jom jadi kawan saya

Tuesday 17 April 2012

MP-MRVC part 8


Lepas pindah rumah baru ni, rasa aman sikit. Nak masuk pun siap ada sekuriti. Biar laa mahal sikit janji berbaloi. Aku pun tak risau kalau si Lola ngokngek tu nak bertunggu bertangga depan pondok guard ni. Duduk laa situ sampai reput. Takde sape nak marah! Lagi guard tu suka ada laa kot.

“Amacam rumah baru, ok tak?” tanya cik Oyi bila dia nampak muka aku pagi-pagi dah siapkan order-order untuk petang dengan esok. Prihatin betul.
“Ok laa cik Oyi. Dekat sikit dengan sini. Kalau motor saya rosak, boleh jalan kaki je” nasib laa bos yang tanya. Kalau orang lain, jangan harap aku nak jawab sebab pada aku, rumah tu kawasan private. Tak senang-senang orang boleh tau pasal aku.

“Alhamdulillah laa. Lepas ni, boleh beli transport lain pulak. Dah selalu rosak je motor tu rasanya” hmm, memang awal-awal lagi aku dah terpikir. Aku setakat angguk kepala je dengar kata-kata cik Oyi tu. Lepas dia berlalu, aku pun sambung balik kerja aku yang tergendala tadi.

“Hmm, budak ni dah dapat rumah lain pun nak moody jugak. Masalah makwe kot?” Loy..Loy..aku seboleh-bolehnya taknak staf aku bawak masalah peribadi ke tempat kerja. Habis kelam kabut kerja jadinya nanti tapi dia ok je tadi, takde apa-apa laa tu kot.

Sejak aku buat hari cupcake ni, sales nampaknya semakin baik dan amat memberangsangkan. Bersyukur aku setiap malam bila tengok tray bun habis sebelum pukul 8 malam. Hampir beberapa bulan aku bukak kedai ni, ada beberapa kali je roti tak habis tapi semuanya aku hantar ke asrama anak yatim untuk diorang buat supper. 

Aku rasa nak sedekah lagi setiap minggu khas untuk diorang. Apa salahnya kan, berkongsi rezeki. Kali ni, bukan baki roti yang tak habis, aku akan buat khas untuk diorang. Harapan aku yang satu tu, buatkan aku senyum sepanjang masa. Kejap lagi, kena bagitau Loy so dia boleh set bahan mentah yang diperlukan.

Masa mula-mula bukak kedai, staf pun tak ramai rasa rileks je tapi sejak dah stabil sikit ni, staf pun dah ada 8 orang aku rasa macam nak buat macam kafe pulak sebab budak-budak sekolah yang selalu datang kat sini dah rajin jugak tanya, takde makanan yang berat-berat ke? Tapi masing-masing dah ada kerja sendiri. Nak kena amik staf lain ni.

Tokk..Tokkk.. Aku angkat muka ternampak Loy kat pintu. Dia ni tau ke aku tengah pening ek? Ish, orang tak suruh masuk, dia dah duduk depan aku. Apa laa budak ni.

“Iye, ada apa yang boleh saya tolong?” sambil aku asyik tekan-tekan kalkulator depan aku. Dah nak dekat hari gaji. Banyak kerja nak buat.
“Err, saya ada hal nak cakap dengan cik Oyi tapi kalau boleh lepas kerja. Saya taknak ganggu waktu kerja cik Oyi, boleh?” aku angkat kepala kejap, tengok muka tak bersalah dia tu then aku angguk.

“Ok, tapi saya nak makan mi goreng mamak haritu. Udang lebih, boleh?” punya laa besar mata dia, tak percaya cakap aku kot. Nak jumpa aku, buat apa yang aku suruh.
“Ok..ok..ok..janji k. Pukul 9. Saya tunggu kat sana. Thanks cik Oyi” tengok tu, bukannya dia nak betulkan kerusi tu balik, menonong je dia keluar. 

Baru je aku nak bangun betulkan kerusi tu, tiba-tiba dia datang balik sambil tersengih.

“Sorry!” terus dia betulkan kerusi yang dah tak teratur. Aku senyum je tengok perangai staf yang sorang ni sambil geleng-geleng kepala. 

