jom jadi kawan saya

Tuesday 8 May 2012

SDG Part 9

Meeting tergempar dengan Pak Ayob, GM syarikat tadi sedikit sebanyak membuatkan aku terasa lelah sangat kerja kat sini. Letih tau tak bila semua kesalahan orang lain, kita pulak yang nak kena jawab! Ingat aku ni kaunter penerangan nak kena bagi jawapan itu ini. Bawak-bawak bersabar Adelin Syaurah!

Kadang-kadang pernah jugak terlintas, ini ke jawapan doa aku selama ni? Memang aku mintak keberkatan dalam rezeki tapi kalau hari-hari asyik 'berzikir' je sebab bengang dipersalahkan, siapa yang boleh tahan? Mungkin rezeki aku dengan syarikat Pak Ayob setakat ni aje. It's ok. Bumi Allah ni luas. Optimis kan aku?

Kehilangan barang kelengkapan di hospital membuatkan syarikat rugi hampir RM30 000. Ada ke Pak Ayob nak suruh aku ganti? Banyak cantik muka dia! Rugi RM30, 000 bising sangat tapi bila dapat untung RM300 ribu buat bodoh je, bonus pun tak nampak bayang!

Ini yang aku malas nak tempuh sebab segala cadangan aku untuk elakkan benda-benda macam ni awal-awal dapat tender dulu, semua ditongsampahkan. Sekarang ni, bila dah jadi hal baru terhegeh-hegeh nak salahkan orang itu, orang ini. Sorry laa, tak kuasa mak!

Atas persetujuan bersama, notis berhenti satu minggu dibenarkan. Kalau nak diikutkan, kena hantar notis dua bulan tapi aku bagi alasan baik punya. Iema tau semua kerja aku kat situ. Selesai!

Benda pertama yang aku harus buat, taip surat resign. Pagi-pagi esok aku nak hantar. Aku dah tak peduli apa kata yang lain. Yang pasti, lepas aku hantar surat tu baru laa aku nak inform Iema sebab aku tau mesti dia lorat nak ikut jejak langkah aku. 

Lepas fax surat resign pagi tu, aku interkom Iema suruh dia tunggu nak makan tengahari sama-sama. Last day, apa salahnya kami makan besar sikit. Lagipun, dia antara staff aku yang terbaik setakat ni. Banyak yang dia belajar selama dia jadi PA aku.


Hampir tiga tahun kami kerja bersama, belum pernah lagi aku clash dengan mana-mana temujanji. Tak ada pelanggan yang dia tak kenal. Tak ada pembekal bermasalah yang berurusan dengan kami. Segalanya lancar. Harap-harap ketelitiannya tu diteruskan walau siapa pun bos dia nanti.

Becok mulut dia tanya, apa mimpi aku belanja dia makan tengah-tengah bulan. Memang aku selalu belanja dia kalau dapat gaji atau bonus. Kalau aku ada meeting dengan pelanggan lelaki pun memang aku angkut dia. Bila dah selesai semua hidangan, baru aku bukak mulut pasal berhenti kerja. 

"Sampai hati akak. Aku pun nak ikut laa!" memang kalau kat luar, kitorang selalu beraku-engkau dan dia panggil aku 'akak' aje.

"Kau jangan nak ngengada ek! Aku bukan apa Iema, kalau aku berhenti, nak cari kerja lain senang sebab aku dah bertahun pengalaman. Senang-senang je aku nak dapat gaji macam sekarang. Tapi kau rasa kau boleh ke dapat basic sama macam kau dapat sekarang kalau kau mintak kerja lain?" Dia menung sambil straw tak lepas dari bibir. 

"Dah, tak payah nak pening-pening kepala. Kerja elok-elok. Ada apa-apa tak paham dengan bos baru, kau tanya aku. Silap hari bulan, kau pulak yang ganti tempat aku. Hahaha" ayat sekadar menyenangkan hati Iema.
 
"Tak mau laa kak. Nanti kang, kalau ada lagi barang-barang hilang, aku kena buang macam kau" bukan main pantas lagi mulut tak insuran budak ni menjawab eh!

"Aku sumpah kau jadi belalang karang! Bukan aku kena buang laa wehhh. Aku quit! Dah tak kuasa aku nak layan Pak Ayob tu. Biarkan dia rasa. Dulu, aku suruh buh cctv taknak. Suruh letak tempat kunci jam pun takmo. Ada ke tempat camtu punya besar, nak suruh ronda je? Ehmm, tu namanya bagi sedekah amal jariah kat pencopet je laa"


Dah dua hari aku lepak kat rumah. Tengah memikirkan sama ada nak terima offer daripada Zaki, adik Pak Ayob yang beriya-iya ajak aku kerja dengan dia atau teruskan rancangan asal bukak bisnes sendiri. Selama ni pun, bisnes doorgift online aku memang belum pernah putus.

Duit tu laa yang aku topup duit tabung untuk upah haji arwah Mak dan Ayah. Senang pun senang. Pelanggan order, masukkan duit dalam akaun aku, siapkan tempahan, hantar. Selesai. Tak payah aku nak dengar potpet-potpet Cik Kiah. Bagus kan pelanggan aku.

