jom jadi kawan saya

Wednesday 7 March 2012

MP-MRVC part 1

Alhamdulillah. Bersyukur tak terkata aku akhirnya dapat jugak bukak kedai bakery ni. Memang laa tak berapa nak besar tapi tetap besar kat mata aku. Bakers Boutique. Best kan nama tu? Hmm, bangga tau aku ni. Dah sengih macam nak rabak dah pipi. Bertahun-tahun kumpul duit, akhirnya dapat jugak sebiji kedai yang kuidam-idamkan.


Majlis kenduri doa selamat kat kedai tu rasa macam meriah sangat padahal, yang datang tu bukannya menteri pun. Kawan-kawan yang selalu order kat dapur rumah aku dulu je.


"Alaa, lepas ni mesti kau caj mahal-mahal kan Oyi?" aik, aku belum buat opening lagi dah nak komplen? Melampau tau si Dira ni. Tapi dia jugak laa yang rajin order, komplen, kritik tak ingat dunia masa aku mula-mula belajar buat kek dulu. Sampaikan ada masa, nak je aku baling kek sebiji kat muka dia sebab mulut dia yang tak berapa nak ada insurans tu.

"Kau jangan laa risau. Aku dah sediakan kupon khas untuk kau. Buy 10, free 1. Amacam, boleh? Baik hati tau aku ni" Hehehe.. Masuk bakul angkut le ke hulu ke hilir sendiri.

"Woi, mana ada orang beli kek sampai sepuluh biji sebulan. Lain laa kalau orang tu anak dia kembar sepuluh. Pun belum tentu lagi dia nak beli sorang sebijik. Huh!" Dia dah tarik muncung dah.


"Kau mana tau? Rezeki tu kan Allah yang bagi. Tapi memang untuk kau, sentiasa ada yang spesel. Jangan takut ok" Jaminan yang membuatkan Dira senyum lebar. Suka laa tu!


"Minggu ni aku diet tau. So, kau jangan ngengada nak offer aku dengan RVC ok. Tak boleh tahan laa dgn cheese tu" merengek macam budak kecik!


"Ye laa..ye laa..aku display yang tiruannya. Kalau ada pelanggan yang tanya, nanti aku kata kau yang tak bagi buat. Pandai kau nak terlokopkan bisnes aku ye?" Sempat aku cubit dia sedas. Aku nak berniaga laa weh!


"Hahaha..Alaa, dah jadi tokeh, eksen pulak. Orang main-main aje, takkan itu pun tak boleh?" sambil mulut dia telan jugak Red Velvet Cake tu. Tak salah aku dah 3 keping dia sumbat dalam mulut dia. Diet apa ni?! Dira..Dira..kau punya diet, semuanya harus ke longkang aje laa jawabnya bila dah jumpa RVC aku tu.


"So, staf kau cukup ke 3 orang tu? Larat kau nak buat semua?" soal Dira perlahan sambil tangan dia ralit terkuis-kuis cheese yang berbaki lagi dalam piring.

"Aku rasa tgk dulu sebulan ni macam mana. Kalau demand ok, kena cari lagi sorang baker. Mana leh aku buat sorang-sorang. Badan nak pakai lama weh" giliran aku pulak hadiahkan tekak aku dengan kek karamel. Sedapnya!


"Hmm, ada sepupu aku. Dulu dia baker gak. Sekarang ni dia tgh cari job. Kalau kau amik dia kerja, memang tak nyesal punya laa" wah, bukan main baik lagi rekemen sedara kau ye.
"Nantilah aku fikir dulu. Anyway, thanks" aku sambung balik layan kek.

Sejujurnya, tanpa sokongan Dira, memang selamanya laa aku bisnes homebase aje. Macam-macam yang aku fikirkan. Mana nak kena bayar sewa, gaji, utiliti. Nak rolling modal lagi. Ish, banyak kerja laa. Tapi bila ramai pulak yang sokong dan bagi bantuan, rugi pulak kalau tak rebut peluang. Lagipun kat sini, semuanya kaum Cina aje yang jadi tuan kedai walaupun pekerja semuanya Melayu. Kiranya, ini fardhu kifayah aku utk orang-orang kat sini laa kan. Terlepas laa korang semua nanti kan. Tak payah susah nak jawab. 


"Nah, ni nombor handphone sedara aku tu. Dia tu dah tua gayut, kau jangan risau ok" Sah dia ni kawan karib aku sehidup semati sebab dah tau aku memang tak berkenan nak ambik budak-budak muda kerja sebab kebanyakannya tak serius. Dapat gaji sebulan dua lepas tu blah. Aku pulak terkontang kanting nak kena buat semua. Masa interview nak ambik staf dulu pun aku tanya betul-betul. Kalau setakat nak kerja sementara aje, baik tak payah. Kang aku dah ajar macam-macam alih-alih lesap. Mau aku hangin satu badan.


