jom jadi kawan saya

Thursday 31 May 2012

Manik Suci Part 7

Lega betul rasanya dapt bermalas-malasan atas tilam yang dah sedia best ni. Kalau ikutkan hati aku yang bengkak, memang tak nak aku teman si Darius tu minum tengah-tengah malam ni. Kan ke tak elok sumbat perut sebelum tidur?

"Yang kau minum macam badak di musim kemarau ni kenapa? Minum pelan-pelan tak boleh? Buruk tau tak?" Eiii, menyibuk pulak dia bila tengok aku habiskan air kopi cepat-cepat. Tak boleh rasa ke aku tengah marah? Orang dah laa penat-penat fikir corak yang sesuai nak jahit kat baju tu esok. Boleh pulak dia nak kerah aku macam askar baru rekrut aje.

"Bukan laa aku ni pelahap sangat. Tak payah kau nak sama kan aku dengan badak tu. Jauh sangat bezanya. Aku mengantuk, paham?!" habis secawan kopi O sejuk, terus aku angkat punggung. Nak kemas semua barang yang dah bersepah-sepah atas meja.

Darius ni pulak buat tak reti je tengok aku kemas meja. Bukan nak tolong. Asyik sangat dengan gitar baru dia tu. Naik menyampah pulak aku dengar. Kan dah tengah malam buta ni. Orang lain nak tidur. Sebelum aku kena marah sekali, baik aku blah.

"Ada nak apa-apa lagi tak? Esok pagi-pagi aku nak keluar dengan Datin. Nak kena bangun pagi. Aku masuk dulu laa" aku tunggu dua, tiga minit tapi dia senyap aje tak berjawab. Tak ada apa-apa yang dia nak minta lagi laa tu. Fuh!! Selamat aku.

"Esok buatkan aku breakfast macam semalam. Masak betul-betul sikit. Kalau tak sedap, siap kau!" amboi, bukan main lagi kau ye, 'tuan besar jadian'!

"Kau kan dah sihat. Pergi laa mengada-ngada kat maklong. Aku janji nak jaga kau sampai kau sihat aje!" terus aku masuk dalam. Taknak dengar lagi alasan-alasan dia yang merepek sungguh tu. Buat menambah sakit hati aje.

Sampai nak pejamkan mata pun rasa sakit hati tak boleh hilang lagi. Benci betul aku kat Putera Bongkak tu. Kalau laa arwah abang aku ada lagi, mesti dah lama si Darius ni kena sebab buli aku tak agak-agak.

Tapi realitinya, arwah dah tak ada nak jaga aku lagi. Nak tak nak, kena laa pandai-pandai jaga diri sendiri. Dalam letih ya amat, akhirnya dunia jadi gelap gelita.
Sama macam pagi-pagi sebelumnya, lepas subuh maklong dah sibuk kat dapur memasak.

Bila aku ke dapur dengan niat nak menolong, tengok-tengok atas meja dah sia hidangan yang berasap-asap. Lagi cepat laa perut aku ni menyanyi.

"Awalnya maklong masak? Kenapa tak kejut Uci sekali? Boleh Uci tolong" rasa kasihan sebenarnya menguasai hati. Macam tak patut je aku biarkan maklong buat semua tu sorang-sorang.

"Alaa, dah biasa Uci. Lagipun hari ni maklong puasa. Lepas sahur tadi, terus laa masak. Rencah semua dah siapkan awal-awal. Tinggal goreng aje. Tak susah pun" Wajah tua maklong, aku renung penuh kagum. Walau tak punya anak sendiri tapi dia masih tampak bahagia.

"Kalau nak tolong, pergi susun pinggan atas meja tu. Kejap lagi kang semua turun nak makan" kata maklong bila melihat aku tercegat di tepi meja. Bergegas aku angkat apa yang patut. Dalam pada sibuk melengkapkan meja, terdengar bunyi enjin kereta dihidupkan.

"Hmm, si Yus laa tu. Dia kalau pagi-pagi memang jarang sangat sarapan berat ni. Asyik-asyik roti. Tak jemu agaknya?" luahan rasa maklong yang membuatkan aku terfikir sekejap. Bukan ke malam tadi dia suruh aku masak apa ke benda entah. Takkan merajuk kot bila aku tak nak masak untuk dia. Arghh, aku peduli apa?

"Uci, Mak Eton. Dah siap sarapan belum? Saya nak keluar awal ni" tegur abang Yan sambil duduk di kerusi.

"Nak kena serve ke, nak makan sendiri?" kata aku sekadar nak bergurau. Pagi-pagi kena ceria. Baru laa rezeki masuk mencurah. Itu kata mak masa dia sihat dulu. Ya Allah, rindunya kat mak sekarang.

"Dah ada waitress yang cun ni, mesti laa nak di serve. Kalau tak, nanti tak kenyang" wah, dia pun pandai jugak seloroh ye. Gelak ketawa pagi tu memenuhi ruang dapur. Tapi suasana riang tadi terus bertukar senyap sunyi bila Darius masuk. Aik, kata tak makan pagi-pagi?!

"Uci, aku nak makan macam hari tu. Cepat sikit. Lagi 20 minit aku nak gerak" dalam hati ni rasa sakit hati sangat bila dengar dia cakap macam tu. Tak boleh ke mintak baik-baik? Bukan laa aku suruh dia berdondang sayang bila cakap dengan aku tapi bersopan laa. Macam tak ada adab. Ops, lupa pulak. Dia kan Putera yang Bongkak!

"Kan banyak lagi makanan atas meja ni. Makan je laa apa yang ada. Nak masak lain buat apa? Membazir namanya tu" merah muka dia bila aku menjawab.

"Perut kau ke? Bukan kan? Aku makan pun, bukan kau yang kunyah. So, pergi masakkan cepat" selamba badak betul dia bersuara. Aku ketap bibir kuat-kuat menahan rasa hati. Takpe.. Takpe.. Hari ni hari kau. Maklong geleng kepala tengok aku bertekak dengan Darius kat meja makan. Muka abang Yan pulak dah macam buaya tercekik kancil seekor.

"Hishhh! Mengada-ngada!" dalam terpaksa, aku buat jugak hotdog goreng dengan telur hancur. Sama macam yang aku masak dulu. Kalau yang ni pun nak komplen jugak, kau masak laa sendiri lepas ni!

"Nah!!! Nak aku suapkan tak?" geram betul bila aku tengok dia tersenyum bila dapat nayakan aku pagi-pagi tu.

"Air aku mana? Kan aku dah pesan. Kelmarin kata dah hafal menu sarapan aku" sambil ketuk-ketuk gelas kosong depan dia.

"Hoi, kalau dah pandai amik gelas tu, salah ke kalau kau tuang aje air oren tu sekali arung?!" aku kepal penumbuk kuat-kuat bila ayat nak mengena Darius tu singgah kat telinga.

"Lain laa rasa dia kalau kau yang tuang. Jangan banyak cakap. Tuang aje laa. Tu pun susah ke?!" rasa macam nak je aku mandikan dia dengan air oren ni sebotol. Abang Yan jeling adik dia yang mengada-ngada tu dengan ekor mata.

"Uci, duduk sini. Meh sarapan dengan abang. Ada orang tu cukup kaki tangan, lengkap Allah bagi. Biar dia amik sendiri apa yang dia nak" diorang berdua ni ada buat MoU ke nak buat aku serba salah sepanjang masa? Aduhai laa nasib!

Betul-betul dalam kemuncak dilema, Datin Darina muncul. Rasa lega tak ingat sebab aku dapat meloloskan diri daripada perang dingin dua beradik ni. Korang berdua tak tahu nak mengalah, biar aku je yang cabut.

"Uci dah siap? Saya ingat kita pergi dalam pukul 10 nanti laa. Saya ada nak confirm order customer sekejap. Takut dia datang masa kita keluar nanti. Kesian pulak dia. Boleh ye Uci, kita keluar lewat sikit?" takkan nak cakap tak boleh. Aku tersenyum sambil jungkit bahu tanda tak kisah.

"Bagus jugak tu. Boleh Uci tolong maklong masak untuk lunch sekali. Takut nanti keluar, lambat pulak baliknya" mak datin tersenyum dan mengangguk dengar jawapan aku. Walaupun aku setakat penjahit manik kontrak aje kat sini, tapi aku memang respek Datin Darina sebab pendapat aku belum pernah ditolak ketepi.

"Maklong ni tak kisah Uci, buat kerja sorang-sorang. Dah biasa" ayat maklong terdengar ikhlas kat telinga aku. Makin tangkas aku tengok tangan dia siapkan kerja. Ada je benda nak dibuat. Bila ditanya, asyik kata tak ada apa-apa.

"Awal semua pagi ni. Ada mesyuarat tergempar ke? Wah, Darius pun ada. Ni mesti sebab Uci berdiri kat dapur ni. Kalau tak, kempunan laa orang dalam rumah ni nak tengok Darius sarapan kat sini" bunyi ketawa bergema. Makin lebar senyuman Datuk Dahlan aku lihat bila semua ahli keluarga duduk semeja.

Aku perhatikan sama je macam semalam. Semua orang boleh bergelak ketawa dalam semua hal kecuali Darius. Tak boleh ke bagi muka sikit kat ayah dia yang buat lawak tu? Kalau pun tak nak gelak, sengih je pun jadi laa. Sombong!

"Yus, pagi ni ambik baju kat mana?" tanya Datin Darina bila gema ketawa berhenti. Mata aku tertumpu pada Putera Bongkak nan seorang tu. Lambat-lambat je dia jawab.

"Kat tempat biasa. Millie Couture. Ada foto shoot terus untuk iklan perfume. Kenapa?" tanya Darius tanpa melihat muka mak datin. Eii, dia ni. Aku pulak yang bengang.

"Laa, kat situ ke? Dekat sangat laa tempat yang kitorang nak pergi nanti ni. Kejap lagi boleh laa ibu tengok macam mana Yus shoot ok?" ada riak girang di wajah ibu itu. Dan aku hanya mampu menumpang senyum. Kalau laa mak aku boleh tersenyum seperti itu, aku akan lakukan apa sahaja. Ya, apa sahaja asalkan dapat aku lihat senyuman seperti itu di wajah mak semula.

"Ibu nak datang dengan budak ni ke? Tak payah laa ibu. Malu Yus nanti" dia kata aku memalukan dia? Dia ingat dia tu artis popular ke? Piirahhhh! Geli geleman aku dengar.

"Tak baik Yus cakap orang macam tu. Kalau nak kata malu, abah ni lagi malu dikata dek orang. Anak belajar tinggi-tinggi tapi cari makan jadi model iklan saja. Tak ada pun abah cakap apa-apa depan Yus kan?" teguran Datuk Dahlan mematikan alasan Darius yang bukan saja menyakitkan hati, malah melukakan perasaan kalau diamati sungguh-sungguh. Cepat-cepat aku beristighfar dalam hati.

"Takpe pakcik. Saya tak kisah. Saya ni orang kampung aje. Mana tahu life style orang bandar ni. Takpe Datin, lepas beli barang-barang tu semua, saya boleh balik naik teksi aje kalau Datin ada hal kat luar" kataku menunjukkan kebolehan untuk berdikari. Kat bandar ni, asalkan ada duit, semua pun boleh.

"Tak apa Uci, kalau Yus tak bagi kita tengok, banyak lagi tempat lain, orang lain yang kita boleh tengok, kan Yan?" aku tengok abang Yan dah menyimpul senyum. Hmm, apa-apa je laa. Yang aku target, hari ni mesti siapkan sepasang baju. Tak boleh tidak.

"Hari ni nampaknya semua orang sibuk dengan kerja masing-masing. Jangan lupa malam karang kita dinner sama-sama ok" kata-kata Datuk Dahlan yang berupa arahan tak boeh diingkari. Bak kata maklong, setinggi mana pun pangkat keluarga Datuk Dahlan, makan malam bersama adalah wajib kepada semua orang. Terkecuali jika ada alasan yang munasabah.

Mula-mula maklong bagitau, rasa nak gelak pun ada. Ye laa, mana taknya. Kalau taknak makan pun, kena duduk jugak kat meja. Termenung laa kau kat situ. Janji Datuk dapat tengok muka keluarga dia waktu malam.

Memang aku hormat Datuk Dahlan sebab dia hanya menyediakan jalan kerjaya untuk anak-anak. Kemewahan jika diingini, cari sendiri. Kebanyakan yang aku tahu, kalau mak bapak kaya mesti belikan anak-anak kereta, motor dan segala yang si anak minta tapi tidak Datuk Dahlan. Mesti cari kerja macam orang lain.

Apa yang aku tau, dia buat macam tu sebab nak mengajar anak-anak nilai usaha untuk duit sendiri. Secara tak langsung, anak-anak akan lebih menghargai duit titik peluh sendiri. Nak beli apa pun, usaha dapatkan tanpa bergantung dengan duit abah diorang. Sudah dihantar belajar tinggi-tinggi, cari kerja yang baik-baik guna ijazah yang ada.

Betul jugak cara macam tu. Patut laa Darius cukup sensitif dengan segala kotoran yang hinggap kat kereta dia dulu. Kalah orang sayang bini oi! Keluar duit sendiri rupanya.

Cerita maklong jugak laa, baru aku dapat tau yang Datuk tak berapa berkenan dengan kerjaya pilihan Darius sekarang. Tapi, apa kena mengena dengan aku pulak. Lantaklah, si Darius tu nak kerja apapun, asalkan halal.

"Tapi, kalau dah bergambar berpeluk-peluk, bukak sana, bukak sini. Orang tua mana yang suka Uci oii" hmm, betul jugak tu. Agaknya kalau aku yang buat perangai macam tu, dah sahih kena terajang dengan bapak. Hish, ke situ pulak difikirnya akal aku ni.

"Lantak laa dia maklong. Dah besar pun. Meh Uci tolong buat rencah lauk tengahari karang. Maklong tinggal lebur aje dalam kuali" kata aku lepas selesai mengemas meja dan semua orang dah pun selamat beredar ke tempat kerja masing-masing.

"Haa, buat rencah untuk gulai daging masak lemak rebung. Maklong dah rebus daging kasi empuk. Dah siap nanti, kamu simpan dalam peti sejuk dulu. Maklong nak kemas kat depan" kata maklong sebelum menghilang.

Banyak betul kerja orang tua ni. Patut laa badan dia sihat. Kalau aku laa yang kerja kat sini, mau semput dibuatnya. Kemas depan, jaga tingkat atas, siram pokok, basuh baju, masak lagi. Ish, betul-betul superwoman laa. Tabik spring. Aku rasa tak ramai perempuan sekarang nak kerja macam tu.

Banyak kali sebenarnya terfikir apa aku nak buat lepas habis kontrak memanik baju mak datin. Segala macam kalau yang aku cipta. Ye laa, kita kena ada back up plan kalau-kalau apa yang kita rancang tak menjadi.

Sekilas jam aku tengok, dah pukul sembilan lebih. Rencah gulai, siap. Bumbu sayur pun dah siap. Semua dah simpan dalam peti sejuk pun. Sementara tunggu mak datin panggil, aku belek-belek album keluarga Datin Darina.

Puas aku belek-belek gambar budak lelaki dua orang dalam album tu. Dah sah-sah laa gambar abang Yan dengan Darius. Tapi yang mana satu, aku tak boleh cam. Serupa je aku tengok. Macam-macam keletah dirakam. Sampaikan aku tersenyum sendiri.

Dalam ralit membelek album tu, aku terdengar suara rancak berbual keluar daripada studio Datin Darina. Pelanggan dia laa tu agaknya.

"Jangan lupa ye Datin. Saya mintak sangat-sangat ni. Nak jugak melawa kat majlis Tan Sri Ayob tu nanti. Biar sedondon dengan Datuk. Bukan apa, imej kena laa jaga. Haa, jangan lupa Zureen kirim salam kat Darius. Kalau ada peluang, teringin juga berbesan dengan awak" terkekek-kekek datin vouge tu menyuarakan hasrat hati.

"InsyaAllah saya siapkan. Sejak ada pembantu ni, senang sikit kerja saya. Uci, meh sini kejap. Haa, ni laa anak saudara saya. Semua manik-manik tu nanti, dia laa yang jahit. Datin Jay jangan risau. Harga upah manik dia memang murah" cepat-cepat aku datang bersalam dengan Datin liplap-liplap tu. Melihatkan barang kemas yang bergayutan kat badan dia, aku agak dah layak sangat kalau nak bukak satu cawangan kedai emas. Ish, rimasnya!

"Comel anak saudara awak ni Datin. Kalau kita ada anak bujang, nak je jodohkan dengan dia" terlintas dalam kepala, dia ni bisnes cari jodoh ke?