Lepas berbincang serius dengan Kak Arah pasal tempat kerja aku, dia pun galakkan aku buat bisnes doorgift tu fulltime. Lagipun, aku dah kenal ramai orang. Mungkin bila dah establish, boleh tambah lagi apa-apa yang patut. Lagipun, sampai bila nak jadi hamba orang. Besar mana pun jawatan dalam syarikat, selagi kita makan gaji selagi tu laa kita jadi pak angguk.

Aku setuju dan petang tu jugak aku pegi daftar bisnes kat SSM. Apa lagi mau tunggu kan? Aku harap langkah aku kali ni betul. Dengan sokongan semua, insyaAllah aku yakin aku boleh berjaya.Tak tau laa macam mana nak bagitau Kak Arah pasal projek baru aku ni.

Kak Aya tauke kedai kraf, salah satu regular customer aku. Sekarang dia nak buka satu lagi cawangan kat Melaka. Pagi tadi bukak emel, nampak 'permintaan' dia yang nak aku supply potpuri, 'wall hanging' dan sarung kotak tisu sebagai permulaan.

Boleh ke aku nak kejar tu semua. Macam tak larat je nak buat. Bila difikirkan balik, macam tak percaya je aku, Adelin Syaurah a.k.a Deng Gangster boleh buat semua ni..

"Eh, pandai kau jahit beg ni? Tangan kau bukan kayu ke?" Hawau betul mulut si Isketambola tu kan. Dah keluar bahasa sopan aku tapi tangan Isfahan ralit dok belek-belek beg sekolah aku.

"Tolong sikit ek. Tengok orang laa. Untung tau tak sape yang kawen dengan aku nanti. Semua tau beres aje" bukan nak riak, tapi betul laa kan?

"Kalau macam tu, aku book kau laa..Senang aku lepas ni. Tak payah susah-susah cari calon. Kau bagi aku masa 10 tahun, bila aku dah stabil nanti aku cari kau, kita kahwin!" Bukan main 100 peratus yakin lagi ayat dia. Kalau ikutkan hati, mau je aku debik dia sekali. Aku sengih aje laa.. Alaa, ayat budak sekolah. Bukan boleh pakai sangat!

Haaa!!!!! ( Kau bagi aku masa 10 tahun, nanti aku cari kau, kita kahwin!) E eh, nak ikut-ikutkan, sekarang ni dah 10 tahun laa. Dia muncul balik sebab nak tuntut janji ke ha? Pening..pening..

Lagu kumpulan Coco "Untuk Diriku" kat telefon betul-betul buat aku terkujat. Kacau betul laa..Nak berangan pun tak boleh. Nombor siapa ni? Belum pernah lagi aku bagi nombor peribadi aku kat orang yang aku tak kenal. Kalau nombor bisnes, siapa dan bila pun aku tetap angkat. Hmm, manatau kot-kot Kak Arah guna nombor baru ke, ada hal penting ke kan?

"Hello, assalamualaikum" mula-mula aku yakin yang memanggil tu Kak Arah atau Abang Aziz.

"Waalaikumsalam. Boleh saya bercakap dengan Deng?" Ni bukan suara Abang Aziz. Garau semacam je? Siapa pulak nih? Aku dah mula fikir yang bukan-bukan.

"Siapa ni? Saya tak kenal awak laa. Mana awak dapat nombor saya?" Garang tau aku ni..

"Allahuakbar. Deng, aku laa Iskandar. Kau yang bagi aku nombor ni kat rumah anak yatim hari tu. Kau ingat tak?" Ye ke aku ada bagi? Serius aku tak ingat langsung tapi takpe laa. Bukannya aku tak kenal dia kan.

"Owh, kau rupanya. Ada apa yang aku boleh tolong kau?" tak pernah-pernah aku tanya dia macam tu walau masa kat kolej dulu.

"Mesti laa ada yang kau boleh tolong dan benda ni pun kau sorang je yang boleh buat. Orang lain, aku tak percaya laa nak mintak tolong" macam berat je bunyinya. Menakutkan tahu..

"Kalau setakat nak belanja makan, aku on aje tapi nak mintak tolong lebih-lebih, tengok dulu laa. Aku tak berani nak janji. Hah, apa dia?" tak suka betul aku kalau cakap meleret-leret ni.

"Macam ni, aku nak mintak tolong kau teman aku jumpa kawan kejap. Pukul 9 aku ambik kau kat rumah. Kau bagi alamat rumah kau" hmm, apa salahnya tolong kawan. Setakat jumpa kawan lama dia. Err, kawan laki ke perempuan ek? Aiseh, dia dah letak pulak. Tak sempat nak tanya. Hmm, takpe lah. 

Kenapa laa bila aku teringat kat Isketambola istimewa tu, mesti Is kuasa dua ni nak menyelit jugak! Haihhh..Aku kemas apa yang patut sambil fikiran ligat mengagak agenda malam karang.

