jom jadi kawan saya

Saturday 2 June 2012

SDG Part 12

"Dik, bawak datang lagi satu ok. Sambal lebih sikit" Hmm, mesti dia tau aku pun nak tu.. Eleh! Dalam hati dah berbunga-bunga dapat makan nasi lemak ayam tercinta..Wowieee..

"Banyaknya kau makan. Boleh habis ke ni?" Ayat nak kecek sikit tak boleh blah.

"Ye laa, perut aku kan perut plastik. Kau jugak yang cakap tadi" Selamba je dia makan? Dia tak ingat kat aku ke?

Hwuaaaaa...Dah laa tak ingat kat aku, kunyah nasi dengan sepenuh perasaan pulak tu. Benci! Aku dah tayang muka strawberi busuk depan dia.

"Weh, nah laa. Mesti laa aku order untuk kau. Kalau kau taknak sekalipun, aku paksa jugak kau makan. Lepas ni, 2 minggu kau tak makan dengan aku. Kebulur pulak kau karang tak makan lama-lama kan" sambil dia tolak pinggan nasi lemak depan aku.

Dalam hati ada rasa nak merajuk dah ni.

"Kau merajuk, satgi aku perabihkan semua tu" sambil tunjuk nasi dengan air aku sekali. Mana boleh!!!

"Ye la..ye la.. aku makan!" dalam hati ni kalau laa dia boleh nampak, ada bunga api colourful tau. Kalah sambutan Hari Kemerdekaan. Hehe..

"Aku betul-betul mintak maaf ni. Lepas ni kau jangan marah aku lagi ok. Aku tak kisah laa kau nak masak terlebih garam ke, gula ke. Nanti aku print laa label besar-besar buh kat bekas gula garam kat rumah kita nanti. Takde laa kau salah ambik balang kan?" Muka innocent giler laa weh.

"Kau ni kan, confident aje nak kat aku kan? Manatau kot-kot orang tua kau dah ada calon. Lagipun kakak aku tak kata pun suka kat kau. Aku pun tak tau lagi nak kahwin dengan kau ke tak. So, aku taknak harapkan apa-apa dan kau pun, tolong jangan buat ayat bajet cun kau tu lagi. Boleh?" Aku nampak muka dia rileks aje. 

"Takpe, aku faham. Selama aku takde ni, kau pikir laa baik-baik pasal kita. Aku harap boleh dapat jawapan yang positif daripada engkau bila aku balik nanti" sekurang-kurangnya aku tau dia tak kecik hati.

"InsyaAllah. Aku doakan kau yang terbaik, Hmm, camni.. kalau kau dapat peserta terbaik, aku kahwin dengan kau. Amacam?" aku taknak laa serabut-serabut fikir benda serius ni. Buat aku rasa tua je. Saat untuk buat lawak. Rasa-rasa dia amik port tak offer aku tu?

"Kau yang cakap macam tu ok. Bukan aku. Malam karang aku nak suruh mak aku siapkn barang-barang nak gi meminang kau laa cukup bulan, boleh?" Tetiba je ceria kau ye Iskandar Shafie.

Nasib baik laa kau dah belanja aku nasi lemak favourite. Kalau tak, memang aku seligi kepala dia ni.

Aku tersenyum tengok kereta dia berlalu pergi. Kita tengok dapat ke tak kau jadi peserta terbaik a.k.a calon suami aku okeh. Tak sabarnya aku nak tunggu lagi dua minggu tu...Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan hamba-hambaMu ini. Amin.


Dah dua hari aku tak dengar khabar dua IS. Iskandar Shafie dan Isfahan. Aman damai je rasanya. Petang karang nak kena hantar hamper kat rumah Dato' Joned. Birthday party cucu dia.

Aku dulu masa kecik-kecik pun takdenya nak sambut macam ni. Dengan doorgiftnya, hamper kecik-keciknya, lollichoc nya. Meriah woi!Ada duit, semua jadi. Lagipun, bagus apa lambakkan duit kat keluarga sendiri.

Aku bersyukur sebab ada jugak orang Melayu yang nak tolong bangsa sendiri. Kebanyakan pelanggan aku, kalau dah demand macam-macam tu mesti nak diskaun.

