jom jadi kawan saya

Wednesday, 18 April 2012

MP-MRVC part 9


 Memang jahanam kau Loy! Berani kau nak malukan aku depan perempuan tak guna tu. Damn!!Segera nombor Jiman didail.

“Jiman, buat kat perempuan tu macam yang aku suruh dulu. Tapi hati-hati. Aku taknak ada orang tau pasal aku. Pandai makan, pandai simpan” punat merah ditekan dengan marah membara.
Kau sayang sangat kat bakal tunang kau tu kan? Aku nak tengok, berapa sayang kau kat dia kalau dah tak ada kat dunia ni lagi. Bodoh punya jantan. Tak tau ke aku sanggup melawan papa aku sebab kau. Apa lagi kurangnya aku ni? Rupa tak kalah, duit takde masalah, degree pun dah habis. Tak tau aku kualiti apa lagi yang Loy nak cari.

Pelik. Apa yang ada kat perempuan berbungkus tu? Tak rimas ke? Kalau ye pun nak bertudung, kan banyak fesyen sekarang. Ini tak, balik-balik tudung selimpang buruk tu yang dia pakai. 

Agaknya Loy kecik hati dengan papa kot? Alah, bukannya dia kahwin dengan papa pun nanti. Dah tentu dia tidur pun dengan aku. Sikit punya hal pun nak merajuk. Kalah perempuan.

Papa ni memang laa. Sibuk je pasal kawan-kawan aku. Suka hati laa nak couple dengan siapa. Agaknya aku ni insurans papa kot untuk bisnes dia. Dah selalu sangat papa layan aku macam ni. Kalau laa aku ada ramai adik beradik perempuan, mesti tak jadi macam ni. Mesti dia tak peduli pun aku nak kawan dengan siapa.

Aku ingatkan orang dulu-dulu je orang tua yang carikan jodoh. Zaman sekarang pun ada lagi. Tapi tu lain. Zaman dulu, orang tua yang aturkan sebab anak perempuan mana ada keluar rumah.  Arghhhh, yang aku tau sekarang ni Loy mesti balik kat aku dan papa wajib terima Loy tak kira apa alasan sekalipun. Tak sabar nak tunggu hasil kerja Jiman esok. Rasakan kau perampas!


Lepas jumpa dengan Loy tadi, tak banyak sikit tetap ada rasa risau menyelinap dalam hati. Aku ni perempuan. Bila-bila masa kalau orang nak nayakan boleh aje. Rasanya macam dah berkarat je taekwando aku tu. Setakat basic-basic tu boleh laa. Ok lah kan daripada tak tau apa langsung.

Memang semua staf aku tak tau yang aku ada pasang cctv kat kedai. Itu semua pelaburan keselamatan. Kalau jadi apa-apa kat kedai, boleh claim insurans. Dan yang penting ada bukti.

Mesti budak Lola tu sayang sangat kat Loy kalau dah sanggup nak ikut ke mana pun Loy pergi. Mula-mula aku tak jadi nak pergi kat Loy bila nampak ada perempuan duduk depan dia tapi aku bukan jenis yang mungkir janji. Bila dah dekat, dapat aku dengar suara Loy yang meninggi. Tapi bila aku sampai kat meja dia, terus dia bagitau yang aku ni tunang dia, tu yang aku terkejut kejap. 

Dia ni nak balas dendam kat aku ke nak mintak tolong. Bila aku pandang muka dia semacam bagi isyarat kat aku, terus aku pun berlakon jugak. Berubah betul muka budak perempuan tu. Anak manja rasanya. Selalunya anak yang dimanjakan ni tak senang hidup kalau barang kepunyaannya dirampas orang. Nasib baik laa orang tua aku dulu tak pernah nak mewahkan aku. Nak apa-apa barang, usaha sendiri cari duit. Baru laa kita tau hargai duit titik peluh sendiri.
Tapi aku tetap kena bagitau kat loy yang aku taknak terlibat dalam apa-apa masalah peribadi dia. Ni last aku tolong bab-bab macam tu. 

Mana si Dira ni? Kata nak datang kedai. Aku dah buatkan red velvet yang spesel untuk dia. Kalau kau lambat, memang aku makan je kek ni Dira. Cepat-cepat aku hantar sms bagitau dia macam tu. Tak sampai 2 minit dia dah tercongok depan pintu kedai. Pandai pulak buat muka marah kat aku.

