jom jadi kawan saya

Monday 23 April 2012

SDG Part 5


Sejak akhir-akhir ni aku terasa yang Iskandar ni asyik-asyik ada je depan mata aku. Semak betul laa. Nak pinjam nota laa, ajak study group laa, paling tak kuasa nak suruh aku ajar dia. Apa laa dia ni. 

Sampaikan ada bunyi-bunyi yang tak berapa sedap nak didengar, aku ada apa-apa dengan dia. Kalau aku tau sape yang cakap, memang aku cilikan aje mulut tu.

Sejak aku terdengar gossip tu, aku seboleh-bolehnya nak elak dari bertembung dengan Iskandar. Rasa hidup aku dah tak aman dah. Huru-hara betul. 

Paling tak tahan bila sampai satu tahap, hari Sabtu yang amat aku tunggu-tunggu sebab boleh rehat sepuasnya diganggu oleh sejenis makhluk gorgon bernama Iskandar Shafie. Dah laa rumah ni kat tingkat dua. Satu blok ni boleh dengar dia nyanyi lagu yang khas ditujukan untuk aku, awek gangster. Dalam kepala ni dah terbayang aku tengah baling bom mortar kat muka dia.

Habis rosak lagu Gadisku yang Amy Search nyanyi tu. Kalau laa Amy dengar, kena saman 10 juta kot Iskandar ni. Tak boleh blah, ada penyanyi latar yang sama-sama tolong buat konsert free tu. Ada jugak yang sudi nak bersubahat dengan agenda dia nak menyakitkan hati aku tu. Bengang betul aku laa!

Rasa macam nak kejar dengan penyapu pun ada. Bila aku tak layan, lagi galak dia buat perangai. Eiiii, macam mana nak buat ni???

Atas nasihat Yus jugak laa aku jumpa dia. Dah sehabis baik aku cakap kat dia yang aku taknak fikir hal lain selagi aku belajar. Tapi aku balik sakit hati yang teramat sangat sebab dia tak kata sepatah haram pun bila aku jumpa dia. 

Masa aku bercakap tu, iye-iye je dia pandang muka aku pastu senyum. Satu benda yang aku tak boleh dan takkan lupa sampai hari ni, dengan penuh yakin dia cakap.

“Dah habis? Dengar sini. Aku akan buat sampai kau suka kat aku. Tak kira bila, tak kisah macam mana” terus dia pusing badan sambil angkat tangan ‘peace’ kat aku. Sah dia ni tak berapa nak betul!

Sejak hari tu, aku memang tak nak bertembung langsung dengan dia. Tapi dia ni memang tak putus asa laa. Dalam kelas siap berpakat dengan budak-budak lain sparekan tempat untuk aku sebelah dia. 

Sejak aku tau taktik macam tu, aku datang kelas punya laa awal semata-mata nak duduk depan tapi bukan sebelah dia. Kadang-kadang saja je aku pilih tempat tengah. Kiri kanan depan belakang semua perempuan tapi orang kalau dah jenis tak tau malu, semua pun dia redah. 

Bayangkan je laa, sampai pernah kena sound dengan pensyarah sebab menyibuk duduk kat port orang perempuan. Sardin je muka dia. Guna kulit buaya kot dia tu.

Kalau ada kerja kumpulan lak, nampak sangat yang lain-lain taknak satu group dengan aku. Boleh pulak dengan secara kebetulan, kumpulan dia ada kosong sorang. So, nak taknak aku kena jugak masuk sebab tu semua carrymark. Takpe, sabar je. Dalam hati aku dah plan, semester depan jangan harap dapat tengok muka aku satu kelas lagi dengan dia. Takkan mungkin!

Tapi entah macam mana dia boleh siap daftarkan aku kelas yang sama dengan dia. Nak tukar kelas, tak boleh pulak tu. Yang kolej ni pun satu. Buat je laa balik macam dulu. 

