agama datang cekup kitorang kalau dia taknak dengar cakap aku. Hmm, ini Iskandar ok. Take my note. Aku akan ajar sampai kau jadi sasau. Tau pun kau takut!


Biarkan berlalu semua kepedihanmu
Lelapkan matamu biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat kan jiwamu atas nama cintaku ooo
Pari-pariku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua airmata dengan senyuman ooo..
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Tidurlah sayangku

Terima kasih sangat kat Faizal Tahir sebab nyanyi lagu ni. Memang khas aku tujukan untuk Deng. Selamat malam sayang. Pantas aku angkat telefon, call ke bilik dia. Bila dengar bunyi panggilan diangkat, terus aku letak gagang kat sebelah pemain CD. Aku nak itu yang dia dengar sebelum dia lelapkan mata malam ni. Sweet dreams!

Perjalanan nak sampai ke rumah yang hanya 40 minit tu rasa macam sekurun. Aku benci dengar dia menceceh macam takde apa yang terjadi kat Pengkalan Balak. Benci bila dia boleh buat muka selamba padahal aku just lukakan kepala dia je sedangkan dia…dia lukakan hati aku, buang jam yang Isfahan bagi, buat aku macam anak patung mainan dia. Sepatah pun tak terkeluar dari mulut aku.

Sedar-sedar je dah sampai depan pintu pagar rumah. Dia suruh aku bukak pagar sebab dia nak parking kereta kat dalam garaj. Puas bertekak, aku mengalah bila dia kata dia takkan bergerak daripada seat pemandu tu sampai aku buat apa yang dia suruh.

“Aku janji, lepas ni kau takkan nampak muka aku lagi. Even kau nampak aku pun, aku takkan kenal kau” itu ayat penyata dia yang terakhir aku dengar.

Lepas dia bagi kunci kereta kat aku, dia terus pusing tak paling kat aku langsung. Rasa lega teramat. Aku rasa macam batu yang hempap kepala aku dah pecah jadi pasir-pasir. Tetap ada serpihannya sebab tak mungkin aku dapat hilangkan memori apa yang dia dah buat kat aku. Tapi aku akan cuba lupakan tu semua.

Malam tu aku dapat call daripada Kak Arah, Abang Aziz dan Isfahan. Aku tak salahkan diorang. Memang salah aku sebab buat diorang risau. Ye laa, aku plan nak pergi 3 hari je tapi tak sangka lain pulak jadinya. Taubat aku tak buat lagi lepas ni.

Lepas Isyak, Isfahan datang rumah ajak keluar makan. Dalam hati aku punya laa takut. Bukan sebab aku buat salah tapi sebab tak tau macam mana nak terangkan kat dia. Tapi bila kitorang sampai je kat restoran kawan dia, terus aku lupa hal kat Pengkalan Balak tu. Isfahan pun langsung tak tanya pasal tu kat aku.

“So, dah ready ke nak kahwin dengan saya ni?” apa punya soalan laa tu. Aku kerut dahi nak cari jawapan.

“Kenapa ek tanya macam tu? Tak faham laa” ayat nak menyelamatkan diri sudah keluar.

“Hmm, ye laa. Manatau tak puas enjoy ke kan?” kenapa aku terasa dia sindir aku eh. Arghhh, apa-apa je laa.

“Yaya dengan siapa sekarang? Kenapa tak bawak dia sekali?” perlahan suara aku tanya.

“Dia ada dengan nenek dia. Dia nak ikut tapi saya nak makan dengan awak je. Tak boleh?” laa, aku tanya dia, dia tanya aku balik. Bosan.

“Hmm, barang hantaran dah siap ke semua? Ada apa-apa yang nak suruh saya buat ke?” selalunya orang perempuan yang excited terlebih nak cerita pasal kahwin tapi ni dia pulak yang setelkan semua. Aku betul-betul hargai apa yang dia dah buat. Alasan dia, taknak aku susah.

“Awak jangan risau. Kan saya dah kata biar saya yang siapkan semua. Awak rileks aje. Saya nak awak cool je sampai hari tu nanti. Taknak saya kalau tiba-tiba nanti saya nampak nenek kebayan pulak kat atas pelamin tengah tunggu saya. Boleh pengsan nengok. Apa taknya, lorat sangat pikir itu ini sampai kedut seribu muka tu” confident je dia kata aku macam nenek kebayan ek. Tetapi kelakar bila tengok dia buat gaya muka nenek kebayan tu.

“Haa, macam ni laa Deng yang saya nak tengok. Saya tau awak ada masalah sampai awak bawak diri seminggu. Jangan risau, saya takkan tanya sebab semua orang patut ada ruang masing-masing kan. Cuma saya nak awak tau yang saya sentiasa ada untuk awak” aku pandang muka dia dan ternampak garis keikhlasan jelas pada raut wajah dia.

Terima kasih Isfahan. Jelas aku tak silap memilih dia.

“Ni nak tanya ni, boleh ke kalau kita sanding nanti bertiga?” haa, sapa pulak nak kacau daun tu?! Macam boleh agak aje. Sampaikan nak bercantum kening aku ni berkerut. Tunang aku ni suka sangat buat soalan provokasi laa.

“Yaya nak naik pelamin sekali dengan kita, boleh tak? Saya tanya dulu sebab itukan your big day. Saya taknak spoilkan mood awak sebab benda kecil” tak tau nak kata apa sebab dalam hati memang rasa berbaur.

“Saya tak kisah asalkan ada sekeping gambar kita berdua aje, ok?” aku perlu jujur dengan Isfahan kali ini dan alhamdulillah dia setuju.

Pejam celik, pejam celik lagi 2 minggu je aku nak naik pelamin dengan Isfahan. Dan selama tempoh tu jugak Iskandar menunaikan janji tak ganggu aku sampaikan ada waktu, aku terlupa dengan kejadian-kejadian kat Pengkalan Balak dulu.

Aku pun dah janji dengan Kak Arah yang aku takkan keluar rumah bermula hari Rabu sampai laa hari langsung majlis. Ishh, lamanya aku kena bertapa. Baik laa hari ni last boleh keluar sebab ada nak hantar stok kat kedai Kak Aya. Lepas tu aku nak cuti panjang. Cuti kahwin. Eh, orang kerja sendiri ada ambik cuti ke? Kelakar laa pulak.

Lepas hantar barang, aku terasa nak makan coconut shake kat Klebang. Rasanya waktu-waktu macam ni orang tak berapa ramai sangat kot. Sabarlah wahai coconut shake. Akan kita bersua sebentar lagi. Senang hati betul bila dapat buat tanpa perlu keizinan sesiapa. Terus aku pandu encik JC ke sana.

Lepas bungkus dua coconut shake, aku terus balik. Makan kat rumah lagi best. Aman sikit. Lagipun pukul 5 nanti, khemah nak dipasang. Pelamin pun diorang dah hantar. Macam tak percaya je aku dah nak jadi bini orang.

Tak tahu kenapa aku rasa rindu sangat kat Yaya. Terus capai telefon sebab nak dengar suara dia.

“Hello sayang. Mama ada beli coconut shake untuk Yaya. Nak tak?” bingit kejap telinga aku dengar dia menjerit. Suka laa tu bila tau aku belikan untuk dia. Terus aku tukar haluan nak hantar favourite dia ke rumah bila dapat tau yang Isfahan belum balik kerja lagi. Ingatkan nak suruh datang rumah aku je. Tapi takpelah. Singgah kejap.

Bila aku sampai, Yaya dah tunggu aku kat depan pagar rumah. Dapat je coconut shake tu, dia terus minum macam tak pernah jumpa air. Comel.

“Mama sayangkan Yaya tak?” wah, kecik-kecik dah ada bakat nak jadi inspector polis ye.