“Kau memang tak sayangkan aku kan? Sukati kau je nak habiskan kek yang kau buatkan untuk aku pulak tu. Insurans kedai kau ni cukup banyak? Kau nak rasa kena bakar kedai ni ke?” amboi, ugut tak agak-agak minah sorang ni.

“Ha ah ye. Kalau kau berani sangat, bakar le. Ingat aku heran? Polis banyak kat kawasan ni” kalau orang yang tak kenal kitorang mesti kata aku dengan dia suka sangat bergaduh tapi dah memang macam ni cara kitorang bergurau. No heart feeling!

Pelanggan ramai kat luar. So aku ajak Dira masuk kat dalam office aku. Private sikit nak cerita apa-apa. Sambil leka melayan RVC, dia terangguk-angguk dengar cerita aku pasal nak tambah menu kat kafe, pasal ex-girlfriend Loy, pasal cctv yang aku pasang dan pasal aku nak tambah staf. 

Bila aku perasan yang dia ni macam tak berapa dengar je apa yang aku cakap tadi, aku tepuk meja. Geram betul tengok muka dia yang kononnya sedap sangat RVC tu. Tak jemu ke dia hadap kek tu je?

“Kau ni, aku dengar laa apa yang kau bagitau tadi. pasal tambah menu tu, ok tapi kau buat sikit-sikit dulu. Pasal cctv pun aku dengar. Serius aku pun tak perasan kau ada pasang. Zaman sekarang ni tak kira tempat, kalau nak jadi benda tak elok, jadi jugak. Pasal staf, nanti aku bertukar menjadi kaunter bergerak kau ok? Tapi, pasal ex Loy tu, aku memang tak tau. Habis tu, kau pun berlakon laa jadi tunang dia? Sanggup kau?” kata-kata Dira tu buat aku rasa nak tergelak. 

“Aku sanggup pun sebab dulu dia pernah tolong aku. Masa tu Isfahan nak tempah kek majlis tunang dia. Aku angkut sekali si Loy pergi. Cakap dia tu tunang aku. Memang aku salute habis laa. Muka confident giler kau tau” hampir nak terlepas gelak aku bila ingatkan balik masa tu.

“Hah? Kau bawak dia jumpa Isfahan? Gila laa kau ni. Dah takde orang lain ke kau nak upah?” aik, dia marah ke aku pinjam sepupu dia berlakon?

“Yang kau hangin ni kenapa? Kata pun berlakon. Taknak laa aku jadi adik sepupu ipar kau. Lagipun aku desperate masa tu. Isfahan ajak jumpa pun dah malam. Mana aku nak cari pelakon malam-malam? Takkan nak pinjam boyfriend kau pulak?” tempelak aku dibalas dengan mata Dira yang membuntang.

“Ni nampak?!” Dira tunjuk penumbuk kiri. Elehhh, konon aku takut sangat laa dengan penumbuk dia tu.

“Haa, tau takut. Buatnya nanti si Jai tu sangkut betul-betul kat aku, baru padan muka kau. Sebab tu laa aku mintak tolong orang bujang” Dira tau takkan mungkin aku nak kat boyfriend dia tu. Aku tengok Dira hirup air oren perlahan-lahan.

“Susah aku nak komen pasal ex si Loy tu sebab ye lah, orang kalau dah taksub ni apa pun dia tak kira lagi dah. Nak-nak pulak, dia orang berduit. Aku harap kau hati-hati lepas ni ok” sambil hulur sekeping namecard dan borak kosong kami berterusan lebih kurang 1 jam.

Bila telefon Dira berbunyi, baru laa dia beredar. Lama aku merenung nombor telefon polis yang Dira bagi tadi. Macam tak berapa penting, tapi untuk kegunaan akan datang, aku simpan jugak nombor tu dalam handphone.

Aku perasan lepas Loy bagitau pasal Lola tempoh hari, aku rasa semacam. Tapi betul ke Lola tu sanggup buat apa aje? Iye ke? Takut aku ni paranoid. Tapi aku yakin, aku bukan jenis yang senang termakan kata-kata orang. 

Malam tu, sebelum tutup kedai, macam biasa aku tukar salinan cd untuk rekod cctv. Tergerak pulak hati ni nak tengok salinan yang lepas-lepas. Dan aku perasan yang dah tiga hari berturut-turut terakam sebuah kereta proton hitam parking depan kedai sekurang-kurangnya 4 jam. 

