jom jadi kawan saya

Saturday 28 April 2012

Manik Suci Part 1


Langkah kaki Datin Darina laju diatur. Takut terlepas pertemuan penting dengan wakil butik pengantin De Leon. Sudah berbulan-bulan lamanya temujanji tersebut diatur dan kini hanya dalam masa 30 minit, nasib usahanya akan ditentukan. Diterima atau ditolak.

Pintu bilik mesyuarat dikuak berhati-hati. Senyuman diukir supaya tak nampak plastik. Bila ternampak sahaja 3 orang wakil De Leon, terus debar hati jadi makin laju. Sehelai demi sehelai rekaan asal baju pengantin yang telah di emelkan dulu dibentangkan dan lebih kurang 13 pasang dipersetujui untuk dijadikan koleksi sebagai permulaan.

Lega sungguh bila hanya 2 lakaran sahaja yang ditolak. Mungkin untuk musim akan datang. Tapi yang pasti, hampir separuh rekaan yang diluluskan adalah bermanik dan labuci.

“Aduh, mana aku nak cari orang jahit manik ni? Mana boleh harapkan Kak Eton je. Kalau aku bagi kat orang sebarang kang, habis jahanam baju aku” getus hati kecil Datin Darina. Sudah kerap benar dia meminta bantuan orang gajinya itu menjahit manik di rumah.

Usahanya belajar menjahit dan beroperasi dari rumah kini makin menampakkan hasil. Memandangkan pakaian pengantin lebih lumayan dan hanya perlu diubah mengikut bentuk badan pengantin, tidaklah rasa susah untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Kalau dulu, semua jenis tempahan akan diambil. Baju kurung, kebaya, kebarung, baju melayu. Namakan saja. Pasti akan dibuat. Tetapi sejak kerap bermasalah dengan pelanggan, Datin Darina mengambil keputusan untuk menjahit baju pengantin yang menurutnya tidak berisiko tinggi. 

Selain itu, tempahan menjahit manik jugak diambil bagi memenuhi citarasa pelanggan yang rata-rata dari kalangan sahabat karibnya sendiri. 

Dah nama pun Datin, takkan nak ikut suami  pergi majlis sarung baju dan tudung yang kosong je kan. Mestilah liplap-liplap. Pada mulanya, dia pun tak ambil kisah sangat pasal taburan manik atau labuci di baju tapi bila asyik ditegur Datuk Dahlan, naik rimas rasanya dan sejak itu, dia mula menjahit sendiri manik-manik di baju dan tudung.

Bila mak datin lain tengok, mula laa diorang nak ajak berlumba baju siapa lagi vogue. Ada jugak yang melampau, dah macam pokok krismas je rupanya. Pada Datin Darina, less is more. Ikut kesesuaian si pemakai.

Kelegaan rekaannya diterima butik ternama singgah sekejap cuma. Sampai saja di rumah atau lebih tepat studio kerja yang diubahsuai oleh Darian, anaknya sendiri membuatkan kepalanya ligat memikirkan siapa yang boleh membantunya dalam menyiapkan 13 persalinan yang mesti dihantar dalam masa 3 bulan sahaja lagi.

“Kalau nak ambik student kat mana-mana, takut pulak dia bantainya jahit ikut suka. Nanti nama aku jugak yang rosak. Nak jahit sendiri memang tak larat. Macam mana ni?” dalam pada dia berfikir jalan keluar, ternampak kelibat anak bongsunya Darius melintas.

“Nak pergi mana tu Darius? Laju je” tegur Datin Marina menyedari anaknya tak sedar langsung kehadiran dia dalam rumah tu.

Langkah Darius terhenti dan dia hanya mengangkat muka. Wajah ibunya ditatap sejenak dan dia terus berlalu tanpa sebarang kata. Budak ni memang suka sangat buat hal. Suruh bekerja, ada ke patut dia kata umur muda lagi. Tak puas enjoy. 

Kesudahannya, sekeping kertas bernilai ijazah hiasan dalaman hanya dijadikan hiasan di dinding rumah saja. Bukannya tak ada tawaran kerja yang datang tapi semuanya ditolak bulat-bulat dan dipandang sepi. Syarikat Datuk Dahlan juga amat memerlukan interior designer tapi alasan yang diterima amat menyakitkan hati, kontrak menerima arahan dah tamat!

Dah naik berbuih mulut Datin Darina keluarkan nasihat tapi dah minat si bongsunya itu dalam bidang peragaan terlalu susah nak dikikis olehnya. Bukan kata dia seorang, sampaikan nasihat si ayah dan abang pun tak dihiraukan. Baik laa kau dah besar, kalau tak, aku cubit-cubitkan!

