jom jadi kawan saya

Monday 7 May 2012

SDG Part 8


Tapi lagi lama aku tunggu, lagi aku tak sabar. Aku nak tau jugak yang dia terima aku ke tak? Last day kat rumah tu, aku dah tak boleh nak tunggu lagi. Dah berapa hari Deng ni mengelak tak nak jumpa aku langsung. Aku dah takde cara lain nak jumpa dia. Kena keluarkan jugak jurus terakhir ni.

“Perhatian kepada cik Adelin Syaurah yang kat tingkat dua tu. Sila turun bawah sekarang kalau taknak malu. Saya kira sampai 5. Kalau tak, awak tau kan apa yang boleh buat? Satu..dua..” haa, aku nampak dia bukak sliding door rumah dia dengan muka marah.

Sambil tunjuk penumbuk sebijik kat aku, dia turun. Kelam kabut aku turun sekali. Kalau dia nak tumbuk aku kali ni pun aku terima. Kalau itu laa cara dia aku dapat bercakap dengan dia, aku sanggup!


“Kita kena bagi peluang pada diri sendiri tengok dunia yang lagi luas. Jumpa lagi ramai orang. Aku taknak bila kau dah kawan dengan aku sekarang, kau cinta mati kat aku. Tapi bila kau dah kerja, kau jumpa orang lagi lawa, baik, cun daripada aku, nanti kau buang aku macam sampah. Itu sebenarnya yang aku nak elakkan. Aku harap sangat kau faham” masuk akal jugak ayat dia tu. Ok, deal! Kita KIV sampai kita dapat job.

“Tapi kalau dah tertulis jodoh aku dengan kau, aku terima. Kita doakan yang terbaik aje ye” aku rasa macam dah nak habis oksigen je dengar dia cakap macam tu. Bestnya! Alhamdulillah.

“Ok, aku faham. Terima kasih sebab sudi sediakan ruang untuk aku walau terlalu kecik ruang tu aku rasa. Asalkan kau tak lupakan aku dah laa. Aku pun nak mintak maaf atas semua yang aku dah buat kat kau. 0-0 eh” jujur tau kata-kata aku tu.

“Aku pun nak mintak maaf gak kat kau. Sebab dulu aku siku kau. Tapi serius aku nak kau tau yang aku suka apa yang kau cakap kat sebelah khemah aku dulu tu” dia senyum kat aku laa. Err, senyuman ikhlas ok.

Perbualan yang paling aku suka sepanjang aku minat kat dia. Dan aku pegang kata-kata tu. Memang aku kumpul duit secepat mungkin laa lepas ni.


Jalan-jalan kat Jusco Ayer Keroh memang bosan kalau takde apa-apa yang nak dibeli. Buang duit, buang masa! Tapi aku suka tengok orang lalu-lalang kat situ. Apa punya hobi laa kau ni Deng..Tepat pukul 3.15petang, cukup laa kot hobi aku nak membazirkan masa tu. Tiba waktu untuk berangkat pulang.

Aik, kenapa banyak pulak beg plastik aku nih? Rasanya tadi macam tak beli apa sangat..Berat weh! Owh, ini la jadinya kalau nak membeli tapi tak buat list. Capai aje apa yang berkenan. Kalau boleh hari ni jugak duit tu nak dihabiskan. Baik laa parking kereta dekat aje. Dah setengah troli aku borong barang hari ni.Dalam pada nak berkejar ke kereta tu, entah macam mana boleh pulak plastik barang tersangkut kat dahan pokok hiasan ni. Habis berterabur barang-barang aku. Hwuaaaaa..dah datang rasa nak saman Jusco ni. Aiseh, malu dowh! Cover Deng..cover..Ramai orang tengok tu!

Yang orang ramai lalu-lalang ni pun satu, bukan nak tolong aku angkat barang, gelakkan lagi ada laa. Eiiii, ikutkan hati, nak aje aku bertukar jadi Sang Kelembai.. Senang sikit aku nak sumpah orang yang dok gelakkan aku tu. Rasa serabut sampaikan aku pun tak tau aku marah kat siapa. Tiba-tiba ada orang hulur bungkusan biru kat aku.

"Awak punya ke ni?" aku confirm tu suara lelaki.

Weiii, pad aku laa!!! Mana nak sorok muka ni?! Aduhai..tiba-tiba aku mengharapkan kulit aku bertukar menjadi sesumpah. Senang sikit nak bertukar warna.

"Err, hehe..saya punya. Thanks ye. Tak perasan tercicir" Malu tak  terkata apa dah. Segala macam warna ada kat muka sekarang. Kuning, hijau, biru, merah..Semua ada. Cepat-cepat aku sambar benda tu sambil lari-lari anak ke kereta. Pheww! Lega betul.
Harap-harap kejadian tu tak termasuk laa dalam rekod cctv Jusco ni. Moral cerita, lain kali nak beli pad..beli aje kat kedai nyonya pastu suruh dia balut elok-elok. Hmm.

