jom jadi kawan saya

Friday, 13 April 2012

MP-MRVC part 5

Lepas kejadian Lola datang cari aku kat rumah hari tu, aku rasa tak sedap hati je. Nak keluar, nak pergi kerja rasa macam ada orang ikut aku. Bukan laa aku ni penakut tapi aku risau kot-kot laa dia tau aku kerja kat mana pastu dia plan benda yang tak elok, nak pedajalkan orang.
Si Lola ni punya perangai pulak, kalau dia tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat jugak. Haihhh! Senak kepala aku fikir pasal perempuan sorang ni.
Semalam cik Oyi dah kata yang hari Rabu dah dipilih untuk jadi ‘hari cupcake’. Hari tu aku kena kerja OT. Takpe laa, ada duit lebih, hati pun tak sakit. Dah banyak kali jugak dia tanya kat aku penat tak kerja sengsorang. Aku takde hal lagipun cik Oyi selalu tolong aku kat dapur ni.
Aku suka tengok dia tekun deco RVC dia yang full cover dengan cream cheese frosting bentuk ros putih haritu. Aku rasa dekat 15 biji jugak habis. Nanti aku kahwin, nak bagi hantaran kek tu jugak laa. Haha. Berangan kau Loy.
Pheww! Hari ni je dah dekat 100 tray buat. Red velvet cupcake pun dah 3 kali repeat order. Sampaikan cik Oyi pun dah tak banyak cakap sebab nak kejar waktu. Mula-mula plan nak buat dalam 500 biji je cupcake tu tapi bila waktu tengahari dah clear rak display tu. Dan semestinya laa rvc cupcake dia laku giler.
Dalam pukul 2 lebih, turn budak-budak sekolah pulak yang datang lepak. Diorang punya ambik lagi aku takut. Sorang cekau dekat 4,5 biji cupcake. Banyak betul duit poket budak sekolah sekarang ek. Aku rasa masa aku sekolah dulu setakat 2,3 ringgit je mak aku kasi.
Sejak aku ada tolong kat luar hari tu, dah ramai jugak laa aku kenal dengan budak-budak sekolah yang selalu datang kat sini. Linda, Noni, Acik dengan Nik. Budak-budak lelaki pun ada gak yang rajin datang tapi yang aku cam dua orang, Rizal dengan Latip. Macam tak percaya aku kawan dengan budak sekolah. Jiwa remaja laa katakan.



Penat giler hari tu sebab aku kerja full day. Macam mana laa cik Oyi boleh tahan ha? Maintain cun sentiasa. Aku tengok jam dah pukul 9.30malam. Nak lap meja pun aku rasa dah tak larat dah. Confirm balik ni aku pengsan. Nasib baik esok masuk petang. Pagi nanti turn Abang Halim yang handle kitchen.
Aku tengok bilik cik Oyi terang benderang lagi. Tapi shutterdoor dua-dua dah tutup. Ada hantu ke haa? Aku ni dah laa lemah semangat. Kalau jumpa hantu yang cantik-cantik tu takpe laa jugak. Buatnya keluar hantu Kak Limah kang, sape nak jawab?
Perlahan-lahan aku menapak nak tengok apa sebenarnya ada kat bilik tu. Bila aku bukak je pintu, aku tengok takde siapa pun. Lengang aje. Hmm, mesti cik Oyi terlupa nak tutup lampu ni. Aku urut dada. Lega takde hantu Kak Limah. Baru aku nak senyum, tiba-tiba…
“Makkkkkkkkkkkkkkkk!” punya laa terkujat bila aku nampak ada satu lembaga putih tengah duduk menghadap dinding. Aku rasa sekarang ni kalau Ju-On tengok muka aku, dia balik yang takut. Mana hantu tu datang? Tapi kenapa kedudukan dia semacam aje. Alih-alih aku nampak lembaga tu toleh kanan dan kiri.
Astaghfirullahal’azim. Cik Oyi solat laa. Apa laa aku ni. Orang sembahyang dikatanya Kak Limah. 2, 3 kali aku tepuk dahi. Patut laa aku tak pernah nampak dia solat kat bilik belakang. Rupanya dia siapkan sejadah dalam bilik dia.
“Awak kenapa Loy? Ada masalah ke?” kenapa laa aku pandang dia ni cantik aje. Padahal takde mekap langsung tu. Sejuk mata memandang tengok dia pakai telekung. Hoi hati, kau jaga sikit ek. Dia tu bos, paham tak? Big boss!
“Err, takde apa-apa cik Oyi. Err, saya ingatkan cik Oyi lupa tutup lampu, tu yang saya datang tengok. Manatau kot ada ada orang nak ceroboh ke” tergagap-gagap aku nak menjawab. Takut salah cakap pulak.