Risau takut-takut keluar cerita tak elok tentang si anak dalam akhbar. Wartawan sekarang ni, asalkan ada cerita yang boleh dijual, ditulis saja. Pembaca pun percaya setiap laporan yang dibuat. Yang menanggung malu, keluarga juga.

Rasa-rasanya dulu, hanya penyanyi dan pelakon saja yang jadi buruan orang media tapi sekarang ni, tak pilih bulu lagi dah. Asal ada nama dan rupa je, mesti dijejak sampai tak ada kisah yang boleh disimpan lagi.

Pening kepala nak menyiapkan baju satu hal, anak yang seorang ni pun suka beratkan fikiran. Baik laa anak tak ramai. Kalau berderet anak aku macam mana laa agaknya? Mau pengsan layan kerenah diorang.

“Datin, apa yang jauh sangat menung tu? Nah, air. Minum dulu. Saya buat kuih ketayap tadi” suara Kak Eton yang dah lama berkhidmat di rumah ni menghentikan lamunan yang berjela.

“Takde apalah kak. Saya ada berita baik dan tak baik. Mana satu akak nak dengar dulu?” Kak Eton yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri segera menarik kerusi di bar.

“Yang mana pun tak kisah” Kak Eton ni memang senang diajak berbual dan yang penting, dia ada 1001 macam jalan keluar dari masalah.

“Ok, pasal projek dengan butik pengantin dulu tu, Alhamdulillah rezeki kita. Dah dapat” senyum syukur berkongsi berita tu dengan orang yang sama-sama bertungkus lumus menjahit manik hingga siap baju-baju tu dalam waktu yang ditetapkan.

“Wah, alhamdulillah laa rezeki Datin tapi, apa pulak yang tak baiknya tu?” mesti laa Kak Eton tak pasti apa yang tak baiknya sebab dia hanya jahit manik dalam lima pasang saja sedangkan yang mesti dihantar nanti lebih 10 pasang yang sarat dengan manik labuci dan tak mungkin boleh disiapkan dalam masa tiga bulan seorang diri.

“Saya tak tau nak mintak tolong siapa boleh jahit manik-manik tu kak. Akak kenal siapa yang saya boleh upah ke? Saya taknak lepaskan projek ni kak. Kalau jadi, ini laa peluang saya nak bukak butik dan ada jenama sendiri” seakan melepaskan apa yang berbuku dalam hati.

“Saya rasa saya boleh tanyakan anak buah saya, itupun kalau dia tak buat apa-apa laa kat kampung. Dia memang cekap jugak pasang manik ni. Nanti saya cakap dengan dia ye” leganya dengar Kak Eton bersuara. Harap-harapnya boleh pakai laa budak tu nanti.

“Haa, tadi Darian kata dia balik lewat sikit sebab renovate tempat kawan dia. Datuk pun sama. Nampaknya Datin makan dengan Darius berdua saja laa” dah macam setiausaha je kak Eton ni hantar laporan.

“Mana ada berduanya kak. Budak Darius tu dah keluar tadi. Tak bagitahu pulak dia kemana” lemah suara Datin Darina kedengaran.

“Ooo, Darius pergi ambik baju untuk shooting esok katanya tadi. Dia cakap sebelum pukul 7 dia balik” Datin Darina angguk lesu. Kenapa Darius lebih terbuka dengan orang gaji? Segala pergerakannya diketahui Kak Eton tapi tidak dia. 

Sedar tak sedar, senja hampir melabuhkan tirai. Tersentak bila namanya dipanggil Kak Eton untuk makan malam. Darius sudah berada di meja. Bila masa budak bertuah ni ada kat rumah?

Inilah jadinya kalau rumah sebesar-besar tidak tapi penghuninya buat macam hotel saja. Kalau laa aku berpeluang beranak banyak, taklah bosan macam ni. Getus hati Datin Darina.

“Esok Yus shooting kat mana?” percubaan untuk bertanyakan aktiviti anak yang makin membesar ni terasa payah. Darius hanya membatu sekejap.

“Dekat je. Tapi Yus balik petang. Nak lepak dengan kawan. Ada gig” itu satu kelebihan yang ada pada anak bongsunya itu. Terlalu minatkan muzik. Dan kerana muzik jugalah hubungan Darius dengan ibu dan ayah jadi amat renggang. 

Tali kekeluargaan mereka juga semakin terik. Nasib baik ada pembantu rumah yang sedari kecil menjaga Darius, dihormati melebihi ibu sendiri. Segala gerak geri anak itu akan diberitahu kepada Kak Eton, seolah-olah pembantu rumah itu pula ibunya.Itu yang Datin Darina rasakan kini. Teringatkan perbalahan antara ayah dan anak beberapa tahun dulu yang memulakan keruhnya hubungan si bongsu dengan keluarga.