Sakit hati punya pasal, satu hari tu sementara nak tunggu kelas Bussiness Law, aku tengok dia duduk sengsorang kat hujung koridor. Cepat-cepat aku pergi jumpa dia nak tanya kenapa dia buat macam tu. Pandai-pandai je atur jadual aku.

“Kan aku dah kata dulu, aku akan buat apa cara sekalipun supaya kau suka jugak kat aku. Aku just nak senangkan kau” terus dia berlalu. Macam ni ke perangai nak suruh aku suka? Lagi menyampah ada laa. Tak terkata aku masa tu. Bukan apa, aku takut kalau aku bukak mulut, macam-macam benda yang tak elok pulak keluar karang.

Ya Allah, kenapa laa wujud manusia tak reti bahasa macam dia ni?



Masa semester tu jugak ada kredit untuk kegiatan luar. Apa laa yang aku nak masuk ni ek? Oleh kerana aku ni tak kuasa nak berbaris ke hape, aku join je Kelab Kembara. Best jugak dapat keluar masuk hutan sekali sekala. 

Dan masa tu aku dah pasti sangat yang Iskandar tak join kelab tu sebab dia kan budak JPA. Mesti laa clash kan? Hahaha. Akhirnya aku lepas daripada cengkaman makhluk gorgon yang gatal tu. Rasa lega dapat bernafas bebas dalam kelab ni.

Masa tu, kitorang kena panjat Gunung Dato’ kat Negeri Sembilan. Memang best laa sebab ada air terjun sekali. Siap kena tidur situ yang syok sangat. Malam tu ada taklimat awal. Masa berkumpul kat dewan untuk tau kumpulan masing-masing waktu nak redah hutan nanti, tiba-tiba aku macam nampak kelibat Iskandar. Takkan dia ada kot? Cepat-cepat aku tarik Yus, tanya pasal Iskandar. 

“Kau tak tau ke, kan budak JPA dapat pelepasan untuk sem ni kalau nak join kelab lain?” aku tepuk dahi aku banyak kali. Macam nak terkeluar biji mata aku dengar Yus cakap. Kenapa aku tak tau? Terus aku tertanya-tanya ada tak persatuan Puteri Islam kat sini? Tak pun Pandu Puteri ke? Janji tak dekat dengan siamang tu. Ishhhh!

“Alaa, sabar je laa. Kita pergi pun 3 hari je dalam hutan tu. Tengok, kita pun satu kumpulan dengan dia. Baik-baik, kalau asyik bercekau je, kang tak keluar dari hutan tu sok” sempat pulak minah ni nak usik aku. Grrr.

Nasib baik satu kumpulan ada lapan orang. Ada gak orang lain yang aku boleh ajak bercakap. Puas aku tanya kumpulan lain, nak tak tukar dengan aku tapi semua tak mahu. 

Paling menyampah bila ada mulut tak insurans kata yang aku suka sebab dapat satu group dengan peminat sendiri. Uwekkkk! Ok, takpe..Takpe. Korang semua sebelahkan dia ek. Nak taknak kena laa sabar dengan dia untuk tiga hari ni.


Esok tu, pagi-pagi lagi dah berkumpul kat dataran. Lepas dengar taklimat ringkas akhir, masing-masing naik bas ikut group yang telah ditetapkan. Senang kalau dah sampai sana nanti, tak payah terhegeh-hegeh nak cari kumpulan sendiri. Mula-mula aku jalan belakang Yus. Belakang aku entah sape aku tak kenal. Dua orang. Lepas tu baru Iskandar. 

Aku rasa lega sangat sebab mesti dia duduk dengan kawan-kawan dia tapi bila alih-alih je Yus bangun nak duduk dengan Joe, aku dah rasa tak sedap hati. Terus aku letak beg aku kat tempat Yus tak bagi orang lain duduk situ. Kau nak berdating ye? Takpelah. Aku boleh dok sesorang kat sini. Tiba-tiba je aku nampak ada tangan orang alihkan beg aku letak kat tempat beg. Cepat-cepat aku letak kaki atas kerusi tu. 