Dan aku yakin cerita Loy bukan kosong. Tapi kalau aku buat repot sekarang, tak berbaloi sebab bukan dia buat salah pun parking depan kedai. Mesti polis kata takde motif. Tapi yang aku pasti, kereta tu akan pergi bila Loy habis kerja. Maknanya, dia ikut Loy? Ish, pening aku. Budak ni ada hutang ahlong ke?
Bila aku yakin dengan apa yang aku nampak, aku akan pastikan aku tahu dengan siapa aku berurusan.

Pagi tu macam kacau bilau sikit. Kaunter cashier dapat bukak satu je sebab Kak Rani ambik EL. Nak tak nak aku kena jaga kaunter sementara cashier shift petang masuk pukul 1 karang. Aku tak kisah lagipun dah lama tak jadi cashier ni.

Muka Loy macam tak percaya bila nampak aku jaga kaunter. Dia sengih je sambil angkat tangan. Sesekali boss jaga mesin duit, apa salahnya. Tak lama lepas tu, aku dengar suara dia panggil aku.

“Cik Oyi, ni spesel chicken croissant dengan Milo. Kalau tak sarapan, nanti cik boss sakit. Sapa nak bayar gaji saya? Saya jugak yang susah nanti nak kena usung boss pegi spital.” Selamba je muka dia letak ‘sarapan’ aku kat sebelah kaunter.

“Aik, takkan Cik Oyi je? Saya punya takde ke? Saya pun belum breakfast jugak” tiba-tiba suara Hani mencelah. Loy buat-buat tak dengar. Aku tau Hani suka kat Loy tapi aku taknak campur. Lantak korang laa budak-budak.

“Alaa, Loy tu nak naik gaji cepat. Tu pasal laa bodek boss kaw-kaw punya” Abang Halim ni kalau bercakap, tak tengok kiri kanan. Aku gelak je dengar diorang ni menyakat Loy pagi-pagi.

“Eh, korang tau tak? Kalau aku naik gaji, korang pun dapat sama tau. Boss kita ni kan baik hati, bertimbang rasa, pemurah lak tu. Tapi aku kena dapat lebih laa daripada korang sebab aku je yang berani bodek dia lelebih. Bukan macam korang” Ya Allah, tak nak mengalah pulak tu. Tak jadi kerja jugak ni karang.

“Dah.. dah..bercakap, bercakap jugak. Kerja pastikan siap. Nanti kang, saya tahan gaji awak semua, nak?” kalau aku tak bersuara, lagi panjang pulak drama usik mengusik di pagi hari.

“Haa, tengok. Kan boss dah marah korang. Aku tak tau ek. Korang tanggung sendiri kalau gaji masuk lambat.” Ish, budak Loy ni. Pandai dia nak salahkan orang lain. Sabar je laa.

Kringgg.. Kringgg.. Bunyi telefon kedai nyaring. Cepat-cepat aku angkat.

“Hello, saya nak order kek untuk birthday budak. Chocolate sponge, saya nak fresh cream ok, buh gambar Ana Muslim…” dan tangan aku laju mengambil pesanan. Jarang betul pelanggan lelaki bagi details apa yang dia nak. Selalunya diorang akan mintak perasa tertentu dan nak tau harga. Itu aje. Soalan terakhir aku untuk encik pelanggan ni.

“Ada nak tulis apa-apa tak encik?” sopan je aku tanya. 

“Takpe, nanti saya datang ambik baru saya pikir nak tulis apa” ok saya tak kisah. Tu semua tolak ke Loy aje. Pantas kertas order diserahkan ke Abang Halim sebab customer nak ambik esok petang dan yang aku tau, Loy mesti siapkan kek tu hari ni.

Dah puas dia bodek aku tadi kan, mesti laju sikit buat kerja. Dan kehadiran budak-budak shift petang sedikit sebanyak buat aku rasa lega sebab hari ni nak ambik stok baru kat Martin. Aku selalu ambik stok kat dia sebab senang nak deal. Kalau ada barang baru, mesti dia call bagitau. 

Tengok jam dah pukul 1. Kelam kabut aku keluar kedai dan aku perasan yang kereta hitam masih terletak kat depan kedai. Apa motif dia?

2 comments:

  1. Hmmm.. curious juga kan, baik Oyi hati2..

    ReplyDelete
  2. ooo, bilalah cerita nie nak bersambung ya deng? :)

    ReplyDelete