Sampai rumah, angin aku bersisa lagi. Lepas makan, macam biasa, aku akan call Kak Arah. Penat aku potpet-potpet dengan dia. Paling tak tahan bila dia ketawa gegak-gempita macam gergasi bila aku bagitau pasal pad bertabur kat Jusco tadi. Bertepek-tepek bunyi benda kena tepuk.

Entah apa atau siapa yang jadi mangsa, tak tau laa aku. Nasib laa kau jauh kak. Kalau kau ada depan aku ni, memang aku tepuk aje mulut tu. Tiba-tiba, dia tanya aku pasal Isfahan. Terkejut, kelu, tergamam..semua ada. Rupanya, dia dah menetap kat sini. Kak Arah kata lagi yang muka dia pun dah lain benar. Masa diorang terserempak tu, Abang Aziz yang kenal. Ye laa, takkan cikgu pun si Isketambola tu tak kenal, kan? Abang Aziz jugak laa yang cerita pasal kitorang kat sekolah dulu.

Ishh, cikgu-cikgu pun tau gosip ye? Tapi apa laa yang nak digosipkan. Bukannya aku ada apa-apa pun dengan Istighfar tu.

Seronok jugak bila kenangkan balik semua gelaran yang aku bagi kat dia. Istighfar laa, Isketambola laa, Istimewa laa..nasib baik tak Istinjak. Sorry ye Encik Isfahan...Alaa, kalau ada rezeki mesti jumpa jugak kan. Bukan besar mana pun bandar ni. Tapi ada harapan yang besar untuk aku jumpa dengan dia secepat yang boleh. Biasalah, nak tau cerita kawan lama. Tak boleh ke?

Minggu ni giliran Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah pulak untuk kami buat kenduri tahlil. Dah jadi kewajipan untuk aku dan Kak Arah buat majlis tahlil di rumah anak yatim untuk arwah Mak dengan Ayah sejak aku bekerja. Lagipun, Kak Arah dah selesaikan upah haji untuk kedua-duanya. Dengan buat macam ni, aku rasa diberkati walaupun dah lama diorang takde. 

"Assalamualaikum. Apa khabar semua?" suara yang macam biasa aku dengar. Is kuasa dua ke? Takkanlah...Suara adik-adik menjawab salam perlahan terdengar. Ya Allah, keciknya dunia. Tapi apa yang dia buat kat sini?

"Allahuakbar, Deng ke? Lainnya rupa" Aku senyum aje dengar ayat dia yang cliche tu. Memang laa lain. Dah tak jumpa dekat 6 tahun. Apadaa..

"Kau buat apa kat sini?" tu soalan berbasa-basi namanya. Nanti kau kata aku kedekut lagi. Kedekut budi bahasa.

"Hmm, aku mengajar tuisyen free kat sini. Tiap-tiap minggu aku datang, tak pernah nampak kau pun. Kau pulak, buat apa kat sini?" aneh sangat ke aku kat tempat macam ni ek..

"Aku nak beli tempat ni. Nak buat muzium" siap pandang-pandang aku buat muka tak percaya. Lantak kau lah. Tapi aku tak sampai hati nak kelentong dia lagi. Bila dia tahu apa tujuan aku sebenar, dia cuma tersenyum. Kurang percaya, mungkin.

"Sukati kau lah, nak percaya ke tak tapi ini je yang aku mampu buat untuk orang tua aku setakat ni, Lagipun aku kan anak yatim piatu. Sekurang-kurangnya, kat sini aku ada ramai lagi adik, kan?"

" Kau dah kahwin?" Adusss, ini laa yang aku tak berapa nak gemar nak jawab.

"Aku tunggu kau pinang aku laa. Dah bertahun tau tak. Senyap aje" Aku tengok muka dia dah lain. Suasana seakan sepi seperti masa terhenti. Dia tunggu aku lagi ke? Aku rasa macam dah salah pilih waktu untuk bergurau dengan Iskandar.

"Weh, takde laa. Aku gurau aje. Kita kan geng" Aku beredar bila Ustazah Akmar mengatakan yang majlis akan dimulakan. Tanpa aku sedar, ada satu hati terhiris...

Kalaulah kau tahu apa yang aku lalui Deng, mesti kau tak cakap macam tu kat aku.
Lepas habis study dulu, tak tunggu konvo pun aku terus masuk kerja kat resort arwah Papa dan Mama. Memang aku mula dari bawah. Betul-betul bawah. Angkat beg guest, simpan kereta, cuci pinggan pun pernah. Sikit-sikit aku belajar dan naik sampai laa aku tau nak handle A sampai Z. Sebab tu jugak laa aku berani nak bukak satu chalet tak jauh dari resort ni.