Bukan aku berat sebelah tapi Kak Rani dah macam kakak aku sendiri, Maya pulak pendiam ya amat. Bayangkanlah, kalau dia cakap selamat pagi kat aku pun dah dikira bonus dapat dengar suara dia hari tu. Abang Halim pulak dah tentu laa suami orang, takkan nak beramah mesra terlebih pulak kan. Lagipun dia saudara Kak Rani. 

Cuma si Loy ni aje yang selalu bercakap dengan aku. Ada je topik yang kekadang aku rasa bila bercakap dengan dia, boleh release tension aku untuk hari tu. Tiba-tiba teringat kat Dira. Lagi dua hari dia balik outstation. Mesti dia datang singgah kat sini. Terus aku capai telefon nak call dia.

“Hello cik. Ni saya nak tau, bila cik nak clearkan payment kami ye? Dah dekat 4 tahun berhutang ni, tak reti-reti nak bayar ke?” buat-buat marah sambil pekup mulut nak tahan ketawa memang susah ok.
“Ooo, ini nyonya senget seberang jalan tu ye. Memang saya tak mau bayar duit awak. Kalau nak awak punya duit, saman saya dulu. I’ll see you in court!” terus aku dengar dia ketawa berdekah-dekah. Aku pun sama gelak. Rindunya kat kawan aku yang satu ni.

“Weh, lama lagi ke kau kat sana? Nanti balik, singgah kedai aku tau. Ada cerita best laa nak share. Manatau kau ada solutions ke?” dia ni bab nak selesaikan masalah ok aje.

“Aku ok je. Asalkan ada si baldu merah, tidur kat kedai kau pun aku sanggup” Ish, melampau betul dia ni. Suruh belajar buat sendiri taknak pulak! Dan aku pun hanya merengus dalam hati.

“Ha..haa..haa..aku nampak kau nak buat muka tu. Ingat aku tak tau ke? Kau buat muka macam tu, aku taknak datang kedai kau” wah, dah pandai main ugut-ugut ye sekarang.

“Takde laa, datang je kedai. Tau laa aku nak bagi apa. Janji tau” terus aku letak telefon sebab lorat kelam kabut kata client dia dah datang. 

Harap-harap idea cik penyelesai masalah ni bernas dan boleh pakai. Siap kerja untuk hari tu dan terus aku teringat yang Loy nak jumpa aku malam karang. Jangan dia nak mintak berhenti kerja sudah. 

HAAA!! Berhenti?! Dup da..dup dap..makin laju jantung aku berdetak. Nauzubillah. Tapi aku mana boleh tahan dia kalau betul laa dia dapat offer yang lagi baik. Satu benda yang aku belajar masa praktikal dulu, think the worse. Jadi kita akan sentiasa fikirkan back up plan.
Apa-apa pun dengar dulu apa yang dia nak cakap. Hai laa budak Loy ni.



Sampai je kat kedai mamak, aku terus order mi goreng yang Cik Oyi suka tu. Aku tengok jam, baru lewat 5 minit. Entah-entah dia terlupa kot? Baik call dia. Manatau dia tak ingat.
Baru nak angkat telefon, terasa ada orang cuit aku dari belakang. Cepat-cepat aku pusing.

“Hai sayang. Kenapa lepak kat sini? Takde kelas langsung laa. Ni mi untuk Lola ke? Terima kasih tapi Lola tak makan ni. Tak boleh lalu laa tekak ni. Kita pergi tempat lain jom.” Ish, meluatnya aku dengar dia menggedik macam tu. Nak je aku sumbat mi sepinggan tu dalam mulut dia biar senyap sikit. 

Orang kat meja sebelah dah jeling-jeling aku. Dia ni kalau ada anugerah nak memalukan aku kat tengah orang ramai, confirm menang punya laa. Jahanam! Jangan laa Cik Oyi nampak perempuan ni dekat dengan aku. Habis rosak program.