"Owh, thanks! Bila-bila aku nak tambah baker, aku call dia" dah ada spare satu baker..Harap-harap dia ada laa waktu aku perlukan pekerja nanti.


Selang waktu 3 minggu buatkan aku rasa kena jugak tambah baker. Dah tak larat ni. Order makin banyak. Nak-nak pulak Valentine's makin dekat. Walaupun macam-macam yang kata tak bolehlah, haramlah tapi kalau suami isteri nak sambut pun takkan haram jugak? Tengok situasi laa kan. Apa laa yang aku merepek ni. Mana laa aku nak cari baker ni? Haaa, nombor sedara Dira! Mana laa aku letak ni? Aku ni dah kena sindrom strok ke? Itupun tak boleh nak ingat. Ahh, call aje laa Dira. kan senang.


"Assalamualaikum. Wah, lama menyepi. Tak ingat aku laa tu" Hehehe, intro kena laa ayat power. 
"Waalaikumsalam. Aku macam biasa je. Kau tu yang dah tak call aku. Tokeh besar laa katakan" aik, dia balik bahasakan aku.
"Hmm, biasalah. Pelanggan didahulukan, pendapatan diutamakan. Itukan slogan kedai aku. Okeh tak? Ish, panjang lak melalut. Kang kalau free, singgah kedai k. Ada nak mintak tolong la" Si Dira ni, kalau ajak berborak, sampai esok pun tak habis.
"Hmm, ok. Dalam pukul 6 aku sampai. RVC 2 slices ye. FOC boleh?" terdengar ketawa dia halus. Menyampah!
"Ops, sori laa beb. Aku tak jual RVC kat kau. Bukan kau tengah diet ke?" Bestnya menyakat bestfriend sorang ni. Dah terbayang dia hentak-hentak kaki protes pastu muncung tak boleh tahan.
"Weh, aku gurau je laa. Mesti laa ada untuk kau. Jangan kau mintak aku charkueteow udah le. Ok, set eh pukul 6. Sayang kau! Bye" Pheww, lega sikit. Sekurang-kurangnya aku tau ada harapan aku nak dapat sorang baker dalam masa terdekat.


Petang tu dalam pukul 5 lebih, Dira dah tercongok depan kedai. Apa aje laa yang dia bawak tu? Dia ni, walaupun selalu mintak aku kek free, tapi jarang sangat dia datang tangan kosong. Ada je yang dia tapaukan aku.
"Nah, charkueteow seafood spesel untuk kau. Mana aku punya kek?" sampai 2 bungkus dia bagi aku? Petang-petang macam ni semua staf aku dah balik laa minah oii.
"Berapa aku punya? Kau punya sekali ke ni?" aku tanya dia balik lepas aku tunjuk arah kek. Kau pergilah amik sendiri!
:Macam biasalah, kau punya 2" Aik, kejap aje dah hilang 1 potong RVC? Haih, Dira..Dira.


"Apa masalah problem kau yang besar sangat tu? Meh cerita story dengan aku?" Ish, apa punya speaking laa dia ni? Macam tak percaya je dia ni HR Exec. Sempat lagi nak mengutuk tu.
"Hmm, aku nak amik baker lagi sorang. Ingat nak panggil sedara kau tu tapi nombor dia dah hilang pulak. Mintak lagi sekali boleh?" dengan penuh semangat aku cuba mencomelkan muka aku yang dah sememangnya comel tu.
"Ni yang aku tak suka ni. Bukan nak simpan baik-baik." Hmm, dah mula laa ceramah takde permit dia tu. Tapi untuk kepentingan kedai aku, sabar aje laa.
"Jap, aku call dia terus. Lagi senang!" Wowieeeee..sukanya aku. Lepas tu aku tak dengar apa dah sebab sedap sangat charkueteow tu. Besar-besar weh udang dia!
"Hoi, kalau dah hadap makanan..apa aku cakap semua ke laut ek. Kau dengar tak ni. Esok dia datang interview pukul 11" Yesss! setel masalah negara.
"Alaaa, tak payah interviewnya. Terus masuk kerja. Urgent ni. Kalau dia tak tau buat kek, siap kau. Aku bawak semua barang-barang kek ni, buat kat opis kau!" Dira ketawa je laa dengar ayat ugutan aku yang sememangnya sampai kiamat pun takkan berlaku sebab whipping cream dgn susu pun dia tak tau nak beza. Parah! Hrap-harap esok takde masalah berbangkit. 


Pukul 9 pagi lagi kedai dah agak ramai dengan orang yang beratur nak cari roti untuk sarapan. Syukur alhamdulillah. Murah rezeki hari ni. Walaupun agak kekurangan kakitangan tapi kalau pandai uruskan waktu, mesti boleh siap punya. Confident je aku ni.


