jom jadi kawan saya

Friday 20 April 2012

SDG Part 3


Untuk ke sekelian kalinya, air tak ada lagi kat blok D. Macam mana nak pergi sekolah ni?! Ni yang aku menyampah sangat tau tak. Diorang ni tak bayar bil ke apa? Tiap-tiap bulan bayar yuran hostel tak boleh lambat tapi air selalu tak ada. 

Susah tau nak kena angkut air dalam baldi jauh-jauh. Eiii, geram laa. Dengan sepantas kilat, aku bisikkan idea aku yang paling bernas pernah aku terpikir waktu tu kat telinga Azila.

“Ish, boleh ke? Kalau kena tangkap nanti macam mana?” dia ni kuat risau laa. Letih aku.
 
“Apa susah, cakap je laa darurat. Lagipun baru pukul 6. Mana ada cikgu datang pagi-pagi buta macam ni. Lagipun, toilet guru tu best laa. Hari tu, aku mandi kat sana dengan Abby. Takde pun cikgu terjah. Dah, sukati kau. Nak mandi cepat, jom ikut aku. Kalau tak, jadi laa kau kambing dalam kelas!” bergegas Azila capai baldi ikut belakang aku.

Setakat aku buat projek bersiram kat dalam tandas guru kat kawasan sekolah ni, belum pernah kena tangkap lagi tapi bukan selalu pun. Waktu darurat je. Lagipun itu je sumber air terdekat. Takkan nak pergi sekolah tak mandi pagi? Teruk betul tu. 

Lagipun tak tau pukul berapa air ada balik. Buatnya takde air sampai pukul 2 petang karang, tak ke naya aku menanggung bau kambing di badan?

Dalam masa 15 minit, selesai rutin pagi kitorang. Dalam perjalanan balik ke dorm, berselisih dengan 2, 3 orang penghuni asrama yang menuju ke surau nak solat subuh berjemaah. Lagi laju langkah kitorang sebab takut dicekup Mak Limah tak pergi surau. 

Denda yang kalau disabitkan bersalah, mesti dikenang ke anak cucu. Kena cuci sejadah, kain saf dan jadi imam seminggu berturut-turut. Uhuks, harus dapat calon suami imam muda gitu.

Dalam pukul 7 pagi, ramai penghuni asrama dah beredar ke dewan makan nak bersarapan tapi aku kena check kebersihan dorm satu persatu. Ni yang tak best jadi pengawas asrama bertugas ni. Tapi dah tanggungjawab, layankan aje.


Oleh kerana aku ni spesis pengawas yang baik hati, semua dorm aku komen kebersihan yang memuaskan. Kesian tau kalau letak kurang memuaskan. Nanti kena kunci dorm sampai petang. Tak boleh masuk. Lepas prep petang baru boleh dapat kunci balik. Tapi siapa suruh malas kemas bersih-bersih kan? Orang perempuan mana boleh malas.

Oleh kerana aku dah cop Azila ni partner sehidup semati aku, dia dengan sukarelanya check kat blok A dan B. Aku pulak pergi check blok C dan D. Nasib baik laa semua dorm bersih dan kerja kitorang selesai dalam masa 10 minit je. Kalah lipas yang dah kudung. 

Lagipun pagi-pagi takde apa nak kena check sangat. Asalkan cadar tegang, bantal terletak rapi dan takde sampah yang terang benderang kelihatan, kira kemas laa tu.

Dah cukup baik laa aku dengan Azila tak check tingkap berhabuk ke tak sebab kalau nak diikutkan, itu semua kena diambilkira tapi aku tak kuasa nak layan. Kang makcik cleaner takde kerja pulak.

Minggu akhir sebelum menjelang SPM ni rasa macam sangat-sangat tak cukup waktu nak pastikan semua input dah masuk dan duduk diam-diam dalam kepala ni. Cepat laa habis periksa. Aku dah tak sabar nak merdeka!

Dah letih menghadap buku lama-lama. Kerja rumah yang bertimbun tak usah laa cakap. Rasa nak menangis kat bilik prep pun ada bila tengok kerja yang tak pernah nak habis tapi ye laa, ini semua untuk kebaikan aku jugak kan?

Dalam saat akhir menjelang peperiksaan besar macam ni, nampak jugak laa budak-budak yang nakal dah jadi baik, walau untuk sekejap. So, kelas pun tak laa bising sangat kalau nak dibandingkan dengan honeymoon year dan awal tahun dulu.