“Ayah taknak anak ayah hidup dengan sesuatu yang sia-sia. Ini Malaysia, bukan New York! Apa yang kamu nak makan kalau setakat belajar muzik?” Nampak menyinga Datuk Dahlan bila mendapat khabar yang Darius ingin menyambung pelajaran dalam bidang muzik.

“Tapi ayah, sekarang muzik pun boleh cari makan. Ramai kan komposer kat Malaysia ni. Yus tengok, ok je life dorang. Takde pun yang merempat. Ayah jangan risau laa.”si anak cuba berhujah bermati-matian demi muzik yang amat diminati. Datin Darina hanya mampu berdoa biar perdebatan itu segera berakhir. Memang tak ke mana pun.

“Kamu jangan nak keras kepala. Kat office ayah tu, tak cukup lagi designer. Kamu aje yang ayah harapkan. Kenapa laa kamu ni degil sangat. Tak sama macam abang kamu? Cuba tengok, orang yang ada masa depan, hidup senang dan terjamin. Untuk sekali ni Darius, tolonglah gunakan otak kamu yang bijak tu” suara si ayah makin perlahan. Usaha untuk memujuk anak mengubah fikiran.

Tapi Darius hanya melangkah masuk ke bilik sambil menghempas pintu. Dapat dibayangkan betapa rasa kecewa yang mendalam dirasakan sang suami bila anak yang dimanja, diletakkan harapan yang menggunung menunjuk perasaan sebegitu. Datin Darina hanya mampu menyabarkan.

“Na, abang tak nak dia tersalah langkah. Bagitau Darius kalau dia ambik jugak muzik, segala duit belanja dia abang sekat. Nak duit, cari sendiri tapi kalau dia buat apa yang abang suruh, lepas grad, abang takkan paksa dia lagi” tegas sekali arahan Datuk Dahlan pagi tu. 

Berat betul bibir untuk berbicara dengan anak muda 18 tahun yang merasakan sudah cukup dewasa untuk membuat sebarang keputusan. Datin Darina berasa seakan jantungnya hampir putus.

Tak diberitahu anak, suaminya pasti akan menyalahkannya tidak tahu nak menangani anak. Tapi kalau diberitahu, takut anak menuduh dia tak memahami jiwa remaja. 

“Ibu rasa tak ada jalan lain Yus. Cuba laa ikut kata ayah untuk sekali ni. Lepas grad, ayah mesti kotakan janjinya. Senangkan? Masa tu nanti, Yus dah boleh buat apa je yang Yus nak” betul-betul mengharapkan pengertian si anak. 

Dan sesungguhnya Datin Darina bersyukur bila Darius bersetuju untuk memenuhi impian ayahnya. Tetapi sungguh tak disangka Darius betul-betul mengikut ‘kontrak lisan’ mereka.

Majlis konvo pun dia tak pergi. Katanya, kertas sekeping dah cukup sebagai bukti. Mana ada orang minta kerja bawa gambar konvo? Alasan yang membuatkan terpamer kemarahan Datuk Dahlan tapi itu juga yang ditawarkan kepada anaknya dulu. Mujur juga ada Kak Eton. Sekurang-kurangnya terlepas juga sedikit beban di bahu bila ada kawan yang boleh dibawa bercerita.

Oleh kerana tak mahu lama-lama diikat dalam kemelut anak dan ayah itu, Datin Darina mula belajar menjahit pakaian di rumah. Pada mulanya sekadar menjahit pakaian sendiri tetapi bila diketahui rakan-rakan persatuannya, tempahan mula berani diterima.

Teringat bila kali pertama Darian memuji jubah kotemporari yang dijahit sendiri setelah dilihat persalinan itu dipakai oleh seorang model dalam majalah.

“Iye ke ibu yang jahit ni? Takkan lah. Kalau macam ni punya cantik, kalah laa semua fashion designer kat Malaysia ni” tergelak Datin Darina mendengar pujian itu. Tahu anaknya ikhlas.

Memang dia minat menjahit dan berfesyen tapi tak pernah berkesempatan. Masa mudanya dihabiskan dengan menemani suami memenuhi undangan ke sana sini demi menegakkan perniagaan.

“Kalau ibu mula jahit masa ibu muda, mesti dah ramai follower sekarang” giat anak sulung yang memang manja dan mendengar kata. Bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan karektor abang dengan adik. Tapi keduanya anak yang dilahirkan dari rahim yang sama.

“Apa-apa laa Yan. Dah tua-tua macam ni baru ada masa. Dulu jaga anak, jaga suami. Sekarang ni boleh laa sambung minat ibu dulu” kenyataan yang dikeluarkan disambut dengan muka anak yang kehairanan.

