jom jadi kawan saya

Thursday 10 May 2012

Manik Suci Part 2

Sampai kat klinik Dr. Borhan, terus mamat tu melaung lagi. Kali ni taknak kena cucuk jarum pulak. Ish, mengada-ngada betul. Naik meluat pulak aku tengok. Agaknya anak orang kaya memang pe’el gini kot? Tadi suruh sangat hantar pergi klinik. Dah sampai, loktang pulak. Hish!!

Kalau aku laa yang jadi mak datin tu, aku tepukkan sekali bibir dia biar hilang bengkak tu. Yang gatal pergi kat tebuan tu buat apa? Maklong pun beriya pujuk suruh amik injection tu. Dah macam budak darjah satu je. Kalau macam ni punya tolak tarik, bila nak sampai rumah? Baik laa aku ni menumpang, kalau tak memang aku tinggalkan aje mamat mulut bengkak tu kat klinik ni. Dah sudah injek baru aku amik balik.

“Eh, ko ni memang tak malu ek nangis macam budak kecik? Injek je laa. Dah berlumut aku nak tunggu tahu?” syok betul dapat sound dia masa mak datin dengan maklong keluar dari bilik doctor tu.

“Hoi, yang ko sivuk ni nafe? Mulut ko ke? Jarum tu tajam tau tak? Kalo aku meninggal camne?” eh, pandai menjawab jugak rupanya. Ingatkan pandai menangis aje.

“Hoi, kalau ko meninggal, tu dah ajal ko. Bukan sebab jarum tu tajam ke tumpul. Sengal! Kau jangan nak mengada-ngada ek. Dah dekat dua jam kita kat sini. Kalau lepas ni ko taknak injek gak, memang aku bagi ko lagi sebijik. Biar mata ko pulak yang bengkak!” terus aku bukak pintu panggil doctor.

Bila aku perasan yang budak mengada-ngada ni nak bangun, cepat-cepat aku aku tahan bahu dia, tak bagi dia bangun dari kerusi. Ooo, kau nak lari ek? Jangan harap!
Pintu terbuka dan aku nampak mak datin, maklong serta Dr. Borhan masuk. Muka mak datin tu semacam je bila tengok aku pegang bahu anak dia.

“Err, datin. Tadi Darius kata bahu dia sengal. Tu yang saya panggil doktor. Dia cakap dah boleh injek dah.” Sambil pandang muka Darius, aku besarkan biji mata. Biar dia tahu yang aku tak main-main. Tak kira laa kau dah 25 tahun pun. Macam budak 5 tahun ada laa.

Aku tahu bengkak tu makin sakit sebab dalam masa 2 jam, dah tentu bisa tebuan tu makin merebak dan pasti takkan surut. Bila aku tengok Darius makin meronta-ronta, sempat aku cubit belakang dia. Ish dia ni, bukannya mati pun kena cucuk jarum tu.

Bila jarum yang dipegang Dr Borhan makin dekat, dengan segera aku tutup mata Darius. Kalau dia tak nampak, mesti dia tak tau bila jarum tu nak menikam kulit dia kan?

Terdengar ketawa mak datin dengan maklong. Gasak laa. Yang penting, aku nak sampai cepat sebab aku dah bosan kat klinik ni lama-lama.

“Arghhhhhhhhhhhhh…” akhirnya, selesai jugak kerja doktor tu. Yang pasti selepas aku masuk campur. Kalau tak, mesti sampai esok pun tak sudah.

“Haa, elok je ko bernyawa. Belum sampai lagi ajal ko kat hujung jarum tu” sempat jugak aku bahasakan dia. Tapi dia jeling macam laa aku ni ada buat dosa besar kat dia. Eleh, itu pun nak marah!

“Terima kasih ye Uci. Kalau takde Uci tadi, tak tahu laa berapa lama nak berkampung kat sini” lega suara mak datin singgah kat telinga aku.

“Alaa, takde apa-apa tu Datin. Saya tau, memang sakit kena sengat tebuan tu. Lagi lama tahan aje, lagi bengkak laa dia. Agaknya anak Datin dah tak tahan sangat kot. Tu yang dia mintak jugak injection tu” hmm, memandai je aku bagi alasan.

“Tapi saya pelik jugak sebab memang dia ni tak pernah macam ni. Buat laa apa pun. Takkan dia nak kena cucuk dengan jarum. Bagus laa, dah ada yang boleh pujuk dia lepas ni” aik, ye ke sampai macam tu sekali dia takut jarum?

Dengan orang lain, boleh laa kau nak mengada-ngada macam tu. Dengan aku, pun boleh jugak. Boleh jalan!