Asyik-asyik tanya, "takde diskaun ke? banyak saya tempah ni" agak-agak kalau aku jawab, "nanti saya diskaun doorgift akak tu ye" boleh tak? Hmm.

Bunyi mesej yang masuk kat nombor bisnes buat aku terhenti sekejap.

(Saya nak tempah cupcake coklat 100pcs, blueberry cheesetart 50pcs, coklat cheesetart 50pcs & mini hamper utk birthday party anak 3y.o 50pcs. Check emel. Saya dh bank-in $ kat acc awak. Tq.)

Hmm, ni laa yang senang kalau bisnes online. Orang yang tak banyak ragam, senang laa nak layan. Dia bukak blog, pilih mana yang berkenan, transfer duit, cukup masa dapat barang. Senang hati weh dapat customer camni.

Cepat-cepat bukak emel tengok semua details dah ada. Lagi dua minggu parti tu. Dah boleh start cari barang. Kalau kes macam ni, memang aku selalu bagi free je banner untuk majlis tu nanti. Nampak berbaloi sikit diorang order dengan aku kan? Strategi..Strategi..

Oleh kerana Is kuasa dua tu takde nak ajak aku makan, jawabnya makan megi je laa kat rumah hari ni. Malas pulak nak keluar. Aku memang tak kuasa nak masak-masak ni.
Hidup sensorang, rugi pulak masak bukan main renyah tapi makan takde sape pulak nak teman. Apa aku melalut ni, makan aje laa megi tu. Dah nak kembang dah.

Kenapa aku rasa semacam je sekarang ni? Pelik sebab dah tak berapa nak fikirkan pasal Isketambola tu lagi. Asyik ingat kat Iskandar je. Kau dah guna-gunakan aku ke Iskandar oii?

Hish, astaghfirullahalazim! Bawak-bawak mengucap Deng. Kau tu je tak kuat iman. Pandai je nak salahkan orang. Dah, pergi hantar cepat barang customer tu. Berangan je kau ni!

Pelawaan tuan rumah untuk aku join sekali majlis ulang tahun adik Najwa aku tolak dengan baik. Lagipun aku dah janji dengan Kak Arah nak makan kat rumah dia malam ni. Makan free lagi. Bestnya! Panjang sengih aku mengenangkan udang masak lemak tempoyak Kak Arah.

Tiba-tiba aku terfikir, kalau aku dah kahwin nanti mesti kena layan makan minum, kain baju laki aku..Erk, macam tak sanggup je. Tapi aku tengok Kak Arah steady pulak.Doa-doa biar aku dapat laki yang tak banyak songeh.

Siapa ek yang cool macam tu? Isfahan vs Iskandar? Best man win!

Sedar tak sedar, aku dah sampai depan rumah Kak Arah. Macam ada tetamu lain je. Alaa, tak boleh laa aku nak ratah udang-udang tu. Siapa laa kawan Abang Aziz kali ni?

"Assalamualaikum..saya datang nak jual karpet. Adik manis mau beli?" Bukan main gelak lagi kakak aku yang sorang ni dengar aku cakap macam tu. Sambil aku hulurkan plastik berisi tin koktel buah yang dia pesan tadi.

"Sape yang datang kak? Tak kenal pun kereta kat luar tu" Aku ikut je Kak Arah menuju ke dapur lalu laman tepi rumah menuju ke bahagian dapur di belakang.

"Alah, kawan kamu yang hari tu datang masa kenduri tu. Isfahan ke nama dia" tiba-tiba aku rasa macam nak tercekik dengar nama dia. Kenapa laa bila aku baru nak mula aman, ada je manusia yang buat aku rasa dunia ni berpusing. Agaknya memang diorang dengki kat aku kot. 

"Dia nak apa kat sini?" mula laa aku nak jadi kak nam ni.

"Entah, katanya nak jumpa Abang Aziz. Pasal projek tanam bunga untuk buat pati perfume" Pheww! Lega kejap. Ingatkan nak tanya pasal aku. Ish, perasan bagus je!

