jom jadi kawan saya

Friday 20 April 2012

SDG Part 2


"Deng, kang aku nk pinjam nota LK kau boleh?" Isfahan ni kan, betul-betul buat aku rasa semak laa. Apa yang dia buat masa cikgu ajar?

"Engkau ni buat apa dalam kelas tadi haa? Kau tido ke jual MLM? Aku punya nota Azila dah ambik dulu. Kau tanya laa orang lain. Asyik nak pinjam nota aku je" Bertepek-tepek aku berbunyi.

Bila dengar Puan Normah bersuara, barulah terhegeh-hegeh aku kemas barang. Oh, ada kelas lain dah tunggu di luar rupanya. Baru nak toleh kat budak Istimewa tu, dia dah hilang. Marah laa tu. Ada aku kisah? Sampai dalam kelas pun still buat muka lagi dengan aku. Alaaa, tak tumbuh kudis pun kat badan aku kalau kau marah. Marah laa kau sampai kiamat. Waktu persekolahan berakhir dan Isfahan masih lagi tak tegur aku.


Lepas waktu prep, berkejar-kejar penghuni asrama nak ambil supper. Malam ni pulak ada karipap dengan kuih karas. Perghhh, punya laa sedap! Siapa lambat, menangis laa jawabnya..

"Ila, kalau kau taknak, bagi kat aku ok" Azila tersengih sebab itu dialog wajib aku dengan dia bila tiba ‘hari karipap’. Memang bertuah berkawan dengan dia. Senyum aje. Belum pernah dia merungut bila ada masalah. Pendiam sikit. Bukan aku je, ramai lagi kawan-kawan yang lain cakap macam tu.

"Apasal kau sengih? Ni mesti tengah kutuk aku ye?" baru laa terdengar suara si Azila ni.
"Ha ah, habis tu nak kutuk sape lagi? Takkan aku nak kutuk tiang lampu tu pulak?" Gelak dia tak sudah, biarpun aku dah bedal empat biji karipap.

Bunyi loceng menandakan waktu tidur untuk penghuni junior membuatkan aku dan Azila bangkit ke dorm untuk menyediakan kelengkapan sekolah esok. Menuju ke katil sambil memegang radio mini hadiah daripada Kak Arah, membuatkan bertambah rindu kat dia..
Ain Safarah, satu-satunya saudara yang aku punya.

Lepas mak ayah meninggal, dia yang menjaga makan minum aku. Mungkin sebab beza antara kami agak jauh, 6 tahun membuatkan dia mengambil alih tanggungjawab orang tua kami. Semoga Kak Arah selamat dalam perlindungan Allah SWT.

Dah jadi habit aku, sebelum tidur mesti nak fikirkan agenda esok dan tetapkan misi aku. Juga mengingatkan aku cara Kak Arah. Katanya, kalau begitu, badan kita akan lebih segar dan minda kita akan lebih fokus. Masa aku kecik, mana laa aku tau minda bawah sedar ke, hape ke..

Yang aku tau, Kak Arah akan selimutkan aku dan teman aku sampai tertidur sambil dia menyiapkan kerja rumah.

Walau dah lima tahun berlalu, hanya kenangan dengan Kak Arah saja yang mampu melenakan malam-malamku. Sayang Kak Arah. Tak sabar nak tunggu dia habis belajar dan kitorang akan duduk sama-sama balik kat rumah pusaka arwah Mak dan Ayah.

Bosan kat rumah tu kalau Kak Arah tak ada. Waktu cuti pun aku duduk rumah tu sorang-sorang. Bila nak makan dan tidur malam je baru aku tumpang rumah Mak Ngah kat baruh. Kalau Kak Arah ada, macam-macam aktiviti yang kitorang buat. Cari ikan sepat, main layang-layang. Paling tak boleh lupa bila ada satu malam raya tu konon-konon nak main bunga api yang Pak Ngah bagi. Aku pun bersemangat ajak dia main sama. Macam cantik je cahaya bunga api tu kat langsir arwah mak. Aku pun bakar dua batang, untuk aku dan Kak Arah.

