jom jadi kawan saya

Tuesday 13 March 2012

MP-MRVC part 4

Dah 2 minggu kerja, aku rasa ok jugak budak Loy tu..Kan sedap nama Azrul? Loy pulak peginya. Kesian tengok dia. Macam ada problem tapi bukan aku suka nak amik tau hal orang. Asalkan kerja jalan, itupun dah cukup. Aku pun perasan gak, sejak dia rajin menolong kat depan tu, makin ramai pulak budak-budak pakai uniform sekolah datang lepak kat sini. Dah tu, pandai pulak demand cupcake. Macam-macam hal.


"Halim, Loy tak datang lagi ke hari ni? Dah dekat pukul 10 ni" puas aku cari dia kat depan, dapur, stor tapi tak nampak pun kelibat dia. Baru kerja dah pandai nak ponteng?


"Bukan dia lambat tapi minggu ni kan dia kerja shift petang. Masuk pukul 1 Cik Oyi. Takkan rindu kot?" si Halim ni tersengih, dah kalah kerang pulak. Takkan laa aku nak ada skandal dengan staf sendiri. Pulak tu, dia dah baya adik pada aku. Geleng kepala aku tersenyum.


"Takkan laa saya tak ambik berat pada staf saya kan? Kalau dia shift petang bagus laa. Ada jugak orang yang boleh tolong saya tutup kedai karang. Bukan apa, mana tau kot-kot dia sakit ke, eksiden ke masa on the way. Hal macam tu kita tak jangka kan?" aku serik sebenarnya. Tiba-tiba teringat kat arwah Abang Amin.


"Mana Abang Amin ni Shima. Dah lambat laa. Nanti kang, tak pasal-pasal kena potong gaji" aku merungut-rungut sebab van kilang tak sampai-sampai sedangkan jam dah pukul 7.15 pagi. Patutnya 6.30 kitorang dah kena punch card. Ni mesti lorat nak tunggu Kak Milah laa tu. Tak boleh ke makeup ala kadar aje? bukan kerja ofis nak melawa lebih-lebih.

 Last-last kitorang pergi kerja tumpang lori sayur si Sahrul. Habis berbau baju aku. Hangin kejap. Lepas dapat PCB yang nak kena solder, tiba-tiba datang pengurus department aku, encik Manap bawak berita yang aku sendiri tak sangka. Van yang Abang Amin bawak kemalangan. Ada 3,4 orang lagi dalam van tu. Salah sorangnya Kak Milah. Abang Amin meninggal kat tempat kejadian. Penumpang yang lain terselamat tapi menginap jugak laa kat ICU seminggu.


Sedihnya tak terkata. Nak-nak pulak bila kenangkan isteri dia tengah mengandung 3 bulan. Anak-anak lain ada lagi yang bersekolah. Bila pergi majlis tahlil arwah, rasa lemah lutut tengok isteri arwah terjelepuk sambil peluk anak-anak. Dia pulak selama berkahwin tak kerja. hrapkan arwah semata.

 Arwah memang baik. Baik sangat. Allah aje laa yang dapat membalas jasa dia hantar dan ambik kami sepanjang 8 bulan aku kerja kat kilang tu. Rasa hiba bila dengar dengar anak dia yang umur 5 tahun tanya ibu dia, "bila ayah nak bangun? Lama sangat tidur kan tak baik?Bangun laa ayah. Adik lapar sangat ni" ada kawan-kawan yang dah menangis teresak-esak dengar anak kecil yang tak tahu apa-apa cakap macam tu. Ya Allah, Kau jauhkanlah ank-anak ini daripada sebarang malapetaka.


Dua minggu lepas tu, aku pun berhenti dan start bisnes kek kat rumah. Kumpul modal bagai nak gila sampai laa dapat kedai ni. Bila dah ada staf, terus teringat kes arwah Abang Amin. Itu yang tak buang masa, memang aku belikan insurans untuk semua staf aku. In case terjadi apa-apa yang kita tak sangka. Sebab tu aku tak suka kalau datang kerja setakat sebulan dua aje dah blah. Rugi tau sape yang tak kerja dengan aku ni.


"Assalamualaikum Cik Oyi. Jauh menung. Ingat kat saya ke?" Eh, bukan dia masuk pukul 1 ke hari ni. Baru pukul 11.30. Nak bodek laa tu.