Tak tengok muka pun aku dah boleh agak dia tu Iskandar. Ada ke patut dia sepak kaki aku sebab nak duduk situ. Dah takde kerusi lain ke dalam bas ni? Terus aku berdiri nak tengok kalau-kalau ada seat lain yang kosong. Takkan laa dua jam aku nak duduk sebelah dia ni? 

Tapi nasib betul-betul taknak kawan dengan aku sebab semua seat dah penuh. Ada pulak budak perempuan yang senyum, tersengih pandang aku. Aku henyak kerusi tu tunjuk protes. 

Aku paling badan pandang ke luar tingkap. Biar aku jadi batu pun takpe tapi baru satu jam perjalanan aku dah dengar bunyi berdengkur kat sebelah. Hek eleh, ada tidur dalam bas. Ini peluang aku nak melarikan diri!

Perlahan-lahan aku cari Yus, niat asal nak suruh Joe tukar tempat duduk dengan aku tapi aku tengok hampir semua lelap. Ayo! Macam mana ni? Takkan nak lastik dia kot? 

Aku bisik nama Yus dengan harapan dia dengar aku panggil dia tapi bila mamat sengal ni terbatuk, automatik aku terdiam. Hasrat aku nak cuba kali kedua langsung tak jadi bila Iskandar bersuara.

“Kalau kau bergerak dari kerusi tu, aku peluk kau!” walaupun dia berbisik dan aku pasti yang aku sorang je yang dengar tapi aku tetap takut ok. Kalau dia buat betul-betul, mati aku. 

Bila aku jeling, dia buat-buat tidur pulak. Dia ingat, aku tak boleh nampak laa muka dia yang cover dengan topi Nike hitam tu. Rasa nak je jadi pembunuh bersiri sekarang ni dan kalaulah termakbul, aku akan bunuh dia berkali-kali sebab sakitkan hati aku tak sudah-sudah.

Bila bas sampai kat tapak perkhemahan, menonong aku tolak dia ke tepi sebab tak boleh tahan lagi duduk sebelah dia. Badan aku pun dah rasa lain macam je. Kebas, kejang semua ada. Apa taknye, sejam badan aku kat posisi yang sama je. Nasib laa dapat sekhemah dengan Yus. Boleh aku tergolek terlentang sesuka hati.

Lepas diajar macam mana nak buat khemah, kitorang pasang sendiri ponco yang dibekalkan pastu terus bersiap untuk solat dan makan. Petang tu aktiviti latihan menembak. Best sangat sebab aku membayangkan target aku tu semestinya Iskandar, siamang gatal tu.

 Lepas Isyak, semua dinasihatkan untuk berehat supaya esok ada tenaga untuk meredah hutan. Yang tak best, kumpulan aku dapat nombor satu dan kena melalui jalan yang paling jauh berbanding kumpulan yang lain. 

Lepas amik dinner, aku rasa kepala dah semacam. Takkan nak demam kot? Alahhh! Ni yang tak best ni. Cepat-cepat aku cari air panas yang dah memang tersedia kat situ. Tiba-tiba Shahid datang bagi aku biskut. Aku betul-betul pelik sebab tak pernah umur dia nak tegur aku sebelum ni walau kitorang satu kelas. 

“Takkan nak minum air je. Jamah sikit biskut ni. Aku dapat kat khemah jurulatih tadi. Kau ok tak ni?” Err, dia tau ke yang aku rasa tak sihat? Sumpah aku tak tau nak cakap apa kat dia sebab ni first time kitorang berborak.

“Sebenarnya aku rasa macam nak demam tapi boleh tahan lagi ni. Sebab lama kat dalam bas tadi kot. Err, thanks ye bagi biskut ni. Kau tak makan ke?” sedap jugak biskut keras ni cicah teh O. 