“Sekarang U dok kat mana? Penat Lola tunggu semalam kat depan rumah. Sampai pagi tau. Nasib baik orang sebelah bagitau kata U dah pindah” alahhh, gelinya telinga aku dengar suara dia ni.
“Hei, kau apahal datang cari aku ha? Apa lagi kau nak? Bapak kau terang-terang dah reject aku. Aku pun dah tak larat nak layan kerenah engkau. Blah laa wei” kasar betul bahasa aku kat dia malam tu. Aku betul-betul dah tak boleh tahan lagi.

Dalam pada aku kerimasan dengan Lola yang tak paham-paham bahasa tu, aku dengar suara lembut bagi salam.

“Oh, Audrey. Ni laa saya nak tunjukkan awak perempuan yang saya kata selalu kacau saya tu. Lola, aku nak kau dengar sini. Ini tunang aku Audrey. Lepas ni, kau jangan datang jumpa aku lagi paham?!” arigato gozaimas Cik Oyi sebab dah selamatkan aku time tu. Rasa macam nak sembah lutut dia sebab datang tepat on-time. Aku tengok muka Lola dah macam kek bantat. Gasak laa kau.

“Oh iye ke? By the way, saya Audrey. Address me Oyi. Nice meeting you Lola” Lembut je suara boss aku tapi mampus dia tak layan huluran salam cik Oyi. Kurang ajar betul laa dia ni. Cepat-cepat Lola rentap handbag. Kuat betul dia merengus. Dah macam kerbau betina je aku tengok. Cik Oyi ketawa bila Lola hilang.

“Kita dah tak hutang apa-apa ok” dia tersenyum pandang aku. Pelik. Hutang? Bila pulak dia hutang kat aku? Aku rasa gaji semua clear je. Ni mesti hutang berlakon jadi tunang ni.

“Tapi comel laa that girl. Padan tau dengan awak” Hoh? Rasa nak terkeluar balik roti canai dua keping tadi.
“Ya Allah, tolong laa tarik balik ayat cik Oyi tu. Sepuluh minit pun saya dah rimas dengan dia, inikan pulak sampai mati nak kena layan?” siap aku buat badan menggeletar. Takde laa aku nak buat kerja gila macam tu.

“Bukan apa, saya pernah dengar orang cakap. Kalau nak cari pasangan hidup, cari orang yang sayangkan kita. Gerenti tak menyesal” wah, boleh jadi kaunselor ni. Tapi betul laa tu. Tak guna kalau kita je sayang dia tapi dia sayang kita macam kucing peliharaan je.

“Betul tu. Kalau nak diceritakan pasal kami memang panjang. Rasanya cik Oyi pun boleh lelap kat sini, sebab tu saya rasa tak payah laa saya bagitau ek.” Dia terus menyuap mi.
“Oh ye, pasal apa yang awak nak jumpa saya kat sini?” Ish, ha ah laa. Ada benda lain yang aku nak bagitau dengan dia. Ni semua Lola punya pasal laa ni.

“Hmm, saya just nak cik Oyi tau yang perempuan tadi tu adalah ex girlfriend saya, merangkap ex boss saya dulu. Ni bukan nak cerita buruk pasal dia tapi saya nak cik Oyi hati-hati sikit.” Masa tu aku fikir perlu aku cakap kat boss aku sebab aku pindah rumah dan selalu amik OT sampai malam. Lagipun, aku kenal sangat Lola tu. Spoil brat! Jangan nanti Baker’s Boutique kena sabotaj baru nak berjaga-jaga.

“Ok, saya faham tapi kita tak boleh nak tuduh dia tanpa bukti kan?” dia ni macam tak risau je dengan apa yang aku cakap tadi.
“Kalau cik Oyi tak rasa apa-apa, saya risaukan kedai tu. Lagipun tak mustahil Lola suruh orang yang ikut saya 24jam tu buat benda yang sama kat cik Oyi kan?” aku kena laa jaga periuk nasi aku cik boss oii.

“Awak jangan takut, saya akan ambil langkah berjaga-jaga ok” dia ni dok kat planet mana haa? Anggap semua orang tu baik macam dia. Aku ni sampai tak tidur malam takut Lola buat apa-apa tau tak.