Dalam kereta, aku duduk belakang dengan Darius tersandar menahan sakit. Datin Darina pandu kereta dan maklong duduk di sebelah mak datin. Aku pun tak tahu laa sakit mulut ke, sakit kena cucuk jarum tadi. Pada aku, yang penting kitorang dalam perjalanan nak ke rumah mak datin tu.

Daripada cerita-cerita mak datin dan maklong, aku tahu yang Darius ada seorang abang, Darian dan ayah, Datuk Dahlan. Ikut kata mak datin, kerja aku cuma tolong dia menjahit manik je nanti tapi aku ni mana tahu dok diam-diam.

Lagipun baju-baju datin tu belum ada yang dah siap. Kena tunggu ada sehelai dua baru boleh jahit manik. Sementara ni, aku boleh tolong maklong dulu buat apa-apa yang patut. Sampai je kat rumah, aku pun keluarkan beg pakaian dari bonet kereta. Aku pandang keliling. Senyap sunyi. Agaknya yang lain belum balik kerja kot.

“Kak, bawak Uci ke bilik dia. Saya nak hantar Darius ke atas. Akak tolong buatkan bubur dia ye. Malam ni kita makan bertiga je laa. Tadi Datuk dah sms saya, dia makan kat luar dengan Yan” aku mengekor belakang maklong bila dengar Datin Darina cakap begitu.

Sempat jugak aku nampak muka Darius macam tak puas hati je kat aku. Lantak kaulah! Aku ni kesian je kat kau tahan sakit lama-lama kat klinik tadi. Kalau aku tak paksa, mahu kena lepak kat klinik tu 3 hari 2 malam. Baik laa aku kat sini tak lama, 3 bulan aje. Sengsara kalau dapat insan serumah macam ni.


Selesa jugak bilik ni kalau nak bandingkan dengan rumah aku kat kampung. Lepas selesai kemaskan kain baju, aku pun terus pergi dapur dengan niat nak tolong mak sedara aku tu buat kerja. Tapi tiba-tiba aku dengar Datin Darina panggil aku.

"Uci, nanti lepas makan, kita tengok lakaran baju-baju tu ye. Nanti kita bincang nak pilih design yang macam mana nak jahit kat baju-baju tu. Saya harap Uci selesa laa kat sini. Rumah biasa je Uci" hmm, berbasa-basi mak datin dengan aku. Rumah macam ni punya luas dia kata biasa-biasa aje?

"Tapi rumah Datin besar sangat kalau nak banding dengan rumah Uci tu" malu-malu je aku bersuara. Itu fakta, bukan auta. Memang ada yang tak betul laa kalau aku kata tak selesa tinggal kat sini.

"Err, macam mana anak Datin tu? Dah ok?" tiba-tiba teringat kat si mulut bengkak yang mengada-ngada tu

"Owh, maksud kamu Darius? Dah lelap pun. Lepas makan ubat tadi senyap aje dia atas katil tu. Kalau tak, groong grengg laa dia main gitar. Lemas Uci oii!" balas mak datin mesra. Aku hanya mampu gelak dengar susunan kata Datin Darina tentang putera bongsu dia tu. Putera bengkak yang bongkak!

Aku tersengih sendiri bila dengar kata hati bersuara. Tak baik aku kutuk dia macam tu. Tapi aku tak boleh tahan sangat perangai mengada-ngada dia tu laa. Agaknya, sebab tu laa aku tak ada adik. Sebab aku ni kurang dos kesabaran.

"Nanti kalau tak menyusahkan Uci, tolong laa maklong sekali ye apa yang patut. Lagipun kena ada baju baru boleh jahit manik kan?" berlapik je bahasa mak datin ni.
Mesti laa aku akan tolong maklong apa yang patut. Takkan nak duduk goyang kaki aje.

"Dah, jom kita makan dulu" aku pun apa lagi, macam orang kebulur dihulurkan sepinggan nasi beriyani gam laa.


5 comments:

  1. Putera bengkak yang bongkak.. mcm tally je bunyik tu kan.. hek eleh Uci.. dah suka tu tp sajer je wat cerita kan..

    Pe pun.. the best la dear.. layan sungguh dgn Uci ni, rasa cam kenal rapat je.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. suka la watak uci ni sempoi.... sambung lgi!!!

    ReplyDelete
  3. Suka Uci giler.... Lambang gadis independent zaman sekarang...hehehehe. Agak2, Darian tu akan falling for Uci x ekk...?

    ReplyDelete
  4. he3x..garang jg rupanya Uci ni:)

    ReplyDelete
  5. tq uols...apa jadi lps ni, tgu next N3 hokeh...

    ReplyDelete