"Jangan cakap gitu. Jodoh tu kan kerja Tuhan. Biarlah diorang cari sendiri. Apa-apa jadi yang tak elok nanti, kita disalahkan" ayat Datin Darina sungguh berlapik dan sopan. Mesti Datin liplap tu takut anak dia terkahwin dengan mamat sengkek.

"Betul tu tapi kita kena laa memilih sikit untuk anak kita. Takkan nak terima je orang sembarangan" muka Datin Jay dah mula ketat bila haluan ayat Datin Darina tak sekata.

"Hmm, Datin Jay jangan laa risau. Ada jodoh budak berdua tu, berbesan laa kita. Kalau tak, kita tetap berkawan. Pusing-pusing pun, muka kita jugak yang nampak" ada ketawa kecil di hujung ayat Datin Darina.

Hilang je kelibat Datin Jay, terus mak datin capai beg tangan dan sarung kasut. Melulu aku ikut sarung selipar.

"Haa, kalau Uci nak tau macam tu laa nak kena hadap kerenah pelanggan ni. Macam-macam cerita. Dah lama-lama, dah lali dengan cerita diorang tu semua" kata mak datin memecah sepi dalam kereta.

"Sorry ye Datin.." aku mencelah.

"Apa yang Datin nya? Panggil makcik sudah laa. Kan saya dah kenalkan Uci ni anak sedara saya" iye tak ye jugak kan? Lagi senang macam tu.

"Ok, boleh. Lagi bagus macam tu. Kalau tak, asyik nak tergeliat je lidah Uci ni nak panggil Datin 24jam" aku menyengih sambil mengangguk kepala sekali.

"Ada bawak tak gambar paten semalam tu? Takut kang lupa pulak nak guna manik yang mana" bergegas aku cari gambar contoh yang dipilih malam tadi. Haa, nasib baik ada.

"Ni kan? Rasanya macam tak cukup je bekas manik makcik tu. Kalau dapat beli satu kotak lagi senang nak simpan manik baru" kataku memberikan cadangan. Lagipun aku perhatikan semalam, bekas yang sedia ada tinggal dua saja ruang kosong. Takkan nak letak dalam pinggan pulak?

"Ha ah laa. Nasib baik Uci ingatkan makcik. Nanti lepas beli manik, kita pergi beli bekas tu pulak" mak datin tersenyum memandu.

Sampai saja kami ke kedai yang Datin Darina maksudkan, kami disambut ramah oleh tuan kedai. Macam nak terkeluar biji mata aku tengok deretan manik kecil dan besar serta berbagai warna dan saiz bergantungan. Rasa macam nak angkut je satu kedai ni. Boleh tak?

"Uci, pilih je mana yang nak. Saya nak tengok barang jahit sekejap kat situ" sambil telunjuk diluruskan ke arah yang disebut. Aku angguk kepala dua tiga kali.
Rasa macam kedai ni aku yang punya bila dapat ambil apa saja yang aku suka. Ye laa, bukan aku yang bayar pun. Apa nak dirisaukan sangat. Lain laa kalau poket aku yang keluarkan kosnya. Dapat laa aku menjahit dnegan sepuas-puas hati lepas ni.

Dalam kepala, aku dah terbayangkan Uci versi tukun. Mesti leka tak ingat dunia bila dah bergelumang dengan manik nanti. Belum lagi masuk bab manik berterabur. Harapnya tak sampai ke situ laa.

"Uci, dah siap pilih belum? Ambik lebih-lebih pun tak apa. Nanti boleh buat stok. Manatau kot-kot ada lagi baju yang saya nak suruh Uci jahit lepas projek ni kat kampung" bila Datin Darina ada kat sebelah pun aku tak perasan. Leka sangat tengok mutiara yang cantik sungguh.

"Haa, dik. Bos dah kata borong tu, ambik je apa yang suka. Ni semua stok baru sampai tau. Tak ramai lagi yang ambik batu-batu macam ni" macam nak suruh aku habiskan aje segala manik kat dalam kedai ni. Aku toleh mak datin, nampak dia tengah khusyuk pilih lace Itali paten terbaru.

"Makcik, dah kot banyak ni. Cukup dulu untuk tiga helai tu. Baju yang lain, kita plan dulu nak buat paten yang mana" ujarku sambil berdiri di kaunter pembayaran.

"Manik ni kalau beli dalam pack yang besar, rasa macam rugi pulak. Sebab kejap-kejap datang corak baru. Warna pun kena pandai matchingkan. Color wheel taknak beli ke Datin? Senang nak buat rujukan" kata tuan kedai lagi mempromosikan barang.

"Hmm, takpe dululah. Saya punya color wheel hidup ni punya matching lagi mengancam tau" nada suara Datin Darina berbaur bangga. Iye ke pilihan aku ni mengancam sangat? Bukannya aku ada masuk kelas professional mana-mana pun.

Ikut kata mak datin dulu, satu kelas nak belajar jahit manik ni kurang-kurang pun RM200.00. Tersangkut air liur kat tekak. Dah separuh upah aku kat kampung dulu. Tak tahu laa macam mana aku boleh menjahit manik ni. Sebab aku minat sangat kot.




"Dah dekat waktu lunch ni Uci. Jom teman saya sekejap" menonong je mak datin berjalan tanpa memberitahu arah tuju. Tangan aku ni sarat dengan plastik berisi barang nak memanik karang. Kalau macam ni punya banyak, dah wajib aku jadi toyol kira kacang hijau nanti.

Erk, bukan laa aku ni toyol tapi orang kampung aku ada cakap, kalau toyol jumpa kacang hijau nanti dia leka sangat sampai tak sempat nak curi duit. Perumpamaannya laa tu. Lagi laju langkah aku nak kejar Datin Darina yang sememangnya agak jauh di depan.

Selamat mengisi barang kat dalam bonet, aku duduk di sebelah mak datin.

"Nak ke mana kita ni makcik? Kan maklong dah siap masak kat rumah" aku agak dia nak bawak aku pergi makan. Tak payah laa susahkan diri. Kesian lauk kat rumah tu, takde siapa nak habiskan.

"Bukan nak pergi makan. Nak pergi jumpa orang" kereta bergerak perlahan mengikut arus trafik. Aku perhatikan aje kereta berselisih satu persatu di luar tingkap kereta. Lagu berirama perlahan yang mengisi ruang udara kereta Datin Darina sikit pun aku tak faham. Bahasa apa pun aku tak tahu. Lantaklah, bukan kereta aku pun.

"Ok, dah sampai. Jom" ringkas butir bicara mak datin buatkan aku terpinga sekejap. Kat mana ni? Pejabat Datuk Dahlan kot. Persoalan yang belum terjawab tapi aku turut juga belakang dia.

Dalam lif, beberapa orang yang berselisih, mengangguk kepala tanda hormat. Glemer jugak Datin Darina ni rupanya ye? Butang tujuh ditekan oleh seorang penjaga lif. Terselinap rasa rendah diri bila membandingkan pakaian yang aku sarung sekarang dengan manusia yang ada di keliling aku saat ini. Malu weh!

Tinggg..

Pintu lif terbuka dan seorang demi seorang pekerja yang masih di pejabat bangun dan menyapa Datin Darina dengan hormat. Betul tekaan aku yang ini adalah pejabat suaminya bila terpandang tanda nama Datuk Dahlan di pintu sebuah bilik. Terlihat juga bilik yang mempunyai nama Darian.

"Makcik, saya tunggu kat kereta je laa. Segan laa datang sini pakai baju tak senonoh. Malu makcik nanti" kataku cuba mengawal perasaan segan.

"Apa Uci cakap ni. Bukannya kita kerja kat sini. Kita datang nak jumpa abang Yan aje. Tengok kerja dia macam mana. Lagipun makcik tak nampak pun ada peraturan tulis kat mana-mana kena pakai cantik baru boleh datang sini. Dah, ikut aje" perbualan sesaat tadi tetap tak melegakan langsung hati aku.

"Assalamualaikum. Sibuk ke awak? Saya datang bawa orang ni" ayat mak datin buatkan kening aku terangkat sebelah. Macam cakap dengan kawan-kawan je. Hehe.

"Oh, ada tetamu VVIP rupanya. Masuklah. Bilik kerja abang Yan kecik aje. Daripada mana ni?" kecik dia kata? Aku rasa sama besar je dengan studio kerja kat rumah tu. Melilau mata aku pandang keliling.

"Uci, abang Yan tanya tu" sampuk Datin Darina buat aku tersedar yang ada seseorang cuba berkomunikasi dengan aku tapi tak dilayan.

"Err, sorry. Tadi Uci tak dengar. Tanya apa ye?" abang Yan dah gelakkan aku.

"Haa, tu laa. Masuk ofis orang tak cakap awal-awal. Abang tanya tadi, lunch sama-sama nak tak?" laa, tanya aku buat apa. Dah tentu arah laa aku ikut je apa kata ibu dia.

"Uci tak kisah sebenarnya. Uci ikut je makcik kata apa. Lagipun Uci taknak kacau abang Yan buat kerja. Maklong pun dah siap masak kat rumah" kata aku menggosok-gosok tapak tangan.

"Macam ni, Yan bawak Uci pergi makan. Ibu ada hal nak ajak ayah keluar kejap. Uci takpe kan temankan abang Yan makan? Kalau dah sudah nanti, Yan call ibu" ujar Datin Darina. Alaa, macam mana ni? Rasa nak balik naik teksi pun ada ni.

"Uci macam tak suka je nak makan dengan abang?" melantun suara Darian sejurus kelibat Datin Darina hilang. Tekaan yang sungguh tepat sekali. Tapi apa jawapan aku nak bagi kat dia ni? Salah jawab kang, kecik hati pulak. Ish, susahnya!

"Bukan taknak tapi tengoklah baju yang Uci pakai ni. Macam nak jual selipar kat pasar malam je. Err, boleh tak kalau abang Yan panggilkan teksi. Biar Uci balik sendiri aje. Lagipun, takkan laa abang Yan nak makan dengan Uci macam ni?" cuba sedaya upaya mengelak untuk makan berdua dengan Darian. Aku tak biasa laa.

"Ke, Uci yang malu nak keluar dengan abang?" ada pulak macam tu.

"Tak. Tak. Serius pasal baju Uci ni haa. Tadi makcik tak bagitau pun nak singgah sini. Kalau Uci tau, mesti pakai baju yang elok-elok sikit" pandai je kau menipu ye Uci. Ini laa baju kau yang paling elok.

"Ok, sekejap k" aku tengok, Darian menekan butang di telefonnya. Entah apa butir bicara, tak pulak aku peduli.

"Ok, jom. Jumpa kawan kejap" kenapa laa hari ni aku asyik teman orang jumpa kawan aje?

"Lepas tu terus hantar Uci balik boleh?" sempat lagi aku bertanya.

"Iye laa" jawapan yang pendek tapi cukup memuaskan hati aku saat itu.

Sampai kat tempat yang dimaksudkan abang Yan, aku terkaku sepuluh saat. Nak buat apa kat butik ni? Bukan ke butik tempat jual baju untuk makcik-makcik? Itu laa definisi butik yang aku tahu.

"Apa tunggu lagi? Tadi kata malu pakai baju ni. Masuk, pergi pilih sepasang nak pakai sekarang lepas tu teman abang makan. Dah lapar sangat ni. Cepatlah" gesa abang Yan buatkan aku tersentak. Lama aku tenung pintu butik tu. Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak? Ish!!!

Baru aku nak melangkah, tiba-tiba pintu butik ternganga. Seorang wanita muda menegur, mempelawa kami masuk.

"Wah, comel nampak" aku boleh hidu bau keikhlasan dalam pujian itu. Tapi bila aku kerling abang Yan, nampak dia menggaris senyum di bibir.

"Psstt, abang Yan. Meh kejap" macam mana laa aku nak pilih ni? Bukan aku tau mana yang sesuai lagipun naik pucat aku tengok harga sehelai-sehelai persalinan yang ada.

"Uci tak tau laa nak ambik yang mana. Abang Yan je laa pilih. Nanti dapat duit, Uci ganti balik ok" seperlahan mungkin aku cuba merendahkan nada suara. Malu je kalau ada orang dengar.

"Siapa suruh Uci bayar? Abang nak belanja laa. Uci jugak yang kata, kalau dah gaji nak keluar dengan abang. Semalam dah gaji" gulp, iye ke? Macam mana ni..

"Ok, abang suka yang ni. Pergi cuba kat dalam bilik tu. Lepas tu kasi abang tengok ok ke tak?" sambil capai baju biru nila yang dihulur Darian, aku angguk perlahan.
Sambil aku menyalin pakaian, terdengar perbualan Darian dengan tuan kedai.

"Yus mana? Dia kata ada shooting kat sini. Dah habis ke?" Yus kerja kat sini hari ni? Alamak, jangan laa sampai bertembung. Malunya aku nanti!

"Hmm, diorang belum habis kerja lagi. Pukul dua karang sambung balik. Kau call aku tadi so aku tutup laa seksyen ni. Baru senang kau nak pilih. Aku kenal kau bukan sehari dua Yan" Haa?? Nak beli baju pun kena buat appoinment dulu ke. Aku ingat nak jumpa VIP dan temuduga je ada temujanji.

"Alaa, bukan apa, aku nak cepat ni. Uci tu datang dengan ibu aku. Kalau lambat kang, takut aku pulak kena marah. Tu yang aku tuju ke sini je" aku agak diorang memang berkawan baik. Selesai acara mencuba baju, aku keluar untuk mintak pendapat abang Yan. Lagipun dia yang bayar baju ni.

"Ehemm.. Macam mana, boleh ke?" aku pusing dua, tiga kali depan Darian tunggu dia komen. Tapi dekat lima minit dia senyap je pandang aku.

"Weh!" sergahan tuan kedai yang cukup menyentakkan Darian.

"Haaa, ok.. Ok.. Err, nanti kejap" kelam kabut je aku tengok dia capai tudung warna senada dengan baju dan sepasang kasut. Lepas salin tudung baru, aku keluar nak salin kasut pulak. Baru aku nak tanya lagi pendapat abang Yan, ternampak dia simpan wallet dalam poket seluar.

"Dah, jom. Kita makan dulu. Lambat ni. Takut orang ramai. Nanti lauk habis" ya Allah, rasa terbatas sangat nak berjalan bila pakai baju macam ni.

Macam mana laa orang yang pakai macam ni boleh jalan laju-laju ek?

Wednesday 30 May 2012

SDG Part 11

Terdengar suara Abang Aziz ketawa, ramah melayan Imam dan AJK masjid. Memang selalu jemputan daripada Abang Aziz jarang dihampakan Imam. Kalau macam tu, aku pun nak cari suami macam abang Aziz laa. Mesti aman hidup kan??? Melampaunya angan-angan kau Deng. Tamak! Tiba-tiba, aku rasa macam tak percaya.

Isfahan??? Apa yang dia buat kat sini? Abang Aziz jemput dia jugak ke? Betul ke dia tu? Ish, banyaknya soalan.

"Laa, tadi kata nak bungkus lauk. Dah, pegi cepat lepas tu bagi sekali beg berkat tu kat tetamu..Lekas-lekas, diorang dah nak balik"

"Kak, meh sini jap kak. Cepat laa" Pantas aku tarik lengan Kak Arah sambil kami menyorok di balik penghadang dapur.

"Kak, yang baju hijau tu Isfahan kan? yang tengah borak dengan Iskandar, Abang Aziz..Ye ke kak?" dah macam detektif Conan aku ni.

"Ha ah, dia tu laa yang Abang Aziz tunjuk hari tu. Kenapa? Pergi laa bagi lauk tu sekali dengan doorgift tu ok. Akak banyak kerja lagi ni" terus Kak Arah hilang.

Ya Allah, dugaan apakah yang Kau beri malam ni. Aku menarik nafas panjang. Sambil otakku ligat memikirkan cara terbaik untuk tidak bertembung dengan mereka berdua serentak. Tetapi...

"Deng, sini kejap" kemain kuat lagi suara Abang Aziz laungkan nama aku. Hish, kacau betul laa. Dah tak boleh elak lagi dah ni.. Rasa nak jadi halimunan pun ada.

"Kenal lagi tak? Isfahan. Daripada tadi asyik tanya kamu kat mana. Err, abang nak hantar Tok Imam balik jap. Kamu berbual laa dulu ye, Iskandar, Isfahan. Deng, hidangkan air. Apa yang ada tu, jamu kawan-kawan ni ye" Alaaa, baik hati sangat laa pulak abang ipar aku ni..Rasa janggal ya amat berdiri di depan dua lelaki.