Lepas sekian lama asyik menolak ajakan Iskandar nak keluar, kali ni memang aku tak kisah nak terima. Lagipun, sekarang dah kerja dan aku yakin dia ikhlas nak bersahabat dengan aku. Mesti ada hal penting laa nak jumpa kawan dia sampaikan nak mintak tolong aku tu.

Tolong kawan lama, apa salahnya.



Apa baju nak pakai nih? Hijau, biru, merah, coklat, hitam..semua rasa macam tak kena je. Alaa, sarung aje laa apa-apa baju pun. Bukan kau pergi dating pun dengan dia! Lagi mau hegeh-hegeh. 

Pinn..Pinn! Erk, dah sampai? Pinn..Pinn..Ye la..ye la. Aku turun sekarang.

Tak menyempat-nyempat laa dia ni!Lepas kunci pintu pagar, cepat-cepat aku masuk dalam kereta. Lambat pergi, lambat pulak balik karang. Esok pagi-pagi aku ada hal. Order potpuri pun nak kena hantar sebelum pukul 10 pagi.

"Weh, aku tak boleh lama-lama tau. Esok aku banyak hal laa. Dah jumpa kawan kau tu, kita terus balik eh" macam aku pulak yang jadi bos, bagi arahan. Dah biasa. Hehehe.

"Hmm" dia sekadar angguk kepala aje. Apasal muka dia ni lain macam aje ek? Malas aku nak tanya orang yang tak mau kongsi masalah ni. Kang dia kata aku busybody pulak.

Perjalanan yang tak sampai 20minit tu rasa macam lama sangat pulak bila kongsi kereta dengan siamang yang hensem ni. Hai laa nasib..Terus aku teringat gelaran yang aku bagi kat dia dulu. Hahaha.

"Kau janji nak jumpa dia kat mana?" aku pandang keliling. Macam laa aku kenal kawan dia tu. Ceh!

"Kita masuk dalam dulu laa" sambil dia tunjuk Pizza Hut. Whoaaa, kesukaan aku!Oleh kerana aku ni kan sopan santun, biar dia aje laa yang order. Aku makan aje, lagipun dia yang belanja. Sampai laa dah nak habis semua pizza tu, tak muncul pun 'kawan' dia. Mana ni?

"Dah sejam lebih ni. Mana kawan kau? Kau tipu aku ye? Apa kes sebenarnya kau ni? Cuba bagitau aku betul-betul" Masalah besar sangat kot sampai dekat 1 jam tak datang-datang lagi. Pantang betul aku orang menipu ni.

"Bukan aku tipu, aku 'prank' kau je. Kalau aku cakap nak belanja kau makan, mesti kau taknak keluar dengan aku kan?" Eiii, selamba badak je muka dia. Kalau laa dia cakap macam tu 6 tahun lepas, sah-sah kena tikam dengan garfu ni.

Aku mengeluh kecil. Macam budak-budak la.

"Apasal pulak kau malu nak cakap terus, nak makan dengan aku? Hidung kau tercicir ke?" dengar macam lawak tapi aku tengah marah sebenarnya. Dengar dia ketawa. Daripada kolej lagi memang aku tak pernah terima pelawaan Is kuasa dua ni keluar sama-sama. Mesti ada je alasan yang aku bagi. Lantak laa kau nak kata apa. Aku sombong ke, jual mahal ke. Jangan tanya kenapa, sebab aku memang tak kuasa.

"Okey..okey. Aku mintak maaf. Lepas ni jangan pulak mengelak kalau aku nak ajak kau keluar makan lagi." Aik, ada lagi ke lepas ni? Kau dah tipu aku macam ni, ada hati nak keluar lagi dengan aku. Uwekkk! Is bingkas bangun...

"Dah? Jom. Aku belanja, kau bayar" ada jugak yang makan kertas menu ni karang! Terkekeh-kekeh dia ketawa. Sambil menunjukkan bil kat cashier, sempat lagi dia nak kenakan budak tu.

"Dik, hutang boleh tak? Abang tak bawak duit ni" terkebil-kebil budak tu. Kalau tak pikirkan orang yang ramai, nak je aku beduk mamat sengal ni. Haihhh..bila tengok muka budak cashier tu, aku dah boleh baca dalam kepala dia mesti kesian kat aku sebab keluar makan dengan orang tak betul. Eiii, geram sangat nih!

4 comments:

  1. Hahaha... i like lah iskandar nihhh... hmmmmm sukar membuat pilihan.. ye Deng..

    ReplyDelete
  2. ni pun kira kureng sket kompilasi masaelahnya..huhuhu!

    ReplyDelete
  3. hahahahah...kelakar.klu baca ni msti gelak kuat2 xkira siang mlm...aduii deng..mana isketambola xmuncul2 ni...serabut gak kan nti nk milih nk isbola ke is kuasa kuda...muahahahha..eh, is kuasa 2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. is kuasa kuda??? hahahahaa..ni mesti kes baca laju tahap bas express..best gak sebut ek is kuasa kuda..mcm porche je kekdahnya..

      tq..tq..tq..muah3!

      Delete