“Mesti laa sayang. Kenapa, tak suka ke?” cepat-cepat dia gelengkan kepala.

“Sebab Yaya taknak mama pergi lagi tinggalkan Yaya. Boleh tak Mama janji tak pergi lagi?” aku terus peluk dia erat. Bersyukur kerana aku dipilih Allah untuk mengubat luka di hati anak kecil ini. Teringat sewaktu aku rindukan arwah Mak, hanya Kak Arah yang aku ada. Tak ada orang lain tempat mengadu. Terima kasih Tuhan. Kau berikan aku peluang ni.

“Sayang, Mama nak kena balik sebab nak kena kemas rumah. Minggu ni kan Mama nak kahwin dengan Papa. Nanti hari jumaat, Yaya tidur rumah Mama ok” bulat mata dia bila dengar tawaran aku. Berdecup-decup mulut dia cium pipi aku ni.

“Nanti boleh pakai mekap? Boleh pakai minyak wangi mama? Boleh makan aiskrim banyak-banyak?” kedengaran sorakan riang Yaya bila semua soalan dia tu aku jawab dengan anggukan.

Aku tinggalkan dia dengan babysitter yang diupah Isfahan.

Sampai rumah, aku tengok kereta Kak Arah dah elok terletak kat tepi. Memang dah jadi rutin dia datang check aku kat rumah sejak insiden aku melarikan diri dulu tu. Takut aku buat hal lagi agaknya. Jangan risau kak. Adik akak ni takkan buat hal punya.

“Assalamualaikum.” Terbeliak kejap mata aku bila masuk-masuk je dalam rumah, terasa macam bukan rumah aku pulak dah. Langsir dah lain, susun atur dah lain. Bau pun berbeza.

“Dah lama akak tunggu Deng balik. So, akak buat je laa dulu. Nanti kalau Deng tak suka, kita tukar balik ok.” Saat ni, aku tersenyum sebab mana mungkin aku membantah kata Kak Arah, saudara yang menjadi kakak, ibu dan ayah dalam pada masa yang sama.

“Takde bantahan yang arif!” ketawa dia pun dah cukup buat aku gembira.

Hari Rabu tu cuma aku berdua aje dengan Kak Arah yang siapkan mana yang boleh. Hari Khamis, baru laa ada saudara mara datang 2, 3 keluarga. Dah mula sibuk sebab nikahnya Jumaat lepas solat Jumaat. Nak ambik Yaya tidur kat rumah aku lagi. Rasa macam tak percaya aku akan rasmi jadi hak Isfahan. Dan aku cakap dengan dia taknak jumpa sampai hari kitorang nikah nanti.

“Takkan jumpa kejap pun tak boleh? Rindu laa” alah, dah macam budak kecik pulak dia ni.

“Ayoo, sabar la. Tak berapa jam je pun. Saya ni banyak benda nak buat kat sini. Nak berinai, nak khatam Quran, nak fotoshoot lagi. Minggu depan saya dah free kan schedule untuk awak je. Satu minggu cukup?” tawaran tu menarik apa. Take it or leave it. Ewahhh!

“Satu minggu je? Saya free kan jadual saya sebulan tau untuk awak. Ini tidak adil. Saya bangkang yang arif!” amboi, boleh buat lawak lagi dia.

“Ini keputusan muktamad. Sekarang ni hakim besar Ain Safarah dah bising sebab saya belum start pakai inai lagi. Bye awak. Nanti jangan lupa hantar Yaya kat rumah saya karang sebab macam tak sempat je nak jemput dia. Baju-baju dia saya dah siapkan dalam beg pink dia haritu. Ada kat bawah meja dia. Esok, saya siapkan dia sekali. Awak tunggu je kat masjid ok” panjang berjela arahan aku kat dia. Dengar dia macam mengeluh. Hangin laa tu!

“Baik cik puan. Saya menurut perintah. See you tomorrow. Get ready to be my queen. Saya sayang awak sangat!” aku hanya tersenyum mematikan talian.

Kak Arah dah bising suruh aku bersiap cepat-cepat sebab nak pakaikan inai. Anak-anak Mak Ngah Ani semua dah kerumun aku. Nak jugak menumpang pakai inai. Sekali-sekala apa salahnya.

Agaknya ini kot rasanya jadi ‘raja sehari’. Segalanya disediakan. Iyelah, dah jari-jari aku bersalut inai semuanya. Macam mana nak makan? Ikutkan aku, senang lagi guna inai yang lukis tu aje. Lawa jugak tapi ikut kata Mak Ngah Ani, guna inai tumbuk lagi menyerlah warnanya. Iye laa Mak Ngah!

Baru kejap tadi Isfahan hantar sms bagitau yang mungkin dia hantar Yaya sebelah malam sebab ada lagi kerja last minute yang mesti dia selesaikan. Tak kisah laa. Dah kerja dia. Cuma aku kesiankan Yaya. Kalau dia ada sekarang mesti lagi riuh dengan mulut dia yang macam bertih goreng tu.

Majlis khatam Quran dibuat lepas Asar memandangkan lepas Maghrib Kak Arah nak buat kenduri tahlil untuk arwah Mak dengan Ayah. Kalau lah orang tua berdua tu ada lagi, mesti diorang rasa gembira sebab anak bongsu yang seorang ni ada peneman hidup yang boleh diharap. Saat ni terasa sayu dan hiba sangat sebab tak dapat nak kongsi hari yang sangat bermakna dalam hidup dengan diorang tapi aku tau, mesti Mak dengan Ayah nak yang terbaik untuk anak-anak.

Mak, Deng dah nak kahwin mak. Mak doakan Deng selamat ye. Ayah, Deng berharap sangat suami Deng nanti macam ayah jugak. Loving, protective, selalu buat Deng rasa nak ketawa, tak pernah rasa susah macam masa ayah ada dulu. Ayah jangan risau, walau macam mana pun, Deng takkan lupakan ayah dan mak.

Sedar tak sedar dah dekat pukul 10 malam. Mana diorang ni? Tak nampak muka pun. Ini laa nasib kalau nak kahwin dengan orang yang sibuk sangat dengan bisnes. Cepat-cepat capai telefon. Nak cakap dengan Isfahan. Suka laa buat aku risau.

“Hello, Is. Kat mana ni? Dah lewat laa. Kesian Yaya nanti tak cukup tidur pulak nak bangun pagi esok” belum jadi bini lagi aku dah bebel banyak kat dia. Takpe laa, esok jadi laki aku jugak. Taknak aku perangai dia macam ni kalau dah kahwin sok. Sakit jiwa aku nanti dibuatnya.

“Saya dah on the way laa ni. Kejap, ada nak beli barang sikit untuk Yaya. Jangan risau. Lagi 20 minit kitorang sampai laa. Tak sabar nak jadi isteri saya laa tu. Tok kadi tidur situ ke? Kalau dia ada nikah terus je laa. Boleh saya sekali tidur dengan awak malam ni. Hehehe” gatal tahap dewa pulak dia malam-malam ni. Seligi sekali kang baru tau.

“Dah. Jangan nak mengada-ngada. Bawak kereta tu elok-elok. Jangan pandang perempuan lain” sempat lagi bagi warning kat dia.

“Tapi kalau perempuan tu yang berdiri depan mata saya macam mana?” Eiii, tak suka!

“Pejam je mata tu. Dah, saya nak tunggu kat depan ni. Awak tak payah turun kereta. Kita janji nak jumpa esok je kan. Awak hantar Yaya, lepas kitorang masuk, awak balik ye. Bye awak” cepat-cepat aku tekan butang merah.

Terus aku keluar nak tunggu Yaya. Hmm, ramai lagi yang belum tidur. Ada yang siapkan berkat nak bagi kat orang. Ada yang siapkan hadiah untuk cabutan bertuah, ada jugak yang dok belek-belek barang hantaran aku. Jangan rosak sudah.

