jom jadi kawan saya

Sunday 15 April 2012

MP-MRVC part 7


Loy yang Lola pandang dulu betul-betul cute. Suka tengok lesung pipit dia kat pipi kanan tu. Lurus dan mendengar kata. Yang Lola pasti, Loy tak pandang pun harta dia. Tak macam lelaki-lelaki yang menghimpit dia dulu. Mana ada yang ikhlas. Haram! Semua dah target nak harta Papa.

PAPA!

Tapi papa tak nampak tu dalam diri Loy. Papa lagi suka Helmi anak Datuk Hashim. Pewaris Hash Holding konon! Yang aku selalu nampak mamat tu berkepit dengan perempuan sana-sini. Eiii!!! Taknak aku dapat laki macam tu. Meroyan aku nanti. Tapi Loy ni lain sangat. Nak kata Loy tu hensem bergaya, tak jugak. Berharta? Lagi laa jauh. Cuma aku rasa selamat bila dengan dia. Kenapa laa kau tak kaya? Senang sikit papa nak terima kau. Loy!

Aku tak kira, macam mana sekalipun, kau mesti aku dapat. By hook or by crook, kau mesti sembah kaki aku. Malam tu Lola tidur dengan macam-macam plan nak dapatkan Loy balik.

Pagi-pagi lagi Lola dah call balaci dia yang setia tu.

“Hello Jiman. Esok aku nak kau pergi ikut Loy. Report kat aku apa yang dia buat. 24jam. Jangan miss 1 minit pun. Faham. Bawak bukti sekali. Jumpa aku balik lepas 3 hari.” Harap Loy balik kat aku macam dulu. Lola yakin rancangan tu pasti berjaya.

Pakai tudung dah macam ustazah, pergi laa cari tok imam ke nak jadikan laki. Yang kau sibuk berkepit dengan Loy aku tu kenapa? Rasa nak simbah orang dengan asid je sekarang ni.

Setakat update harini, cerita Loy pergi makan kat Restoran Terapung tu yang buat aku betul-betul marah. Loy ni kurang ajar laa. Dia ni tak sedar diri ke yang dia tu boyfriend aku? Aku nak tengok sampai bila kau nak menunjuk depan aku macam tu.
Jaga laa kau perempuan. Ada hati nak rebut balak orang. Kau belum kenal lagi Lola Dato’ Hakimi. Dan aku akan pastikan kau menyesal kenal dengan Loy!


Entah kenapa ringan je mulut aku cakap yang Azrul tu tunang aku. Ish, perlahan ditepuk sendiri mulut yang comel tu. Malu bila diingat-ingat sendiri. Macam perempuan apa je. Tapi untuk cover pedih dalam hati, aku mesti buat. Lagipun Loy tak kisah. Aku tengok muka dia selamba je malam tadi. 

Terus terbayang kisah dulu. Tak sangka, rupanya aku bertepuk sebelah tangan cuma. Sikap Isfahan yang pendiam buatkan aku suka kat dia. Biasa laa, mula-mula suka lepas tu sangkut. Yang aku ni pun satu, syok sendiri. Memang betul-betul aku tak perasan yang selama ni dia memang terlalu setia. Dan aku bersyukur kesetiaan dia tu berbaloi. Akhirnya aku dapat khabar dia nak bertunang. Dengan budak sekolah yang dia tunggu sepuluh tahun tu. 

Apa-apapun. aku happy sebab dia still kawan aku. Siap order kek dengan aku lagi. Saja je nak tunjuk kat dia yang hidup mesti diteruskan. Aku taknak dia rasa bersalah dengan apa yang terjadi. 

“Aku mintak maaf Oyi. Kalau aku takde janji dengan sape-sape, memang engkau jadi pilihan aku. Aku harap kau faham kedudukan aku” itu rupanya yang dia nak cakap kat aku petang terakhir kami kat universiti. Rupa-rupanya Dira yang pecah rahsia kat dia. Dia jumpa aku pun sebab taknak aku tertunggu-tunggu. Sememangnya aku harus teruskan hidup kan. 

Terima kasih kat Loy sebab sanggup jadi ‘tunang’ aku sekejap. Hmm, boleh tahan jugak lakonan dia. Aku tersengih bila teringat muka dia yang bajet macho bila salam dengan Isfahan. Haha. Kelakar la pulak. Apa cerita laa motor dia tu. Datang pagi tadi tengok dah takde motor tu. Hantar kedai laa kot.

“Assalamualaikum cik Oyi. Pagi hari ni. Saya ada hal nak bincang cik Oyi boleh?” tiba-tiba terjenggol muka budak ni. Terkejut aku dibuatnya laa.

“Terperanjat saya laa awak ni. Haa duduklah.”pelawaku lepas jawab salam dia. Muka macam ada masalah serius je.
“Macam ni, saya nak mintak cuti esok sebab saya nak pindah rumah. Nak cari dekat sikit dengan kedai. Motor pun rosak lagi. Esok baru boleh ambik so, hari ni saya nak kerja full day. Ganti esok punya cuti. Boleh?” ok, aku dah pernah rasa memakai kasut tu. Kenderaan rosak, nak kena pindah rumah lagi.

“Ok, diizinkan.” Pendek je jawapan aku bagi. Ye laa, dah berapa lama dia kerja tak kira masa sebab aku takde baker lain. Kesian aku tengok muka dia yang serabut tu. Aku senyum, cuba nak leraikan kusut kat muka dia sekarang.

“Ye ke ni cik Oyi? Terima kasih. Saya janji, kalau esok dah siap awal, saya masuk kerja petang. Terima kasih bos” hmm, takde apa laa sangat masalah tu. 

“Tak payah nak rush sangat. Saya ok kat sini. Kak Rani pun dah boleh tolong saya sikit-sikit.” Aku cakap ikhlas. Bangga sebenarnya bila staf aku yang zero dah boleh deco kek sendiri.

“Aiseh, kena laa saya berjaga-jaga nampaknya. Dah ada orang boleh ambik alih tempat saya ni” aik, ke situ pulak dia.

“Laa, takde laa macam tu. Awak pun saya perlukan jugak. Takkan saya nak suruh Kak Rani menyamar jadi tunang saya pulak?” terus dia terdiam, pandang tepat kat muka aku. Aku ada silap cakap ke? 

“Loy, Loy..awak ok ke? Saya gurau laa tadi. Jangan amik hati ye” aku senyum tengok dia macam tersipu-sipu tadi. Takkan laa aku nak sangkut dengan budak yang dah baya adik aku je ni. Lagipun, aku taknak cerita dulu berulang kembali. Serik! Selagi orang lelaki tak mulakan, takkan terbuka hati aku untuk sesiapa pun. Titik.

3 comments:

  1. laa... gitu rupanya ... kesian lak dengan oie..

    ReplyDelete
  2. Tak per Cik Oyie.. hari ni berlakon, esok betul2.. eleh..ada apa dgn nombor kan..

    ReplyDelete
  3. oyi takut jadi perigi cari timba ya... :) oyi, skrg zaman moden jgn perigi cari timba... perigi tu sendiri pergi kejar timba sampai dapat tau.. hehe

    ReplyDelete