“Alaa, kedai saya ni kecik aje. Takde barang berharga pun. Siapa yang nak datang mencuri. Awak jangan risau laa. Oh ye, awak dah Isya’ belum? Apa kata awak solat dulu, nanti saya belanja awak makan sebab tadi ada kawan lama saya call nak jumpa. Dia nak tempah kek untuk majlis tunang dia minggu depan. Manatau kot-kot awak boleh bagi idea ke. Itupun kalau awak sudi. Kalau ada plan, takpelah. Saya pergi sorang” kemas telekung dilipat sambil pandang tepat ke muka aku.
“Dah. Saya dah Isyak tadi kat belakang. Boleh jugak tu saya ikut. Boleh belajar macam mana nak close deal dengan customer. Asyik kat belakang tabir je kan” aku punya sengih, dah macam apa je aku rasa. Cepat-cepat aku bersiap, capai kunci motor.
Takkan nak pergi sekali kot. Aku pun tak tau balik nanti satu jalan ke tak. Kalau tak sama jalan dah satu kerja nak kena patah balik amik motor. Lagipun takkan laa dia nak naik motor buruk aku tu. Kalau ye pun dia nak, topi ada satu je.
Berposak-posak aku cuba hidupkan motor. Adui, time ni laa kau buat perangai ye. Dekat 15 minit cuba hidupkan motor, cik Oyi datang. Oleh kerana kawan dia dah lama tunggu, aku pun setuju je laa tumpang kereta dia.
“Sorry laa cik Oyi. Malam ni pulak motor saya buat hal. Segan saya nak tumpang kereta bos ni” aku cuba nak cover malu.
“Allah, apa yang segannya. Awak kan pekerja saya. Dah jadi tanggungjawab saya untuk ambik tahu tentang masalah awak. Nanti lepas makan, saya hantar awak balik tapi esok awak kena datang kerja sendiri laa, boleh?” ish, peluang keemasan tu. Takkan laa tak boleh.
Best jugak naik Triton ni. Bila laa aku dapat naik kereta sendiri macam ni? Sedar-sedar je kitorang dah sampai kat Restoran Terapung. Aku tengok tak terapung pun. Saja je laa nak buh nama kasi gempak.
Aku ikut je belakang cik Oyi. Tiba-tiba nampak seorang lelaki lambai tangan kat dia. Tu kot kawan dia.

“Hai Isfahan. Sorry ye lambat sikit. Kitorang ada hal tadi. Kenalkan ni tunang saya, Azrul. Loy, ni kawan saya Isfahan. Kek dia laa yang saya nak buat tu” What??? Dia kata aku tunang dia? Drama lestari apa lak ni? Aku tengok muka cik Oyi macam biasa. Takde apa-apa riak yang boleh aku teka langsung tapi aku percaya dia betul-betul perlukan pertolongan lakonan aku sekarang.
“Wah, best laa orang tu. Dah ada cik abang yang jaga sekarang. Congrates!” cepat-cepat dia hulurkan tangan. Aku sambut dengan gaya sesempoi yang boleh. Ingat senang ke nak menyamar jadi tunang bos ni?

3 comments:

  1. wah.. dr dok kitchen skrg dah ikut pi jumpa cust..dpt chance berlakon jd tunang lak.. hamboiiii.. pe pun.. da best la Yati oii.. dah lama dok tunggu pavlova sampai ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu namanye tunang bidan terjun..hihi..

      Delete
  2. uuuu...best3..kenapa Loy sangat macho aa? haha...

    p/s : macho sebab terror buat kek..hehe

    ReplyDelete