Pelamin yang dah siap dipasang dengan berlatarkan warna merah hitam tu aku rasa macam cantik pulak sekarang. Penat tau bertekak dengan Isfahan pasal warna kesukaan dia ni. Ada ke pilih warna ni?

“Ye laa, awak dah pilih nak baju color krim. Bila background warna gelap, baru laa naik seri kita” Eleh, naik sangat laa seri awak tu. Dah macam color budak-budak heavy metal aje aku tengok.

Tapi bila dah ditambah dengan mutiara, kristal putih dan epal merah memang nampak cantik sangat. Terima kasih Isfahan sebab bertekak dengan saya. Kalau laa ambik jugak color krim tu, memang tenggelam laa seri kita kan?

Tapi aku tak faham apa fungsi epal yang bergantungan tu. Nak suruh aku makan esok kot? Takpun nak bagi kat orang yang tepung tawar. Ganti bunga pahar. Ahh, apa-apa je la. Malas aku nak perah otak malam-malam macam ni.

Dalam pada jauh berfikir tu, tiba-tiba terasa bahu aku ditepuk perlahan. Isfahan ke? Kan dah kata jangan masuk. Degil laa dia ni. Aku paling, baru nak bukak mulut marah kat dia sebab degil. Rupa-rupanya Kak Arah dengan Abang Aziz.

“Deng, bawak bersabar banyak-banyak. Is dengan Yaya dah takde dik. Dia accident tadi. Tu polis datang rumah bagitau” kata Abang Aziz perlahan-lahan, sebutir-sebutir sambil tunjukkan anggota polis beruniform kat depan pintu rumah. Mata Kak Arah dah merah saga.

Isfahan dah takde? Bukan ke aku baru kejap cakap dengan dia tadi? Kan dia kata nak sampai rumah lagi 20 minit je. Polis tu salah orang kot. Kaki rasa dah tak jejak lantai lagi. Pandangan mata dah berkaca-kaca dan terus hitam.

Terasa muka aku sejuk direnjis air. Bila tersedar, aku nampak muka Kak Arah. Terus aku peluk dia sambil bisik yang aku ada mimpi ngeri tadi. Aku mimpi yang Isfahan dengan Yaya dah meninggal.

Tapi bila aku perasan yang bahu kakak aku terhinggut-hinggut, aku tolak badan Kak Arah. Memang dia menangis!

“Deng tak mimpi dik. Memang diorang dah takde. Dah, bawak mengucap banyak-banyak. Siap, jom pergi hospital” aku macam orang bodoh ikut je kata Kak Arah.

Aku still genggam telefon dengan harapan Isfaha akan call aku kejap lagi nak bagitau yang dia ok. Dia jugak yang bagitau tadi suruh tunggu. Dalam kereta pun aku tak tau nak rasa apa sebab semuanya macam dalam mimpi buruk aku je situasi ni.

Tak mungkin dia! Aku cuba nak yakinkan diri.

Friday 27 July 2012

Tragedi Ramadhan


Rumah sewa yang terletak di kawasan perumahan awam kelihatan tenang daripada luar. Nampak seperti tak berpenghuni.

“Mana semua orang ni? Takkan pagi-pagi lagi dah keluar kot?” desis hati Deng keraguan. Semalam lagi aku dah sms bagitahu yang akan sampai jam 11 pagi. Mesti tengah tidur lepas bersahur laa tu. Perangai tak pernah berubah.

Rakan serumah yang berdua itu memang sudah di fahami sangat kerenah masing-masing. Apa taknya, berkongsi rumah hampir empat tahun dan syukur Alhamdulillah, tiada sebarang pergeseran selama tempoh waktu itu.

Perlahan-lahan, kunci dicucuk ke tombol tembaga. Daun pintu coklat keemasan ditolak perlahan, tidak mahu rakan serumah terbangun. Bimbang refleks Uci dan Oyie melibas atau membalingnya dengan apa yang ada. Bukan tak pernah kena baling dengan baldi gara-gara disangka pencuri. Mentang-mentang laa seorang belajar silat dan seorang lagi taekwando, nak tunjuk handal pulak dengan aku yang setakat handal pegang mixer dan spatula je.

“Lain kali, kalau balik kursus awal, bagitahu kitorang. Bukan main terjah aje macam ni” bebel Uci bila kayu mop yang dilibas hampir-hampir terkena muka Deng dan seluruh ruang tamu basah dek balingan sebaldi penuh Ajax oleh Oyie bulan lepas. Urut dada je aku mengenang kerenah kawan berdua tu.

“Macam mana aku nak bagitahu kalau rumah ni bising sangat dengan lagu KPop korang tu? Aku dah cuba call banyak kali laa. Pergi tengok phone korang” geram pulak bila tak pasal-pasal aku yang dipersalahkan.

“Kau ada call ke? Alaa, jangan laa marah. Kau bukan tak tahu yang semenjak dua menjak ni, dah banyak rumah kena pecah masuk. Takut jugak kalau-kalau kita yang terkena” ujar Uci membela diri sambil Oyie terangguk-angguk membenarkan kata sahabat yang seorang.

Memang satu kebenaran pun. Sejak akhir-akhir ini, dah banyak sangat rumah kena pecah masuk. Baik juga yang hilang cuma duit dan barang. Kalau nyawa yang melayang, harus kami cari rumah lain saat tu jugak.

Saat kaki menjejakkan tapak ke ruang makan, terlihat sisa pinggan yang masih berbaki di dalam sinki. Cuma ada sepiring kurma di bawah tudung saji.

“Dah sah tengah tidur laa perempuan dua orang ni” akalku merangka pelan strategik nak kejutkan diorang. Perlahan-lahan aku menuju ke bilik Uci. Macam mana anak dara tidur ni, pintu pun tak berkunci? Jaga laa korang.

“Maa rabbuka?? Siapa Tuhan kamu??” ujarku separuh berbisik. Betul-betul di telinga Uci.

“Ermmmm..” aik, boleh dia palingkan badan? Kena buat betul-betul nih.

“Maa rabbuka?? Siapa Tuhan kamu??” suara ku kuatkan tapi masih dalam nada berbisik.
Dengan mata yang terpejam, aku mendengar dengan jelas suara Uci bertanya.

“Siapa yang tanya tu? Aku ni dah mati ke?” rasa nak terburai tawa mendengar soalan kurang cerdik seorang fashion designer di butik yang terkenal. Takut jugak kau bila pasal mati ye. Mati-mati aku ingatkan Uci terus bangun tapi ada lagi jawapan yang membuatkan aku sakit jiwa dan raga.

“Erm, takpe laa. Kalau mati pun, ni kan bulan puasa. Munkar Nangkir tengah holiday! Nanti dah raya laa aku jawab soalan tu” astaghfirullah budak seorang nih! Terdengar dengkuran kecil tak lama kemudian.

Owh, kau tak nak bangun ye. Baik aku cuba Oyie pulak. Mana tahu kalau nasib aku baik, dia boleh bangun. Apa laa malang nasib aku dapat teman serumah liat nak bangun pagi ni?! Menggunakan taktik yang sama, aku berbisik ke telingan Oyie sambil menahan gelak.

“Maa rabbuka??” berusaha keras aku mematikan diri bila Oyie tiba-tiba mendepangkan tangan. Baik tak kena sepuk muka aku yang suci. Hish, budak ni!

“Siapa nenek kamu??” percubaan kali kedua membuatkan Oyie bertindakbalas dengan soalanku.

“Nenek kat kampung laa” boleh pulak kau main-mainkan nenek kau ye? Nanti aku report kat dia!

