jom jadi kawan saya

Monday 30 April 2012

SDG Part 7

Sampai kat sana lagi laa macam-macam insiden yang buat aku rasa macam-macam. Risau, bengang, sakit hati, menyampah, suka. Semua ada laa. Mula-mula sekali kena tolak dengan dia. Baik laa dia tu kecik. Rasa macam kena tepuk manja. Apa laa sangat dia tolak aku tu. Macam kena cuit je.

Setakat pasang khemah tu aku tak dengar pun takpe. Dah aku memang terror pun. Lepas siap pacak khemah, aku terus cari port baik nak perhatikan Deng. Aku takkan biar dia terlepas dari mata aku ni. Kalau dia sakit kang, sape yang susah. Aku jugak. Chewah!

Bukan apa, risau aku tengok muka dia lain macam tadi masa nak turun bas. Dia mabuk ke naik bas? Makan pun sikit je. Bila malam, aku tengok dia ok je. Baru aku nak blah balik khemah, aku nampak dia keluar macam cari something sambil picit-picit dahi. Mana Yus? Tidur kot.

Pelan-pelan aku ikut dia dari belakang. Baru aku nak tegur, aku nampak Shahid datang hulur dia biskut. Deng mintak ke? Tapi selama ni apa yang aku belikan dia kat kafe tak pernah pulak dia amik. Cepat-cepat aku pergi lagi dekat. Si Shahid ni offer Panadol pulak. Ooo, Deng sakit kepala laa. Biar aku je yang bagi. Orang lain jangan menyibuk.

Bila aku nampak Shahid pergi, terus aku hulur ubat tu depan muka dia. Lega aku tengok dia senyum tapi kelegaan tu bertukar jadi sakit hati bila nampak muka aku, dia letak je Panadol tu atas meja. Siap amik yang Shahid bagi lagi aku tak boleh tahan. Ish perempuan ni.

Dia ni betul-betul nak cabar aku agaknya. Macam mana laa perangai dia esok? Arghhh, baik aku tidur daripada aku pulak yang sakit kepala fikir kerenah dia.
Solat subuh pagi tu, aku nampak Deng kat jemaah perempuan. Leganya mata tengok dia kat depan sekali. Terus tak ingat dah marah aku kat dia pasal kes Panadol malam tadi. Alahai Iskandar. Sampai macam tu sekali kau lemah dengan budak ni.

Belum pukul 7 lagi tapi semua dah siap sarapan dan ready nak bergerak untuk ditinggalkan kat point yang dah ditetapkan. 7km nak kena jalan. Jauh tu tapi lagi jauh, lagi aku suka. Boleh lama-lama sikit dengan Deng. Aku perasan sekejap dia jalan dengan Yus, kejap dengan Farok. Alah, aku tak kisah pun, janji boleh nampak kelibat dia.

Jalan punya jalan, tup-tup aku tengok ada sorang budak perempuan ni rebah. Apa ke hal lak ni? Morning sickness ke? Eh, itu sakit orang mengandung laa. Sape punya idea bijak entah, nak buat pengusung untuk angkut budak tu. Baik laa kecik. Kalau besar, meh sini aku gulingkan aje dia sampai kat check point. Tapi kejap aje dia dah nak jalan sendiri. Bagus laa tu. Rugi tenaga aku. Kalau angkat Deng tu takpe laa kan. Jangan kata nak kena usung, tatang pun boleh!

Si Farok ni beriya kata tau baca peta zaman kuno tu. Malas aku nak bertekak dengan dia. Ikut je laa. Tapi aku betul-betul sakit hati, sakit telinga bila tengok Deng boleh bergelak ketawa dengan Farok kat depan. Rasa nak tumbuk orang pun ada ni. Tak sedar aku pergi tumbuk pokok apa entah masa nak turun lereng bukit tu sampaikan aku sekali tergolek. Alih-alih rasa kaki aku pedih je.

Hmm, teruk gak luka tu. Sampai basah kaki seluar aku dengan darah. Agaknya pokok tu marah aku kot. Tu pasal laa aku jatuh. Sorry laa pokok. Aku tengah geram tengok budak gangster tu taknak layan aku.

Bila Farok datang, Deng pun lorat datang sekali. Siap senyum konon. Nak ejek aku laa tu. Bukan nak tolong balut luka aku ke hape. Betul apa aku cakap yang aku lagi sakit hati tengok dia tinggalkan aku sebab nak jalan dengan Farok. Boleh pulak dia padankan muka aku! Nanti kau Deng. Aku akan buat kau perlukan aku dalam hidup kau. Tunggu laa!