Dah berapa tahun tak mengejar Deng, dan kesibukan kerja dengan banyak tempat aku nak kena perhatikan buatkan aku lupa Deng sikit demi sikit.

Kehadiran seorang guest perempuan yang selalu datang resort ni buat function untuk ofis dia memulakan hubungan baik aku dengan Anis. Mulanya aku just nak bagi dia diskaun sebab dia rajin sangat datang sini. Tengok muka dia pun sweet je.

Tapi aku perasan tiap kali dia datang mesti riak muka dia redup aje. Bila dah banyak kali kitorang makan sama-sama, dia mula luahkan rasa hati ditinggalkan boyfriend. Kesian pulak aku tengok dia. Awek cun macam tu pun ada kena tinggal ek?

Mula-mula aku setakat mendengar kisah hati tapi lama-lama aku pulak yang tersangkutkan hati aku kat dia. Memandangkan Deng pun tak dengar khabar berita, aku pun mula rasa yang Anis adalah perempuan untuk aku. Lepas yakin dengan keputusan hati, aku pun lamar dia dan rupanya dia pun suka gak kat aku.

Lepas beberapa lama pertunangan kami berlangsung, aku dapat rasakan sesuatu yang lain, yang tak kena dengan Anis. Bila aku tanya, mesti dia marah-marah. Kata aku ni menyibuk hal peribadi dia. Salah ke kalau aku ambik berat orang yang aku sayang?

Kenapa laa perempuan ni selalu buat aku sakit kepala ha? Tak paham betul aku dengan dunia diorang ni. Tak layan sangat, dikatanya tak menghargai. Bila tanya, dikatanya penyibuk. Habis, nak macam mana lagi?

Aku pun tak tau mana silapnya hubungan ni. Aku ikhlas sayangkan dia sepenuh hati. Sampaikan pengasuh masa aku kecik yang aku panggil Mak tu pun tegur pasal perangai tunang aku tu. Dah tak nak jejak kaki kat rumah Mak lagi. Kalau datang pun, tak panas punggung dah nak balik. Malu aku!

Lama aku memendam perasaan, akhirnya satu hari dia datang kat resort nak jumpa aku. Ada hal penting. Dalam hati aku dah rasa tak sedap je. Macam nak terima berita tak baik. Aku gagahkan langkah jugak pergi jumpa dia. Betul sangkaan aku. Dengan selamba dia cakap yang boyfriend dia dah balik Malaysia.

Dan yang paling aku perit nak dengar rupanya diorang dah terlanjur! Aku ni cuma tempat pelepas sunyi dia je rupanya. Tak sangka aku sebegitu hina aku pada pandangan dia. Takpe laa. Aku bukan pak sanggup.

Bila aku dah timbang masak-masak, aku suruh dia pilih masa tu jugak. Sama ada aku ceritakan perkara sebenar penyebab putus tunang ni kat keluarga dia atau dia yang datang jumpa famili aku mintak putus. Dah aku jangka, mesti dia datang mintak putus.
Cuma aku terkilan bila dia datang tak beradab langsung. Takde kata maaf walau sepatah.

Lepas dia letak cincin atas meja depan Mak, dia keluar. Macam tu aje. Tapi aku bersyukur sebab dia mengaku. Takde laa aku rasa tertipu kalau dapat tau lepas kami nikah.

Nak bawak hati, aku cuba mohon jadi tenaga pengajar kat Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah. Alhamdulillah dapat. Setakat 2 hari je seminggu. Bukannya aku nak duit sangat. Dapat jugak aku release tension sebab lagi lama aku kat resort dan chalet tu, lagi aku sakit hati teringat kat Anis.

Tak tau kenapa, sejak akhir-akhir ni aku selalu teringat kat Deng. Apa khabar dia sekarang? Kata orang, kalau kita ingat kat dia, dia pun ingat kat kita. Boleh caya ke?

Dan sememangnya aku percaya kerana kini dia berdiri di depan mata...

6 comments:

  1. hadoiii... susah betul jadi rebutan ni.. err.. sampai k.yus pun tak tau nak suh pilih yg mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gengster kiut mmg camtu kakyus!

      ~ayat penyata seorang gengster~

      Delete
  2. kesian la dapat tunang mcm tu . nasib baik x jadik kaweng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eksen sgt kot dpt balak dok obersi..ni ler nama nya, lelaki yg baik utk pompuan yg baik..

      Delete
  3. sian iskandar..uhuuu...sedih la plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp klo xputus dgn anis, xjumpa blk dgn Deng..hmm..

      Delete