Seorang dengan muka tak selesa, cemburu mungkin. Ok, itu perincian untuk wajah Iskandar sekarang. Dan seorang lagi entah, gembira kot. Ye laa, dia antara orang yang rajin payung aku makan dulu kan. Apa-apapun, kita minum dulu. Dan aku pun berlalu tanpa sebarang kata.



Haihhh..tak boleh lelap pulak. Terbayang-bayang lagi suasana tadi. Serba tak kena, tak selesa. Aku betul-betul serba salah bila Iskandar cepat-cepat mintak diri nak balik. Habis aku macam mana? Merajuk ke hape dia ni..Tak macho langsung. 

"Takpe lah Deng. Esok pagi dalam pukul 10 aku amik kau. Dah lama kau tak jumpa kawan kau tu kan? Err, cakap kat abang ipar kau, aku bagi sekali baju ni esok. Aku nak basuh dulu" memang aku tak dapat teka muka dia tengah marah ke, cemburu ke.. Aku tengah serabut.

Separuh hati aku taknak dia pergi dulu tapi aku rasa tak selesa nak berbual dengan Isfahan kalau Iskandar ada. Tolong!!!!

"Ikut sukati ko laa. Esok dah gerak, call aku ok. Aku belanja breakfast. Sorry sesangat malam ni ko kena balik sorang. Banyak lagi nak kena kemas ni" Tu je yang boleh aku bagitau dia. Konkrit kan alasan aku? Hehehe..

"Aku mintak diri dulu. Kirim salam kat famili kakak kau ok. Assalamualaikum" Aku hanya menghantar Iskandar dengan pandangan mata. Adoi, nak menghadap si Isketambola ni pulak aihhh..

"Hmm, boyfriend ke? Dia marah eh aku nak jumpa kau. Kalau dia marah, takpe laa. Lain kali je kita jumpa" Alah, skemanya ayat kau.

"Kalau betul kau takut dia marah aku, dari tadi lagi kau dah cakap. Ni dia dah balik pun. Apa cer sekarang? Tiba-tiba je muncul kat sini.
 
"Aku nak tuntut hutang kau kat aku dulu laa. Tapi sebelum tu, mamat tu boyfriend kau ke? Aku taknak sok, orang kata aku ni pengacau. Tak pasal-pasal bertelur lak dahi aku kena sesah" Good, masih lagi penyibuk macam dulu. Apa aku nak cakap pasal Iskandar ni?

"Aku dengan dia kawan aje laa. Sama je macam aku kawan dengan kau. Itupun kalau ko nak kawan dengan aku la. Manatau kot-kot ko dah ada bini ke, anak dah sedozen ke" Isfahan dengan muka tak percaya tapi still senyum lagi. Cover hensem la tu!

"Err, pasal hutang kau? Apa yang aku hutang kat kau eh? Dah camni punya bertahun pun kau nak tuntut jugak kat aku. Aku tau laa dulu kau selalu sponsor aku makan kat kedai Mak Senah tapi takkan laa sepinggan dua nasi pun kau nak berkira jugak" Aku masih lagi blur ni..Hutang yang mana satu ek?

"Haihh laa kau ni. Belum 30 kot dah nyanyuk. Kau ingat tak dulu aku ada kata, bila aku dah stabil aku akan cari kau balik. Masa tu kau senyum je. Aku ingat kau setuju laa. Kan orang-orang tua ada cakap, diam tu tandanya setuju" Eh, mana punya falsafah dia pakai ni? Sukati dia je kan...

"Helo, bila tahun pulak aku kata nak kawen dengan kau? Aku diam, senyum sebab kelakar dengan cerita kau tu. Kau nak ke kawen dengan aku ni, Deng Gengster ha?!" aku geleng-gelengkan kepala tanda tak percaya. Rupanya dia betul-betul serius laa.Aku terdengar dia melepaskan keluhan kecil. Alamak! Dia marah ke?

"Is, kau kawan aku yang paling ok..paling faham perangai aku dan aku tak expect yang kita boleh tiba-tiba jumpa dan bincang benda yang serius macam ni. Soal hati dan perasaan bukannya bahan borak yang kita boleh cerita tak tentu pasal. Malam ni aku penat. Kat belakang tu pun tak habis kemas lagi. Apakata bila free nanti kita jumpa, masa tu boleh cerita betul-betul ok" Sejak dah meniaga fulltime ni, aku dah ada skil memujuk. Hehe...

Harap-harap Isketambola ni faham keadaan aku sekarang. Bila Isfahan balik, ingatkan nak tolong Kak Arah kat dapur tapi dah bersih sebersih clean n clear. Apa lagi nak kemas ni?

"Tak payah laa buat apa-apa lagi. Dah selesai semuanya. Meh dok dengan akak. Dah lama kita tak borak kan?" Kak Arah ni mind-reader ke apa..Aku menapak perlahan. Wow, ada cheesecake laa. Nyum nyum.

"Apa pendapat Deng pasal Isfahan? Sorry laa, akak terdengar pulak cerita korang berdua tadi. Tu laa, lain kali nak berdating pergi laa kat bistro ke, kafe ke..Ini tak, kat rumah kenduri pulak dia nak jumpa. Asalkan boleh je korang eh?" Sempat lagi nak buat lawak orang tua ni. Haha..Berani cakap dalam hati je aku ni.

"Hmm, kalau pagi tadi dah 100% Iskandar sebab Kak Arah berkenan tapi bila muncul bulan pulak dah jadi 50-50 sebab Isfahan dah curi separuh persen tu. Kalau akak, macam mana?" Aik, boleh ke macam tu.

"Istikharah laa Deng. Urusan jodoh bukan untuk sehari dua. Kalau boleh untuk seumur hidup. Jangan tanya penilaian orang untuk diri sendiri. Petunjuk Allah tu lagi penting sebab kadang-kadang manusia ni, nampak luaran aje. Berdoalah. Dengan doa insyaAllah Deng akan dapat jawapan yang betul-betul pasti." Betul kata Kak Arah. Takde sape yang boleh bagi jawapan.

Hati aku pun belum ada rasa nak berkongsi hidup dengan sesape lagi buat masa ni.

"Kalau dah pilih tu, kasi tau cepat-cepat" suara Kak Arah buatkan aku terpinga-pinga.

"Nak buat apa kalau dah pilih. Yang tak terpilih tu akak nak buat apa?" turn aku pulak kemain cepat bersuara. Kakak aku ni, ada laa plan dia tu.

"Nak buat calon..Calon no 2. Hahahahaha" Ish, gatal betul kakak aku ni. Berani dia cakap macam tu. Oh, lupa pulak yang Abang Aziz takde kat rumah. Nanti aku report kat laki ko kak!

"Ngengada laa Kak Arah ni. Tapi kan kak, nasib laa orang perempuan ni boleh pilih satu je kan kak. Kalau boleh kawen lebih, dua-dua aku sapu. Hahahaha" dah macam tsunami dapur tu dengan ketawa kitorang.

"Haa ni apa cerita bising sangat ni? Nak bukak pasar pun esok pagi la. Jiran semua nak tido" opss, kan dah kena marah dengan big bos a.k.a Abang Aziz. Cepat-cepat aku selesaikan cheesecake di piring. Kelibat Kak Arah pun dah tak nampak. Gamaknya, aku kena timbangkan betul-betul benda ni. Bukan bisnes modal sepuluh ringgit weh! Antara hidup dan mati. Antara bahagia dan derita. Erk, macam bukan bahasa aku je tu.

Beep..beep..bunyi sms telefon membuatkan aku terjaga daripada lelap. Sape yang sms pepagi buta ni? Jam kat skrin telefon dah pukul 2.30pagi. Mesej daripada Iskandar. Cepat-cepat aku view mesej tu.

(Aku rindu giler kat kau! Kau rindu aku x?)

Ikutkan baran aku ni, rasa nak je aku sekeh kepala dia. Esokkan nak jumpa. Bagitau esok tak boleh? Arghhhhhh! Kepala aku still lagi tingtong. Takpe laa, atleast terjaga jugak aku nak solat malam ni. Dalam hati berterima kasih kat Iskandar. Moga esok aku dapat jawapan yang pasti.

Lepas subuh aku bersiap-siap nak balik rumah. Semalam dah satu hari tak tengok emel. Nak kena update balik semua request pelanggan. Mana tahu kot ada order baru. Macam rileks aje kan bisnes macam ni tapi lagi dekat hari nak hantar order tu, lagi kelam kabut aku dibuatnya. Ye lah, buat sorang-sorang.

Setakat ni, habis sibuk pun aku akan mintak tolong adik-adik kat rumah anak yatim tu. Ada sikit duit poket untuk diorang kan?

"Pukul berapa Deng nak balik? Sarapan sini je lah. Banyak lagi lauk semalam ni. Kita panaskan aje ye" ajak Kak Arah lembut. 

"Deng balik dengan Iskandar. Dia kata nak jemput pagi ni. Dia dah gerak nanti dia call. Tengok laa macam mana" aku jawab malas. Dah macam-macam arah tujuan dalam fikiran aku saat ni. Bersimpang-siur. Tak suka la pagi-pagi dah ada mood camni. 

"Assalamualaikum.." aku tengok jam. Baru pukul 8.30. Awal giler dia datang. Rindu banget kat aku laa tu. Hehehe.

"Waalaikumsalam. Masuk laa. Kitorang baru nak sarap kat dapur. Jom laa makan sekali. Jimat duit aku tak payah belanja kau kan" tiba-tiba je rasa happy. Kan senang kalau Isfahan takde malam tadi. Haihhh..

"Weh, kede kau ni bila nak hilang? Cenekel ye. Takpe, pagi ni breakfast sini, kul 11 kang belanja aku kat bandar pulak. Lunch kat tempat biasa. Pastu minum petang.."

"Woi, perut plastik apa kau nih! Asyik ingat makan aje" tak sempat dia nak habiskan ayat, aku sergah dia dulu. Kalau aku buat muncung setengah depa, boleh tak suruh dia cancel bab mintak belanja tu? Bankrupsi makcik nanti nak oii!.

"Alaaa, kali ni je aku mintak belanja. Sok-sok kau jadi bini aku, aku tanggung makan minum kau sampai mati. Takde can laa aku nak merasa duit kau pulak kan?" ke situ pulak perginya dia.

Terkekeh-kekeh dia ketawa, buatkan aku pun tergelak sama. Teringat dulu betapa bencinya aku kat makhluk gorgon bergelar Iskandar Shafie ni. Langsung tak boleh berdekat.

Tapi, sebenarnya aku risau, takut kalau-kalau dia mintak jawapan yang aku sendiri payah nak bagi. Takut dia mintak jawapan tentang Isfahan. Takut dia tanya tentang permintaan dia yang nak kan satu peluang. Takkan aku nak tipu dia, kata Kak Arah tak suka? Macam tak logik.

Moga tak sampai bertemu saat tu. Sekarang aku cuma nak makan dengan hati yang gembira. Bila gembira dengan perut yang kenyang, baru kita boleh fokus. Ayat paling cool aku boleh fikir.

"Eh Deng, sendukkan Is mihun ni. Tuang air..tuang air..Air teh aje Is. Si Deng ni mana tau buat air lain. Dia ikut tekak dia je" Amboi, tak kasi muka langsung ek.

"Ha ah, mesti laa ikut tekak sendiri sebab sendiri yang nak minum. Kalau nak ikut tekak memasing, sila buat air sendiri ye. Ini bukan kedai kopi boleh main order aje" Kalau laa bakal mak mentua dengar, harus aku kena reject masa tu jugak. Hahaha..

"Takpe kak. Saya dah selalu kena bahasa dengan Deng ni. Tapi kalau nak mintak tolong, pandai pulak dia cakap manja-manja dengan saya" Haaa?? aku cakap manja dengan dia? Uwekkkk. Bila masa? Aku bangun sambil tunjuk penumbuk aku yang tak berapa nak besar tu kat Iskandar.

Dia tahan nak ketawa. Kak Arah dah jeling-jeling aku. Aku peduli apa. Ni rumah aku, erk..kakak aku. Aku punya suka laa kan. Nanti kau Iskandar!

"Haa, Encik Iskandar. Ni aku buat malam tadi. Puding roti. Rasa laa. Mana tau kot-kot kau nak order ke kan?" sambil aku jeling kat Kak Arah. Aku buat isyarat suruh senyap. Sila cover line ye kakakku. Asyik kau je nak kenakan aku kan? Giliran aku pulak.

"Kau buat ke ni? Wah, untung laa aku ek..Opss, silap..silap. Bakal suami kau nanti. Meh aku rasa" sambil masukkan sepotong dalam mulut. Aku dah nak tersembur gelak ni tengok muka dia yang macam Badang nak kena telan muntah hantu je. Apa taknya, puding roti tu aku terletak garam. Aku ingatkan gula. Amekaw!

"Weh, sedap tak?" Iskandar angkat-angkat tangan konon-konon suruh tunggu dia telan. Hahaha. nak menyakat aku kan..Kesian pulak aku tengok kemain seksa dia nak telan, aku hulurkan air secawan. Cepat-cepat dia telan. Agaknya air teh tu boleh tutup rasa masin ya amat puding tu kot.

Kak Arah hadiahkan aku jurus ketam bisu kat bawah meja. Terseringai je laa aku menahan pedih. Sakit woo!Takkan aku lupa kejadian malang yang menimpa Iskandar bila terpaksa makan puding roti masin aku tu sampai bila-bila. Dalam kereta pun dia dok sengih aje.

"Yang kau ni asik gelak sorang-sorang nape? Nak makan lagi ke puding roti tu? Hari-hari pun aku boleh buatkan untuk kau" betul serius beb muka aku waktu tu.

"Hmm, nanti laa bila kau dah jadi bini aku. Aku hantar laa kau belajar kat kelas bakery. Lain laa kalau kau nak aku mati cepat kan. Jadi janda muda, boleh cari Is yang lain pulak" Isk, lain macam je bunyi ayat tu.

"Berhenti!!!" Tiba-tiba aku jadi panas.

"Aku taknak dan tak suka dengar perkataan mati. Kau dengan aku pun bukan sape-sape. Kau bukan laki aku nak cakap sampai macam tu sekali. Dan aku bukannya perempuan murah yang nak hadap 2,3 jantan tau tak??!!" Dada aku rasa sesak sangat bila cakap macam tu tapi rasa lega sebab dapat keluarkan tepat kat depan muka dia.

Muka dia betul-betul terkejut, macam tak percaya aku cakap kat dia macam tu.

"Aku mintak maaf. Lepas ni aku tak cakap macam tu lagi" pedal minyak ditekan menambah kelajuan kereta.

"Hantar aku balik rumah sekarang" tiba-tiba aku rasa ada air mengalir kat pipi aku. Ish, ni yang benci ni. Bila aku dah terlalu marah mesti jadi macam ni. Bukan sebab aku ni cengeng ok. Tapi sebab..entah laa.

Aku kerling Is. Nampak riak bersalah kat muka dia. Outing dengan Is yang tak best jatuh pada hari ini, saat ini.

Malam tu je bertalu-talu misscall dan berpuluh-puluh sms dari Iskandar yang aku tak jawab. Tak ada hati. Sekarang aku nak kena buat quotation pasal hamper untuk majlis hari keluarga Company ScratchDesign nanti. Lepas tu nak buat sticker pulak. Tetiba rasa otak aku jemmed. Beku. Makan aiskrim pun best jugak.

Hmm, ada lagi aiskrim coklat ni. Homemade gitu. Bukan susah pun nak buat. Lagipun, yang ada kat pasaran sekarang macam tak terjamin je kehalalannya. Baik aku buat sendiri.

Tabur-tabur oreo, chocolate rice dengan strawberi cincang buatkan aku tersenyum senang hati. Baru laa laju kerja aku nanti. Pinnn..pinnn..bising laa malam-malam ni orang rumah sebelah nak hon-hon pulak. Kaki kau ada emas ke tak boleh nak turun kereta tu?

Pinnn..pinnn..Dia memekak lagi!!! Mendidih je telinga ni tau tak. Ini laa nasib kalau dapat jiran yang selfish. Bukan tak boleh nak bukak pagar sendiri tapi malas! M.A.L.A.S!

Pinnn..pinnn.. Perghh, aku tak boleh tahan dah ni. Tingkap bilik aku bukak luas-luas senang aku nak jeritkan dia tapi rupanya kereta yang memekak tu kat depan pagar rumah aku. Ayark, mesti jiran-jiran aku dok mengata aku ni.

Cepat-cepat aku salin baju dan capai tudung. Berlari-lari anak ke gate depan.

"Kau nak apa haa? Tak puas kena marah tadi?" konon je laa marah tapi aku rasa suka sikit sebab kemain cepat lagi dia datang pujuk aku.