"Tapi tadi akak ada dengar dia sebut nama Deng. Pasal apa, tak tau laa pulak. Dia nak pinang kot" tu namanya ayat mintak dicubit. Tak tunggu lagi aku cari babat dia kat pinggang. Sedap sikit nak digetu kuat-kuat.

Bukan main pantas Kak Arah elak. Berani dia takut! Tengah asyik nak mencubit, tak perasan rupanya ada mata yang tengah perhatikan kitorang.

"Ehemmm!!" Ooo oww..jelingan maut Abang Aziz membuatkan cepat-cepat kitorang siapkan meja makan. Letak nasi, lauk, pinggan dan segala kelengkapan.

Sempat aku bisik kat Kak Arah jangan keluarkan puding jagung. Itu puding Deng yang punya. Hwuahahaha! Ada gaya jin dalam cerita Ahmad Albab tu tak?! Kak Arah angguk.

Cis kakak aku ni.Lepas selesai acara mengenyangkan perut, aku ingatkan si Isfahan ni terus balik, rupanya dia dah tau sikit pasal bisnes aku. Bagus laa. Dia pun ramai contact.

"Nanti boleh laa kau setkan birthday party kat rumah aku ok. Bulan April. Nanti aku bagitau apa yang aku nak" Aik, birthday dia bulan Ogos. Hmm, ingat lagi tau harijadi dia. Siapa punya harijadi pulak bulan empat ni?

Baru berkira-kira nak tanya, berbunyi pulak encik Samad iaitu telefon peribadi aku. Sambil menunjukkan tanda sekejap kat Isfahan, aku berpaling nak jawab panggilan tu.

Ya Allah, Iskandar! Dia ni ada sensor ke apa. Tau aje aku tengah jumpa siapa sekarang. Tak kasi can.

"Kau rindu aku tak?" itu soalan pertama dia lepas bagi salam. Ada ke patut? Aku resah sekejap. Tak terkata sebenarnya.

"Aku tak boleh lama ni. Inipun pinjam telefon kawan. aku punya charger rosak. Tu yang tak boleh call kau. Sorry k. Balik nanti aku nak jawapan. Ok, Bye" Klik. Tak sempat aku nak cakap apa-apa langsung.

Bila aku pusing balik, aku nampak kelibat Isfahan berlalu. Takkan aku nak kejar pulak. Biarlah.

Seminggu kemudian, Isfahan jemput aku, Kak Arah dan Abang Aziz ke rumahnya. Ada makan-makan sikit katanya. Mengenangkan dia kawan sekelas dulu, aku pergi jugak.

Sampai je kat depan rumah, aku nampak ada seorang budak kecil dalam lingkungan 5 tahun bermain basikal. Keseorangan. Siapa budak tu? Budak perempuan tu pandang aku semacam.

"Papa, mama dah datang!" terus aje dia berlari ke dalam.

"Haa, tetamu dah sampai. Masuk..masuk" ramah je dia. Berkerut dahi aku bila dengar budak tadi tu panggil dia 'papa'. Papa tu bukan maksudnya ayah ke? Isfahan dah ada anak? Habis tu, janji apa lagi yang nak dituntutnya?

(Mama dah datang?!!) serius aku tengah blur.

Pening kepala aku dan aku mula rasa yang kedatangan aku ke rumah ni macam ada yang tak kena. Kalau betul laa Isfahan dah beristeri, aku tumpang bahagia. Dan aku pun tak pening nak buat keputusan. Tapi..tapi..Arghhhhhh! Ya Allah, kuatkanlah hatiku.

Perlahan jejak kaki macam tak terasa. Nice deco! Ye laa, orang dah ada yang menjaga. Mesti laa cantik kan? Dah macam hotel 5 bintang lak aku rasa masuk dalam rumah dia ni. Lawa laa. Mesti isteri Isfahan ni high taste agaknya. Mandai-mandai je aku.

“Jemput laa duduk semua. Ni beli kat kedai depan tu tadi” ujar Isfahan sambil tunjukkan hidang air dengan sepiring donat. Yang aku ni dok melilau je mata dari tadi nak cari mana laa bini dia ni. Tak keluar-keluar pun. Yang anak dia tu pulak asyik nak berkepit je dengan dia. Dah laa tu, mata tak lepas-lepas pandang aku. Cute! Jangan risau, untie tak ambil papa kamu. Hehehe.