Ish, tak boleh jadi ni! Kata semalam nak keluar pukul 11 pagi sebab taknak bersesak-sesak dengan orang ramai tapi sekarang melekat lagi kat atas katil. Buat penat je aku berkejar balik sini cepat-cepat. Haa, siram air! Tapi kalau aku siram air nanti, aku balik yang kena marah. Macam mana ni?

Mundar mandir aku memikirkan alternatif yang sesuai dan berkesan nak kejutkan dua anak dara ni. Kalau aku bagi renjatan elektrik ok kot? Tapi, macam kejam sangat laa pulak. Buatnya terlebih voltan, giliran aku pulak yang ke penjara duduk atas kerusi elektrik nanti. Tidakkk!!!

Aduh, kenapalah korang ni liat sangat nak bangun haa?!

Haa, aku rasa aku dah tau cara senang nak bangunkan budak yang dah terlebih layak jadi mak budak ni.

“Uci, Uci.. cepat laa bangun. Darius ada kat depan tu! Bangun cepat!” sampaikan katil dia pun bergoyang sama menandakan tahap goyangan aku nak kejutkan dia dah sampai tahap maksimum.

“Haa, Darius??? Kenapa tak bagitahu awal-awal?? Kau ni selalu laa” haa, kan aku dah kata, taktik yang ni menjadi. Melompat Uci capai tuala meluru ke bilik air. Dah selamat dapat kejutkan sorang. Sorang lagi nak kena bangkitkan.

“Assalamualaikum. Cik kak Oyie sayang, Loy awak ada kat depan tu. Dia kata, kalau dalam masa lima minit awak tak siap jugak, dia tinggalkan awak. Cepat bangun” kataku sambil menepuk punggung Oyie kuat. Terus dia terduduk walau masih terpisat-pisat.

“Haa, Loy?? Dia bukan dah balik kampng ke kelmarin? Dia tipu aku ek. Nak kena laa dia nih” kain sal disambar menuju ke bilik air di belakang. Huh, macam ni rupanya cara tercepat nak kejutkan korang rupanya.

Dalam pada menunggu dua Sleeping Beauty bersiap, aku membelek-belek majalah di ruang tamu. Berkira-kira bajet yang akan dikeluarkan nanti. Baju, tudung, kasut… baik jangan fikirkan sangat kalau tak mesti senarai tu takkan berhenti.

Tinggal lagi seminggu je nak raya, persiapan keluarga di kampung dah selesai disiapkan. Tinggal kelengkapan untuk diri sendiri je yang belum lagi. Baru empat mukasurat diselak, dah tercongok budak berdua ni depan aku.

“Mana Dariusnya? Tak ada pun. Kau tipu kitorang ye?” Uci buat muka tak puas hati.

“Ha ah laa. Tak ada pun Loy. Melampau kau ye nayakan kitorang” sampuk Oyie dengan muka kesian. Owh, yang diorang nayakan aku tu, taknak kira pulak ye.

“Idea siapa semalam yang suruh aku balik sini awal sebab nak shopping barang raya? Kau kan?” telunjukku lurus ke arah Uci

“Cadangan siapa yang suruh aku tiba kat sini sebelum pukul 11? Bukan kau ke?” jariku beralih ke arah Oyie. Kedua-duanya terpaku sambil tersenyum sumbing.

“Dan kata-kata siapa semalam yang dengan berlagaknya kata tak ada masalah nak siap awal?” tanyaku berdiri sambil tangan bercekak di pinggang.

“Alaa, jangan laa marah kitorang Deng. Kau kan partner sehidup serumah, sejiwa sejantung dengan kitorang. Puasa ke tak ni, nak marah aje?” tiba-tiba je Uci meleser dengan aku. Konon nak pujuk laa tu. Huh!

“Ha ah laa Deng. Tak baik tau marah-marah time puasa ni. Nanti kurang pahala. Ok, kita gerak sekarang ye. Dah dekat tengahari ni” pandai pun korang pujuk aku aku.

Baik laa aku ni berjiwa penyayang lagi pemaaf orangnya tau.

Sampai kat shopping complex, seperti yang dijangka. Orang tak laa ramai sangat. Boleh laa nak pilih memilih macam permaisuri. Amboi, berangan tak ingat kau ye Deng! Uci dan Oyie awal-awal lagi dah hilang entah ke mana. Takpe laa.

Janji jumpa balik pukul 1 nanti. Aku pun bukannya nak beli apa sangat. Kalau tak ada yang berkenan, pakai aje baju tahun lepas. Apa susah? Lagipun, bukannya budak kecil lagi wajib nak kena ada baju baru tiap kali raya.

Belek punya belek, tiba-tiba aku perasan macam ada seseorang yang memerhati. Sungguh rasa tak sedap hati. Kenapa pulak ni? Melingas aku menebarkan pandangan ke sekeliling.

“Haaahh!!” sergahan Iskandar buat aku terkedu dan kaku untuk empat saat. Bila otak stabil kembali. Ringan je tangan aku debik belakang dia.

“Aduh, sakit laa woi!” haa, tau pun sakit. Lain kali buat laa lagi. Aku menjeling tak berkata.

“Tak baik tau layan saya macam ni. Jauh-jauh saya mengekor awak, awak tak ada apa-apa nak cakap kat saya ke?” rimas betul aku dengan dia ni laa. Layan tak layan, sama je menyakitkan hati.

“Siapa yang suruh awak mengekor? Pergi laa buat kerja. Orang nak beli baju raya pun tak senang!” aku merengus. Satu tahap je lagi nak jadi naga.

“Tak baik marah-marah kalau puasa. Nanti pahala kena potong. Hehe” dia ingat puasa ni macam markah periksa ke boleh main potong-potong?

“Kalau awak tak kacau saya, tak ada laa saya marah” sambil kaki laju menuju ke arah kemeja. Alang-alang dah murah, baik beli sekali baju pejabat.

“Eh, awak beraya pakai baju tu ke? Bajet awak ciput eh? Meh, biar saya belanja awak” ish, loratnya dia ni! Rasa nak je aku bagi sebijik tapi tak patut laa pulak rasanya. Ini kan bulan puasa. Perghhh, besar sungguh aura Ramadhan ni.

“Bukan pasal bajet laa. Dah alang-alang ada duit, ada masa. Beli je laa sekali harung. Tak payah nak datang-datang lagi” itupun tak tahu ke? Jimat itukan amalan mulia.

“Hmm, tapikan saya rasa tak payah kot beli sekarang sebab nanti lepas dua minggu raya, takut-takut segala lemang, ketupat, rendang semua tu tersangkut kat pinggang. Lari semua cutting M awak tu. Tak takut ke orang kata awak pakai baju adik awak?” bila kata-kata penghinaan dilontarkan dengan mimik muka yang jelas mengejek, membuatkan rasa nak je aku humbankan hamba Allah kat depan aku ni dalam Perigi Hang Tuah.

“Woi, aku anak bongsu laa. Mana ada adik!” bulat mata aku terjegil yang membawa maksud sudah cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Eh, itu lagu daa! Arghh, aku tak kira. Motif sebenar, jangan kacau aku nak shopping.

Mana pulak budak dua orang ni tak muncul-muncul lagi. Tambah hangat rasa hati.

“Eleh, itupun nak marah. Dah laa, jom saya belanja awak baju. Tak payah nak berkira sangat. Lagipun saya yang suruh Uci dengan Oyie paksa awak balik sini hari ni. Kopak saya ni nak bagi upah kat diorang kalau awak jadi balik tau” panjang lebar pulak penerangan tunang aku yang sorang ni. Owh, dia punya kerja rupanya.

Hmm, misi menjimatkan duit sendiri mula dirangka. Dia yang nak belanja kan? Bukan aku yang mintak. Hampir penuh tangan aku mengangkut hanger. Dengan Isfahan sekali kena jadi assistant aku pegang baju sebab fittingroom tak boleh bawak lebih tiga helai baju untuk dicuba.