"Ha ah, tak puas kena marah. Jom minum. Kang kau boleh marah aku lagi. Err, tak payah salin laa. Macam ni pun dah comel dah. Kau tau ye aku nak ajak kau keluar?" Kelebihan dia ni dalam riverse psychology memang aku tak boleh nak kata apa.

Ikutkan memang aku taknak tapi bila dia kata dia kena pergi kursus 2 minggu esok, aku turutkan jugak.

"Kita minum kat kedai air buah je laa. Malas aku nak pergi jauh-jauh" 

"Baik bos!" hati dia ni batu ke besi ek. Aku rasa kalau orang lain kena sound macam siang tadi, memang dah taknak kawan lagi dengan aku agaknya.

"Fresh orange satu, Air epal satu" order Iskandar lepas aku bagitau taknak makan. Nak minum aje. Kedai buah ni memang tempat port lepak terbaik dulu dan sekarang.

Bila sampai air, si Iskandar ni pesan nasi lemak ayam pulak. Terus aku jadi lapar. Aduss, menyesal pulak tolak offer mamat ni tadi. Kan dah lapar.

Padan muka aku!

Sunday 20 May 2012

Manik Suci Part 6

Bila semua orang dah ada kat meja makan, doa dibaca oleh Datuk Dahlan. Kelentang-kelentung bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan memecahkan sunyi. Tak selesa pulak aku nak makan guna sudu ni. Hilang nikmat menjilat jari.

Bila aku mula je sentuh nasi dengan hujung jari, Darius dah pandang aku macam aku pegang benda kotor aje. Tapi bila aku toleh ke abang Yan, dia senyum sambil letak sudu garfu ke tepi. Sama-sama guna jari.

"Haa, kan lagi best guna tangan. Nasib baik Uci jadi geng abang malam ni. Kalau dulu, kawan dengan Mak Eton aje. Ni dah bertambah ahli kesatuan guna tangan dalam rumah ni" habis je ayat tu, terkeluar gelak ketawa abang Yus. Macam kelakar sangat je makan guna tangan ni.

"Tapi guna tangan kan sunnah Nabi. Kalau kita buat dengan niat nak ikut sunnah, mesti dapat pahala" kata maklong lembut. Aku angguk perlahan, setuju dengan kata-kata tu.

"Tapi makan dengan sudu nampak bersih sikit" si Darius ni kalau nak melawan, ada je alasan dia. Walau kedengaran sangat tak munasabah. Apa hal pulak makan guna sudu, nampak orang tu pembersih? Mengarut.

"Darius, ada kebaikan kalau kita makan guna tangan. Sebab kat jari kita ni ada enzim yang baik untuk makanan yang masuk dalam badan kita cepat hadam" kata Datuk Dahlan memberikan fakta yang aku kira, ramai dah tahu. Tapi si PBB tu tetap dengan muka ketat dia.

"Lagipun, elok sangat makan guna tangan ni. Cara diet semulajadi" fakta kedua oleh Datin Darina. Aku nampak sekilas Darius mencebikkan bibir dia yang dah surut tu. Macam orang kufur nikmat aje. Bila dah sihat, buat mak dia macam tu pulak!

"Tapi malam ni ayah makan dengan sudu sebab nak hirup kuah ketam ni puas-puas" kata Datuk Dahlan sambil menunjukkan sudu depan aku. Semua orang ketawa kecuali Darius. Dia ni makhluk berdarah sejuk kot? Ahhh, peduli kan. Janji semua orang dalam rumah ni boleh terima aku.

"Haa, Uci. Lepas Isyak nanti, dah boleh tengok baju yang dah siap tu. Baru ada tiga pasang. Nanti kita tengok paten manik mana yang sesuai. Esok pagi kita boleh pergi cari barang" Wah, syoknya rasa bila tahu aku dah boleh mulakan kerja aku yang sebenar.

"Haa, Yus. Bila boleh kerja balik? Dah dua hari duduk aje kat rumah. Bibir pun dah ok je nampak" tanya mak datin kat putera bongsu dia.

"Esok dah nak pergi ambik baju. Lusa ada shooting. Ibu tak payah risau laa. Tau laa Yus jadual kerja sendiri" macam tak ada perasaan je dia ni bila bercakap dengan ibu dia. Kalau laa aku buat macam tu dulu, mesti dah kena cubit punya dengan mak.

Memang aku tak biasa makan banyak-banyak tapi bila abang Yan tambahkan lagi sesenduk nasi kat dalam pinggan buat aku rasa serba salah. Ish, macam mana nak bagitau taknak ni??? Mak kata jangan menolak rezeki tapi kalau tak dimakan, jadi membazir kan saudara syaitan? Tak pasal-pasal pulak jadi ahli neraka kang. Eh, apa yang aku merepek ni?

"Err, dah.. Dah.. Uci tak nak lagi. Petang tadi dah makan banyak dengan enc..err, abang Yus" tersedak-sedak Darius bila aku sebut 'abang Yus' tu. Elehhh, bukan aku nak sangat panggil kau abang laa. Sebab Datuk Dahlan ada je aku sebut macam tu. Siap nak jegil-jegil biji mata kat aku. Tak takut!!! Tak takut!!! Cungkil mata kau tu karang baru tau.

"Hmm, kalau macam tu biar kan aje laa. Yan, biar Uci ambik sendiri mana yang dia nak. Jangan paksa dia" kata-kata Datuk Dahlan sedikit sebanyak menyelamatkan aku dari rasa bersalah buat kali kedua terhadap abang Yan.

"Kurus aje budak Uci ni. Biar dia makan banyak sikit. Esok-esok dah banyak kerja, mesti leka lepas tu lupa nak makan macam ibu" terus mak datin bulatkan mata bila nama dia dikaitkan dalam perbualan anak bujang dia.

"Ibu tak campur dalam ini cerita ok" dan perbualan terus bersambung dari satu topik ke satu yang lain hingga ke waktu Isyak. Belum pun selesai meja dikemas, dah dapat lagi order daripada tuan kecik. Kali ni suruh buat air kopi pulak.

Hmm, dia tau ke minum kopi? Setau aku orang yang tua-tua je minum kopi ni. Nanti lepas Isyak laa aku buat. Tunggu kejap, takkan tak boleh?

"Uci, aku nak minum sekarang. Hantar kat taman tadi. Jangan lupa bawak biskut coklat dalam balang merah tu. Aku tunggu kat sana" ish, dia ni memang tahu nak mengarah aje agaknya. Aku doakan siapa yang jadi bini dia sok, punya hati kering dapat laki macam dia ni.

"Encik Darius, sekarang dah waktu Isyak. Lepas solat nanti, yang awak mintak tu laa saya buat dulu. Lagipun, Datin dah panggil saya untuk tengok baju-baju tu. Sabar sikit tak boleh ke?" suara aku perlahan sebab aku nampak kelibat Datuk Dahlan kat ruang tamu. Mesti dia fikir yang bukan-bukan kalau aku bertekak macam selalu kat dapur ni.

"Lama sangat ke buat air tu?" e eh dia ni. Aku tak buat langsung karang baru tau!

"Weh, aku ni dah cukup baik nak jugak buatkan air untuk kau kejap lagi. Kau tak boleh tunggu ke? Kalau tak boleh tunggu, pergi buat sendiri!" malas aku nak dengar jawapan dia yang dah sah-sah menyakitkan hati aku. Lebih baik aku angkat kaki. Blah cepat-cepat!

Lepas 20 minit, aku tengok dia ada lagi kat dapur tengah pegang balang merah dengan mug. Huh, tunggu jugak! Ingatkan dah sesak nafas ke tak dapat minum air kopi aku buat.

Tak cakap banyak, aku terus capai teko kecil, bubuh gula, kopi, tuang air panas. Berasap-asap teko tu bila aku kacau bancuhan kopi O yang tuan Darius ni mintak.

"Nah!" minum laa kau air seteko tu tapi baru tiga langkah aku menapak, terdengar pulak suara dia bercakap.

"Kan aku kata nak makan kat taman. Macam mana aku nak bawak banyak-banyak ni. Bawak satu cawan lebih" lepas dia cakap macam tu, aku ingatkan dia nak bawak laa semua benda tu. Tinggal berangan je laa kau Uci! Eiiii, sakit hati betul!

Maklong yang entah dari mana muncul, tersengih-sengih bila nampak aku susun balang biskut, teko dan cawan dalam dulang.

"Yus mintak biskut coklat ke? Kalau dia bising-bising karang, buat tak dengar aje. Tahan aje telinga kamu. Tak sabar maklong nak tengok manik yang kamu jahit esok" bila dengar perkataan manik tu, terus aku jadi segar walaupun sebelumnya aku macam layu je kena simbah dengan 'panas' marah si Darius.

"Ni nak hantar kat dia laa maklong. Lepas tu nak tengok baju Datin. Esok lepas cari barang, dah boleh mula jahit" aku sendiri terasa bukan main lebar senyuman kat muka aku sekarang. Mesti lawa giler baju-baju tu. Eceh, perasan laa pulak!

Bangga tau dapat jahit baju untuk butik yang glemer macam De Leona tu. Tak dapat aku bayangkan macam mana bangganya bila hasil jahitan aku, budak kampung nanti dapat masuk butik ternama.

Kadang-kadang macam tak percaya je bila dengar Datin Darina kata yang ada sehelai baju dikenakan bayaran sehingga RM4000 hanya untuk ditatahkan manik dan labuci. Manik tu dibuat daripada emas agaknya kot. Kalau kat kampung, jumlah banyak tu dah boleh buat kenduri kahwin yang penuh bling-bling.

Bila aku dengar aje bunyi grong greng kat taman, dah sah laa si Darius tu tengah tiun gitar baru dia. Ish, bising betul. Nasib baik laa tempat aku menjahit nanti kedap bunyi. Kalau tak, mesti merana tak boleh menjahit.

Bila aku letakkan dulang yang penuh berisi segala benda makanan yang dia nak tadi kat atas meja depan dia, langsung tak ada sepatah pun ucapan terima kasih. Bila dia dah sombong macam tu, aku pun berlalu sebab mak datin siang-siang dah panggil aku tadi. Tapi macam biasa, Darius ni mana boleh tengok hidup aku senang kat sini.

"Kau nak pergi mana tu? Kan aku dah kata, minum dengan aku" sambil tepuk-tepuk kerusi sebelah dia. Aku pandang je kerusi tu macam tak ada perasaan.

"Mak kau panggil aku tadi. Kalau kau nak sangat minum dengan aku, kau tunggu laa kat situ" terus aku pusing tak toleh dia lagi. Lagipun janji dengan mak datin lepas Isyak. Ni dah dekat pukul 10 malam. Tak pedulikan Darius, aku beredar.


Tok..tok..tok..

Perlahan pintu bilik kerja Datin Darina aku ketuk. Takut mengganggu dia tengah buat kerja. Bila tiada sebarang jawapan yang aku dengar, cubaan kedua dibuat dan keadaan yang sama berlaku. Tiada sahutan bermakna tak ada orang kat dalam. Untuk memuaskan hati, aku tolak daun pintu. Memang sah tak ada.

"Alamak, aku lambat sangat ke? Takkan mak datin dah tidur kot?" hati berkata-kata sendiri sambil aku tengok baju-baju yang bergantungan, lakaran-lakaran lukisan baju serta peralatan jahitan disusun kemas.

Atas meja yang paling lebar, aku nampak ada tiga helai baju pengantin berwarna putih. Ini ke bajunya? Perlahan aku memijak lantai menghampiri baju-baju tu. Sehelai demi sehelai aku angkat, cuba mengacu pada badan sendiri. Cantik sangat!

"Hmm, sedang elok je dengan saiz badan aku. Sok kahwin, boleh laa buat baju macam ni" tersengih-sengih aku sendiri bila memikirkan angan-angan yang tak mungkin tercapai tu.

"Daripada aku buang duit beribu-ribu hanya untuk sehelai baju, baik aku beli ubat mak" aku sedar kedudukan aku kat mana. Nak berangan pun kena berpada-pada.

"Cantik kalau Uci pakai" tahap kejutan yang pada aku, hampir-hampir nak tercabut jantung dibuatnya. Bila masa pulak abang Yan ada kat sini? Rasanya tadi aku sorang je yang ada dalam bilik ni.

"Err, abang Yan buat apa kat sini?" soalan nak tutup malu namanya. Aku meletakkan kembali baju-baju ke tempat asal berhati-hati.

"Abang ingat nak cari ibu. Ingatkan ada kat dalam ni. Abang masuk tadi, takkan Uci tak perasan kot? Haa, tu laa. Leka sangat dok ulit baju tu aje" pandai dia menyakat aku eh tapi memang sungguh aku tak dengar apa-apa bunyi pun sejak tadi.

"Owh, cari Datin. Memang tak ada siapa pun kat dalam ni masa Uci masuk tadi. Uci lambat sangat kot sebab tu Datin dah naik dulu. Tak apa laa. Uci nak tengok-tengok dulu design ni. Esok senang nak pilih barang" aku tunjukkan contoh lakaran paten manik yang mungkin Datin Darina nak aku jahitkan kat baju-baju tu nanti.

"Nak beli barang esok ke? Rasanya abang takde hal apa-apa. Boleh laa abang hantarkan" wah, bestnya jadi anak boss ni. Sukahati je kata tak ada kerja kan?

"Takpe bang. Mungkin Uci pergi dengan Datin. Lagipun Uci tak tau nak beli barang-barang kat mana" takkan aku nak melawan tokeh? Takut nanti Datin kata aku menyusahkan anak dia pulak.

"Sebab Uci tak tahu laa, biar abang Yan bawakkan. Lagipun abang tau ibu selalu beli barang jahit dia kat mana" beriya-iya pulak dia nak bawak aku.

"Takpe laa. Uci pergi dengan Datin aje. Kerja lagi penting. Abnag Yan dah gaji nanti, boleh bawak Uci keluar jalan-jalan. Itupun kalau awek tak marah laa" kata aku dengan harapan mesti dia tak nak tapi tiba-tiba dia buat aksi teruja pulak dengar aku cakap macam tu.

"Haaa, Uci yang cakap ek. Siapkan kerja tu cepat-cepat. Nanti ibu tak ada alasan tak bagi Uci keluar dengan abang. Cukup bulan haa" Fuh, aku ingatkan cukup laa satu bala nak kena hadap dalam rumah ni rupanya ada lagi bala lain yang menunggu. Adess, macam mana ni?! Kepala yang tak berapa gatal, aku garu kuat-kuat.

Aku tengok belakang, abang Yan dah tak ada lagi. Datang macam angin, pergi macam ribut. Kalau pun kerja aku dah siap, memang aku taknak keluar dengan dia. Tak kisah laa mak datin kasi ke tak. Tak ada kerja pun, aku akan cari kerja sampai ada. Janji aku duduk kat rumah ni.

"Laa, dah lama ke Uci kat sini? Maaf laa ye. Tadi saya gosok ubat kat kaki pakcik kamu tu. Banyak sangat berjalan. Lenguh laa dia. Dah tengok baju-baju tu belum?" kata Datin Darina sambil menarik tangan aku menuju ke meja kerjanya.

"Tadi Uci dah tengok. Cantiknya Datin. Kain dia lembut sangat. Takut jugak nak jahit ni sebab belum pernah jahit kain lembik macam ni" baik aku berterus-terang sekarang daripada timbul masalah lain nanti.

"Owh, kalau kain lembik macam ni, kita kena letak kertas gam atau kertas tisu. Bergantung jugak. Kena tengok kain tu lembut sangat ke tak. Alaa, takpe. Tu semua Uci akan belajar nanti. Ok, apa pendapat Uci dengan design ni?" dan perbincangan kami berlarutan sampai ke pukul 12.45 tengah malam.

Itupun lepas mak datin kejap-kejap sangap sebab penat sangat. Rupanya seharian tadi dia pergi ke kedai sahabatnya yang memang mengambil kontrak menjahit tepi, mencantum dan menyembat baju-baju daripada Datin Darina.

"Kalau saya buat semua, memang tak terkejar laa Uci. Lagipun akak tailor ni memang jahit ikut standard butik" jelas mak datin bila tengok muka aku macam tak faham.

"Saya cuma tentukan material kain, reka design, potong dan alter kerja akhir. Lagipun, macam projek baju pengantin ni, kita kena ikut bentuk badan pengantin. Haa, sebab itu laa saya suka buat ada yang tali-tali ni. Senang nak fit kan. Takde laa teruk sangat nak kena alter nanti" owh, baru aku tau.

Ingatkan tiap kali ada orang nak, baru buatkan baju untuk pengantin tu. Sewa rupanya. Patut laa boleh henyak harga sampai beribu-ribu. Memanglah untung sebab keluar modal sekali tapi duit masuk berkali-kali.