"Waalaikumsalam. Bukan awak masuk petang ke? Awal sampai? Takde mana nya saya nak ingat kat awak tu. Saya kat dapur ni nak gantikan awak sebab ada order urgent. Pukul 5 kang dia nak amik. Saya ingatkn awak nak masuk petang. Takut tak sempat. Tu yang saya buat dulu. Tinggal nak kena deco je." itu laa yang aku plan tadi.


"Takpe laa cik Oyi, biar saya sudahkan. Sebab ni laa saya datang awal sikit. Saya dah nampak kertas order tu semalam" sambil hulurkan tangan nak ambik beg paip berisi cream cheese.

 "Takpe laa. Awak pegi makan dulu, saya nak siapkan RVC ni lagi 10 biji. Hmm, ada lagi pavlova nak amik esok ye. Wah, laku laa pavlova awak. Nasib baik saya bayar gaji bulan. Kalau bayar komisen, dah bankrap saya ni" sempat lagi nak melawak dengan dia. Aku dah terbau aroma Nesafe yang selalu dia minum tu.


"Alaa, bukan dapat Porche sebijik pun kalau gaji saya base on commission kan? Saya ikhlas nak naikkan sales kedai ni. Kita kena cepat buat cupcakes tu sebab budak-budak yang selalu lepak sini dah macam baby mintak gula-gula je. Pening saya nak layan" betul jugak tu. Target market kat sini bukan orang bekerja aje. Yang tak bekerja lagi ramai memenuhkan kedai.


"Okey, siapkan ni dulu. nanti lepas Asar kita bincang lagi. Thanks Loy" ujarku sambil tangan semakin laju menyapu topping atas kek. 
"No problem boss" Aku lihat dia berlalu dengan wajah suram. Aku salah cakap ke? Entah laa. Kalau macam ni berterusan, harus aku tanya apa masalah mamat ni. 


Bukan aku ni penyibuk tapi aku taknak kerja dia kat sini terjejas. Kalau dia luahkan apa problem dia, atleast rasa lega kan..Dan aku hanya mampu tersenyum.


Kalau laa si Lola tau aku kerja kat kedai kecik macam ni. Tak boleh buang ingatan pasal hal malam tadi. Boleh dia tunggu aku depan rumah semata-mata nak tau aku kerja kat mana. Aparaa..

"Lama U hilang? Dah ada makwe lain laa tu. Habis, I ni U nak letak mana?" alih-alih kena sergah. Baik aku tak bukak Silat gayung aku yang dah berkarat ni. Kalau kena tadi, aku jamin masuk hospital punya. Sape suruh dok dalam gelap tu?


"Ish, U ni. bagi laa salam ke, hape ke. I ingat jin ke setan tadi" marah betul aku tau. Baik laa perempuan. Mau je aku luku kepala dia ni arr.
"I tak kira. Esok U kena jugak datang masak kat cafe. U tau tak sayang, dah 6 orang chef I amik tapi semua tak sama dengan U. Berapa salary U nak, I bagi" macam hapa je nak rasuah aku macam tu. Boleh tak kalau aku mintak cafe tu bagi kat aku?! Huh...


"Takpe laa Lola. Saya dah kerja. Memang gaji tak besar tapi kat sana takde sapa nak kutuk saya. Saya pun tak kena marah macam budak kecik. Awak cari laa orang lain. Lagi elok cari orang yang Dato' Hakimi berkenan." terus aku masuk rumah. Tak pedulikan Lola yang terpekik terlolong macam orang sasau kat luar tu. 

Tapi aku risau. Risau sebab tau perangai dia. Mesti dia tengah plan something. Hopefully bukan terhadap Baker Boutique dan terutamanya Cik Oyi. Penat aku fikir pasal dia ni. alih-alih je aku sedar dah pukul 9.45pagi. Terlepas subuh aku. Adusss!


Kesian kat Cik Oyi punya pasal, aku gagahkan jugak datang pagi-pagi padahal shift aku petang karang. 


"Nak ngorat boss laa tu" 'Loy jahat' ni kan, aku sepak karang baru tau!
"Eh, bagus apa. Menolong orang ni banyak pahalanya. Rajin tolong orang, nanti orang lain akan rajin tolong kita" betul cakap 'Loy baik' ni. Cepatlah sampai kedai. Tak sabar nak tengok muka cun cik Oyi tu..Opss, silap. Tak sabar nak tolong cik Oyi tu. Hehehe..

1 comment:

  1. hehehe...Loy 'jahat' ni pandai betul masuk jarum...heheheeh...xkan risau kt boss smpi gitu skali..ni mesti dah feeling kt cik oyie ni...kan Loy 'jahat' kan? :)

    ReplyDelete