“Ni laa Yaya. Sayang, salam semua orang. Pergilah. Anak papa pandai kan?” Ok, sumpah aku pelik giler. Bila budak tu nak salam aku, mata dia terbelik-belik macam aku tak pakai baju okeh. Aku pulak yang seriau bila tiba-tiba dia peluk aku macam taknak lepas.

“Mama pergi mana? Lepas ni jangan tinggalkan Yaya lagi ye. Yaya sayang mama” serius aku takut. Aku pandang Isfahan yang dah mula raup muka. Nasiblah aku ni penyayang kat budak-budak. Erk, penyayang ke? Boleh laa.

“Dah Yaya. Meh kat papa. Untie tu nak minum. Kita jangan kacau ok. Yaya pergi main kat luar” pandai dia pujuk budak tu. Suka aku tengok. Tapi dia laki orang laa. Bongok..bongok..Aku marah diri sendiri berulang kali.

Tapi, sekurang-kurangnya aku dah tau jawapan apa yang nak bagitau kat Iskandar kan? Hehehe. Tiba-tiba tak sabar pulak nak jumpa dia hujung minggu ni.

Aku perasan yang Isfahan macam ada something nak cakap tapi dia just pandang aku dengan kata yang tak terucap. Ahh, biarlah. Apa yang Abang Aziz dengan Kak Arah cerita pun aku dah tak dengar lagi. Yang penting mahu tunggu Iskandar balik. Yeehaa!!!



Rupanya projek pati perfume tu projek JV Isfahan dengan Abang Aziz. Patut laa kerap sangat diorang jumpa. Haa, ada can laa aku nak kumpul minyak wangi free lepas ni. Hehehe.

Tapi sejak kunjungan kitorang ke rumah Isfahan hari tu, belum sempat lagi nak borak panjang dengan dia. Banyak benda tau nak tanya. Bila dia kahwin? Mana bini dia sebab dari mula sampai sampai laa balik, tak nampak pun batang hidung orang rumah dia tu. Anak dia pun kejap-kejap datang kat riba aku panggil ‘mama’..’mama’.. Ish!

Bunyi telefon yang aku dah tukar lagu tu, dengar macam best je. Dah berapa kali kena marah dengan Kak Arah sebab lambat angkat. Lagu best tu. Aku nak laa dengar kejap. Takkan tak boleh kot? Telefon aku kan..

“Assalamualaikum. Mesti kau tengah senyum je kan aku call ni? Aku dah boleh nampak tau” Iskandar ni, macam tau-tau je aku tengah tunggu dia. Baik aku check kat luar. Bukan boleh percaya dia ni.

“Haaa, mesti kau nak selak langsir tu kan? Nak tengok aku ada kat luar ke tak. Hahahaha” apa laa dia ni. Panas je pipi aku rasa. Ecehhh..

“Weh, kau ni nujum pak belalang ke hape haa? Takde nya aku nak tunggu kau..Nak tengok-tengok kau kat luar tu. Kau ingat aku takde keje lain ke. Asyik nak ingat kat kau aje” alah, kat mulut je. Dalam hati Allah aje yang tahu.

“Esok kita keluar jom. Aku ambik kau pukul 2.30. Set eh” sekarang ni bab nak menolak aku memang tak pandai. Tapi esok aku ada banyak kerja laa. Macam mana ek? Jumpa kejap jadilah.

“Ok tapi kejap je tau. Aku banyak benda nak kena buat esok. Kena balik sebelum pukul 5, boleh?” kalau kau taknak, jangan jumpa aku. Senang je kan.

“Boleh aje. Nanti sok dah jadi bini aku, aku nak penuhkan gambar kau kat dinding keliling rumah senang aku tengok muka kau je. Nanti kau pun tak jeles kat aku sebab mana ada aku tengok muka orang lain. Muka kau aje” Haih, lawak antarabangsa yang dah sampai tahap obses laa dia ni.

“Dah, jangan nak merepek lagi. Esok ambik aku” talian diputuskan.