“Aku dah makan tadi. Kalau kau rasa nak demam, aku ada panadol. Kau nak tak?” dia ni klinik bergerak ke? Aku yang perempuan ni pun tak bawak macam-macam. Tapi aku angguk jugak. Orang nak tolong kan. 

Sekejap je Shahid dah hilang. Aku tengok ada lagi kelibat 7, 8 orang yang belum tidur. Kepala aku makin berdenyut-denyut. Tolong laa jangan demam kat tempat ni. Dah selesai semua, nak demam tergolek pun aku tak kisah.

Mata dah rasa pedih, hidung pun dah mula bersungai. Muka aku rasa macam membahang. Kalau dapat ubat, lepas tu terus tidur, esok pagi mesti dah ok. Dah kena macam ni baru laa terfikir nak bawak ubat itu ini. Tapi mana aku tau nak kena pun.

Baju sejuk ni pun rasa macam tak cukup tebal nak panaskan badan aku. Tapi kalau demam pun ok jugak rasanya. Tak payah aku nak menghadap orang yang aku menyampah nak tengok tu. Kenapa laa tiap kali aku teringat kat dia, rasa marah ni jadi membuak macam letusan gunung berapi. Eiii, benci!

“Nah” dua biji panadol yang dihulur depan muka aku buat aku terkujat sikit. Cepatnya Shahid sampai.

“Lain kali, kalau sakit mintak ubat kat aku. Jangan menyusahkan orang lain” bila aku dongak kepala, mamat sengal ni rupanya. Aik, bila masa pulak Iskandar ni tau aku nak ubat? Tak mungkin Shahid bagitau sebab khemah Shahid kat utara, khemah dia ni kat selatan. Dia ni stalker terhormat ke haa?

“Terima kasih laa banyak-banyak. Dah elok dah pun. Kau tak payah susah-susah bagi ubat kat aku sebab aku pun tak mintak pun ubat kat kau” aku letak balik Panadol dia tu atas meja.
Serentak tu jugak aku nampak Shahid datang bawak Panadol satu papan. 

“Terima kasih eh Shahid. Nanti kalau ada nak apa-apa lagi, aku mintak kat kau. Good night” aku beredar sambil jeling Iskandar. Baru puas hati aku.

Bila sampai kat khemah, aku tengok Yus dah pun lelap. Lepas telan dua biji Panadol, aku pun tumbang sama. Sedar-sedar ada suara azan.

Pagi yang berkabus tu rasa sejuk giler. Tapi kepala aku dah rasa ringan sikit. Kalau tak, haru jugak nak tempuh 7 kilometer tu. Mau setengah hari berjalan. Tengok muka masing-masing confident je tau baca peta. Brader askar yang turunkan kitorang tu pun siap cakap, yang diorang pun ada gak yang sesat 2, 3 hari masa mula-mula masuk hutan dulu sebab tak tau baca peta. Boleh caya ke?

Dengar macam tu, aku pulak yang serun. Macam mana kalau kitorang yang sesat? Siapa yang boleh jumpa kitorang? Ada harimau tak dalam hutan ni? Hwuaaa..ni yang rasa nak balik je ni. 

Diorang ni pun satu. Bagi laa GPS ke, poket Doraemon ke, apa-apa ke yang canggih manggih sikit. Ini tak, bagi peta sebesar-besar tidak pastu kompas zaman perang Jepun dulu tu. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini. Amin. Aku tak nak mati kering dalam hutan ni.

Si Iskandar ni boleh sengih-sengih pulak bila tengok aku kumat kamit baca doa. Dia ni asyik mengekor je mana aku pergi. Lemas tau tak! Pergi laa dok depan sana tu. Ni tak, lorat dok kat belakang aku. Takut aku hilang katanya. Takde mana nye aku nak hilang. Bukannya aku nak menetap dalam hutan rimba ni pun.