“Ya Rabbi!” besar biji mata Isfahan bila belek jam di tangan. Masa untuk mencuba saja dah dekat setengah jam.

“Yang kat dalam stor diorang awak taknak cuba ke?” cet, perli aku laa tu.
Konon aje nak jumpa balik pukul satu, sudahnya dekat pukul 2.30 baru Nampak batang hidung perempuan berdua tu.

“Yang korang ni lambat sangat kenapa?” rasanya darah aku dah sampai tingkat 18 kot bila tengok diorang masih tersengih-sengih. Bukannya rasa bersalah!

“Bukan kitorang sengaja, tapi tadi kitorang Nampak kau dengan Is. Taknak kacau daun. Dah habis beli barang belum? Nak balik masak lagi ni. Hari ni aku nak masak red velvet” pandai betul si Oyie ni tukar topic. Topik yang aku payah nak marah pulak tu.

“Dah, jom balik” dengan segera kami beredar sementelah lagi Zohor belum ditunaikan.

Setibanya kami di rumah, masing-masing melakukan kerja yang telah dipersetujui disiapkan bersama. Aku dan Uci memasak hidangan utama manakala Oyie melakukan kepakarannya iaitu kek.

Selalu juga kek buatan Oyie mendapat tempahan daripada jiran-jiran. Memang sedap sangatlah. Nak pula kalau kena dengan cream cheese yang sejuk beserta hiasan yang menarik.

Ish, mengenangkan kek si Oyie ni, terasa lambat sangat laa pulak jarum jam bergerak. Menu kami hati itu agak ringkas. Ikan tenggiri goreng sambal, kobis masak lemak dan ikan pekasam.

Selalunya jadual berbuka kami hanya dengan sebiji kurma, sepotong kuih atau kek dan segelas air. Selepas solat Maghrib, kami akan menjamah dulu hidangan ringkas seperti rojak atau murtabak yang selalu kami beli saja di bazaar ramadhan. Selepas Isyak dan terawih di masjid berdekatan, barulah kami akan makan nasi.

“Weh, cepat laa sikit. Dah nak masuk waktu ni” wajah basah Uci selesai berwudhuk membuatkan aku dan Oyie bergegas bersiap. Selesai Maghrib di rumah, kami menuju ke surau bersaing dengan segerombolan makcik yang bertujuan sama.

“Sekarang ni, lagi macam-macam hal. Bulan puasa nak kena tambah pahala, tapi si pencopet ni asyik nak tambah dosa” kata makcik Esah penuh semangat.

“Apahal pulak ni kak Esah?” sampuk makcik Lijah sambil membetul-betulkan telekung.

“Kelmarin, rumah Kak Yah Seman kena pecah masuk. Habis barang-barang rumah disapunya!”

“Wah, makcik Esah ni marah macam rumah dia pulak yang kena pecah” ujar Kak Lin Debab.

“Iye laa, kalau dah habis barang satu rumah orang tu dirembatnya, macam mana si Yah tu nak bayar hutang kain aku?” hmm, patut laa. Dia risaukan duit dia rupanya.

Masjid makin hampir. Kami menuju ke saf yang terhadapan. Lagipun waktu-waktu begini, tak ramai wanita datang berjemaah di masjid. Imam yang bertugas hari ini pun ringkas orangnya. Suara pun sedap. Ish, ni nak solat ke, nak komen suara imam? Astaghfirullah.

“Jom laa balik. Lagi lama kat sini, lagi banyak dapat dosa kering. Kesian kat baldu merah aku tu.. dah rindu sangat kat dia” si Oyie ni memang tak suka kalu ada mesyuarat geng cik Kiah ni. Mesti dia beredar secepat mungkin.

Punya laa laju Oyie berjalan, sampai nak semput aku dengan Uci kejar. Bertuah punya budak. Tak cukup-cukup ke buat kek redvelvet tu sampaikan tak menyempat-nyempat nak telan?

“Allahhhhhhhhhh!!!!” suara nyaring Oyie buatkan aku dengan Uci berlari selaju yang boleh mendapatkan dia. Tetapi tiba je kami kat depan pagar, aku pun sama melaung jugak. Pintu rumah ternganga lebar lagi menandakan giliran rumah kami pulak yang dipecah masuk. Macam mana ni??!

“Eh, eh.. aku call polis kejap. Jangan masuk dulu. Manatau dia ada lagi ke kat dalam. Tunggu, tunggu” sambil Uci membuat panggilan, aku cuba meninjau-ninjau ke dalam rumah tapi hampa sebab tak Nampak apapun. Gelap gelita.

“Aku dah call Iskandar sekali. Kejap lagi dia datang.” Aku sekadar mampu mengangguk kepala. Dalam hati taklah risau tahap langit ketujuh sebab mana ada barang berharga sangat dalam rumah tu. Tapi jangan laa hilang barang-barang raya yang kitorang beli tadi. Nangis woo kalau nak kena beli balik.

“Bila polis nak datang?” suara Iskandar mengejutkan aku dari mengelamun panjang.

Bila masa dia sampai pun aku tak sedar. Jawapan yang dibiarkan tak berjawab membuatkan Iskandar terus masuk ke dalam rumah membuka lampu. Melopong mulut Uci bila melihat keadaan rumah yang bersepah. Setelah pasti memang tiada penceroboh di dalam rumah, barulah kami berani nak periksa bilik.

Alhamdulillah, tiada apa yang hilang. Cuma aku pelik, rasanya aku pergi shopping tadi ada lima paperbag. Kenapa tinggal tiga aje? Periksa punya periksa, dah sah baju raya aku dan Iskandar yang kami beli sedondon untuk raya nanti dah kena kebas.

“Awak, sorry laa. Baju raya kita dah hilang” wajah Iskandar yang cuak menjadi kendur seketika.

“Ada apa-apa lagi yang hilang tak?” aku geleng kepala laju-laju.

“Dengggggggg!” jeritan Oyie dari arah dapur membuatkan aku melangkah kaki pantas ke sana.

“Apsal?” aku ingatkan barang-barang buat kek dia dah lesap tapi..

“Kurang asam punya pencuri!!!” bukan main marah lagi ratu kek seorang ni. Bila dia perasan aku, Iskandar dan Uci ada di dapur, dengan pantas dia menghulurkan sekeping kertas.

~MINTA MAAF. BUKAN SAYA SENGAJA NAK MENCURI. SAYA TERPAKSA. TAPI RUMAH AWAK TAKDE APA-APA. JADI SAYA TERPAKSA AMBIL KEK AWAK YANG SEDAP TU. LAUK YANG LAIN SAYA TAK SELERA. BAJU RAYA AWAK PUN SAYA TERPAKSA AMBIL. TERIMA KASIH. MOGA AWAK DIMURAHKAN REZEKI. INIKAN BULAN PUASA, KALAU AWAK HALALKAN, AWAK DAPAT PAHALA, SAYA PUN TAK BERDOSA. PEACE!~

“Eii, geram betul aku dengan pencopet tak sekolah ni laa. Kalau aku dapat, siap dia aku lipat” kata Uci penuh emosi. Kertas beralih tangan ke tangan. Akhirnya tiba ke tangan Iskandar. Baca punya baca, dia boleh bantai gelak pulak.

“Hmm, korang halalkan aje laa. Betul jugak budak ni tulis. Tapi report polis tu wajib. Kalau tak, rumah orang lain punya dia kerjakan” lepas selesai polis ambil keterangan kami di rumah, Iskandar pulang dengan janji akan datang pagi-pagi esok. Sempat aku ingatkan dia supaya jangan bagitahu pada siapapun hal kecurian. Taknak hal jadi lagi kecoh.