"Ok, kita ikut design yang ni. Esok lepas sarapan kita pergi beli barang. Nanti Uci dah boleh mula. Cepat baju siap, cepat laa boleh balik kampung tengok mak" kata Datin Darina sambil tersenyum.

Mak datin naik ke bilik bila aku katakan yang aku akan kemaskan semua baju-baju atas meja kerja dia. Baju yang nak dijahit esok aku susun semula elok-elok. Takut renyuk. Payah pulak nak jahit manik kat baju macam tu.

Dalam khusyuk mengemas, aku terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Makkkk...Ada hantu ke? Siapa pulak yang masuk tengah-tengah malam buta macam ni? Cepat-cepat aku capai pembaris kayu yang paling panjang depan aku. Senang aku nak tibai.

"Weh, tak habis lagi ke kau buat kerja tu? Sampai dah nak bersemut air kopi ni kau tau tak?!!!" baik tak melurut pembaris kayu ditangan. Bentak suara Darius ni buatkan aku rasa lega dan sebal. Lega sebab itu bukan hantu dan sebal sebab dia ingat aku ni hamba dia ke nak hadap muka masa dia minum. Ishhh, geram!!!

"Cepatlah! Esok aku ada kerja pagi-pagi. Lepas subuh aku dah nak keluar. Aku tunggu kat depan" dengan ekor mata, aku perhatikan macam tak ada perasaan je dia bagi arahan kat aku. Habis, dia ingat aku ni langsung tak ada kerja ke? Asyik nak layan dia je tengah malam buta ni.

Sengal!


Monday 14 May 2012

Manik Suci Part 5

Petang yang agak sibuk. Ke hulu ke hilir aku tolong maklong angkat pinggan, mangkuk, sudu, garfu. Kalau kat rumah aku ni, tak payah nak berprotokol sangat. Lagipun semuanya ahli keluarga. Tapi aku kan menumpang. Ikut aje laa apa kata maklong. Dia lagi faham rumah ni.

Rasa segan pun ada bila fikirkan tujuan makan malam ni dibuat. Tapi orang berbudi, kita berbahasa. Yang lain semuanya baik-baik kecuali Darius. Apa masalah dia dengan aku pun tak tahu laa.

Takkan pasal aku 'suruh' dia ambil injection kelmarin dia nak marah kat aku sampai macam ni. Alah, lantak kau laa. Setakat kau sorang je yang buli aku, tak jadi kudis pun.

"Uci, sibuknya. Boleh abang tolong?" aik, abang Yan dah balik ke? Aku pusing belakang, tengok dia leka perhatikan lauk yang maklong masak.

"Err, takpe en...err, abang Yan. Nanti Uci bawak pergi depan. Tunggu je laa kat meja ok. Dah nak siap pun" kataku sambil susun gelas dalam dulang.

"Alah, kedekut betul! Orang nak tolong, tunjuk terer pulak dia. Supergirl laa konon!" ada pulak macam tu. Aku tak bagi dia tolong sebab hormatkan dia sebagai tuan rumah.

Tapi demi Allah, tiba-tiba aku terbayangkan arwah abang Syakir depan mata. Perangai pun sama lebih kurang.

Arwah memang manjakan aku sejak dari kecil. Sebutlah apapun yang aku nak, pasti dia akan usahakan sampai dapat. Sampaikan kadang-kadang makan pun arwah suapkan. Takkan mungkin ada pengganti insan sebaik arwah.

Teringat masa aku kena buli sebab kasut aku kena sorok sampai terkoyak. Semua kerja budak nakal kat sekolah. Tak aku sangka dia pergi cabut kasut Mat Top, campak kat dalam kawasan kubur kampung. Menangis budak tu mengadu kat mak dia dan sampai ke sudah diorang tak berani usik aku lagi.

Aku dengan arwah memang rapat dan sampaikan waktu nak kebumi pun, aku macam tak dapat nak terima hakikat yang dia dah pergi. Memang tak ada setitik pun airmata yang keluar tapi hampir sebulan aku tak lalu makan minum. Mak dan bapak tak usah laa cakap kesedihan diorang.

Sebab aku sedar yang duit ubat mak memang jadi keutamaan kami sekeluarga, aku sanggup lepaskan peluang sambung belajar. Biarlah orang keliling nak kata apa. Aku yakin dengan apa yang aku buat.

Rezeki kat mana-mana pun ada. Walaupun dulu, aku macam anti sangat dengan orang kaya ni tapi mengenangkan mak yang sakit, aku datang jugak sini. Bukannya lama pun, tiga bulan aje. Siap je baju-baju tu semua, memang aku cabut balik kampung jaga mak.

"Apa yang kau ke laut tu? Berkhayal je kerja kau!!" takde salam betul laa PBB nih. Sakit hati tau tak bila kena sergah macam tu. Rasa nak cekik aje dia ni. Cepat-cepat aku lap sisa-sisa kuah atas meja.

"Nak apa-apa ke? Meja dah siap. Tunggu Datuk balik, pastu boleh laa makan lepas maghrib karang" perasaan hormat aku kat tuan rumah membuatkan aku cakap baik-baik kat dia.

"Sekarang kau buatkan aku Milo panas. Aku nak makan dengan oat" dah keluar arahan tuan muda yang tak boleh aku nak tolak sebab dia belum sihat betul. Tapi, nak arah-arah aku boleh pulak?! Dia tarik kerusi, duduk tengok aku buat segala pesanan dia tadi.

"Haa, Milo aku tu guna dua sudu susu, satu sudu gula. Kau jangan lupa pulak" dah tau sukatan tu, buat laa sendiri!

"Ok encik Darius. Saya dah hafal ni" aku rasa sebal sangat sebab ternampak dia macam menjungkitkan bibir sebelah. Nak ngata aku laa tu.

Dengan pantas aku ambik mangkuk, isikan oat. Curah air panas. Haa, baru teringat tadi aku potong strawberi. Pintu peti sejuk dibuka. Hati-hati aku tabur strawberi potong tu atas oat.

"Nah encik Darius. Makan laa" aku unjukkan dua hidangan tu depan dia. Tiba-tiba dia dekatkan muka kat mangkuk oat tu. Terys dada aku berdebar-debar. Apa pulak laa salah aku kali ni?

"Woi, apa ke benda kau buat ni? Kau ingat aku ni budak tadika ke nak makan yang tabur-tabur ni?" aku tengok dalam iklan kat tv tu ok je diorang makan. Boleh turunkan kolestrol lagi. Habis, takkan makan oat kosong aje?

"Aku taknak yang ni. Kau buatkan aku yang lain. Tak payah buh apa-apa. Yang ni, kau makan!" kata dia sambil tolak mangkuk oat tu depan aku. Haaa? Aku kena habiskan oat tu? Aku mana laa makan oat. Aduh!!! Terkebil-kebil aku pandang mangkuk tu. Aku taknak makan laa benda tu. Tapi cuma aku jerit dalam hati aje,

"Takpe Uci. Biar abang yang makan" aik, penyelamat aku dah datang. Terima kasih abang Yan. Sepantas kilat aku pergi ambik mangkuk baru nak bancuh oat yang lain tapi tak pasal-pasal aku tengok Darius tolak kerusi dengan kasar, terus keluar dari ruang dapur. Nak kena buat ke tak ni?

"Dah Uci. Tak payah kamu hadap kerenah Darius tu. Dalam rumah ni, semuanya tak kena. Entah apa yang betul, tak tahu laa" kata abang Yan. Ada nada kesal dalam kata-kata tu.

"Habis tu, nak buat baru ke tak ni? Kejap lagi dah nak dinner" terkebil-kebil aku tengok abang Yan menyuap oat yang aku bancuh ditabur dengan strawberi. Sedap je aku tengok.

"Kalau Uci nak, buat laa. Boleh teman abang makan. Lepas ni kita makan nasi pulak. Kalau si Yus nak, biar dia bancuh sendiri. Peduli kan!" cepat-cepat aku letak balik mangkuk yang abru aku ambik tadi.

Kan dah nak makan malam, ingat perut aku ni plastik ke boleh sumbat banyak-banyak? Lantak koranglah adik-beradik.lepas azan maghrib dilaungkan, baru nampak kelibat kereta Datin Darina masuk ke perkarangan rumah.

"Uci, kalau dah siapkan meja, tolong saya panggil bujang dua orang tu ye" kata mak datin sambil meletakkan beberapa beg ke dalam studio kerjanya. Di tangga, aku berselisih dengan Datuk Dahlan.

"Dah maghrib belum Uci? Lapar dah ni. Macam penuh aje meja tu" tak nampak langsung yang dia seorang berpangkat dan terlalu menjaga peraturan. Sungguh terserlah gaya bapa penyayang.

"Ni nak solat ni Datuk. Lepas tu baru nak panggil abang Yus dengan encik Darian" berkerut muka Datuk Dahlan sekejap. Aku ada salah cakap ke?

"Kenapa nak berdatuk-datuk dengan saya ni? Kita duduk serumah. Uci pun bukan kerja dengan saya. Panggil pakcik sudah. Lagi satu, kalau Uci boleh panggil Darian tu abang, boleh jugak laa panggil Darius tu abang. Tak payah nak berencik-encik dengan dia" laa, pasal panggilan je rupanya.

Aku lagi suka kalau macam tu sebab kat kampung dulu, habis tinggi pangkat pun Tok Ketua dengan Tok Imam. Tapi dah sah-sah laa diorang tu memang tua benar. Tak ralat sangat kalau teriak "Tok" aje.

Tapi Datuk yang ini, nampak muda. Payah nak kena panggil Datuk setiap kali ternampak. Disuruh panggil "pakcik" dah cukup bagus.

Nak kena panggil Darius abang ke? Dah laa aku selalu jugak bertekak dengan dia panggil aku engkau aje. Bila ingatan aku stabil je baru aku panggil dia encik Darius. Takut-takut kalau aku panggil dia abang Darius kang, mau terkeluar bijik mata dia jeling aku. Ish, taknak laa. Dengan tertib, aku sudahkan solat maghrib.

Tok..tok..tok..

"Abang Yan, meja dah siap. Datin suruh turun makan" perlahan suara aku takut mengganggu dia buat kerja. Bila pintu dikuak, aku nampak dia tersenyum. Ok laa tu. Maknanya aku tak kacau dia.

"Jom, turun sama" pelawa abang Yan sambil dia tutup pintu bilik. Aku geleng kepala laju-laju lalu tunjuk kat bilik Darius pulak. Baik laa bilik diorang kat tingkat yang sama. Kalau tak jenuh juga nak turun naik.

Lagi aku nak dekat dengan bilik dia, lagi kencang hati aku berdebar. Ahh, panggil dia makan aje, bukan panggil dinosor pun. Tapi dia ni memang ada DNA pemangsa pun. Asyik nak marah aje.

"Assalamualaikum.." kalau kita bagi salam, orang tu tak boleh marah kan? Pandai-pandai je aku ni.

Tok..tok..tok..tak dengar apa-apa pun. Pengsan kot tak dapat makan oat tadi? Isk, takkan laa..

"Err, encik Darius, Datin panggil turun makan sekali. Diorang semua dah tunggu tu" punya laa aku terkejut bila tiba-tiba aje pintu tu disentap kuat. Banyak kali aku beristighfar dalam hati.

"Panggil sekali aje tak boleh?memekak aje tau?!" dia marah aku pulak. Kalau bukan sebab mak datin yang suruh, aku pun tak hingin nak jejak kaki kat depan bilik kau ni laa. Oleh kerana aku taknak menjawab, aku cuma mampu buat muka aje.

"Abang dah kata, tak payah nak panggil si Yus tu. Kan dah kena marah" kenapa abang Yan ni berdiri kat tangga? Kenapa tak turun lagi?

"Abang kenapa tak tunggu kat meja? Buat apa kat tangga ni?" saja aku tanya soalan yang kurang cerdik kat dia. Kalau laa aku tak kuatkan hati, memang dah banyak kali aku menangis agaknya sebab Darius tu tapi aku tak boleh mengalah. Aku takkan kena buli lagi. Sini bukannya sekolah menengah.

"Abang risau kalau si Yus tu buli Uci lebih-lebih" kata abang Yan. Wahhhh, ambil berat. Sama je macam arwah abang aku dulu.

"Owh, takde apa-apa pun. Dah biasa sangat dia macam tu dengan Uci. Sejak kat kampung lagi. Dia marah kot kena paksa kat klinik hari tu" sebenarnya aku masih lagi rasa bersalah bila teringatkan kejadian kat klinik tapi aku betul dah tak boleh tahan sabar dengan kerenah mengada-ngada dia tu.

"Kat klinik?! Kenapa?" hmm, mesti laa abang Yan tak tahu pasal adik dia kena sengat tebuan kat mulut. Lagipun diorang mana bertegur sapa.

"Masa tu..." Dammmmmm!!! Baru aku nak bukak cerita kat abang Yan, terus aje si Darius ni hempas pintu. Macam nak luruh jantung aku dengar bunyi kuat macam tu.

"Turun cepat. Aku nak makan!" seorang anak raja jadian dah keluarkan arahan. Aku taknak dia buat perangai lagi depan rezeki kejap lagi jadi aku pun mengekor je belakang dia terus membiarkan cerita aku tergantung.

Abang Yan pandang dengan perasaan yang aku sendiri tak tahu nak terangkan macam mana. Darius ni tak tahu bersyukur laa aku rasa. Untung dia ada abang yang masih lagi bernyawa. Kalau nasib dia jadi macam aku, entah macam mana laa agaknya.

Bukan main laju lagi dia turun tangga tu. Rasa macam main kejar-kejar pulak. Tak pasal-pasal Darius berhenti mengejut depan aku.

"Kalau kau bukak mulut pasal hal kat klinik tu, aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Dan aku akan pastikan hidup kau kat sini sengsara. Paham?!" eleh, macam laa aku takut sangat dengan ugutan dia tu.

"Hei, aku bukannya adik kau yang nak kena ikut telunjuk kau tahu! Dan aku nak kau tahu, kalau kau lebih-lebih buat aku dalam rumah ni, aku takkan teragak-agak nak cerita kat semua orang pasal kau takut kena injek!" haa, ingat kau aje tau nak ugut orang? Aku pun tau laa. Arwah abang aku ajar.

"Eiii, perempuan ni!!" aku rasa ada kot jarak dalam 2cm je hujung telunjuk dia dengan dahi aku. Punya laa aku cuak masa tu tapi...

"Darius, jangan lebih-lebih!!!" suara abang Yan yang melengking, membuatkan Darius berpaling meninggalkan kami.

"Uci ok tak ni?" aku angguk macam biasa. Agaknya abang Yan dengar kot aku balas kata-kata Darius tadi.

"Hmm, baru dia kena regu yang betul. Selama ni, ikut kepala dia aje. Kalau dia buat hal macam tadi, Uci bagitau je kat abang Yan, ok?" alaa, aku pun tau nak jaga diri aku sendiri. Setakat kena jaga dia dua, tiga hari ni sampai dia dapat keluar bekerja apa salahnya.

Lagipun ikut kata maklong, kalau Darius keluar ada shoot, memang balik dah dekat nak subuh. Jadi, selamat laa aku daripada jadi hamba tebusan dia dalam rumah ni.

Tak sabar nak tunggu dia sihat dan pergi kerja. Mesti aman je rumah ni aku rasa.

"Dah, cukup-cukup laa tersengih tu. Dah lapar ni. Jom" perut aku pun dah berlagu-lagu. Pedih!

Sunday 13 May 2012

SDG Part 10


Tapi sampai saat ni aku tak boleh lupa apa yang dia buat kat aku masa kat kolej dulu. Kiranya dia ni dah tahap peminat kipas susah mati yang selalu menyusahkan hati perut aku. Sampaikan nak melangkah keluar rumah pun dah risau. Itu cerita dulu dan aku rasa dia mesti dah berubah. Dah buang uniform siamang gatal tu. Harap-harap laa.

"Okey, last aku nak mintak tolong" buat dah muka kesian dia tu. Aku nak balik laa..Ngantuk!!!

"Haa, apa lagi?" nada suara orang tak nak layan, mesti laa tinggi kan.

"Aku nak ambik barang kat umah kawan aku. Nanti bila dia keluar, kau lambai aje kat dia. Tunggu dalam kereta. Tak payah keluar." Nasib laa kau kata ni yang last.

" Ye lah, aku bagi masa 15minit je. Lambat aku balik jalan kaki" dalam kepala dah terbayang tilam dan bantal yang melambai-lambai. Sampai kat Taman Sentosa, Iskandar menghentikan kereta di depan sebuah rumah. Tak lama lepas tu, lampu porch dibuka.

Keluar seorang perempuan. Agak menarik. Teringin nak tau siapa dia tapi sebab Iskandar kata tunggu aje dalam kereta membuatkan hasrat aku padam segera. Entah apa yang dibincangkan. Macam serius aje.