Turun naik bukit, lalu tepi lurah, dah laa tu siap buat denai sendiri lagi. Memang betul-betul adventure laa kali ni. Best giler. Tapi tak best sebab siamang lorat ni ada je melekat kat aku. Pandang depan muka dia, toleh sipi pun ada jugak. Menyibuk!

 Aku tengok jam dah dekat pukul 10. Perghhh, dah dekat 3 jam berjalan ni. Air kosong aku pun dah tinggal setengah botol. Larat lagi kot. Bila dah ramai-ramai kata nak rehat kejap, ketua kumpulan si Farok kata ok. 

Bila tengok kat dalam peta, dia kata dah dekat nak sampai. Tapi aku rasa setengah jam tadi pun dia cakap macam tu jugak. Entah nak sampai mana tak tahu laa aku. Haru!

Lepas rehat sepuluh minit dan buat keputusan nak ikut arah mana, kitorang pun terus berjalan tapi aku perasan budak perempuan depan aku ni jalan dah lain macam. 

Bila aku cakap kat Yus, dia siku Joe suruh tengok-tengokkan budak tu. Aku tak kenal sebab tak sama course. Budak akaun rasanya. Hujan takde, ribut takde alih-alih budak tu jatuh tersepuk atas jalan.
Kelam kabut yang lain datang tengok. Nak buat macam mana ni? 

Baik laa ada si Yus tolong buat apa yang patut kat dia. Lepas aku tolong kipas budak tu, nampak dia mula bukak mata. Patut laa rebah, pagi tadi langsung tak jamah apa-apa. Siap pulak hero-hero group ni buat pengusung untuk dia. Baik jugak budak tu lebih kurang macam ranting kayu je. Kalau saiz ikan buntal, mau meraung hero-hero jadian tu nak mengangkat naik turun bukit.

Belum pun jauh bergerak, budak tu dah nak jalan sendiri. Dia kata ok. Masa berjalan sama-sama tu baru aku tau. Nama dia Mastura. Budak Science Comm. Sukati aku je kata dia budak akaun. Hehe. 

Dia ni pun kategori ramah jugak. Baru aku tau dia join kelab ni sebab nak cukupkan kredit aje. Tak sangka pulak kena masuk keluar hutan bagai.

Tengah bercerita bagai nak rak kitorang ahli perempuan, alih-alih aku dengar macam ada pulak suara yang tak berkenaan join sekali menyampuk. Si Iskandar tu laa. Baik laa tadi dia ada gak tolong angkat si Mastura tu masa pengsan. Kalau tak, mau je aku ladakan mulut dia tu. Biasa lagi dia, menyampuk time orang bercakap.

Bila dia ada kat sebelah aku je, mesti aku pindah tempat. Kejap jalan sebelah Yus, kejap jalan sebelah Mastura, kejap jalan dengan Farok. Saja nak lari daripada dia. Tapi tu laa, dengan Farok ni aku boleh ngam pulak. Mungkin sebab dia tua daripada kitorang kot. Dah macam abang aje aku anggap dia. Lagipun dia ni skema habis laa. Iskandar pun tak ada nak dekat-dekat kalau aku jalan dengan Farok.

Ada pulak sorang budak ni, kejap-kejap ambik gambar. Yang paling tak tahan, tunggul kayu mati pun boleh jugak dia nak amik gambar. Buat kenang-kenangan kata dia. Hadoi!

“Deng!” Klik. Klik.

“Woi, ko buat apa haa? Aku tak suka kau amik gambar aku curi-curi. Dah siap nanti, bagi kat aku negatif dia. Berapa pun aku bayar” terkulat-kulat muka dia bila aku marah dia open macam tu.

“Tapi Nina amik gambar personal semua orang” ooo, nama dia Nina. Baru aku tau.

“Ok Nina. Dah setel nanti jangan lupa negatif yang aku nak tu ok my dearest friend!” sambil aku cuba tersenyum lebar depan dia biar nampak ikhlas. 