Pandai dia balas balik suruh Nina amik gambar aku tengah luka-luka tu. Ada ke dia kata aku mangsa perang Jepun. Tapi ok laa sebab awal-awal tu aku ada suruh Nina amik gambar kandid Deng banyak-banyak sikit. Ada gak kenangan untuk aku nanti. Bagus Nina ni. Bertindak mengikut arahan!

Rasa lega bila nampak khemah urusetia. Kaki aku rasa dah berdenyut sangat ni. Farok bersemangat nak tolong aku apa yang patut tapi aku tau dia pun letih jugak. Aku lepak je kat khemah aku. Perut dah ber’shuffle’ tak ingat ni.

Adoi, sakit betul kaki ni sampaikan tak selera nak makan. Deng aku dah makan ke belum ek? Pergi tengok dia laa kejap. Joe geleng kepala tengok perangai gilakan Deng aku dah datang.

Betul kat sebelah khemah dia aku duduk. Dia tak perasan pun. Tiba-tiba aku dengar suara Yus cakap pasal aku. Dari celah-celah khemah tu aku nampak yang Deng terhenti suap nasi pastu buh tray kat tepi. Bila dia berdiri tu aku dah dapat agak mesti dia nak tengok aku ok ke tak. Perghhh, rasa menang besar aku time tu. Yezzaaa! Kan aku dah cakap, dia suka kat aku.

Tapi aku taknak menyusahkan dia. Dia concern kat aku pun dah cukup. Sebab tu cepat-cepat aku pergi kat dia. Tak payah nak berlakon depan aku laa Deng. Aku tau kau pun suka kat aku punya. Nak jumpa Shahid mintak ubat konon. Sakit hati aku ni tau tak dengar kau cakap macam tu. Haa, amik ni satu papan Panadol aku bagi. Hehe! Cepat-cepat aku blah. Hati sendiri kena jaga.

Persembahan malam tu, aku tak nampak pulak kelibat Deng kat mana-mana. Takkan demam lagi kot. Tanya Yus, dia pun tak tau. Aku confirm mesti ada kat khemah punya laa. Bila sampai sana, aku tengok ada kasut dia. Sah ada kat dalam. Takkan dah tidur kot. Baru pukul 10 lebih. Hmm, tidur pun takpe laa. Boleh aku buat sesi melepaskan perasaan.

Lega betul bila dah luahkan apa yang ada dalam kepala aku ni. Aku harap sangat dia dengar. Takde bunyi apa-apa pun makcik ni. Betul laa tu dah tidur. Aku toleh pandang khemah tu konon-konon macam Deng pun tengah pandang aku. Hmm, aku harap esok kau takkan lari lagi daripada aku. Jangan kau harap aku biarkan kau sorang-sorang atas bas tu. Kalau kau semput macam mana?

Masa nak bertolak balik tu, memang aku yakin sangat yang aku ada nampak Deng tadi dengan Yus. Tapi sekejapan dia dah hilang. Macam tau je aku nak ‘rantai’ dia duduk sebelah aku. Mana dia ni? Terror betul dia menjalankan projek M-I-A. Missing In Action. Alaa, tapi tak payah risau sebab mata aku ada je kat mana-mana.

“Bro, awek lu ada kat bas aku tu ha. Betul-betul dia tak nak kat kau ek? Aku tengok Shahid dah usha baik punya tu. Kalau lambat, putih mata lu bro. Weh, kalau kau dah surrender, kasi jalan kat aku pulak, boleh?” saja je si Azrai ni nak bakar aku pulak. Nak sangat merasa kena cepuk agaknya.

Memang aku ikat jugak perempuan ni karang. Kan aku dah pesan malam tadi jangan cuba-cuba nak lari daripada aku. Ish, nanti kau!

Takpe, aku ikut je rentak kau. Memang saja je aku nak suruh dia nampak yang aku naik bas group kitorang tapi slow-slow aku menyelinap naik lagi satu tu, duduk kat depan sekali. Memang dia tak nampak aku pun. Ooo, dia duduk kat belakang ek. Seat yang kosong tu memang untuk aku laa kan? Takpe..takpe. Sekejap lagi ini taiko Iskandar datang ok. Tunggu!

Bila aku toleh kat tempat Deng, aku tengok dia baik punya tengah lelap alas kepala dengan beg lagi. Apa yang penat sangat entah?! Slow and steady je aku pindah dok sebelah dia. Dia ni memang tidur mati ke? Tak bergerak langsung masa aku alihkan beg tu. Saje je biar dia kepala dia takde alas. Last-last nanti mesti tertidur kat lengan aku gak. Memang betul pun!