Kemudian aku nampak Is kuasa dua tu menunjuk ke arah aku dan melambai. Aku pun lambai laa balik kat perempuan tu sambil tersenyum. Ye lah, kawan Is kawan aku jugak kan... Okey laa tu. Tapi riak muka gadis tu betul-betul buat aku janggal. Hmm, awek dia kot? Kejap lagi laa tanya. Orang nak balik cepat ni. Aku segera menekan hon. Iskandar berpaling sambil tersenyum.

"Terima kasih!" tiba-tiba aje? Apa yang terima kasihnya? Tak paham aku laa dia ni.

" Kau ni, boleh tak cerita tu lengkap sikit. Aku tak paham satu benda pun" dah lewat-lewat macam ni pun nak main teka-teki dengan aku. Iskandar senyum tanpa suara. Taknak cerita takpe laa..Jaga laa bila kena kat kau pulak.

"Okey, dah sampai rumah kau. Ingat janji kau tadi. Esok-esok ni kita dinner kat tempat lain pulak" Haa??! Bila pulak aku janji nak makan dengan dia lagi lepas ni?

"Ikut suka hati kau aje ek? Ingat aku dah tak ada kerja lain? Okey lah, terima kasih sebab belanja aku makan tadi. Sedap!" Lain kali boleh belanja lagi. Tapi aku cakap dalam hati aje laa. Hehehe.

"Kasihmu ku terima. Kau terima tak kasih aku tadi?" Dia ni kalau dah mula menyakat, memang payah nak berhenti. Perangai langsung tak berubah.

"Hmm, aku masuk dulu laa Is. Dah lewat ni. Nanti kirim salam kat makwe kau tu ye. Tak sempat nak berkenalan tadi. Nanti kau bawak laa dia jumpa aku" Sepantas itu juga muka Is berubah. Aku salah cakap ke?

Baru nak terlelap, ada pulak mesej masuk dalam telefon. Sape ni? Tak reti nak tunggu esok ke? Rasa macam nak je tukar nombor private ni laa. Owh, mamat sengal tu rupanya.

'Esok pagi aku tolong kau hantar barang2 tu. Pukul 9 siap. Aku amik'  Bagusnya ada supir free ni. Sepantas kilat aku balas untuk setuju.

Dan malam tu aku tidur bermimpi makan pizza terbesar yang aku pernah jumpa.



Pagi yang kelam kabut. Kak Aya dah telefon awal-awal lagi mintak hantar barang-barang dia cepat sebab dia ada hal nak diuruskan kat KL. Mana pegi orang yang baik hati kata nak tolong aku semalam ni? Iya-iya je kata nak datang pukul 9. Huh!

Rasa nak meletup pun ada ni.Daripada tadi telefon tak angkat. Dia ni tidur mati ke? Takkan penat sangat kot belanja aku makan malam tadi. Geram tahap sepuluh petala langit dah ni. Tekan lagi laa. Manatau kali ni dapat.

"Hello" aik, semacam je suara dia. Demam ke?

"Hello, ko jadi tak nak tolong aku ni? Dah dekat pukul 10 weh" setengah marah sebab setengah lagi risau. Apahal mamat ni tak datang? Sebab setahu aku dia bukan jenis yang mungkir janji.

"Hmm, aku dah nak gerak la ni. Kau jengah kat tingkap, kira sampai sepuluh. Mesti aku ada" Hish, poyo laa dia ni.Baru aku nak jenguk keluar, aku nampak sebiji kereta yang aku kenal. Laa, dia memang dah ada kat luar ke? Macam mana aku boleh tak perasan?

Bunyi hon membuatkan aku tersedar yang aku kena cepat. Bergegas aku turun. Penat laa angkat barang-barang ni sorang-sorang. Bukannya dia nak tolong. Bertuah punya kawan!

"Bukan aku taknak tolong. Takkan aku nak masuk dalam rumah kau. Kalau kau bini aku takpe laa, kan?" siap sengih lagi tu!

"Bini??? Taknak aku ada skandal dengan kau. Yang malam tadi tu mana kau nak letak?" sekadar mengingatkan tentang si dia malam tadi. Lelaki ni tak boleh kasi can.

"Malam tadi siapa? Aku nak engkau aje. Orang lain letak tepi. Boleh laa Deng?" boleh tak kalau aku sakal kepala dia lapan kali? Kalau laa boleh...


"Dah, cepat sikit. Kita ada masa 15 minit je lagi ni. Sempat?" Selagi tak tukar topik, selagi tu laa dia nak menyakat aku.

"I'm yours today Madam" Ayat tak boleh blah.

"Kalau macam tu, hari ni kita pergi rumah kakak aku. Lagipun kenduri minggu ni buat kat rumah dia aje. Manatau ada apa-apa yang boleh tolong. Err, kau tak kerja ke hari ni? Jangan pulak kau kata aku rosakkan program kau sudah" dia senyum sambil geleng kepala tanda dia tak ada buat apa hari ni. Kereta bergerak laju menuju destinasi.

Lepas berbincang dengan Kak Aya tentang pembayaran, aku mendapatkan Iskandar yang daripada tadi dok tercongok kat luar kedai. Ajak masuk taknak pulak. Duduk laa kau kat situ.

"Minum jom. Aku belanja" Agak-agak kalau aku kata nak balas budi malam tadi sebab belanja aku, ok tak? Lepas tu, kira 0-0. Saling tak berhutang. Sah-sah dia taknak!

"Ha, kata nak pergi rumah kakak kau. Boleh aku berkenalan dengan bakal kakak ipar aku kan? Pergi sekarang tak boleh ke?" Adoi, kes berat dia ni. Sebiji penumbuk aku tunjuk kat dia. Jangan main-main ek!

"Rasa-rasa taknak kawan dengan aku lagi, kau buat laa selalu perangai macam tu" takut tak kalau aku ugut dia macam tu? Hmm, hampeh!

"Kau tak boleh marah sebab aku yakin aku ada ciri-ciri yang diimpikan semua orang tua..Macam kes kau, of course laa kakak kau kan. Bagi laa aku peluang sekali ni. Aku janji, kalau kakak kau reject aku, aku quit. Amacam, deal?" Ish dia ni. Ingat main kahwin-kahwin budak tadika ke apa?

"Dah..dah..malas aku nak layan kepala kau ni. Sekarang, kita pergi minum dulu sebab aku dah lapar ya amat. Lepas tu, baru kita pergi rumah kakak aku. Boleh?" Tak dapat laa aku nak bayangkan kalau aku ada jodoh dengan Iskandar Shafie ni. Mesti hari-hari ada je dinding rumah aku yang retak sebab bertekak dengan aku tak berhenti.

Tapi tu semua kan rahsia Allah. Apapun yang tersurat, aku terima.

Rumah bercat kuning cair nampak lengang tanpa penghuni. Kat belakang kot? Beberapa kali salam diberi tapi tiada sebarang jawapan. tekan-tekan loceng pun takde jawapan. Aku memusingkan badan sambil menunjukkan isyarat tiada kepada Iskandar. Tiba-tiba sayup suara Kak Arah terdengar. Owh, dia kat tingkat atas rupanya.

Riuh mulut dia bertanya itu ini. Lebih-lebih lagi bila melihat aku datang dengan orang yang dia tak kenal. Kak Arah dah mula buat mukamenyakat. Ni laa yang tak berapa nak gemar ni.

"Ajak laa kawan tu makan dulu. Lepas tu boleh Zohor kat sini. Lepas maghrib nanti orang surau datang. Rumah Is dekat aje kan? Balik lepas kenduri aje laa ye?" Eeh kak Arah ni, bukan main mesra pulak. Yang Iskandar ni pulak tak reti-reti nak menolak ke? Siap pandang-pandang aku.

Penat tau tak besarkan biji mata aku yang tak berapa nak besar ni. Hoi, cuba laa faham isyarat mata aku ni!

"Ha ah kak, memang saya datang ni nak tolong apa-apa yang patut. Deng yang suruh" Ya Tuhan, dia jual nama aku pulak dah. Kak Arah pandang aku dengan senyuman yang aku sendiri tak pasti.

Petang yang agak sibuk. Orang katering keluar masuk. Si Iskandar ni pulak mana menghilang? Kejap je dah lesap. Dah macam rumah dia pulak. Lebih laa mamat ni. Tak suka!

"Tak payah tercari-cari. Dia tolong bentangkan tikar, alih kerusi kat depan tu. Ooo, ada boipren tak kasi tau ek. Macam ni adik akak. Takpe..takpe" Aik, merajuk pulak orang tua ni.

"Nak bagitau apa ke benda nya kak. Kitorang kawan sekelas masa kat kolej dulu. Baru-baru ni je jumpa kat rumah anak yatim. Orang mana boleh sorok apa-apa daripada akak" Punya laa gigih aku nak cerita benda sebenar kat Kak Arah tapi aku tau dia memang tak percaya.

Tengokkan perangai Iskandar yang semacam, buat aku lemas. Terus aku teringat perempuan malam semalam. Siapa dia dengan Iskandar?

"Asalkan dia baik dengan Deng, cukup agamanya, syukur alhamdulillah. Umur kamu pun dah berapa sekarang. Ada masanya, kita kena fikir untuk sepuluh tahun akan datang. Kamu nak ke bila tangan dah menggigil baru nak timang anak? Nanti kat tadika orang tanya, hantar cucu ke? Taklah, hantar anak. Buat gelak dek orang aje. Akak pun risau kamu sorang-sorang ke hulu ke hilir meniaga. Fikirlah baik-baik. Akak cuma bagi pendapat tapi yang nak hadapnya Deng sendiri" panjang lebar Kak Arah bercakap. Kata pun pensyarah, mesti laa kasi syarahan panjang-panjang kan?

"Ok kak, kita tengok macam mana. Akak doakan aje orang selamat ok" Matikan air je senang. Suasana makin sibuk. Bila aku berpaling, dapat aku tangkap Iskandar memerhatikan aku berbincang dengan Kak Arah tadi. Kalau dia dengar macam mana ek?

Aku taknak berpaut pada dahan yang rapuh..Lebih-lebih lagi, cuma bayang dahan tu aje. Kalau jatuh berdebuk, sakitnya mak aii..

Tak terkata.Waktu berlalu pantas, tiba-tiba Iskandar muncul siap berbaju melayu, bersongkok bagai. Aik, bila masa pulak dia salin baju ni? Boleh tahan. Agaknya dia boleh baca kot apa yang aku fikir, sambil menunjukkan baju yang dia pakai dan Abang Aziz. Ooo, baju cap P. Pinjam!

Selesai solat maghrib berjemaah, bacaan Yaasin dimulakan beramai-ramai. Sambil menunggu waktu Isyak masuk, Imam memberikan tazkirah kepada tetamu yang datang. Rindunya kat Mak dan Ayah bila Imam ni cerita pasal pengorbanan orang tua.

Mak, ayah..nampak tak apa yang Kak Arah dengan Deng buat sekarang? Tak terkata rindunya pada mak dan ayah sekarang. Tapi Deng faham mak, ayah. Kalau mak ayah ada lagi sekarang, belum tentu kami sanggup lakukan macam ni untuk mak ayah, kan? Mesti kami sibuk dengan kerja dan cuma bagi duit belanja aje cukup bulan. Mesti kami tak ambik tau pasal anak yatim. Mesti kami tak menabung.

Airmata mengalir lesu kat pipi. Malu pulak kalau orang lain nampak. Tak gengster laa macam ni. Cepat kusapu titik-titik jernih tu. Tapi bila terpandangkan Iskandar yang macam tengah merenung aku, automatik aku tunjuk buku lima kat dia. Pandai pulak dia tunjuk isyarat suruh senyap sambil meluruskan telunjuk dia kat Imam yang tengah berceramah. Elehhh, tunjuk bagus konon. Menyampah!

Nanti kau, ada peluang confirm aku balas. Hehe. Tiba-tiba pulak jadi ceria.

"Deng, hulurkan cepat dulang-dulang tu. Hari ni tak ramai sangat orang yang Abang Aziz jemput. Kita-kita je laa yang kena habiskan semua ni nanti" Kak Arah dah memulakan tugas jadi Mem besar. Hehe..

"Ok kak. Kejap lagi Deng bungkuskan lauk yang lebih-lebih tu kasi kat orang surau ye" Hmm, tak kekok pulak ek si Iskandar tu. Ringan tulang pun iye. Hmm, kena pertimbangkan betul-betul ni.

Sempat jugak mata aku yang nakal ni menjeling kat dia. Aik, mata aku yang jahat eh, bukan aku ke?

Friday 11 May 2012

Manik Suci Part 4


Pusing punya pusing, tangan kami bertiga dah penuh macam nak buat kenduri doa selamat aje. Ayam, ketam, udang, sayur-sayuran yang dah macam nak buat stok seminggu je aku nengok.

Encik Darius si PBB makin muncung bila aku paksa jugak dia angkat barang yang berat-berat kat tangan maklong. Yang sakit mulut, bukannya tangan! Angkat je lah.

"Banyak sangat membeli ni Mak Eton. Si Uci ni bukannya menteri pun nak buat makan-makan meriah macam ni" aku dengar ayat dia tu tapi aku tetap buat tak tahu je. Api kalau disimbah air barulah padam, kan?

"Tak tahu pulak Mak Eton, Yus. Dah Datuk suruh buat, Mak Eton buat laa. Tapi kalau Yus tak suka, nanti Mak Eton cakap kat Datuk suruh cancel aje, boleh?" aku tengok selaju kereta F1 encik Darius ni geleng kepala tak setuju dengan idea maklong tadi. Hmm, dia takut bapak dia rupanya.

"Berapa lama lagi budak Uci ni tinggal kat sini? Yus lemas laa. Asyik nak cari gaduh je dengan Yus" Haa??? Dia kata aku yang cari gaduh dulu?

"Weh, aku belum pekak laa. Cakap je depan-depan. Maklong aku tu bukannya tape kaset nak kena rekod cakap kau lepas tu bagitau aku" ish, tajam betul jelingan dia ni bila kena bahasa dengan aku. Alaa, tu baru sikit.

Jalan punya jalan, maklong kata nak beli ikan sikit buat tambah-tambah. Tengah belek-belek ikan kat situ, tiba-tiba ada sorang hamba Allah ni terpijak lopak air keruh.

Dah nasib Darius nak kena, kuyup jugak dia sebelah badan. Nak je aku gelakkan dia kuat-kuat tapi bila dia dah tudingkan jari kat depan muka, aku pandang tempat lain buat-buat tak nampak kejadian tu.

"Ni semua kau punya pasal. Sebab ni jugak laa aku taknak jejak kaki kat sini tau. Kau ni memang betul laa!" aku rasa mulut dia dah sembuh sepenuhnya kot sebab laju je dia potpet-potpet. Bebel laa kau sepuas-puas hati. Ada aku kisah?

Bila maklong selesai membeli, nampak sangat dia terkejut tengok Darius kotor separuh badan.

"Ya Allah, Yus!!! Apa dah jadi ni?" alahai, meluatnya aku dengar. Lagi menyampah bila tengok Darius buat aksi geli tak bertempat dia tu.

"Tu laa Yus taknak turun tadi. Kan dah kotor habis baju ni. Macam mana ni Mak Eton?" apa yang susah sangat, tak tahu laa aku dia ni. Dah tau kotor, cuci laa. Budak darjah 1 pun tahu benda common sense macam tu.

"Macam mana apa nya? Cuci kat rumah je laa. Awek kat sini tak cukup syarat pun kalau kau nak ngorat!" malas aku nak tengok perangai cerewet dia depan maklong.
"Eh, kau tau tak baju aku ni mahal. Tudung kau sepuluh helai pun belum tentu dapat beli baju ni sehelai" amboi, nak kutuk tudung aku pulak. Aku tengok baju dia biasa je. Bukannya jahit pakai benang emas pun. Berlagak!

"Hmm, eksyen laa kau sekarang ni sementara boleh. Sok-sok kau dah takde nyawa, bungkus kau dengan kain kapan jugak. Bukan guna baju mahal kau tu" selamba betul laa aku bagi dia satu point. Puas hati aku kejap.

Dengan peminat-peminat kau yang terhegeh-hegeh tu boleh laa kau nak tunjuk lagak macam ni. Dengan aku, tak payah. Simpan je lagak kau tu dalam almari, siap kunci rapat-rapat!

"Kau suka laa kalau aku mati cepat. Cakap pasal mati pulak!" aik, hari tu masa kat klinik dia cakap pasal meninggal boleh, takkan aku cakap tiba-tiba jadi haram pulak. Malas aku nak layan PBB singkat akal ni. Tiba-tiba ada lintasan soalan dalam kepala aku yang nak tanya kat dia masa tu jugak.