Malam tu, kami tidur sebilik sambil bercerita hal pecah rumah yang terkena pada kami pula kali ini.

“Aku rasa mungkin sebab dah tiga minggu puasa ni, aku belum sedekah lagi kot? Tu pasal laa kek aku kena rembat. Melepas betul nak makan kek mewah tau” luah Oyie dalam nada kesal.

“Ha ah laa, aku pun kurang sangat berderma tahun ni. Sibuk sangat menjahit baju orang sampaikan baju sendiri pun beli siap aje. Agaknya ini peringatan Tuhan untuk kita laa. Esok pepagi aku nak derma sikit kat tempat biasa” dah jadi tradisi Uci derma kat Rumah Anak-Anak Yatim Az-Zahrah. Baguslah kalau diorang ingat macam tu.

“Hmm, aku rasa sebab aku ni over acting kot nak baju sedondon laa konon dengan Iskandar tu. Padahal, tunang je pun. Kalau macam ni laa peringatan untuk aku, nak kahwin cepat laa. Esok aku nak cerita kat Iskandar. Mesti dia sokong aku punya” siap aku genggam tangan erat-erat tanda keazaman yang kukuh dalam hati.

BUPPP!! Dua biji bantal kusyen sampai kat muka tanda tiada sokongan daripada sahabat baik aku yang berdua tu. Takpe laa, raya kan seminggu lagi. Hehe. Dalam hati rasa lega kerana kami tak apa-apa. Selamat berpuasa dan berhari raya. Jangan lupa pada yang tiada dan kurang mampu.






Monday 18 June 2012

Aku, Kau, Dia & Kpop

Kelas Puan Aida habis awal petang tu. Cepat-cepat Locoi kemas buku dan kertas yang bersepah atas meja. Niat di hati nak tunggu Anjie di kafe. Dah selalu sangat budak tu bising kata aku lambat. Dah lecturer habis kelas lambat, nak buat macam mana? Takkan aku nak marah pensyarah semata-mata nak lepak dengan satu-satunya kawan perempuan yang aku ada kat kolej tu.

Tergesa-gesa kaki melangkah sebab tak mahu dikatakan lembap lagi. Mulut perempuan seorang tu bukan boleh sabar sikit! Bisik Locoi perlahan dalam hati.

Tiba di kafe, Locoi urut dada tanda lega ya amat sebab langsung tak ada kelibat Anjie kat mana-mana meja yang tersusun kemas dalam kafe kolej. Cepat-cepat dia ambil tempat yang paling hujung dan membelek-belek nota kuliah tadi. Konon-konon dah lama sampai lagaknya.

Tak sampai sepuluh minit dia berlakon jadi tugu negara kat situ, tiba-tiba sebeban buku dihempas atas meja.

“Weh, aku ada video baru nak tunjuk ni. Best giler!” wah, bukan main bersinar-sinar lagi mata minah seorang ni. Dia ingat aku ni pengarah seni ke tiap kali ada muzik video artis korea terbaru dia nak tunjuk kat aku? Aku tak minat laa!

“Hmm, iye ke? Mana?” nak jaga hati kawan, terpaksa laa menadah mata aku yang suci tak bernoda ni tengok muka-muka ala cina yang kadang-kadang aku sendiri pun boleh keliru, lelaki ke perempuan terkinja-kinja meliuk lentok ikut irama lagu.

“Dah, jangan nak buat muka sayu macam anak terbuang kau tu! Tengok nih” sambil dia keluarkan Samsung Corby II. Aku rasa kan, telefon tu mesti hari-hari menangis asyik kena simpan lagu asing di bumi Melayu yang berdaulat ni.

“Wah, cun giler laa step diorang. Kau tengok, sama je kan diorang gerak. Takde silap pun!” mata perempuan ni tak beralih-alih dari tadi. KPop ni ada gam mata magik ke ha? Mulut tu asyik nak memuji aje. Bosan!

“Kau dengar tak apa aku cakap ni? Mengada-ngada laa kau. Kalau kau tak nak tengok, bagitau awal-awal! Aku boleh tunjuk kat orang lain” terus dia tekan-tekan dengan kasar telefon yang langsung tak disabit bersalah tu. Baik laa telefon tak mempunyai sebarang deria rasa emosi mahupun fizikal. Aku hanya mampu angkat kening, melihat Anjie berlalu pergi.

“Eh, si Anjie tu kenapa? Hangin semacam je” kata Ajay yang menyandang pangkat adik kembar kepada Anjie. Dia tanya kat aku mesti sebab takut nak menyakat kakak dia kat rumah karang. Aku dah faham sangat perangai budak dua orang ni.

“Alaa, benda biasa laa. Lorat sangat pasal KPop dia tu. Apa ke Wonder Junior entah dia sebut tadi. Terlompat-lompat je mamat jambu tu. Bagi laa aku tengok yang perempuan punya. Baru laa best tengok. Ye dak?” air teh ais kuhirup setengah gelas.

“Ahh, kau pedulikan je dia tu. Bukan betul sangat. Eh, petang ni futsal jom. Tempat biasa. Geng Labu tak cukup orang laa” dia ni pun lebih kurang sama jugak dengan kakak dia. Futsal tak habis-habis.

“Eh, kau ni ada kesedaran sivik tak? Minggu depan dah final. Kau rasa-rasa dalam paper tu ada dia tanya peraturan futsal tak?” malas pulak aku nak panjangkan bahas. Niat asal taknak bagi kawan marah, sekarang ni aku pulak yang rasa marah sendiri. Nasib.. nasib!!! Aku menghala kaki menuju ke rumah. Baring kat katil lagi baik!

“Locoi.. Locoi.. kejap weh” siapa pulak yang terjerit-jerit panggil aku ni? Serentak tu aku toleh ke belakang. Amid rupanya.

“Haa, ada apa?” macam serius sangat je gayanya. Bahu aku dipaut mesra.

“Aku nak ajak kau study sama-sama. Boleh tak? Nak mintak tolong kau ajar aku Statistik. Nanti aku datang rumah kau” dia ni selalu sangat cakap nak belajar sama-sama. Sudahnya, belajar setengah jam. Lebih satu jam, dia bantai ajak berborak benda lain.

“Alaa, boleh laa Coi. Kau sorang je yang boleh ajar aku cepat pick up” dengan muka dia yang menyengih tak sudah tu, aku angguk kepala walau tak sepenuh hati.
Malam tu rumah sewa aku, Hadi dan Wak Dol riuh rendah sebab bertambah sorang ahli yang sememangnya kaki kepoh. Wak Dol jeling aku semacam sebab dia memang tak suka kalau rumah terlalu bising. Si Amid ni pulak tak reti perlahankan volume suara yang dah habis maksimum tu agaknya. Penat aku jegilkan bijik mata. Haram dia buat tak reti.

Tapi memang kelakar belajar dengan dia ni. Asyik nak buat persamaan dengan apa yang ada kat keliling. Tiba-tiba Amid menyuarakan sesuatu yang aku langsung tak boleh agak.

“Weh, kenapa si Anjie tu sikit-sikit cari kau? Punya laa ramai gentleman kat sini, engkau jugak yang dia cari. Makwe ke?” senget kepala aku pandang budak ni. Soalan hyperaktif betul!

“Apa masalah kalau aku ada apa-apa pun dengan dia? Yang kau nak tau sangat ni kenapa?” saja aku berteka-teki. Muka Amid dah macam asam jeruk.

“Takde laa apa-apa. Aku tanya je. Takkan tak boleh?” aku cuba meneka raut wajah Amid sekarang tapi langsung tak ada klu. Dia suka kat Anjie ke? Aghhh, lantak kau laa.

“Haa, esok aku nak mintak tolong kau ajar aku LK pulak tau” ish dia ni. Dah macam tutor tak bergaji pulak aku ye.