Naik sengal tangan aku nak tampung kepala dia tu. Ayo, itu kapla dalam, batu juga ada duduk! Aku cover muka dengan cap Nike hitam aku yang tak pernah tinggal. Buat bodoh je bila dia macam dah sedar. Siap nak raba-raba aku. Mesti dia pelik je sekarang ni. Nak tergelak pun ada tapi aku control macho tahap dewa. Kalau terlepas gelak kang, mau dia starlight aku pulak.

Walau aku cover setengah muka aku dengan topi tapi still boleh nampak lagi kalau aku senyum. Suka pulak aku rasa bila dia menjerit sebab terperanjat bila tau tidur kat lengan aku. Eleh, suka tu cakap je laa. Tapi, baik jugak laa kepala dia tu ringan sikit dari buah kelapa. Kalau tak, harus tangan aku ni jadi bengkak macam lengan Popeye!

Baru aku nak menyakat dia lagi, tak pasal-pasal dia bangun pergi duduk kat lantai bas. Dia ni tak segan ke buat pe’el macam budak kecik tak dapat gula-gula? Mengada-ngada. Nak malukan aku laa tu. Puas aku gamit dia suruh duduk balik kat atas kerusi tapi dia ni memang degil laa. Entah berapa petala langit aku pun tak tau tahap degil dia tu.

Ye arr, ye arr..aku mengalah kali ni. Biar aku duduk tempat lain. Betul aku surrender dengan dia masa tu. Tapi bila aku jengah kat belakang, dia still lagi duduk atas lantai, aku bengang sangat.

Betul-betul aku naik darah tengok dia meragam macam tu. Baik laa kau tu orang. Kalau kereta ke, motor ke hak milik aku, dah sah aku jualkan aje. Huh!
Budak-budak perempuan lain sume dah bisik-bisik. Nak mengata aku laa tu. Bukan aku yang suruh dia mogok atas lantai bas. Dia yang volunteer nak buat perangai. Tak pasal-pasal pulak aku terbabit jadi mangsa jelingan korang!

Tengok dia tak beralih sikit pun, terus aku bangun tarik tangan dia suruh berdiri. Tegak je dia kat depan aku, terus aku tolak dia kat kerusi. Nak main-main dengan aku ye. Ini Iskandar Shafie, tahu? Duduk situ diam-diam. Terus aku pergi balik duduk kat depan. Yang tengah sedar tu, tengok je drama sebabak aku dengan Deng tadi. Lantak laa. Tapi baik juga lebih separuh isi bas tu yang tengah membuta.

Tapi aku rasa bersalah pulak bila fikir balik apa yang aku buat tadi. Kalau macam ni, camne dia nak suka kat aku? Aku tepuk dahi berkali-kali. Bila yakin aku dah boleh cool, aku patah balik kat tempat dia. Lama aku berdiri kat situ ok. Dia langsung tak perasan. Ahh, dia tak kata apa-apa pun. Aku duduk je laa kat situ. Kuat mengelamun makcik ni.

Aku perasan dia dok bentak-bentak tunjuk protes bila sedar aku kat sebelah tapi aku tak amik port langsung. Bila dia tengok aku rileks je, tiba-tiba dia siku kat rusuk aku. Ya Allah, sakitnya! Ada ke patut? Siku dia ni besi ke hape? Ok, serius belum ada sorang perempuan pun dalam dunia ni pernah taji aku macam tu. Budak ni memang betul gangster laa! Geng mana haa?

Walau macam mana dia reject, aku tetap taknak putus asa. Dan sepanjang masa belajar tu jugak laa ada je aktiviti aku nak curi perhatian dia. Birthday dia belum pernah lagi aku miss nyanyi lagu khas untuk dia. Bayangkan aje laa, melalak melaung lagu ‘Happy Birthday’ pukul 12 tengah malam. Dia buat bodoh je. Langsung takde respon. Aku sabar jugak.

Baik laa Jason taukeh kedai bunga tu kenal aku. Berkuntum-kuntum aku beli bunga untuk dia bila Valentine dan harijadi dia. Putih je mata aku bila dia agih-agihkan bunga tu kat semua budak-budak kelas. Tak cukup tu, dia boleh pass pulak kat lecturer. Hadoi, koyak poket pakcik ni haa…

Aku senyum je bila dengar dia cakap nak panjangkan amal jariah aku kat dia. Itu boleh dikira sedekah jugak kan. Aku tak kisah berhabis asalkan dia dah tak layan aku macam alien lagi.