"Woi, pagi tadi kau tak subuh ek?" terus aku jalan laju-laju ikut belakang maklong menuju ke kereta Darius. Daripada cermin kereta, aku perasan yang muka Darius marah ya amat.

Marah laa kau. Bila aku diam, macam-macam kau kata kat aku. Nak sangat tengok aku melawan kan? Hadap laa kau.

"Mak Eton, tak jadi laa kita makan bihun tu. Yus dah kotor sangat ni. Nanti apa pulak orang kata. Kita balik aje laa ok?" maklong macam biasa, senyum dan angguk aje apa kehendak Putera Bongkak ni.

"Oh ye, encik Darius. Balik nanti ada kena makan ubat nak bagi bengkak tu surut. Kat rumah nanti saya siapkan ubatnya" lembut je aku bercakap kat Darius depan maklong. Saham kena laa jaga! Hehehe.

"Pandai Uci jaga Yus. Kalau macam ni, mesti Datin tak risau lagi kalau Yus sakit" lorrr, dah tua-tua macam ni nak risaukan apa lagi? Tak senonoh aje bunyinya.

"Err, nak masak lauk apa untuk malam ni maklong?" cepat-cepat aku tanya maklong sebab tak best pulak senyap aje duduk sebelah encik PBB ni.

"Kita masak ayam sambal, ketam masak lemak cili padi, udang goreng tomyam. Lepas tu kita buat sayur campur dengan kerabu mangga dan sambal belacan. Nanti Uci tolong maklong siapkan rencah boleh?" semestinya laa aku tolong. Dah baik hati sangat laa orang dalam rumah ni buat makan-makan nak sambut aku.

Kami sampai rumah dalam pukul 10.30pagi. Semua kereta takde kecuali kereta silver Darius. Bergegas dia keluar kereta, masuk ke dalam rumah.

"Tak baik Uci gelakkan dia tadi. Dia memang macam tu. Dalam rumah ni, asyik nak naik angin aje. Itu pun sebab dulu diorang ada gaduh sebab Yus taknak belajar macam abang dia. Dia nak main muzik. Tapi sekarang dah boleh bertegur sapa jugak laa. Kamu jangan kasar sangat dengan dia ye. Percaya tak, baru dua hari Uci kat sini, dah banyak betul si Yus tu bercakap" ish, ye je maklong aku ni. Takkan laa selama ni dia membisu je kalau ada dalam rumah? Macam-macam perangai manusia ni rupanya ya.

Belum habis lagi angkat barang-barang yang beli kat pasar tadi, dah terdengar suara Putera Bongkak tu memekik nama aku. Berkerut muka maklong dengar Darius jerit macam tu. Cepat-cepat aku menyahut.

"Lepas ni, aku tau tak ada dah bau-bau ikan dalam bonet ni. Seat aku yang mana kena kotor tadi pun kau bersihkan. Kalau tak, siap kau!" tak sempat aku nak cakap apa-apa, dia terus hilang kat dalam rumah. Melampau!

Hmm, dengan segera aku keluarkan permaidani kecil alas bonet kereta Darius. Cepat-cepat aku berus, pastikan dengan penuh yakin tak ada lagi bau hanyir ikan lepas tu sidai kat pagar tepi. Aku ambil kain buruk, basahkan dengan air sabun. Kuat-kuat aku tenyeh seat yang kononnya "mabeles" sangat tu.

Bila dah hilang semua tanda kekotoran, aku sembur sampai setengah botol Febreeze. Lepas ni, kalau dia komplen jugak, memang aku baling je kain buruk dengan segala bahan cuci ni kat muka dia. Kau cuci laa sendiri!

Selesai tugas aku bersihkan kereta Darius tu, berlari aku ke dapur nak tolong maklong siapkan makan tengahari merangkap makan malam karang. Ikut kata maklong, selalunya tengahari jarang sangat Datuk Dahlan dan Darian balik makan kat rumah.

Jadi, untuk lauk makan tengahari nanti agak simple. Ayam goreng, kobis masak lemak dengan kerabu mangga. Tak sampai sejam dah siap menu lunch hari tu.


Tengah sibuk nak menyiapkan hidangan makan malam, aku terdengar bunyi kereta kat laman depan. Datin Darina kot? Aku teruskan kerja tak peduli siapa yang balik.
Maklong pun entah ke mana.

Bila aku tengok jam, dah pukul 1.45 petang rupanya. Aku cuci tangan nak beredar ke bilik menunaikan solat Zohor. Selesai solat, aku terdengar bunyi pinggan berlaga dengan sudu di dapur.

"Eh, maklong dah makan ke? Kenapa tak tunggu aku?" cepat kaki menuju ke dapur nak join sekali maklong makan.

Tapi bila aku sampai sana, bukan maklong yang tengah makan. Encik Darian rupanya. Lama aku terdiam kat pintu gerbang dapur tu. Tak tahu nak patah balik atau terus ke meja makan. Patah balik je laa. Dia pun belum nampak aku kat sini. Baru separuh badan aku nak pusing, dah bersuara abang hensem ni teriak nama aku.

"Uci, meh makan dengan saya. Tak sedap pulak makan sorang-sorang" aku teragak-agak lagi nak makan sama ke tak dengan orang sehensem dan sebaik encik Darian ni. Mana laa orang lain dalam rumah ni? Hadoi.

"Err, saya tunggu maklong je laa. Nak makan dengan dia" itu je yang aku mampu luahkan bila dah berdiri sebelah encik Darian kat meja makan tu.

"Takpe, Uci makan aje dengan saya. Kejap aje pun. Semalam masa saya balik, tak sempat kenal pun Uci dah tidur. Penat eh?" tiba-tiba dia bangun ambik pinggan dan terus senduk nasi, letak kat depan aku. Siap tarik kerusi okeh. Macho giler laa aku rasa dia ni.

"Nak lauk apa?" ayark, siap nak sendukkan lauk untuk aku? Ish, dia ni.

"Takpe encik Darian. Saya amik sendiri. Encik makan laa. Kejap lagi nak masuk ofis balik, kan?" aku dah mula masuk fasa kelam kabut amaran jingga. Kontrol..kontrol!
Macam-macam soalan yang dia tanya kat aku. Umur berapa, nama mak, nama bapak, kenapa tak sambung belajar. Ish, macam-macam laa. Aku mintak kerja dengan dia ke ni ha?!

Selang beberapa lama berborak dengan encik Darian, dah terasa selesa dan senang nak ajak berbual. Tapi tengah syok aje bercakap, tiba-tiba turun pulak si PBB ni. Tangan bukak peti sejuk tapi mata jeling aku macam nak terkeluar. Dia marah kot aku duduk semeja dengan abang dia. Mana tau kot dia pikir aku ni tak setaraf dengan keluarga dia. Hmmm.

Darian pandang aje adik dia tak berkata apa-apa. Diorang berdua ni mind-reader ke ha? Angin tak ada, ribut tak ada alih-alih Darius kata kat aku.

"Aku nak makan sekarang kat tempat tadi. Kau makan dengan aku" belum sempat aku nak tanya dia nak lauk apa, dah ghaib pulak dia. Nak buat macam mana ni?

"Biar kan dia Uci. Tak usah dilayankan sangat. Lagi dilayan, lagi besar kepala dia" err, dua beradik ni kenapa? Aku betul-betul serba salah sekarang.

Takkan nak tinggalkan encik Darian yang dah sendukkan nasi untuk aku? Tak sopan betul. Tapi kalau si PBB tu mengamuk sakan kang, susah pulak hidup aku kat sini nanti.

"Takpe laa encik Darian. Saya siapkan nasi untuk encik Darius. Malam karang kita makan sama-sama jugak kan?" aku senyum nipis menyorokkan rasa bengang dalam hati rapat-rapat.

"Uci, saya tak panggil nama penuh awak kan? Saya rasa sini pun bukannya pejabat nak kena berencik-encik bagai. Awak muda 7 tahun dari saya. Panggil saya Abang Yan ok" Hoh??? Nak tercekik aku dengar kata-kata tu. Abang hensem ni suruh aku panggil dia "abang"?

"Dengar tak apa saya suruh tadi?" tanya encik Darius lagi masa tangan dicuci di sinki. Aku angguk tanda faham.

"Good. Malam karang takde lagi encik ok" aku angguk kepala lagi laju daripada tadi. Bila aku pasti yang encik Darian dah hilang dari dapur, baru aku teringatkan nasi encik Darius. Baru hari kedua, aku dah ada rasa tak best macam ni.

Sabar ye hati. Datang sini sebab nak kerja. Nak cari duit ubat untuk mak. Peduli laa apa yang orang lain nak buat kat kau. Cepat-cepat aku isi lauk dalam mangkuk kecil untuk Darius. Mana aku tau dia nak makan apa so, aku cedok semua lauk. Biar dia pilih sendiri nanti.

"Hmm, encik Darius. Jemput makan" sopan je aku cakap kat dia. Berhati-hati tak nak mula bertekak dengan dia kali ni. Tapi macam biasa laa si PBB ni. Dengan muka kerek semacam dia tu, pandang lauk macam apa je. Tapi ikut kata maklong tadi, lauk tu memang kesukaan Darius. Hmm, apa-apa aje laa. Janji aku dah buat tugas aku.

"Mana nasi kau? Kan aku dah kata makan dengan aku" alaa, tak suka betul laa macam ni. Kalau aku jawab, salah. Kalau tak jawab karang lagi laa aku salah. Tapi aku memang taknak makan sekarang. Aku nak makan dengan maklong kejap lagi.

"Err, sorry ye encik Darius. Saya nak tunggu makan sekali dengan maklong. Hmm, takpe. Encik makan aje. Saya tunggu sini" macam ni ke maklong kena layan dia kalau dia tak kerja? Isk, merepek betul tabiat dia ni.

"Kau dengar kan apa yang aku cakap tadi. Sekarang pergi amik pinggan, bawak datang depan aku. Aku nak tengok kau makan" Eiiiiiiii! Ya Allah, Kau kurniakanlah aku kekuatan menghadapi dugaanMu ini Ya Rabb!



Perlahan-lahan aku bangkit menuju ke dapur. Nak cedok nasi pun aku dah rasa malas sangat. Memang pantang betul aku kalau paksa-paksa makan ni tau. Perut aku, aku tau laa bila nak isi.

Lambat-lambat aku berjalan dengan harapan, biar encik Darius tu dah habis makan. Tak payah laa aku teman dia lagi.

"Eh, yang kau ni terhegeh-hegeh macam tak makan satu kurun ni apsal? Cepat sikit!" suka hati dia je nak bentak-bentak aku macam tu. Aku ni kerja dengan dia ke dengan mak dia???

Berhati-hati aku cedok kuah masak lemak tanpa ambil apa-apa lauk pun. Malas sungguh aku nak masukkan nasi tu ke dalam mulut. Tiba-tiba aku nampak encik Darius letak ayam seketul, sayur dan sesudu besar kerabu mangga kat dalam pinggan aku.

"Err, saya tak boleh habis semua nih encik" dia yang tengah tunduk hadap makanan dia, terus angkat muka pandang tepat kat mata aku.

"Kau dengar sini baik-baik. Aku tak nak kau kebulur duduk sini. Suka ke tak, kau mesti habiskan tu semua. Faham?!" dah macam naga bunting je aku dengar dia mendengus. Marah laa tu. Kecik hati aku tau dengar dia cakap macam tu. Ingat aku ni apa?

Masa suap nasi tu ke mulut, rasa macam nak menitik je airmata ni. Bukan sebab aku ni cengeng tapi sebab teringat kat mak lagi. Dah memang kerja aku suapkan mak, mandikan mak, picit kaki dan tangan mak. Tapi sekarang semua tu diambil alih oleh bapak. Boleh ke bapak jaga mak? Bapak pun bukannya sihat sangat.

"Hei, aku suruh makan. Jangan nak menangis depan rezeki. Tak baik. Lepas ni tolong aku kemas balik barang-barang kereta aku yang kau cuci tadi" hmm, boleh pun cakap baik-baik. Terus dia bangun tinggalkan aku dengan pinggan yang hampir penuh semeja tu. Bukannya tau nak angkat pinggan sendiri. Hish!

Bila yakin dia dah tak ada kat kawasan tu, terus aku angkat semua pinggan masuk ke dapur. Melangkah masuk ke dapur, terpandang-pandang je encik Darian iaitu abang hensem makan. Jauh beza dengan adik dia tu. Asyik nak marah, kepala angin dan segala aura negatif ada melekat kat dia. Macam bayang-bayang. Ish, seriau aku!

"Uci dari mana ni dengan pinggan bukan main banyak lagi?" leganya aku dapat dengar suara maklong. Terus aku tersenyum.

"Maklong pergi mana tadi? Puas Uci tunggu nak makan sama. Jom makan maklong" dah tak tahan dengan bau kerabu mangga tu. Kecur air liur dibuatnya.

"Tadi maklong ada kat dalam bilik. Lepas tu kemas kat bilik atas. Maklong turun kejap tadi, nampak Uci tengah sembahyang. Tu yang maklong tak kacau" penjelasan maklong buat aku rasa lega. Sekurang-kurangnya sejak tadi maklong tak keluar dari kawasan rumah ni.

Sambil makan, aku bagitau maklong pasal Darian balik makan tengahari, lepas tu dapat arahan atau lebih tepat lagi paksaan daripada Darius yang suruh aku makan dengan lauk yang membukit dalam pinggan. Maklong siap buat muka tak percaya.

"Darius buat macam tu? Ke Uci?" terkekeh-kekeh maklong gelak kenapa pulak ni? Aku tak mengerti.

"Kalau Uci nak tau, Yus tu macam tak berapa berkenan dengan orang perempaun ni tau. Kalau ada kawan-kawan si Yan tu datang rumah, jangan harap laa Yus nak tunjuk muka. Memang dia bertapa je kat dalam bilik tu" err, macam bukan Darius je. Tapi aku memang setuju bab yang bad mood tu. Sentiasa laa tak ada mood. Dah kena lenyek steamroll kot.

"Hmm, lauk untuk malam karang dah siap. Sekarang ni maklong ada nak suruh Uci buat apa-apa tak?" perlahan aku menghirup air sirap sejuk. Leganya.

"Dah tak ada apa Uci. Rehat laa dulu. Takut-takut tuan kecik tu jerit lagi Uci kang, tak sempat nak lepas lelah" sempat lagi maklong nak usik aku. Cepat-cepat aku pergi ke taman mak datin. Cantiknya bunga-bunga yang dia tanam.

Walau sekarang ni cuaca agak panas tapi kat taman ni rasa nyaman aje. Best betul kalau dapat minum petang kat sini. Dalam pada aku asyik belek-belek bunga yang ada kat situ, ada pulak suara petir tunggal yang berbunyi belakang aku.

"Kau jangan nak usik sebarang. Kalau ibu aku tau, mesti dia tak suka" tengok pun tak boleh! Kedekut.

"Ye laa. Aku tak usik lagi. Kau datang sini nak apa?" malas je aku nak layan 'tuan sementara' aku ni.

"Tadi kau kata nak kasi aku makan ubat. Dah pukul berapa ni? Macam mana aku nak baik cepat? Lusa aku ada shoot tau tak?" alamak, macam mana boleh lupa ni. Berlari aku masuk ke dapur ambik ubat dan air kosong segelas.

"Haa, nah!" tercungap-cungap aku mengah. Ubat sendiri pun tak tau nak ambik. Aku pun bongsu jugak. Perempuan lagi. Tak ada pulak aku berangan nak mengada-ngada macam ni.

"Apasal banyak sangat ni? Sampai lima biji? Semalan dua aje. Kau nak racun aku ye?" apa laa yang dia ni merepek, tak tau laa aku.

"Hei, kepala kau ni dah masuk kuman ke hah? Banyak sangat songeh. Lain kali jaga sendiri jadual ubat kau. Tak puas hati, pergi marah doktor yang kasi ubat ni kat kau!" sambil aku letak plastik ubat yang tertera jadual pengambilan ubat dia sehari-hari.

Ada yang kena ambil dua kali sehari. Ada pulak yang kena ambik tiga kali sehari. Lagi sebiji ubat untuk bengkak. Lagi sebiji tu antibiotik.
Aku betul-betul rasa fed-up nak layan 'anak raja jadian' ni lama-lama. Ni baru dua hari. Kalau dua bulan, macam mana laa agaknya?!

Thursday 10 May 2012

Manik Suci Part 3

Lepas makan tu, kitorang kemas meja sama-sama. Seronok jugak kat sini. Lebih kurang pukul 11 malam, aku dah rasa mengantuk sangat. Tak jadi nak layan mak datin berborak pasal baju-baju dia.