Tradisi solat hajat bersama penjaga diteruskan macam biasa tapi tak ada siapa yang boleh datang untuk aku. Kak Arah jauh tapi aku tak kisah pun sebab aku tau, setiap waktu dia doakan aku.
Kalau laa orang tua aku ada lagi. Hmm. Layan sebak sendiri.

Dalam hati rasa terharu bila tengok budak-budak lain berpelukan dengan ibu masing-masing lepas solat. Sabar ye hati. Rasa nak menitik airmata bila emak Azila cium dahi aku. Mungkin ini kot rasanya bila ada orang tua di sisi. Bertuah kau Azila.

Kertas ujian terakhir, takde laa susah sangat walaupun untuk aku yang tak berapa nak score ni. Lain laa kalau Azila ke, Maryam ke..Si pencuri meja tu pun boleh tahan jugak. Hmm, harap-harap, keputusan aku nanti tak menghampakan Kak Arah. Kau ingat, SPM tu sama tahap dengan PMR ke cik adik oii..Bisik hati sendirian. Hehehe..

" Deng, kau mesti dapat highest kan? tanya Shukri. "Kau buat lawak ke hape? Top scorer kelas tanya aku pasal markah?" aku geleng-geleng kepala. Dengan Shukri ni, aku boleh layan ketawa sebab ayat-ayat dia lurus je. Azila cukup marah kalau aku saja-saja nak kenakan Shukri ni.

“Kenapa kau suka akalkan dia?” Tanya Azila si Cik Baik Hati.

“Kau nampak pembaris ni. Luruskan? Haa, si Shukri tu lagi lurus daripada pembaris ni!” tu laa ayat penerangan aku kalau Azila tanya. Hahaha. Ayat tak boleh blah.

" Tapi, ok gak kan Shukri. Kalau betul aku dapat highest, sebelum subuh aku open table kat kedai Mak Senah!" tepat muka dia aku pandang.

"Hah, kedai Mak Senah bukak ke time subuh?" berderai ketawa kawan-kawan kat luar kelas. Isfahan pegang bahu Shukri sambil bersuara.

"Shukri, Mak Senah tu nak suruh kau jadi imam solat subuh kat situ. Lepas tu baru laa si Deng ni boleh open table" aik, dia dah pandai nak bahankan orang pulak. Hmm..

"Deng, Cikgu Aziz nak jumpa kau kat bilik guru" pesan Rembo kat aku. Elehhh, Rembo konon! tapi memang ada tokoh jadi rembo pun. Kapten hoki, dia..Sarjan kadet polis, dia..Monitor class, dia jugak..cerah masa depan! 

"Hoi, berangan pulak kau!" sergah mat komando tu. Tak sempat aku nak ke laut.

" Ye laa..aku pergi sekarang. thanks k" cepat-cepat aku berangkat ke bilik guru. Cikgu Aziz ni bukan ada diskaun.

"Assalamualaikum cikgu. Tadi Remmm..err, Sani kata cikgu nak jumpa saya" Baik laa tak terkeluar perkataan 'rembo'.. slow and steady je ayat aku susun.  Kalah jumpa bapak mentua daa.

"Hmm, betul la tu. Saya nak jumpa awak. Cuti nanti, nak ikut saya kat Kem Bestari Muda tak? Jadi fasi untuk 2 bulan. Makan minum ditanggung beres. Cuba awak tanya Kak Arah dulu. Bagitau dia, saya yang ajak. Confirm kan balik cepat. Kalau lambat, saya offer orang lain" tak fikir panjang, terus aku setuju. Lagipun aku tak nak menyusahkan Mak Ngah Ani. Aku kan dah besar.

"InsyaAllah takde masalah cikgu. Lagipun kali ni kakak saya tak balik kampung. Dia ada kerja. Boleh jugak saya cari pengalaman kan? Err, kalau tak ada apa-apa lagi, saya mintak diri cikgu" dengan sekali angguk, aku terus pusing badan. Angkat kaki.

Yessss!!! Tak ada laa aku pening kepala nak fikir apa aktiviti sementara tunggu result SPM keluar nanti. Selama aku kat sekolah ni, memang berterima kasih sangat kat Cikgu Aziz. Sebab pertama, dia ajar aku subjek Sains. Kedua, dia sekampung dengan aku. Ketiga, dia hampir-hampir nak jadi abang ipar aku tapi Kak Arah kata nak tunggu sampai dia habis belajar dan aku boleh berdikari. Andai ada jodoh antara kalian, aku doakan yang terbaik.