Puas hati aku bila tengok macam ada cahaya yang ikut pusingan bulatan bunga api tu tapi kakak aku punya laa pandai, dia halakan terus bunga api tu kat langsir. Kelam kabut kami nak padamkan api. Nasib baik api tak marak. Tahun tu kami beraya dengan langsir yang berlubang. Sejak tu tak berani lagi nak main bunga api.

Ish, rindunya kat dia!



Loceng rehat berbunyi nyaring. Ke sebab telinga aku yang berdengung. Entah laa. Yang aku tau, hari ni kena bajet sikit belanja sebab nak beli barang-barang periksa. Just around the corner!

"Nah, amik laa. Aku tersalah beli" sambil hulur air Kickapoo dalam plastic jernih betul-betul depan muka aku. Siapa ni?
"Hmmm, kau rupanya Istighfar. Tak mahu laa. Aku tak minum air gas ni. Kau bagi kat Yam aje. Dia ni, semua pun dia bedal." bulat mata Maryam bila aku menyakat dia gitu. Sambil tangan Isketambola tu menghulur air.

"Takpe lah, janji tak membazir" si Maryam ni pulak sengih laa dia bila dengar Isfahan cakap macam tu.
"Kalau hari-hari salah beli, kau cari aku ye!" alahai Maryam. Ayat kau!

Bila Maryam dah beralih ke kumpulan yang lain, Isfahan pun duduk join aku dan Azila. Bila masa aku pelawa dia duduk haa?!

"Deng, aku nak tanya tapi kau jangan marah ok" Aku angguk.
"Kenapa kau ni macam kasar sangat? Kan tak manis perempuan kasar-kasar. Dah macam gangster pulak. Dengan lelaki, asyik nak tinggi suara je. Tak ada orang nak kan kau, baru tau" pergh, ceramah waktu rehat macam ni laa yang aku tak berapa gemar nak dengar.

" Hmm, kalau macam tu senang apa. Tak payah laa famili aku pening-pening pikir majlis kawin aku sebab takde orang pun sudi kat aku ni. Nikah koboi. Jimat!!" agak-agak dia faham tak aku tengah marah?! Sah tak faham sebab ada je dia nak menjawab.

"Kau jangan risau laa. Kau kan cute. Mesti ada orang nak kat kau. Kalau kau dah takde calon, kau cari aku. Aku anytime je nak kat kau" sengihan dia membuatkan aku membayangkan kalau laa boleh aku takik tempurung kepala dia dengan parang, harus aku pulak yang kena buang daerah!

" Maaf la ye. tapi arwah orang tua aku dah warning awal-awal. Selagi tak kerja, jangan harap nak bercintan cintun ni. Lagipun, payah arr. Aku tengok budak-budak yang dah ada couple ni semuanya hampeh dalam study. Leceh betul. Sikit-sikit merajuk.macam budak kecik!" bingkas aku bangun. Tak nak panjangkan cerita. Loceng penamat waktu rehat memisahkan aku dengan si Istighfar ni sekelip mata.

Sememangnya itulah janji aku dengan Kak Arah sewaktu mula-mula masuk mendaftar kat sekolah ni. Habis SPM dengan flying colors. Mesti belajar sampai Degree sekurang-kurangnya. Kata Kak Arah, itu pesan orang tua kami sebelum meninggal dulu. Yang pasti, itu zikir aku saban malam dan membuatkan aku tahu ke mana hala tuju hidup aku. InsyaAllah, akanku usahakan sehabis baik Mak, Ayah. Dua nama keramat yang membuatkan aku rasa kuat dan sedih dalam satu masa.

Tamat waktu English menandakan habis pembelajaran untuk hari itu. Awalnya aku dah rancang nak outing dengan Azila pergi beli barang-barang periksa sama-sama tapi last minute, dia ada meeting kelab pulak. Surat outing ni Mak Limah dah sign. Takkan nak cancel. Harus pulak aku kena sembur dengan dia esok. Dah laa warden paling garang.. Kalau tak, takkanlah dipanggil Mak Limah Puting Beliung. Ish, tak baik aku ni. Takpe laa, pergi sorang pun boleh.