"Assalamualaikum. Saya nak jumpa dengan cik Audrey Syara. Ada appointment dengan dia" atas bawah aku pandang mamat ni. Setau aku, aku ada temujanji dengan orang tua, bukan dengan yang muda. Lagipun aku mana ada bukak iklan jawatan kosong. Hmm.


"Waalaikumsalam. Saya Audrey. Ada apa saya boleh tolong ye sebab saya takde janji nak jumpa orang pagi ni. Orang tua ada laa." Jujur tau aku ni.
"Ha, semalam cousin saya call suruh jumpa cik. Kata dia cik nak pakai orang. Err, baker. Tu yang saya datang ni" ikutkan hati aku, memang taknak amik je budak n. Macam tak kerja lama je tapi sebab tak daya nak mengejar kek yang dah macam larian marathon tu, terpaksa laa terima jugak.


"Ok, sape nama tadi?" Baiklah kau kawan aku Dira oii. Kena tipu hidup-hidup aku ni rupanya. Nanti kau Dira. Aku potong elaun RVC free kau selama err..err..berapa lama nak bagi hukuman ek? Arghh, nanti boleh kira.
"Saya tak bagitau nama pun tadi cik" Wah, belum apa-apa dah pandai nak mainkan cakap aku ek kau!
"Ye laa, takkan nak hoi..hoi kan aje. Tak baik kan?" sambil hulurkan dia sehelai borang.
"Hmm, betul tu. Sian kat parents saya bagi nama sedap-sedap tapi orang hoi-hoi kan aje. Nama saya Fazrul. Cik panggil saya Loy pun ok" tetiba lak dia hulur tangan. 
"Ok Fazrul. Tapi kat sini saya tak salam dengan orang lelaki. Harap awak faham. Sesi interview kita kat dapur ok. Jom" Dia ikut je belakang aku. Macam anak ayam. Hahaha.


Lepas aku tengok cara dia buat bunga, frosting kek pun laju aje. Kiranya pass laa. aku nak suruh dia start kerja esok tapi dia pulak yang offer mula hari ni. Pucuk dicita, ulam mendatang laa kan..
Rasa macam smooth je hari ni sebab ada pembantu yang memang tau kerja dia. Tak payah nak ajar langsung. Kadang-kadang aku pulak yang rasa macam tak berapa nak pandai banding dengan dia sebab tau aje semua resepi weh. Jangan minggu depan mintak naik gaji sudah! Petang tu jugak Dira datang. Alasan tak boleh blah. Nak jenguk sedara dia yang tua tu. Hoh!
"Melampau kau ye. Tipu aku macam-macam" perlahan je aku marah kat dia.
"Alaa, kalau aku bagitau benda betul takut kau taknak amik dia pulak. Macam laa aku kawan dengan kau baru 2 hari" betul jugak cakap dia tu.
"Anyway, thanx beb. Setel problem aku"
"Apa yang setelnya? Ni, problem aku tengah lapar ni, sape nak setelkan ni?" dia ni asyik lapar aje. Ada bela hantu raya ke hah?
"Ok..ok..lepas tutup kedai, kita pergi makan tempat biasa" sambil aku jengah kat dapur, tertinjau-tinjau kot laa si Fazrul tu pengsan ke hape ke..


"Cik Audrey, ni saya ada buatkan Pavlova dengan puding roti. Kalau approve, esok dah boleh letak kat display" bila masa pulak aku suruh tambah menu ni?
"Err, ok. nanti bagi hakim Dira ni rasa. Esok before 8.30am ok. Dah, jom kita tutup kedai" sambil tutup sebelah shutter door, mulut si Dira ni tak habis-habis kata sedap Pavlova sedare dia tu. 

Eleh, sedare kau yang buat. Mesti laa kau kata sedap kan? Bak mai aku rasa. Eh, sedap laa. 

Manis memang laa manis tapi rasa fresh fruit tu dah potong rasa manis kek. Hmm, harus ada dalam menu esok ni. Aku pandang Loy tengah tersengih. Weh, aku boleh baca laa ada belon atas kepala dia tulis, "MISI BERJAYA". Hampeh kau Oyi! Tengok dulu esok, macam mana sambutan customer dengan Pavlova dia ni.

5 comments:

  1. akn disambung selepas selesai menghabeskan rvc yg tgl suku ini..jom join! nyum..nyum..nyum..

    tengs AYUMI AFIQAH(mcm nama my dotter laa)sudi singgah..

    ReplyDelete
  2. huk3.. ciscake tak sampai lagi ni.. Oyi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena laa dtg bakers boutique..nnt oyi bg free okeh..

      Delete
  3. wa...lapar lak perut ni,nnti nak order jg rvc

    ReplyDelete