“Ok, dah terlanjur kita makan kat sini, saya nak mintak pendapat awak. Since sebelum ni awak pun kerja kat kafe Lola kan? Apa awak pikir kalau saya nak tambah menu makanan berat, let say nasi lemak, mi, bihun or kuetiau goreng?” owh, maju selangkah lagi kan kedai cik Oyi ni. That’s great!

“Alhamdulillah. Saya ok je. Lagipun, dah ada demand untuk semua menu tu. Dan kalau boleh saya nak cadangkan, weekends kita buat western food. Lagi ramai customer datang lepak kan?” berkerut dahi boss aku dengar cadangan aku tu.

“Tapi nak kena cari tukang masak segera yang masalahnya tu. Awak ada kawan-kawan yang nak job tu tak?” ada ke tanya aku soalan cepumas tu. Dah tentu laa tu kerja aku masa kat Lola Kafe dulu. All by myself lagi.

“Kalau cik Oyi nak tau, saya ni dulu kat Lola Kafe semua pun buat. Masak, saya. Bakar kek, saya, cuci pinggan, saya. Mop lantai pun saya. Kiranya pencacai terhormat laa saya ni” muka cik Oyi sekarang macam tak percaya je dengan cerita aku. Tapi aku tak tipu laa. Mana boleh bohong boss sendiri.

“Tapi awak ada Degree kan? Kenapa tak cari kerja yang setaraf dengan kelayakan awak?” apa yang peliknya kalau aku tak kerja guna sijil aku?

“Bukan taknak tapi semua tempat yang saya pergi interview nak suruh saya jadi salesman. Kalau tak perform dalam tiga bulan kena buang. Buat apa? Kalaupun ada job yang okeh, gaji pulak macam tahap SPM je. Bukan laa saya ni demand sangat kerja tapi agak-agak laa” memang tak boleh buat apa. Sebab kebanyakan syarikat nakkan yang ada pengalaman. Kalau terima fresh graduate pun, setakat suruh jual-jual barang je. Taknak aku!

“Saya ni memang takde bakat langsung nak menjual. Saya malu. Dulu saya amik Bussiness Study sebab konon-konon dapat laa kerja kat bank ke, opis mana-mana ke tapi hampeh. Mungkin takde rezeki saya nak dapat line tu kot” macam kecewa je bunyik tu.

“Alaa, tak salah pun kalau awak buat kerja yang lain daripada apa yang awak study dulu. Lagipun, skill perlu diasah. Baru laa mahir, kan?” dia ni memang pandai memujuk ek. Lega tau dapat share dengan orang yang memahami macam ni. Kalau dengan Lola, jangan kau harap. Tiap masa kena tadah telinga dengar dia merungut tak sudah-sudah. Letih!

“So, bila cik Oyi nak start tambah menu tu? Saya pun dah lama tak masak-memasak ni. Kat rumah pun saya tapau aje. Dah letih masak kat tempat kerja” ikhlas ayat aku tu.

“Ooo, abis tu, komplen saya suruh awak kerja sampai penat laa ye?” bulat mata dia pandang aku. Erk, aku salah cakap ke tadi. Rasanya tak. Dia ni tak tau nak bezakan gurau dengan betul-betul kot?

“Laa, jangan laa risau. Saya gurau je tadi tu. Awak ingat saya betul-betul ke Loy?” Hoh, dia pun gurau jugak rupanya. Urut dada aku dengan perangai boss ni. 

Malam ni aku nampak sisi lain cik Oyi. Kelakar dan kepala pun boleh layan. Sikit lebih kurang dengan Kak Dira. InsyaAllah, lama kot aku kerja dengan dia ni. Hehehe.

2 comments:

  1. Loy , bila awak nak jatuh cinta kat oie ? hehhee.. x sabo tunggu part mengorat~ seb baik cik oie selamba orgnya, cam I .. >___<

    ReplyDelete
  2. Rin.. Kak Yus nak bagi Loy ni kat Ayu.. hahhaha.. kan cik Ayumi kita tu suka chef2 ni.. hahhaaa.. jgn makan ati ye Oyi.. haha .. Dak Yati.. superb.. suka n3 ni, santai dan sentap ..hehe

    ReplyDelete