Belakang Nina, aku nampak yang Iskandar tersengih-sengih tengok insiden antara aku dengan Nina tadi. Gasak kau laa. Kenapa aku rasa Iskandar ada kaitan dengan kes amik gambar curi ni?

Aku perasan, bila aku jalan dengan Farok, takde pulak siamang ni jalan dekat dengan aku. So, aku buat keputusan nak jalan saing dengan Farok. Biar dok depan takpe, asalkan tak dekat dengan Iskandar siamang tu.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang menjerit kat belakang. Berlari Farok patah balik. Aku pun jalan malas je pusing ke belakang. Tapi aku terkejut bila tengok kaki seluar Iskandar dah penuh darah. Apa yang dah jadi? Rupanya dia tergelincir masa nak turun lereng bukit lepas tu tergeser dengan kayu-kayu yang tercacak sana sini tu. 

Hadoi! Lepas satu, satu yang jadi. Bila nak sampai ni? Perut aku dah lapar tahap penduduk Uganda tau tak.

“Takpe laa. Kita rehat kat sini dulu. Nak bersihkan luka Is ni kejap. Boleh ye semua?” nak je aku jawab tak boleh tapi kesian pulak aku tengok Iskandar sakit macam tu. Yus balut luka tu dengan bandage yang memang ada dalam beg dia. Tak sampai hati nak buat tak reti je, aku pergi kat sebelah Iskandar.

“Sakit ke?” dia pandang muka aku pastu jawab dengan bukan main eksyen lagi.

“Eleh, ni sikit aje. Sakit lagi hati tengok kau tinggalkan aku sebab nak jalan dengan orang lain!” siap pulak dia jeling aku. Amboi! Dah cukup baik laa kau nak tanya khabar kau. Ahhh, kau yang buat aku dulu.

“Hoi, aku datang tengok kau ni pun dah cukup bagus tau. Ikutkan hati, aku gelakkan aje. Ni laa padahnya kau nayakan aku masa dalam bas semalam. Rasakan” slow je aku sound dia sebab nampak sangat aku ni takde hati perut kalau cakap kuat-kuat. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Aku senyum puas.

“Haa, Nina. Kau taknak amik ke gambar hero negara tergolek ni? Mangsa perang Jepun ni” sempat lagi aku menyakat. 

Bila Iskandar kata dia dah boleh berjalan, kitorang pun terus bergerak sebab nak kejar masa. Dah dua kali berhenti, tak boleh nak terhegeh-hegeh lagi. Perut masing-masing pun dah mendidih. 

Jalan punya jalan, akhirnya kitorang nampak khemah urusetia. 

Bersorak budak-budak lelaki ni dapat tau dah sampai. Lega. Kitorang group ketiga yang dah sampai. Yeayyy!

Sampai je kat tapak khemah yang baru, tak ingat apa lagi dah. Cari tapak, pacak khemah pastu terus cari makanan. Lauk favourite aku nombor satu, ayam masak merah. Tengah sedap menyuap, baru aku teringat Iskandar. Dia dah makan ke belum? Macam mana dia nak makan kalau nak berjalan pun payah? Yang si Yus ni pulak bukan main pandai lagi nak provoke aku.

“Kesian Iskandar tu. Apa cerita laa dia ek? Entah makan ke tak tu?” prihatin nampak cik Yus ni.

Ish, yang aku ingat dia ni buat apa? Kan ke aku rasa rimas kalau dia ada. Tapi dia tengah sakit. Takpelah. Dimaafkan untuk sekali ni. Cepat-cepat aku cuci tangan, letak tray ke tepi. Melilau mata aku cari dia. Mana dia ni?

“Kau cari aku ke?” Ya Allah, terkejutnya aku kena sergah macam tu. Laju je tangan melekap kat dada. Ish, ada jugak yang aku sepuk dia ni kang. Tau aje aku tengah cari dia. Aku tengok dia tengah duduk kat tepi khemah aku. Ni kan tempat perempuan. Macam mana boleh sesat siamang gatal ni kat sini? Aku jeling je tengok dia dah tersengih-sengih macam anak dara kena pinang.