“Ibu tua ke? Baru 45 kot. Mana ada tua. Kalau kita keluar dua orang, mesti kawan-kawan kata Yan dating dengan girlfriend baru” pantas dicubitnya paha si anak bujang bertuah. 

Memang Datin Darina kahwin awal. Pada usia 18 dia sudah menyandang gelaran isteri kepada Dahlan. Dua tahun kemudian lahir Darian dan setahun sesudah itu dikurniakan pula Darius. Selang tiga tahun, mengandung lagi buat kali ketiga tetapi entah di mana silapnya, kandungan yang berusia 5 bulan gugur. Begitu juga kandungan yang keempat dan kelima. 

Atas nasihat doktor, dia tidak dibenarkan mengandung lagi atas masalah-masalah kesihatan. Terlalu biasa mendengar cerita seperti itu di dalam majalah tetapi bila terkena diri sendiri, hanya pada Tuhan saja dia mengadu.

Airmata yang menitis tak perlu disukat lagi. Sementelah pula suaminya sendiri tidak menganggap itu sebagai masalah. Cuma Datin Darina yang merasa tertekan. Disebabkan itu jugalah, Datuk Dahlan mengambil keputusan untuk menggaji Kak Eton bekerja dengan mereka. Macam tak percaya yang sudah hampir 20 tahun Kak Eton tinggal bersama di rumah itu.

Tersentak bila namanya dipanggil Darian, Datin Darina bangkit. Terlalu lama menyelusuri kisah kelmarin hingga tak perasan anak di depan mata. 

“Ibu ni kenapa? Yus buat hal lagi ke?” melingas mata si abang mencari adiknya. Sejak kebelakangan ini terasa semuanya tak kena. Darian terus meneka masalah ibunya ada kaitan dengan Darius. Siapa lagi dalam rumah ni yang boleh buat macam tu kecuali Darius? 

“Bukan adik kamu laa. Macam ni…” bila diceritakan tentang projek dengan De Leon, terus Darian memeluk ibunya. Terlalu gembira. 

“Ibu siap. Jom kita celebrate kat luar. Kita dua orang aje, nak?” redup mata Datin Darina memandang si anak. 

“Tak payah nak celebrate bagai. Masalah ibu ni kena settle dulu. Dah lepas siap collection tu baru boleh raikan. Lagipun taknak laa keluar dengan kamu aje. Nanti ibu kena kata pulak. Ibu nak tunggu ayah kamu aje. Sorry, no heart feeling okay” sesungguhnya bertuah Datin Darina sebagai ibu kerana memiliki anak sebaik Darian.

“It’s okay. Rugi laa ibu. Tak dapat keluar dengan the hottest architect in this town ever. I’m not loosing anything. Tapi Yan nak ibu tau, offer ni takde limit tau. For you, I’m available at anytime” Darian berdiri sambil menjungkit bahu. Bertuah punya anak!

“Apa yang kecoh sangat ni? Kamu Darian, nak curi girlfriend ayah ke?” dua beranak ni, kalau bergurau mesti orang luar salah faham.

“Iye laa tapi makwe sorang tu jual mahal sangat. Takut Yan nak beli. Yan pulang balik je laa kat ayah” Darian kenyit mata tapi sempat ditumbuk mesra ayahnya di bahu. Kalau laa Darius boleh semesra ini dengan ayahnya, pasti Datin Darinalah manusia paling bahagia di atas muka bumi Ilahi.

“Dah..dah..korang berdua ni, tak habis-habis ke nak bergurau. Masalah ibu ni siapa yang nak tolong selesaikan ni?” kalau tak mencelah, memang tak habis laa gurauan anak beranak ni.

“Yang tu, Yan tak tau nak tolong macam mana. Takut manik bertukar jadi mentol lak kang. Ibu tanya ayah je ok. Goodnight darling” beredar Darian ke biliknya yang bertentangan dengan kamar Darius.

“Apa yang besar sangat masalah awak tu Na? tak cukup duit ke?” mungkinkah dia boleh menolong? Lalu Datin Darina menceritakan masalahnya kepada suami.

“Hmm, kalau macam tu esok Na pergi je jumpa budak tu kat kampung. Mintak tengok hasil jahitan dia. Lepas tu suruh dia jahit sikit depan Na. In case betul ke jahitan dia tu bagus. Kalau layak, Na janji laa dengan dia. Mintak dia duduk dengan kita sampai projek Na tu siap. Bila dah siap, terpulang laa dia nak balik kampung atau cari kerja kat sini” masuk juga kata-kata suaminya di kepala.

“Terima kasih abang. Na dah terfikir macam tu tadi. Bukan apa, takut kalau-kalau budak tu taknak. Dah satu kerja nak kena cari orang lain bang” luah rasa hati yang terbendung sejak siang.

