jom jadi kawan saya

Thursday 8 March 2012

MP-MRVC part 2

"Loy, u dengar tak apa yang I cakap ni?" aduhai, perempuan ni kalau dah datang angin dia, 1 cafe ni dia nak memekak laa. Tension aku!


"Iye Lola sayang. Telinga ni ada melekat lagi. Saya dengar awak" Eiii, ikutkan hati, nak je aku cekik-cekik perempuan ni.


"Ok, kalau macam tu Lola nak u datang esok jumpa famili I. Pakai sut ni tau. Mahal I tempah ni. Jangan nak malukan I depan famili I ok. Nanti dikatanya I takde taste. Ingat tu!" yang benarnya aku pun tak pasti kenapa laa aku boleh terkawan dengan minah vogue tak tentu pasal ni.


Tapi tak boleh nak kata apa laa. Dulu masa aku dah nak kena buang kolej, dia jugak yang tolong aku setelkan yuran, rumah, motor, makan minum semua. Kiranya dah terhutang budi tapi bila dah hari-hari hadap muka dia yang cute tu, rasa sayang pulak. Tu laa sebabnya kot kenapa aku boleh couple dengan dia. Dah laa tu, kerja pun kat cafe dia. Bongok laa kau Loy! Tapi aku sayang dia, walaupun makin menipis perasaan tu.


Malam perjumpaan keluarga Dato Hakimi. Dubdab..dubdab dalam dada ni. Kalah orang nak akad nikah dah. Bila keluar dari kereta Lola, hati kuat mengatakan yang aku akan disisihkan oleh keluarga terhormat ni dan itulah yang berlaku. Sesak tekak aku bila dapat soalan belajar kat mana, mana kenal Lola, kerja kat mana..aisehmen, dah macam CSI pulak. Nasib baik laa Lola yang jawab semua tu tapi..


"Papa tanya Azrul, bukan Lola. Macam mana nak jadi keluarga ni kalau tak tahu nak jawab apa yang orang soal?" strictnya Dato' ni..Keluar peluh jantan siot!
"Ala Pa, kitorang kawan je laa. Bukannya nak kahwin esok pun" Lola dah mula membentak. habis ketang kenting bunyi sudu garfu berlaga kat pinggan. Jangan terbang ayam tu sudah.


"Papa taknak bakal menantu Papa seorang yang lemah dan bergantung harap kepada orang perempuan. Dan Azrul, saya harap yang awak sudi cari pekerjaan lain jika ingin menikahi Lola. Jika tidak, lupakan Lola dan saya akan naikkan gaji awak di Lola Cafe, mengerti?" aku makan nasi ke pasir ni? tak boleh telan laa. Belum pernah maruah aku dihina sampai macam tu sekali. Lola dah berhenti menyuap. Dia pandang aku dengan tersenyum.


"Papa, kalau takde Loy kat cafe, sape pulak nak masak, siapkan semua tu. Lagipun kitorang dah plan nak buat macam-macam, kan Loy?" confident je Lola ni. Tak nampak ke bapak kau tengah berasap-asap kat hidung tu?
"Memang kamu dah plan macam-macam tapi modal semua duit kamu kan? Berapa syer Azrul dalam cafe tu, boleh Papa tau?" ni soalan menyengat minda ke hah? Aku tak tahu nak kata apa sebab sememangnya aku pekerja biasa cuma yang lebihnya, aku boyfriend Lola. Tu je.


"Macam ni laa. Kamu Azrul, fikirkan tawaran saya tadi. Jika kamu mahu bernikah dengan Lola, sila keluar daripada cafe tu dan cari tapak di tempat lain tetapi jika saya masih lihat kamu di Lola Cafe esok, itu bermakna kamu tak serius dengan anak saya dan saya akan bayar gaji kamu double. Titik" hukuman apakah ini? Hanya kerana aku tak berduit, kau buat aku macam ni. Ok, fine.


"Takpe laa Dato Hakimi. Saya faham maksud Dato'. Lola, mulai saat ni, saya resign" terus aku mintak diri tanpa menoleh ke arah Lola lagi. Memang pipit tak boleh terbang bersama enggang.


Mana nak cari kerja ni? Bosan pulak asik dok umah je. Dah dekat seminggu terperap. Bukan frust menonggeng tapi sakit hati je kat Dato berlagak tu. Ingat aku tak boleh cari kerja kat tempat lain ke? Ini Loy laa.
"Hello, asssalamualaikum. Kak Dira, Loy ni. Kak, nak mintak tolong sikit laa. Kalau ada keje kosong baker, bagitau k. Loy nak kerja. Bila-bila pun boleh. Kedai kecik pun takpe. Ok, thanks" kutekan punat merah di telefon. Harap-harap ada laa kerja yang sangkut.


Penat merayau-rayau cari kerja. Duit kat poket pun tinggal berapa ratus je lagi. Mana nak bayar sewa rumah, makan minum lagi. Baik laa sewa murah. Makan minum pun apa laa sangat kalau setakat sorang, togok air kosong pun hidup lagi. Bunyi lagu group Korea ni, buat aku terkejut je laa..si Lola punya kerja laa ni. Memang harus aku buang je lagu ni. Menyemak!


"Hello, assalamualaiakum" owh, Kak Dira rupanya.
"Hello, waalaikumsalam Loy. Sekarang Loy buat apa? Nak kerja tak? Macam ni, kawan akak ada nak pakai baker laa. Tapi kedai kecik laa. Baru bukak. Makcik ni garang sikit. Dia tak suka orang yang kerja main-main. Kalau boleh nak kerja lama. Gaji nanti korang bincang laa ek. Esok datang pagi-pagi. Dia bukak kedai pukul 8" lepas dapat alamat denagn contact person, baru laa lega hati ni. Ye laa, dekat sebulan tak kerja bai. Selamat tinggal Lola. Satu hari nanti, aku bayar laa balik semua duit kau kat aku tu.