“Esok aku ada hal kat town. Kalau malam boleh laa. Janji kau tak bising. Marah Wak Dol nanti” sambil aku memuncungkan bibir ke arah bilik Wak Dol. Aku tengok budak Amid ni terangguk-angguk. Konon faham laa sangat tapi tengok je laa esok. Mesti memekak jugak! Hmm.

“Ok laa bro. Aku gerak dulu. Thanks ajar aku for free ni. Kalau tak ada kau, mesti teruk result aku” nak tergelak aku dengar ayat memuji dia tu.

“Ye laa kau tu. Haa, dah alang-alang aku ajar kau free ni, esok nak datang tapaukan aku makanan. Nasi pataya ke, nasi kerabu ke. Dapat steak pun cantik jugak!” tergelak aku bila tengok Amid kepal penumbuk di muka pintu.

“Eh, nanti kirim salam kat Anjie eh” giliran aku pulak tunjuk penumbuk kat dia.
Tak faham. Ramai cakap Anjie tu awek aku. Mana ada! Lagipun kitorang dah kawan sejak kecik. Aku dah masak sangat dengan perangai tak cukup seringgit dia tu. Taknak aku ada bini macam tu.

Seorang isteri kena setia kat suami! Ini tak, bukan main lagi mulut dia puji artis Korea tu hensem laa, macho laa, putih laa. Naik bernanah telinga aku dengar! Malang seribu tahun siapa yang kahwin dengan dia nanti.

Tak dinafikan dia memang macam budak-budak. Lagipun dia seorang saja anak perempuan dalam keluarga. Lagi empat orang lelaki. Baik jugak dia tak jadi tomboy. Kan selalunya macam tu. Kalau sorang je perempuan, mesti kasar macam lelaki. Ini tak, dari hujung kasut ke hujung tudung, pink segala. Naik berpinar bijik mata!

Bukan dia tak pernah kena usik masa kat sekolah dulu. Nak nak si Mya anak Sidang Salim. Ada ke patut, dia ejek Anjie oink-oink! Dekat seminggu minah pink tu tak datang sekolah. Hari-hari jugak laa aku bertandang ke rumah dia hantar kerja sekolah yang dia kena buat. Orang otak cair, tak payah belajar beriya pun dah boleh buat semua soalan tutup sebelah mata.

Agaknya pasal tu kot si Mya tu dengki sangat kat Anjie. Tapikan, aku betul-betul tak faham orang perempuan ni. Dua tahun bergaduh sakan tapi bila dah habis SPM menangis sampai berpeluk-peluk macam esok nak mati je. Monsun angin barat daya kot? Plastik betul.

Masa hari pertama daftar kat kolej ni, dia asyik laa nak berhimpit dengan aku. Mengekor je mana aku pergi. Bukan tak ada si Ajay, adik dia tu. Dia selesa dengan aku kot. Lagipun adik dia macam sibuk sangat dengan aktiviti sukan aje. Aku ni rimas sebenarnya.

Nasib baik jadual aku dengan Anjie tak sama. Itupun, dah selalu sangat dia cari aku kat kelas sampaikan budak-budak perempuan kelas dah taknak bertegur lagi dengan aku. Tak nak kacau daun kata diorang. Hish, jatuh saham yang pakcik pertahankan selama ini!

“Locoi! Tunggu aku kejap” termengah-mengah si Ajay ni berlari. Aku dah terasa macam artis dikejar peminat aje. Sampai je dia kat sebelah aku, dipautnya beg galas aku yang dah memang sedia berat nih. Cepat-cepat aku tepis.

“Haa, kau nak apa pulak kali ni? Kakak kau tak ada laa dengan aku. Aku tak tau dia pergi mana” macam tau je apa yang dia nak tanya kat aku. Memang selalu sangat dah aku lepak kat kafe waktu tengahari sementara nak tunggu kelas petang. Dan kat situ jugak laa aku kena jadi rakan subahat Anjie, penyokong tegar artis bermata sepet, lelaki perempuan bermuka serupa walaupun hati aku tak sepenuh rela.

“Aku bukan nak cari perempuan tu laa. Aku just nak ingatkan kau aje yang majlis kitorang nanti buat weekend ni. Lepas maghrib. Kau jangan lupa pulak” Aiseh, macam mana boleh lupa birthday diorang dah dekat sangat. Nak taknak, kena cari hadiah dengan kadar yang paling segera.

Masak aku nak kena sediakan lima hadiah sekaligus. Rasanya tahun ni aku bagi kat Anjie je laa hadiah sebab si Ajay tu dah besar. Ajit, Ajak dengan Arip tu, aku belikan Saidina je cukup laa. Korang main laa sama-sama. Tapi yang sebenarnya aku takde bajet. Yang orang tua korang ni punya laa terror, boleh keluarkan korang lima beradik tarikh yang sama. Walaupun tahun lain-lain, tapi boleh buat poket kawan-kawan rabak tahu!

Petang tu, pusing-pusing plaza nak cari hadiah yang sesuai untuk Anjie. Aku pun dah 3, 4 hari tak jumpa dia. Merajuk laa kot pasal haritu. Dah memang ye aku tak boleh layan minat dia, nak buat macam mana? Kalau aku muntah kat situ, siapa nak bersihkan?
Apa laa yang syok sangat tengok orang Korea berjoget-joget? Orang Malaysia ni tak pandai joget macam tu ke? Eleh, kalau bagi aku masa sebulan, aku pun boleh menari macam tu laa. Err, dalam mimpi je kot!

Dah penat aku tawaf plaza ni. Satu barang pun aku tak berkenan. Majlisnya esok malam. Apa nak bagi ni??? Dalam keadaan minda tak berfungsi rapi, mata aku ni macam terlekat kat benda tu. Macam sesuai je kot. Boleh laa, harga pun still dalam bajet.
Balik rumah, aku balut elok-elok hadiah untuk Anjie. Bersungguh-sungguh aku hembus hadiah berbalut kertas pink tu dengan niat biar laa dia terima dengan senang hati, perut, limpa dan segala organ dalaman manusia yang ada. Sekeping kad l aku sertakan di atas hadiah. Moga hadiah yang tak seberapa ni diterima.

Lepas mandi malam, aku terdengar orang bagi salam kat pintu. Mesti si Amid laa tu.

“Waalaikumsalam. Kejap.. kejap” bergegas aku sarung T-shirt sebelum pecah pintu rumah ni diketuk budak Amid tu.

“Kau bertapa ke? Lama giler kat dalam” sambil tangan dia unjukkan sebungkus polisterin yang aku kira mesti makanan untuk aku. Banyak duit budak ni. Huluran bersambut.

“Untuk aku ke? Terima kasih” aku tersengih-sengih tengok dia angguk kepala. Semerbaknya bau nasi goreng kampung ni. Siap ada telur mata lagi. Macam kat kedai Pak Leman je. Aku memang suka makan kat situ sebab tukang masaknya goreng nasi memang sedap giler. Tak payah panggil pun dia dah tau apa yang aku nak makan.Nasi goreng telur mata, cili dan ikan bilis lebih. Sambal belacan dengan timun fresh tak pernah tinggal.

Sebab LK ni takde laa susah mana pun, aku kosongkan meja untuk Amid letak barang-barang. Sambil aku makan, si Amid pun mula keluarkan soalan tahap taji ayam beracun kat aku.

“Eh, esok kan harijadi awek kau si Anjie tu. Kau tak pergi ke?” dia ni, minah tu bukan awek aku! Aku letak pinggan kat tepi.

“Lagi sekali kau cakap macam tu, aku taknak ajar kau lagi. Pergi cari orang lain ajar kau!” tak faham bahasa punya orang. Potong selera betul laa dia nih! Nasib baik ada lintasan muka mak masa aku terasa nak sumbat je baki nasi tu dalam tong sampah. Sambung makan balik. Mak aku memang pantang orang makan tak habis ni.