“Itu laa abang cakap tadi. pergi jumpa face to face dengan budak tu dulu. Kalau ok, selesai masalah. Kalau tak okey, cari je orang lain. Jangan buang masa” memang itu satu sifat Datuk Dahlan yang dikagumi. Amat mementingkan masa. 

Esok pagi, satu misi penting harus dilaksana. 


Sarapan pagi itu terlalu ringkas. Hanya roti bakar dengan Milo panas. Darian dan Datuk Dahlan sudah keluar. Tinggal Darius yang tak tahulah sudah bangun atau belum. Tengokkan kereta si anak masih di garaj, dapat ditebak yang si bongsu belum keluar lagi.

“Kak, macam mana dengan anak sedara akak tu? Boleh ye kita jumpa dia pagi ni?” lepas Subuh berjemaah tadi sudah dikhabarkan kepada Kak Eton tentang cadangan suaminya. Kak Eton tersenyum seakan memberi isyarat setuju.

“Akak tak kisah. Ikut Datin laa. Tapi kita balik hari kan? Kesian pulak Yus duduk sorang-sorang kat sini. Tak makan pulak budak tu kang” ya Allah, boleh pulak Kak Eton ni risaukan budak yang tahap tua bangka tu. 

“Ye kak, kita balik hari. Pasal si Yus tu, pandai laa dia nak cari makan. Dah tua nak disuapkan makan minum dia. Bukan tak pernah kena tinggal pun” cuba meredakan kerisauan yang melanda.
Dalam pukul 9 pagi, enjin kereta dihidupkan. Baru nak ambil beg tangan, terdengar suara Darius memanggil.

“Ibu nak kemana lawa-lawa ni? Nak ikut” buang tabiat apa budak ni. Tak pernah umur dia nak mengikut pergi ke mana-mana. Apa laa mimpi dia malam tadi. Bukan ke kata ada shooting pagi ni.

“Kamu kata ada shooting? Tak pergi ke?” Darius tergaru-garu kepala sambil buat muka.

“Shooting cancel last minute laa ibu. Yus tau mesti ibu balik lambat. Boleh laa, nak ikut balik kampung Mak Eton. Dah lama tak pergi” mungkin ini peluang untuk perbaiki hubungan kami. Kepala diangguk perlahan. Melompat si anak gembira dapat menjejakkan kaki lagi ke kampung Kak Eton.

“Nak ikut, kena drive kereta ibu. Selesa sikit. Hari ni, Kak Eton jadi bos kat belakang” Datin Darina memang tak suka duduk di belakang kalau perjalanan jauh. Mabuk.

“Takpe, hari ni biar Yus jadi supir aje. Janji balik nanti ada upah ayam masak lemak cilipadi dengan kerabu mangga Mak Eton” pelik betul bila anak yang bersikap dingin sesejuk ais kini ceria. Apapun alasannya Datin Darina bersyukur.

Dalam perjalanan, Darius kembali ke sikap pendiamnya. Hanya sesekali celoteh Kak Eton memecah sepi. Muka Darius yang serius membuatkan hati tertanya apa sebenarnya dalam hati si anak.

“Yus, kita berhenti kejap kat kedai minum tu. Ibu haus laa” sambil menunjukkan anak kedai kat tepi jalan yang dimaksudkan.

“Kak, tolong tanyakan si Yus tu. Apa hal sebenarnya ni? Tak paham saya. Kejap sejuk, kejap panas” perlahan permintaan disuarakan sewaktu Darius bangun mengambil kuih. Dari senyuman Kak Eton, dapat diagak dia dah tahu hal Darius. 

“Hmm, katanya tak berkenan dengan model perempuan yang dipasangkan dengan dia untuk kerja dia hari ni. Tu yang tak mahu pergi kerja tu. Apa dia kata? Control cun..haa, macam tu laa bunyinya dia cakap tadi. Dia ikut kita ni sebab taknak orang cari dia kat rumah” bertuah punya budak. Itu je masalahnya ke? Suruh posing ambik gambar je, bukan suruh kahwin pun dengan model perempuan tu.

“Datin jangan tak tahu, budak pompuan tu dah banyak kali kacau Yus. Dia tunjuk kat saya berapa kali budak tu telefon dia. Sampaikan dengar bunyi telefon pun si Yus dah tak kuasa nak tengok” ish, sampai macam tu sekali. Patut laa Darius lari. 

Berani betul perempuan zaman sekarang ni. Tapi terselit dalam hati, rasa bangga dikurniakan anak yang ada rupa dan berilmu. Dan yang penting, tak mudah untuk menerima perempuan yang datang menyerah diri.

“Rasa-rasa ada lagi tak sungai kat belakang rumah Mak Eton tu?” belum pun sampai Darius dah tanyakan sungai. Dulu masa kecik-kecik memang dia rajin ikut Kak Eton balik ke kampung. 

Lagipun kami sudah tak punya kampung untuk dituju. Jadi, untuk memberikan anak-anak pengalaman hidup di kampung, Datuk Dahlan akan mengizinkan anak-anak ikut Kak Eton pulang ke kampungnya pada waktu cuti sekolah.

“Mana ada lagi Yus. Adik Mak Eton, Pak Chak usahakan ternak kambing, bela keli. Nanti dah sampai haa, kamu tengok laa sendiri. Dah lain benar keadaannya” sejak Kak Eton tinggal dengan kami, semua urusan tanahnya diambil alih oleh adiknya di kampung.

“Alaa, baru nak terjun tiruk. Penat je bawak seluar nak mandi sungai” butir kata yang jelas tak puas hati dengan perjalanan pulang ke kampung kali ini.

“Tak puas ke kamu asyik berenang hari-hari kat rumah tu?” tanya Datin Darina. Geram. Seperti tidak mensyukuri kemudahan yang disediakan di rumah. Terdiam Darius dengan kata-kata ibunya.

“Lain ibu. Sejuknya tu pun lain. Terjunnya pun lain. Mak Eton, nanti kita cari kampung lain yang ada sungai ye?” ayat Darius yang tak menunjukkan dia seorang pemuda berusia 25 tahun. Macam budak-budak. Senang betul nak pindah-pindah kampung ye. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia sudah mahu bercakap. Tidak lagi membatu macam selalu. Mungkin dengan kehadiran Kak Eton membuatkan dia ringan mulut. Agaknya.

“Tunggu laa kamu kahwin nanti. Cari laa kampung sendiri” selamba je ayat Kak Eton membalas. Patut laa Darius senang bercerita dengan Mak Etonnya, dia rasa diterima. Mungkin itu yang harus ayahnya lakukan.

----------------------------------------------------------------------------------
Suara garau Pak Leman membuatkan hati Uci rasa serba salah. Selama ni bukan ke tugas menjaga Mak Leha adalah tugas dia? Kalau dia ikut Mak Long Eton, siapa yang nak jaga makan minum emaknya yang terlantar tak bergerak tu? 

“Kamu tak usah laa risau. Bapak boleh jaga. Lagipun maklong kamu mintak tolong dalam 3 bulan aje. Siap kerja tu, kamu baliklah sini. Tak payah nak pikirkan sangat. Makan minum semua dengan maklong kamu tu. Kamu nak tunggu orang hantar baju kat sini, berapa sangat yang kamu dapat?” berkepul-kepul asap rokok orang tua tu keluar dari mulut bila dia bercakap.

Rasa kabut dalam hati buatkan akalnya tak dapat berfungsi dengan baik. Lama jugak tu kalau duduk sana 3 bulan. Betul jugak cakap ayahnya. Janji duit ubat mak cukup tiap-tiap bulan. Takpe laa, ikut kan saja. 

Matahari dah hampir tegak atas kepala. Rasanya, dah sampai kot Mak Long kat rumah. Cepat-cepat dia mengumpulkan semua ikan bilis yang dijemur untuk ditimbang dan dibungkus untuk dibawa pulang. Tauke Ah Chang pun dah kata sementara dia takde, ayahnya boleh ganti. Ada juga duit kopi gula kat rumah nanti.

“Tapi nanti apa pulak kata Tauke Chang? Buatnya nanti, bila orang balik sini dah takde kerja lagi kat tempat dia” rengus gadis itu lagi. Mengambil upah mengopek ikan bilis di rumah dengan upah cuma lima ringgit seguni rasa sayang untuk dilepaskan. Dalam sebulan boleh laa dapat dalam empat ratus ringgit. 

Memang murah upah yang diterima. Terlalu murah tetapi hanya itu yang mampu dibuat dengan keadaan ibunya yang memerlukan pemerhatian 24jam sehari. Pak Leman pula bergantung harap dengan upah kerja-kerja mengemas kebun orang kampung. Berapa sen sangat laa yang boleh dapat.

Kalau dulu, masa hayat Abang Syakir masih ada, merasa juga mereka makan ayam dan lauk-lauk yang sedap tapi setelah kematiannya 2 tahun lepas, semua yang sedap tu hanya terasa dalam mimpi. Marah mereka sekeluarga sampai kini tidak hilang. 

Arwah pergi setelah dilanggar lari sewaktu dijemput ayah pulang dari kerja kilang. Motor yang dipandu ayah diseret jauh. Ayah patah pinggang, arwah pula meninggal di situ. Rasa benci tengok kereta-kereta mewah dipandu laju di jalanan.

Orang kaya semuanya berlagak. Tak berhati perut. Benci betul. Masa kat sekolah dulu pun aku jadi bahan ejekan Tengku Hana, anak tauke pasaraya kat pekan sana. Kalau kaya, pandai takpe laa jugak tapi aku tengok biasa aje keputusan diorang. 

Sejak hari tu, aku berazam akan belajar pandai-pandai, biar dapat peluang untuk ubah nasib keluarga tapi dah tersurat. Tak ada rezeki aku nak sambung belajar.



Lepas dapat keputusan SPM, tiba-tiba mak jatuh sakit. Ulang alik ke hospital buatkan duit simpanan mak menjual kuih dulu makin menyusut. Dengan tambang kereta sapu, makan minum kat hospital, ubat mak lagi. Sampai laa satu hari, Pak Ngah Chak datang nak beli tanah bahagian bapak kat baruh sana. 

Mengenangkan nyawa mak takde galang ganti, aku paksa jugak ayah jual tanah tu. Dan sekarang, sudah beberapa tahun berlalu, penyakit mak tiada perubahan langsung. Cuma matanya saja yang mampu digerakkan.

Arghhh, payah betul kalau nak ditimbang semuanya. Tetapi bila kenangkan Mak Long Eton banyak membantu perbelanjaannya masa bersekolah dulu, malu juga kalau tak ditolong. Bukan lama sangat. Tiga bulan aja. Lagipun ibu saudaranya dah berjanji, ada upah yang agak lumayan. Boleh jugak hulurkan sikit untuk belanja mak dan bapak nanti.

“Kamu jangan takut. Sehelai upahnya dalam 400 ringgit. Ada dalam 10 pasang yang nak dijahit. Boleh laa buat beli ubat mak kamu tu” aku termakan jugak kata-kata Mak Long bila dikaitkan dengan keperluan mak. 

Laju kayuhan basikal tua milik bapak aku kayuh. Dari jauh lagi aku nampak sebiji kereta menjalar depan rumah. Perlahan basikal disandarkan di tepi dapur. Terdengar suara orang bercakap-cakap di ruang tamu. Bungkusan ikan bilis diletakkan di tepi tempayan beras. Hati-hati melangkah ke depan.

“Haa, dah sampai pun anak dara sorang ni. Penat diorang tunggu Uci balik nak” suara bapak perlahan sambil memandangku. Aku lihat maklong duduk di sisi seorang wanita yang agak bergaya. Masih terlalu muda untuk title Datin. Awet muda kot? Bisik hatiku sendiri. Cepat-cepat aku menghulurkan tangan bersalaman dengan tetamu.

“Maaf laa. Tadi Uci kena siapkan semua. Kalau tak, nanti tak dapat gaji bulan ni. Maaf ye Mak Long, Datin. Uci buat air dulu” sopan je aku mintak diri. Rasa pelik pulak bila ada orang datang berkunjung kat rumah. Selalunya yang datang rumah pun bila hari raya je. Itu pun budak jiran sebelah. Anak orang lain, lalu pun tak.

“Tak payah susah-susah nak. Apa namanya tadi? Uci? Kami dah minum tadi” hmm, jimat gula aku.

“Macam ni Uci, Datin nak tengok manik yang kamu dah jahit. Ada contoh baju?” kata mak long laju. Baju aku mana ada yang bermanik? Semuanya kusam dan pudar. Kalau nak tengok baju yang aku jahit, kena pinjam kat Kak Linda laa. Dia rajin menempah dengan aku.

“Hmm, Uci memang tak pakai baju manik-manik tu. Tapi kalau nak tengok contoh, nanti Uci pergi pinjam kejap. Boleh tunggu?” lantas berdiri berkira-kira untuk ke rumah Kak Linda di lorong sebelah. Aku tengok Datin tu dah tersengih.

“Takpe laa Uci. Tapi sebelum tu boleh saya tau, belajar menjahit kat mana?” Datin ni interview aku ke? Macam ni rupanya temuduga kerja ye.

“Uci tak belajar kat mana-mana. Tapi minat sangat menjahit. Uci guna kaedah cuba-cuba jaya je” kelakar kot jawapan aku tu sebab aku tengok galak semacam je tetamu berdua tu ketawa.

“Haa Datin. Dah jumpa buku dengan ruas. Sama-sama minat” kata maklong. Aku tak faham.

“Boleh tak Uci jahitkan sikit manik-manik ni untuk saya tengok jahitan Uci. Kalau ok, petang ni jugak laa Uci ikut kami balik, boleh?”

Aku pandang bapak, minta kepastian. Bapak angguk lesu tanda mengizinkan. Pantas tanganku mencapai kotak yang dihulur Datin Darina berisi bermacam warna dan bentuk manik untuk dijahit pada sehelai kain.

“Uci jahit satu line je cukup. Apa-apa design pun boleh” kata Datin Darina.

Apa laa yang aku nak jahitkan ni? Akhirnya aku jahitkan bunga lili sekuntum dan satu garis manik beriring. Tapi rasa macam tak berapa menarik, jadi aku tambahkan manic halus-halus untuk direnjis di bahagian tepi. Baru laa cantik. Dalam 15 minit, aku tunjukkan hasil jahitanku kepada datin.

“Ya Allah, lajunya. Kemas pulak tu” kata Datin Darina sambil membalik-balikkan kain sehelai yang dijahitkan manik contoh tadi.

“Saya kalau boleh memang nak siapkan cepat manik-manik tu. Jadi, tak laa saya kena tinggal sana sampai 3 bulan kan Datin?” dalam hati tetap merisaukan keadaan mak sepanjang aku tiada nak uruskan dia nanti.

“Itu Uci jangan risau. Saya akan jahit cepat-cepat baju dan Uci akan siapkan manik. Bila kita dah hantar kat butik tu nanti, saya sendiri akan hantar Uci balik kat sini. insyaAllah, tak sampai pun 3 bulan” senyum Datin Darina buatkan hati Suci Harnani lega.

“Kalau macam tu kata Datin, takpe laa. Uci pergi kemaskan baju kejap.” 


Dalam pada dia menyiapkan pakaian, tiba-tiba terdengar suara orang melaung menjerit-jerit macam nampak puaka. 

“Bu, tolonggggg…tolonggg..buuuuu…” apa hal yang bising sangat tu? Tak pernah dengar pun suara tu kat kawasan rumah ni. Anak siapa yang menjerit macam orang tengah menurun je bunyinya. 

Cepat-cepat Uci ke depan nak tahu cerita. Erk, siapa pulak mamat bibir bengkak ni? Hmm, tak lain mesti dia nak curi rambutan aku laa tu. Kat pokok tu memang ada sarang tebuan.

“Ya Rabbi. Kamu kenapa ni Yus? Kenapa ni?” kelam kabut mak datin terpa orang bujang tu. 

“Vu, sakit vu. Tak namfak fun kat fokok ramvutan tu ada tevuan. Vawak Yus gi klinik vu” aik, lelaki ke ni? Siap melalak pulak. Baru kena sengat kat mulut dah menangis! Anak datin tu rupanya. Hahaha. Mamat lembik!

Bila aku tengok betul-betul, kesian pulak rasanya. Lain kali asapkan dulu pokok tu, baru laa senang nak ambik buahnya. Kalau nak rembat hak orang tak mintak izin, inilah padahnya.

Oleh kerana klinik terletak jauh di pecan dan agak menyukarkan untuk kami berulang alik, Mak Long ambil keputusan untuk kami sekali jalan. Mula-mula ke klinik dan kemudian terus pulang ke rumah Datin Darlina. Aku tak kisah. Bukan mulut aku pun yang kena sengat.

Dalam perjalanan ke klinik, memang susah nak tahan ketawa bila tengok mamat bibir tebal tu berairmata menahan sakit. Dah sah kena injek laa tu kejap lagi. Anak mak betul! Datin Darlina pun tersengih-sengih bila tengok aku tertawa perlahan.

“Sekarang ni, kamu ketawa laa sementara boleh. Nanti mulut dia dah baik, takut-takut kamu pulak yang dia nayakan, Uci” Erk, apa maksud mak datin cakap macam tu? Takpe, aku tau macam mana nak uruskan orang banyak ragam ni. Prinsip aku senang aje. Aku tak kacau hidup kau, kau jangan masuk campur hal aku. 

Ok kan?






6 comments:

  1. he3x..sakit perut gelak2 sendiri saat darius kena sentap dgn tebuan:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. salu bila dh nk siap abis bab baru terkuar idea merepek2 alin..utk stater, ok laa kot bab tebuan tu..hehehe..mekasih laling sudi nk singgah..

      len kali singgah lg..dan komen lg..

      =)

      Delete
  2. Wah.. nak htr baju kat Uci buleh??? Hmm.. intro pun dah boleh golek2 guling2.. nak lagi erkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uci dh sign kontrak dgn Darius opsss silap dgn Datin Darina nk siapkn dulu baju2 tu..dh free nnt bru leh amik bju org len..

      golek guling ke kakyus? ni r yg dok pikir, "mcm karangan tingkatan 2 je"..tp ku post kan jugak..T____T..

      Delete
  3. Ada yus gak hooo... hahahaa... tpi lucu + santai lah kak yati ... mulut dah gitu bahasa pong banyak v dah ... kakakaka...

    ReplyDelete
  4. sakit wooo mulut kena sengat tebuan..biar dia rasa!

    ReplyDelete