Fullamak, awal laa pulak aku sampai sini. Kedai pun tak bukak lagi. Takpe laa. Tunggu je. Kejap lagi mesti ada orang yang datang bukak.
Hmm, dah dekat 2 jam aku tunggu ni. Takde pun makcik yang bukak kedai. Pekerja dia tu kot. Haa, manatau kot-kot makcik tokeh tu lalu pintu belakang ke kan? Baik aku pergi je tanya.

"Assalamualaikum. Saya nak jumpa dengan cik Audrey Syara. Ada appointment dengan dia" kenapa dia pandang aku atas bawah macam ni? Tak pernah tengok orang hensem ke? Tapi serius cun laa awek ni. Ada bakat nak kena tackle dengan aku ni. Belum kerja lagi dah nak jadi dajal.


"Waalaikumsalam. Saya Audrey. Ada apa saya boleh tolong ye sebab saya takde janji nak jumpa orang pagi ni. Orang tua ada laa." Aiseh, dah ada orang lain yang apply ke? Apa Kak Dira ni? nak tipu aku, agak-agak laa weh. Tak puas hati betul.


"Ha, semalam cousin saya call suruh jumpa cik. Kata dia cik nak pakai orang. Err, baker. Tu yang saya datang ni" taknak kalah aku punya ayat. Ye laa, aku perlukan sangat kerja ni tau tak. Lama pulak dia fikir. Penat aku baca entah apa-apa surah..sampaikan doa makan, doa masuk tandas pun aku baca gak. Agak-agak kalau aku fuh..fuh depan muka dia, dia amik aku tak? tak kot..kena lempang lagi ada laa..Agaknya..


"Ok, sape nama tadi?" Hah??? Itu bunga-bunga penerimaan aku kerja kat sini tu..walawehhh. Menjadi doa makan yang aku baca tu. Hahaha..keyakinan tu yang penting!
Syabas inspektor sahab..


Bila aku nak salam dia, jual mahal pulak. Hmm, aku nak gitau terima kasih aje laa. Bukannya teringin sangat nak pegang tangan awak tu. Takpe, janji dapat kerja. Lepas tunjukkan skill depan bos baru ni, nampak macam dia suka je. Tapi tak banyak laa pilihan kek kat kedai ni. 

Karang kalau sempat, leh buat pavlova. Lola suka sangat kek ni. 
Hadoiii, Lola lagi! Dush..dush..aku ketuk kepala aku sendiri. Lupakan je laa perempuan materialistik tu. Banyak lagi perempuan kat dunia ni. Tinggal pilih aje. 

Yang kat depan tu pun cun apa. Nama tak boleh blah. Audrey Syara. Tapi kena laa dengan orangnya. Beauty with brain. Kawan baik Kak Dira rasanya. Kemain kamceng lagi. Haa, kan bagus macam tu. Fokus benda lain. Lola tu, tolak tepi..Tak pun, buang jauh-jauh. Syohh..syohh!


Hmm, barang semua ada, mari buat pavlova. Aik, Kak Dira pun ada. Dalam keluarga, siapa yang tak tahu dia ni hantu kek. Bila tunjuk kak cik Audrey, dia suruh Kak Dira pulak yang rasa. Emm, memang lulus laa test tu kan kalau Kak Dira yang jadi jurinya tapi bila cik Audrey pulak yang rasa, aku lak risau. Takut di reject. Tapi bila dia dah senyum tu, haaa..Confident dia suruh aku buat esok ni. Hehehe. Boleh tak saya nak mintak naik gaji boss ku yang cantik? Apa laa kau Loy. Baru keje sehari dah berangan nak naik gaji. Dalam hati ni dah kembang kuncup dah. Yesss, cik Audrey suka! Dia pulak buat muka macam boleh baca je apa dalam kepala aku ni..Lantak laa.


First day kerja, tak boleh nak expect apa sangat. Penat dowh seharian berdiri. Banyak jugak tempahan kedai dia tu. Nak compare dengan Lola Cafe rileks sikit sebab just masak apa yang diorder pelanggan aje. Buat kek ada laa dalam 4,5 biji sehari.


Perangai diorang pun beza giler laa..Si Lola ni kejap-kejap nak memekik kat dapur. Salah sikit, menjerit. Kena komplen sikit, pecahkan pinggan. Dah macam Hell Kitchen pulak aku rasa. 
Tak sama langsung dengan cik Audrey tu. Comel, cun, budi bahasa. Kiranya pakej lengkap laa nak jadi bini aku. Aik, terbabas sudah berangan pasal bos sendiri. Hahaha. Tapi tak salah kan berangan just satu je, dia tua 3 tahun daripada aku. Alaa, Nabi Muhammad SAW pun beza jauh apa dengan Khadijah. 


Malam tu aku lelap dengan perasaan yang lega. Lega sebab dah dapat kerja. Lega dapat bos yang sedap mata memandang. Lega sebab aku dah boleh lupakan Lola.

2 comments:

  1. Oyi.. lepas ni hantar Loy tu kak rumah akak ye.. tingin gak nak rasa pavlova dia tu.. tak leh blah tul si Loy tu, baru sehari keje dah feeling2 kat bos ye..hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo Loy tu nak, pasti ku antarkan..bkn syok kat bos laa kak..tp nak alihkn fokus drp si Lola ngokngek tu..Oyi xlayan sume tu..hati kental punya brand..
      =D

      Delete