Nak tempah kek lagi laa senang sebab ada sorang housemate dia handal giler buat kek. Dah macam-macam bentuk dengan flavor aku order. Tapi Yus cakap kat aku yang satu rumah tolong kenduri sama kek harijadi tu. Sampai hati tak ajak aku ek. Kan ke aku yang beli tu? Mustahil Deng tak tau. Musykil aku kejap.

Teringat jugak masa first time aku mengekor dia kat tasik dulu. Kononnya laa selalu pergi padahal, tak pernah sekalipun aku jejak kaki kat situ pun. Terima kasih laa kat Yus sebab sudi jadi informer tak bergaji aku. Dah lama tak nampak dia pergi tasik. Takut terserempak dengan aku kot. Tapi aku lagi takut kalau dia terserempak dengan mamat lain. Perghh, simpang malaikat 44 wey!

Pasal hadiah pun aku memang nak dia tau yang aku sanggup buat apa je untuk dia. Kalau laa Mak tau aku buat kerja gila macam ni, mesti satu rumah dilanda rebut Katrina! Jangan risau Mak, kan Is dah janji, study nombor satu. Setakat ni, Alhamdulillah. Takde masalah. Pointer naik lagi ada laa. Hish, eksen laa pulak!

Walau apa pun yang aku buat, semua dia tolak. Walaupun dengan cara yang baik tapi takkan laa kawan pun tak boleh langsung? Sampaikan kalau dia Nampak aku kat hujung koridor, dia boleh pusing ambik jalan lain. Ishhh, geram betul laa makcik sorang ni. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Masa tu, lagi seminggu birthday Deng. Sampai naik pening kepala aku fikirkan apa aku nak surprisekan dia. Kena buat betul-betul ni. Nak bagi teddybear, dah biasa sangat. Bunga pun dia dah tak heran. Aku rasa aku tau nak buat apa. Hehehe.

Esoknya, lepas habis kelas LK aku terus pergi restoran Kak Jah betul-betul kat medan selera dekat dengan kolej. Saja je sebab aku tau hari-hari Deng makan kat sini. Nanti kau Deng, taknak cakap dengan aku ye? Lepas ni mesti kau bukak mulut jugak dengan aku.

Sampai je kat meja kosong, dengan pantas aku order makanan. Cepat-cepat aku makan bila aku nampak Yus dengan Deng masuk. Bila aku nampak je dia nak bayar makanan dia, sepantas kilat aku beratur kat belakang dia. Nasib dia tak perasan! Yus dah tekup mulut tahan ketawa. Cepat-cepat aku bagi isyarat suruh diam.

“Semua sekali RM4.80” kata Kak Jah kat Deng.

“Kak, saya punya tu pun dia bayar sekali. Dia ada hutang kat saya. Dah lama sangat tak bayar!” dapat aku rasakan aura jelingan maut menusuk tepat kat dada aku saat tu. Tapi aku peduli apa. Selama ni aku layan kau baik-baik, kau buat tak reti je kan? Kita gurau kasar pulak.

“Wei, bila masa pulak aku hutang dengan kau ni ha? Takde kak, dia yang makan. Biar dia bayar sendiri” ish, dia ni tak tahu nak bayar hutang ke?

“Hoi, habis tu selama ni aku bagi kau macam-macam tu ingat free ke haa?! Kau pun dah reject aku kan, so bayar balik!” aku rasa dekat 10 minit dia tenung aku kat situ. Sampai aku rasa macam nak kalah je lawan tenung mata macam tu tapi takkan aku nak surrender pulak.

“Yang korang ni bertekak macam laki bini bergaduh ni kenapa? Bayar je laa. Akak taknak tau sape hutang sape. Sekarang bayar!” sama-sama kitorang terdiam bila Kak Jah bukak mulut.

“Berapa mamat ni punya kak?” Yessss, dia mengalah jugak! Good girl. Macam ni laa Deng yang comel.

“Dia punya $24.90” memang saja je aku amik set western. Tapi sayang pulak tak habis makan tadi.

Macam rasa bersalah sangat pulak aku rasa bila jeling isi dompet dia. Perlahan dia keluarkan not 50 sekeping dan aku yakin sangat itu ringgit terakhir dalam purse tu. Dalam hati aku berdoa sangat biar dia mintak balik duit makanan aku tadi. tapi macam biasa, dia pulak yang surprise kan aku bila dia terus pusing badan balik rumah. Yus pun terdiam, angkat bahu.