Petang tu, kitorang lepak kat kedai air buah lagi. Macam laa takde tempat lain kan? Dah situ je yang paling best aku rasa. Rugi laa krew Jalan-Jalan Cari Makan tak datang situ buat cover. Aik, apa kena mengena JJCM dalam ini gambar? Saja nak meredakan hati aku yang dupdap..dupdap tak tentu arah ni tau tak.

“Hmm, kau ok tak masa aku takde dua minggu ni?” wah, gentleman kan dia tanya. Dia tau aku cuak kot…

“Alhamdulillah. Biasa je. Just lagi aman laa kalau nak bandingkan time kau ada. Asyik nak call aku je..selang 2 jam. Kalah P.A aku masa kerja dulu. Hoh” Siap buat-buat lap peluh kat dahi tu. Iskandar dah buat muka tak puas hati dia.

“Eleh, macam laa aku tak tau yang kau tu tido malam pun mimpi kat aku kan? Aku dah sekodeng laa” dia ni kekadang pandai jugak nak menyakitkan hati aku. Ikut hati, nak je aku cubit dia tapi takpe. Control ayu gitu.

“Hoi, kau ni kalau tak menyakat aku satu hari tak boleh ke haa? Cancel nak jadikan laki kalau macam ni punya pe’el” best betul dapat main ugut-ugut ni. Kelam kabut dia dia minta maaf. Tau takut!

“Alaaa, gurau manja-manja pun tak boleh. Perangai kau ni memang tak berubah kan? Dulu, kedekut pen dengan aku. Ni tak boleh bawak bergurau pulak. Hai, esok kalau aku kawen dengan kau mesti rumah kita macam standard library kan? Senyap giler. Lepas tu ada signboard suruh senyap. Hahaha” pandai betul dia pusing balik apa yang aku cakap.

“Ye laa, kalau nak bergurau tak pasal tapi agak-agak laa. Sampaikan kekadang aku tak tau kau serius ke main-main” betul apa aku cakap.


Selama ni aku selalu aku ingatkan diri sendiri yang dia belum betul-betul cakap dengan serius pasal connection kitorang. So, selagi dia tak betul-betul serius nak bincang pasal tu, aku akan anggap apa yang keluar dari mulut dia just gurauan semata-mata. Aku pun taknak laa syok sendiri. Malu laa weh!

Lepas aku cakap macam tu, terus dia buat muka serius. Aik, dia marah ke aku cakap macam tu?

“Weh, kau janganlah marah. Kalau kau main-main, macam mana orang nak percaya kalau kau nak bincang benda betul, kan?”

“Hmm, macam ni laa Deng. Aku memang tak pandai nak bermadah berhelah tu semua. Yang aku tau, aku suka kat kau sejak dulu lagi dan aku betul-betul serius pasal benda ni. Tapi aku takut kalau kau reject aku lagi. Aku tak boleh terima. Jadi aku nak cakap awal-awal ni, ini outing kita yang akan jadi penentuan. Kalau kau terima aku, aku kan pastikan hidup kau takkan sia-sia. Tapi kalau kau tak terima aku, kita takkan jumpa lagi lepas ni” perlahan je dia explain kat aku.

Erm, satu langkah yang bagus. Atleast aku tau hati dia kat aku. So, selama ni dia tak main-main laa kan. Segala macam bunga dah tumbuh dalam taman hati. Ini baru betul dalam hati ada taman!

“Hmm, ok. Aku paham dan boleh tak aku mintak masa daripada kau. Bila aku dah dapat jawapan yang aku yakin aku tak buat silap, aku sendiri akan call kau” Iskandar angguk perlahan. Tak boleh nak teka, dia suka atau hampa.

“Tapi aku tak kira, selagi aku belum bagi jawapan, kau kena belanja aku makan selalu macam ni, ok” takkan laa aku tak tengok muka dia yang hensem tu kan. Tiba-tiba aku berubah menjadi ulat bulu.

“Untuk kau, ok laa. Aku bagi diskaun sikit. Yang benarnya, aku baru nak cakap taknak kacau kau selama kau bertapa nak cari jawapan tu. Tapi kau mana boleh tahan tak tengok aku kan? Hehehe” Leganya aku tengok dia still boleh bergurau.