Menunggu bas yang tak kunjung datang ni, betul-betul buat rosak mood aku je. dah dekat 40 minit. Tak boleh jadi ni. Tiba-tiba terdengar suara bising-bising menyakat kat belakang. Hmm, budak kelas sebelah, geng si Azam rupanya. Asyik nak buat kecoh tak sudah. Tak kuasa aku nak layan. Cepat-cepat aku masuk ke dalam bas. Patut laa lambat, bas penuh. Takpe. Berdiri pun, berdirilah. Rimasnya kena himpit. Kalah sardin dalam tin.

"Hai cik adik, outing ke? Nak abang temankan?" Grrrrr..Sebalnya hati, sakitnya telinga. Aku memang tak suka betul drama ‘Gila-gila Remaja’ macam ni.

"Hoi mangkuk, makan minum mak ayah kau yang bagi, sepender pun orang tua kau yang beli..Ada hati nak ngorat anak dara orang!!!" Baru dia dengar suara Deng Gengster bila marah. Bukan main kuat lagi kawan-kawan si Azam ni bersorak. Huh!
"Woi, kau ingat kau tu lawa sangat ke aku nak ngorat?? Pegi blah laa wei. Budak kampung!!" baru je aku nak laserkan Azam balik, ada pulak suara mencelah.

"Kalau kau dua orang nak bertekak, pakcik turunkan kau sekarang!" Tiba-tiba terasa ada tangan yang menarik aku kasar turun dari bas.

"Kan aku dah kata, kau ni ganas sangat. Dengan budak macam tu pun kau nak gaduh." dah mula dah ceramah free Isfahan kat aku. Bla..bla..bla..

"Kenapa hari ni kau naik bas? Bukan selalu makcik kau amik ke? Aku nak pergi beli barang la" malas aku nak layan isu basi. Tukar topik, selamat sikit. Hehehe..Nasib baik kedai yang aku nak pergi tu dah dekat. Kalau tak, memang aku kerat 18 tangan budak Isfahan ni sebab memandai je tarik aku turun bas. Kan dah kena jalan kaki sekarang.

"Aku pun nak beli barang exam jugak. Jom laa pegi sesama. Nanti aku belanja kau makan ok. Kau outing sampai pukul 6 kan? Sebelum 5.30 aku hantar kau balik" Nasib baik aku nak kejar masa. Kalau tak, taknak aku terhutang budi kat orang lelaki ni.

“Wei, ko ni tak boleh ke pakai beg sekolah tu betul-betul sikit. Tu kan beg sandang, maknanya pakai kat belakang. Bukannya pakai kat depan macam dukung koala!” geramnya aku kat dia ni. Ringan je mulut dia nak komplen cara aku pakai beg. Aku punya suka laa nak pakai macam mana pun.
“Eh, kau ni memang cita-cita nak jadi mak nenek ek? Aku pakai macam ni ada sebab laa. Bukan suka-suka. Yang kau sibuk kenapa?” lagi erat aku peluk beg Billabong biru tu.
“Cuba kau bagitau aku apa sebab tu? Nak tau gak, kot-kot memang fesyen sekarang ke?” dia ni memang betul terror provoke aku laa.

“Sebab aku rasa selamat daripada dikutuk budak laki kat sekolah tu. Mata korang ni bukan boleh percaya. Lagipun, kalau sandang kat belakang, takde laa tudung aku komot. Puas hati kau, mak nenek?” dia boleh senyum pulak dengar jawapan aku tu. Gasak kau laa.

2 comments:

  1. hahaha...ketawa berdekah2 baca citer nih...best mengimbas memori daun pisang mse kt skolah...bdk laki nakal rse mcm nk lempang sekor2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. <--- ketawa jugak..bkn psl citer ni, tp psl komen iboo..hadoi laa..wakakakaka..

      *sambung lg ketawa siap tepuk2 meja*

      Delete