"Deng!!! Deng!!! Tunggu laa kejap" sayup betul suara dia ni.

"Kau nak apa lagi haa Isketambola?" orang nak cepat, lagi mau tahan-tahan.

"Hari ni last kan kita kat sekolah? Jom aku belanja kau makan kat tempat hari tu?" dengar je macam tu, aku dah terbayang sedapnya cendol pulut dengan pisang nangka goreng Pak Mat.

"Aku ok je tapi dengan syarat kena bawak Ila sekali. Taknak laa aku pergi dua orang je dengan kau. Amacam, boleh?" 

"Boleh aje. Okey, aku tunggu kat payung sana tu. Aku bagi kau masa 15 minit. Lewat seminit, aku tinggalkan kau" Elehhh, macam laa aku heran!

"Terima kasih ye belanja kitorang makan-makan ni. Okey la. Aku nak balik dulu. Takut kena tinggal bas. Jumpa lagi masa result keluar" sayu betul rasanya tengok kawan baik aku hilang dalam bas. Lima tahun berkawan dengan dia, ini kali pertama aku betul-betul berpisah dengan dia. Panjang umur, kita jumpa lagi sahabat.

Lepas selesai adegan berlaga-laga pipi aku dengan Azila, aku tengok Isfahan tengah hulurkan duit kat Pak Mat. Hmm, baik pulak hati dia belanja aku untuk kali kedua. Tapi bukannya aku ada duit pun nak belanja dia suka-suka selalu. Lepas bagi aku nombor telefon dia, ternampak kelibat kereta yang selalu jemput dia balik sekolah.

"Weh, ok laa. Kau stay kat hostel lagi kan? Nanti senang, aku datang tengok kau ok" Kami berpisah dengan janji pertemuan yang tak pasti.

Tengok orangnya, manis je. Comel. Tapi kalau dah bukak mulut, mak datuk. Jauh panggang dari api. Beza sangat. Tapi memang kena laa dengan nickname dia. Deng gangster. Mula-mula macam tak percaya je. Gangster ke? Tapi bila aku tengok dia pergi setelkan budak bergaduh, terus aku percaya. Belum pernah lagi aku jumpa budak perempuan tepuk belakang kepala budak laki 5, 6 kali dengan senang hati. Budak tu langsung tak balas pulak tu. Ish!!!

Bila aku tanya kat orang lain, mesti diorang cakap yang Deng tu memang gitu. Dia ada X factor. Tapi dia tak kacau orang. Kalau ada yang mintak tolong dia je baru dia masuk campur. Risik punya risik, rupanya dia memang kepala batu punya budak. Sebab perangai dia macam tu laa dia jadi pengawas asrama. Budak-budak asrama lagi dengar cakap dia daripada kata-kata warden.

Tapi aku tengok dia tu kecik aje. Muka pun ala-ala suci gitu. Tapi bila jalan memang out laa. Nak tergelak pun ada bila teringat masa mula-mula dia halau aku dari meja dia. Mana aku tau tu hak dia. Dah semua meja berbalut. Sama je aku tengok. Tapi baru aku perasan kat meja dia ada sehelai kertas turas yang dah dikoyakkan ikut bentuk bulatan. Dah sah kertas curi la tu. Siap ada kata-kata hikmah lagi.

Pelik bila aku tengok takde sorang pun budak laki yang nak berborak dengan dia. Dalam kelas pun dia bercakap dengan Azila je. Mulut dia tu ladang emas ke? Ikut kata Syukri, dia akan bukak mulut ikut mood. Kalau mood dia balik, rajin laa dia menceceh. Kalau mood tak berapa okey, senyap je macam malaikat lalu.

Atas sebab tu jugak laa aku selalu cari jalan nak tegur dia. Setakat ni okey laa. Belum lagi dia kurang ajar dengan aku. Maknanya nak berkawan dengan dia kena pandai-pandai sesuaikan diri dengan dia. Dan aku rasa aku takde masalah nak kawan dengan dia.