Rasa bersalah aku tak habis petang tu. Tak tunggu lama, malam tu lepas maghrib terus aku tapau nasi goreng pataya siap hantar depan pintu rumah lagi. Tapi dekat setengah jam aku tunggu, Yus aje yang keluar dengan sekeping nota pesanan.

“Kau listkan harga hadiah kau bagi kat aku. Nanti aku bayar sikit-sikit. Dah langsai, jangan kacau hidup aku lagi” tak puas hati betul aku masa tu. Tak cukup baik ke aku hantar makanan kat rumah dia ni?

“Deng! Aku tau kau ada kat dalam. Dengar sini baik-baik. Kau ingat kau sape nak buat aku macam ni? Terlintas walau sekali dalam hati kau taknak tengok aku, sepuluh kali aku akan buat kau jumpa aku, faham?!” puas hati aku dapat cakap macam tu. Opsss, silap. Bukan cakap tapi jerit. Aku tak kira laa Deng nak kata aku sewel ke, tak betul ke. Dah dia yang buat aku jadi macam ni.

Bila ada gap antara kelas, aku tau dia memang kat kafe kolej aje most of the time. Sebab tu aku dah siap sign kontrak dengan Abang Asan, kalau nampak Deng masuk je pintu kafe kolej ni terus siapkan Milo ais tabur. Memang dah itu aje yang dia minum. Lagi satu amaran keras, jangan amik duit dia. Cakap je dah ada orang yang bayarkan.

Bukan apa, sebab aku perasan sangat, dah berapa kali si Shahid ni cuba nak belanja Deng minum. Bukan laa aku ni jeles tapi kalau mamat tu ada jampi ke, buh ubat guna-guna ke, sapa nak jawab?! Aku jugak yang susah nanti.

Lagi beberapa hari nak harijadi Deng, aku suruh housemate dia buat kek special untuk Deng. Aku nak letak edible image gambar candid masa camping dulu. Mesti Deng suka punya. Aku tau laa. Tu kan Deng aku. Terbang jugak laa not biru kehijauan aku dua keping. Tapi untuk Deng, aku tak kisah. Apa lagi aku nak buat kat dia ni ek?

Payah betul nak tackle gangster kampung dusun ni laa. Tapi setakat ni belum muncul lagi rasa give up. Lagi aku bersemangat nak cuba ada laa. Takpe, sabar itu kan separuh dari iman.

Malam tu rasa ribut kelaparan melanda perut aku. Tak pernah aku rasa macam tu punya seksa. Nak masak, malas. Nak pergi kedai lagi aku tak kuasa. Aku keluarkan handphone. Kena guna jugak jurus pizza delivery tahap ke lapan belas.

Tak sampai dua puluh minit, dah muncul budak pizza tu. Budak-budak lain mana pergi entah, sorang pun takde kat rumah ni. Bila tengok kotak pizza yang kosong tu, tiba-tiba je dapat idea nak menyakat Deng malam ni. Dia pun ada kat rumah tu. Baru kejap tadi aku nampak dia.

Leps siapkan apa yang patut, aku jeritkan nama Yus suruh jumpa aku kat bawah. Sekejap aje Yus dah sampai. Dengan senyuman, aku hulurkan kotak pizza kat Yus minta kirimkan untuk Deng.

“Jangan bagi sape-sape pun tengok kecuali dia sorang tau!” Yus angguk buat muka mlaas nak layan aku. Alaa, nanti esok-esok, aku pulak tolong kau. Apa ada hal.
Belum sampai lagi aku kat tingkat dua, aku dengar suara Deng menjerit. Takkan marah kot? Aku bagi dia megi empat bungkus je. Buat bekal di saat kelaparan. Takkan salah? Hahaha. Mesti dia ingat pizza yang kat dalam kotak tu.

Hmm, seronok pulak menyakat dia ni. Takpe laa, ni last kot aku gurau macam tu. Lain kali aku belanja betul-betul ok. Patut tak aku masukkan sekali harga megi empat bungkus dan kotak pizza tu sekali ek?

4 comments:

  1. Heehehe... nakal gak Iskandar ni yek..

    ReplyDelete
  2. kali ni je kak..pasni dh xbuat dah..dia dh tobat! sebab lps ni lg teruk dia buat..tp lamaaaaaa lg laa..hehehe

    mekasih kakyus laling, sudi singgah dan komen!
    tetiba rindu kat acam pulak..(kayuh laju2 kak MB tu)

    ReplyDelete
  3. hihihihi....panjang btul akal mamat nih....dah tu xreti putus asa...fighting! hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah si deng ni pon kepala batu..lgsg xbg can..kena laa cenekel xket! hahaha

      Delete