“Aku tau birthday dia esok. Hadiah pun dah siap dah. Yang kau ni sibuk sangat pasal si Anjie tu nape? Kau suka dia ke???” aku cuba nak memulakan misi mengorek maklumat daripada si Amid merangkap anak murid aku. Dia tersengih-sengih. Iye laa tu!

“Ish, giler kau. Buatnya dia letak syarat, nak kawan dengan dia kena nyanyi lagu Kpop dulu. Haru!! Taknak aku suka kat perempuan macam tu. Esok-esok kalau aku balik rumah, lapar, dia suruh aku makan semua lagu Kpop dia tu. ” sambil menjuih-juihkan bibir. Aku gelakkan dia macam nak bergegar dinding rumah. Habis sisa ketawa, sempat aku berkata.

“Elehhh, macam laa kau hensem sangat nak memilih! Habis tu, apasal ko sibuk tanya pasal aku dengan Anjie tu? Apa kena mengena?” neuron saraf dalam otak masih lagi tak berhubung. Dah si Amid ni tak minat, nak buat apa dia asyik kenen pasal Anjie kat aku? Lantak kau laa Amid. Asal kau bahagia sudah.

“Err, macam mana pulak nak dapat garis DE ni?” tiba-tiba je dia tukar topik. Tapi memang niat dia datang nak belajar pun. Malam tu dekat pukul 11 malam baru Amid balik. Sebelum tidur, aku belek-belek hadiah yang aku nak bagi kat Anjie. Rasa-rasa dia suka tak? Hmm, tunggu je laa esok.

“Eh, kakak kau mana?” mata aku meliar ke merata tempat mencari tuan punya hadiah berbalut kertas pink. Tak nampak pun.

“Dia tengah bersiap kat atas. Biasa laa, perempuan. Kalau tak dua tiga jam bersolek, tak sah. Kau minum laa dulu. Self-service” pelawa Ajay ramah.
Sebaik saja birthday siblings berkumpul, doa selamat dibaca dan kek dipotong. Aku tengok semua orang dah letak hadiah kat atas sebuah meja yang dikhaskan. Masa tu aku serba salah pulak. Takut dia tak berkenan. Tapi aku memang ikhlas nak bagi.

“Err, Anjie. Aku nak bagi ni kat kau by hand. Aku harap kau suka” tersengih-sengih aku bagi hadiah yang bertemakan ‘Pink, kaulah pujaan hatiku’. Mana taknya, dari pembalut, reben, kad segalanya serba pink. Aku buat macam tu semata-mata nak pujuk dia.

“Aku harap sangat kau bagi aku DVD Super Junior ke, citer You’re Beautiful ke. Apa-apa pun, aku tau benda ni mesti best. Sebab kau kan kawan aku. BFF” leganya hati aku dengar. Lepas makan sikit lebih kurang, aku pun balik.

Sampai kat rumah, lepas solat Isyak aku terus lelap tak sedar. Alih-alih berbunyi jam loceng dah pukul 6. Dalam pada mamai baru sedar tu, aku perasan yang telefon aku menyala menandakan ada mesej masuk. Siapa pulak ni?! Cepat-cepat aku capai nak baca isi kandungan mesej tu.

“Locoi, Anjie menangis tak ingat dunia lepas bukak hadiah kau. Apa kau bagi?” mesej si Ajay rupanya. Baru pukul 6. Takkan nak reply macam ni punya awal. Karang je laa. Lagipun aku ada sebab tersendiri kenapa aku bagi dia barang tu.

“Anjie, kau marah ke aku bagi kau benda tu?” tegur aku perlahan masa dia ajak nak jumpa.

“Taklah. Terima kasih sebab ingatkan aku. Aku suka sangat. Lagipun, kan ke pink warna favourite aku” kelam aje senyum dia saat ni.

“Err, kau nak tak kawan dengan aku?” haaa, dia pinang aku ke apa nih? Perempuan pinang lelaki?? Biar betul…

“Aku tau masa aku bukak hadiah kau tu, lepas baca kad kau, aku rasa aku tak buat silap kalau aku pilih kau. Dan aku harap kau boleh terus guide aku macam ni selalu” saat tu aku bersyukur pemberian sehelai pashmina pink yang cuma berharga sepuluh ringgit dapat menukar pendirian seseorang. Mungkin dia tersentuh hati dengan isi kad berwarna pink striking tu.

“IF JANNAH IS YOUR DREAM, HOLD TIGHT TO YOUR DEEN.. moga dengan pemberian yang tak seberapa ni, kau akan gantikan Kpop dengan sesuatu yang lebih baik.
P/S: Kpop sekali sekala tak apa”

“Aku memang sukakan kau dah lama. Tapi sorry, tak lebih daripada seorang adik dan kawan yang rapat sangat-sangat. Lagipun aku takde kawan perempuan kat sini. Diorang semua takut dengan kau. Kau punya pasal laa ni. Aku dah tak boleh nak mengayat awek kat sini.Huh” muka dia macam tak percaya bila aku cakap macam tu.

“Habis, kau dah ada orang yang kau suka ke? Siapa?” soal dia laju bila aku angguk pada soalan yang pertama.

“Zana, anak Pak Leman tauke warung hujung jalan sana. Dah lama aku usha dia tau. Dia pun macam ada respond je bila aku senyum kat dia. Aku yakin, kau boleh dapat yang lagi baik daripada aku punya laa” keyakinan kata-kata aku tu dah setinggi tsunami yang melanda Thailand tak lama dulu. Anjie pun senyum.

“Kau kawan aku, mesti laa aku nakkan yang terbaik untuk kau. Anyway, goodluck!” dalam masa dua minit, aku keseorangan di bangku kaku.

Kedai Pak Leman kosong aje petang tu. Selalunya waktu-waktu macam ni, ada je Zana tengah ketang-ketung menggoreng kat belakang. Puas aku tertinjau-tinjau tapi hampa. Langsung tak nampak kelibat dia.

Aku tak kira, hari ni aku nak jugak cakap kat dia tentang perasaan aku yang ikhlas tiada galang ganti ni. Baru aku merangka-rangka apa yang aku nak cakap, Pak Leman datang tanyakan order.

“Err, saya nak sirap limau dengan nasi goreng kampung. Macam biasa ye Pak Leman” entah apa yang dia tulis bukan main lama lagi kat kertas tu entah laa. Mengeja agaknya. Tapi aku tak kisah, asalkan dapat luahkan rasa hati kat Zana hari ni jugak.

“Err, Pak Leman nak tanya sikit boleh? Zana mana?” cepat-cepat aku bersuara.

“Dia ada kat belakang tu” tunjuk Pak Leman. Tak berapa lama lepas tu, Zana keluar bawa hidangan yang aku pesan tadi dengan senyuman yang paling manis pernah aku tengok.

“Zana, saya ada benda nak cakap kat awak boleh?” tiba-tiba tangan aku rasa berpeluh. Dia angguk perlahan. Ya Rabbi, berdebarnya dada aku. Baru nak ajak kawan dah gabra macam ni. Kalau ajak kahwin, macam mana laa agaknya?

“Kalau saya nak kawan dengan awak boleh?” bulat mata dia pandang aku. Ada kesalahan tatabahasa ke ayat aku tadi?

“Boleh, tapi awak mesti nyanyikan lagu That Man. Alaaa, yang Hyun Bin nyanyi tu. Kalau betul sebutan dia semua, baru awak boleh kawan dengan saya” tersenyum sambil lenggang kangkung Zana masuk balik ke dapur.

Adoi, apa bala aku kenal perempuan semua minat Kpop nih??????