Sepanjang setahun aku kenal dia, ada laa 2, 3 kali dia bertekak dengan geng si Azam. Tapi itupun sebab budak tu melampau sangat menyakat. Rasakan. Mungkin sebab sebelum ni, semua perempuan yang disakat tak melawan, tu yang Azam buat lagi. Tapi memang salah percaturan laa bila yang diusik tu Deng gangster. Gelihati aku tengok mencicit Azam and The Gang lari bila Deng dah capai kerusi nak baling diorang. Gila brutal minah kecik ni.
Tapi, aku rasa sebab keberanian dia tu laa yang membuatkan saham dia naik. Dan yang bagusnya, takde lelaki kelas lain yang suka-suka nak usik budak perempuan kelas aku lagi.

Dia cukup tak suka kalau aku tanya pasal keluarga dia. Tapi aku pun tak berapa selesa kalau orang tanya pasal famili aku. Sejak mak pergi, ayah sakit teruk. Lama jugak ayah terlantar atas katil. Beberapa hari sebelum ayah hembus nafas terakhir, baru aku tahu yang mak lari ikut lelaki lain.

Macam tak percaya je aku rasa sebab mak yang aku kenal bukan macam tu. Dalam hati, aku yakin mak tak buat benda tu. Mesti ada penjelasan yang lain. Yang pasti, aku akan cari mak sampai jumpa. Tak kira berapa lama masa yang diperlukan.

Rasa letih sangat sebab SPM dah nak dekat. Kerja-kerja kat kilang nak kena belajar jugak. Tapi takkan aku nak biarkan aje kilang komponen elektronik tu. Aku pun baru je belajar nak handle mesin milling, grinding dengan lathe tu.

Baik juga Abang Man sanggup nak tolong handle sementara aku habis periksa. Lagipun tahun depan baru boleh masukkan nama aku dalam daftar syarikat. Setakat ni, sales department yang Ah Kong jaga pun takde masalah. Cepat laa habis periksa. Nanti boleh ikut dia buat sales, jumpa customer.

Lega betul bila exam dah habis. Lepas ni boleh tumpukan kat kilang tu. Banyak benda nak kena tau. Aku rasa cemburu kadang-kadang kat budak lain yang boleh lepak-lepak pergi bowling, snuker, main game kat arked tapi aku?

Apa-apa sekali pun, aku takkan hampakan usaha ayah yang dah bersusah payah sediakan kilang ni untuk aku. Sejak tahu ayah sakit, aku dah nekad nak besarkan bisnes ayah. Aku nak buat ayah bangga ada aku. Tapi sayang, ayah tak bertahan lama.


 Masa doktor bagitau pasal penyakit ayah pun, aku macam dengar tak dengar je sebab segala penjelasan saintifik macam langsung tak bermakna pada aku. Yang aku tau, penyakit ayah takde ubat dan hanya tunggu maut. Mana-mana anak pun aku yakin tak mampu dengar nasib orang tuanya macam tu. Aku teman ayah sampai saat akhirnya.

Dan macam tak percaya yang aku mesti uruskan semuanya sendiri seawal usia 16 tahun. Tapi aku tetap bersyukur sebab pemergian ayah jugalah membuatkan aku jadi manusia yang berdikari. Dan mungkin sebab dah biasa keseorangan, aku memang takde kawan.

Bila kena marah dengan Deng masa hari pertama sekolah, dalam hati aku dah rasa perempuan ni tak berapa betul. Bukannya meja tu ada tulis nama dia. Datang bulan kot, nak marah-marah orang tak tentu pasal.

Dia ni angin kus-kus agaknya. Kejap marah, kejap baik. Tak paham aku. Bila tinggal aku dengan dia je dalam kelas masa tu, aku tengok bukan main khusyuk lagi dia siapkan kerja rumah. Tiba-tiba boleh pulak dia cakap elok-elok dengan aku bagitau pasal kelas nak kena kunci. Haaa, boleh pun bersopan. Cute!

Kata pun budak baru, mana laa aku tau peraturan semua. Hari tu pulak, Abang Ali ada hal. Dia datang lambat. Telefon pulak aku lupa nak bawak. Macam-macam hal laa. Mulut aku ni pulak ringan je menipu Deng kata ‘makcik’ aku yang datang jemput. Kalau Abang Ali dengar, mesti dia marah. Tapi Abang Ali dah tau aku selalu bergurau dengan dia.