“Bila pulak aku nak cari kau. Aku nak cari Shahid. Nak mintak dia Panadol lagi” aku tengok muka dia dah kelat habis. Dia seluk poket nak keluarkan sesuatu. Tiba-tiba dia baling Panadol sepapan kat aku. Macam ni ke cara nak buat baik kat aku? Terus dia pergi. 

Aku kutip ubat tu, simpan dalam poket. Manatau kot-kot malam kang aku nak guna ke. 

Oleh kerana dia boleh sesat kat sini dengan sihatnya, so aku pun duduk sambung balik makan nasi. Penat je aku risau pasal dia tadi. Huh! Tak berbaloi aku rasa.

Aktiviti malam tu, aku rasa takde apa yang menarik selain persembahan yang dibuat secara sukarela oleh budak lelaki. Malas aku nak join. Lepak aje dalam khemah. Sambil baring-baring, aku perasan macam ada bayang-bayang tepi khemah aku. Ni sape pulak yang nak buat dajal ni? Aku dah standby lampu suluh yang aku sengaja bawak. Sedap sikit nak sesah sape-sape yang buat tak senonoh.

Tapi aku tengok bayang-bayang tu just duduk je kat luar tepi khemah aku, tak buat apa-apa. Ni penjaga aku ke hape haa? Jangan main-main Deng. Dalam hutan ni. Macam-macam nasihat yang aku dengar kalau ada kat dalam hutan. Banyak betul pantang larangnya.

“Deng, aku tau kau belum tidur. Aku pun tau Yus takde sekarang” eh, bayang-bayang tu tau nama aku laa. Ish, ni mesti si siamang gatal tu. Aku buat bodoh je. Biar dia ingat aku dah tidur. Tapi aku dengar dia tarik nafas macam nak cakap lagi je. Aku nak tau apa lagi dia nak temberang aku malam ni.

“Aku just nak cakap terima kasih sebab pikirkan aku. Masa kau stop makan tu, aku dah tau mesti kau risaukan aku kan? Aku tau kau akan cari aku, nak tengok aku dah makan ke belum kan? Aku tau,  nanti kau mesti suka jugak kat aku. Kan aku dah cakap yang aku akan buat apa je untuk kau suka kat aku. Aku memang respect keputusan kau dan aku nak kau tahu yang aku tetap akan tunggu kau. Nak tau tak kenapa aku suka kat kau? Hurmmm, sebab kau degil, kuat melawan, melantun dan paling best sebab kau gangster.” Ayat dia yang last tu paling aku gelihati dengar. Ada ke minat kat aku sebab aku gangster? Aku tekup mulut kuat-kuat takut terlepas ketawa aku nanti.

Aku pandang je bayang-bayang Iskandar. Serentak tu jugak dia toleh. Erk, dia nampak ke aku kat dalam ni? Aku yakin sangat dia tak nampak. Confident je dia ni laa. Menyampah!

“Sweet dream. Esok jangan cuba-cuba nak duduk sebelah Yus ye! Mimpikan aku tau” dia bingkas bangun dan join kawan-kawan dia yang lain. Phewww! Baik jugak esok dah balik. Hampir tamat waktu aku terseksa dengan siamang gatal ni. 

Dalam kepala aku dah ligat plan sesuatu supaya tak naik sama bas dengan dia. Yesss!

2 comments:

  1. Olahhh.. sian Iskandar, beria2 nak dptkan tempat kat hati Deng.. weii Deng..agak2 la.. errr..err.. tp akak bukan best fren Deng ke?? (ada kena cabai ngan deng sat gi..hahaha)

    ReplyDelete
  2. mmg nk kena yus ni tau..back up sape nih??? hehehe..

    mekasih akk..

    ReplyDelete