Aku berdoa sangat agar semuanya dipermudahkan. Amin.


Lepas Iskandar hantar aku balik rumah, cepat-cepat solat Asar sebab banyak gila kerja tertangguh. Ni semua dia punya pasal laa. Tapi betul jugak cakap Kak Arah, ada waktu aku kena fikir pasal diri aku jugak. Sampai bila nak hidup solo kan. Kerja diteruskan.

Pinn..Pinn..Aik, siapa pulak yang datang rumah ni? Jam dah pukul 9 malam. Urmm, terdengar bunyi hon yang tak berhenti, memaksa aku cepat-cepat keluar. Agaknya semua orang dah kena sindrom malas nak turun kereta kot. Tapi itu laa guna hon kan. Tak pernah nampak pun kereta ni. Siapa ek?

“Assalamualaikum Deng” tingkap kereta diturunkan perlahan. Terkejut jugak tengok Isfahan yang datang rupanya. Apa dia nak malam-malam macam ni? Dia datang sorang je ke? Mana anak bini dia? Hish, tak terluah pulak pertanyaan aku tu.

“Waalaikumsalam, kau rupanya. Err, aku busy laa. Cakap cepat sikit boleh tak?” Nak taknak je aku layan dia. Mana boleh layan lebih-lebih seyh. Laki orang tu!

“Hmm, aku ada benda nak bincang dengan kau ni. Jom kita cakap kat luar laa. Tak selesa nak cerita kat sini” sambil dia bukak pintu penumpang suruh aku masuk.

“Weh, cakap kat sini je laa. Nanti kang, apa pulak orang kata. Tak bawak family kau sekali ke?” seboleh mungkin aku mengelak nak terima pelawaan dia. Kesian laa family dia. Aku taknak meruntuhkan masjid orang.

“Pasal family aku laa yang aku nak bagitau kau ni. Cepat laa masuk. Selagi kau tak masuk, selagi tu aku kat sini!” Aik, dia ugut aku pulak. Ish, ni laa yang aku betul-betul tak suka.

“Janji, kejap aje. Kita minum dekat aje dah” dalam hati dah berangin je aku rasa. Nak tolak kang takut dia bukak khemah lak depan rumah aku kan.

Apa laa yang dia nak bagitau aku eh? Seram sejuk nak dengar cerita Isketambola ni. Haih! Layankan aje.

9 comments:

  1. alaaaa...isfahan ni, jgn la kacau daun. sian iskandar tu.ko jgn nyibuk g men jauh2...sblm aku tlg deng luku kepala ko.hahahahah...

    ReplyDelete
  2. hahahaha... whoaaa, deng dah ada geng r.. jom, kita luku aje si ISfahan tu reramai klo dia cuba kaco deng+iskandar.. tag team tau iboo..

    ReplyDelete
  3. nak join..nak join.. dah suka sgt dgn dak Iskandar tu.. pe pun dak Yati oii.. superbbb la ini cerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hokeh, boleh aje.. sorang nk geget tinge, kakyus lak tang mana?

      hish, layan Darius dulu laa..

      Delete
  4. Nak join gak, tapi segan laa... Maklumlah, saya bukannya karyawan..uwaaaa...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..

      Aziela, kak yus dgn iboo tu xkasi isfahan kaco iskandar nk tekel deng..

      nk join, jom..

      #abes laa ko isfahan..dh ada 3 wondergirls nk hantam klo kacau iskandar tu..hikhikhik!

      Delete
    2. kak aziela..jom kite pakat2 boikot isfahan!nyibuk je kan...muahahaha....

      pn yati : dah lama nk tnye antara kite ni sape lg kakak eh?hehehehe....sy 30..takut ter'berakukau' macam x sopan lak...hihihi...

      Delete
    3. diriku ini lah kakak.. ku dh 32.. hihi..

      #nape org laki mcm xkisah je pgl aku-kau ek, xkira sgt umo???

      aiman xkisah..

      Delete
    4. samer la sy pung tak kisah...lg mesraa jer beraku-kau tpi tu la kna tnya dulu jaga sensitiviti kaum hawa. muahahaa..ada org beza setahun pun suh membahasakan kakak. hahahahah...

      Delete