Sejak hari tu, aku boleh laa anggap Deng tu kawan aku yang langsung tak mesra. Jadi laa daripada takde kawan langsung kan? Mula-mula rasa macam nak marah sebab dia selalu panggil aku ikut sukati dia je tapi lama-lama dah biasa. Aku lagi susah hati kalau dia senyap. Biar laa dia nak panggil aku Istimewa ke, Istighfar ke janji dia bercakap dengan aku.




"Assalamualaikum, err, boleh saya cakap dengan Isfahan?" hadoii, ni laa yang aku tak suka bila telefon rumah orang. Kenapa laa kau gatal telefon dia Deng?

"Waalaikumsalam, sekejap ye" tanpa banyak tanya, empunya suara teriak nama si Isketambola tu.
"Assalamualaikum, sape ni?" hah, dia ke? Macam lain je suara dia...Pelik.
"Aku laa..Deng. Aku nak bagitau kau je. Hari ni aku last kat sini sebab esok pagi dah nak gerak pergi kem tu" aku rasa macam nak ketuk je kepala sendiri. Pasal apa aku bagitau dia?

"Ooo. Deng, aku mintak maaf ye sebab tak datang-datang tengok kau. Aku ada hal sikit. Macam ni, kau siap. Lagi setengah jam aku sampai. Boleh?" aku angguk.

"Boleh ke tak?" Laa, dalam telefon mana dia boleh nampak aku angguk ke geleng.. Hahaha..

"Ye laa. aku bagi kau masa setengah jam. Kalau ko lambat, aku takkan kawan dengan kau lagi" Aku tersengih-sengih. Balas balik apa yang dia buat kat aku dulu.

"Ok..ok..tapi kalau kau tak letak fon, macam mana aku nak siap?" Pulak. Dengan pantas aku letak gagang telefon.

Lepas bagitau Mak Milah, warden bertugas yang aku nak keluar kejap, terus tunggu Isfahan  kat pagar. Betul-betul belakang pondok pengawal. Taknak aku kang ada lak mata-mata tak bergaji kecoh pasal aku. Lagipun ada lagi lapan orang budak yang tinggal sebab nak join kem tu nanti.
Lebih kurang 20 minit, aku nampak sebiji motor parking betul-betul depan kedai Mak Senah. Isk, takkan laa dia kot..Ayarkkk, kena naik motor ke?! Adusss...

"Weh, ko tak kata pun datang naik motor" aku dah terfikir nak balik dorm aje.
"Alaa, ni je yang aku ada. Naik laa cepat. Kau nak ke budak-budak lain nampak?" ayat nak ugut aku tak agak-agak laa dia ni..
"Ok aku naik tapi kau bawak slow-slow. Kalau tak, aku caples kepala kau. Peduli hape aku! Abis tu pantang paling besar, jangan kau ngada-ngada nak emergency break!" dalam hati, macam-macam doa aku baca. 
"Ye cik Deng. aku akan pastikan kau jejak balik hostel ni in one peace. Jangan risau" Dan motor meluncur laju mencelah trafik.


"Deng, kau lapar tak?" Haa, dah tengahari ke? hmm, patut laa rasa pedih semacam je perut aku. Tengok wayang dengan dia ni kelakar jugak. Cerita Tarzan. Okey laa..Cerita riang ria.
"Lapar laa dol. Mana nak makan ni?" sambil agak-agak, berapa sangat laa duit aku ada dalam poket sekarang ni. Takut aku tak pasal-pasal kang kena cuci pinggan.

" Haa, kita makan McD nak? Aku belanja tapi kita tapau pastu makan kat tempat lain la sebab tu port geng si Azam tu lepak. Tapi...kalau kau nak kena usik dengan dia, aku tak kisah makan kat situ" berdesing je telinga aku ni dengar lawak murah dia tu tapi...

"Hoi, ko pernah tengok ke orang naik motor beli kat drive thru tu? Eiiii, sukati ko je kan nak buat macam mana..Aku tak suka laa camni..Kang, tujuh keturunan aku tak abis disebut budak-budak McD tu tau tak? Dah le dorang tu sume kenal muka aku" dan bebelan aku bersambung topik ke topik.
Dalam pada aku membebel tak berhenti tu, tiba-tiba aku dengar bunyi hon. Pinn..Pinnn..Haa?? aku kat depan kotak order McD tu..Ya Allah, betul-betul dia beli kat drive thru aje..Rasa nak serkup je kepala aku dengan beg kertas..Arghhhhh!!! Tension!!!




2 comments: