jom jadi kawan saya

Friday 20 April 2012

SDG Part 1



Malam-malam macam ni memang best kalau melamun kisah dulu-dulu. Tiba-tiba aku teringatkan kau. Tapi kau ingat ke kat aku?

" Hoi!!! Sape suruh kau amik tempat aku?!" belum pernah lagi ada budak berani duduk tempat aku. Memang nak kena laa budak sorang ni.

"Err, maaf kan saya ye. Saya ingatkan tak ada orang duduk," terus dia angkat beg, pindah ke meja sebelah.
"Penat tau tak balut meja ni cantik-cantik!" hati aku mendidih tak sudah bila tengok muka dia macam tak ada apa-apa yang berlaku..

“Aku nampak kau dekat-dekat lagi dengan meja aku ni, siap kau!” lurus telunjuk kanan aku kat depan muka dia.

Eiii, ringannya tangan aku nak back-hand budak ni! Baik laa body aku ni comel. Dengan pantas, aku keluarkan semua kutub khanah yang aku angkut daripada dorm aku yang tingkat tiga tu. Buku rujukan, nota kecil kata-kata hikmah dan sekeping gambar aku dan Kak Arah untuk aku selitkan bawah plastik jernih pembalut meja. Baru datang semangat nak belajar.

"Nama saya Isfahan. Awak?" Kiri kanan aku toleh. Dia cakap dengan aku ke? Ha ah laa..Dia cakap dengan aku 

"Weh, aku tak peduli lah nama kau istighfar ke, istimewa ke, hape ke.." Sambil aku jeling setajam yang mungkin..Biar dia tau aku memang tak minat nak berkawan dengan dia..

Isfahan konon.. Pencuri meja!

Kringggggggg!!!

Lepas habis waktu sekolah, baru laa aku boleh nak soksek-soksek dengan kawan-kawan yang lain. Hihi..

"Ila, nanti kau tunggu aku kat library ok. Aku ada nak beli barang kejap"  Azila angguk dan terus berlalu. Siap mengemas apa yang patut, baru aku perasan, si Istighfar ni ada lagi..
Tak ada rumah ke dia ni?

"Woi, apsal kau tak balik lagi? Dah pukul 3.30 ni. Kejap lagi pengawas nak kunci pintu kelas laa" Elehhh, buat muka seposen pulak dia.

"Ikut sukati kau lah. Jangan cakap tak ada orang bagitau pulak!" lambat sangat nak bukak mulut. Macam ternak emas je.

"Saya tunggu makcik saya datang pukul empat," Huh, ada pun suara..Ingat dah bisu tadi.

“Nak tunggu, pergi kat bawah payung tepi tu. Bukan tunggu kat sini” dah memang macam tu peraturannya. Takkan tu pun tak tau? Sengal!

"Nama awak siapa?" Haihhh, dia buat lagi..Lorat betul laa dia ni. Tak suka..Tak suka..Tapi kesian pulak aku tengok muka macam tu.

"Panggil aku Deng. Okey la. Aku blah dulu. Kang ada lak mulut longkang cerita aku ada skandal dengan kau."

Aku rasa itu satu permulaan yang sememangnya tak berapa bagus untuk jadi sahabat baik tapi disebabkan perbalahan itulah yang membuatkan aku boleh ngam dengan kau. Seronoknya kalau semua momen tu boleh aku ulang macam pita kaset.

Aduhai masa..Benarlah kata Luqman Al Hakim, yang paling jauh daripada manusia ialah waktu silam kerana tidak mungkin kita akan sampai ke sana walau berapa pun harganya.







Hari Ahad hari bertugas membersihkan asrama. Balik daripada berjoging naik Bukit Cendana tengok matahari terbit berebut semua hostelite macam anak ayam bertempiaran cari makanan. Pagi tu sarapan nasi lemak. Sedapnya tak terkata. Siapa lambat, gerenti melopong. Kena makan cepat-cepat sebab hari tu, dorm aku ditugaskan cuci bilik dobi.
Bila tau dapat kemas kat situ, rasa macam nak melompat je sebab dapat berenang sepuas hati dalam kolah tu sebelum dikosongkan untuk diganti dengan air lain. Tak ramai yang berani nak mencuci baju kat situ sebab macam-macam cerita merepek yang disampaikan sejak dulu lagi. Aku tau benda tu sebab masa aku sekolah rendah lagi kakak aku dah bagitau.
Memang kedudukan bilik dobi tu tersorok sikit sebab tu kot diorang takut nak masuk tapi lagi laa aku suka. Kalau korang semua takut, meh biar aku je yang berenang kat dalam tu. Daripada jadi tempat membiaknya nyamuk, kan? Itu antara benda yang kurang baik aku buat sepanjang aku kat hostel. Pengawas apa macam ni? Yang tau aku buat kerja ni pun Azila sorang je.
“Weh, kau tak takut ke kalau kena tangkap?” selalu dia tanya macam tu kat aku.
“Siapa yang nak tangkap? Kau kan ada jaga pintu? Kalau kau tak cover aku, lain kali aku taknak teman kau mencuci kat situ lagi” ugutan yang selalu menjadi untuk aku.
Bilik dobi tu memang besar dan selesa nak mencuci. Tak macam bilik dobi kat blok B. Kecik je tapi ramai yang berebut-rebut nak guna. Tak faham aku. Gasak korang la.
Oleh kerana aku dan Azila memang jarang sangat dapat pelawat, jadi hujung minggu kami selalunya dihabiskan depan tv. Berbekalkan keropok dan roti yang dikirimkan kat Rembo, siap kitorang usung bantal peluk nak tengok cerita Hindustan. Air pulak, tekan aje kat mesin. Buh aje 60 sen, penuh satu tumbler air fanta anggur, salah satu favourite aku. Lagipun, mana ada pilihan lain. Dah itu je yang ada, jadi laa.


Aku pun tak tau apa tajuk cerita tu tapi yang pasti, ramai pulak yang tangkap leleh bila hero cerita tu kena pukul. Kena pukulnya sikit tapi dia punya berpusing, macam kena taufan pulak. Dah tu, bila tiba bab nyanyi-nyanyi, mesti aku transelate lagu tu ikut suka aku. Aku rasa sebab tu laa yang membuatkan Azila cukup tak suka tengok tv berdua dengan aku. Nak buat macam mana, dah itu cara otak aku bekerja.
“Deng, hari ni nak makan pukul berapa? Minggu ni ayam masak merah tau” si Azila ni kalau senarai menu, memang hafal aje.
“Tak kisah laa. Kalau beratur awal, boleh pilih ayam yang besar-besar kan? Hehehe” aku rasa semua penghuni asrama pun macam aku jugak. Kalau lauk yang sedap di tekak, mesti nak yang besar dan banyak. Cuba letak ikan jaket, sanggup beli nasi ayam kat kantin sekolah bawak balik makan kat dorm. Melampau!
Dah tertulis sejak azali, hari sabtu dan ahad kat asrama ni waktu makan tengahari bebas. Sebab kebanyakan penghuni akan dikunjungi keluarga untuk dibawa keluar. Lagipun, bila sabtu dan ahad je diwajibkan pakai baju kurung. Ish, lemasnya aku! Tapi ada aku kisah. Oleh kerana aku tau yang aku memang takde siapa nak lawat, uniform hujung minggu aku hanya kain batik dan kurung Kedah aje. Sempoi.
Aku tengok orang di ruang menonton tu seramai-ramai umat dan aku yakin yang belum ada manusia lagi jejak kaki kat dining room waktu tu, terus aku tarik tangan Azila ajak makan. Betul tekaan aku dan tengahari tu kitorang makan dengan ayam pilihan hati. Oleh kerana aku tak suka aiskrim vanilla, aku tukar dengan aiskrim coklat Azila.
“Kau ni makan memilih jugak eh?” kata Azila masa aku mintak tukar aiskrim yang memang termasuk dalam menu hujung minggu.
“Bukan memilih laa. Ni namanya memanjakan tekak. Alaa, aku tau kau pun tak makan aiskrim coklat kan? Pandai nak mengata aku ye?” sedas cubitan aku singgah kat peha dia.
“Tu aku nak control diet. Kau jangan salah faham” mengekek dia ketawa bila aku pulangkan paku buah keras kat dia.
“Banyak laa kau punya control. Aku rasa kalau kau makan satu lori aiskrim tu pun badan kau kerempeng macam tu jugak. Sudah laa!” terhenggut-henggut badan dia menahan gelak. Perangai dia yang suka ketawa walau pada aku benda tu tak lawak langsung buatkan aku suka sangat berkepit dengan Azila ni. Kepala tak tension.

“Eh, haritu aku nampak kau macam nak bertumbuk dengan budak baru tu kenapa? Tak baik tahu?” Ermm, dah nak mula tunjuk ajar free di tengahari laa ni.

“Eh, kau tau tak, muka dia sardin je duduk kat tempat aku. Standard laa budak baru dok belakang tapi agak-agak laa. Dah nampak tempat tu cantik, mesti laa ada tuan” macam bertih jagung aku bagi alasan.

“Tapi budak Isfahan tu baik. Tak patut kau buat macam tu kat dia” amboi, back up nampak.

“Tapi dia tak masuk hospital kan kena sound dengan aku? Kira takde apa-apa laa tu” aku nampak Azila geleng-geleng kepala. Bila dia senyap, aku tersenyum sendiri rasa macam dah menang tapi aku tau, dia kenal aku, Deng yang tak tahu mengalah bila diajak bertekak.

Aiskrim pantas dihabiskan bila dengar azan Zohor berkumandang.






4 comments:

  1. waaaa, teringat lak zaman skolah dulu...btul kluu time mkn sedap semua laju g dewan makan, bila time ikan jaket xdaya nak telan siap bdk lelaki wat rusuhan...hapuskan ikan jaket dari bumi Qber (skolah dulu nama MRSM kuala berang, nak glamer jd Qber kunun)...muahahha

    perh..btul2 bwk memori zaman skolah dlm kepala sy saat ni...uhhhhuuu.. :)

    ReplyDelete
  2. hwuahahaha..ingtkn kt skolah kita aje yg boikot taim ikn jaket tu..

    memilih betul! yg bdk laki tu wt rusuhan apa? BERSIH kn ikn jaket ke?

    ReplyDelete
  3. ting tong...
    assalamualaikum tuan umah!!!!
    aku dtg nk bertandang nie...
    welcome ME to the club ea??ea? :p

    "ku jejak jalan yg berliku... lalalalalla" (ko smbg sendiri laaa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya, dpt menjebakkn lg sorang sedara kat dlm umah aku yg xseberapa nih.. *sujud syukur..

      Delete