Baring atas katil yang empuk tu, membuatkan mata aku tak bagi peluang langsung nak berangan lebih-lebih. Tiba-tiba gelap je aku rasa. Sedar-sedar, jam loceng kat atas meja tepi katil dah nyaring berbunyi. Hmm, dah pukul 5.30 rupanya.

Hari kedua aku kat tempat baru buatkan aku rasa macam tak biasa sikit. Ye lah, belum sesuaikan diri lagi. Lepas akal aku rasa macam dah stabil, baru aku gerak ke bilik air. Aku perasan macam terang je dapur waktu tu.

Oleh kerana bilik aku ni sebelah aje bilik maklong, jadi taklah aku risau terlajak bangun pagi walaupun sampai hari ni aku belum pernah terbabas Subuh lagi.
Bila tengok maklong dah sibuk kat dapur, cepat-cepat aku solat Subuh lepas tu tak lengah tolong maklong siapkan sarapan. Macam penuh je meja pagi ni?

"Ramai ke yang sarapan kat sini maklong?" setau aku, orang dalam rumah ni berapa kerat aje. Masing-masing kuat makan kot. Hehehe.

"Datuk dengan Darian memang sarapan kat rumah dengan Datin sebab bila diorang keluar pergi pejabat, tak tahu laa pukul berapa baliknya tu" Hmm, aku belum jumpa pun dua hamba Allah tu sejak aku sampai semalam. Malam tadi pun aku terus tidur. Mengantuk sangat!

Secermat mungkin aku susun pinggan mangkuk atas meja untuk sarapan pagi kejap lagi. Bila aku pasti semua dah selesai, aku mintak diri kat maklong nak mandi. Aku dah biasa mandi awal pagi. Baru laa badan sihat. Bila badan sihat, otak pun segar.
Seringkas boleh aku bersiap. Bukannya aku kerja ofis nak melawa. Setakat duduk rumah menjahit aje. Sarung seluar trek dengan T-shirt pun ok. Kang nak kena tolong maklong. Lepas tu nak kena siram pokok lagi. Seperasan aku, kat luar tu pun banyak pasu-pasu bunga. Berwarna-warni.

Belum terang lagi tanah kat luar, dah macam-macam benda yang aku fikirkan untuk hari ni. Tak mungkin baju mak datin tu boleh muncul hari ni untuk dijahitkan manik. Dalam pada aku terfikir-fikir jadual kerja aku nanti, tiba-tiba terdengar satu suara kasar yang aku belum pernah dengar.

"Ni siapa Ton? Anak buah kamu tu ke?" yang tu mesti Datuk Dahlan. Aku senyum nipis sambil angguk kepala sikit kat dia. Sumpah aku tak tahu nak buat apa. Takkan laa aku nak pergi salam, cium tangan dia segala? Selang 5, 6 minit lepas tu turun pulak sorang lelaki, pandang aku sambil tersenyum.

Muka ada iras-iras Darius tapi air muka dia ni lembut, baik aje. Buka macam putera bongkak yang bengkak tu. Ni mesti abang dia Darian. Hensem!

"Haa Datuk, Yan. Ni laa anak buah saya. Panggil dia Uci. Dia tinggal sini kejap aje. Siap je baju-baju Datin tu, saya hantar dia balik" wah, bangga betul aku bila tengok maklong hantar laporan lengkap macam tu kat majikan dia. Boleh jadi pekerja berdedikasi ni.

"Hari ni, kami balik awal laa. Makan kat rumah sebab ada special guest. Boleh tak ayah?" whoaa, sopannya putera sulung ni. Aku senyum je laa. Beza giler si abang dengan si bengkak tu. Huh!

"Ok jugak tu Yan. Ton, hari ni masak lebih sikit. Kami nak balik dinner kat rumah dengan orang baru ni, boleh Uci?" tanya Datuk Dahlan. Aku angguk laju-laju. Darian ketawa tengok gelagat aku macam tu.

Bila mak datin join kami kat meja makan, lagi gamat laa dapur tu. Bukan apa, nak membincangkan menu untuk malam karang. Best betul suasana macam ni. Tiba-tiba aku
rasa sebak sangat sebab teringatkan mak kat kampung. Apa laa yang mak makan sekarang?

Aku cuba nak cover line dengan cuci pinggan-pinggan kotor kat sinki sambil lap mata yang hampir-hampir memuntahkan airnya. Tiba-tiba terasa ada tangan mengusap lembut belakang aku. Datin Darina tersenyum memujuk. Dia perasan kot mata dengan hidung aku dah merah?

"Jangan sedih. Saya akan pastikan Uci suka tinggal kat sini. Uci pun kena kerja rajin-rajin kalau nak balik kampung semula cepat, boleh?" bila aku rasa dah okey sikit, baru laa aku duduk semula di meja makan.

Selang beberapa minit Datuk Dahlan bangun usai bersarapan baru laa nampak kelibat si PBB iaitu 'Putera Bengkak Bongkak' tu, siapa lagi kalau bukan encik Darius. Sekali imbas, dah banyak surut bengkak kat bibir dia tu. Tapi aku macam pasti je dia tak suka kat aku.

Sejak mata tangga terakhir dia pijak, tak lepas pandang aku. Elehhh, ingat aku heran kau pandang aku macam tu? Ingat sikit, sebab aku paksa kau ambik injection semalam tu laa kau dah okey sikit hari ni tau.

"Haa, Yus dah bangun? Nak makan apa? Biar Mak Eton ambikkan ye" ish, manjanya budak PBB ni. Aku yang perempuan ni pun ambik sendiri tau.

"Hmm, takpe laa Mak Eton. Semalam Uci kata dia nak jaga Yus sampai mulut Yus baik. Biar dia je yang sendukkan" OMG, dia lantik aku jadi khadam dia? Biar betul! Dah setaraf hukuman pancung je aku rasa. Sesi berbalas dendam dah bermula agaknya.

Aku genggam seerat-eratnya garfu dan sudu yang ada kat tangan. Ooo, kau dah ada plan nak kenakan aku ye? Kau ingat, aku tak tahu nak counter balik? Aku okey je. Jangan nanti dah kalah, kau menangis macam Kassim Selamat pulak.

"Ha ah maklong. Semalam Uci dah cakap dengan encik Darius pasal nak jaga dia. Uci kesian kat maklong, banyak sangat benda nak kena buat" sambil aku pandang Darius dengan aura menyampah! Macam-macam aku rangka plan nak kenakan dia. Maklong tersenyum lega bila aku cakap macam tu kat dia.

Bukannya dia boleh buat apa pun. Kan dia sakit? Tapi aku tetap tak suka dengan lemparan senyuman berunsur penganiayaan kat aku.

"Haa, Uci tengok-tengokkan Yus ye. Maklong nak cuci baju kejap. Nanti Uci buat laa apa yang patut ye" macam lipas kudung maklong ke hulu kehilir kemas rumah.
"Kau nak makan apa?" aku dah berdiri sambil tengok-tengok pinggan yang banyak lagi berisi. Kalau tercicir laa pinggan ni kat Uganda, mesti pinggan-pinggan sekali diorang jilat!

"Oleh kerana kau yang nak jaga aku, so aku nak kau tahu yang aku tak makan ni semua" jelingan mata, mulut muncung sambil tuding-tuding kat depan rezeki adalah pakej yang cukup lengkap untuk aku bertambah benci kat PBB ni. Tak boleh ke cakap baik-baik depan rezeki?

"Ish, takkan nak makan yang lain pulak. Kan banyak lagi ni. Kau tinggal pilih aje. Sedap tau semua ni" aku cuba untuk bersabar lagi sebab mengenangkan dia masih lagi dalam kategori sakit. Lagipun mak aku pesan dulu pasal makanan kalau suka, makan. Kalau tak suka senyap aje. Ambil yang lain.

"Kau yang makan ke aku? Aku tak habis bagitau lagi peraturan nak jaga aku" sombong betul. Memang padan sangat laa aku letak nama PBB kat kau. Lagi kuat tangan aku pegang garfu! Sekuat aku menahan marah dalam hati. Tapi tetap aku dengar apa dia nak kata.

"Setiap pagi, aku just makan roti wholemeal dua keping dengan jus oren segelas. Aku kena jaga badan, kalau tak nanti takde job pulak. Oh ye, kau mana tau tu semua" eleh, bukan kerja aku laa nak amik tau sebab apa kau makan itu ini. Atas dasar hormat kat mak dia, aku angguk je.

"Tapi hari ni aku nak makan hotdog. Masakkan aku dua ketul. Jangan lupa telur hancur. Buat kasar-kasar. Aku ni bukannya budak kecik nak makan yang halus-halus. Buatkan aku susu panas. Oren jangan lupa. Aku nak mandi dulu. Aku tau siap aje semua tu nanti" amboi, betul-betul gaya tuan besar kau ye? Takpe..takpe. Aku ni sedar diri.

Dengan pantas aku buat semua pesanan dia. Tapi dia nak sos apa haa? Takpe laa. Aku letak aje sos cili, sos tomato dengan mayonis. Siap buat bentuk smiley lagi. Biar dia tersenyum je satu hari ni. Cepat sikit baik.

"Uci, kang hantar kat taman. Aku nak makan kat luar" hurm, dah macam orang tua kat rumah jagaan je makan sarapan kat taman ni. Lemah je badan aku nak hantar sedulang hidangan kat dia. Tak boleh ke makan aje kat dapur tu. Bukannya tercekik pun makan kat dapur tu. Opss, lupa pulak. Dia kan PBB!

Mana pulak arah nak ke taman ni? Aduh! Melilau aku cari pintu ke taman. Aku rasa dah 2 kali aku pusing laluan ni. Rumah besar sangat pun susah jugak. Ahh, aku keluar ikut pintu depan je laa.

"Hoi, kau nak ke mana tu? Aku tunggu kat sini sampai nak gastrik dah" terkejut sangat aku dengar dia sergah macam tu. Baik tak terjatuh semua makanan ni. Cepat-cepat aku melangkah nak hidang makanan depan dia.

"Sorry laa. Bukan aku sengaja lambat tapi aku tak tahu jalan. Berpusing-pusing aku cari taman kau ni haa" aku bagi alasan. Aku pun berhak nak bela diri. Tapi macam biasa laa si PBB ni. Buat pekak, selamba je baca suratkhabar. Macam aku takde. Dekat lima minit dia tak cakap apa-apa pun, aku paling badan nak ke dapur.

"Eh, kau nak pergi mana? Aku tak suruh kau ke mana-mana pun. Kan kau yang nak jaga aku sampai sihat kan? Duduk sini" sambil muncung dia mengarah ke kerusi kat sebelah dia. Cepat-cepat aku pilih kerusi bertentangan dengan dia.

Bila dia leka belek suratkhabar macam menteri nak tau hal ehwal semasa, darah aku dah naik sampai ke telinga. Dia ni nak makan ke tak? Kesian laa maklong buat kerja sesorang kat dapur tu.

"Hoi, kau ni nak makan sendiri ke, nak aku sumbatkan semua ni dalam mulut kau. Aku ni banyak kerja nak buat. Nak kena tolong maklong lagi. Bukan nak hadap muka kau 24jam. Cepat laa makan" bengang betul aku rasa masa tu. Boleh pulak dia buat muka tak bersalah depan aku.

"Selama ni ok je Mak Eton buat kerja sesorang. Dia tak komplen pun. Yang kau sibuk-sibuk ni apahal? Aku tak suruh kau suap aku dah cukup baik" baru laa dia pegang sudu dan garpu tapi tiba-tiba berkerut kening dia tengok pinggan. Apa lagi yang kurang ni?

"Woi, apa yang kau lukis ni? Kau perli aku ke hah?" cepat-cepat aku bangkit nak tengok apa yang dia kecoh sangat tu.

"Owh, yang tu. Bukan aku sengaja tapi masa aku picit botol sos tu, tiba-tiba je terbanyak pulak yang keluar. Bukan salah aku laa kan? Alaa, kau makan aje laa. Apa yang nak gaduh kan sangat" setakat gambar bibir terlebih tebal tu pun nak bising. Hahaha. Tapi kalau aku pun mungkin akan terasa kot. Ahh, anggap je tu bayaran kerana menyakitkan hati aku okey.

"Kau kata nak tolong Mak Eton tadi. Tolong apa?" menyibuk aje nak tau.

"Hmm, Datuk kata nak balik dinner kat rumah malam ni. Abang kau pun. Lagipun tu idea dia. Nak makan sebab aku ada kat sini" aku nampak terang lagi jelas betapa dia mencebik mulut bila dengar ayat aku tadi. Dah itu kenyataannya. Takkan aku nak bohong pulak. Suka hati kau laa nak percaya ke tak.

"Dah, tak selera aku nak makan lagi. Entah apa-apa yang kau masak. Bersihkan ni cepat" Darius capai suratkhabar terus masuk ke dalam. Elehhh, tak selera konon.
Licin aje pinggan tu! Apa yang sedap sangat entah sarapan macam tu. Sedap lagi nasi lemak, bihun goreng, apam pisang dengan cucur udang yang maklong buat tadi.

"Uci, maklong nak pergi pasar ni. Nak ikut tak?" terdengar suara maklong panggil aku. Baik aku ikut. Kalau tak entah apa lagi laa si PBB tu nak dera aku. Sambil sarung selipar, aku terdengar suara Datin Darina bertanya.

"Nak ke pasar ke kak? Jangan lupa barang-barang yang saya pesan tu ye? Pergi naik apa ni?" sekali imbas aku tengok mak datin tu dah cantik berhias. Mungkin nak keluar ke mana-mana.

"Err, kami naik teksi je datin" aku senyum je angguk bila mak datin pandang aku.

"Uci, Darius dah sarapan kan?" aku angguk kepala. Kan tadi aku yang bagi dia makan.

"Haa, kejap. Saya suruh dia hantarkan" huh, nak ke si Putera Bongkak tu hantar kami ni?

Tak sampai 10 mint aku nampak Darius keluar dari pintu depan menuju ke kereta warna silver. Dari riak muka dia, macam tak berapa senang je nak buat macam tu.

"Maklong, dia taknak hantar kita kot? Marah je muka dia. Uci takut laa" sempat aku berbisik kat telinga maklong perlahan.

"Alaa, Uci jangan takut. Maklong ada" terus maklong masuk ke tempat duduk belakang. Cepat-cepat aku ikut belakang maklong. Taknak kena tinggal kat rumah sesorang.
Bila aku dah selamat duduk kat sebelah maklong, tiba-tiba aku dengar suara budak eksen ni.

"Kau kata nak jaga aku sampai aku baik. Kalau nak jaga aku, kena duduk depan. Mak Eton kan sihat? Cepat dok depan!" walaupun perlahan je dia bercakap tapi tetap satu arahan untuk aku. Apa laa azab aku kenal dengan kau ni.

"Mak Eton, kita pergi tempat biasa boleh? Yus nak makan bihun sup ayam tu" haa??? Bukan tadi dia kata nak makan yang simple je ke? Ish, cakap tak serupa bikin langsung laa dia. Berkerut kening aku bila fikir pasal dia ni. Sakit kepala.

Dengan maklong, bukan main mengada-ngada lagi. Dengan mak dia sendiri macam kayu je. Keras, kaku!

Dalam masa 15 minit, dia berhentikan kereta kat tempat parking. Aku keluar kereta menunggu maklong. Bila aku tengok si PBB ni tak keluar, cepat-cepat aku ketuk tingkap kereta.

"Apasal kau tak ikut? Kang kau jugak yang nak makan. Lagipun banyak barang nak beli ni" takkan lembik sangat dia ni tak tahu nak tolong orang perempuan?

"Hoi, kau ingat aku ni driver kau ke nak suruh-suruh aku buat itu ini. Pergi laa cepat" terus dia tutup tingkap kereta. Eiii, geramnya aku! Cepat-cepat aku pusing pergi kat pintu dia. Terus aku bukak pintu tu dengan rasa marah.

"Hoi, kau ni lelaki ke apa haa? Aku cakap baik-baik sebab aku tengok tangan kaki kau tu ok je. Tak boleh ke kau tolong maklong aku tu angkat barang. Kau ni kan, betul-betul spoil brat tau tak!!!" sikit lagi aku boleh capai senada dengan Ziana Zain laa.

Terkejut agaknya dengar aku jerit macam tu kat tempat parking, dia keluar jugak. Puas hati aku. Jangan ingat kau anak majikan, boleh goyang kaki je ek. Orang lelaki Islam kena tau macam mana nak berbuat baik dengan orang sekeliling.

Lepas ni dia buat hal lagi, memang aku bagi makan dalam punya. Mesti selama ni mak datin tu layan je kerenah anak bongsu dia ni. Huh, mengada-ngada!