jom jadi kawan saya

Saturday 10 March 2012

MP-MRVC part 3

Pagi tu macam biasa, aku dah tercongok depan kedai awal-awal lagi. Lepas 15 minit tunggu, baru laa cik boss aku a.k.a Cik Oyi datang. senyum je memanjang. Suka arr. Kan ke senyum tu sedekah. Lagi banyak kita sedekah, lagi murah rezeki kita. Dan yang pasti, muka dia yang sweet tu boleh membuatkan aku lupa kat Lola.


"Kenapa awak pandang saya macam tu? Dah kemas apa yang patut tu nanti jangan lupa breakfast ok. Kalau pengsan karang, saya jugak yang susah" senyum tak hilang lagi dari bibir dia yang dah memang pink walaupun takde lipstik bertepek. Aku angguk aje. Take care betul dia kat aku ek.


"Azrul, nanti tambahkan 5pieces Pavlova awak tu. Sebiji buat untuk slice ok. Puding roti round buat 5pieces jugak, pastu buat 20 biji untuk single dish. Terima kasih ye" lepas dia cakap macam tu, dia letakkan sandwich ayam depan aku dengan secawan Nescafe. Punya laa semerbak. Tak sempat nak cakap terima kasih, dia dah hilang.


"Loy, nanti tolong Kak Rani dengan Maya hantar tray-tray roti dengan donat ni kat depan ye. Halim masuk lambat hari ni. Kamu sorang je laki. Nanti akak senang, akak tolong kamu pulak, boleh?" tanya Kak Rani. Boleh aje. Setakat angkat dulang yang xberapa nak berat tu, anytime.


Semalam tak sempat pulak nak beramah mesra dengan staf lain. Setakat sengih-sengih pastu angkat muka aje. Pagi ni baru diorang ada nak tegur aku. Malu arr tu tengok muka aku yang hensem ni. Kenapa laa aku ni macho sangat?! takde mana machonya kalau kerja pun belakang tabir. Lain laa kalau aku ni model ke, angkasawan ke..Baru laa orang pandang..
Alah, janji aku ikhlas kerja sudaa. Yang penting sekali nak tunjuk kat famili Lola tu yang aku boleh gak cari makan walaupun tak kerja dengan dia lagi. Chaiyok!


"Apa yang awak dok chaiyok-chaiyok tu Azrul? Dah siap belum apa yang saya pesan? Jangan lambat-lambat sebab saya dah iklankan online pasal pavlova dengan puding roti tu. The orders are keep coming" adusss, dia nampak pulak!


Dekat 4 jam berdiri takde rehat, aku plan nak keluar kejap. Kat sini pun dah takde apa yang nak buat. Aku pun pergi laa kat depan. Saja je nak perhati. Lawa jugak deco kedai ni. ala-ala vintage gitu. Kiranya macam kedai kopi high class laa. Cool!


Tiba-tiba ada sorang perempuan masuk. Dia tawaf kedai macam nak beli emas laa. Last-last aku pergi kat dia.
"Lama cari barang. Nak beli apa?" muka dia still blur tak tau nak pilih kek apa agaknya.
"Saya nak surprisekan tunang saya tapi tak tau nak bagi apa. Laipun semua kek kat sini dia dah rasa dan saya pun tak tau kek apa yang dia betul-betul suka" siap pulak buat muka confuse tu. Meh sini, biar abang yang cadangkan.


"Apa kata adik cuba kek ni. Baru je kitorang buat. Pavlova. Manis sikit tapi bila makan sekali dengan buah tu dah takde laa manis sangat. Just nice. Sama laa macam orang bercinta kan? Semuanya manis aje tapi bila ada gaduh-gaduh, jeles, rindu baru laa hubungan tu rasa best. Itu kenyataan tau" Wah, boleh jadi salesman terbaik aku bulan ini laa.


"Ooo, really? Abang ni kerja sini ke? Mana tau semua ni?" Kenapa dia tanya macam tu? Aku takde rupa kerja sini ke? Kan aku pakai uniform ni.


"Ha ah, abang kerja sini. Nanti kalau sedap, datang laa lagi. Boleh cuba kek yang lain pulak." Pandai-pandai je aku promote. Harus mintak komisen nih.


"Abang hensem punya pasal, mesti datang sini selalu. Buat laa cupcake pulak bang. Hmm, saya paling suka Red Velvet Cake. Sebijik pun saya boleh habiskan sorang tau" Hmm, tinggi saham aku ni rupanya. Aku sengih je bila dia cakap nak order Pavlova 2 biji lepas rasa yang slice punya. 

"Ok Abang Loy. Nanti Nina datang nak rasa cc pulak boleh?" aku angguk aje padahal aku tak tau pun bila nak terjadinya cupcake tu.

"Amboi, lawan tokeh nampak! Dapat tackle awek tadi tu?" Hmm, macam lama je Cik Oyi perhatikan aku. Dia marah ke ha? Aku bukan apa. Nak tolong dia naikkan sales aje. Takkan salah kot.


"takde laa cik Audrey.." pantas dia geleng kepala potong cakap aku.
"Address me Oyi. Saya tak marah laa. Saya suka. Atleast kita tau apa yang pelanggan nak. Terima kasih Azrul" lembutnya suara dia. Kalau laa Lola perangai macam ni, confirm aku tak tinggalkan dia walau bapak dia tak berkenan kat aku sekalipun.
"kalau cik Oyi tak bagi saya panggil nama betul, sila panggil saya Loy, boleh?" dia senyum lagi. Boleh kena panah petir aku kalau pandang muka dia ni lama-lama.


"Saya masuk dalam dulu laa. Kek semua dah setel. Nak tolong Kak Rani dengan Maya kejap." sopannya aku mintak diri. Kalau mak aku nampak ni, mesti malam ni jugak dia suruh aku nikah dengan cik Oyi. 

Cover sikit feeling kau tu Loy. Ada jugak yang nak kena buang kerja ni sebab syok kat boss sendiri.

"Aku bukan syok kat dia laa. Aku just minat sifat dia yang lemah-lembut tu. Mana ada lebih." kata Loy 'baik'. 
"Alaa, memula minat perangai dia, lama-lama nanti minat orang dia pulak. Hehehe" melampau betul Loy 'jahat' ni.


Dah. Kerja..kerja!







1 comment:

  1. Hmmm... sudah terasa nak tersangkut je.. hmmm.. kat pavlova la plak.. order 10..hehe

    ReplyDelete